You are on page 1of 225

PCEIA

Edisi
Baharu
2014

PEPERIKSAAN
PRA KONTRAK
UNTUK EJEN
INSURANS

PEPERIKSAAN
PRA KONTRAK
UNTUK EJEN
INSURANS

Edisi Baharu 2014


2014 The Malaysian Insurance Institute
Buku teks Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) ini diterbitkan oleh
The Malaysian Insurance Institute (35445-H), juga dikenali sebagai MII.
Buku teks ini dihasilkan untuk membantu ejen insurans
menghadapi peperiksaan pra kontrak
yang dikendalikan oleh MII.
Bahagian A adalah wajib untuk semua ejen; Bahagian B untuk ejen-ejen Insurans Am
dan Bahagian C untuk ejen Insurans Hayat.
Edisi baharu ini dicetak pada 2014, menggantikan edisi ke 8 yang telah dicetak pada tahun 2009.
HAK CIPTA TERPELIHARA
Maklumat yang terkandung di dalam buku teks pembelajaran ini adalah hak cipta dan tidak
boleh diterbitkan semula keseluruhannya atau sebahagian daripadanya, termasuk salinan
foto atau rakaman, untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran
bertulis daripada The Malaysian Insurance Institute.
Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum mana-mana bahagian penerbitan ini
boleh disimpan dalam sistem yang boleh didapati semula dalam sebarang bentuk. Buku teks ini
diedarkan untuk tujuan pembelajaran pembeli asal buku ini sahaja dan ia tidak boleh
dijual, dipinjamkan, disewa atau diberi kepada orang lain.
Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan isi kandungan teks ini; walau bagaimanapun,
penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang ditanggung dalam apa jua
cara oleh mana-mana individu yang bergantung semata-mata kepada maklumat
yang terkandung dalam penerbitan ini. Teks ini diterbitkan semata-mata bagi
tujuan persiapan menghadapi peperiksaan dan tidak boleh
dianggap sebagai muktamad disisi undang-undang.
DICETAK DI MALAYSIA OLEH
REKA CETAK SDN. BHD.
No. 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16
40200 Shah Alam, Selangor D.E., MALAYSIA
www.rekacetak83@gmail.com
PENGHARGAAN
The Malaysian Insurance Institute ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Insurans
Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atas sumbangan
tidak ternilai, sokongan dan bantuan yang diberikan dalam
menjayakan penerbitan teks edisi baharu ini.
Ucapan terima kasih kepada Caroline Darlington, Datin Veronica Selvanayagy,
Yap Wai Teck, Yap Hong Chiew, Goay Peng Hock,
Teh Chooi Hoon dan Tan Lee Lee.

Perpustakaan Negara Malaysia

Cataloguing-in-Publication Data

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS - PCEIA


Edisi 2014.
ISBN 978-983-2432-06-7
1. Insurance--Malaysia. 2. Insurance agents--Malaysia.
3. Life insurance--Malaysia. I. Institut Insurans Malaysia.
368.9595

ISI KANDUNGAN
TABLE
OF
BAHAGIAN A ASAS-ASAS INSURANS (Bab 1 hingga 6)
Bab 1












Risiko dan Insurans


1.1
Pengertian Risiko
1.2
Pengkelasan Risiko
1.3
Peril, Bahaya dan Kerugian
1.4
Pengurusan Risiko
1.5
Kaedah Mengawal Risiko
1.6
Insurans dan Takaful
1.7
Fungsi Pemindahan
1.8
Manfaat Insurans
1.9
Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan
1.10 Insurans Hayat dan Insurans Am
1.11 Pasaran Insurans
1.12 Pencapaian Industri Insurans
1.13 Soalan Penilaian Diri

1
1
1
2
2
3
4
5
7
8
11
11
12
13

Bab 2







Prinsip-prinsip Asas Insurans


2.1
Apakah Enam Prinsip Asas Insurans?
2.2
Penuh Percaya Mutlak
2.3
Kepentingan Boleh Insurans
2.4
Indemniti
2.5 Subrogasi
2.6 Sumbangan
2.7
Sebab Hampiran
2.8
Soalan Penilaian Diri

15
15
15
19
23
23
25
26
29

Bab 3
Perundangan dan Perlindungan Pengguna

3.1
Undang-undang Insurans

3.2
Akta Syarikat 1965

3.3
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

3.4
Literasi Kewangan dan Pendidikan

3.5
Aduan dan Pertikaian Kewangan Pengguna

3.6
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010

3.7
Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan

Keganasan (AMLATFA) 2001

3.8
Akta Persaingan 2010

3.9
Soalan Penilaian Diri

31
31
35
36
37
37
40

Bab 4

49
49
49

Kontrak Insurans
4.1
Undang-undang Kontrak
4.2
Pembentukan Kontrak Insurans

42
44
46

iii

4.3
4.4
4.5

Kontrak Batal, Boleh Batal dan Tidak Boleh Dikuatkuasakan


Struktur Polisi
Soalan Penilaian Diri

52
54
56

Bab 5







Undang-undang Agensi
5.1
Undang-undang Agensi
5.2
Tanggungjawab Ejen Insurans terhadap Prinsipal
5.3
Tanggungjawab Prinsipal terhadap Ejen
5.4
Kuasa Ejen
5.5
Kontrak Insurans yang Dibentuk Melalui Ejen
5.6
Penamat Perkhidmatan Ejen
5.7
Amalan Perniagaan yang Dilarang
5.8
Soalan Penilaian Diri

59
59
60
61
61
63
63
63
65

Bab 6










Insurans Perubatan dan Kesihatan


6.1 Pengenalan
6.2
Jenis-jenis Produk Insurans Kesihatan dan Perubatan (MHI)
6.3
Organisasi Pengurusan Kesihatan
6.4
Peraturan di Bawah Insurans Perubatan dan Kesihatan
6.5
Prosedur dan Pengunderaitan Polisi
6.6
Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkelompok
6.7
Langkah Mengurangkan Kos
6.8
Pembaharuan Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan
6.9
Penamatan Polisi Secara Automatik
6.10 Pengecualian Cukai Pendapatan Persendirian
6.11 Soalan Penilaian Diri

69
69
69
71
72
74
76
77
79
80
80
81

BAHAGIAN B INSURANS AM (Bab 7 hingga 10)


Bab 7







Perniagaan Insurans Am
7.1 Pengenalan
7.2
Insurans Motor
7.3
Insurans Harta
7.4
Insurans Marin
7.5
Insurans Liabiliti
7.6
Insurans Kemalangan Pelbagai
7.7
Insurans Kejuruteraan
7.8
Soalan Penilaian Diri

83
83
83
89
95
100
102
106
110

Bab 8










Pengunderaitan Insurans Am
8.1 Pengenalan
8.2
Proses Pengunderaitan
8.3
Garis Panduan Pengunderaitan
8.4
Penetapan Premium Insurans Am
8.5
Penggunaan Tarif
8.6
Pengiraan Premium Motor
8.7
Pengiraan Premium Kebakaran
8.8
Pertimbangan Pengunderaitan dan Faktor Pengkadaran
8.9
Insurans Semula
8.10 Dokumen Insurans Am
8.11 Soalan Penilaian Diri

113
113
113
114
114
115
115
116
117
118
119
122

iv

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Bab 9












Tuntutan Insurans Am
9.1 Pengenalan
9.2
Langkah-langkah Penyelesaian Tuntutan
9.3
Dokumen Tuntutan
9.4
Penyelesaian Tuntutan
9.5
Mendapatkan Kembali Bayaran Tuntutan
9.6
Aplikasi Averaj (Purata) dalam Tuntutan
9.7
Biro Insurer Motor
9.8
Perjanjian Langgar-sama-Langgar (KFK)
9.9
Pangkalan Data Berpusat Membuat Anggaran Kos Pembaikan Kenderaan
9.10 Pertikaian Mengenai Tuntutan
9.11 Tindakan Selepas Penyelesaian Tuntutan
9.12 Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan
9.13 Soalan Penilaian Diri

Bab 10
Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am

10.1 Pengenalan

10.2 Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR)

10.3 Fungsi Ejen Insurans Am

10.4 Pendaftaran Ejen Insurans Am

10.5 Kelayakan Kemasukan Minimum (Berkuatkuasa mulai 1 April 2003)

10.6 Sijil Pendaftaran

10.7 Sijil Pendaftaran Dwi-Tahunan

10.8 Penetapan Kawasan Menjalankan Perniagaan

10.9 Pemberitahuan Perubahan oleh Ejen

10.10 Konflik Kepentingan

10.11 Penolakan atau Pembatalan Pendaftaran

10.12 Syarat Minimum Pengekalan Jawatan

10.13 Kod Amalan

10.14 Premium atau Bayaran yang Dikutip bagi Pihak Prinsipal

10.15 Pematuhan Syarat Tunai Sebelum Lindung (CBC) untuk

Polisi Insurans Motor

10.16 Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)

10.17 Penama Korporat

10.18 Penentangan terhadap Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans

Am (GIARR)

10.19 Siasatan terhadap Aduan

10.20 Soalan Penilaian Diri

125
125
125
127
128
129
130
130
131
132
133
134
134
136
139
139
139
140
140
141
141
141
142
142
143
144
145
145
148
149
150
150
151
151
153

BAHAGIAN C INSURANS HAYAT (Bab 11 hingga 16)


Bab 11








Aspek-aspek Perundangan Insurans Hayat


11.1 Pengenalan
11.2 Salah Nyata Umur
11.3 Bantahan terhadap Polisi Insurans Hayat
11.4 Kepentingan Boleh Insurans
11.5 Kapasiti Kanak-kanak (Minor) untuk Diinsuranskan
11.6 Wang Polisi Dibayar tanpa Potongan
11.7 Penyerahan Polisi Insurans Hayat
11.8 Tidak Membayar Premium
11.9 Polisi Jelas Dibayar

157
157
157
157
158
158
159
159
160
160

11.10
11.11
11.12
11.13

Bab 12







Produk Insurans Hayat


12.1 Pengenalan
12.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat
12.3 Insurans Penyakit Kritikal
12.4 Insurans Hayat Kumpulan
12.5 Kontrak Tambahan
12.6 Kontrak Sertaan dan Bukan Sertaan
12.7 Kaedah Pengagihan Surplus/Lebihan
12.8 Soalan Penilaian Diri

167
167
167
171
172
173
173
174
176

Bab 13







Pengkadaran Premium Insurans Hayat


13.1 Pengenalan
13.2 Menilai Risiko
13.3 Premium Paras
13.4 Premium Kasar dan Premium Bersih
13.5 Beban Luar Jangka
13.6 Premium Insurans Berkumpulan
13.7 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu
13.8 Soalan Penilaian Diri

179
179
179
181
181
181
182
182
184

Bab 14






Pengunderaitan dan Dokumen Insurans Hayat


14.1 Pengenalan
14.2 Pemilihan Risiko
14.3 Garis Panduan Pengunderaitan
14.4 Menanggung Risiko
14.5 Peranan Ejen Insurans dalam Proses Pengunderaitan
14.6 Dokumen Insurans
14.7 Soalan Penilaian Diri

187
187
187
188
190
191
191
193

Bab 15








Tuntutan Insurans Hayat


15.1 Pengenalan
15.2 Jenis-jenis Tuntutan
15.3 Tuntutan Kematian
15.4 Tuntutan Matang
15.5 Tuntutan Penyakit Kritikal
15.6 Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
15.7 Tuntutan Kemalangan Diri
15.8 Buku Daftar Tuntutan
15.9 Soalan Penilaian Diri

195
195
195
196
197
198
198
198
199
200

Bab 16





Kod Amalan Ejen Insurans Hayat


16.1 Pengenalan
16.2 Kod Etika
16.3 Kod Amalan
16.4 Penjualan Insurans Hayat
16.5 Menyediakan Perlindungan Insurans
16.6 Keperluan Pendedahan

203
203
203
204
204
205
205

vi

Keperluan Pendedahan
Keperluan Berkaitan Polisi
Fasal Tanpa Tanding di bawah Kontrak Insurans Hayat
Soalan Penilaian Diri

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

161
161
161
163





Jawapan
Indeks

16.7 Aspek Perakaunan dan Kewangan


16.8 Pemegang Polisi Sedia Ada
16.9 Tuntutan
16.10 Soalan Penilaian Diri

206
206
207
208
211
213

vii

1.1 Pengertian

Risiko

Risiko dan Insurans

BAB
1

BAB 1

Risiko bermaksud bahaya yang mungkin menyebabkan berlakunya


kerugian atau kecederaan, tahap kebarangkalian berlaku kerugian,
individu, perkara pokok atau faktor yang menyebabkan berlakunya
kerugian atau keadaan yang merbahaya. Risiko juga dinyatakan
dalam suatu bentuk perumpamaan. Contohnya, mendedahkan diri
kepada sesuatu bahaya atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti
yang boleh mengundang kecelakaan boleh diumpamakan seperti
melintas di jalan yang sibuk dengan lalu lintas.

