You are on page 1of 1

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan

sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk
wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.
Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang
menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan
bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan
bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.

Dalam sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada


proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah menyatakan bahawa
sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam
proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia.
Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya.
Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa.
Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini,
sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu
padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting

You might also like