You are on page 1of 12

KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)

Page 1


1. PENGENALAN KEPADA PEMASANGAN DOMESTIK TIGA FASA

TUJUAN:
Kertas penerangan ini ialah untuk menerangkan pengenalan pemasangan domestik tiga fasa
dalam sistem pandawaian.

PENERANGAN :

Pendawaian domestik yang menggunakan bekalan tiga fasa atau boleh dikatakan sebagai
pengguna kuasa besar misalnya rumah pangsa, banglo, hotel, asrama dan sebagainya.Bilangan
beban litar akhir dan permintaan arus pemasangan domestik tiga fasa jauh lebih banyak / besar
daripada pemasangan domestik satu fasa. Oleh kerana bilangan litar akhir /permintaan arus adalah
besar maka sistem bekalan tiga fasa digunakan. Sistem bekalan tiga fasa yang digunakan ialah
sistem bekalan tiga fasa 4 dawai sambungan bintang.

Sistem Bekalan Tiga Fasa

Boleh dikatakan semua kuasa arus ulangalik dijanakan oleh penjana tiga fasa atau
janakuasa dan diagihkan melalui sistem tiga fasa . Litar berbilang fasa atau litar tiga fasa adalah
gabungan tiga litar fasa tunggal yang disambungkan pada sumber tiga fasa melalui cara tiga atau
empat pengalir. Beban fasa tunggal seperti motor atau litar lampu boleh dikendalikan dari litar tiga
fasa .

Dalam sistem bekalan tiga fasa terdapat dua jenis sambungan iaitu :
1) Sambungan bintang
2) Sambungan delta

Dalam sistem bekalan arus ulang alik kepada pengguna besar dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Bekalan 4 dawai ( 240V dan 415V ) dan
2. Bekalan 3 dawai ( 415V )



1. Bekalan 4 Dawai (240V dan 415V)

Pada sistem bekalan 4 dawai terdapat dua jenis voltan iaitu 240 V voltan talian dan 415 V
voltan fasa , sementara dalam sistem bekalan 3 dawai hanya membekalkan satu jenis voltan iaitu
415 V . Kedua-dua sistem ini mempunyai Peraturan IEE yang tersendiri tetapi pada amnya ketiga-
tiga fasa dalam setiap sistem ini mempunyai papan suis utama yang disambungkan bersama ,
begitu juga dengan fiusnya .

Sistem bekalan arus ulangalik ini biasanya digunakan dikilang-kilang atau perusahaan-
perusahaan besar dengan menggunakan voltan yang sederhana (415V). Disamping itu sistem ini
juga digunakan untuk pembekalan ke sesuatu kawasan perkampungan , bandar atau tempat-tempat
lain dengan cara talian rentang atas atau kabel dalam tanah .

2. Bekalan 3 dawai ( 415V)

a) Sistem bekalan 3 dawai Delta A.U.

Pada sistem bekalan 4 dawai , voltan talian dan voltan fasanya berbeza tetapi arus talian
dan arus fasanya sama . Pada sistem bekalan 3 dawai pula , voltan talian dan voltan fasanya sama
tetapi arus talian dan arus fasanya berlainan sebab sambungan bekalan itu dibuat secara sambungan
delta .




KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 2



KE PENCAWANG BELITAN SEKUNDER PENGUBAH DI PENCAWANG













Gambarajah sistem bekalan 3 dawai sambungan delta A.U. untuk voltan talian dan voltan fasa yang
sama.



b) Sistem bekalan 3 dawai Bintang A.U.
























Gambarajah : Sistem bekalan 3 dawai sambungan bintang A.U. untuk arus talian dan arus fasa yang
sama .





415
V
415 V
415 V
415 V 240V
415V
240V
240V
240V
BIRU
NEUTRAL
KUNING
KE PENCAWANG
BELITAN SEKUNDER
PENGUBAH DI
PENCAWANG
KABEL PERKHIDMATAN
MERAH
TALIAN RENTANG
ATAS ATAU DALAM
TANAH
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 3




Jenis sambungan

Ada dua jenis sambungan dalam sistem pemasangan domestik tiga fasa iaitu

1. Sambungan Bintang ( mengandungi titik Neutral )
2. Sambungan Delta

















Rajah : Sambungan Bintang Rajah : Sambungan Delta
dengan titik neutral

Dalam sistem 3 fasa , voltan yang wujud terpisah antara ketiga-tiga fasa MERAH , KUNING dan
BIRU sebanyak 120 dalam bentuk gelombang .


