Professional Documents
Culture Documents
Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks
Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumberya.
30 Oktober 2009
iii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur kepada Allah kerana dengan limpah
kurniaNya, pengkaji dapat menyiapkan penyelidikan ini walaupun menghadapi pelbagai
kekangan dalam usaha menyiapkannya.
Pada kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan memberi
kerjasama dalam pelbagai perkara untuk menjayakan penyelidikan ini.
Terima kasih kepada Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Pengarah Pusat
Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan staf yang terlibat. Penghargaan juga kepada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan
Abdul Rahman, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Rangin, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Sekolah Menengah
Kebangsaan Gudang Rasau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima
Perang Tengku Muhammad di atas kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga
kepada guru serta pelajar yang terlibat untuk menjawab soal selidik ini kerana sudi
membantu untuk melaksanakan kajian ini.
Akhirnya, kepada isteri dan anak-anak yang lain serta rakan-rakan sekerja yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini, pengkaji mengucapkan
ribuan terima kasih. Mudah-mudahan segala jasa dan budi baik yang diberikan mendapat
ganjaran sewajarnya daripada Allah. Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel Komsas
dalam pengajaran Bahasa Melayu seterusnya menyenaraikan ciri-ciri pemilihan teks
tersebut yang sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran. Kajian ini dilakukan di tujuh
buah sekolah yang terletak di daerah Kuantan, Pahang dan seramai 55 orang responden
telah dipilih untuk memberi maklumat kajian ini. Dalam kajian ini, bab pertama
membincangkan pengenalan berkaitan tajuk, latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional. Bab kedua
pula membincangkan sorotan literatur yang mengandungi tinjauan di luar negara dan di
dalam negara. Bab ketiga membincangkan metodologi kajian yang menyentuh reka
bentuk kajian, populasi kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data. Sementara bab keempat pula membincangkan analisis data latar
belakang pelajar serta data soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan
perisisan Statistical Package for The Social Science (SPSS 16.0). Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan, majoriti pelajar mempunyai minat dan persepsi yang positif
terhadap pemilihan teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Selain itu, pelajar turut menyetujui pelaksanaan Komsas dalam pengajaran Bahasa
Melayu serta menyetujui pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar
membantu mereka dalam pembelajaran Komsas. Dari segi pemilihan teks pula, pelajar
lebih cenderung menggemari ciri-ciri teks yang mudah dan menarik, bermutu,
mengandungi nilai murni dan popular. Akhir sekali ialah bab lima yang membincangkan
hasil kajian, rumusan, cadangan, cadangan akan datang dan kesimpulan. Dalam bab ini,
pengkaji telah memgemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh
pelajar, guru, pihak sekolah, penerbit atau penulis dan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha meningkatkan pelaksanaan Komsas di dalam bilik darjah
terutamanya dari segi pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai.
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the suitability using literature material such as
short story and novel in Malay Language subject and to list the characteristics of the
suitable text election of short story and novel. Seven secondary schools in Kuantan,
Pahang were selected to obtain data and information for this research. A total of 55
research samples were involved. This research is divided into five chapters. The first
chapter discuss about the introduction, the research background, statement of problems,
research objectives, importance of the researches, research limitations and definition of
concept. Chapter two discussed about the literature reviews which related to the previous
study (other research study) that done by other researchers from local and foreign
country. Chapter three discussed about methodology of research, research design,
research population, research instrument, data collect procedure and data analyze
procedure. Meanwhile in chapter four discussed about data analysis and research
findings. Data that had been collected is analyzed with Statistical Package for The Social
Science (SPSS 16.0). Based on the research findings, the result had shown that
perception and interest of secondary students towards the text election of short story and
novel in literature components learning is in high level. Majority of students agree with
the implementation of literature component in Malay Language learning. Beside,
students also agree that the teaching methods and teaching aids can help them in
studying literature component. In aspect of text election, the student have tendency to
choose the interesting, easy and high quality text that containing noble value. The last
chapter which is chapter five discussed about research findings, conclusion, suggestion
and research advance suggestion. In this chapter, the researcher has been list down the
several of suggestion as a guideline to students, school, author, publisher and
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) so that the teaching and learning of literature
components will be an attractive and effective session and enable to achieve its aims.
KANDUNGAN
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai jadual
Senarai singkatan
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.2
1.3
Pernyataan Masalah
1.4
Objektif Kajian
1.5
Persoalan Kajian
1.6
Kepentingan Kajian
1.7
Batasan Kajian
1.8
Penutup
VII
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
18
2.2
19
2.3
2.4
23
28
2.4.1
28
2.4.2
31
2.5
39
2.6
Penutup
42
BAB 3
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
43
3.2
44
3.3
Kaedah Kajian
45
3.4
46
3.5
Instrumen Kajian
48
3.6
Kerangka Teori
49
3.6.1
Teori
3.6.2
MotIvasi
49
50
3.7
51
3.10
Penutup
54
DAPATAN KAJIAN
viii
4.1
Pengenalan
56
4.2
Profil Responden
57
4.3
Analisis Data
60
4.3.1
60
4.3.2
66
4.3.3
69
4.3.4
71
71
4.3.5
4.4
BAB 5
Penutup
74
KESIMPULAN / PERBINCANGAN
5.1
Pengenalan
76
5.2
77
5.2.1
Minat Pelajar
77
5.2.2
Persepsi Pelajar
78
5.2.3
80
5.3
Cadangan
82
5.4
84
5.5
Penutup
85
RUJUKAN
88
Lampiran
92
ix
SENARAI JADUAL
Jadual
Muka surat
Profil Responden
57
60
61
62
64
64
66
67
68
72
XI
SENARAI SINGKATAN
BM
DBP
GAPENA
KBSM
KM
Kesusasteraan Melayu
KPM
Komsas
PMR
PPK
P&P
SN
Sasterawan Negara
SPM
STPM
UKM
UPSI
USM
BAB1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) merupakan mata pelajaran wajib di sekolah-
sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Selain sebagai bahasa komunikasi yang
paling tua di negara ini, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan di samping diakui mempunyai penutur yang paling meluas.
Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan yang amat rapat, Simbiosisnya dalam
pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) telah wujud sejak penggubalan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Komponen kesusasteraan (Komsas) atau disebut unsur
sastera telah diserapkan dalam sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Sebelum Komsas dijalankan,
pengajaran menggunakan unsur sastera diaplikasikan secara tidak langsung dalam
bentuk penggunaan bahan dan soalan atau aktiviti penguasaan kefahaman dalam bilik
darjah, juga termuat dalam soalan-soalan peperiksaan utama. Bahan berbentuk teks
(puisi, petikan cerita, dialog) daripada buku ulang kaji, buku teks dan lembaran kerja
digunakan di samping menjalankan aktiviti kebahasaan seperti deklamasi puisi,
2
lakonan, nyanyian, bercerita dan juga sesekali pertandingan menulis sebagai aktiviti
kokurikulum.
Apabila Komsas diperkenalkan, unsur sastera lebih diberatkan namun tetap
mengutamakan kemahiran berbahasa menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang
dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kemahiran bahasa dalam Sukatan Pelajaran KBSM merangkumi bidang
interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.
Ketiga-tiganya merupakan
Pemilihan teks yang tepat memberi kesan kepada pendidikan bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana pembelajaran bahasa Melayu bukan sahaja mengajarkan
aspek tatabahasa dan melahirkan pelajar yang dapat menggunakan bahasa dengan
baik malah pengajaran bahasa juga perlu menerapkan unsur-unsur nilai dan pemikiran
kepada pelajar. Teks yang sesuai, memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang sepatutnya
perlu digariskan agar teks ynag dipilih benar-benar dapat dimanfaat dalam banyak
aspek yang akan dihuraikan nanti. Secara umum, aspek seperti pemikiran yang
dibawa dalam karya, unsur bahasa yang gramatis dan indah daripada teks, pengenalan
kepada budaya dan perkaitannya dengan falsafah, pendidikan, kemanusiaan dan
ketuhanan. Meminati dan seterusnya menghayati karya sastera bermutu zahirnya
dapat membentuk tradisi keilmuan dan juga ke arah pembentukan dan pemantapan
nilai.
sekolah
menengah.
Cadangan
ini
diluluskan
di
dalam
Mesyuarat
bahasa Melayu
dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Kemasukan Komsas dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu jelas membuktikan Kementerian Pendidikan pada ketika itu memberi
penilaian yang tinggi terhadap hasil kesusasteraan Melayu.
Pengenalan Komsas dalam pengajaran BM merupakan bahagian penting yang
diberi perhatian utama dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Keprihatinan
Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek ini bertujuan mempercambah budaya
membaca, menghayati, mempelajari dan mengetahui perkembangan dan kehidupan
sastera Melayu dalam kalangan pelajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran
Komsas dalam mata pelajaran BM di sekolah menengah adalah untuk membolehkan
pelajar:
i.
ii. Mengenal dan menggunakan istilah sastera iaitu tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai murni dan
pengajaran.
iii. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan
kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
iv. Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti
pengarang Sasterawan Negara.
v. Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.
vi. Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel,
cerpen dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia: 2001)
Berdasarkan objektif tersebut, jelas menunjukkan bahawa kemasukan Komsas
dalam mata pelajaran BM mampu meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan pelajar. Ilmu dan nilai dapat diterapkan dalam kalangan pelajar dalam usaha
membina kecerdasan yang pelbagai dengan memberi tumpuan kepada pelajar itu
sendiri. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu
6
turut menegaskan bahawa karya sastera tidak boleh diabaikan kerana di dalamnya
terkandung jati diri, nilai budaya dan sejarah ketamadunan sesuatu bangsa. Penegasan
ini memberi cabaran kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan karya sastera
sebagai teks wajib dalam komponen sastera. Karya-karya tersebut diharapkan dapat
memancarkan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan
dan
Sebanyak dua waktu daripada enam waktu seminggu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dikhususkan untuk menghayati teks sastera. Guru yang mengajar
komponen sastera terdiri daripada guru bahasa Melayu dan kesusteraan Melayu yang
sedia ada. Mereka telah dan akan diberikan pendedahan dan ilmu pedagogi tentang
pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini.
8
Kesesuaian komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu ini dapat dilihat dari segi beberapa perkara iaitu kesesuaian kandungan atau
teks yang dipilih, pendekatan serta kaedah dan teknik pengajaran guru, pembelajaran
yang dihadapi oleh para pelajar, dan penilaian yang dijalankan.
Faktor seperti kesediaan dan psikologi turut berperanan mempengaruhi
pembelajaran. Kebanyakan pelajar tingkatan satu misalnya, masih belum mendalami
kesusasteraan dan masih suka membaca cerita kanak-kanak. Apabila masuk ke
sekolah menengah, mereka diperkenalkan dengan novel remaja dan ini menyebabkan
mereka terasa agak 'berat'. Namun begitu, pendekatan guru seharusnya lebih
menenangkan dan menjadikan perkara baru itu tidak membosankan mereka. Tidak
dinafikan peringkat awal ini adalah fasa terpenting pembelajaran komponen sastera.
Latar belakang pelajar yang berbeza juga mempengaruhi penerimaan sesuatu
teks terhadap pelajar. Setiap novel atau karya sastera memaparkan kisah yang
mengambil latar tertentu. Antaranya latar kampung, bandar, luar negara, dalam
pesawat, kampus, dan sebagainya. Dalam kalangan pelajar, pengalaman tentang latarlatar tersebut mungkin tidak mereka miliki. Contohnya latar sungai atau kampung
kurang didalami oleh pelajar yang menetap di bandar besar. Begitu juga kisah yang
berkaitan budaya orang Melayu yang sukar difahami oleh kaum lain. Tema-tema
kemiskinan, kisah penjual kuih yang tidak relevan dengan remaja situasi terkini
seharusnya tidak dipaparkan atau teks tersebut tidak perlu dipilih. Pilihlah gambaran
tentang remaja yang gigih dari sisi lain dalam keadaan semasa seperti cabaran
menanggapi persoalan sosioekonomi, teknologi maklumat dan komunikasi dan juga
cabaran tentang hak dan warisan dari segi budaya dan harta peribumi.
9
dijelaskan sebelum ini, guru perlu bijak membaca suasana dan menggunakan
kreativitinya untuk melaksanakan kaedah dan teknik yang sesuai. Ini penting untuk
lebih mendekatkan pelajar agar tercapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
1.2
10
yang utama dan berterusan ialah untuk memberi kemahiran penguasaan dan
penggunaannya dengan aktiviti-aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran yang dimiliki ini ditingkatkan kepada pengukuhan melalui proses
penggayaan bahasa yang terdapat dalam Komsas. Hal ini selaras dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam mata pelajaran BM.
Menurut Ab. Rahman Ab Rashid (1998:25), bahan sastera yang penuh dengan
segala persoalan hidup manusia dan pergolakan masyarakat, diolah dan diwarnai
dengan unsur-unsur estetika yang dipersembahkan dengan cara yang menarik, akan
dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan pembaca. Minat membaca ini
akan membawa para pelajar kepada satu budaya yang unggul iaitu budaya membaca
segala bahan ilmu pengetahuan. Dengan hal yang demikian, pengajaran dan
pembelajaran unsur sastera dalam mata pelajaran BM akan dapat membantu
mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat negara ini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa bahan sastera itu mempunyai daya tarikan yang dapat
menimbulkan minat membaca. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi
jalan cerita yang mampu memikat hati pembaca untuk membacanya. Hal ini jelas
berdasarkan pendapat Hashim Awang (1983) iaitu kesusasteraan itu memberi satu
lingkungan suasana dan andaian yang amat luas, yang dapat menghidupkan tindak
balas perasaan dan emosi. Bahan-bahan sastera yang digunakan bertujuan
memperkembangkan perasaan dalam cara kehidupan yang lumrah.
Lufti Abas (1987) dalam Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
(1998:94-95) pula menggariskan beberapa kebaikan yang diperoleh melalui
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran. Antaranya ialah:
i.
Bahan sastera seperti novel dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini
kerana novel adalah karya yang indah dan mempunyai huraian tentang hal-hal
yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan
sekaligus memberi hiburan kepada para pelajar.
ii. Novel juga boleh digunakan untuk mengajar BM mengikut peringkat yang
sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran
pelajaran. Namun begitu, ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru BM
untuk membuatpemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.
Selain itu, Ismail Ahmad (1982:23) menegaskan bahawa penggunaan bahan
sastera dalam pendidikan BM iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka
ruang yang lebih luas bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka
pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya. Menurut
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998:94) pula, kedudukan atau
potensi bahan sastera dalam pengajaran BM bukan sahaja jelas dalam buku teks,
tetapi juga dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (1988:1) iaitu:
12
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah meliputi Tingkatan I
hingga V akan terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dan memupuk
kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa
dan gaya bahasa yang indah.
Pendidikan BM memerlukan bahan sastera sama ada novel, drama, puisi dan
cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa. Penekanan penggunaan bahan sastera dalam
pendidikan BM turut diberi perhatian utama apabila pihak Kementerian Pelajaran
Malaysa menyenaraikan buku-buku sastera yang harus digunakan sebagai bahan
serapan dalam pengajaran BM (Pusat Perkembangan Kurikulum).
1.3
Pernyataan Masalah
Pemilihan dan penggunaan bahan kesusasteraan yang sesuai dalam
pengajaran BM amat penting bagi memastikan pengajaran guru di dalam bilik darjah
dapat menarik minat pelajar. Namun begitu, menurut Tyson dan Woodward dalam
Mahzan Arshad (2003:159), 80 peratus (80%) guru masih menggunakan buku teks
dan buku kerja sernata-mata dalam pengajaran BM. Fenomena ini menggambarkan
guru masih tidak memahami konsep penggunaan bahan kesusasteraan bagi
melaksanakan pengajaran bahasa di dalam bilik darjah. Malah pemilihan bahan
kesusasteraan yang sesuai bagi sesuatu program BM juga merupakan perkara yang
rumit dan perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam sesebuah sekolah.
