You are on page 1of 6

UNIT 9: KESELAMATAN TEMPAT

TINGGAL TANGGUNGJAWAB
BERSAMA
BERDIKARI, TOLERANSI, KERJASAMA, KEJUJURAN,
KEBERANIAN, BERTANGGUNGJAWAB
KESELAMATAN DI KAWASAN KEDIAMAN

Keselamatan di kawasan kediaman merupakan perkara yang


dititikberatkan oleh semua golongan. Keadaan ini berlaku
disebabkan timbulnya perasaan bimbang setiap kali media
massa melaporkan kejadian jenayah seperti pecah rumah,
rompakan, penculikan dan kes ragut. Perhatikan keratan akhbar
di bawah. Berita-berita sebegini sudah pasti menyebabkan kita
berada dalam kebimbangan. Oleh itu, kita harus bersama-sama
memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan kawasan
kediaman.
Kebanyakan penduduk di
kawasan kediaman bergantung
kepada jiran, pengawal
keselamatan, Skim Rondaan
Sukarela (SRS) dan Rukun
Tetangga (RT) untuk menjaga
keselamatan kawasan
persekitaran dan mengelakkan
ancaman jenayah. Keadaan ini
tidak sewajarnya berlaku kerana
tanggungjawab menjaga
keselamatan kawasan kediaman
merupakan tanggungjawab
bersama. Oleh itu, semua pihak
perlulah bekerjasama dan
mengambil langkah untuk
menjaga keselamatan diri,
keluarga dan kawasan kediaman.
Sebagai remaja, anda juga boleh memainkan peranan bagi
menjaga keselamatan diri dan keselamatan di kawasan
kediaman daripada ancaman jenayah.
Sentiasa memastikan pagar dan pintu rumah berkunci.
Sentiasa bersikap berhati-hati dan peka akan keadaan
persekitaran.
Segera melaporkan kejadian yang mencurigakan kepada ibu
bapa atau jiran.
Saling menghormati dan bertegur sapa sesama jiran.
Membantu ibu bapa membersihkan semak samun supaya tidak
menjadi tempat persembunyian penjenayah.
Elakkan diri daripada mempercayai orang yang tidak dikenali.
Banyak faedah dan kepentingan yang diperoleh apabila semua
pihak sanggup memainkan peranan menjaga keselamatan di
kawasan kediaman.

Hidup sejahtera dan bahagia.

Kepentingan
Keselamatan Mengekalkan Gejala sosial dapat
penduduk Keselamatan dikurangkan.
terjamin. Kawasan Kediaman
Perasaan gembira,
tenang dan tidak
risau.

You might also like