Kebaikan sistem tiga fasa berbanding satu fasa

Kebanyakan kawasan perumahan banglow , kilang , sekolah dan industri kecil menggunakan
pemasangan sistem tiga fasa kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan iaitu :

1. Pemasangan cara ini lebih cekap dan menjimatkan kos pendawaian kerana saiz wayar
untuk pendawaian lebih kecil berbanding dengan pemasangan satu fasa
2. Bagi motor yang menggunakan tiga fasa , kecekapan motor lebih baik dan saiz motor lebih
kecil daripada motor satu fasa yang mempunyai keupayaan yang sama
3. Dalam keadaan tertentu sekiranya satu fasa pengalir tiada bekalan kuasa dan dua fasa
yang lain ada bekalan maka kilang , industri kecil atau sekolah masih boleh menjalankan
aktiviti lain berbanding sistem satu fasa .














NEUTRAL
BELITAN
FASA
TALIAN PENGALIR
KAPASITOR
DAN
REGANGAN
R
Y
B
R
Y
B
N
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 4


2. PENGENALAN KEPADA TURUTAN KAWALAN DOMESTIK 3 FASA


PENERANGAN :

Turutan kawalan 3 fasa ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada
litar utama pemasanggan pengguna 3 fasa, ini termasuklah pengasing dan pengsuisan,
perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi.

Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti
berikut :


1. FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL
( berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna )

2. JANGKA KILOWATT JAM (KWJ)
( berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan
perlindungan arus lebihan )

3. PEMUTUS LITAR BOCOR KEBUMI (PLBK)
( berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar )

4. PAPAN AGIHAN
( berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan )





























KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 5





































Kawalan turutan pemasangan domestik 3 fasa ( 3- )

Kawalan turutan ialah suatu cara mengatur pepasangan alat-alat kawalan . Mula-mula
ke fius perkhidmatan , ke meter kilowatt-jam ( KWJ ) , ke suis utama , ke pelindung arus lebihan atau
pemutus litar bocor ke bumi dan akhirnya ke peti
fius agihan.









KWJ
Fuis ( 3 )
perkhidmatan
Penyambung
neutral
Meter KWJ
3
Suis utama
3

ELCB 3 pole
TPN 100mA
ELCB 3 pole
TPN 30mA
M K
B
M K B
L
I
T
A
R
K
E
C
I
L
A
K
H
I
R
RAJAH 1
LITAR KUASA
LITAR LAMPU
SUIS FUSE
L
I
T
A
R
K
E
C
I
L
A
K
H
I
R
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 6



TURUTAN KAWALAN PENGGUNA
















































Hak milik Nama alat Tugas
Gambarajah kaedah


Milik pembekal
elektrik
pemasangan
( dipaterikan )
kerosakan adalah
tanggunjawab
pembekal
Kotak
persimpangan
Fius
Perkhidmatan
Dan
Neutral link.

Meter tenaga
kilowatt / jam
Menyambungkan
bekalan ke rumah
Menentukan kadar
bayaran yang
dikenakan kepada
pengguna
Menentukan kadar
bayaran yang
dikenakan kepada
pengguna









Hakmilik
pengguna
sebarang
kerosakan perlu
dibaiki oleh
pengguna sendiri



Suis utama dan
fius utama


Pemutis litar
bocor kebumi


Kotak fius
agihan
Mengasingkan litar
pengguna bila
berlakunya
kerosakan /
kemalangan dan
perlindungan
lebihan arus
pengguna

Memutuskan litar
bekalan bila berlaku
kebocoran arus ke
bumi
Pembahagi kepada
beberapa litar kecil
akhir seperti lampu,
soket keluaran dan
sebagainya.
KWJ
Fius
perkhidmata
n
Neutral link
Sesalur
bekalan
Suis utama

Kelitar kecil
akhir lampu
Kelitar kecil
akhir kuasa
PLBK
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 7



1 . FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL

Fius perkhidmatan dan penghubung neutral berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan
dan menghadkan arus pengguna .

Perlindungan Arus Lebihan

Peraturan I.E.E. A 3 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung lebihan arus
itu ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara sendiri ( automatik ) apabila
berlaku lebihan arus yang lebih daripada yang dihadkan bagi litar itu . Oleh kerana itu alat ini mestilah
dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup secara siri dengan litar itu .

