You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB KEBUDAYAAN TAHUN 2016

SMK DATO ONN


1.MATLAMAT
1.1 Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam seni tari dan budaya
1.2 Menyediakan pelajar untuk persembahan semasa acara-acara rasmi di peringkat
sekolah.
2.OBJEKTIF
1.1 Mencungkil bakat dan minat pelajar dalam seni tari dan budaya
1.2 Melatih pelajar untuk persembahan semasa acara rasmi peringkat sekolah.
1.3 Mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.
3.KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.
4. PENASIHAT
4.1 Guru penasihat adalah guru sekolah ini.
5.AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
5.2 Ahli yang hadir sahaja semasa Mesyuarat Agung Tahunan sahaja yang layak
dicalonkan.
5.3 Pemilihan adalah secara undian.
5.4 Keputusan muktamad di tangan AJK dan guru penasihat.
5.5 Jawatan yang dicalonkan.
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK PERSEMBAHAN
6.KEHADIRAN /PENGLIBATAN
6.1 Kehadiran adalah wajib untuk semua AJK.
6.2 Ahli kelab hendaklah meminta tanda tangan daripada guru penasihat untuk diturunkan
pada kad kokurikulum selepas setiap aktiviti.
6.3 Hanya ahli kelab yang mempunyai kehadiran dan penglibatan yang memuaskan akan
diberi sijil penghargaan.

7.AKTIVITI
7.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat AJK.
7.2 Harus mempunyai 12 aktiviti wajib untuk tahun penilaian.
8.PERATURAN-PERATURAN
8.1 Peraturan-peraturan sekolah adalah asas yang harus dipatuhi.
8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan amaran lisan atau amaran
bertulis.
8.4 Untuk kesalahan yang serius, tidak akan dikeluarkan sijil penghargaan dan tidak akan
diberi sebarang markah penglibatan kokurikulum.
9.KEWANGAN
9.1 Sumber utama kewangan adalah yuran ahli.
10.PINDAAN PERLEMBAGAAN.
10.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda mengikut
keadaan.
10.2 Cadangan pindaan boleh dibuat oleh AJK dengan makluman kepada guru penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis.
Disediakan oleh,
..
(
)
Setiausaha Kelab Kebudayaan

Disahkan oleh,

(CIK MAZLINI HAMAT)


Guru Penasihat

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

(PENGETUA SMK DATO ONN)

Cop sekolah:

You might also like