Syarikat insurans boleh meramalkan jangkaan kerugian sekiranya


terdapat sejumlah besar pendedahan risiko yang sama ciri-cirinya;
walau bagaimanapun, terdapat unsur-unsur ketidakpastian kerana
kerugian sebenar mungkin tidak sama dengan kerugian yang dijangka.

Risiko boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian akibat yang timbul


dari sesuatu situasi atau keadaan tertentu dan ia dirujuk sebagai: Kemungkinan berlakunya kerugian
Terdedah kepada bahaya
Perkara pokok insurans

1.2 Pengkelasan
Risiko boleh dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu:
Risiko 1.
Risiko Tulen iaitu asas kepada perlindungan insurans.

2. Risiko Spekulatif iaitu terdapat kemungkinan untuk meraih


keuntungan kewangan

3. Risiko Asas ialah risiko yang tidak dapat dinilai atau ditaksirkan

dari sudut kewangan
RISIKO DAN INSURANS

BAB
1


4. Risiko Khusus ialah risiko yang hanya memberi kesan kepada
individu tertentu sahaja, berbeza dengan risiko asas yang
memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Risiko

Akibat

Contoh

Risiko Tulen

Mungkin mengakibatkan kerugian


kewangan atau tidak mengalami
sebarang kerugian.

Kebakaran kilang atau risiko


mengalami kecederaan akibat
kemalangan jalan raya.

Risiko Spekulatif

Mungkin menyebabkan kerugian,


meraih keuntungan atau tiada kerugian.

Melabur di pasaran saham atau


pasaran matawang asing.

Risiko Asas

Mungkin memberi kesan kepada


sebahagian besar masyarakat pada
satu-satu masa.

Wabak penyakit, bencana alam,


peperangan, kekacauan, inflasi
atau penyerahan kuasa.

Risiko Khusus

Mungkin memberi kesan kepada


individu, keluarga atau sekumpulan
individu yang mengembara bersama.

Kematian, sakit atau kemalangan.

1.3 Peril, Bahaya



dan Kerugian

BAHAYA
keadaan yang
meningkatkan
kemungkinan
berlaku kerugian

PERIL
punca kerugian

Risiko

Bahaya

Contoh

Fizikal

Risiko berlaku kebakaran semakin meningkat apabila wujud bahaya


fizikal seperti bangunan yang diperbuat dari kayu, berbanding
dengan bangunan konkrit atau batu bata.

Moral

Bahaya moral wujud dalam insurans motor sekiranya pemandu


adalah seorang penagih dadah; atau dalam insurans kesihatan
di mana individu yang diinsuranskan berniat untuk membuat
tuntutan palsu.

Perundangan

Bahaya perundangan wujud dalam insurans motor risiko liabiliti


pihak ketiga, di mana sejumlah besar award mahkamah berkaitan
kecederaan diri dianugerahkan.

Kebakaran
Kecurian
Kemalangan
Sakit
Banjir
Gempa bumi

1.4 Pengurusan

Risiko

KERUGIAN
susut atau hilang
nilai ekonomi

Pengurusan risiko ditakrifkan sebagai proses mengenalpasti dan


kawalan ekonomi ke atas risiko yang berpotensi mengancam
sumber pendapatan sesuatu perniagaan. Proses pengurusan risiko
melibatkan tiga langkah utama:

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

1.5 Kaedah

Mengawal

Risiko

2. MENGANALISA
Menilai tahap kerugian aset
disebabkan ancaman tertentu
Menganalisa dan menilai
aspek kuantitatif dan kualitatif
Memilih risiko yang boleh
diterima

BAB
1

1. MENGENALPASTI
Ciri-ciri ancaman
Pemeriksaan fizikal
Kajian semula struktur
organisasi dan proses
operasi

3. KAWAL
Mengurus risiko yang tidak
boleh diterima
Mengawasi risiko yang
tidak boleh dikawal
Melaksanakan pelan
kecemasan untuk
mengurangkan kerugian
kewangan

Terdapat beberapa kaedah mengawal risiko, tetapi antara kaedah


utama kawalan risiko adalah seperti berikut:

1.5.1 Elak

Risiko dapat dielakkan dengan tidak menyertai mana-mana aktiviti


yang dianggap berisiko seperti penglibatan dalam sektor pembuatan
bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan saman kerugian atau
kecederaan akibat kecacatan produk yang dihasilkan, atau pengilang
memberhentikan pengeluaran produk dan/atau menarik balik
barangan dipasaran sekiranya berlaku kecacatan kepada produk
yang telah dijual atau kecacatan produk telah dikenalpasti.

1.5.2 Cegah

Risiko dapat dicegah dengan melaksanakan amalan pengurusan risiko


secara berhemah, dengan menjadikannya sebagai amalan tindakan
proaktif bagi mencegah dari berlakunya kerugian.

1.5.3 Kawal

Risiko mengalami kerugian yang teruk boleh dikurangkan dengan


melaksanakan pelan pemulihan bencana dan pelan penerusan
perniagaan bagi memastikan urusniaga berjalan seperti biasa dalam
tempoh masa yang singkat. Sebagai tambahan, penggunaan bahan
kalis api atau pemasangan sistem perenjis air otomatik dipremis
perniagaan dapat membantu mengurangkan kebarangkalian
berlakunya kebakaran mengikut kemampuan kewangan seseorang.

1.5.4 Bendung

Kerugian kecil boleh dibendung atau ditanggung mengikut


kemampuan kewangan seseorang.

1.5.5 Pemindahan

Insurans adalah mekanisma pemindahan risiko dari individu yang


diinsuranskan kepada syarikat insurans. Insurans semula pula
adalah proses memindahkan risiko dari penanggung insurans
kepada syarikat insurans semula dengan objektif untuk mencapai
kesejahteraan emosi, menstabilkan kos dan lain-lain manfaat
insurans.

RISIKO DAN INSURANS

BAB
1

1.6 Insurans dan



Takaful

Apakah yang dimaksudkan dengan insurans?


Ketika zaman awal pengenalan insurans, objektif utama yang
ingin dicapai oleh individu yang menanggung risiko mengalami
kerugian (tahap kerugian kewangan) dan kebarangkalian untuk
mengalami kerugian ialah risiko tersebut boleh diukur dan dinilai
secara yang lebih wajar. Insurans marin bermula apabila pemilik
kargo memindahkan risiko kehilangan dan kerosakan kargo ketika
dalam pelayaran dengan membayar sejumlah kecil premium kepada
sekumpulan peniaga (underwriter) yang sanggup menanggung risiko
berkenaan. Bermula dari detik tersebut, peranan insurans terus
berkembang dan proses mengurus ketidakpastian yang berkaitan
dengan risiko terus dikemaskini. Walau bagaimanapun, peranan asal
insurans sebagai suatu mekanisma pemindahan risiko masih kekal
sehingga kini.

Sungguhpun insurans menyediakan bayaran pampasan sekiranya


berlaku kematian yang tidak dijangka dan/atau perlindungan
kewangan dari berlakunya kerugian atau kerosakan disebabkan
kebakaran atau banjir, masih terdapat individu atau harta yang tidak
diinsuranskan atau terkurang insurans, di mana tuntutan insurans
tidak boleh dilakukan. Oleh yang demikian, adalah penting agar
pengurusan risiko dapat membantu mencapai objektif insurans
dengan menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan bagi
mengurangkan kemungkinan berlakunya kerugian. Insurans juga
membantu meminimumkan risiko gangguan perniagaan dan dengan
ini kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis insurans yang diwajibkan


di bawah undang-undang sedia ada. Contohnya, insurans motor
adalah diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk
memastikan mangsa kemalangan jalan raya menerima bayaran
gantirugi dari pemandu cuai dan didapati bersalah. Indemniti
professional juga diwajibkan dalam kerjaya perundangan, broker
insurans dan penasihat kewangan bagi memastikan pengguna
mempunyai hak untuk membuat tuntutan mahkamah dan mendapat
bayaran gantirugi yang sewajarnya.

Apa itu Takaful?


Takaful adalah katanama bahasa Arab yang bermaksud untuk
melindungi atau untuk menjamin. Takaful adalah alternatif
kepada kontrak insurans masakini berasaskan prinsip saling
membantu, di mana peserta (pemilik polisi) memiliki dana takaful
yang diuruskan oleh pengendali takaful. Peserta menyerahkan hak
individu untuk mendapatkan hak bersama ke atas sumbangan dan
manfaat. Sebuah syarikat takaful dikenali sebagai pengendali, yang
bertindak sebagai pemegang amanah, pengurus dan usahawan.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Operasi dan amalan perniagaan takaful adalah bebas dari pengaruh


Riba (faedah/bunga) dan lain-lain pengaruh tidak Islamik. Takaful
mendokong konsep Mudharabah (berkongsi keuntungan dan
kerugian), Tabarru (menderma) dan lain-lain prinsip Shariah.

Majlis Pengawasan Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia


Majlis Pengawasan Syariah (Syariah Advisory Council SAC)
dianggotai oleh para alim ulama terkemuka, pakar undang-undang
dan ahli perniagaan yang merupakan individu-individu yang
berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas di dalam sektor
perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi
syariah dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Ditubuhkan
pada Mei 1997 sebagai Majlis Jawatankuasa Syariah tertinggi
dalam kewangan Islam di Malaysia, SAC telah diberi kuasa untuk
melaksanakan undang-undang Islam bagi tujuan perniagaan
perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan kewangan Islam,
perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-apa bentuk
perniagaan lain yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah dan
dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai sebuah badan rujukan dan majlis penasihat kepada


BNM mengenai perkara-perkara berkaitan Syariah, SAC juga
bertanggungjawab untuk mengesahkan semua produk perbankan
Islam dan produk takaful telah mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Di samping itu, SAC berfungsi memberi nasihat kepada BNM
mengenai sebarang isu Syariah yang berkaitan dengan perniagaan
kewangan Islam atau transaksi BNM serta entiti-entiti lain yang
berkaitan dengannya.

Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memperkemaskan lagi


peranan dan fungsi SAC di mana SAC diberi status sebagai sebuah
badan tunggal mengenai perkara-perkara berkaitan Syariah dalam
perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful. Manakala ketetapan
SAC akan digunapakai ke atas mana-mana peraturan yang didapati
bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh badan Syariah
atau jawatankuasa yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah
dan penimbang tara juga perlu merujuk kepada ketetapan SAC
untuk mana-mana perbicaraan yang berkaitan dengan perniagaan
kewangan Islam; dan keputusan tersebut akan mengikat semua pihak
yang terlibat.

1.7 Fungsi

Pemindahan

Terdapat tiga fungsi utama insurans yang saling berkaitan iaitu


pemindahan risiko, premium yang mencukupi dan pembentukan
dana bersama:

RISIKO DAN INSURANS

BAB
1

BAB
1

Pemindahan
Risiko

Premium
Mencukupi

Dana
Bersama

1.7.1 Mekanisma

Pemindahan Risiko

Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi, insured membayar


sejumlah premium kepada insurer dan memindahkan tanggungjawab
menanggung risiko kerugian atau kerosakan kepada insurer.
Apabila risiko telah diterima, insurer berada dalam kedudukan yang
sama seperti insured dalam hal yang berkaitan dengan pelbagai
ketidakpastian berhubung dengan risiko.

1.7.2 Pembentukan

Dana Bersama

Konsep dana bersama mula diperkenalkan sejak awal pengenalan


insurans marin di mana para saudagar memberi sumbangan kepada
sesiapa sahaja yang mengalami kerugian semasa dalam pelayaran.
Kini, insurer juga mempunyai dana insurans yang lebih dikenali
sebagai kelas portfolio, umpamanya portfolio kebakaran di mana
semua premium yang dikutip bagi kelas perniagaan ini akan
diletakkan di bawah satu dana khusus. Sekiranya terdapat apa-apa
kerugian dialami oleh sesiapa sahaja yang menyumbang kepada
dana ini, jumlah kerugian akan dibayar dari dana tersebut.