Pengkelasan Kecekapan Perlindungan Arus Lebihan

A . Kelas Kasar

Perlindungan lebihan arus dalam kelas kasar bermaksud alat perlindungan itu tidak akan
beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir
pada litar yang dilindunginya ( faktor fius dalam kelas ini lebih daripada 1.5 ) . Di antara fius yang
termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :

a) B.S. 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertamda bagi menunjukkan faktor fius
kelas Q2 atau R
b) Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula mengikut B.S. 3036 .

B . Kelas Halus

Perlindungan lebihan arus dalam kelas halus bermaksud alat perlindungan itu akan
beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir
pada litar yang dilindungi ( faktor fiusnya kurang daripada 1.5 ) . Di antara fius yang termasuk di
dalam kelas ini adalah seperti berikut :

a) B.S. 58 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukka faktor
fius kelas P atau Q1
b) Fius yang dipasang bersama-sama dengan fius berangkai mengikut B.S. 1361
c) Pemutus litar miniatur atau badan berbalut mengikut B.S. 3871
d) Pemutus litar yang dilaraskan untuk beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x
arus beban litar itu.

2 . JANGKA KILOWATT JAM
Berfungsi sebagai alat mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan
perlindungan arus lebihan . Meter kilowatt-jam mempunyai satu cakera yang berputar pada satu
kelajuan yang berkadaran secara langsung kepada kuasa yang dihantar. Selepas bilangan putaran
diberi skala itu akan meningkat kepada satu unit lagi . Meter kilowatt-jam mencatatkan jumlah tenaga
yang digunakan dengan meningkatkan skala sebanyak satu unit bagi setiap kilowatt-jam yang
dibekalkan :


1kWj = 3 600 000 J

Satu kilowatt-jam adalah digunakan apabila 1kW beban digunakan bagi 1 jam , atau 500 W
beban bagi 2 jam , atau 3kW beban bagi 20 minit dan sebagainya .



KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 8



3 . PEMUTUS LITAR BOCOR KEBUMI ( PLBK )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar . Pemutus
litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak , jenis
hembusan gas , jenis hembusan udara ( angin ) , jenis vakum dan jenis miniatur . Di sini yang lazim
digunakan sekarang ialah jenis miniatur .

A . Pemutus Litar Jenis Miniatur

Disebabkan jenis ini berukuran kecil , maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur.
Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa , bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya sahaja (
4 segi panjang ) . Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan
kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus .

Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :
a) tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan
b) boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban
yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor dan
sebagainya.

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan
kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada sesebuah
motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan .


B . Kebaikan dan keburukan pemutus litar

Perbandingan di antara keburukan dan kebaikan adalah seperti berikut :

Kebaikan pemutus litar :-

a) Beroperasi lebih cekap dan cepat
b) Ia mudah disambungkan ke bahagian mekanik lain untuk tujuan tindakbalas
kelengahannya
c) Ia boleh dikendalikan setelah kerosakan dibaiki
d) Senang mengenal keadaannya setelah beroperasi atau sebelum ( dilihat tangkai suis
togolnya jika ke atas ertinya belum beroperasi lagi )
e) Kelengahannya boleh dilaraskan

Keburukan pemutus litar :-

a) Harganya mahal
b) Jika rosak perlu ditukar baru
c) Sukar diperolehi


4 . Pengasing litar

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna
dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan
itu tdak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai .

Bagi bekalan 3-fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang
dengan suis tiga kutub berangkai . Jika pengasing dipasang bersama pemutus litar , pastikan saling
kunci dipasang bersama pemutus litar supaya suis pengasing tidak akan dapat dihidupkan sekiranya
pemutus litar itu sedang beroperasi .

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat
renjatan elektrik yang berterusan . Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page 9


pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan I.E.E. A. 4 dan
A. 5 .

5 . PAPAN AGIHAN
Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan . Papan pengagihan
hendaklah dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis (berlabel)
dengan :

a) Kadar fius dan pemutus ltar
b) Saiz kabel
c) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan fius utama tempat bacaan kabel di
ambil dari pelindung lebihan arus kelas halus ( close excess current protection )
dan hendaklah dipastikan faktor fiusnya tidak melebihi 1.5 .

Papan agihan yang tidak bertutup dibelakangnya hendaklah dipasang di permukaan yang
tahan kebakaran atau lain-lain agar ia tertutup rapi .




































KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page
10



3. PENGENALAN KEPADA JENIS , BINAAN , OPERASI , FUNGSI , PENGGUNAAN DAN
PENGUJIAN PBLK TIGA FASA


PENERANGAN :

Pemutus Litar Bocor Kebumi ( PBLK )
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar .
Terdapat 2 jenis PBLK yang biasa digunakan iaitu :

1. PBLK kendalian voltan
2. PBLK kendalian arus

1 . PBLK Kendalian Voltan

Mengikut Peraturan IEE , jika pengawalan arus bocor ke bumi tidak dapat dipenuhi oleh alat-
alat pengawalan seperti dalam Peraturan D 22 , maka PBLK jenis ini boleh digunakan apabila hasil
darab impedans bumi dan arus kendaliannya ( tripping current ) melebihi 40 atau dalam maksud lain
apabila keupayaan bahagian yang dikawal meningkat 40 V atau apabila gelung bumi melebihi nilai
yang dihadkan dalam Jadual D 1 .
Ini bermakna untuk PBLK yang berkadar 0.5 A , maka impedans gelang bumi yang maksima
yang dibenarkan ialah 240V/0.5A atau bersamaan 40V/0.5A atau bersamaan 80 ohm.

Secara praktikalnya , nilai impedans gelung bumi kurang daripada 500 ohm adalah mudah
didapati di semua tempat , manakala nilai yang jarang didapati pula mempunyai nilai kerintangan
bumi melebihi 100,000 ohm/cm
3
.

Elektrod bumi bagi nilai rintangan elektrod bumi kurang daripada 500 ohm biasanya mempunyai 8
kaki panjang dan 2 inci garis pusatnya . Ini bermakna dengan menanam enam atau tujuh batang
elektrod itu sama ada secara bersambung atau berasingan sudah mencukupi untuk mendapatkan
jumlah rintangan elektrod bumi pengguna kurang daripada 100 ohm .

Bagaimanapun bagi mendapatkan nilai impedans gelung bumi sebanyak 4 ohm adalah mustahil
dengan hanya menggunakan fius sebanyak 30 A sebagai pengawal arus bocor terutamanya dari segi
ekonominya . Ini kerana perbelanjaan pembumiannya amat tinggi dibandingkan dengan harga
pemasangannya . Olehkerana itu , maka digunakan PBLK apabila sebagai alat pengawal arus bocor
ke bumi di samping fius sebagai alat pengawal arus lebihan apabila suis utama berkadar kurang
daripada 60A .

Jika fius suis utama 100A ke atas maka digunakan pembumian tumpat ( solid earthing ) dan alat
pemutus litar minyak atau udara ( Oil Circuit Breaker OCB atau Air Circuit Breaker ACB ) sebagai
alat pemutus litar bocor kebumi yang mana bertindak dengan kendalian arus .

Masalah kesan pengaliran ke bumi selari ( parallel earth paths )

Masalah ini timbul apabila berlaku arus bocor ke bumi , sebahagiannya melalui
pengkonduksi lain tanpa melalui sepenuhnya elektrod bumi PBLK untuk membolehkan ianya
terpelantik ( trip off ) . Masalah ini tidak timbul pada PBLK kendalian arus . Misalnya , kebocoran
berlaku pada alat pemanas air ( water heater ) di mana apabila bocor berlaku dan seterusnya kepada
paip air dan ke bumi .Oleh kerana paip air biasanya mempunyai rintangan bumi yang agak rendah ,
maka hanya arus bocor yang banyak barulah boleh menaikkan voltan paip itu kepada 40V bagi
membolehkan PBLK kendalian voltan itu terpelantik memutuskan litar .

Satu perkara yang perlu diingat dan perlu diperhatikan ialah paip bmi atau elektrod bumi
bagi PBLK jenis ini hendaklah menjauhi logam atau konduktor yang boleh menyebabkan berlakunya
pengaliran selari bocor ke bumi iaitu seperti paip air dan sebagainya . Ini ialah untuk memastikan
penanaman paip di luar kawasan rintangan bumi.Ini adalah bertujuan apabila berlaku kebocoran ,
KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page
11


gelong pelantik PBLK tidak akan mengalami bezaupaya walaupun arus bocor besar dan begitu juga
dengan elektrod bumi .

Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah menggunakan PBLK kendalian arus tetapi
belanjanya agak mahal .


2 . PBLK Kendalian Arus

Dalam sesuatu litar yang sempurna , arus yang mengalir dalam berbagai cawangan
talian hidup akan sama dengan arus yang mengalir dalam neutral apabila tidak ada arus yang
terbocor ke bumi . Apabila berlaku sesuatu kebocoran ke bumi atau mana-mana litar bumi maka arus
yang mengalir dalam talian hidup dan neutral tidak seimbang . Ketidakseimbangan ini menyebabkan
tidak seimbangnya uart-urat daya magnetik dalam teras magnetik . Perubahan pada uratdaya
magnetik pada teras itu menyebabkan timbulnya keupayaan pada gelong teras pelantik dan
seterusnya menyebabkan gelong pelantik teraruh dan membuka sesentuh pemutus litar .

