You are on page 1of 3

Hulu Terengganu Sejak dibangunkan kira-kira 25 tahun lalu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Taman Pertanian Sekayu

u (TPS) di Hulu Terengganu menjadi taman agro tumpuan penduduk Terengganu dan pelancong luar. Dengan keluasan kira-kira 85 hektar, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesis bunga di taman bunga, kolam mandi, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman perikanan dan taman herba. Selain dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak di kaki bukit, terdapat juga beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tempat berkelah atau berkhemah berhampiran anak sungai. Berhampiran taman perikanan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti rusa dan arnab. (Sumber : Harian Metro) Taman Pertanian Sekayu terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ianya mempunyai 2 fungsi utama iaitu tempat rekreasi dan taman pertanian dan juga tempat kajian bagi projek pertanian. Jaraknya kira-kira 52 kilometer dari Kuala Terengganu dan 15 kilometer dari Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi. Di Taman Orkid, terdapat beberapa spesies baru yang ditanam termasuk dari jenis dendrodium, vanada, aranda dan catleya.

Anda boleh menikmati dan memetik sendiri buah buah yang ada di taman seperti di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan kira-kira 26 hektar terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis dan rambutan. Penjungjung hanya perlu membayar mengikut harga tertentu selepas menikmati buah-buahan tersebut.

Tempat ini juga menyediakan kemudahaan chalet, tempat berkursus, perkhemahan, perkelahan dan beberapa kemudahan rekreasi dan permainan air. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat berbanding dengan beberapa kawasan di Air Terjun Sekayu.

Hutan Lipur Sekayu adalah merupakan satu tempat rekreasi Air Terjun yang amat terkenal di Terengganu. Jaraknya ialah 15 KM dari bandar Kuala Berang. Jika nada menggunakan GPS kordinatnya ialah N04 57.85' E102 56.71'.

Terdapat pelbagai kemudahan rekreasi disini seperti chalet, tempat perkelahan, taman herba, dewan terbuka, dewan pameran serta trek rekreasi. Berbanding dengan dahulu, Sekayu telah banyak dibangunkan. Jika anda seorang yang meminati flora dan fauna, anda boleh mendapatkan maklumat tentangnya disini. Setiap spesis tumbuhan disertakan maklumat.

sejarah Atau lebih dikenali sebagai KMK, adalah suatu kursus yang perlu dilalui bagi seoarang pemimpin pengakap ia tidak kira dari Kumpulan Latihan Maktab KLM dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLKM. Ia mula diperkenalkan di UK pada 1919 di Gilwell Park yang dirasmikan oleh W.F. de Bois Maclaren. 6 bead telah diwartakan untuk Ketua Perkhemahan Gilwell sebagai simbol rasmi ibupejabat. Tradisi ini diteruskan hingga hari ini. W.F. de Bois Maclaren juga menghadiahkan BP skarf berwarna cokelat dan mempunyai petak segiempat yang bercorak 'batik orang scotland' dikenali sebagai Maclaren Tartan. Apabila Gilwell Park dibeli untuk pergerakan Pengakap pada tahun 1919 dan latihan formal diadakan, BP rasa setiap pemimpin yang tamat dengan setiap kursus latihan patut menerima sesuatu sebagai pengiktirafan. Pada mulanya, BP ingin sesuatu hiasan yang dipakai pada topi Pengakap tetapi pada akhirnya memilih dua bead yang kecil bergantung di topi Pengakap atau lubang butang kot yang digelar Manikayu (Wood Badge). Bead bergantung di topi Pengakap akhirnya diganti dengan tali kulit dan digantung di leher sehingga hari ini. Manikayu pertama adalah diperbuat daripada biji manik yang dimiliki dan dikalung di leher Ketua Zulu bernama Dinizulu. BP berjumpa Dinizulu pada tahun 1888. Dalam sesuatu pejumpaan, leher Dinizulu dikalung dengan rantai yang sepanjang 12 kaki yang mempunyai lebih kurang 1000 biji manik.

Apabila BP mencari sesuatu tanda untuk pemimpin yang tamat menjalankan kursus di Gilwell park, BP teringat rantai leher Dinizulu yang dihadiahkan kepadanya. BP mengambil dua bead yang kecil dan membuat satu lubang kecil di tengah bead dan bergantung dengan tali kulit. Inilah asalnya bagaimana manikayu telah wujud. Pada mulanya, manikayu adalah diperbuat dari bead rantai leher Dinizulu. Dengan cepatnya pembekalan menjadi tidak mencukupi. Dengan itu, apabila seseorang pemimpin tamat latihan, ia akan diberi satu bead yang asal dan satu bead lagi kena dibuat sendiri dengan mengunakan kayu yang didapati di Gilwell Park.

You might also like