1.7.3 Pengiraan

Premium yang

Mencukupi

Premium yang dibayar oleh setiap insured perlu berpadanan dengan


risiko yang dibawa. Dengan lain perkataan, walaupun dalam kelas
insurans yang sama, setiap insured perlu membayar premium yang
berpatutan dengan tahap risiko yang dilindungi. Sebagai contoh,
sebuah rumah kayu akan dikenakan bayaran premium yang lebih
tinggi bagi perlindungan risiko kebakaran, berbanding dengan
sebuah rumah yang dibina dari konkrit. Rumah yang diperbuat
dari kayu adalah lebih berbahaya daripada rumah konkrit kerana
rumah kayu akan membakar dengan lebih cepat dan biasanya
rumah berkenaan akan musnah sepenuhnya, berbanding dengan
rumah konkrit yang mungkin berlaku kerosakan sebahagian rumah
sahaja.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Manfaat insurans secara langsung dan tidak langsung adalah


seperti berikut:

Manfaat
Insurans

Galakan menabung
Modal pelaburan
Mengawal kerugian
Menstabilkan kos
Ketenangan fikiran
Perlindungan kewangan

1.8.1 Ketenangan Fikiran Menyedari hakikat bahawa insurans berperanan untuk memenuhi
keperluan kewangan akibat daripada risiko-risiko tertentu menyediakan
satu bentuk ketenangan fikiran. Ini adalah penting bagi individu yang
menginsuranskan kereta, rumah, harta benda dan sebagainya, tetapi
ia juga penting dalam sektor perindustrian dan perdagangan.
Ketenangan fikiran atau merasa dilindungi menjadi satu aspek
penting dalam aktiviti perniagaan dipelbagai sektor di mana beberapa
bentuk insurans diwajibkan oleh undang-undang (insurans motor) dan
lain-lain sektor dikehendaki menguatkuasakan polisi di bawah syaratsyarat kontrak (insurans pembinaan) demi mencapai ketenteraman
fikiran setelah menyedari bahawa ia berurusniaga dengan individu
yang dilindungi oleh insurans.
1.8.2 Menstabilkan Kos

Akta Insurans bertindak sebagai rangsangan untuk aktiviti perniagaan


yang sudah lama wujud. Ini dapat dilakukan melalui pelancaran dana
pelaburan dalam sektor perniagaan yang produktif, yang tidak akan
diperolehi dalam rizab mudah diakses untuk melindungi sebarang
kerugian pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, insurans bertindak menyediakan satu kaedah


menstabilkan kos pengurusan risiko melalui pembayaran premium
tetap dan telah ditentukan amaun premiumnya bagi mendapatkan
perlindungan insurans yang diperlukan.

1.8.3 Kawalan Kerugian

Syarikat insurans mempunyai kepentingan bersama dalam


mengurangkan kekerapan dan keterukan kerugian, bukan sahaja
untuk meningkatkan keuntungan mereka sendiri tetapi juga
untuk menyumbang kepada pengurangan kesan ekonomi ekoran
dari kerugian yang berlaku. Secara tradisi, kepakaran penyelaras
kerugian adalah tertumpu kepada kawalan sebelum berlaku kerugian
(mengurangkan kemungkinan bahawa sesuatu yang buruk akan

RISIKO DAN INSURANS

BAB
1

1.8 Manfaat

Insurans

BAB
1

berlaku) atau kawalan sesudah berlaku kerugian (selepas peristiwa


telah berlaku) bagi risiko yang mana insurans komersil boleh
didapati dipasaran. Perkhidmatan termasuk mengenalpasti dan
mengawal semua risiko yang dihadapi oleh organisasi semakin
dititikberatkan, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih
menyeluruh dalam perkhidmatan pengurusan risiko.
1.8.4 Manfaat Sosial

Insurans menyediakan dana kepada pemilik polisi bagi memulihkan


perniagaan yang mengalami kerugian, memastikan para pekerja
dapat meneruskan pekerjaan masing-masing dan terus menghasilkan
barangan dan perkhidmatan demi memastikan tiada sesiapa yang
akan mengalami kesukaran ekonomi, dan pada masa yang sama
dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

1.8.5 Galakan Menabung

Melalui insurans, seseorang individu akan berusaha memiliki tabung


simpanan sendiri dengan membentuk dana persaraan atau simpanan
untuk hari tua. Sebagai contoh, pelan insurans hayat endowmen
menyediakan sejumlah bayaran amaun perlindungan berserta
bonus (untuk polisi-polisi penyertaan) ketika polisi matang serta
perlindungan terhadap kehilangan pendapatan sekiranya berlaku
kematian awal atau hilang upaya.

1.8.6 Modal Pelaburan

Syarikat-syarikat insurans mempunyai sejumlah dana yang besar


disebabkan terdapat jurang masa antara penerimaan bayaran
premium dan pembayaran tuntutan. Dana pelaburan mencakupi
pelbagai bentuk pelaburan yang berbeza seperti pelaburan jangka
panjang, sederhana dan jangka pendek yang menyediakan sumber
modal untuk industri dan perdagangan serta membantu pihak
kerajaan mendapatkan pinjaman yang seterusnya menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

1.8.7 Sumber

Pekerjaan

Industri insurans telah menyediakan peluang pekerjaan kepada para


profesional, meliputi syarikat-syarikat insurans, firma broker,
penyelaras kerugian, khidmat nasihat kewangan serta ejen-ejen
insurans hayat dan insurans am.

1.9 Ciri-ciri Risiko



Boleh

DiInsuranskan

1.9.1 Kerugian yang



Tidak Dijangka

Risiko yang tidak boleh diinsuranskan adalah suatu keadaan atau


situasi yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk membolehkan ia
dilindungi, contohnya kerugian yang tidak dapat dielakkan (seperti
kematian pesakit yang mengalami penyakit terminal) atau kerosakan
berlaku secara beransur-ansur (seperti hakisan atau pengaratan
logam). Risiko yang boleh diinsuranskan pula, sebaliknya,
mempunyai ciri-ciri berikut:Kejadian yang berlakunya mestilah secara kebetulan, tidak dijangka
atau tidak disengajakan. Kekerapan dan keterukan sesuatu risiko

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Adalah mustahil untuk melindungi peristiwa atau keadaan yang


pasti akan berlaku, kerosakan yang tidak dapat dielakkan seperti
kerosakan disebabkan oleh haus dan lusuh serta susut nilai, dan
menolak sebarang perbuatan yang sengaja dilakukan dengan niat
untuk melakukan penipuan.

1.9.2 Nilai Kewangan

Risiko yang akan dilindungi mestilah boleh mengakibatkan


kerugian dan boleh dinilai atau diukur dari sudut kewangan. Nilai
kewangan atas kerugian harta atau kerosakan boleh dikenalpasti.
Sementara dalam kes liabiliti, mahkamah akan menentukan had
pampasan yang harus dibayar kepada individu yang tercedera dan
liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan adalah nilai
kewangan yang diinsuranskan.

Dalam konteks insurans hayat, amaun bayaran pampasan biasanya


telah dipersetujui pada awal kontrak. Adalah mustahil untuk
meletakkan nilai kewangan atas hayat isteri, suami atau anak tetapi
sejumlah amaun kewangan yang diinsuranskan boleh ditentukan
pada permulaan insurans.

1.9.3 Kepentingan

Boleh

Diinsuranskan

Perlu terdapat suatu bentuk hubungan yang sah dari sudut perundangan
antara insured dengan kehilangan/kerugian kewangan yang dialami,
yang dikenali sebagai kepentingan boleh diinsuranskan. Sekiranya
insured ingin menguatkuasakan kontrak insurans dihadapan
mahkamah, insured mestilah mempunyai kepentingan boleh
insurans dalam perkara pokok insurans. Ini bermakna insured
mendapat manfaat dari kewujudannya dan akan mengalami kerugian
akibat kehilangannya. Kewujudan kepentingan boleh insurans dalam
kontrak insurans adalah salah satu faktor utama yang membezakan
antara insurans dengan perjudian.

1.9.4 Risiko Pendedahan



yang Sama

Syarikat insurans akan menilai risiko yang seragam atau sama


pendedahannya dan terdapat jumlah yang banyak bagi
membolehkan insurer meramal tahap jangkaan kerugian mereka.
Tanpa pendedahan risiko yang serupa dalam jumlah yang banyak,
tugas akan menjadi lebih sukar dan pengiraan premium yang patut
dikenakan akan hanya berdasarkan andaian dan anggaran sahaja,
bukan berdasarkan pengiraan matematik.

Peraturan Bilangan Jumlah Besar menyatakan bahawa apabila


bilangan peningkatan pendedahan kerugian meningkat, kerugian

RISIKO DAN INSURANS

BAB
1

mestilah diluar kawalan dan kemampuan insured. Walaupun


kematian itu adalah suatu yang pasti; tetapi masa kematian tidak
dapat dijangka dan elemen inilah yang menjadi perkara utama
dalam insurans hayat.

BAB
1

yang diramalkan cenderung untuk menyamai kerugian sebenar.


Walau bagaimanapun, ia hanya boleh beroperasi dengan cekap
jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi: a) pendedahan kerugian
mestilah bebas dari sebarang pengaruh lain, dan b) terdapat
kemungkinan atau peluang untuk berlaku kerugian.

Sungguhpun peraturan bilangan jumlah besar adalah merupakan ciriciri risiko boleh diinsuranskan, adalah penting untuk memetik kes,
sebagai contoh satelit angkasa yang jarang berlaku dan pendedahan
yang tidak telah cukup lama bagi penanggung insurans membina
apa-apa asas statistik. Dalam kes-kes berkenaan, premium yang
dikenakan akan beberapa kali lebih tinggi kerana risiko yang
ditanggung adalah tinggi dan sukar diramal.

1.9.5 Risiko Tulen

Insurans berkait rapat dengan dengan risiko tulen, bukan risiko


spekulatif yang mempunyai unsur meraih keuntungan kewangan.
Contohnya usaha memasarkan pakaian fesyen baru. Risiko sama
ada pakaian fesyen baru itu laris dijual atau sebaliknya adalah jelas
bahawa ia adalah risiko spekulatif. Sedangkan risiko kebakaran
yang merosakkan kilang pakaian adalah risiko tulen. Risiko tulen
melibatkan kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugian.
Manakala kebarangkalian berlaku kerugian, mendapat keuntungan
atau tiada kerugian wujud dalam risiko spekulatif.

1.9.6 Risiko Khusus

Risiko khusus memberi kesan kepada individu tertentu manakala


risiko asas memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Contohnya
ialah risiko peperangan, inflasi dan keganasan. Risiko asas wujud
dari sebab-sebab fizikal seperti taufan, gempa bumi dan ribut
taufan mungkin boleh diinsuranskan. Keputusan untuk melindungi
risiko asas tersebut adalah bergantung kepada kedudukan geografi,
kekerapan dan keterukan risiko berkenaan.

1.9.7 Kepentingan Awam

Mengenai kepentingan insurans dan kontrak insurans, ia tidak


melindungi risiko disebabkan perbuatan jenayah kerana tindakan
tersebut adalah melanggar undang-undang serta bertentangan dengan
hak dan moral masyarakat. Sebagai contoh, denda dan penalti yang
dikenakan ke atas tindakan individu yang melanggar undang-undang
tidak boleh diinsuranskan walaupun individu berkenaan mempunyai
hubungan kewangan dengan kerugian yang berlaku kerana ianya
tidak boleh diterima dan bertentangan dengan kepentingan awam
dan hukuman yang dikenakan tidak boleh dipindahkan kepada
insurer.

10

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

1.11 Pasaran

Insurans

Insurans hayat dan insurans am menyediakan perlindungan


kewangan. Selain dari menawarkan jaminan kewangan, insurans hayat
menggalakkan konsep menyimpan untuk tujuan persaraan atau
usia tua. Insurans am pula melindungi semua risiko bukan insurans
hayat seperti motor, harta dan insurans marin. Secara tradisi, aspek
pemasaran atau pengedaran produk insurans dikuasai oleh ejen-ejen
insurans.
Walau bagaimanapun, dengan pengenalan bankasurans (pemasaran
melalui institusi perbankan) pada lewat 1993, dan Penasihat
Kewangan berlesen (perantara yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia untuk memberi nasihat kepada orang ramai mengenai
rangkaian produk-produk insurans daripada semua penanggung
insurans berlesen) pada tahun 2005, pengedaran produk insurans
hayat adalah pelbagai dan menyeluruh, serta memberi pengguna
pilihan untuk memilih dan membuat keputusan.

Pasaran insurans melibatkan pembeli, penjual dan pengantara yang


mempertemukan pembeli dan penjual.

Pembeli

Pengantara

Penjual

Masyarakat awam, individu, entiti


perniagaan dan organisasi

Broker insurans, Penasihat kewangan


dan Ejen insurans

Syarikat insurans, Ahli Pengunderait


Lloyds dan Syarikat insurans
semula

Di Malaysia, di bawah kawal selia BNM sejak beberapa dekad


yang lalu, penjual produk insurans yang terdiri daripada syarikat
insurans berlesen (hayat, am dan komposit) telah mengukuhkan
perniagaan mereka dengan meningkatkan jumlah modal berbayar
demi memperkukuhkan keupayaan operasi dan pengunderaitan
melalui penggabungan dan pengambilalihan.

