You are on page 1of 4

Kaedah mengumpul data

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), kajian tindakan memerlukan asas


empirikal yang kukuh untuk membolehkan satu tindakan yang tepat dijalankan bagi
pelaksanaan intervensi. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Bagi
mendapatkan data dan maklumat yang sahih, saya telah membuat triangulasi kaedah
pengumpulan data. Kaedah triangulasi ini bermaksud dua atau beberapa kaedah yang
digunakan dalam sesuatu penyelidikan sama ada penyelidikan secara kualitatif mahupun
penyelidikan kuantitatif (Mok Soon Sang, 2010).

Pada masa yang sama, saya juga

memastikan diri agar mematuhi etika penyelidikan dengan menyediakan dokumen


sokongan seperti surat makluman kepada pihak sekolah dan surat kebenaran ibu bapa atau
penjaga murid yang dijadikan peserta kajian. Kaedah pengumpulan data untuk
melaksanakan kajian adalah ujian awal dan akhir, pemerhatian, temu bual dan rakaman
video.
Ujian awal dan ujian akhir
Menurut Rosinah Edinin (2015) ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan
untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya.
Pemerhatian
Pemerhatian telah digunakan untuk merekod tingkah laku dan dan interaksi peserta kajain
dalam kajian yang dijalankan. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian iaitu
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.

Pemerhatian berstruktur

menggunakan borang senarai semak yang memberi fokus kepada ansur maju lakuan
pergerakan melompat manakala pemerhatian tidak bersruktur menggunakan nota lapangan.
Data pemerhatian dalam bentuk senarai semak dianalisis menggunakan frekuensi dan
peratus manakala data daripada catatan nota lapangan dianalisis menggunakan kaedah
analisis kualitatif.

Dalam penyelidikan kuanlitatif saya sebagai pemerhati atau penyelidik sendiri melibatkan diri
dalam aktiviti yang diperhatikan. Alat perakam suara atau video digunakan semasa
membuat pemerhatian. Menurut Cohen et. Al. (2000) rakaman pemerhatian boleh
menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku
yang diperhatikan. Dalam penyelidikan tindakan ini saya telah menggunakan alat perakam
video untuk merakam perlakuan pergerakan melompat murid semasa ujian dijalankan. Saya
juga meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk
tujuan pengesahan. Tujuannya adalah untuk membantu saya menyemak semula apa yang
diperhatikan. Ini juga akan membantu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil
pemerhatian yang diperoleh. Selain itu juga saya juga menggunakan peer checker di
kalangan rakan penyelidik atau individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian.

Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak pemerhatian. Pemerhatian yang


dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang
kepada saya untuk membuat pemerhatian. Pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan
frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan. Selain itu, pemerhatian
berstruktur lebih mudah untuk dianalsis menggunakan senarai semak jika dibandingkan
pemerhatian tidak berstruktur.

Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan
tetapi masih boleh digunakan dengan bantuan rakan penyeldiik lain atau merakan tingkah
laku dan perbualan menggunakan video. Menurut Mohd. Najib (1999) semasa pemerhatian
dijalankan penyelidik mencatat beberapa perkara yang diperhatikan seperti masa dan
tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan

refleksi penyelidik. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian dengan dengan merekod
masa, tempat dan peristiwa yang berlaku.
Menurut Morrison(1993) pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan
yang

akan

dianalisis

dengan

mempersembahkannya

dalam

bentuk

naratif

iaitu

memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan. Sehubungan itu,
saya telah mengumpul data pemerhatian berstruktur menggunakan nota lapangan dan
dianalisis menggunakan tema-tema.
Temu bual
Menurur Chua (2006) beberapa aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian ketika
menyediakan item temubual iaitu menetukan jenis temu bual yang ingin digunakan dalam
kajian, rancangan temu bual, satil, kandungan dan susunan soalan temu bual, ciri-ciri soalan
temu bual dan tempoh sesi temu bual. Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika
menyediakan item temu bual. Tujuannya adalah untuk menghasilkan satu set item yang
boleh digunakan secara optimum bagi menjawab persoalan kajian.
Sebagai seorang penyelidik saya juga harus mempunyai kemahiran menyoal dengan baik
seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak mendengar, menyoal oalan terbuka,
memastikan peserta kajian sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya dandan tidak menilai
apa yang disampaikan ini selaras dengan pendapat Gay dan Airasian (2000).
Temubual yang telah dijalankan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada
maklumat yang akan tertinggal atau tercicir. Temu bual tersebut telah saya transkripkan dan
hasil temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif.
Rakaman video
Rakaman video digunakan untuk melihat tingkah laku, kemahiran dan interaksi peserta
kajian. Rakaman video telah dilakukan pada tempat yang dipilih iaitu padang Sekolah
Kebangsaan Saint Teresa, Serian sesuai dengan keperluan kajian. Hasil rakaman telah

dianalisis menggunakan senarai semak. Saya memilih rakaman vidoe sebagai salah satau
kaedah pengumpulan data kerana ia mempunyai kelebihan apabila lakuan pergerakan
melompat dalam rakaman boleh diulang-ulang tayang supaya apa yang dingini dapat
diperhatikan dengan jelas dan terperinci serta mendalam.

You might also like