You are on page 1of 15

CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL Abdul Hakim B Hishamuddin Mohd Afiq Syahmi Bin Mohd

Salleh

Click to edit Master subtitle style

Pengenalan
Malaysia sebuah negara pelbagai kaum: Masyarakat majmuk. Kepentingan persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi bagi mewujudkan kestabilan negara Tun Razak: perpaduan dan integrasi

penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara, daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian

Cabaran Hubungan Etnik

Terbahagi kepada tiga faktor utama

i.Perbezaan dan kepentingan di antara etnik dan

pertentangan

ii.Perbezaan

antara etnik

pertentangan

nilai

iii.Cabaran

globalisasi

Cabaran Hubungan Etnik

Perbezaan dan pertentangan kepentingan di antara etnik: Cabaran sosial

1. Pemisahan penempatan
Pemisahan penempatan yang berlaku dalam masyarakat negara ini adalah akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. British telah membawa masuk beramai-ramai imigran Cina dan India pada abad ke 19 untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Implikasinya, penempatan masyarakat terpisah, majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar, kaum Cina di kawasan bandar, manakala orang India tinggal di estet.

Cabaran Hubungan Etnik

2. Pengasingan Sistem Pendidikan


Setiap

etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu akan belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Namun,

dari segi kurikulumnya adalah Justeru, program RIMUP boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.

3. Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar


Bidang

pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, bertoleransi, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat pra sekolah khususnya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan di peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta IPTA/IPTS masih wujud. Ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

4. Kontrak Sosial
Kontrak

Sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang sering kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010).

Perbezaan dan pertentangan kepentingan nilai antara Etnik: Cabaran ekonomi 1. Perbezaan Pekerjaan

Ini ketara kelihatan apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Orang Cina sejak zaman British ditempatkan di lombong dan kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan. Manakala orang India bekerja sebagai penoreh getah di estet dan pekerja landasan keretapi. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi yang lebih kerap sebaliknya interaksi itu berlaku dalam kalangan etnik yang sama. Perkara ini akan menghasilkan semangat perkauman terus menebal.

2. Penguasaan Ekonomi

Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina, mereka lebih menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden. Impaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.

Perbezaan dan pertentangan kepentingan nilai antara etnik: Cabaran politik

Politik Perkauman
Politik

perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambilkira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu perkauman diperalatkan seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, ekonomi dan lain-lain untuk kepentingan sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, ianya tidak menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

PERBEZAAN DAN PERTENTANGAN NILAI ANTARA ETNIK

Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

CABARAN GLOBALISASI

Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Semenjak orang barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke 15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun. Di kala perkembangan pemikiran sosial dalam masyarakat mereka sendiri menolak perbuatan menjajah sesama manusia, maka berlaku era penjajahan negara-negara terjajah.

Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manausia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak.

Jika

diperhatikan secara mendalam, secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke 19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.

Kesimpulan

Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi hubungan etnik, perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang telah diambil baik dari segi ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa masyarakat kepada pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha ini pula diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat toleransi yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh

You might also like