Jadual berikut menunjukkan penurunan jumlah syarikat insurans


dari 53 syarikat kepada 33 syarikat dalam tempoh tiga belas tahun,
dari tahun 2000 hingga 2013:

RISIKO DAN INSURANS

11

BAB
1

1.10 Insurans Hayat



dan Insurans

Am

BAB
1

Pilihan Tahun

2000

2006

2011

2013

Syarikat Insurans

53

42

36

33

Syarikat Insurans Hayat

Syarikat Insurans Am

36

26

21

19

Syarikat Insurans komposit

10

Syarikat Insurans Semula

11

1.12 Pencapaian

Industri

Insurans

12

Sumber: Bank Negara Malaysia

Penggabungan syarikat insurans seterusnya dijangka akan berlaku


dalam tempoh lima tahun akan datang kerana syarikat insurans
komposit di Malaysia yang menjalankan perniagaan insurans
hayat dan perniagaan insurans am perlu menukar kepada syarikat
perniagaan insurans tunggal, bagi mematuhi Seksyen 6 1 (1) Akta
perkhidmatan kewangan (FSA)2013. FSA yang berkuatkuasa
pada 30 Jun 2013 menetapkan bahawa: penginsurans berlesen
selain daripada penanggung insurans semula berlesen tidak boleh
menjalankan kedua-dua perniagaan hayat dan perniagaan am..

Pada tahun 2012, kadar penembusan atau nisbah bilangan polisi


insurans hayat dan sijil takaful yang berkuatkuasa berbanding dengan
jumlah penduduk adalah 54 peratus. Berdasarkan data pada Februari
2013, industri insurans hayat di Malaysia mencatatkan peningkatan
sebanyak 3.6% pada 2012, berpandukan kepada jumlah premium
perniagaan baru. Jumlah premium perniagaan baru pada tahun 2012
adalah sebanyak RM8.20 bilion, berbanding dengan RM7.92 bilion
pada tahun 2011.
Industri insurans am mencatatkan pertumbuhan premium kasar
sebanyak 8.2% kepada RM15.180 bilion tahun 2012, berbanding
dengan pertambahan sebanyak 7.85% (RM14.029 bilion) 2011.
Premium bersih meningkat pada kadar 8.3% kepada RM10.528
bilion.
(Untuk mendapatkan perkembangan terbaru pencapaian industri
insurans, sila rujuk laman sesawang Bank Negara Malaysia).

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

1.

2.

3.

4.

5.

6.

BAB
1

1.13 Soalan Penilaian Diri


Apakah definisi sebenar risiko tulen?
a)

Risiko di mana terdapat kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugian

b)

Risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, tidak kepada
masyarakat keseluruhan

c)

Risiko yang tidak boleh diukur dalam bentuk kewangan

d)

Risiko di mana terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan

Yang manakah di antara berikut BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan?


a)

Ia hendaklah tidak bertentangan dengan kepentingan awam.

b)

Ia hendaklah berlaku secara kebetulan dan tidak dijangka.

c)

Ia hendaklah merupakan risiko spekulatif.

d)

Pendedahan risiko yang sama dan jangkaan kerugian yang sama.

Yang manakah di antara berikut BUKAN manfaat insurans?


a)

Ketenangan fikiran

b)

Suatu bentuk tabungan/simpanan

c)

Pelaburan spekulatif

d)

Pelaburan dana

Di antara berikut, yang manakah pendekatan yang paling tidak berkesan dalam
menangani risiko?
a)

Pengelakan risiko

b)

Pemindahan risiko

c)

Pembendungan risiko

d)

Tidak menghiraukan risiko

Bagi tujuan insurans, kerosakan disebabkan kebakaran diklasifikasikan sebagai


a)

risiko spekulatif.

b)

risiko asas.

c)

risiko tulen.

d)

bahaya fizikal.

Yang manakah di antara penerangan berikut adalah tidak benar?


a)

Peril adalah sebab utama berlakunya kerugian.

b)

Bahaya akan meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian.

c)

Ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko.

d)

Bahaya moral dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko berkenaan.

RISIKO DAN INSURANS

13

BAB
1

7. Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans?

8.

9.

a)

Kematian disebabkan sakit atau penyakit

b)

Liabiliti kepada pengguna adalah disebabkan penjualan produk

c)

Kerugian kewangan adalah disebabkan kejatuhan harga saham

d)

Kerosakan kepada kenderaan adalah disebabkan rantaian kemalangan

Apakah perbezaan di antara insurans hayat dan insurans am?


a)

Kedua-duanya menyediakan perlindungan kewangan.

b)

Insurans hayat adalah perlindungan jangka panjang, sementara insurans am biasanya


diperbaharui setiap tahun.

c)

Insurans hayat menawarkan jaminan kewangan ketika persaraan atau usia tua.

d)

Insurans am melindungi semua risiko yang bukan insurans hayat.

Apakah jenis operasi insurans Lloyds London?


a)

Syarikat insurans pemilikan

b)

Syarikat insurans bersama

c)

Kelab pengunderait

d)

Kelab perlindungan dan indemniti kelab

10. Apakah yang dimaksudkan syarikat insurans komposit?


a)

Syarikat yang mempunyai ibu pejabat dan pejabat cawangan

b)

Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat

c)

Syarikat yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan juga insurans am

d)

Syarikat yang membuat pengkhususan dalam bidang pengunderaitan kelas insurans


tunggal

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .

14

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Prinsip-prinsip
Asas Insurans

2.1

Apakah Enam

Prinsip Asas
Insurans?

Prinsip-prinsip asas insurans adalah sesuatu yang perlu dipelajari


oleh setiap ejen insurans yang baru dilantik sebelum dibenarkan
membuat penjualan produk insurans. Enam perkara asas ini akan
mengingatkan ejen setiap masa tentang piawaian industri insurans.
Walaupun setiap jenis insurans mempunyai kaedah yang berbeza
untuk menentukan kos dan bentuk perlindungan, terdapat enam
prinsip asas yang terdapat dalam semua polisi insurans. Penanggung
insurans perlu memahami prinsip-prinsip ini untuk kekal dalam
perniagaan, dan pelanggan boleh membuat keputusan pembelian
dengan lebih baik dengan mempelajari tentang perkara-perkara asas
disebalik setiap polisi insurans.

Enam prinsip asas insurans ialah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

2.2 Penuh

Tanggungjawab penuh percaya mutlak (uberrima fides) adalah


penting dalam urusan pembelian dan penjualan produk insurans.
Oleh yang demikian, polisi insurans ditakrifkan sebagai kontrak
uberrimae fidei (penuh percaya mutlak). Ini bermakna syarikat
insurans dan individu yang memohon untuk membeli polisi insurans
mempunyai tanggungjawab untuk berurusan secara jujur dan terbuka
antara satu sama lain dalam perundingan yang membawa kepada
pembentukan kontrak insurans.

Dalam lain-lain kontrak komersial, pihak-pihak yang terlibat


tidak perlu mendedahkan maklumat yang tidak diminta kerana
setiap pihak akan membuat tawar-menawar yang terbaik dengan
memeriksa barangan, menilai kualiti produk dan memutuskan
sama ada harga yang dikenakan adalah adil dan tiada pihak cuba

Percaya
Mutlak

BAB
2

BAB 2

Penuh Percaya Mutlak


Kepentingan Boleh Insurans
Indemniti
Subrogasi
Sumbangan
Sebab Hampiran

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

15

BAB
2

mengelirukan pihak lain. Kontrak tersebut tertakluk kepada prinsip


Kaveat emptor (pembeli harus berhati-hati). Walau bagaimanapun,
dalam pembentukan sesuatu kontrak insurans, satu pihak (insurer)
adalah bergantung kepada pihak yang satu lagi (insured) untuk
memberitahu mana-mana maklumat penting seperti keadaan
kesihatan masakini, bagi mendapatkan insurans kesihatan misalnya.
2.2.1 Tanggungjawab

Memberitahu

a) Sebelum kontrak dikuatkuasakan


Sebelum menguatkuasakan suatu kontrak insurans, pada peringkat
permulaan rundingan, kedua-dua pihak (pemohon dan syarikat
insurans) mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan
maklumat penting dengan tepat dan jelas, padat dan tepat pada
masanya bagi membolehkan pengguna membuat keputusan dengan
bijak dan syarikat insurans boleh menentukan syarat-syarat yang
bersesuaian sebelum menerima sesuatu risiko.

b) Pembaharuan kontrak insurans am


Semasa pembaharuan polisi insurans, tanggungjawab penuh
percaya mutlak perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak (insured
dan insurer), tetapi tanggungjawab insured lebih dititikberatkan
untuk memaklumkan kepada syarikat insurans mengenai sebarang
perubahan material dalam risiko yang akan diinsuranskan
(pembaharuan polisi menjadi kontrak baru) bagi membolehkan
syarikat insurans menjalankan penilaian risiko yang sesuai supaya
premium yang setara dengan risiko yang diterima boleh dikenakan.

c) Ketika kontrak berkuatkuasa


Adalah menjadi tanggungjawab yang berterusan yang dikenakan
kepada insured untuk memberitahu sebarang fakta matan baru yang
boleh mempengaruhi risiko di bawah keadaan berikut:

perubahan di dalam kontrak contohnya, insured menukar


kenderaannya atau ingin memasukkan nama pemandu baru;
atau

risiko meningkat contohnya, insurer perlu diberitahu tentang


sebarang perubahan yang berlaku terhadap harta milik insured
yang boleh meningkatkan risiko kerosakan. Perlindungan
akan ditamatkan kerana peningkatan risiko berkenaan, kecuali
perubahan tersebut telah diberitahu insurer. Insurer kerap
memasukkan fasal yang berkaitan ke dalam polisi insurans.

d) Ketika tuntutan sedang diproses


Tanggungjawab penuh percaya wujud ketika insured membuat
tuntutan. Contoh, mengemukakan tuntutan kerugian sedangkan
kerugian tidak berlaku, atau tuntutan kerugian atas harta yang tidak
hilang, dan ini adalah suatu penipuan.

16

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Tanggungjawab pelanggan ialah untuk memberitahu semua


maklumat penting kepada insurer. Akibat yang timbul dari kegagalan
insured memberitahu atau menyalah-nyatakan fakta matan adalah
bergantung kepada sejauh mana pentingnya fakta matan/material
dan ciri-ciri risiko yang dicadangkan untuk diinsuranskan. Adalah
penting untuk memastikan bahawa borang permohonan hendaklah
lengkap diisi dengan tepat kerana ia membentuk asas kepada kontrak
insurans, contohnya keperluan bagi bukti umur yang disediakan
oleh syarikat insurans mampu mengelakkan salah nyata fakta atau
kecuaian oleh pihak pemohon.

Di dalam bidang insurans, fakta matan/material akan mempengaruhi


pengunderait bijak dalam membuat keputusan sama ada
untuk menerima atau menolak risiko dan menentukan premium
yang dikenakan bagi risiko jika diterima. Seperti dalam contoh
sebelumnya, umur insured adalah fakta matan dalam cadangan
insurans hayat; tetapi umur pencadang tidak penting bagi
pengunderait insurans marin yang lebih berminat untuk mengetahui
usia kapal. Kepentingan fakta matan juga bergantung kepada
keadaan sekeliling risiko yang dicadangkan. Contohnya pengalaman
memandu mungkin tidak penting dalam cadangan insurans motor
jika pemilik kenderaan adalah sentiasa menggunakan khidmat
pemandu chaufeur.

2.2.3 Borang Cadangan

Insurer perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah


untuk membantu pemohon insurans memenuhi tanggungjawab
mereka memberitahu maklumat penting bagi tujuan penilaian
pengunderaitan. Bagi tujuan ini, syarikat insurans perlu memastikan
bahawa semua borang cadangan:-

a) Memasukkan soalan-soalan khusus yang direka khas untuk


mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan keputusan
syarikat insurans sama ada atau tidak untuk menerima risiko,
kadar premium dan syarat-syarat yang dikenakan. Pada dasarnya,
soalan-soalan harus dapat disesuaikan dengan objektif yang ingin
dicapai (butiran lanjut yang diminta dan tempoh masa munasabah),
bagi membolehkan pemohon insurans menjawab soalan dengan
yakin tanpa menjejaskan risiko perlindungan disebabkan tidak
memberitahu/mendedahkan fakta sebenar; dan

b) Menyatakan dengan jelas dengan meminta pemohon insurans


memberitahu maklumat dan keadaan yang dianggap penting
meskipun syarikat insurans secara munasabah boleh tertakluk
kepada bertanyakan soalan yang lebih khusus seperti a) di atas.

2.2.4 Pelanggaran Percaya Perlanggaran terhadap kepercayaan penuh yang diberikan mungkin

Penuh
dilakukan oleh insured, atau kadang kala mungkin dilakukan oleh

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

17

BAB
2

2.2.2 Fakta Matan

pihak syarikat insurans. Orang yang diinsuranskan boleh melakukan


pelanggaran percaya penuh dalam dua cara

BAB
2

Salah Nyata dilakukan secara tidak sengaja atau tindakan

penipuan
Tidak Memberitahu secara tidak sengaja atau tindakan
penipuan (penipuan kerana ketidakdedahan dikenali sebagai
penyembunyian).

