You are on page 1of 3

MMI | Apa itu MMI [ Melindungi Masa Instruksional] & Download Buku Pelaksanaan MMI

Apa itu MMI Melindungin Masa Instruksional


1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa
Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan
tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga
pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru
mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan
diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?
MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan
pembelajaran murid berteras konsep Guru Mengajar dan Murid Belajar.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah
terlibat dalam pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan
berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
Peringkat sekolah GPK Pentadbiran
Peringkat PPD Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat KPM Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang
aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain
selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima
tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa
negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran
kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan
keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh
menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk
murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan
pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha
melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana
pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi
membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut
ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang
perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang
berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan
tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi
mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar
jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini
terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di
atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.

You might also like