You are on page 1of 2

AKTIVITI AIR HARI MASA : RABU : 8.00 PG 3.

00 PTG

TARIKH : 19.9.2013

SEBELUM

Kami telah bertanya kepada Ketua jurulatih air iaitu Encik Yusri Bin Yusof mengenai peralatan yang perlu di bawa oleh peserta semasa aktiviti air dan beliau menyuruh kami membawa wisel dan juga tali sepanjang 3 meter. Kami telah menyenaraikan peralatan yang mencukupi untuk dibawa semasa aktiviti air ini dan kami telah memberitahu kepada peserta-peserta lain di dalam Facebook. Encik Yusri mengarahkan kami membuat surat permohonan kepada En.Syukor di Jabatan Pendidikan Jasmani untuk menggunakan bot dan enjin. Permohonan untuk menggunakan bot dan enjin telah mendapat kelulusan dari En.Syukor melalui panggilan telefon ini kerana beliau menghadiri kursus di Perlis. Kami telah ke Tasik Darul Aman untuk mendapat kebenaran menggunakan tasik tersebut sebagai aktiviti air. Kami telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Tasik Darul Aman dan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00. AJK aktiviti telah membantu AJK Tugas-tugas khas untuk menyediakan tiub tayar yang akan digunakan semasa aktiviti air nanti. Sebanyak 12 tiub tayar telah dapat dicari dan dalam pelbagai saiz. Sebelum bertolak ke Tasik Darul Aman malam pada hari selasa kami telah diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti air oleh Ketua jurulatih air iaitu En.Yusri dan kami membuat penyemakan semula barang-barang keperluan untuk aktiviti air.

SEMASA Aktiviti air bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Tasik Darul Aman. Sebelum bertolak kami memasukkan barang-barang keperluan untuk aktiviti air ke dalam trak. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk aktiviti Water confident di dalam tasik kumpulan pertama diketuai oleh En.Yusri dan kumpulan kedua diketuai oleh En.Abdul Satar. Selesai aktiviti renang kumpulan pertama ke aktiviti Tubing iaitu berenang menggunakan pelampung dan kumpulan kedua membuat aktiviti River Crossing berenang menggunakan tali. Akhir sekali pertandingan diadakan iaitu berkayak dengan tiubing menggunakan padel.

SELEPAS Kami mengira peralatan air yang digunakan dan membersihkan semua peralatan termasuk bot. Peralatan semua disimpan di dalam stor

You might also like