Kontrak Boleh
Dibatalkan

Salah Nyata atau


Tidak
Memberitahu

Sengaja
atau
Penipuan


2.2.5 Tindakan Pembetulan
Insurer

kerana Memungkiri

Penuh Percaya Mutlak 1. Hak untuk membatalkan polisi

oleh Insured
keseluruhannya?

Cuai atau
Tidak
Sengaja

Kesalahan
Tanpa Niat

Penipuan

Ya

Ya

2. Hak untuk menyimpan premium

Tidak

Ya

3. Hak untuk tidak menghiraukan


kemungkinan dan membenarkan
polisi berkuatkuasa?

Ya

Ya

Tidak

Tidak

4. Hak untuk menolak


tuntutan tetapi polisi masih
berkuatkuasa?

2.2.6 Jadual 9 Akta


Perkhidmatan
Kewangan

(FSA) 2013

Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) menetapkan aplikasi


pemberitahuan dan salah nyata sebelum kontrak; dan tindakan
pembetulan salah nyata, dan perbezaan antara kontrak insurans
pengguna (ditandatangani oleh individu yang tidak mempunyai
kaitan dengan perdagangan, perniagaan atau kerjaya professional)
dan kontrak insurans bukan pengguna.

Kontrak insurans bukan pengguna, tertakluk kepada para 4 (1),


bahagian 2, Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013
menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pencadang
untuk memberitahu semua fakta matan walaupun tiada soalan

18

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2.3 Kepentingan
Boleh
Insurans

Sebelum sesuatu kontrak insurans itu ditandatangani, pencadang


hendaklah memberitahu insurer perkara-perkara yang a) ia tahu
perkara tersebut adalah penting dan boleh mempengaruhi insurer
membuat keputusan sama ada menerima atau menolak risiko yang
dicadangkan, dan jika diterima berapakah kadar premium dan
syarat-syarat yang patut dikenakan; atau b) seseorang yang normal
dalam situasi berkenaan biasanya mengetahui bahawa perkara
berkenaan adalah penting.
Walau bagaimanapun, tanggungjawab memberitahu tidak
menghendaki pencadang memberitahu perkara-perkara yang:a) mengurangkan risiko yang ditanggung oleh insurer;
b) merupakan pengetahuan am;
c) insurer mengetahui atau dalam keadaan yang sedemikan, ia
sepatutnya mengetahui; atau
d) menyatakan bahawa insurer membatalkan keperluan
pemberitahuan atau pendedahan.
Kontrak insurans pengguna pula menganggap bahawa pencadang
telah memenuhi tanggungjawab pemberitahuan sekiranya ia
dengan penuh percaya mutlak telah menjawab semua soalan yang
terkandung dalam borang cadangan. Sekiranya tiada soalan-soalan
khusus mengenainya atau tiada permintaan bertulis meminta
maklumat penting, insurer tidak boleh menolak tuntutan atas alasan
tidak memberitahu, seperti yang dinyatakan di perenggan 5 (6),
bahagian 2, Jadual 9 Akta FSA iaitu:Apabila pencadang gagal memberi jawapan atau memberikan
jawapan tidak lengkap atau tidak berkaitan kepada soalan yang
terkandung di dalam borang permohonan, atau ada ditanya oleh
insurer tetapi perkara berkenaan tidak diambil tindakan lanjut
oleh insurer, dengan itu keperluan mematuhi tanggungjawab
memberitahu dianggap telah dibatalkan oleh pihak insurer.

Kepentingan boleh insurans ialah hak undang-undang untuk


dilindungi, yang timbul kerana wujudnya kepentingan kewangan
yang sah oleh insured terhadap perkara pokok insurans. Frasa
kepentingan kewangan yang sah merujuk kepada kepentingan
kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Oleh itu, perniagaan
haram dan kegiatan penyeludupan barang adalah merupakan
contoh perniagaan yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh undangundang malahan juga bertentangan dengan kepentingan awam.
Walaupun wujud kepentingan kewangan tetapi risiko seperti ini
tidak boleh diinsuranskan.


PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

19

BAB
2

khusus yang ditanyakan mengenainya ataupun soalan berkenaan


tidak terdapat dalam borang cadangan:

BAB
2

2.3.1 Siapakah yang


Mempunyai
Kepentingan

Boleh Insurans?

Mengikut perenggan 3, Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan FSA)


2013, seseorang itu mempunyai kepentingan boleh diinsuranskan
atas hayatnya sendiri tanpa sebarang batasan. Walau bagaimanapun,
mana-mana individu yang menguatkuasakan polisi insurans hayat
atas hayat orang lain, ia haruslah mempunyai kepentingan boleh
insurans, jika tidak, polisi berkenaan adalah tidak sah atau batal.

Seseorang individu itu dianggap mempunyai kepentingan boleh


diinsuranskan terhadap orang lain yang merupakan:a) pasangannya (suami atau isteri), anak-anak yang masih di bawah
umur majoriti ketika polisi dikuatkuasakan; atau
b) pekerjanya; atau
c) seseorang yang ia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya
(ketika polisi dikuatkuasakan) perbelanjaan sara hidup,
perbelanjaan pendidikan dan sebagainya.

2.3.2 Bilakah Kepentingan Dalam insurans am, kepentingan boleh insurans perlu wujud ketika:
Boleh Insurans
a) permulaan polisi; dan

Perlu Wujud?
b) ketika berlaku kerugian; selain daripada ini, kontrak insurans
dianggap batal.

Terdapat pengecualian dalam insurans marin kerana pemilik


barangan atau kargo akan berubah tangan semasa dalam pelayaran
atau transit. Sebagai contoh, pengimport boleh menguruskan
insurans kargo bagi barangan yang akan diimport berdasarkan
Kos dan Penghantaran (CF),walaupun bayaran belum dibuat,
dengan jangkaan akan memperolehi pemilikan barangan/kargo
dari pengeksport. Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh
menguruskan insurans motor pada kereta yang beliau jangka akan
memilikinya pada masa akan datang.

Dalam insurans harta, pemilik, pemegang amanah, ejen, pemegang


gadai janji atau penyewa mempunyai kepentingan boleh insurans
dalam harta yang dimiliki, dipegang oleh pemegang amanah atau
suruhanjaya, dicagarkan atau diupah. Dalam insurans liabiliti,
mana-mana orang yang mempunyai potensi liabiliti undang-undang
kepada pihak ketiga dan mempunyai kepentingan boleh insurans
untuk mengambil perlindungan insurans yang meliputi potensi kos
perundangan dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya, boleh
berbuat demikian.

2.3.3 Apakah Perkara



Pokok Insurans

Perkara pokok insurans mungkin melibatkan hayat seseorang,


anggota badan, harta atau liabiliti undang-undang dan ia mungkin
berbeza mengikut jenis insurans yang terdapat dipasaran. Beberapa
contoh perkara pokok insurans yang boleh dilindungi di bawah
pelbagai jenis polisi insurans adalah seperti dinyatakan:-

20

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Jenis Insurans

Perkara Pokok

1. Motor

kenderaan bermotor dan liabiliti


pihak ketiga

2. Marin

3. Hayat dan Kemalangan


Diri

kargo atau badan kapal

BAB
2

hayat dan anggota badan

4. Penerbangan

pesawat dan liabiliti penumpang

5. Kebakaran

bangunan dan isi kandungan


2.3.4
Apakah Perkara

Pokok Kontrak
Insurans?


2.3.5
Apakah Penyerahan

Hak?

Perkara pokok kontrak insurans adalah kepentingan kewangan


insured terhadap perkara pokok insurans. Sebagai contoh, sebuah
bank telah memberi pinjaman belian harta bernilai RM300,000.
Sementara perkara pokok insurans di bawah polisi kebakaran ialah
bangunan, kepentingan kewangan pihak Bank adalah terhad kepada
jumlah pinjaman RM300,000.
Penyerahan hak adalah pemindahan hak dan liabiliti dari seorang
ke seorang yang lain. Dalam insurans, pemindahan hak dan liabiliti
insured kepada insured yang baru dikenali sebagai serah hak
polisi. Pemegang serah hak iaitu orang yang mengambil alih hakhak yang diperuntukkan, akan mempunyai hak yang sama seperti
penyerah hak tersebut. Oleh itu, jika insurer berjaya menolak
tuntutan liabiliti dengan mengemukakan apa-apa alasan terhadap
penyerah hak, alasan yang sama boleh digunakan terhadap penerima
hak.
Persetujuan awal dari insurer diperlukan untuk menjadikan
penyerahan hak sah disisi undang-undang:
Kontrak insurans hayat merupakan kontrak peribadi
berdasarkan ciri-ciri dan kualiti pencadang. Oleh itu, apabila
insurer telah menandatangani kontrak dengan insured, insured
perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari insurer
sebelum penyerahan hak itu disertakan dalam polisi.

Di Malaysia, sebagai langkah berhemat, insurer menghendaki


semua penyerahan hak polisi insurans mendapat persetujuan
terlebih dahulu supaya ia direkodkan dan bayaran dibuat kepada
pihak yang sepatutnya.

Kontrak insurans am melibatkan proses secara bertulis


pemindahan kepentingan ke atas harta yang dilindungi apabila
berkenaan seperti kereta atau rumah dijual. Pemilik baru
dikehendaki memberitahu insurer secara bertulis mengenai
pemindahan kepentingan tersebut agar ia boleh dikuatkuasakan
dalam polisi. Kontrak yang baru terbentuk, ia dikenali sebagai
novasi (novasion).

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

21

Pengecualian:

2.3.6 Penyerahan Hak


Prosid Polisi

Penyerahan hak prosid (nilai muka) polisi boleh dikuatkuasakan


apabila insured mengarahkan insurer membayar amaun tuntutan
kepada pihak ketiga. Contohnya, tuntutan yang perlu dibayar di bawah
polisi kebakaran boleh diserah hak secara langsung kepada orang
yang membaiki (repairer), sementara prosid polisi insurans hayat
boleh diserah hak kepada waris yang dinamakan (selain dari wakil
peribadi yang disahkan) apabila insured meninggal dunia. Penyerahan
hak prosid polisi tidak menjejaskan hak perundangan insured dan
dia masih menanggung liabiliti di bawah polisi berkenaan. Semua
prosid polisi boleh diserah hak kecuali peruntukan polisi menyatakan
sebaliknya.

2.3.7 Bayaran Wang


Polisi di Bawah
Polisi lnsurans
Hayat dan
Kemalangan Diri

Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 menyatakan tentang


prosedur bayaran wang polisi di bawah polisi insurans hayat dan
kemalangan diri. Perenggan 2 Jadual 10 menyatakan bahawa
pemilik polisi yang telah mencapai usia enam belas tahun (16)
boleh menamakan mana-mana individu untuk menerima wang polisi
miliknya sekiranya beliau meninggal dunia, dan pihak insurer telah
diberitahu mengenai penyerahan hak tersebut dengan menyertakan
butir-butir berikut:
a) Nama,
b) Tarikh lahir,
c) No kad pengenalan atau no surat beranak, dan
d) Alamat.

BAB
2

22

Polisi Marin Kargo bebas untuk dibuat penyerahan hak


di bawah peruntukan statutori (Akta Insurans Marin 1906)
dan mengikut prosedurnya, sijil insurans marin merupakan
dokumen terpenting dalam urusan perdagangan antarabangsa
kerana ia bertindak sebagai jaminan kewangan bagi pihak bank
mengeluarkan surat kredit bagi pihak pembeli kepada penjual.
Polisi Marin Badan Kapal biasanya mengandungi fasal yang
melarang penyerahan hak polisi tanpa kebenaran terlebih
dahulu dari insurer.
Pindahan wasiat atau kuatkuasa undang-undang: Terdapat
polisi seperti polisi insurans kebakaran yang menyediakan
kemudahan pemindahan kepentingan ke atas perkara pokok
insurans secara automatik kepada wakil peribadi atau estet
melalui kuatkuasa undang-undang apabila insured meninggal
dunia.

Tindakan membuat penamaan hendaklah disaksikan oleh seseorang


yang berusia 18 tahun ke atas dan dia bukanlah penama yang
namanya dinyatakan dalam polisi insurans.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Kontrak insurans memberi jaminan membayar gantirugi kehilangan


atau kerugian yang ditanggung oleh insured. Jaminan ini adalah
tertakluk kepada prinsip indemniti. Prinsip indemniti menghendaki
insurer meletakkan semula insured pada kedudukan kewangan yang
sama seperti yang pernah dinikmati sebelum berlaku kerugian.
Tujuan utama prinsip indemniti ialah untuk memastikan agar insured,
selepas mendapat ganti-rugi, tidak akan menjadi lebih baik daripada
sebelum berlakunya kerugian. Motif utama ialah memastikan
insured tidak akan menerima lebih dari jumlah kerugian, malah
insured boleh menerima kurang dari jumlah kerugian disebabkan
aplikasi syarat-syarat polisi seperti mengenakan fasal purata (apabila
amaun perlindungan tidak mencukupi), lebihan (excess) atau had/
pembatasan.
Kontrak insurans am adalah kontrak indemniti kerana perkara
pokok insurans boleh diukur atau ditentukan mengikut nilai
kewangan atau nilai penggantian, sementara di dalam insurans hayat
dan insurans kemalangan diri, nilai anggota badan tidak boleh diukur
mengikut nilai wang dan juga tidak boleh ditukar ganti.


