You are on page 1of 1

Taman permainan ialah sebuah tempat yang digemari oleh kanak-kanak.

Di
taman permainan mempunyai banyak permainan, antaranya ialah buaian,
papan gelongsor dan jongkang-jongkit. Di taman permainan, keselamatan
diri adalah amat penting untuk kanak-kanak. Ibu bapa haruslah memerhati
anak-anak mereka yang bermain di taman permainan kerana kadang-kadang
mereka bermain jauh dari pemerhatian ibu bapa mereka. Kanak-kanak
perlulah menjauhi dari orang yang mereka tidak kenali, jika tidak kanakkanak ini mungkin akan diculik. Kita juga hendaklah bermain alat permainan
yang disediakan dengan berhemah.

Untuk menjaga keselamatan dan keamanan kawasan kejiranan,


penduduk perlu menggerakkan pasukan rukun tetangga bagi mengawasi
kawasan kediaman mereka. Permuafakatan yang jitu dalam kalangan
penduduk sudah pasti dapat mengelakkan kawasan kediaman mereka
daripada ancaman jenayah. Penduduk perlu menyediakan jadual waktu
bertugas untuk melakukan rondaan bagi mengawasi seluruh kawasan
kediaman mereka. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing akan
mendatangkan kesan positif kepada semua masyarakat. Jika hal ini dapat
dilakukan

dengan

sempurna,

sudah

pasti

ancaman

jenayah

dapat

usaha

untuk

dibanteras.

Peranan

jiran

tetangga

sangat

penting

dalam

menjadikan kawasan kediaman bebas daripada ancaman jenayah. Sikap


jujur, amanah dan bertanggungjawab harus ada dalam jiwa semua jiran.
Jika kita hendak pergi bercuti, kita boleh meninggalkan kunci rumah
kepada jiran tetangga untuk mereka membantu mengawasi dan menjaga
rumah kita. Jika ini dapat direalisasikan, sudah pasti rumah kita akan
selamat.dibanteras.

You might also like