You are on page 1of 1

Laporan menghasilkan kraftangan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Sebelum
Kami berbincang bersama ahli kumpulan kami dan membuat kesimpulan
untuk membuat aktiviti menghasilkan kraftangan dengan menggunakan bahan kitar
semula. Kami bercadang untuk menghasilkan kraftangan dan juga membuat risalah
bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengguna
semula

bahan

kitar semula. Kemudian kami memberitahu peserta

untuk

mengumpulkan bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, kertas-kertas
warna yang telah diguna dan sebagainya selama dua minggu. Perkara ini telah
memudahkan kami untuk menjalankan aktiviti pada tarikh yang dirancang.
Semasa
Semua peserta telah berkumpul di blok akademik. Peserta dibahagikan
kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat orang
ahli. Mereka bersedia dengan bahan kitar semula yang telah dikumpul. Pengerusi
projek iaitu Kohilavani telah memberi arahan kepada peserta dan memulakan projek
tersebut. Setiap kumpulan diberi masa selama satu setengah jam untuk
menghasilkan kraftangan yang diingini.
Setiap kumpulan bekerjasama dan menghasilkan kraftangan yang kreatif dan
boleh diguna dalam kehidupan seharian mereka. Setiap kumpulan bertoleransi dan
berbincang antara satu sama lain untuk menghasilkan kraftangan yang menikut
kriteria yang telah ditetapkan. Selepas itu, mereka membentangkan hasil mereka di
hadapan kelas. Setiap kumpulan memberi komen tentang kumpulan yang
membentang.
Selepas
Kami telah membuat post mortem tentang projek yang telah kami jalankan.
Kemudian kami dapat mengenal pasti beberapa kelebihan dan kelemahannya.
Kelebihannya adalah ia merupakan satu aktiviti yang memberi kesedaran kepada
semua bahawa kita perlu menjaga alam sekitar dengan menggunakan semula
bahan kitar semula. Kelemahannya adalah kesuntukan masa dimana mereka hanya
dapat menghasilkan beberapa kraftangan sahaja.

You might also like