2.4.1 Penilaian
Indemniti

2.5 Subrogasi

Jenis
Insurans

Kaedah Indemniti

Kos membaiki, mengganti atau pengembalian


semula harta yang rosak atau hilang. Nilai pasaran
dijadikan asas amaun perlindungan harta selain
dari bangunan, di mana potongan akan dikenakan
kerana faktor haus, lusuh dan susut nilai.

Liabiliti

Keputusan mahkamah berkaitan dengan gantirugi


khas dan gantirugi am, termasuk kos dan perbelanjaan
mahkamah bagi mempertahankan insured.

Pekuniari

Kerugian kewangan yang ditanggung oleh


insured, contohnya di bawah polisi insurans
jaminan kesetiaan, insurer membayar gantirugi
kepada majikan atas kerugian yang ditanggung
disebabkan ketidakjujuran pekerja.

Marin

Mengenalpasti amaun yang diinsuranskan yang


telah dipersetujui semasa awal kontrak, dan tidak
dipengaruhi oleh turun naik harga pasaran, Nilai
yang dipersetujui adalah amaun yang dibayar
bagi menyelesaikan tuntutan kerugian.

Harta
benda

Prinsip subrogasi membolehkan insurer yang telah membayar


indemniti kepada insured atas kerugian yang dialami, menggunakan
hak insured untuk menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang
bertanggungjawab atas kerugian berkenaan. Tujuan subrogasi ialah
untuk menghalang insured menerima amaun gantirugi lebih dari
jumlah indemniti sepatutnya apabila insured mempunyai dua atau

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

23

BAB
2

2.4 Indemniti

BAB
2

lebih pihak untuk dibuat tuntutan kerugian. Subrogasi menyokong


prinsip indemniti dan ia merupakan turutan indemniti yang bertujuan
mengurangkan kos tuntutan yang ditanggung oleh insurer, disamping
menghukum pihak yang menyebabkan berlakunya kerugian.
2.5.1 Bagaimana


Timbulnya

Subrogasi

24

Hak subrogasi melalui statut dan ia tidak perlu dinyatakan


dalam polisi. Tujuan subrogasi dinyatakan di bawah syarat-syarat
polisi ialah untuk membenarkan insurer memulakan tindakan
menuntut bayaran dari pihak ketiga sebelum membayar tuntutan
kepada insured.

Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada insurer


mengawal proses tuntutan dan mempunyai peluang yang lebih
baik membuat tuntutan balas. Contohnya, apabila insured
menanggung kerugian kerana kecuaian pihak ketiga, insured
boleh membuat tuntutan dari polisinya sendiri atau menuntut
dari pihak ketiga berkenaan. Sekiranya insured memilih
untuk menuntut gantirugi dari pihak insurernya, insurer boleh
menguatkuasakan hak subrogasi atas nama insured (berada
dikedudukan seperti insured) untuk membuat tuntutan gantirugi
dari pihak yang menyebabkan kerugian, walaupun gantirugi
belum dibayar kepada insured.

Prinsip subrogasi tidak boleh digunakan untuk kemalangan diri


atau insurans hayat kerana ia bukan polisi indemniti. Insured
boleh membuat tuntutan daripada polisi insurans hayat atau
polisi kemalangan dirinya sendiri, dan juga mendapatkan
semula gantirugi daripada pihak yang cuai yang menyebabkan
kecederaan.

Hak subrogasi melalui kontrak. Contohnya, seorang


ahli perniagaan menggunakan khidmat firma keselamatan
untuk membawa wang dalam transit menuju dan membawa
pulang dari bank. Beliau memiliki polisi insurans wang bagi
melindunginya dari kerugian sekiranya terjadi sesuatu yang
tidak diingini. Sekiranya wang tersebut hilang, ahli perniagaan
mempunyai dua pilihan; membuat tuntutan terhadap syarikat
insuransnya sendiri atau menuntut gantirugi dari firma
keselamatan terbabit. Sekiranya tuntutan insurans dibuat,
insurer mempunyai hak subrogasi bagi mendapatkan semula
amaun yang sama dari firma keselamatan di bawah kontrak
perkhidmatannya dengan ahli perniagaan berkenaan.
Penyelamatan (salvage) - Setelah berlaku kerugian dan bayaran
tuntutan telah dibuat, insurer berhak untuk melaksanakan hakhak subrogasi (mengambil alih hak pemilikan insured) dengan
mengambil milikan sisa-sisa barangan atau salvaj (menyelamat)

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2.6 Sumbangan


2.6.1 Kepentingan

Sumbangan




Apabila sesuatu kerugian dilindungi oleh dua atau lebih polisi dari
insured yang sama, prinsip sumbangan membolehkan insurer yang
telah membayar gantirugi kepada insured, meminta insurer lain yang
juga menanggung liabiliti yang sama supaya bertanggungjawab
terhadap kerugian tersebut dengan menyumbang kos bayaran ganti
rugi. Sumbangan boleh dianggap sebagai turutan indemniti, yang
diperkenalkan bagi menghalang insured yang memiliki dua atau
lebih polisi mendapat dua kali ganda gantirugi atas kerugian yang
sama. Di dalam kontrak insurans am yang merupakan kontrak
indemniti, ia adalah tertakluk kepada prinsip sumbangan kecuali
bagi polisi kemalangan diri.
Bagi memastikan prinsip sumbangan boleh dikuatkuasakan, syaratsyarat berikut harus dipenuhi;
polisi hendaklah dalam keadaan berkuatkuasa ketika berlaku
kerugian;
polisi hendaklah melindungi kepentingan yang sama;
polisi hendaklah melindungi peril yang sama yang menyebabkan
kerugian;
kerugian yang berlaku melibatkan perkara pokok yang sama
yang dilindungi di bawah kesemua polisi berkenaan;
polisi berkenaan hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh undangundang.

Prinsip sumbangan telah termaktub di bawah undang-undang adat


(common law) dan perlaksanaannya boleh menimbulkan kesulitan
kepada insurer. Untuk mengelakkan kesulitan tersebut, kebanyakan
polisi insurans harta memperuntukkan syarat sumbangan dengan
menyatakan bahawa apabila prinsip sumbangan digunakan, insured
bertanggungjawab membuat tuntutan terhadap semua insurer, setiap
dari mereka perlu membayar bahagian yang setara bagi kerugian
tersebut, mengikut amaun perlindungan masing-masing.

Amaun perlindungan yang perlu dibayar oleh setiap insurer


hendaklah ditentukan mengikut formula berikut:Amaun Perlindungan setiap insurer
Jumlah Kerugian (RM6,000)
X
Jumlah Perlindungan semua insurer
= Amaun Perlu Dibayar
(RM30,000)
Amaun
Perlindungan
Insurer RM5,000
A
- Insurer A
Bayar
RM1,000

Amaun
Perlindungan
Insurer RM10,000
B
- Insurer B
Bayar
RM2,000

Amaun
Perlindungan
Insurer RM15,000
C
- Insurer C
Bayar
RM3,000

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

25

BAB
2

untuk mendapatkan kembali sebahagian amaun gantirugi


bayaran tuntutan.

2.7 Sebab
Hampiran

BAB
2

Doktrin sebab hampiran digunakan apabila punca yang paling unggul


atau efektif yang menyebabkan kerugian dapat dikenal pasti. Definisi
klasik sebab hampiran telah diberikan dalam kes Pawsey v. Scotland
Union National Insurance Co. (1907) seperti berikut:

Punca efektif yang paling aktif, yang berlaku dalam rantaian


peristiwa yang menyebabkan berlakunya kerugian, tanpa campur
tangan dari mana-mana kuasa yang memulakan dan bertindak
secara aktif dari sumber bebas yang baru.



Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh:

peril yang dilindungi


peril yang tidak dilindungi


peril yang dikecualikan
2.7.1 Sebab Tunggal

Sekiranya kerugian berlaku disebabkan punca tunggal, persoalan


liabiliti mudah diputuskan dengan mengenalpasti perbezaan antara
sebab hampiran dan sebab terpencil.

Peril yang Dilindungi


Contoh: Kebakaran berlaku disebabkan litar pintas elektrik
menyebabkan kerosakan sebuah bangunan yang diinsuranskan
di bawah polisi insurans kebakaran. Ketika pihak bomba berusaha
memadamkan, air yang digunakan telah menyebabkan kerosakan
kepada isi kandungan dan bangunan sekitarnya. Oleh kerana api
adalah peril yang dilindungi, kerosakan yang terhasil disebabkan
oleh air yang digunakan untuk memadamkan api dianggap
sebagai sebab hampiran yang berpunca dari api. Oleh itu, insurer
bertanggungjawab keatas kerosakan bangunan yang disebabkan
oleh kebakaran dan juga kerosakan disebabkan oleh air.

26

Peril Tidak Dilindungi


Contoh peril yang tidak dilindungi ialah letupan gas yang
digunakan untuk tujuan komersial seperti dalam kes di mana
sebuah tangki gas asetilena digunakan untuk kimpalan di sebuah
kedai membaiki kenderaan. Jika ia meletup dan api merebak
sehingga menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan
dan isi kandungannya, insurans kebakaran tidak melindungi
kerugian berkenaan kecuali peril tersebut dinyatakan secara
khusus telah dilindungi dengan bayaran premium tambahan.
Walau bagaimanapun, sekiranya letupan berlaku berikutan
kebakaran yang mungkin berpunca dari litar pintas elektrik,
insurer bertanggungjawab terhadap kerosakan yang disebabkan
oleh kebakaran dan diikuti dengan letupan sekiranya kerugian
ini tidak boleh dipisahkan.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2.7.2 Punca Serentak

Peril yang Dikecualikan


Perbezaan di antara peril yang tidak dilindungi dengan peril
yang dikecualikan ialah peril yang tidak dilindungi boleh
diinsuranskan dengan pembayaran premium tambahan tetapi
peril yang dikecualikan tidak dilindungi kerana ia lebih sesuai
dilindungi oleh polisi yang lain. Sebagai contoh, penyakit
adalah peril yang dikecualikan di bawah polisi kemalangan
diri. Insured yang mengalami kecederaan akibat kemalangan
telah dibawa ke hospital dan semasa menjalani rawatan, insured
didapati mengidap penyakit berjangkit yang menyebabkan
kematiannya. Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa
sebab hampiran kematian adalah penyakit dan kemalangan
yang dialami adalah punca terpencil. Oleh itu, tuntutan ini tidak
akan dibayar di bawah polisi kemalangan diri.

Kadangkala, dua atau lebih peril beroperasi serentak (pada masa yang
sama) dan menyebabkan kerugian. Contohnya, sebuah bangunan
mengalami kerosakan akibat berlaku kebakaran dan pada masa yang
sama dilanda ribut taufan.

Sekiranya terdapat beberapa sebab berlaku serentak dan ia


tidak melibatkan peril yang dikecualikan, liabiliti ditanggung
oleh insurer jika salah satu punca kerugian adalah peril yang
diinsuranskan, sementara punca-punca lain boleh diabaikan.
Sebagai contoh, seorang lelaki yang menghidap penyakit
jantung telah mengalami kemalangan, yang ditambah pula
dengan jantungnya yang lemah telah membawa kepada
kematian. Sebab hampiran kematian adalah kemalangan kerana
seorang lelaki dengan jantung normal biasanya akan pulih
dengan segera.

Sekiranya terdapat punca-punca serentak dengan peril yang


dikecualikan, tiada liabiliti tuntutan yang timbul kerana peril
berkenaan dikecualikan. Sebagai contoh, harta yang dicuri
semasa rusuhan tidak akan dilindungi di bawah polisi kecurian
kerana polisi ini mengecualikan kerugian atau kerosakan yang
disebabkan oleh rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

Sekiranya kerugian berlaku berpunca daripada peril yang


dilindungi dan juga peril yang tidak dilindungi, ia berlaku
serentak tetapi boleh dipisahkan, maka insurer akan hanya
bertanggungjawab terhadap kerugian yang disebabkan oleh
peril yang diinsuranskan. Sebagai contoh, api merebak semasa
ribut tetapi kebakaran tidak disebabkan oleh ribut, dan terdapat
beberapa kerosakan terbakar serta beberapa kerosakan akibat
ribut. Dalam kes ini, hanya kerosakan akibat kebakaran sahaja
yang dilindungi.

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

27

BAB
2

BAB
2

Walau bagaimanapun, sekiranya punca kerugian tidak boleh


dipisahkan, insurer bertanggungjawab keatas jumlah penuh
kerugian, dengan syarat kerugian tersebut bukan disebabkan
oleh peril yang dikecualikan. Sebagai contoh, api merebak
semasa rusuhan tetapi berlaku secara berasingan, dan kerosakan
adalah disebabkan oleh api kebakaran dan juga kebakaran yang
dimulakan oleh para perusuh.