Hal ini turut dipersetujui oleh S. Nathesan (2002:5) yang menyatakan
bahawa salah satu masalah dalam pengajaran bahasa ialah bahan pengajaran. Guruguru sering menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan pengajaran yang sesuai
untuk mata pelajaran BM. Sekiranya hanya buku-buku teks yang selalu digunakan,
para pelajar sudah tentu akan berasa bosan untuk mengikuti pelajaran bahasa. Satu
alternatif bahan pengajaran yang berkesan lagi menarik iatah bahan sastera yang
13
memperlihatkan bahasa yang indah dan halus. Oleh itu, bahan sastera khususnya
novel dan cerpen wajar dijadikan bahan pengajaran dalam kelas untuk meningkatkan
kebolehan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Fenomena ini
selaras dengan salah satu keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) iaitu penguasaan bahasa melalui pelbagai bahan. Penguasaan bahasa dapat
ditingkatkan dengan mendedahkan pelbagai
bahan pengajaran
bahasa yang
mencakupi variasi bahasa dalam pelbagai suasana, laras dan gaya yang indah. Selaras
dengan keperluan itu, salah satu sumber bahan untuk melihat keindahan dan nilai
estetik bahasa adalah melalui bahan-bahan sastera.
1.4
Objektif Kajian
ii.
Setelah beberapa lama digunakan, teks atau karya yang digunakan wajar
dinilai semula dari sudut kesesuaian dan kesan terhadap para pelajar.
Maka, pertimbangan untuk memilih teks baharu perlu diusulkan dengan
menyatakan kewajaran kriteria pemilihan teks. Analisis kesesuaian akan
dijalankan pada peringkat ini. Tumpuan diberikan pada genre cerpen dan
novel.
iii.
14
iv.
1.5
Persoalan Kajian
1.6
Kepentingan Kajian
Guru
Kajian ini penting kepada guru khususnya guru BM bagi menentukan prinsipprinsip pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan terutamanya bahan sastera
seperti cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Pengajaran yang berkesan
dapat dicapai apabila guru tahu dan memilih bahan sastera sebagai bahan
pengajaran dengan mempertimbangkan kriteria-kriteria tersebut.
ii.
Pelajar
Kajian dari segi penilaian terhadap bahan-bahan yang digunakan iaitu kesesuaian
dengan latar belakang pelajar dan matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas
15
dalam BM dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada dari segi kefahaman pelajar atau meningkatkan kemahiran bahasa
mereka.
iii.
iv.
Pihak yang terlibat seperti pengarang dan penerbit cerpen serta novel diharap
mendapat manfaat daripada kajian ini supaya mengkaji dan meneliti prinsipprinsip penulisan cerpen dan novel yang bersesuaian dengan remaja khususnya
pelajar sekolah menengah, sesuai dengan pengajaran dan sukatan pelajaran
amnya. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu golongan penerbit dan penulis
agar dapat menghasilkan karya yang berkualiti serta dapat memenuhi hasrat dan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
v.
Pihak sekolah
Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak sekolah agar dapat
menyediakan bahan seperti teks cerpen dan novel yang sesuai dengan guru dan
pelajar dengan meneliti analisis kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel
Komsas dalam pengajaran BM. Penyediaan bahan sastera tersebut bukan sahaja
membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
malah turut membantu memudahkan guru menyediakan bahan tersebut.
16
1.7
Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel
Komsas dalam mata pelajaran BM dari sudut minat dan persepsi pelajar. Oleh itu,
borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di tujuh buah sekolah yang terletak
di daerah Kuantan, Pahang.
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman, Sekolah Menengah Kebangsaan
Pandan, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Sekolah
Menengah
Kebangsaan Seri Damai, Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau dan Sekolah
Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Pelajar yang terlibat adalah
seramai 55 orang yang dipilih secara rawak yakni melibatkan pelajar tingkatan satu
hingga tingkatan enam. Tumpuan kajian ini adalah mengenai teks cerpen dan novel,
iaitu dari sudut kesesuaiannya dijadikan sebagai bahan pengajaran dalam pengajaran
Komsas.
1.8
Penutup
Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi
pelbagai aspek termasuklah latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, dan definisi operasional.
Penerangan mengenai kajian ini membantu memudahkan kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Huraian secara menyeluruh dalam bab pendahuluan akan dijadikan garis
panduan awal untuk mendapatkan hasil kajian yang jitu dan bertepatan dengan tajuk
kajian. Huraian-huraian tersebut memberi gambaran awal mengenai kajian yang akan
dijalankan oleh pengkaji. Dalam bab yang berikutnya, penyelidik akan menjalankan
sorotan literatur yang merupakan sokongan kepada permasalahan kajian yang akan
dijalankan, ulasan karya, bentuk dan tujuan kajian terdahulu yang berkaitan serta
kekangan dan masalah kajian yang berkaitan dengan kajian ini.
17
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Teks-teks sastera yang dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (BM) semakin mendapat perhatian pengkaji akhir-akhir ini.
Perhatian yang menggalakkan ini membuktikan bahawa sastera mempunyai potensi yang
amat baik untuk menjadi bahan yang menarik dalam proses P&P bahasa. Kesesuaian
teks-teks sastera sebagai bahan P&P khususnya yang menekankan aspek kemahiran
berbahasa iaitu interpersonal, maklumat dan estetik memang tidak dapat dinafikan
kepentingannya.
Kajian mendalam yang dibuat berhubung kesesuaian teks-teks yang digunakan
untuk P&P Komsas di sekolah-sekolah menengah di negara ini masih tidak banyak.
Kajian-kajian yang lebih menekankan sudut pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan sastera. Lebih-lebih lagi Komsas masih di peringkat awal pelaksanaannya di
seluruh sekolah menengah di negara ini, Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian
terhadap aspek tersebut bukan di luar negara. Beberapa pengkaji Barat telah membuat
kajian berkaitan sikap dan minat pelajar serta pemilihan, penyesuaian, dan penggunaan
bahan dalam P&P kesusasteraan. Antaranya ialah Joanne Collie dan Stephen Slater
19
(1987), Alcaraz (1994), Marchward (1978), Armintead (1972), Povey (1972), Jette
(1993), dan Iain-lain lagi.
Tujuan utama P&P Komsas sebagaimana P&P KM adalah untuk menanamkan rasa
kecintaan terhadap sastera dan celik sastera di kalangan pelajar khususnya yang masih
baru dan kurang terdedah kepada disiplin sastera, Iebih-lebih lagi para pelajar tingkatan
satu. Dengan ini diharapkan apabila menamatkan persekolahan kelak, pelajar ini dapat
mempertingkatkan minat, pemahaman, penghayatan dan penilaian terhadap hasii-hasil
sastera sebagai salah satu cabang ilmu kemanusiaan.
Pengajaran dan pembelajaran Komsas tidak hanya menekankan aspek-aspek teori
dan praktis semata-mata. Apa yang lebih penting adalah memberikan pendedahan kepada
pelajar terhadap nilai-nilai pembentukan watak, sikap, dan sahsiah di samping unsurunsur penghargaan, kesenangan, kesedihan, dan kenikmatan artistik dan estetik. Nilainilai positif ini diharapkan akan dapat diaplikasikan dan dihayati oleh pelajar bukan
setakat ketika alam persekolahan tetapi yang paling penting adalah dipraktikkan
sepanjang kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, langkah menjadikan komponen
sastera sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran BM merupakan langkah yang
wajar kerana dapat menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan kemahiran
berbahasa seseorang pelajar. Perkara yang penting ialah kemampuan para pendidik
melaksanakan tugas P&P yang berupaya menarik minat pelajar untuk membaca bahanbahan sastera yang lain.
2.2
20
21
22
Negara dan karya yang telah dihasilkan sewajamya dilaksanakan secara serius di semua
peringkat pendidikan. Karya-karya sastera yang digunakan haruslah mempunyai pelbagai
genre meliputi sastera tradisional dan moden yang mempunyai nilai sastera yang tinggi
dan merangkumi elemen-elemen keilmuan, keindahan, pengalaman, emosi. Bahan-bahan
sastera yang akan dijadikan teks dalam mata pelajaran BM pada peringkat rendah dan
menengah hendaklah diteliti pemilihannya khususnya dari segi kesesuaian dan mutunya.
Karya-karya sastera tersebut dihidangkan dalam pelbagai versi, daripada mudah kepada
yang asli. Pemilihan teks sastera hendaklah dilakukan oleh satu panel penilai yang terdiri
daripada tokoh-tokoh dalam bidang sastera dan para pendidik yang berpengalaman. Oleh
itu, panel penilaian yang terpilih perlu benar-benar layak, bukan berdasarkan sesuatu
pengaruh, kepentingan atau kroni. Di samping itu, kurikulum sastera perlu dinilai dari
semasa ke semasa kerana KM sebagaimana disiplin ilmu lain sentiasa mengalami
perubahan dan pembaharuan.
c) Kaedah Pengajaran
Dalam usaha menggalakkan pelajar dari semua aliran mempelajari sastera, bahan sastera
memang wajar dijadikan komponen dalam mata pelajaran BM. Dua waktu daripada enam
waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran BM dikhususkan untuk menghayati teks
sastera. Pada peringkat maktab perguruan dan universiti, masa kuliah wajar diwajibkan
kepada semua pelajar. Bentuk ujian bagi mata pelajaran kesusasteraan melalui mata
pelajaran BM pada peringkat sekolah rendah hingga ke tingkatan enam haruslah dalam
bentuk projek agar pembelajaran kesusasteraan menyediakan satu kaedah yang lebih
berkesan, bukan semata-mata untuk tujuan lulus peperiksaan. Jika ini Berjaya dilakukan,
maka matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan mudah dicapai.
d) Latihan Perguruan
KPM haruslah menghasilkan guru-guru sastera yang benar-benar terlatih dan bersedia
dalam bidang Kesusasteraan Kebangsaan berasaskan kemahiran mengajar daripada
peringkat sekolah rendah hingga menengah. Guru-guru sastera hendaklah dilatih secara
terancang menggunakan pendekatan dan kaedah yang pelbagai bagi menjadikan mata
pelajaran kesusasteraan sebagai mata pelajaran yang menarik, hidup dan bersesuaian
dengan kehendak
23
kebolehan guru mengajar kemahiran pemahaman isi karya dan aspek sastera penting
untuk membentuk golongan pelajar yang mempunyai minat membaca. Seterusnya ini
akan meletakkan kesusasteraan sebagai warisan budaya yang harus diwariskan dan
dihargai oleh generasi muda melalui kaedah pengajaran guru yang berkesan.
Daripada cadangan yang dikemukakan oleh A.Aziz Deraman (1999), diharapkan
pihak KPM akan meletakkan pengiktirafan terhadap hasil Kesusasteraan Kebangsaan
Malaysia sebagai satu disiplin ilmu dan sumber khazanah warisan budaya bangsa
Malaysia dalam sistem pendidikan kebangsaan kita. Dengan pelaksanaan Komsas
daripada peringkat sekolah rendah hingga menengah, malah ke peringkat universiti,
diharapkan matlamat dan hasrat dasar Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 untuk
melahirkan insan seimbang dan harmonis sejajar dengan nilai moral dan norma hidup
masyarakat Malaysia akan menjadi kenyataan.
2.3
Menurut Ishak Ramli (2002), Komsas dalam pengajaran bahasa berpaksikan pegangan
bahawa sesungguhnya sastera dapat memberikan pengaruh yang besar terhadap cara
berfikir manusia mengenai hidup dan kehidupan, membezakan antara perbuatan baik dan
buruk, mengenai perbuatan yang benar dan salah. Melalui penggunaan seni bahasa yang
indah dan bermakna ini, pembaca diyakinkan supaya sentiasa berusaha untuk menjadi
insan yang syumul: memperkaya wawasan diri tentang kehidupan; penghayatan dalam
merangsang kreativiti dan semangat untuk menyempurnakan diri; dan menubuhkan
kepercayaan diri dan memupuk rasa jati diri sebagai bangsa mulia, Bahasa sastera dipilih,
disusun dan digubah dengan rapi dan sempurna untuk melahirkan makna asal atau makna
sisipan dalam kesatuan makna yang sepadu dan indah.
Pelaksanaannya meliputi pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Hal ini
bererti bilangan pelajar yang mempelajari sastera Melayu semakin bertambah walaupun
24
hanya pada peringkat
asas
sahaja.
Bagaimanapun,
ini
pelajaran BM kepada dua waktu dalam seminggu. Oleh itu, daripada enam waktu P&P
BM seminggu, dua waktu daripadanya diwajibkan untuk mengajar Komsas
atau
mengikut rumus '2+4'. Jika diteliti dari segi peruntukan masa atau peratusan waktu
pengajaran, satu pertiga atau sebanyak 33.3 peratus daripada keseluruhan waktu adalah
bagi P&P Komsas. Oleh yang demikian KPM merangka akan mengemukakan sekitar 20
hingga 30 peratus daripada soalan berdasarkan Komsas yang dipelajari. Malahan adalah
tidak mustahil sekiranya 100 peratus soalan kefahaman BM adalah daripada tek-teks
sastera yang diwajibkan. Berdasarkan hakikat ini adalah wajar waktu P&P Komsas dalam
mata pelajaran BM ditambah.
Karya sastera merupakan antara medium yang mampu membawa perubahan
kepada diri seseorang. Disebabkan kurangnya keberkesanan pengajaran unsur sastera
maka dengan itu diwujudkan pelaksanaan komponen kesusasteraan (Komsas) dalam mata
pelajaran bahasa Melayu yang bertujuan memupuk minat para pelajar untuk membaca
bahan-bahan sastera, mengenal, menikmati dan mengapresiasi karya sastera. Di samping
itu pelajar dapat mengenali penulis dan mengetahui perkembangan ringkas sastera tanah
air berdasarkan karya yang telah dipilih. Pelaksanaan Komsas juga bertujuan supaya
pelajar dapat menilai dan mengulas karya sastera serta mendapat nilai dan pengajaran
daripada karya yang dibaca. Akhirnya pengajaran Komsas ini diharap dapat melahirkan
pelajar yang mengenali, menghayati dan menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan
kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. (Ab. Rahman Ab Rashid, 2002:2)
25
Bahan sastera yang digunakan sebagai bahan dalam pengajaran merupakan satu
alternatif untuk mendekatkan para pelajar dengan karya-karya kreatif yang di dalamnya
terkandung pelbagai kisah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Terdapat
banyak peranan yang dibawa oleh sesuatu bahan sastera atau karya kreatif. Di antara
peranan karya kreatif atau bahan sastera adalah :
i. Karya kreatif boleh mendidik kita mengenali insan dan segala perihal keinginan
dan kaedah yang berkesan, indah serta penuh cabaran.
ii. Karya kreatif boleh mendorong kita hidup secara intelektual dalam erti kata
lain giat berusaha, merenungi dan menyoal sesuatu serta sedia menghadapi
cabaran dalam kehidupan.
iii. Karya kreatif turut memberi kita keupayaan yang rasional, melihat dan merenung
kebenaran dan realiti secara lebih terperinci dan halus.
iv. Karya kreatif mampu menjadi cermin untuk kita melihat pelbagai selok belok
perangai dan kelakuan manusia dalam pelbagai situasi. la boleh memberi
pengalaman yang berkesan dalam waktu yang singkat menerusi keindahan bahasa
dan pengolahan keperihalan manusia.
v. Karya kreatif membantu kita mengembang dan membina rasa cinta, rasa belas
kasihan, rasa benci yang munasabah, bersabar dan menolak sesuatu dengan penuh
rasionaliti dan pertimbangan.
vi. Karya kreatif mampu menyedarkan kita tentang realiti-realiti yang baik dan palsu,
yang nyata dan di luar nyata serta yang tersurat dan tersirat. Karya sastera mampu
menyeronokkan kita melalui alam mimpi dan fantasi yang indah serta
menyenangkan dan boleh menjadi tarikan kepada daya menilai, daya pemikiran
melalui jenaka, ironi satira sakastik dan juga keganasan.
vii. Karya kreatif seterusnya mampu membangkitkan emosi kita ke pelbagai tahap
yang berjaya dikhayalkan malah kadang-kadang mencetuskan beberapa lapisan
emosi dan mood secara serentak dan penuh kejutan. Lambat laun ia akan
menentukan arah pandangan semesta kita, memperjelaskan lagi hubungan diri
dengan diri dalam segala kompleksitinya, hubungan diri dengan insan-insan lain,
hubungan diri dengan benda bukan hidup yang meliputi alam persekitaran yang
26
sering memperindahkan kehidupan seharian kita dan hubungan diri dengan tuhan
yang menjadi penentu dan pengesah dalam keperihalan kita.
