You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM

Yang Berbahagia Tuan Haji Fadzalih Bin Mahmud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kodiang,
Yang berusaha ______________________________________________________________
Penolong kanan Pendidikan khas,
Yang berusaha _____________________________________________________________
Guru penyelaras Pendidikan Khas,
Yang berusaha ______________________________________________________________
Pensyarah subjek Pendidikan Jasmani Suaian,
Guru-guru, rakan-rakan sekelas yang dihormati sekalian dan murid-murid yang disayangi sekalian.
Salam sejahtera, selamat tengah hari, dan salam 1 Malaysia.
1. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas
kesudian warga sekolah Sekolah Kebangsaan Kodiang menerima kami dengan tangan terbuka
untuk mengadakan lawatan dan menjalankan pengajaran mikro bersama murid-murid
Pendidikan Khas sekolah ini. Lawatan dan pengajaran mikro yang dijalankan adalah untuk
menyempurnakan salah satu tugasan kerja kursus bagi kursus Pendidikan Jasmani Suaian.
Bagi memperoleh First Hand Experience, kami kelas PISMP Pendidikan Jasmani C Semester 6
telah membuat keputusan untuk melaksanakan ini tersebut di Sekolah Kebangsaan Kodiang.
Sekolah Kebangsaan Kodiang adalah salah sebuah sekolah berintegrasi yang menyediakan
Pendidikan Khas bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Menurut Tuan
Haji Fadzilah, seramai 18 orang murid yang mengalami penyakit Autism, Hyperactive, Dyslexia
dan mengalami kesukaran fizikal yang menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kodiang
ini. 5 orang guru Pendidikan Khas telah memegang tanggungjawab untuk mendidik dan
membimbing murid-murid Pendidikan Khas.
2. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kodiang,
Tuan Haji Fadzalih Bin Mahmud yang sudi berkongsi pengalaman yang berharga dengan kami.
Beliau telah mula menceburi diri dalam bidang Pendidikan Khas sejak beliau mula berkhidmat di
dalam bidang pendidikan. Sebelum lawatan dan pengajaran mikro berlangsung, beliau telah
memperkenalkan murid-murid dan mencadangkan idea-idea kepada kami untuk menguruskan
murid-murid tersebut. Kemudian, beliau turut membenarkan kami untuk menggunakan
peralatan sukan sekolah agar pengajaran mikro dapat berjalan dengan lancar. Beliau
membantu mengaturkan guru untuk membimbing kami dan melayan kerenah murid-murid
Pendidikan Khas.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
Sekolah Kebangsaan Kodiang kerana membantu kami mengatur dan memberi tunjuk ajar
mengenai cara-cara mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Tanpa bantuan mereka, kami
mungkin tidak dapat menjalankan lawatan dan pengajaran mikro pada hari ini dengan lancar.
4. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami, Tuan Syed Idrus bin Syed
Mudayah atas bimbingan beliau untuk mengadakan lawatan dan pengajaran mikro di Sekolah
Kebangsaan Kodiang. Beliau telah banyak membantu kami dalam pelbagai urusan terutamanya
menguruskan soal rasmi dan surat-menyurat yang seterusnya menjayakan lawatan dan
pengajaran mikro di sekolah ini.
5. Di sini juga saya ingin merakamkan terima kasih kepada waris murid-murid Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Kodiang yang telah memberi kebenaran dan kepercayaan kepada kami
untuk menjalankan aktiviti bersama anak-anak mereka. Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan.
6. Akhir kata, saya mewakili rakan sekelas mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
sekolah Sekolah Kebangsaan Kodiang sekali lagi kerana memberi bimbingan dan banyak
membantu sepanjang kami menjalankan lawatan dan pengajaran mikro di sini. Kerjasama
daripada pihak sekolah amatlah kami hargai dan sentiasa diingati dalam kenangan kami.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sudilah terima beberapa rangkap pantun dari saya.
7. Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
8. Sekian dari saya, terima kasih.

You might also like