Boleh
Dipisahkan

Liabiliti kerugian berpunca


dari peril yang dilindungi

Punca
Serentak
Tidak Boleh
Dipisahkan

Liabiliti Penuh


2.7.3 Sebab-sebab

Turutan

28

Apabila terdapat beberapa punca atau sebab kerugian beroperasi


secara berturutan dan punca asal kerugian ialah peril yang
dilindungi, maka jelas telah wujud liabiliti di bawah polisi
ini. Walau bagaimanapun, kerugian akibat kecurian semasa
atau selepas berlakunya kebakaran adalah dikecualikan
secara khusus di bawah polisi insurans kebakaran. Hal ini
mengubah tanggapan doktrin sebab hampiran; sungguhpun
sebab hampiran ialah kebakaran dan ia merupakan peril yang
dilindungi, tetapi kerugian turutan adalah kecurian dan ini tidak
dilindungi oleh polisi insurans.

Sekiranya rangkaian peristiwa yang berlaku boleh dikenalpasti


dan ianya merupakan peril yang dikecualikan, maka tiada
liabiliti yang timbul. Sebagai contoh, kedai membaiki motor
dan isi kandungan kedai yang diinsuranskan di bawah polisi
kebakaran telah mengalami kerosakan apabila tangki asetilena
yang digunakan untuk kimpalan meletup. Letupan gas yang
digunakan untuk tujuan komersil adalah peril yang dikecualikan.
Sekiranya letupan berlaku sebelum kebakaran, insurer tidak
bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan. Walau
bagaimanapun, jika letupan berlaku selepas kebakaran, syarikat
insurans akan bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan.

Sekiranya rangkaian peristiwa yang berlaku terputus-putus


oleh campur tangan punca-punca baru dan bebas, liabiliti akan
bergantung kepada sama ada punca baru itu adalah peril yang
diinsuranskan atau peril yang dikecualikan.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2.8 Soalan Penilaian Diri

2.

3.

Sebab hampiran yang mengakibatkan kerugian biasanya dianggap sebagai


a)

sebab utama.

b)

sebab paling hampir menyebabkan kerugian.

c)

sebab paling jauh menyebabkan kerugian.

d)

peril yang dilindungi.

BAB
2

1.

Mengapa insurer memasukkan syarat-syarat subrogasi dalam polisi?


a)

Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran dari pihak
bertanggungjawab

b)

Untuk membolehkan mereka memulakan tindakan menuntut bayaran walaupun tuntutan


belum dibayar

c)

Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran atas nama
insurer sendiri

d)

Untuk menghalang insured membuat tuntutan dua kali atas kerugian yang sama

Yang manakah di antara berikut merupakan prinsip turutan indemniti yang memberikan
hak kepada insurer untuk meminta insurer lain bertanggungjawab untuk membayar
bahagian tuntutan masing-masing?
a)

Sebab hampiran

b) Subrogasi
c) Sumbangan
d)
4.

5.

Kepentingan boleh Insurans

Di bawah polisi insurans harta, bagaimana indemniti dikira?


a)

Mengikut formula

b)

Berdasarkan nilai yang dipersetujui

c)

Berdasarkan pengembalian semula

d)

Berdasarkan kerugian yang pertama

Untuk menjadikan sesuatu polisi insurans hayat itu sah, bilakah kepentingan boleh
insurans itu perlu wujud?
a)

Ketika permulaan kontrak insurans sahaja

b)

Ketika mengemukakan tuntutan

c)

Ketika permulaan polisi dan ketika mengemukakan tuntutan

d)

Ketika permulaan polisi atau ketika mengemukakan tuntutan

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

29

BAB
2

6.

7.

8.

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak insurans pengguna seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013?
a)

Kontrak yang ditandatangani oleh pengguna insurans hayat dan insurans am

b)

Kontrak yang ditandatangani oleh individu yang tidak berkaitan dengan perdagangan,
perniagaan atau kerjaya masing-masing

c)

Kontrak insurans yang ditandatangani oleh pemilik rumah

d)

Polisi insurans yang dibeli oleh pengguna umum

Apakah yang membezakan antara peril yang tidak dilindungi dengan peril yang
dikecualikan?
a)

Peril yang dikecualikan tidak boleh diinsuranskan.

b)

Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan bayaran premium tambahan,
sedangkan peril yang dikecualikan lebih sesuai dilindungi jenis polisi lain.

c)

Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan membuang fasal pengecualian.

d)

Peril tidak dilindungi adalah lebih rendah risikonya berbanding dengan risiko peril yang
dikecualikan.

Bilakah insurer boleh menolak liabiliti sekiranya bakal pemilik polisi gagal memberitahu
atau mendedahkan fakta penting yang boleh mempengaruhi keputusan sama ada untuk
menerima atau menolak risiko?
a)

Sebelum menandatangani kontrak

b)

Ketika polisi telah berkuatkuasa

c)

Ketika membuat tuntutan

d)

Ketika memperbaharui polisi

Apakah tindakan pembetulan yang tidak boleh digunakan oleh insurer sekiranya insured
memungkiri prinsip penuh percaya mutlak?
a)

Membatalkan polisi

b)

Membatalkan polisi dan premium tidak dikembalikan

c)

Tidak menghiraukan pemungkiran tersebut dan membenarkan polisi terus berkuatkuasa

d)

Menolak tuntutan tetapi membenarkan polisi terus berkuatkuasa

10. Yang manakah di antara berikut tiada kepentingan boleh insurans atas hayat individu
lain?
a)

Anak ke atas hayat ibubapanya

b)

Majikan ke atas hayat pekerjanya

c)

Prinsipal ke atas hayat ejen-ejennya

d)

Penjaga yang sah ke atas hayat kanak-kanak di bawah jagaannya

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

30

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Perundangan
dan Perlindungan
Pengguna

BAB
3

BAB 3

3.1 Undang-undang Insurans


3.1.1 Sejarah

Pekembangan

Industri insurans di Malaysia pada peringkat awal adalah di bawah


Akta Insurans 1963 yang kemudiannya diganti dengan Akta
Insurance 1996 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1997. Akta ini
kemudiannya ditambah dengan Peraturan Insurans 1996 (Peraturan)
yang menyatakan butir-butir keperluan mandatori yang terkandung
dalam peruntukan-peruntukan tertentu Akta. Disamping itu, Akta ini
memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menentukan
perkara-perkara yang selaras dengan peruntukan Akta tersebut.

Pada tahun 2005, Akta tersebut telah dipinda buat kali pertama
sejak penggubalannya dengan memperkenalkan rangka kerja
perundangan perlesenan untuk Penasihat Kewangan (Financial
Advisers - FA) di Malaysia. Pindaan-pindaan yang dibentangkan
antara lain ialah pembentukan persatuan atau pertubuhan dan
jenis-jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh penasihat kewangan,
berkuatkuasa pada bulan Ogos 2005 dengan pewartaan Akta
Insurans (Pindaan) 2005.

3.1.2 Perubahan

Ekuiti

Akta Insurans 1996 menghendaki pemegang lesen berdaftar Malaysia


memiliki dan mengekalkan modal berbayar minimum sebagaimana
yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Penanggung insurans
asing berlesen yang diperbadankan dikehendaki mengekalkan
imbangan lebihan aset ke atas liabiliti di Malaysia.

Modal berbayar minimum atau lebihan aset berbanding liabiliti


yang termaktub dalam Akta ialah:
a) RM100 juta bagi insurer tempatan/asing dan reinsurer am
professional tempatan;
b) RM50 juta bagi reinsurer hayat professional tempatan;
c) RM20 juta bagi reinsurer am dan hayat professional asing;
d) Broker Insurans dan penyelaras dikehendaki mengekalkan
modal berbayar minimum (tidak terjejas oleh kerugian) masingmasing sebanyak RM500,000 dan RM150,000.

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

31

Misi dan kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan terletak


ditangan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Pusat Malaysia
2009. Disamping itu, dengan penggubalan Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013, tumpuan diberikan terhadap aspek risiko dan
pendekatan bersepadu keatas kawalan dan penyeliaan institusi
kewangan telah diperkenalkan, memperkasa bank pusat untuk
menguatkuasakan dan mengkompaun mana-mana individu yang
melanggar peraturan.

Matlamat menguatkuasakan peraturan Bank Negara Malaysia


berhubung dengan sektor insurans adalah seperti berikut:
1. Memupuk tatalaku perniagaan yang telus, bertanggungjawab
dan profesional dikalangan institusi kewangan;
2. Berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna sektor
kewangan;
3. Pengawasan rapi terhadap tahap kesolvenan dan pola perlakuan
pasaran demi meningkatkan tahap profesionalisma dan
keyakinan pengguna terhadap industri insurans; dan
4. Menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang
kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

3.1.4 Rangkakerja

Modal

Berasaskan Risiko

Selaras dengan objektif mengawasi tahap kesolvenan dan pola


perlakuan rangka kerja pasaran demi meningkatkan tahap
profesionalisma dan keyakinan pengguna terhadap industri
insurans, Bank Negara Malaysia memperkenalkan Rangkakerja
Modal Berasaskan Risiko (RBC) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari
2009 untuk menentukan nisbah kecukupan modal (CAR) syarikatsyarikat insurans di Malaysia.

BAB
3

3.1.3
Peranan Bank
Negara Malaysia

RBC digubal untuk mematuhi trend antarabangsa ke arah


rangkakerja modal berasaskan risiko (contohnya Kesolvenan II dan
Basel II) dan bertujuan mencerminkan profil risiko insurer dengan
objektif-objektif berikut:1. Menentukan nisbah kecukupan modal dana insurans dan dana
pemegang saham;
2. Memelihara prinsip asas bahawa lebihan penilaian dana insurans
hayat sertaan tidak digunakan untuk menyokong keperluan
modal lain-lain dana insurans atau dana pemegang saham;
3. Memastikan modal yang mencukupi bagi melindungi pemegang
polisi dari ketidaksolvenan syarikat-syarikat insurans

Formula:

32

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


3.1.5 Perundangan

Perkhidmatan Baru

Nota: BNM telah menetapkan Tahap Sasaran Modal Seliaan


sebanyak 130 peratus. Setiap insurer perlu menetapkan sendiri
Tahap Sasaran Modal Individu bagi mencerminkan profil risiko
masing-masing. Tahap Sasaran Modal Individu mestilah lebih tinggi
dari Tahap Sasaran Modal Seliaan.
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Kewangan
Islam 2013 (IFSA) memansuhkan Akta Ansuran 1996 dan Akta
Takaful 1984 (kecuali peruntukan peralihan berkaitan dengan
peruntukan-peruntukan tertentu Akta yang dimansuhkan bagi sektor
insurans dan takaful).
Kedua-dua Akta berkenaan berkuatkuasa mulai 30 Jun 2013.
Akta yang baru diperkenalkan ini menyatukan beberapa undangundang berasingan dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia,
iaitu perbankan dan insurans konvensional dan juga perbankan
Islam dan takaful. Oleh itu, pengawalan dan penyeliaan institusiinstitusi kewangan (bank dan syarikat insurans), sistem pembayaran
dan lain-lain entiti berkaitan serta pengawasan pasaran wang dan
pasaran tukaran asing kini di bawah rangkakerja perundangan
tunggal.

FSA menggantikan empat Akta:

IFSA menggantikan dua Akta:

1. Akta Institusi Kewangan dan Perbankan 1989 (BAFIA)

1. Akta Perbankan Islam 1983 (IBA)

2. Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA)

2. Akta Takaful 1984

3. Akta Insurans 1996


4. Akta Sistem Pembayaran 2003 (PSA)

3.1.6 Tujuan

Perundangan
Baru

Objektif utama Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan


Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) ialah:
Kecekapan dan ketelusan dalam pentadbiran oleh Bank Negara
Malaysia (BNM);
Tumpuan yang jelas terhadap pematuhan Syariah dan tadbir
urus syarikat;
Peruntukan bagi keperluan kawal selia yang berbeza bagi
mencerminkan pola aktiviti pengantara kewangan dan risikonya
kepada sistem kewangan secara keseluruhan;
Peruntukan untuk mengawalselia syarikat induk kewangan dan
entiti yang tidak dikawal selia;
Memperkukuh amalan perniagaan dan keperluan perlindungan
pengguna demi meningkatkan keyakinan pengguna dalam
penggunaan produk dan perkhidmatan kewangan;
Memperkukuh peruntukan penguatkuasaan yang cekap dan
berkesan serta campur tangan penyeliaan.

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

33

BAB
3

3.1.7 Peruntukan-peruntukan Penting Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

BAB
3

Seksyen

Undang-undang

Peruntukan

10

Kelulusan Lesen oleh Menteri

urusniaga yang dibenarkan termasuk perniagaan insurans,


pembrokeran insurans atau perniagaan nasihat kewangan.