Tidak dapat dinafikan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran sedikit
sebanyak dapat membantu mengembangkan daya pemikiran para pelajar. Hal ini
demikian kerana selain memperkenalkan karya-karya penulis kepada pelajar, masih
terdapat pelbagai unsur lain yang dapat dipelajari dalam karya sastera yang seterusnya
diserap ke dalam diri pelajar. Kajian mengenai penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran seperti pelaksanaan pengajaran Komsas di sekolah telah banyak dilakukan,
bahkan terdapat kajian yang dilakukan sebelum Komsas dilaksanakan secara berperingkat
bermula tahun 2000.
Othman Puteh (1996) menyatakan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen
wajib dalam bahasa Melayu sekolah menengah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
minat membaca, mengapreasisikan dan menghasilkan karya-karya kreatif di samping
mengetahui perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan Komsas ini juga mempunyai
objektif dan matlamatnya yang tersendiri. Hakikatnya adalah untuk menanam kesedaran
terhadap unsur nilai dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan
pelbagai bahan ilmu. Di dalam karya sastera terdapat pelbagai disiplin ilmu lain seperti
politik, ekonomi, sejarah, psikologi dan sebagainya. Oleh itu, sastera harus dilihat dalam
konteks multi disiplin, bukan semata-mata sebagai karya kreatif dan imaginatif sahaja.
Melalui bahan-bahan sastera yang bermutu tinggi dan pelbagai dalam sistem pendidikan
ia diharapkan dapat melahirkan generasi pelajar yang menguasai bahasa Melayu yang
ekspresif dan kreatif sebagai ketrampilan komunikasi yang berkesan. Karya-karya sastera
yang digunakan haruslah pelbagai genre, meliputi sastera tradisional dan moden yang
mempunyai nilai-nilai sastera yang tinggi dan merangkumi elemen-elemen keilmuan,
keindahan, pengalaman dan emosi. Pemilihan bahan-bahan karya sastera yang akan
dijadikan teks dalam mata pelajaran bahasa Melayu pada peringkat rendah hingga
menengah haruslah dilakukan dengan teliti supaya mutunya terjamin. Karya-karya
tersebut dipersembahkan dalam pelbagai versi, daripada mudah kepada yang asli.
Pemilihan teks atau karya sastera haruslah dilakukan oleh satu panel penilai yang terdiri
daripada tokoh-tokoh dalam bidang sastera dan pendidik yang berpengalaman. Di
27
samping itu, kurikulum sastera haruslah dinilai dari semasa ke semasa kerana bidang
kesusasteraan sama seperti bidang lain yang sentiasa berubah mengikut perkembangan
zaman.
Oleh sebab bahan sastera mempunyai kelebihan untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa pelajar, penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran perlu diberi
penekanan terutama daripada aspek pemilihan dan cara-cara penyesuaiannya supaya
bahan tersebut dapat digunakan secara berkesan bagi mencapai objektifnya dan matlamat
pengajaran. Mengikut Abdul Ghalib Yunus dalam tulisannya Prinsip pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu, (Dewan
Bahasa: Disember 1996) yang memetik beberapa pendapat orang sarjana mengenai
kelebihan penggunaan bahan-bahan sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu antaranya
seperti:
"Penggunaan bahan sastera amat memerlukan ketelitian pemilihan dan
cara-cara penyusunannya, Keperluan ini sebenarnya mempunyai tujuan
yangjauh lebih penting iaitu untuk menimbulkan kesan-kesan kehalusan,
kemuliaan dan kesempurnaan penggunaannya sebagai memenuhi syarat
keindahan".
Antara kebaikan lain yang boleh diperolehi melalui penggunaan bahan sastera dalam
pendidikan bahasa adalah dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah
kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang
hal-hal yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan jitu dan sekali gus
menyeronokkan pelajar dengan Isi kandungannya. Selain itu, karya sastera itu boleh
digunakan untuk mengajar bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur,
minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah pada
kebijaksanaan guru bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian
bahan yang akan digunakan. (Lutfi Abas 1987:1)
28
2,4
Dalam kajian berkaitan pemilihan teks, pengkaji meneliti aspek kriteria pemilihan teks
sastera dan kriteria pemilihan buku teks sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu serta
kepentingan teks sebagai bahan bantu mengajar. Pengkaji juga menyentuh aspek masalah
pemilihan teks sastera dalam kajian berkaitan buku teks. Seterusnya, dalam kajian
berkaitan pendidikan bahasa berdasarkan teks sastera, pengkaji membincangkan aspekaspek sastera yang dipelajari daripada teks sastera bagi genre novel. Aspek-aspek tersebut
terdiri daripada sinopsis, tenia dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, sudut
pandangan, gaya bahasa , nilai dan pengajaran.
Perbincangan mengenai penggunaan bahan kesusasteraan dalam pengajaran
Bahasa Melayu (BM) telah banyak dilakukan sejak tahun 1990-an tentang pentingnya
bagi membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa menerusi bahan sastera (Mahzan
Arshad, 2008:260). Hal ini kerana banyak faedah yang diperoleh jika bahan kesusasteraan
digunakan dengan bijak dalam pengajaran bahasa. Namun begitu, sebelum sesuatu bahan
sastera itu dijadikan bahan pengajaran Komponen Sastera (Komsas), ia perlu dipilih
dengan teliti agar sesuai dengan tahap perkembangan dan keperluan para pelajar. Bahan
sastera tidak boleh dipilih dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan
menyebabkan pelajar tidak memahami bahan sastera tersebut seterusnya tidak membawa
sebarang manfaat kepada pelajar. Kesesuaian sesuatu bahan sastera yang diserapkan
dalam pengajaran Komsas dalam mata pelajaran BM sangat penting dititikberatkan oleh
semua pihak agar bahan yang dipilih sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran,
2.4.1
Menurut Carter dan Long dalam Fauziah Ahmad (1999), faktor bahasa mampu
meletakkan pelajar di tempat yang sewajarnya supaya mereka dapat berkomunikasi
dengan lebih kreatif terhadap penggunaan bahasa, lalu menjadikan pembelajaran bahasa
lebih mudah dan seronok. Apabila membaca teks sastera, pelajar akan menemui
29
perkataan baru dan dapat melihat cara perkataan itu disusun untuk membentuk frasa,
dicantum untuk membentuk ayat, dan seterusnya menjadi wacana. Pelajar juga dapat
mempelajari ciri bahasa serta peranan dan fungsinya.
Malachi Edwin (1993) dalam Fauziah Ahmad (1999) menyenaraikan beberapa
sebab penggunaan bahan tempatan. Antaranya, hasil kesusasteraan mudah didapati dan
difahami kerana ditulis oleh orang yang memahami budaya setempat dengan mengambil
kira nilai estetik, latar belakang, dan elemen budaya yang menjadikan pelajar lebih biasa
dan selesa. Hal ini turut memudahkan persefahaman antara kaum terhadap cara hidup
kumpulan etnik yang terdapat dalam sesebuah negara. Mengajarkan dan mempelajari
sastera adalah pengalaman yang menguntungkan kerana memungkinkan pelajar
berhadapan dengan berbagai-bagai bentuk emosi, realiti dan motif oleh sebab sastera
dapat meluahkan semangat dan emosi manusia.
Menurut Elster dan Hanauer (2002:91), banyak artikel dan buku mengesyorkan
guru menggunakan bahan sastera misalnya penggunaan puisi di dalam bilik darjah untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pengajaran puisi lebih efektif dalam memotivasi
pelajar agar mereka suka membaca dan menulis, mengajar pelajar tentang keunikan dan
keindahan bahasa, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, memahami diri sendiri
dan dunia luar merentasi kurikulum serta meningkatkan kebolehan membaca dalam
kalangan pelajar.
Menurut Dreher (2003:51) pula, penggunaan novel boleh diaplikasi di dalam bilik
darjah untuk menanam minat suka membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti kebahasaan
boleh dilakukan melalui bahan seperti novel misalnya aktiviti berlakon berdasarkan teks
novel. Melalui aktiviti tersebut, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dan
berminat untuk mengikuti proses pembelajaran sehingga tamat. Malah, pelajar juga akan
lebih berkeyakinan di samping dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka. Secara
ringkasnya, novel boleh digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam bilik darjah bagi
menyemai minat membaca serta meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan
pelajar.
30
Elliot (1990) telah menulis mengenai penggunaan bahan drama dalam Program
Teaching As A Second Language (TESL). Bahan-bahan yang digunakan ialah hasil karya
William Golding iaitu 'Lord Of Flies' dan 'Animal Farm' karya George Orwell.
Penggunaan karya ini membawa kesan yang baik dan memuaskan. Dalam hal ini, beliau
membuktikan bahawa penggunaan bahan sastera memang menjadi bahan yang
diutamakan pengajaran bahasa.
Knapton dan Evans (1967) dalam Koh Boh Boon (1994:2) menekankan bahawa
pendedahan kepada pelbagai jenis bahan sastera dapat meluaskan perbendaharaan kata
pelajar, membaiki kemahiran bertutur dan menulis mereka. la dapat memupuk daya
imaginatif mereka di samping menghibur. Namun, manfaat terbesar daripada satu karya
sastera ialah membekalkan pengalaman estetik yang akan membawa pengaruh positif dan
sihat ke atas penerimaannya.
Menurut Simmons dan Deluzain (1992:21) pula, pemilihan teks yang berkualiti
tinggi merupakan salah satu syarat meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa di
dalam bilik darjah, Hal ini turut dipersetujui oleh Lukman Ali (1966:34) dengan
menyarankan supaya prinsip-prinsip berikut perlu dipatuhi dalam membuat pemilihan
terhadap sesebuah teks sastera:
i. Umur, perkembangan jiwa, keadaan emosi dan pengetahuan pelajar-pelajar.
ii. Mempertimbangkan keperluan pelajar-pelajar atau kanak-kanak, tuntutan
sosial dan moral.
iii. Bahan-bahan itu dapat mengembangkan daya imaginasi dan daya kreatif,
menyuburkan pertumbuhan emosi yang sihat.
iv. Bahan-bahan itu dapat memperkayakan pengertian terhadap keindahan,
kehidupan, kemanusiaan dan kecintaan kepada Tuhan.
v. Memberikan kemungkinan untuk interpretasi.
vi. Terdapat amanar di dalamnya, mempertajamkan fikiran dan daya kritis.
31
2.4.2
Menurut Kamaruzzaman A. Kadir (1988) matlamat pengajaran bahasa yang utama dan
berterusan ialah untuk memberikan kemahiran penguasaan dan penggunaannya dalam
aktiviti-aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran yang telah
dimiliki ini ditingkatkan kepada pengukuhan melalui proses penggayaan dan penghayatan
bahasa yang pada umumnya terdapat dalam bahan sastera. Dalam erti kata yang lain,
penggunaan bahan sastera sebagai bahan pengajaran bahasa mampu memenuhi matlamat
pengajaran bahasa.
Lufti Abas dalam kertas kerjanya Ke Arah Keprofesionalan Guru Bahasa Dan
Sastera Melayu dalam Sofian Hamid dan Zaiton Ab. Rahman (1988:101-108)
menyatakan tujuan pengajaran bahasa ialah mengajarkan berbagai-bagai jenis pola ayat
tertentu dan sejumlah kata supaya dapat dikuasai oleh para pelajar dan penggunaan karya
sastera adalah salah satu daripada cara mencapai tujuan ini. Salah satu ciri karya sastera
ialah menyeronokkan pembaca kerana karya sastera indah mempunyai huraian-huraian
tentang hal-hal yang aneh dan ajaib dan sebagainya yang berkaitan dengan itu, disusun
dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus menyeronokkan pembaca atau pelajar kerana
kelucuannya. Lagi pula, karya sastera itu seronok dibaca kerana didalamnya terdapat
sejumlah imej (citra) yang dihuraikan berulang-ulang untuk diindera oleh salah satu
indera yang lain. Namun begitu, karya sastera mempunyai kelemahan untuk digunakan
sebagai bahan pengajaran. Oleh sebab itu, sesuatu karya yang dijadikan bahan pengajaran
bahasa mestilah disunting terlebih dahulu.
Menurut Haji Mohd Jonit Mohd Johari, Ahmad Jaffn H.M.Hassan dan Abdul
Rashid AH, (1991:1074) terdapat beberapa rasional untuk menggunakan teks sebagai
bahan pengajaran terutamanya dalam menghasilkan karangan, antaranya termasuklah:
i. Teks memberikan nasihat kepada penulis-penulis muda.
ii. Teks memberikan isi kandungan yang sebenar dalam kursus penulisan.
32
iii. Teks merangsang minat pelajar-pelajar melalui pertentangan idea.
iv. Teks memberikan karangan model sebagai contoh kepada pelajar-pelajar.
v. Teks menyediakan bahan bacaan yang dapat mencetuskan pemikiran yang
kritis dan memungkinkan penghasilan karya yang lebih baik.
vi. Teks memberikan bahan pengajaran yang dapat melibatkan proses penciptaan
yang diperlukan dalam penulisan.
Oleh sebab itu, penggunaan bahasa bahan sastera amat memerlukan ketelitian
pemilihan dan cara-cara penyusunannya (Slametmuljana,
1966).
Keperluan
ini
mempunyai tujuan yang jauh lebih penting iaitu untuk menimbulkan kesan-kesan
kehalusan, kemuliaan dan kesempurnaan penggunaannya sebagai memenuhi syarat-syarat
keindahan. Sharifah Alawiyah dalam Kamaruddin Sulaiman (2004:41) pula menyatakan
bahawa sebelum pemilihan sesuatu bahan dilakukan, terdapat beberapa perkara yang
perlu diberikan perhatian iaitu kandungan yang terdapat dalam bahan yang dipilih dan
segala kandungannya tidak bertentangan dengan kepercayaan pelajar.
Marohaini Yusoff (2000) turut bersetuju dengan menyatakan bahawa kejayaan
penggunaan strategi bergantimg pada pemilihan teks di dalam kelas. Dalam hal ini, faktor
murid iaitu kemampuannya dari segi bahasa, umur, dan minat merupakan rujukan utama.
Pertimbangan terhadap penggunaan perkataan, sintaksis dan gaya bahasa adalah penting
supaya pelajar dapat menerima teks tersebut dan dengan itu pelajar akan dapat memahami
dan menikmati apa-apa yang dibaca. Demikian juga halnya dengan faktor tema dan
perkaitannya dengan tahap umur dan perkembangan diri pelajar dari segi emosi dan
mental.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:21), bahan-bahan kesusasteraan yang hendak
disampaikan kepada para pelajar mestilah dipilih, disusun, dikawal dan diperingkatkan.