Di sini , masalah aliran ke bumi selari dan keberkesanan pembumian boleh di atasi
kerana yang menyebabkan ia terpelantik adalah jumlah arus bukan voltan.mengikut peraturan IEE ,
alat ini digunakan apabila jumlah impedans gelung bumi bumi di darab dengan arus yang bertindak
kurang daripada 40A .

Oleh sebab ini , maka ditetapkan bahawa arus pelantik atau arus yang tidak seimbang
mestilah tidak melebihi 2 % daripada arus biasa atau kadar arus ( normal current or rating current ) .
Oleh itu untuk litar 60A , maka arus bocor maksima yang dibenarkan ialah 1.2A . Alat PBLK jenis ini
yang mempunyai kepekaan ( sensitivity ) yang tinggi boleh bertindak pada kadar arus 6 mA adalah
biasa didapati .



Cara ujian PBLK dijalankan

a) Ujian terhadap PBLK kendalian voltan

Peralatan yang digunakan bagi tujuan ujian ialah :
i) lampu 500 watt atau lebih
ii) transformer dua lilitan

I .Ujian menggunakan lampu

Sambungkan lampu uji itu pada mana-mana mata punca terminal seperti soket
alirkeluar pemegang lampu , papan agihan ( DB ) dan lain-lain di antaranya terminal L
dengan E .

Hasil ujian ;

1. Jika lampu bernyala dan serta merta PBLK terpelantik , maka menunjukkan bahawa
PBLK bekerja dengan baik .
2. Jika lampu bernyala dan PBLK tidak terpelantik , ini menunjukkan terdapat aliran
bocor selari ke bumi atau PBLK itu rosak .

Ulasan :
1. Ujian dengan menggunakan lampu ini tidak dapat menetapkan kepekaan PBLK
kendalian voltan iaitu bagi mempastikan bahawa PBLK akan terpelantik ( trip off )
apabila voltan bocor pada logam yang dikawal meningkat 40V .

2. Sebelum ujian dijalankan , maka ujian terhadap konduktor terus ke bumi
sebagaimana yang lepas perlu diadakan dahulu . Ini ialah untuk mempastikan
sambungan betul .

KERTAS PENERANGAN 1 (ETE 303)


Page
12


3. Juga adalah untuk mustahak diuji rintangan elektrod bumi untuk mempastikan
bahawa rintangan elektrod bumi di campur dengan rintangan konduktor terus ke bumi
dan jumlah kedua-dua ini bila didarabkan dengan arus pelantik alat PBLK itu
memberi nilai 40 atau kurang daripadanya . Bila ini dicapai bererti PBLK itu akan
bekerja dengan sempurna iaitu dengan menganggap nilai impedans gelung bumi
cukup untuk memberi arus bocor minima sama dengan arus pelantik .


II .Ujian menggunakan transformer dua lilitan

Alat ini dapat memberi voltan bocor tidak melebihi 45V. Ini boleh mempastikan
bahawa PBLK kendali voltan dan kendalian arus bekerja dengan betul . Alat ini
merupakan alatybah dua lilitan yang mana lilitan utamanya 240V dan lilitan keduanya
45V dan mempunyai kadaran masa singkat (short time rating) tidak kurang daripada 750
VA .

Ulasan :
1. Jika PBLK terpelantik memutuskan litar ini menunjukkan bahawa PBLK itu
bekerja dengan betul dan mempunyai sensitiviti yang betul
2. Ujian-ujian pendahuluan juga perlu diadakan iaitu ujian rintangan konduktor
terus ke bumi dan elektrod bumi sebagaimana telah diterangkan di atas .


b) Ujian terhadap PBLK kendalian arus

1. Kedua-dua cara ujian di atas adalah juga dipakai dalam ujian ini .
2. Ujian terhadap pengalir terus ke bumi dan elektrod pengguna juga perlu diadakan untuk
mempastikan keadaan pemasangannya betul dan juga untuk mempastikan bahawa nilai
rintangan elektrod bumi di campur dengan rintangan konduktor terus ke bumi dan hasil
kedua-duanya apabila di darab dengan arus pelantik memutuskan litar hendaklah tidak
melebihi 40A.

You might also like