You are on page 1of 2

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Nama saya Muhammad Harith Hairey bin Husein.Saya berumur 6 tahun.

Saya bersekolah di Pra Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk,Harimau Yang Tiada Gigi. Di dalam sebuah hutan,semua binatang tahu bahawa Sang Harimau mempunyai gigi yang sangat tajam. Pada suatu hari,Si Monyet berkata, Wah,dasyhatnya ! Sang

Harimau boleh patahkan pokok yang besar dengan menggunakan giginya. Si Musang pula berkata, Kamu semua takut kepada Sang Harimau itu,tetapi saya tidak takut.Kamu lihatlah nanti saya akan mencabut semua gigi Sang Harimau. Ha Ha Ha Ha ! Bohong,Bohong ! Tak malu, kata Si Monyet. Kalau kamu tidak percaya, saya akan buktikan nanti, kata Si Musang. Si Musang pun pergi mencari Sang Harimau. Si Musang membawa gula-gula kepada Sang Harimau. Sang Harimau sangat suka gula-gula itu. Sejak hari itu, Si Monyet selalu membawa gula-gula kepada Sang Harimau. Pada suatu hari,Sang Singa datang dan memberi nasihat kepada Sang Harimau supaya tidak makan gula-gula takut nanti rosak gigi.Tapi Sang Harimau tidak mahu mendengar nasihat Sang Singa.

Suatu hari,Sang Harimau meraung sakit gigi.Aduh,Aduh ! Si Musang telah menyamar menjadi doktor dan mencabut semua gigi Sang Harimau sehingga tinggal sebatang. Si Musang mengikat gigi tersebut pada sebatang pokok

menggunakan tali lalu dia membaling mercun kepada Sang Harimau. Bong ! Sang Harimau terkejut dan berlari sehingga giginya tercabut. Maka habislah gigi Sang Harimau yang kuat itu.Sang Harimau mengucapkan terima kasih kepada Si Monyet kerana dia sudah tidak sakit lagi . Sehingga kini, Sang Harimau tidak tahu bahawa Si Monyet telah menipunya.

Anak cina memikul guni, Guni dipikul waktu pagi, Cerita saya berakhir disini, Sampai kita berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.

You might also like