Hal ini penting kerana penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran tidak akan
menimbulkan sebarang masalah dalam kerja-kerja guru selanjutnya. Pemilihan bahanbahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan kesusasteraan yang sesuai dan
menarik untuk pelajaran. Pemilihan bahan-bahan itu biasanya berdasarkan tujuan, guna
dan tingkat pencapaian para pelajar yang akan mempelajarinya. Walau bagaimanapun, ia
33
tidak seharusnya terkeluar daripada apa yang telah ditetapkan oleh sukatan pelajaran mata
pelajaran berkenaan. Bahan-bahan yang dipilih bermaksud bahan-bahan yang menarik
dan sesuai. la hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan para pelajar serta
tidak terkeluar daripada persekitaran kehidupan para pelajar itu. Bahan-bahan yang
mengandungi unsur-unsur sensitif yang menyentuh dasar kerajaan atau mengecam
perlembagaan tidak dibenarkan sama sekali.
BM
sememangnya merupakan masalah yang rumit dan perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dalam sesebuah sekolah. Menurut Norton (1991) dalam Mahzan Arshad
(2003:160) apa yang dianggap sebagai bahan kesusasteraan yang baik amat sukar
ditentukan kerana tidak ada bahan yang benar-benar dapat memenuhi kehendak semua
pihak, sama ada guru, pihak ibu bapa atau pihak pentadbir sekolah. Panduan memilih
bahan yang sesuai bagi setiap tahap persekolahan yang diberikan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu KBSM memang berguna. Walau bagaimanapun, kadangkala
guru mendapati sukar untuk mendapatkan buku daripada tajuk-tajuk yang dicadangkan,
sama ada buku-buku tersebut tidak terdapat di pasaran lagi kerana sudah tidak dicetak
semula sejak beberapa tahun kebelakangan ini atau pun tidak bersesuaian dengan
keperluan kandungan pengajaran bahasa yang ingin dijalankan guru.
Oleh yang demikian, guru perlu mencari bahan-bahan yang difikirkan sesuai serta
terbitan terkini, sama ada dengan melawat ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.
Untuk melakukannya, guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat
pemilihan bahan kesusasteraan yang difikirkan sesuai digunakan di dalam kelas masingmasing berdasarkan berapa faktor yang perlu diambil pertimbangan. Antara pertimbangan
tersebut ialah bahan yang sesuai dengan perkembangan usia pelajar, bahan yang dapat
menarik pelajar supaya terus membaca dan bahan yang sesuai dengan latar belakang
pelajar (Mahzan Arshad, 2003:160).
Namun begitu, menurut Azman Wan Chik (1981:21-22), anggapan umum
mengenai kualiti dan nilai sesebuah karya itu tidak rnenjadi soal pokok tetapi yang
penting ialah memperoleh sambutan dan minat daripada pelajar. Bahan-bahan yang baik,
34
mudah, mungkin bukan bahan 'first rate', akan dan dapat menggalakkan pertumbuhan
bacaan, sebab dapat menimbulkan minat. Tetapi bahan yang sukar akan hanya
menimbulkan kebencian terhadap sastera dan dengan sewajamya tidak mungkin
menimbulkan kebiasaan membaca. Pelajar haruslah mendapat kepuasan dan kegembiraan
dari bahan-bahan atau cerita-cerita yang dibacanya. Bagaimanapun, pemilihan bahan
haruslah juga bergantung kepada peringkat remaja pelajar yang melalui bahan bacaannya
dapat menyedari bahawa kehidupan remaja itu kompleks, dan tidak keseorangan di dunia
ini dalam menghadapi alam remaja. Bahan-bahan yang mengandungi nilai moral turut
penting tidak seharusnya menjadi tujuan utama mengajar sastera kepada pelajar. la adalah
ciri-ciri sampingan yang diperoleh akibat daripada membaca sesebuah karya sastera. Dan
ia juga akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar, kerana ia diletakkan dalam situasi
suasana dan konteks yang 'hidup'.
Menurut Othman Puteh (1995:39) mutu karya teks pilihan berkaitan dengan
bentuk dan isi, teknik dan muatan karya. Karya harus mempunyai mutu, tentunya yang
bernas, matang,
mendewasakan pemikiran pelajar. Teks kajian pelajar harus bukan dipilih secara
sembarangan atau ambil ada, harus ruwet kalaupun tidak sukar; harus pelbagai dan
mempunyai horizon dan wawasan yang luas. Justeru itu, panel pemilihan teks tentulah
dari kalangan yang cukup berwibawa, arif dengan jagat raya kesusasteraan dan past! tidak
cukup sekiranya persona itu sekadar minat sastera, deklamator puisi yang baik, guru
sastera berpengalaman tetapi tidak pernah membaca Dewan Sastera dan sudah lama
menutup pintu dan jendela sastera kecuali kerana tugas.
Menurut Awang Sariyan (2004:249), keragaman latar belakang pelajar senantiasa
menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan teks sastera yang sesuai
dalam pengajaran bahasa. Beliau menyatakan antara asas atau faktor utama yang perlu
diberi perhatian dalam pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa terrnasuklah:
i.
Latar
belakang
budaya
pelajar
iaitu
persepsi
mereka
tentang
35
ii.
iii.
Koh Boh Boon (1994) dalam Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu
menyatakan sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras
bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa , dan jika bahan yang
dipilih itu berupa karya dan sebagainya karya sastera yang bermutu, maka bahasanya
terjamin. Dalam pengkajian sastera dalam pendidikan bahasa Melayu , terdapat perbezaan
yang mutlak dengan pendidikan kesusasteraan Melayu.
36
sengaja dan terancang dengan waktu tertentu dan juga dengan tujuan dan objektif tertentu
sepanjang tahun persekolahan. Bahan-bahan sastera yang sesuai sudah pun disenaraikan
untuk dipilih oleh guru dan bahasa sastera tersebut diperakukan sebagai bahan-bahan
yang sempurna misalnya novel dan cerpen yang memungkinkan guru BM menjadikan
waktu pengajarannya menarik dan bermanfaat kepada muridnya. Novel dan cerpen boleh
dijadikan bahan rangsangan untuk mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk mengajar
kemahiran-kemahiran bahasa, dan aspek-aspek bahasa seperti perbendaharaan kata,
peribahasa dan tatabahasa. Tambahan pula, sesetengah peristiwa dan watak dalam novel
dan cerpen boleh dijadikan konteks yang sesuai untuk membincangkan dan memupuk
nilai-nilai murni yang tertentu. Malah, faedah terbesar yang boleh diperoleh daripada
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan BM adalah penanaman tabiat suka membaca
dalam kalangan murid.
37
beberapa pertimbangan yang harus diambil kira dalam pemilihan novel adalah seperti
yang berikut:
i.
ii.
Sesuai pula dengan minat pelajar (jika minat tidak ada, guru harus
memberikan motivasi.
iii.
Aspek struktural sasteranya teraur dan baik dalam konteks mutu sastera.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
Pencetakannya bermutu.
Selain itu, cerpen juga merupakan salah satu bahan pengajaran yang boleh
diserapkan dalam pengajaran bahasa. Melalui kajian yang dilakukan oleh Siti Ainun iaitu
Analisis Kesesuaian Cerpen Dalam Majalah Dewan Siswa (Januari-Jun 1997) Sebagai
Cadangan Bahan Pengajaran dalam Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V,
penggunaan cerpen dalam majalah dapat membantu guru mempelbagaikan bahan
pengajaran sekali gus dapat mempertingkatkan penguasaan dan pencapaian pelajar dalarn
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (KM). Melalui kajian ini, beliau mencadangkan
penggunaan cerpen-cerpen daripada majalah Dewan Siswa di samping mengkaji
kesesuaian cerpen-cerpen tersebut. Kajian telah dibuat ke atas tema cerpen, plot, watak
dan perwatakan, latar dan gaya bahasa serta menilai sejauh mana cerpen-cerpen itu sesuai
untuk pengajaran KM. Kesesuaian ini dilihat dari sudut objektif pengajaran, bahasa
pelajar, psikologi pelajar dan latar belakang bahan. Hasil kajian beliau mendapati cerpencerpen yang termuat dalam majalah Dewan Siswa memenuhi kehendak sukatan pelajaran
38
Selain itu, permasalahan lain seperti kurangnya minat dan tumpuan yang
diberikan oleh pelajar juga merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
guru berdasarkan dapatan kajian iaitu sebanyak 20% responden menyatakan sangat setuju
dan 80% responden lagi menyatakan setuju. Jelas menunjukkan minat pelajar terhadap
pelaksanaan Komsas dalam pengajaran BM masih lagi berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Hal ini sangat bergantung kepada cara guru menyampaikan pengajaran serta
pemilihan teks cerpen dan novel Komsas sebagai bahan pengajaran di dalam kelas. Teks
yang menarik dan senang difahami boleh meningkatkan minat pelajar terhadap
pengajaran Komsas dalam BM.
Tidak dinafikan penggunaan teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
BM adalah cabaran dan tanggungjawab setiap individu yang komited dalam jagat
pendidikan. Pemilihan teks kesusasteraan adalah untuk semua peringkat perlu diteliti dan
relevan dengan pendidikan negara untuk mengisi alaf akan datang. Kesusasteraan Melayu
39
sewajarnya dimanfaatkan dalam pendidikan negara dan diberi kedudukan yang lebih
bermaruah begitu memasuki alaf baru malah harus diperkenalkan seawal yang mungkin
sejak sekolah rendah dengan lebih mantap lagi. Langkah ini untuk memupuk minat
membaca dan cinta akan kesusasteraan yang kekal sepanjang hayat.
2.5
Nor Rafidah Samsudin (dalam Norrisah Ahmad, 2002) melihat kesesuaian teks dari segi
sasaran pelajar yang menggunakan teks berkenaan, penggunaan bahasa dan kriteria yang
perlu ada bagi sesebuah novel yang bersesuaian dengan pelajar. Hasil kajian yang
diperoleh, novel yang dipilih mestilah mengandungi unsur pengajaran , mudah difahami
dan menarik untuk dibaca dan dipelajari oleh pelajar. Novel yang memenuhi kriteria
sahaja dapat diluluskan untuk dijadikan bahan pengajaran.
Abdul Razak Othman (2000) mengkaji berkaitan nilai positif dalam novel
Terminal Tiga Karya Othman Puteh serta kesesuaiannya sebagai teks komponen wajib
bahasa Melayu. Beliau melihat daripada aspek nilai positif yang terdapat dalam novel
tersebut untuk membolehkan novel tersebut sesuai dijadikan sebagai teks komponen
wajib bahasa Melayu iaitu teks komsas. Beliau mengkaji novel yang telah dipilih oleh
pihak Biro Buku Teks sebagai teks wajib dalam komponen sastera. Dalam kajiannya,
beliau melihat nilai positif dalam novel Terminal Tiga karya Othman Puteh. Beliau
memfokuskan aspek nilai positif dan melihat kesesuaian novel tersebut dari segi gaya
bahasa dan dari segi pemikiran. Nilai positif dalam Terminal Tiga iaitu usaha pengarang
mempositifkan watak negatif, nilai kemanusiaan pada watak positif dan mengambil satu
watak sebagai model remaja gigih dan berfikiran terbuka.
Menurut beliau lagi, novel tersebut relevan digunakan sebagai teks komponen
wajib bahasa Melayu tingkatan empat kerana mempunyai ciri-ciri yang selari dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menggariskan kriteria pemilihan
teks bagi pengajaran bahasa itu tepu dengan nilai positif. Di samping itu, ia menepati
40
dengan cita rasa remaja yang sentiasa ingin sesuatu yang baru dan mengikut trend
semasa. Hal ini demikian perlu diselitkan agar remaja sentiasa terbuka fikirannya dan
menganggap bahan bacaan itu tidak ketinggalan zaman.
Selain itu, menurut beliau novel tersebut menonjolkan watak-watak yang positif,
bermoral dan beragama serta berperibadi yang sesuai dengan kehidupan dan budaya
setempat. Walaupun kedapatan watak yang pada mulanya dirasakan negatif, tidak
bertanggungjawab kepada keluarga iaitu misalnya watak ayah Rimpa yang menghilang
sekian lama, tiba-tiba selamat pulang dan kembali ke pangkuan keluarga dengan tidak
diungkitkan kesalahan itu. Malah, seluruh anggota keluarga menerima kepulangan itu
dengan penuh rasa syukur. Dalam novel tersebut tidak diwujudkan watak antagonis
secara nyata. Beliau hanya memfokuskan aspek nilai dan kesesuaiannya dari segi gaya
bahasa dan pemikiran untuk membolehkan novel tersebut dikatakan relevan diterima
sebagai teks komponen sastera bahasa Melayu.
Nor Aini Ismail (2002) mengkaji persepsi pelajar terhadap pemilihan teks Komsas
tingkatan empat pada dua buah sekolah menengah yang dipilih di daerah Besut,
Terengganu melalui teks Antologi Anak Laut dan novel Terminal Tiga. Berdasarkan
kajian yang dijalankan, beliau mendapati bahan-bahan yang terkandung dalam teks
Komsas mampu menarik minat pelajar. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak wujud
perbezaan berdasarkan aliran dan jantina dari segi persepsi pelajar terhadap pemilihan
teks Komsas tingkatan empat. Hal ini dibuktikan melalui pengujian hipotesis yang
menunjukkan item bahawa nilai P lebih daripada 0.05 adalah lebih banyak daripada nilai
P kurang 0.05. Beliau menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data dengan
menjadikan pelajar sebagai responden . Sampel terdiri daripada 100 orang responden
dalam kalangan pelajar bagi dua buah sekolah menengah di daerah Besut, Terengganu.
Misran Rokimin (2006) menganalisis teks novel yang digunakan oleh pelajar
tingkatan lima dalam Komsas iaitu novel Julia karya Abu Hassan Morad. Beliau melihat
tiga aspek pembangunan dalam diri manusia yang boleh ditonjolkan menerusi novel
tersebut iaitu
kebahasaan. Model yang digunakan untuk menganalisis adalah dengan menggunakan tiga
41
kategori iaitu kebenaran sejagat, keindahan bahasa yang menyenangkan dan mewakili
watak atau tema. Kajian beliau bertujuan mengkaji konsep pembangunan manusia dan
kaitannya dengan kesusasteraan. Dengan itu, dapatlah diketahui beberapa kajian yang
dilakukan berkaitan pengkajian novel komsas. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kajan
yang mengkaji novel lain sebagai cadangan untuk dijadikan sebagai teks komsas.
Pemilihan teks khusus bagi unsur sastera dalam pendidikan bahasa Melayu
haruslah melalui prinsip-prinsip tertentu. Hashim Awang dan Mohd. Taib Osman
(1977:172) sependapat dengan keenam-enam prinsip penting oleh Lukman Ali berhubung
dengan tatacara pemilihan bahan dan buku-buku yang benar-benar sesuai untuk
pengajaran sastera. Prinsip-prinsip tersebut adalah :
i.
Beberapa masalah dalam pemilihan teks sastera yang sesuai turut dibicarakan oleh
Rahman Shaari (1981) dalam satu rencana Dewan Sastera. Beliau menyatakan antara
masalah tersebut adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
komponen sastera iaitu novel Pahlawan Pasir Salak berpendapat bahawa novel tersebut
kurang sesuai untuk bacaan kanak-kanak atau remaja. Hal ini demikian kerana watakwatak yang terlalu agresif dan terlalu banyak menggunakan bahasa kasar. Menurut beliau
42
lagi, urutan plot novel tersebut menonjolkan kekejaman dan keterlaluan. Elemen-elemen
tersebut bertentangan dengan hasrat pemerintah untuk mendidik dan mengajar pembaca
supaya bertingkah laku yang baik, seperti menjunjung kesopanan dan kesusilaan seperti
yang dicatatkan dalam salah satu prinsip Rukun Negara.
