You are on page 1of 1

LAPORAN Ulasan AJK Kebersihan Sebelum program BIG dimulakan bagi setiap ajk diagihkan tugas masing-masing.

Selepas kami sampai di Nusa Camp, Jerantut, kami berkumpul di tapak perkhemahan En. Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik Safuan bin Azraf bin Azahan memberi taklimat dan diarah untuk membersihkan tapak perkhemahan . Selepas itu, kami membina gadgets kami menggunakan tali dan kayu. Bahan yang digunakan telah dibuang dalam beg plastic yang disediakan. Semasa mengembara hutan Tn Hj Saharom bin Idris member taklimat dan mengingatkan kami semua dilarang membuang sampah semasa mengembara hutan. apabila selesai mengembara hutan, kami mengumpul di kawasan rehat di Nusa Camp, Tn Hj Saharom memberitahu bahawa terdapat cebisan plastic gula dan air botol mineral semasa membawa diri ke Nusa Camp. Bagi aktiviti air, En. Nik Zaidi bin Ismail , En. Abdul Ramit bin Sulaiman , Encik Chew Chee Horng dan Encik Hamidi bin Abdul Aziz serta Encik Safuan bin Azraf bin Azahan member taklimat kepada kami. Kami dipuji kerana kawasan yang digunakan untuk memasak bersih . Pada hari terakhir, selepas membuka khemah masing- masing kami membersihkan tapak perkhemahan dan kawasan memasak setiap kumpulan.. Terdapat juga ulat-ulat diatas tempat pembuangan sampah yang disediakan oleh urus setia perkhemahan BIG kali ini. Ia disebabkan kerana, sampah yang berlinggok tidak dibersihakan oleh pihak yang bertanggungjawab.Secara keseluruhannya, kebersihan menjalan tugasnya dengan baik. Kerjasama dianatara guru-guru pelatih amat dihargai.

Disediakan oleh, ___________________ (VIMALA A/P GOVINDASAMY) Ketua AJK Kebersihan BIG 2013 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

You might also like