2.6
Penutup
Berdasarkan bab ini, pelbagai pandangan dan dapatan kajian yang dikemukakan oleh
tokoh-tokoh pendidikan, bahasa dan sastera dari dalam dan luar negara telah
dikemukakan bagi membuktikan kepentingan penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran BM. Hasil tinjauan daripada kajian ini mendapati bahawa tanggapan dan
pandangan sarjana atau penyelidik mengenai penggunaan bahan sastera dalam mata
pelajaran BM sememangnya membawa manfaat dan faedah kepada pelajar. Bahan sastera
bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar malah
dapat memupuk budaya suka membaca dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, melalui
pengajaran Komsas, apresiasi terhadap bahan sastera dapat dilaksanakan untuk
melahirkan pelajar yang bukan sahaja seimbang dari segi jasmani dan intelek malah dari
segi emosi dan rohani juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa kesedaran pendidik khasnya para guru
terhadap pentingnya dunia sastera dalam pendidikan semakin menyerlah di samping
adanya unsur sastera iaitu Komsas dalam mata pelajaran BM. Keupayaan guru-guru
dalam membuat pertimbangan yang betul dalam pemilihan kaedah mengajar terhadap
bahan kesusasteraan dalam Komsas merupakan salah satu aspek penting yang menjamin
pencapaian matlamat dan objektif pendidikan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Komsas di bilik darjah.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan secara terperinci mengenai metodologi
kajian yang berhubung kait dengan kajian yang dijalankan. Aspek-aspek yang akan
dibincangkan merangkumi populasi kajian, sampel kajian, kaedah kajian, reka bentuk
kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.
Metodologi merupakan satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu aktiviti, kegiatan, disiplin dan sebagainya. Secara kasarnya,
metodologi
kajian
yang dimaksudkan
merangkumi
yang
menghuraikan perkara-perkara penting tentang kaedah kajian, reka bentuk kajian, sampel
kajian, pengumpulan data, penganalisisan data, perancangan, dan rujukan. Dengan adanya
metodologi sesuatu kajian, pengumpulan data akan lebih bersistematik dan teratur serta
penganalisisan data dapat dijalankan dengan baik. Dapatan hasil penganalisisan data ini
nanti mampu menampakkan satu sistem yang tersusun dan dapat mengelakkan maklumat
sukar ditafsir dan dianalisis. Jelasnya, ketepatan dan kejelasan dapatan kajian amat
penting dan ianya dipengaruhi oleh keberkesanan serta teraturnya sesuatu metodologi
kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
44
Sejajar dengan itu, dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan secara terperinci
mengenai metodologi, kajian, kaedah dan prinsip-prinsip yang berhubung kait dengan
kajian yang dijalankan. Aspek-aspek yang akan dibincangkan merangkumi populasi
kajian, sampel kajian, kaedah kajian, reka bentuk kajian, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data.
3.2
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan menggunakan soal
selidik dalam pengumpulan data untuk meninjaii seterusnya mengenal pasti minat serta
persepsi pelajar mengenai penggunaan bahan sastera terutamanya cerpen dan novel
Komponen Sastera (Komsas) dalam pengajaran Bahasa Melayu (BM). Kajian deskriptif
ini dipilih kerana bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu menganalisis kesesuaian
pemilihan teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas di sekolah yang terpilih.
Perkaitan antara kajian dapatan dalam kajian ini berpandukan 'A Model of
Teacher Thought and Action' oleh Clark Peterson (1986).
45
Kaedah Kepustakaan
Analisis daripada
Literatur (kaj ian
kepustakaan)
3.3
Kaedah Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan yakni menjadikan
bahan-bahan ilmiah yang berkaitan sebagai bahan rujukan. Bahan-bahan seperti buku,
majalah, jurnal dan kertas kerja yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran BM akan dijadikan sumber rujukan yang utama.
Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah tinjauan menggunakan dapatan soal
selidik berstruktur.
memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Malahan, kaedah ini juga mudah
dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar.
46
Analisis data yang digunakan oleh pengkaji adalah menggunakan kaedah statistik
iaitu Statistical Packages For The Sosial Sciences (SPSS). Pengkaji membuat analisis
terhadap hasil dapatan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh pelajar yang
terpilih. Kaedah saintifik tersebut dapat membantu pengkaji menyelesaikan masalah
untuk memperoleh maklumat yang tepat dan terperinci. Kaedah ini mampu
memperlihatkan kefahaman dan kejelasan hasil kajian pengkaji untuk rujukan dan
kegunaan khalayak pada masa hadapan. Bagi melancarkan lagi kajian, satu set borang
soal selidik dan soalan-soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk kajian telah disediakan.
3.4
Dalam kajian ini, populasi kajian dibuat di tujuh buah sekolah menengah yang terletak di
daerah Kuantan, Pahang. Rasional pemilihan tujuh buah sekolah ini adalah untuk
47
mendapatkan maklumat serta reaksi yang pelbagai daripada pelajar yang berlainan
sekolah mengenai penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Komsas. Sekolah-sekolah
yang terlibat adalah seperti yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
Sampel adalah sekumpulan kecil unsur yang telah diambi! daripada satu rangka
persampelan yang mewakili sesuatu popluasi di dalam sebarang tinjauan dan sampel
rawak digunakan dalam kajian ini Oleh sebab itu, sampel dalam kajian ini melibatkan
pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tingkatan enam yang dipilih secara rawak
sama ada yang berada dalam aliran sastera atau aliran sains. Sampel kajian yang terlibat
adalah seramai 55 orang pelajar iaitu, 10 orang pelajar tingkatan satu, 15 orang pelajar
tingkatan dua, lima orang pelajar tingkatan tiga, 18 orang pelajar tingkatan empat, lima
orang pelajar tingkatan lima dan dua orang pelajar tingkatan enam.
48
3.5
Instrumen Kajian
Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian kerana instrumen ini lebih
efisien dan lebih praktikal sifatnya. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi
tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Penjelasan mengenai setiap
bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti huraian berikut:
i.
ii.
49
Borang soal selidik yang disediakan untuk sampel pelajar mengandungi 22 soalan.
Bagi memudahkan pengumpulan data, pengkaji telah membahagikan borang soal selidik
tersebut kepada tujuh bahagian. Penjelasan setiap bahagian dalam borang soal selidik
tersebut adalah seperti huraian berikut,
3.6
Bahagian A :
Bahagian B :
Bahagian C :
Kerangka Teori
3.6.1
Teori Motivasi
Kerangka yang sesuai digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Motivasi.
Motivasi merupakan proses atau faktor yang mempengaruhi masa manusia supaya
bertindak. Motivasi sangat penting dalam hidup ini, khususnya kepada para pelajar.
Seseorang pelajar yang bermotivasi sudah pasti akan berusaha dengan lebih kuat bagi
meningkatkan pencapaian masing-masing.
Banyak kajian yang berkaitan dengan Teori Motivasi telah dilakukan. Antaranya
ialah kajian yang dilakukan oleh Young (1985), Leuba, (1961) dan Cofer (1967) yang
merumuskan bahawa sesuatu tingkah laku berlaku akibat daripada tarikan dorongan luar
yang ekstrinsik yang kuat. Dorongan luaran ini merupakan pengukuhan yang kuat kepada
tingkah laku.
Sejajar dengan kajian ini, P&P Komsas mampu meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar kerana ianya memberikan kajian pengajaran serta hiburan. Jadi, bagi para
pelajar tingkatan satu yang perlukan motivasi untuk bertindak, P&P Komsas dapat
dijadikan medium agar ianya berjalan dengan lancar dan berkesan. Pelajar juga berhak
menentukan teks yang sesuai digunakan dalam pembelajaran mereka.
50
berorientasikan tinjauan di mana para pelajar akan berusaha untuk memenuhi keperluan
masing-masing bagi mengetahui dan memahami sesuatu. Kedua ialah peningkatan diri
yang bermaksud keinginan seseorang untuk menambahkan status melalui prestasi
cemerlang yang membolehkan diri diberi penghargaan positif.
Komponen ketiganya
ialah afiliasi kebergantungan daripada pengiktirafan daripada orang lain. Pengiktirafan ini
boleh memberikan kepuasan diri lebih-lebih lagi
pencapaiannya akademiknya. Jadi, dalam kajian ini, keluarga, guru, dan sekolah
memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan afiliasi pelajar-pelajar tingkatan
satu bagi melancarkan lagi proses P&P dan Komsas dalam mata pelajaran BM.
Pelaziman klasik juga merupakan teori motivasi yang amat penting dalam proses
pembelajaran. Teori yang diperkenalkan oleh Pavlov ( 1849-1936) ini dijalankan ke atas
anjing dengan mengeluarkan air liur akibat sesuatu rangsangan. Teori pelaziman klasik
ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah, dan ketika P&P Komsas misalnya. Guru perlu
merancang pelbagai aktiviti dan penggunaan pelbagai BBM agar sesi P&P Komsas
menyeronokkan dan menyenangkan. Jelasnya minda pelajar boleh terangsang untuk
belajar sekiranya guru-guru menyediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan mesra.
3.6.2
Terdapat satu lagi teori dalam motivasi yang menghuraikan tingkah laku manusia
khususnya tingkah laku pelajar iaitu Teori Keperluan Manusia oleh Maslow (1970).
Mengikut Maslow, terdapat lima peringkat keperluan yang perlu dicapai oleh manusia
sebelum mengecap kehendak-kehendaknya. Peringkat-peringkat itu ialah penyempurnaan
kendiri, ingin memiliki, keselamatan, dan fisiologi. Jadi bersesuaian dengan kajian ini,
keperluan manusia yang sesuai dan berkaitan ialah penghargaan kendiri. Para pelajar
51
tingkatan satu perlukan penghargaan kendiri bagi meningkatkan sikap dan minat mereka
terhadap P&P Komsas BM.
Ciri-ciri pada tahap ini, iaitu sikap, minat, pengetahuan, kemahiran, dan reputasi
merupakan faktor-faktor yang mendorong seseorang pelajar ke arah penghargaan kendiri.
Oleh itu, ciri-ciri yang disebutkan ini perlu diaplikasikan dalam P&P Komsas dalam mata
pelajaran BM. Dalam kajian ini, pengkaji dapat melihat minat dan sikap yang positif
dalam diri pelajar ketika P&P Komsas, terutamanya bagi para pelajar yang berkeinginan
untuk mendapatkan reputasi yang baik.
Teori-teori motivasi yang telah dibincangkan ini berkait rapat dengan P&P
Komsas dalam mata pelajaran BM kerana dapat memberi pengajaran dan hiburan kepada
para pelajar. Justeru itu, motivasi dan rangsangan amat diperlukan oleh pelajar-pelajar
bagi meningkatkan penglibatan mereka. Rentetan itu yang terutama sekaii teks sangat
berperanan untuk meningkatkan motivasi pembelajaran selain keluarga, guru, dan sekolah
yang juga merupakan medium yang dapat memotivasikan para pelajar dalam P&P
Komsas ini. Oleh itu, nyata di sini bahawa teori-teori motivasi yang telah disediakan tadi
ada kaitan dengan P&P Komsas dalam BM dalam kalangan pelajar.
3.7
i.
ii.
52
iii.
iv.
v.
53
dengan menggunakan program SPSS. Analisis data dilakukan secara deskriptif, iaitu
dengan mendapatkan frekuensi dan peratusan untuk digunakan bagi menghuraikan
tentang maklumat-maklumat yang diberikan oleh sampel. Dalam penganalisisan data ini,
set ujian pencapaian dan boring soal selidik diproses berdasarkan kepada dapatan kajian
yang menghuraikan objektif dan persoalan berpandukan faktor-faktor berikut:
i.
Data-data yang diperoleh akan diproses dan dianalisis dengan bantuan komputer
dan hasilnya akan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus (%) dan min. Pada
Bahagian A dan Bahagian B, analisis kekerapan dan peratus sampel akan dijalankan
manakala pada Bahagian C analisis min akan dijalankan pada setiap item berdasarkan
kriteria seperti yang berikut:
54
Jadual 3.1
Item Soalan Mengikut Kriteria
Aspek yang dikaji
Jumlah
1 dan 12
Persepsi Pelajar
4, 6, 7, 8 dan 11
2, 3, 5,9 dan 10
Minat Pelajar
3.8
Penutup
Bab ini telah menerangkan metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji sepanjang
menjalankan kajian ini. Metodologi yang dipilih sangat membantu pengkaji dalam proses
mendapatkan data kajian. Senario ini menggambarkan bahawa sesuatu kajian atau
penyelidikan yang sempurna mempunyai hubung kaitnya dengan kaedah penyelidikan
yang dipilih. Kesesuaian metodologi kajian dengan kajian yang dilakukan membantu
pengkaji dalam memperoleh seterusnya memproses data agar dapat membuat keputusan
yang tepat bersesuaian dengan hasil kajian yang diperoleh,
Analisis kajian yang dilakukan ini adalah untuk memperoleh seberapa banyak
maklumat yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Komsas
dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sesuatu kajian penyelidikan yang dijalankan
mengikut prosedur yang dirancang di samping menggunakan persampelan yang sesuai
serta kaedah kajian yang betul adalah kunci kejayaan sesebuah kajian atau penyelidikan
ilmiah.
Kaji selidik yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat memberi ruang dan
gambaran kepada pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian yang lengkap dan berkesan.
Oleh itu, pelbagai kaedah, teknik, dan pendekatan digunakan bagi mendapatkan
55
maklumat yang jitu dan sesuai dengan tajuk kajian. Maklumat yang diperoleh daripada
sampel dikumpul dan kemudiannya dianalisis mengikut kaedah yang sesuai.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1
Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan secara terperinci dapatan kajian yang
diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan. Keberkesanan kajian yang dijalankan
dapat dilihat daripada penjelasan yang akan dihuraikan. Bab ini juga penting bagi melihat
sama ada ia mempunyai perkaitan dengan objektif dan rasional kajian yang yang telah
digariskan oleh pengkaji sebelum ini. Data mentah yang diperolehi daripada hasil soal
selidik yang dijalankan akan dipamerkan dalam bentuk, jadual, peratusan dan huraian
ayat supaya ia lebih difahami dengan jelas sesuatu perkara yang dipersoalkan.
Soal selidik mengenai minat dan persepsi pelajar terhadap kesesuaian pemilihan
teks cerpen dan novel Komponen Sastera (Komsas) dalam pengajaran Bahasa Melayu
(BM) telah ditadbirkan di tujuh buah sekolah iaitu sekolah menengah kebangsaan harian
yang terletak di daerah Kuantan, Pahang. Data-data yang dikutip merangkumi nama
sekolah, jantina, aliran, tingkatan, agama dan bangsa. Seramai 55 responden terlibat dan
data-data mereka telah dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for The Social
Science (SPSS 16.0) untuk dianalisis.
57
Analisis min dan analisis kekerapan dan peratus sampel akan dijalankan untuk
mengenal pasti minat dan persepsi pelajar terhadap kesesuaian pemilihan bahan sastera
terutamanya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Seperti yang terkandung
dalam borang soal selidik, terdapat tiga bahagian yang perlu dianalisis iaitu Bahagian A,
B dan C. Pengkaji akan menganalisis Bahagian A dan Bahagian B dengan menggunakan
analisis kekerapan dan peratus sampel manakala analisis rain akan dijalankan pada
Bahagian C untuk memperoleh purata respon sampel bagi mengenal pasti tahap minat dan
persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Komsas.
4.2
Profil Responden
Kajian ini telah ditadbirkan kepada 55 responden dengan bilangan pelajar lelaki adalah
seramai 16 orang dan bilangan pelajar perempuan adalah seramai 41 orang. Profil
responden kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di bawah.
Jadual 4.1
Profil Responden
Kategori
Kekerapan
Peratus (%)
16.4
7.3
SMK Pandan
16.4
10
16.4
18.2
12.7
12.7
Jumlah
55
100
58
Tingkatan
1
10
18.2
15
27.3
9.1
18
32.7
9.1
3.6
55
100
Lelaki
16
29.1
Perempuan
39
70.9
Jumlah
55
100
Melayu
55
100
Jumlah
55
100
Jumlah
Jantina
Bangsa
59
Agama
Islam
55
100
Jumlah
55
100
Merujuk pada Jadual 4.1 di atas, seramai 55 responden yang terdiri daripada 16
orang pelajar lelaki (29.1%) dan 39 orang pelajar perempuan (70.9%) telah memberikan
respon mereka terhadap soal selidik yang dikemukakan. Daripada 55 responden ini,
pelajar tingkatan satu adalah seramai 10 orang (18.2%), pelajar tingkatan dua seramai 15
orang (27.3%), pelajar tingkatan tiga seramai lima orang (9.1%), pelajar tingkatan empat
seramai 18 orang (32.7%), pelajar tingkatan lima seramai lima orang (9.1%), dan pelajar
tingkatan enam seramai dua orang (3.6%).
Dalam kajian ini, sebanyak tujuh buah sekolah yang dipilih sebagai populasi
kajian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan
Abdul Rahman, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Rangin, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Sekolah Menengah
Kebangsaan Gudang Rasau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima
Perang Terang Muhammad yang kesemuanya berada di kawasan daerah Kuantan,
Pahang. Pelajar-pelajar yang terlibat di sekolah terbabit adalah, seramai sembilan orang
(16.4%) di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, seramai empat orang (7.3%) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman, seramai sembilan orang (16.4%) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, seramai sembilan orang (16.4%) di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, seramai 10 orang (18.2%) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Damai, seramai tujuh orang (12.7%) di Sekolah Menengah Kebangsaan
60
Gudang Rasau dan seramai tujuh orang (12.7%) di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.
Selain itu, semua responden yang terlibat juga mempunyai latar belakang agama
dan bangsa yang sama yakni berbangsa Melayu iaitu seramai 55 orang (100%) dan
beragama Islam iaitu seramai 55 orang (100%).
4.3
Analisis Data
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS 16.0, Analisis data yang
digunakan ialah analisis kekerapan dan peratus sampel pada Bahagian B dan analisis min
pada Bahagian C.
4.3.1
Bahagian B mengandungi sembilan soalan yang mencakupi minat dan persepsi pelajar
terhadap pemilihan teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas serta ciri-ciri
pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas dalam
BM. Keputusan analisis kajian ini dipersembahkan dalam bentuk jadual statistik bersama
statistik peratus (%) dan kekerapan. Berikut merupakan hasil dapatan kajian Bahagian B.
Jadual 4.2
Taburan Kekerapan Responden Gemar Membaca Bahan Sastera
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
41
74.5
Tidak
14
25.5
61
Jumlah
55
100
Jadual 4.2 di atas menunjukkan analisis pelajar yang gemar membaca bahan
sastera. Hasil kajian mendapati seramai 41 orang pelajar (74.5%) gemar membaca bahan
sastera berbanding seramai 14 orang pelajar (25.5%) tidak gemar membaca bahan sastera.
Oleh itu, majoriti responden didapati gemar membaca bahan sastera. Antara bahan yang
gemar di baca oleh pelajar adalah seperti puisi, novel, buku teks Sehijau Warna Daun,
novel Sahara, novel cinta, novel pengembaraan, Limpahan Darah di Sungai Semur, novel
Alaf 21, sajak, majalah, syair dan pantun.
Jadual 4.3
Taburan Kekerapan Responden Membaca Bahan Sastera Selain
yang Dibekalkan Bagi Pengajaran Komsas
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
30
54.5
Tidak
25
45.5
Jumlah
55
100
Jadual 4.3 di atas menunjukkan analisis pelajar yang membaca bahan sastera
selain yang dibekalkan bagi pengajaran Komsas dalam BM. Hasil kajian mendapati
seramai 30 orang pelajar (74.5%) menyatakan Ya dan seramai 14 orang pelajar (25.5%)
menyatakan Tidak. Jelas menunjukkan majoriti responden membaca bahan sastera selain
yang dibekalkan seperti buku Sejarah, novel, cerpen, buku cerita, novel cinta, buku teks
Sehijau Warna Daun, Timulak Kapal Perang, novel Harry Potter, novel Bicara Hati,
novel Selaut Kasih, dan novel Jasa Seorang Ibu.
62
Jadual 4.4
Taburan Kekerapan Responden Membaca Semua
Bahan Komsas yang Dibekalkan
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
35
63.6
Tidak
20
36.4
Jumlah
55
100
Jadual 4.4 di atas menunjukkan analisis pelajar yang membaca semua bahan
Komsas yang dibekalkan. Hasil kajian mendapati seramai 35 orang pelajar (63.6%)
menyatakan Ya dan seramai 14 orang pelajar (25.5%) menyatakan Tidak. Dalam hal ini,
majoriti responden membaca semua bahan Komsas yang dibekalkan. Keadaan ini
memberi gambaran awal bahawa pelajar sememangnya berminat terhadap bahan sastera.
Jadual 4.5
Taburan Kekerapan Teks Komsas yang Digunakan Sesuai
dan Dapat Dihayati
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
47
85.5
Tidak
14.5
Jumlah
55
100
63
Jadual 4.5 menunjukkan analisis teks Komsas yang digunakan dalam pengajaran
sesuai dan dapat dihayati. Hasil kajian mendapati seramai 47 orang pelajar (85.5%)
menyatakan Ya dan seramai lapan orang pelajar (14.5%) menyatakan Tidak, Jelas
menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa teks Komsas yang digunakan
sesuai dan dapat dihayati. Apabila teks yang digunakan bersesuaian dan dapat dihayati,
maka pelajar cenderung membaca semua bahan sastera tersebut seterusnya mampu
meningkatkan minat pelajar terhadap bahan sastera.
Jadual 4.6
Taburan Kekerapan Responden Faham Cerita dan
Isi Kandungan Bahan yang Dibaca Dalam Teks Komsas
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
52
94.5
Tidak
5,5
Jumlah
55
100
64
Jadual 4.7
Taburan Kekerapan Pengajaran Guru Jelas dan Mudah Difahami
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
51
94.5
Tidak
5.5
Jumlah
55
100
Jadual 4.7 menunjukkan analisis pengajaran guru jelas dan mudah difahami ketika
proses pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam BM sedang berlaku. Hasil kajian
mendapati seramai 52 orang pelajar (94.5%) menyatakan Ya dan seramai tiga orang
orang pelajar (5.5%) menyatakan Tidak. Oleh itu, majoriti responden bersetuju bahawa
pengajaran guru adalah jelas dan mudah difahami ketika pengajaran Komsas.
Jadual 4.8
Taburan Kekerapan Bahan Sastera atau Komsas yang Disediakan
di Sekolah Menambah Minat Membaca
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
43
78.2
Tidak
12
21.8
Jumlah
55
100
65
Jadual 4.8 di atas menunjukkan analisis bahan sastera atau Komsas yang
disediakan di sekolah menambah minat membaca dalam kalangan pelajar. Hasil kajian
mendapati seramai 43 orang pelajar (78.2%) menyatakan Ya dan seramai 12 orang pelajar
(21.8%) menyatakan Tidak. Dalam hal ini, majoriti responden bersetuju bahawa bahan
sastera Komsas yang disediakan di sekolah menambah minat membaca dalam kalangan
pelajar.
Jadual 4.9
Taburan Kekerapan Karya atau Bahan Sastera yang Sesuai
ialah Teksyang Mudah dan 'Popular
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
48
87.3
Tidak
12.7
Jumlah
55
100
Jadual 4.9 menunjukkan analisis bahan sastera yang sesuai digunakan dalam
pengajaran Komsas adalah teks yang mudah dan 'popular'. Hasil kajian mendapati
seramai 48 orang pelajar (87.3%) menyatakan Ya dan seramai tujuh orang pelajar
(12.7%) menyatakan Tidak. Oleh itu, majoriti responden bersetuju bahawa bahan sastera
yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas ialah teks cerpen atau novel yang
mudah dan 'popular'.
66
Jadual 4.10
Taburan Kekerapan Karya yang Baik dan Bermutu
Perlu Dipelajari di Sekolah
Kekerapan
Peratus (%)
Ya
51
92.7
Tidak
7.3
Jumlah
55
100
Jadual 4.10 di atas menunjukkan analisis karya yang perlu dipelajari di sekolah.
Hasil kajian mendapati seramai 51 orang pelajar (92.7%) menyatakan Ya dan seramai
empat orang pelajar (7.3%) menyatakan Tidak. Jelas menunjukkan majoriti responden
bersetuju bahawa karya yang baik dan bermutu perlu dipelajari di sekolah.
4.3.2
Bahagian C mengandungi 12 soalan iaitu minat dan persepsi pelajar terhadap pemilihan
teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas serta ciri-ciri pemilihan teks cerpen dan
novel yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas dalam BM. Keputusan analisis
kajian pada bahagian ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual statistik bersama
statistik peratus (%) dan min. Bagi interpretasi nilai min pula, berdasarkan skor 5 skala,
tahap persepsi atau minat pelajar akan ditentukan dan ditafsir berdasarkan nilai min yang
diklasifikasikan kepada tinggi, sederhana dan rendah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah,
67
Jadual 4.11
Klasifikasi Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Berdasarkan Skor 5 Skala
Nilai Min
1.00-2.50
Tinggi
2.60-3.50
Sederhana
3.60-5.00
Rendah
Berdasarkan jadual di atas, nilai min yang berada dalam lingkungan 1.00 hingga
2.50 diinterpretasikan sebagai tahap minat atau persepsi peiajar yang tinggi manakala
nilai min yang berada dalam lingkungan 2.60 hingga 3.50 diinterpretasikan sebagai tahap
minat atau persepsi pelajar yang sederhana. Sementara nilai min yang berada dalam
lingkungan 3.60 hingga 5.00 pula diinterpretasikan sebagai tahap minat atau persepsi
pelajar yang rendah. Klasifikasi ini akan digunakan dalam proses menginterpretasi nilai
min yang diperoleh untuk mengenal pasti sejauh mana tahap minat atau persepsi pelajar
terhadap kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas.
4.3.3
Terdapat dua item pada Bahagian C yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap
pengajaran Komsas dalam BM, iaitu item satu dan item 12. Jadual 4.12 di sebelah
menunjukkan taburan responden mengikut peratus (%) dan min bagi meninjau tahap
minat pelajar terhadap pengajaran Komsas dalam BM.
68
Jadual 4.12
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Melihat
Minat Pelajar Terhadap Pengajaran Komsas.
Pernyataan
l. Anda berminat
pada
AS
KS
TS
ATS
(%)
(%)
(%)
47.3
45.5
3.6
(%)
1.8
Min
(%)
1.8
1.6545
Pengajaran Komsas
Dalam Bahasa Melayu.
12. Komsas membantu
49.1
40.0
9.1
1.8
1.6364
Anda mendapatkan
Markah yang baik dalam
Subjek Bahasa Melayu.
69
4.3.4 Aspek Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Sastera Dalam
Pengajaran Komsas
Terdapat lima item pada Bahagian C yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap
penggunaan bahan sastera terutamanya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas
iaitu item empat, item enam, item tujuh, item lapan dan item 11. Jadual 4.13 di bawah
menunjukkan taburan responden mengikut peratus (%) dan min bagi meninjau tahap
persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan sastera.
Jadual 4.13
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Melihat Persepsi Pelajar Mengenai
Penggunaan Bahan Sastera Terutamanya Teks Cerpen dan
Novel Dalam Pengajaran Komsas.
Pernyataan
4. Keberkesanan
Min
AS
KS
TS
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)
27.3
50.9
12.7
9.1
2.0364
41.8
41.8
14.5
1.8
1.7636
40.0
50.9
7.3
1.8
1.7273
ATS
pengajaran guru
bergantung kepada teks
yang digunakan untuk
mengajar Komsas.
6. Pengajaran Komsas
mampu membentuk
sahsiah atau sikap
Anda.
70
diaplikasi dalam
kehidupan.
8.
40.0
38.2
1.8
3.6
2.3636
61.8
7.3
1.8
1.8182
29.1
penggunaan bahan
bantu mengajar dan bahan
multimedia membantu
anda dalam pembelajaran
Komsas.
71
amat tidak setuju. Dalam hal ini, majoriti responden bersetuju bahawa nilai yang
dipelajari melalui pengajaran Komsas perlu dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan.
Skor min bagi item lapan pula ialah 2.3636 dengan sebanyak 16.4% responden
amat setuju, 40.0% responden setuju, 38.2% responden kurang setuju, 1.8% responden
tidak setuju dan 3.6% amat tidak setuju. Jelas menunjukkan bahawa majoriti responden
bersetuju bahawa isi kandungan dalam Komsas menepati cita rasa pelajar. Manakala, skor
min bagi item 11 pula ialah 1.8182 dengan sebanyak 29.1% responden amat setuju,
61.8% responden setuju, 7.3% responden kurang setuju dan 1.8% responden tidak setuju.
Majoriti responden turut bersetuju bahawa keberkesanan penggunaan bahan bantu
mengajar dan bahan multimedia membantu pelajar dalam pembelajaran Komsas.
72
Jadual 4.14
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Mengenal Pasti Ciri-ciri Pemilihan
Teks yang Sesuai Digunakan Dalam Pengajaran Komsas Berdasarkan Minat dan
Persepsi Pelajar.
Pernyataan
AS
KS
TS
ATS
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)
40
52.7
5.5
1.8
1.7091
50.9
38.2
9.1
1.8
1.6364
60.0
32.7
5.5
1.8
1.5091
20.0
25.5
29.1
12.7
3.0909
23.6
34.5
18.2
9.1
2.8364
Min
73
Jadual 4.14 menunjukkan taburan minat dan persepsi pelajar terhadap ciri-ciri
pemilihan teks yang sesuai dalam pengajaran Komsas. Berdasarkan jadual tersebut, hasil
kajian mendapati bahawa bagi item dua, sebanyak 40% responden menyatakan amat
setuju bahawa teks yang digunakan mudah difahami dan menarik, 52.7% responden
setuju, 5.5% responden kurang setuju dan 1.8% responden amat tidak setuju. Skor min
bagi item ini pula ialah 1.7091 iaitu berada dalam lingkungan nilai min 1.00 - 2.50 yang
menunjukkan bahawa tahap minat dan persepsi pelajar adalah tinggi. Justeru, ciri teks
yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas ialah yang bersifat mudah difahami dan
menarik.
Bagi item tiga, sebanyak 50.9% responden menyatakan amat setuju bahawa teks
yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran bahasa pelajar, 38.2% responden setuju,
9.1% responden kurang setuju dan 1.8% responden amat tidak setuju. Skor min bagi item
ini pula ialah 1.6364 iaitu berada dalam lingkungan nilai min 1.00-2.50 yang
menunjukkan bahawa tahap persepsi dan minat pelajar adalah tinggi. Oleh sebab itu, ciri
teks yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas ialah yang mampu meningkatkan
kemahiran bahasa pelajar.
Seterusnya ialah item lima iaitu sebanyak 60.0% responden menyatakan amat
setuju bahawa pengajaran Komsas banyak menerapkan nilai murni, 32.7% responden
setuju, 5.5% responden kurang setuju dan 1.8% responden amat tidak setuju. Skor min
bagi item ini pula ialah 1.5091 iaitu berada dalam lingkungan nilai min 1.00-2.50 yang
menunjukkan bahawa tahap persepsi dan minat pelajar adalah tinggi. Dalam hal ini, teks
cerpen atau novel yang sesuai dipilih adalah yang mengandungi nilai murni.
Bagi item sembilan pula sebanyak 12.7% responden amat setuju bahawa teks yang
digunakan agak susah dan membosankan, 20.0% responden setuju, 25.5% responden
kurang setuju, 29.1% responden tidak setuju dan 12.7% responden amat tidak setuju. Skor
min bagi item ini pula ialah 3.0909 iaitu berada dalam lingkungan nilai min 2.60-3.50
yang menunjukkan bahawa tahap persepsi dan minat pelajar adalah sederhana. Majoriti
responden tidak bersetuju bahawa teks yang digunakan dalam pengajaran Komsas agak
74
susah dan membosankan. Justeru, teks cerpen atau novel yang sesuai dipilih adalah yang
bersifat mudah dan menyeronokkan.
Hasil kajian bagi item 10 pula mendapati sebanyak 14.5% responden menyatakan
amat setuju bahawa teks yang digunakan tidak mencabar pemikiran pelajar atau remaja,
23.6% responden setuju, 34.5% responden kurang setuju, 18.2% responden tidak setuju
dan 9.1%) responden amat tidak setuju. Skor min bagi item ini pula ialah 2.8364 iaitu yang
berada dalam lingkungan nilai min 2.60-3.50 yang menunjukkan bahawa tahap minat dan
persepsi pelajar adalah sederhana. Hal ini bermaksud majoriti responden tidak bersetuju
bahawa teks yang digunakan dalam pengajaran Komsas tidak mencabar pemikiran pelajar
atau remaja. Oleh sebab itu, ciri teks yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas
ialah teks yang mampu mencabar pemikiran pelajar atau remaja.
4.4
Penutup
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa pelajar sekolah
menengah sememangnya berminat terhadap bahan sastera terutamanya cerpen dan novel
sama ada bahan tersebut disediakan untuk pengajaran Komsas mahupun bahan dari luar.
Dapatan kajian turut mendapati majoriti pelajar membaca semua bahan sastera yang
dibekalkan oleh pihak sekolah. Malah pelajar juga mempunyai persepsi yang tinggi atau
positif terhadap penggunaan bahan sastera terutamanya terhadap pemilihan teks cerpen
dan novel dalam pengajaran Komsas. Majoriti pelajar memahami cerita dan isi
kandungan bahan sastera tersebut selain bersetuju bahawa pengajaran guru dan
penggunaan alat bahan bantu mengajar serta bahan multimedia membantu mereka dalam
pembelajaran Komsas.
Dari segi pemilihan teks pula, dapatan kajian menunjukkan pelajar sekolah
menengah lebih cenderung menggemari pemilihan teks yang mudah, menarik, sesuai,
bermutu dan popular serta mengandungi nilai murni. Majoriti pelajar bersetuju bahawa
nilai yang dipelajari melalui bahan sastera perlu dihayati dan diaplikasikan dalam
75
kehidupan seharian. Selain itu, pelajar sekolah menengah juga lebih berminat kepada
pemilihan teks yang baik dan dapat meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan
pelajar selaras dengan objektif pendidikan Bahasa Melayu di samping menggemari teks
yang tidak membosankan serta mencabar pemikiran pelajar.
Kesimpulannya, pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu diterima baik oleh
pelajar sekolah menengah dan mereka sebenarnya berminat terhadap bahan sastera
mahupun aplikasi bahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pelajar-pelajar sekolah menengah tidak memandang Komsas sebagai satu
beban malah menyetujui pelaksanaannya dalam mata pelajaran BM. Pengetahuan dan
kemahiran
yang
dipelajari
daripada
Komsas
dapat
membentuk
pelajar
lebih
BAB 5
KESIMPULAN / PERBINCANGAN
5.1
Pengenalan
Bab ini pengkaji akan merumuskan keseluruhan perkara yang telah dibincangkan dalam
dapatan kajian. Selain itu, pengkaji juga akan mengemukakan cadangan-cadangan yang
bersesuaian dengan tajuk untuk dinilai dan difikirkan bersama.
Perbincangan dan rumusan kajian akan dijelaskan dengan
lebih
lanjut
merangkumi perbincangan hasil kajian, cadangan, cadangan untuk kajian akan datang dan
kesimpulan. Menyentuh tentang hasil kajian, pengkaji akan memberi huraian lanjut
berdasarkan tiga perkara seperti yang berikut:
i, Rumusan mengenai minat pelajar terhadap bahan sastera.
ii. Rumusan mengenai persepsi pelajar.
iii. Rumusan mengenai ciri-ciri pemilihan teks yang sesuai digunakan dalam
pengajaran Komsas.
77
5.2
Minat Pelajar
Berdasarkan dapatan kajian analisis minat pelajar terhadap bahan sastera, secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah berminat terhadap bahan
sastera dan pengajaran Komsas. Antara bahan sastera yang diminati oleh pelajar ialah
bahan Komsas seperti puisi, sajak, syair, pantun, buku teks Sehijau Warna Daun, buku
teks Limpahan Darah di Sungai Semur, serta novel popular seperti novel Sahara, novel
cinta, novel pengembaraan, novel terbitan Alaf 21 dan majalah. Selain meminati bahan
sastera, majoriti pelajar sekolah menengah turut meminati pengajaran Komsas.
Kajian juga mendapati majoriti responden membaca semua bahan Komsas yang
disediakan. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya minat pelajar terhadap bahan sastera
yang menyebabkan mereka tidak cenderung membaca teks Komsas yang disediakan oleh
pihak sekolah. Pelajar bukan sahaja membaca teks sastera yang dibekalkan di sekolah
malah turut membaca bahan sastera yang lain rnisalnya yang berada di pasaran. Antara
bahan sastera lain yang dibaca oleh pelajar ialah bahan Komsas seperti antologi Sehijau
Warna Daun, Timulak Kapal Perang, serta novel-novel yang terdapat di pasaran seperti,
novel Harry Potter, novel Bicara Hati, novel Selaut Kasih, dan novel Jasa Seoranglbu.
Meneliti kepada jenis bahan sastera yang diminati oleh para pelajar sama ada yang
dibekalkan di sekolah atau pun tidak, genre cerpen dan novel merupakan genre yang
paling diminati oleh para pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kesukaran pelajar
memahami bahasa dan maksud dalam puisi tradisional, prosa tradisional dan sajak.
Secara keseluruhannya, pelajar sekolah menengah lebih meminati genre cerpen dan novel
dalam pengajaran Komsas. Pelajar juga meminati pengajaran Komsas kerana dapat
membantu mereka mendapatkan markah yang baik dalam mata pelajaran BM.
78
meminati bahan-bahan sastera sama ada yang disediakan untuk pengajaran Komsas
mahupun bahan-bahan sastera dari luar.
5.2.2
Persepsi Pelajar
Pada keseluruhannya, pelajar mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap
penggunaan bahan sastera terutamanya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas.
Mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap pemilihan teks tersebut. Dapatan
menunjukkan bahawa persepsi pelajar dipengaruhi oleh sifat bahan sastera itu sendiri.
Bahan sastera yang mudah difahami dari segi jalan cerita dan isi kandungannya mampu
meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran Komsas selain meningkatkan minat
membaca dalam kalangan pelajar. Responden bersetuju bahawa bahan sastera atau bahan
Komsas yang disediakan di sekolah menambah minat membaca dalam kalangan pelajar.
Dapatan kajian ini selari dengan pendapat Koh Boh Boon (1996:74) yang
mengatakan bahawa buku sastera yang digunakan dalam pengajaran sastera dalam
pendidikan BM misalnya novel bukan sahaja dapat menyuburkan daya penghayatan
murid terhadap keindahan bahasa Melayu, tetapi juga menghiburkan hati mereka dan
seterusnya menanam dan memelihara kebiasaan mahu dan suka membaca selepas mereka
meninggalkan bangku sekolah dan menjadi orang dewasa kelak.
Persepsi pelajar terhadap kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel mahupun
pengajaran Komsas dalam BM turut dipengaruhi oleh pengajaran guru. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa keberkesanan pengajaran guru dalam proses pembelajaran dan
pengajaran turut mempengaruhi meningkatkan serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran Komsas. Pengajaran guru yang jelas dan mudah difahami memudahkan
pelajar memahami isi pelajaran pada hari tersebut. Secara tidak langsung keindahan
bahan sastera dapat dihayati oleh pelajar, pelajar dapat meneliti, menyedari, menikmati,
serta memanfaatkan keindahan bahasa dalam cerpen atau novel,
79
Selain pengajaran guru, keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dan
bahan multimedia juga dapat membantu pelajar dalam pembelajaran Komsas. Pelajar
bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dan bahan multimedia dapat
membantu mereka dalam pembelajaran Komsas. Jelas menunjukkan alat bantuan
pengajaran begitu penting diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana keistimewaannya
dalam hal membantu pemerolehan ilmu dan pengekalan murid terhadap perkara yang
dipelajari. Menurut Noraziah Abdul Hamid dalam Jais Sahok (1993:640), alat bantu
mengajar akan membantu dan mempercepat proses pemahaman murid-murid yang
lazimnya bersifat abstrak dengan menanggap objek-objek yang konkrit melalui
pandangan dan pendengaran.
Pelajar juga mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kemampuan pengajaran
pengajaran Komsas dapat membentuk sikap dan sahsiah pelajar serta nilai yang dipelajari
melalui pengajaran Komsas perlu dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan seharian.
Dapatan kajian ini selari dengan pendapat Ab. Rahman Ab. Rashid dalam Harun Jaafar
dan Abdul Halim Ali (2002:123) iaitu karya-karya sastera yang meliputi pelbagai genre
bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima menerapkan pelbagai tema; termasuklah kisah
kesepaduan hidup bermasyarakat, keamanan negara, penjagaan alam sekitar dan
sebagainya. Kesemua cerita yang disajikan boleh membantu mempertingkatkan
kesejahteraan dan sahsiah pelajar.
Sebagai kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan pelajar sekolah menengah
mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap pemilihan bahan sastera khususnya
cerpen dan novel serta pengajaran Komsas dalam BM. Majoriti responden juga bersetuju
bahawa nilai yang dipelajari melalui pengajaran Komsas perlu dihayati dan diaplikasi
dalam kehidupan seharian.
80
5.2.3 Ciri-ciri Pemilihan Teks
Pada keseluruhannya, ciri-ciri pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai digunakan
dalam pengajaran Komsas berdasarkan minat dan persepsi pelajar boleh dirujuk dalam
Jadual 4.14. Berdasarkan hasil kajian, jelas menunjukkan teks yang sesuai digunakan
dalam pengajaran Komsas adalah teks yang bersifat mudah difahami dan menarik.
Sesebuah teks cerpen dan novel perlulah dapat meningkatkan kemahiran bahasa dalam
kalangan pelajar. Ketiga-tiga ciri ini mempunyai nilai skor min yang tinggi iaitu
menunjukkan bahawa tahap minat atau persepsi pelajar adalah tinggi terhadap ciri-ciri
pemilihan teks tersebut.
Hai ini bertepatan dengan pendapat Ab. Rahman Ab. Rashid dalam buku Harun
Jaafar dan Abdul Halim Ali (2002:124) yang menyatakan bahawa antara faedah di sebalik
pengajaran sastera dalam mata pelajaran BM ialah pelajar akan dapat mempelajari dan
menguasai kemahiran berbahasa yang meliputi pelbagai aktiviti. Dalam erti kata yang
lain, pengajaran sastera mampu membekalkan pelajar dengan kemahiran mendengar,
bacaan dan penulisan. Selain itu, menurut Nunan, dalam Haji Mohd Janit Mohd Johari,
Ahmad Jaffni H.M. Hassan dan Abdul Rashid Ali, (1991:1074), ciri-ciri penting yang
ada perlu ada dalam sesuatu bahan pengajaran ialah bahan-bahan teks hendaklah berkait
rapat dengan sukatan pelajaran, sama ada tulen atau sejati, dapat merangsangkan interaksi
bahasa, dan juga dapat memberikan peluang kepada para pelajar mengaplikasikan
kemahiran berbahasa yang diperlukan di luar bilik darjah.
Selain itu, dapatan membuktikan bahawa sesebuah teks cerpen dan novel yang
dipilih dalam pengajaran Komsas perlulah baik dan bermutu . Pemilihan teks yang sesuai
dan dapat dihayati juga sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas. Akhir sekali ialah
teks yang mudah dan popular. Ada yang bersetuju teks yang mudah dan popular sesuai
dipilih untuk dijadikan bahan pengajaran Komsas. Oleh sebab itu, majoriti pelajar
meminati bahan sastera yang popular atau disukai ramai.
Dapatan kajian mengenai teks cerpen dan novel yang sesuai ialah teks yang baik
dan bermutu selari dengan pendapat Mahzan Arshad (2003:162) iaitu bahan yang dapat
81
menarik perhatian pelajar pada peringkat ialah bahan yang mempunyai kualiti seni bahasa
dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan kesusasteraan yang berkualiti ialah bahan yang
mempunyai susunan plot yang teratur, watak yang pelbagai, tema yang universal, gaya
yang menarik dan sudut pandangan yang berkesan serta nilai dan pengajaran yang
memberi kesan kepada pelajar atau pembaca.
Berdasarkan hasil dapatan dan perbincangan hasil kajian sebelum ini, pengkaji
dapat membuat satu rumusan ringkas yang merangkumi persoalan kajian yang hendak
dijawab dalam kajian ini. Pengkaji akan membuat rumusan berdasarkan persoalan kajian
ini. Bagi persoalan kajian yang pertama, dapat dirumuskan bahawa pelajar sekolah
menengah mempunyai minat yang tinggi atau positif terhadap penggunaan bahan sastera
khususnya cerpen dan novel serta pengajaran Komsas dalam BM. Secara keseluruhannya,
pelajar mempunyai minat terhadap pengajaran Komsas dalam BM dan gemar membaca
bahan sastera seperti bahan Komsas iaitu puisi, sajak, syair, pantun, buku teks Sehijau
Warna Daun, buku teks Limpahan Darah di Sungai Semur, serta novel popular seperti
novel Sahara, novel cinta, novel pengembaraan, novel Alaf 21 dan majalah. Selain itu,
pelajar juga gemar membaca bahan sastera selain yang dibekalkan di sekolah. Antara
bahan tersebut ialah bahan Komsas seperti buku teks Sehijau Warna Daun, Timulak
Kapal Perang, buku teks mata pelajaran lain serta novel-novel popular seperti, novel
Harry Potter, novel Bicara Hati, novel Selaut Kasih, dan novel Jasa Seorang Ibu. Pelajar
turut membaca semua bahan Komsas yang disediakan di sekolah dan pengajaran Komsas
membantu pelajar mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran BM.
Pelajar mempunyai persepsi yang tinggi atau positif terhadap pemiihan bahan
sastera terutamanya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Secara
keseluruhannya, pelajar memahami cerita dan isi kandungan bahan yang dibaca dalam
teks Komsas. Bahan sastera atau bahan Komsas yang disediakan di sekolah menambah
minat membaca dalam kalangan pelajar. Pengajaran guru juga jelas dan mudah difahami
dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar serta bahan multimedia dapat
membantu pelajar dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, pengajaran Komsas juga
mampu membentuk sikap dan sahsiah pelajar. Nilai yang dipelajari perlu dihayati dan
diaplikasi dalam kehidupan seharian.
82
Ciri-ciri pemilihan teks cerpen dan novel yang dipersetujui oleh majoriti pelajar
sekolah menengah iaitu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Komsas adalah seperti
yang berikut:
i. Teks yang mudah difahami dan menarik.
ii. Teks yang dipilih dapat meningkatkan kemahiran bahasa pelajar.
iii. Teks yang dipilih mengandungi nilai murni,
iv. Teks yang dipilih baik dan berkualiti.
v. Teks yang dipilih sesuai dan dapat dihayati.
vi. Teks yang dipilih mudah difahami.
5.3
Cadangan
Berdasarkan hasil kajian dapatan, perbincangan dan rumusan kajian yang telah dibuat,
pengkaji mengusulkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), penerbit atau penulis, pihak sekolah, guru-guru,
ibu bapa dan pelajar.
Pertama, guru seharusnya bijak memilih dan menggunakan alat atau bahan bantu
mengajar agar dapat merangsang dan mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran
Komsas. Alat-alat elektronik seperti komputer dan internet, overbed projector (OHP),
radio, video, bahan-bahan maujud, dan alatan muzik perlu dimanfaatkan mengikut
kesesuaian pengajaran Komsas dalam bilik darjah.
Kedua, guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu kesusasteraan dengan
menguasai bahan Komsas sama ada dari segi isi kandungan, istilah atau isi cerita. Hal ini
perlu diambil kira bagi membolehkan guru mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dalam usaha memahami, menikmati, serta menghayati bahanbahan sastera tersebut. Guru perlu melibatkan diri dengan kursus, seminar atau bengkel
yang berkaitan dengan kesusasteraan, sentiasa aktif berbincang atau bertukar-tukar
83
pendapat atau pengetahuan sesama guru dan sering bekerjasama bagaimana
meningkatkan pengajaran Komsas.
Ketiga, guru perlu bijak dalam membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian
bahan sastera yang digunakan dalam pengajaran Komsas mengikut peringkat yang sesuai
dengan umur, minat, tahap pemikiran dan kegemaran pelajar berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara.
Kelima, pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas serta
membuat persediaan awal sebelum pembelajaran bermula. Dengan ini, pelajar mampu
memahami pengajaran guru dengan mudah dan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar.
Selain membiasakan pelajar melibatkan diri dengan program kesusasteraan, cara tersebut
boleh memupuk minat pelajar terhadap sastera dan seterusnya memberi penghayatan dan
apresiasi yang mendalam pada jiwa pelajar.
Keenam, ibu bapa perlu sentiasa menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin
membaca serta membudayakan sikap suka membaca dalam diri anak-anak mereka.
Penyediaan bahan cerpen dan novel di rumah dapat mempertingkatkan minat yang
dicetuskan di dalam bilik darjah di sekolah.
Ketujuh, penulis perlu giat menghasilkan karya-karya sastera atau bahan rujukan
Komsas. Sebelum menulis sesebuah buku, penulis perlulah mempertimbangkan latar
belakang pembaca dari sudut kemahiran bahasa, pengetahuan pembaca dan sebagainya
agar dapat menghasilkan penulisan yang baik, sesuai dan wajar digunakan sebagai bahan
pengajaran di dalam kelas.
84
Kelapan, pihak penerbit perlu menerbitkan buku tanpa mengabaikan elemenelemen nilai, mutu, kualiti dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu,
mereka juga perlu memastikan buku yang diterbitkan memenuhi keperluan pelajar, tepat
dan bermutu tinggi seterusnya mampu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar selaras
dengan objektif pengajaran BM. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan.
Kesembilan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memilih karyakarya yang benar-benar bermutu serta sesuai dengan pelajar. Bahan-bahan sastera yang
dimuatkan dalam buku teks Komsas perlu dibataskan agar tidak terlalu membebankan
pelajar. Keberkesanan bahan sastera juga perlu dipantau secara berterusan dan kewajaran
teks tersebut sebagai bahan pengajaran Komsas perlu dinilai dari semasa ke semasa.
Tidak keterlaluan jika teks baharu diperkenalkan sebagai menggantikan teks yang lama
selaras dengan tuntutan peredaran zaman. Namun begitu, pemilihan teks perlulah bermutu
dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Dapatan kajian mengenai ciri-ciri
pemilihan teks yang sesuai boleh dijadikan panduan kerana ia menitikberatkan keperluan
pelajar dari sudut minat dan persepsi.
5.4
Berdasarkan hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat banyak lagi aspek yang boleh
dikaji bagi meninjau tahap minat dan persepsi pelajar terhadap kesesuaian pemilihan
bahan sastera khususnya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Antara kajian
lanjutan yang boleh dilakukan adalah dicadangkan seperti berikut:
Pertama, kajian mengenai minat dan persepsi pelajar terhadap pemilihan bahan
sastera dalam pengajaran BM perlu dipergiatkan lagi untuk mendapatkan reaksi pelajar
terhadap pelaksanaan Komsas. Hal ini penting untuk menentukan keberkesanan
pengajaran Komsas dalam mata pelajaran BM terutamanya dari segi penggunaan bahan
sastera seperti cerpen dan novel.
85
Kedua, penyelidikan atau kajian mengenai bahan sastera perlu dipergiatkan.
Karya-karya sastera yang ada sekarang harus dipantau secara berterusan dari sudut
kewajarannya sebagai bahan pengajaran Komsas. Teks yang baharu wajar diperkenalkan
dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar bagi menggantikan teks yang
lama selaras dengan tuntutan peredaran zaman. Oleh sebab itu, penyelidikan yang
berterusan amat penting dalam proses menentukan prinsip pemilihan bahan sastera serta
untuk meninjau keberkesanan bahan sastera yang digunakan dalam pengajaran Komsas.
Ketiga, untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat, kajian haruslah menggunakan
pelbagai kaedah atau instrumen kajian seperti menjalankan temuduga atau melakukan
pemerhatian langsung untuk mendapatkan maklumat serta untuk menambahkan lagi
kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
5.5
Penutup
Potensi dan manfaat penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sudah lama
diketahui dan diakui oleh pendidik bahasa serta disahkan oleh dapatan penyelidikan yang
berkaitan. Itulah sebabnya pengajaran sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu
dimasukkan sebagai bahagian baharu dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
Melalui pelaksanaan Komsas, semua pelajar sekolah menengah berpeluang
membaca sekurang-kurangnya satu teks novel dan satu teks antologi bagi setiap
tingkatan. Fenomena ini dapat 'memaksa' pelajar membaca seterusnya menanam sifat
suka membaca dalam diri mereka. Oleh itu, pembacaan sebuah karya sastera banyak
manfaatnya disamping menjadikan pendidikan bahasa lebih menarik.
Keberkesanan pengajaran Komsas sememangnya bergantung kepada kemampuan
guru dalam memastikan pelajar berminat mengikuti pembelajaran Komsas. Dalam hal ini
guru memainkan peranan yang sangat penting, Guru perlu menjadikan diri mereka
86
sebagai salah satu bahan sastera yang menarik. Penggunaan bahasa, mimik muka, aksi
dan tindakan guru mengandungi seni yang sebenarnya menjadi rangsangan atau model
yang sentiasa dicontohi oleh bahan sastera seperti novel dan cerpen. Selain itu,
kepelbagaian cara pengajaran guru yang bukan stereotaip tidak akan membosankan
pelajar. Pengajaran guru harus inovatif dan canggih melalui pelbagai kaedah dan cara
penyampaian ilmu yang semestinya berlandaskan konsep guru menjadi pemudah cara dan
pendidikan yang berfokus kepada pelajar. Guru perlu mempunyai keupayaan mengubah
suai pendekatannya berdasarkan masa, pelajar dan guru itu sendiri.
Dari sudut pemilihan bahan sastera pula khususnya cerpen dan novel, ceritanya
mestilah sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Hal ini kerana pelajar lebih
menggemari bahan sastera yang mudah difahami dan menarik disamping sesuai dengan
minat pelajar. Aspek struktural sasteranya yang tersusun dan baik dalam konteks mutu
sastera juga perlu diambil kira. Maklumat sesuatu bahan sastera perlulah yang boleh
dipercayai, berkualiti dan terkini. Selain itu, pemilihan bahan sastera yang sesuai dalam
teks Komsas hendaklah selari dengan keupayaan pelajar. Hal ini kerana sastera
merupakan wadah yang amat penting dalam merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara bagi melahirkan golongan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari
segi akademiknya tetapi
ringkasnya, pemilihan bahan sastera perlu dipilih dan ditapis dengan teliti berdasarkan
pertimbangan-pertimbangan tertentu seperti keupayaan pelajar serta mutu bahan sastera
tersebut sebelum ia layak dijadikan bahan pengajaran di dalam bilik darjah.
Oleh sebab itu, kerjasama daripada pelbagai pihak amat penting. Pengajaran dan
pembelajaran tidak cukup sekadar menyediakan prasarana tetapi juga menggembleng
tenaga secara padu daripada semua pihak yang terlibat. Keberkesanan pengajaran Komsas
hanya dapat dicapai melalui penglibatan serta usahasama yang padu daripada pelbagai
pihak. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat serta gambaran
yang jelas mengenai tahap minat dan persepsi pelajar terhadap kesesuaian pemilihan
bahan sastera khususnya teks cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Diharapkan
hasil kajian ini dimanfaatkan oleh pihak-pihak terbabit untuk memperbaiki kelemahan
agar tahap keberkesanan pengajaran Komsas dapat ditingkatkan pada masa hadapan.
87
Dalam kajian yang ini, pengkaji telah mendapat respon dan kerjasama yang positif
daripada responden pelajar. Secara keseluruhan pengkaji dapat merumuskan bahawa
perkara yang ingin diketahui berdasarkan tajuk yang dikemukakan telah dapat dirungkai
melalui jawapan dan pendapat yang diterima. Pendapat yang diterima daripada responden
tersebut banyak membantu menyelesaikan kajian yang dibuat. Berdasarkan jawapan yang
diterima daripada analisis soal selidik, kajian yang dijalankan telah dapat mencapai
objektif yang dinyatakan sebelum ini.
88
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid (2002). Teknik pengajaran sastera melayu sebagai
komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dalam
Haron Jaafar, Abdul Halim Ali (penyelenggara) Bahasa dan Kesusasteraan.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abd. Lah Azizi Abu Bakar (2002). Tanggapan pelajar tingkatan dua terhadap
komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam pengajaran Bahasa Melayu:
satu kajian di tiga buah sekolah daerah Batang Padang, Perak. Latihan Ilmiah
yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Ahmad (2007). Di sebalik melestari seni sastera. Utusan Malaysia, Jun 10.
Diperoleh pada Ogos 13,2008 daripada
http://www.utusan.com.mv/utusan/info,asp?v=2007&dt=0610&pub=utusan_mala
vsia&sec=sastera&pg=sa_01 ,htm&arc=hive
Abdul Ahmad (2007). Sastera suburkan imaginasi remaja. Utusan Malaysia, Jun 17,
diperoleh pada Ogos 13, 2008 daripada
http://ww\v.utusan.corn.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0617&pub:=utusan_mala
vsia&sec=sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive
Abdul Razak Othrnan (2000). Nilai positif dalam novel terminal tiga karya
Othman Puteh serta kesesuaiannya sebagai teks komponen wajib. Tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ali Hj. Ahmad (1978). Asas menganalisa cereka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ariff Mohamad (2006/ Kesesuaian pelaksanaan Komponen Sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Diperoleh pada September 9,
2008 daripada http://www.ari ffrnohamad.blogspot
Awang Sariyan (2004). Teras pendidikan bahasa melayu asas pegangan guru.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Azman Wan Chik (1981). Prinsip dan kaedah mengajar Kesusasteraan Melayu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Blocksidge, Martin (2000). Teaching literature 11-18. London and New York:
Continuum.
Dreher S. (2003). "A novel idea: reading aloud in a high school english
classroom. "English Journal, 93(1), 50-53.
Elliot R. (1990). "Teaching literature in English classes-tradition and
inovativation."English Language Teaching, 44(33), 199-198.
Elster C.A. dan Hanauer D.I. (2002). "Voicing texts, voices around texts: reading
poems in elementary school classrooms." Research In The Teaching Of English,
37(1), 89-124.
Fauziah Ahmad (1999). Pemelajaran bahasa melalui sastera: bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, 43(\ 1), 1031-1038.
Haji Mohd Jonit Mohd Johari, Ahmad Jaffni H.M. Hassan dan Abdul Rashid Ali
(1991). Penggunaan teks sebagai bahan pengajaran utama dalam pelajaran
menulis karangan. Dewan Bahasa, 35(12), 1071-1080.
Harun Jaafar dan Abdul Halim Ali (2002). Bahasa dan Kesusasteraan. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Isnariah Binti Idris (2002). Sikap dan minat pelajar tingkatan satu terhadap
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Putra
Malaysia.
Jais Sahok (1993). Pengajaran Bahasa Melayu KBSR (KBSM) berdasarkan novel,
Dewan Bahasa, 37(7), 640-654.
Jeniri Amir (1985). Pembelajaran bacaan dan pemahaman serta pemilihan bahan.
Dewan Bahasa, 29(9), 718-722.
Kamaruddin Sulaiman (2004, Jun). Penggunaan novel dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa, 36-43.
Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2:
Ketrampilan Bahasa. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Kamarudin Hj Husin (1988). Kaedah pengajaran kesusasteraan. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998). Pengajian Melayu 4:
Kesusasteraan dan pengajaran. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kamaruzzaman A. Kadir (1988, Oktober). Penggunaan Bahan Sastera Dalam
90
Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa, 32(10), 720-726.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah - Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Koh Boh Boon (1994). Pengajaran sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Lukman AH (1966). Bahasa dan Kesusasteraan. Jakarta: Gunung Agung
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan
Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan
dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Aris Abd Hamid (2002). Sikap pelajar terhadap pelaksanaan komponen
sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Marohaini Yusoff (2000). Strategi dan keberkesanan pengajaran puisi di sekolah.
Dewan Bahasa, 44(3), 330-338.
Naffi Mat (2006). Teknik Mengajar Komsas. Kuala Lumpur: PTS Professioal
Publishing Sdn Bhd.
Nor Aiani Binti Ismail (2002). Persepsipelajar terhadap pemilihan buku teks
komsas tingkatan empat: satu kajian kes di dua buah sekolah menengah di daerah
besut terengganu. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norizah Binti Shafei (2001). Sikap pelajar terhadap komponen wajib
Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu: satu kajian
perbandingan antara pelajar bumiputera dengan pelajar bukan bumiputera.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Norton, D.E. (1992). The impact of Literature-Based reading. New York: Macmillan.
Othman Puteh (1996). Pengajaran sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rozeta Binti Tahir (2001). Penilaian pelaksanaan komponen sastera dalam Bahasa
Melayu: Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang
Empat, Perlis. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
91
Said @ Saidi Bin Salim. Pencapaian pelajar dalam komponen Kesusasteraan
Melayu antara aliran sastera dengan aliran sains: Satu kajian kes, Latihan Ilmiah
yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Simmons J.S. dan Deluzain H.E. (1992). Teaching literature in middle and
secondary grades. United States: Allyn And Bacon, Inc.
Siti Ainun Bt Ab Razak (2000). Analisis kesesuaian cerpen dalam majalah Dewan
Siswa (Januari-Jun 1997) sebagai sadangan bahan pengajaran dalam
Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
S. Nathesan (2002). Pendekatan dan teknik pendidikan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sofian Hamid dan Zaiton Ab. Rahman (1988). Ke arah keprofesionalan guru
Bahasa dan Sastera Melayu: Kumpulan kertas kerja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zuriah Binti Lazim (2002). Reaksi guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah yang
tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
92
LAMPIRAN
Borang soal selidik ini adalah untuk mengumpul maklumat dan data bagi tujuan
penyelidikan yang bertajuk Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen
dan Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu.
Borang ini mengandungi tiga (3) bahagian yang perlu anda jawab iaitu Bahagian A, B
dan C. Kerjasama daripada anda amat dihargai.