11 (3)

Kelulusan dari Bank Pusat

pembrokeran insurans atau perniagaan khidmat nasihat


kewangan hendaklah pada setiap masa mempunyai
polisi insurans atau takaful indemniti profesional yang
berkuatkuasa setiap masa dengan amaun perlindungan
seperti yang dinyatakan.

16 (1)

Insurer Berlesen Menjalankan


Perniagaan Insurans Hayat dan
Insurans Am

penanggung insurans berlesen selain daripada penanggung


insurans semula berlesen profesional tidak boleh menjalankan
kedua-dua perniagaan hayat dan perniagaan am.

17

Perniagaan Berdaftar

hanya individu berdaftar sahaja yang boleh menjalankan


perniagaan berdaftar sebagai pelaras berdaftar selain
daripada peguambela atau peguamcara, pelaras kerugian
penerbangan atau maritim, atau seseorang pekerja insurer
atau takaful berlesen atau yang semasa penggajian beliau
bertindak atau membantu dalam menyelaras tuntutan
insurans.

126

Skim Kewangan Ombudsman

memastikan kaedah yang saksama, mudah diperolehi dan


berkesan dalam mengendalikan aduan serta penyelesaian
pertikaian berhubung dengan produk atau perkhidmatan
kewangan.

127

Memiliki Perniagaan Insurans


di luar Malaysia

tiada seorang pun yang boleh menandatangani atau


menyebabkan ia menandatangani kontrak insurans atau
takaful am di luar Malaysia tanpa mendapat kebenaran
bertulis dari Bank Negara Malaysia terlebih dahulu.

128

Peruntukan Berkaitan Polisi


Insurans

Jadual 8 menetapkan peruntukan berkaitan dengan polisi


insurans hayat.

129

Tanggungjawab Pra-Kontrak
Berkaitan Keperluan
Pendedahan dan Pernyataan
& Pembetulan Salah Nyata

Jadual 9 (Bahagian 2) menyatakan tanggungjawab


pendedahan bagi semua kontrak insurans selain daripada
kontrak insurans pengguna. Bahagian 3 yang menyatakan
fasal ketidakcabaran dan remedi atau pembetulan salah nyata.

130

Pembayaran Wang Polisi


Jadual 10 menyatakan peruntukan-peruntukan berkaitan
di Bawah Polisi Insurans Hayat pembayaran wang polisi disebabkan kematian pemegang
dan Polisi Kemalangan Diri
polisi di bawah polisi hayat termasuk polisi hayat di bawah
Seksyen 23 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan polisi
kemalangan diri yang dikuatkuasakan atas hayatnya sendiri.

275

Simpanan & Peruntukan


Peralihan

34

(a) Subseksyen 147(4) & (5) dan Seksyen 150 & 151 (b)
Seksyen 144 & 224 Akta Insurans 1996 (dipinda), hendaklah
terus kekal berkuatkuasa sepenuhnya sehingga tarikh yang
akan ditetapkan sehingga penguatkuasaan Seksyen 129 dan
Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA).

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Pertukaran kepada Perniagaan


Insurans Tunggal


3.2 Akta Syarikat

1965

Syarikat insurans komposit hendaklah mematuhi subseksyen


16(1) dalam tempoh lima tahun, atau sebarang tempoh yang
lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri
mengenai tarikh penguatkuasaan undang-undang.

Akta Syarikat 1965 (Pindaan-1973) mengawal selia penubuhan,


pendaftaran, penubuhan, perbadanan, pengurusan dan pembubaran
syarikat-syarikat di Malaysia. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) adalah sebuah badan pendaftaran korporat dan pihak yang
berkuasa mengawalselia yang bertindak memenuhi keperluan
perniagaan melalui pendaftaran, maklumat, peraturan dan nasihat.


Terdapat dua jenis syarikat iaitu:1. Syarikat berhad menurut saham; atau
2. Syarikat tidak Terhad
1. Sebuah syarikat berhad mengikut saham adalah sebuah
syarikat yang ditubuhkan atas prinsip yang ia mempunyai
liabiliti ahli-ahlinya yang terhad oleh memorandum kepada
amaun (jika ada, tidak dibayar) saham-saham yang masingmasing yang dipegang oleh mereka. Sebuah syarikat berhad
mengikut saham boleh diperbadankan sebagai:
a) sendirian berhad (dikenali melalui perkataan Sendirian
Berhad atau Sdn. Bhd. dicatatkan berserta nama syarikat);
atau
b) syarikat awam (perkataan Berhad atau Bhd dicatatkan
berserta nama syarikat)

Syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful dikehendaki


diperbadankan sebagai syarikat-syarikat awam, manakala broker
insurans, penasihat kewangan dan penyelaras berdaftar perlu
diperbadankan sebagai syarikat-syarikat swasta. Sekiranya
terdapat percanggahan di antara peruntukan Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 dan Akta Syarikat 1965, peruntukan Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 akan digunapakai.

2. Syarikat tidak terhad ditubuhkan mengikut kaedah yang sama


dengan syarikat berhad menurut saham; walau bagaimanapun,
perbezaannya ialah untuk syarikat tidak terhad, liabiliti ahliahlinya hendaklah dinyatakan di dalam Memorandum Persatuan
sebagai tidak terhad.

Perbadanan bermaksud badan korporat yang ditubuhkan atau


diperbadankan atau sedia ada di dalam atau di luar Malaysia dan
termasuk mana-mana syarikat asing seperti insurans semula
profesional, yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat
perniagaan di Malaysia
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

35

BAB
3

276

BAB
3

3.2.1 Peruntukan

Utama Akta

Syarikat 1965

Pulangan Tahunan
Akaun untung rugi (selepas membuat peruntukan cukai pendapatan),
kunci kira-kira dan laporan pengarah yang menunjukkan keadaan
hal-ehwal syarikat pada akhir tahun kewangan. Sekiranya syarikat
berkenaan adalah syarikat induk, laporan hal-ehwal syarikat induk
dan juga kesemua syarikat subsidiari hendaklah ditunjukkan.
Laporan Berkanun
Saham-saham yang diperuntukkan dan tunai diterima bagi sahamsaham tersebut, dan penerimaan dan pembayaran akaun modal
untuk diperiksa dan dilaporkan atas/oleh juruaudit.
Pembubaran Syarikat
Aset syarikat akan dikumpul dan dijual, hasil jualan digunakan
untuk melunaskan hutang dan liabiliti syarikat, dan baki hutang
(jika ada) akan diagih-agihkan dikalangan penyumbang mengikut
kelayakan masing-masing.
Terdapat dua kaedah pembubaran iaitu: pembubaran secara sukarela; atau
pembubaran atas arahan mahkamah.

Tiada pembubaran atau penggulungan secara sukarela bagi institusi


kewangan (bank atau syarikat insurans) tanpa kebenaran bertulis
daripada Bank Negara Malaysia, yang mungkin akan menggunakan
kuasanya (tertakluk kepada Seksyen 165 Akta Perkhidmatan
Kewangan - FSA) sekiranya keadaan membolehkan penggulungan
institusi kewangan dan memfailkan permohonan di Mahkamah.
Mahkamah kemudiannya akan melantik liquidator.


3.3 Akta

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah


badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia 2005 (Malaysia Deposit Insurance
Corporation) untuk mentadbir sistem insurans deposit kebangsaan
bertujuan melindungi pendeposit di bank-bank perdagangan dan
perbankan Islam.

Akta berkenaan kemudiannya diperluaskan oleh Parlimen untuk


mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
(TIPS) yang berkuatkuasa mulai 31 Disember 2010 di bawah
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 yang baru bagi
menggantikan Dana Skim Jaminan Insurans untuk perniagaan
insurans hayat dan insurans am.

Perbadanan
Insurans
Deposit

Malaysia 2011

36

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

PIDM melengkapi peranan pengawalseliaan berhemat Bank Negara


Malaysia dengan menyediakan jaminan kepada pendeposit dan
pemilik polisi insurans. Ia melindungi pendeposit dari kerugian
sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit/ahli bank, dan pemilik
sijil takaful serta pemilik polisi atas kerugian sehingga RM500,000
sekiranya ahli institusi/bank menghadapi kegagalan.

Keahlian dalam PIDM adalah diwajibkan untuk semua bank-bank


perdagangan dan perbankan Islam yang berlesen, syarikat-syarikat
insurans dan pengendali takaful di Malaysia.


3.4 Literasi

Program Pendidikan Pengguna (CEP) mengenai insurans dan


takaful. Dikenali sebagai maklumat insurans atau insurance info
dan merupakan usahasama antara Bank Negara Malaysia dengan
industri insurans dan takaful. Ia merupakan program jangka panjang
bagi menyediakan maklumat pendidikan demi meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan mengenai kewangan, objektif utamanya
ialah: membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat ketika
membeli produk insurans atau takaful;
membantu pengguna berada dalam kedudukan yang lebih baik
untuk memilih produk insurans atau takaful yang terbaik dan
memenuhi keperluan mereka;
memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna
perkhidmatan dan produk insurans atau takaful.


3.5 Aduan dan

Terdapat pelbagai cara bagi pengguna mengemukakan aduan


bagi menyelesaikan perselisihan dengan Penyedia Perkhidmatan
Kewangan (syarikat insurans atau pengendali takaful) sebelum
membawa kes itu ke mahkamah. Mekanisma aduan yang dinyatakan
dalam 3.5.1, 3.5.2 dan 3.5.3 telah dilaksanakan untuk menyediakan
pengguna dengan kemudahan komunikasi, maklum balas yang cepat
dan saluran yang adil dan bebas untuk menyelesaikan pertikaian.

Kewangan
dan
Pendidikan

Pertikaian
Kewangan
Pengguna

Kemukakan aduan
secara bertulis

Berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh


seseorang pengguna apabila membuat aduan:-

Nyatakan
maklumat penting

Susun aduan
mengikut
kepentingan

Simpan dokumen
asal

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

37

BAB
3

3.3.1 Perlindungan

Kewangan

Pengguna

Unit Aduan Institusi Kewangan (FSP) hendaklah mudah dihubungi


(melalui telefon, email atau laman sesawang) oleh pelanggan dan
mampu menangani aduan dengan berkesan dan cepat. Unit Aduan
Institusi Kewangan hendaklah menghantar makluman penerimaan
secara bertulis dalam tempoh dua hari bekerja, dan keputusan
muktamad atau meminta maklumat lanjut (sekiranya melibatkan
kes yang rumit) dalam tempoh dua minggu dari tarikh menerima
aduan.

Sekiranya pengadu gagal memberi maklum balas maklumat yang


diperlukan dalam tempoh dua minggu, FSP mesti memperuntukkan
masa tambahan selama dua minggu lagi untuk pengadu untuk
bertindak balas dan jika masih tiada maklum balas, aduan itu
boleh dianggap sebagai tiada tindakan lanjut dan pengadu akan
diberitahu mengenainya.

BAB
3

3.5.1 Unit Aduan



Institusi

Kewangan

Dalam semua keadaan, FSP yang akan menasihati pengadu untuk


menghantar aduan sama ada kepada Biro Perantaraan Kewangan
(FMB) atau Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya pengadu
tidak berpuas hati dengan keputusan penyelesaian sesuatu aduan
dengan melampirkan salinan surat keputusan aduan kepada syarikat
insurans atau pengendali takaful.

3.5.2 Biro Perantaraan



Kewangan

Biro Perantaraan Kewangan (FMB) adalah sebuah badan bebas


yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara
pengguna kewangan dengan penyedia perkhidmatan kewangan
yang menjadi ahlinya.

Ahli-ahli FMB termasuklah:


I nstitusi Perbankan Berlesen di Malaysia
Syarikat Insurans dan Pengendali Berlesen di Malaysia
Senarai pengeluar kad kredit, kad caj, E-money dan
perkhidmatan pengiriman wang.

38

FMB menyediakan sebuah platform dengan objektif dan resolusi


yang tepat dan cepat kepada pengguna bagi pertikaian, tuntutan dan
aduan yang timbul daripada perkhidmatan yang disediakan oleh
ahli-ahli institusi kewangan. Perkhidmatan FMB disediakan secara
percuma untuk merujuk pertikaian untuk mencari penyelesaian,
sebagai alternatif kepada penyelesaian mahkamah. Pertikaian ini
mungkin melibatkan perbankan/kewangan yang berkaitan serta
insurans dan takaful.
Pengguna dikehendaki mengemukakan aduannya kepada FMB
dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dibuat oleh
penyedia perkhidmatan kewangan, tertakluk kepada had berikut:

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Aduan yang tidak dikendalikan oleh FMB:


Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi had yang
ditetapkan.
Aduan yang berkaitan dengan harga/premium produk insurans
dan isu pengunderaitan.
Kes penipuan (selain daripada isu pembayaran premium
melalui kad kredit, kad caj dan cek-cek yang nilainya melebihi
RM25,000).
Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk ke mahkamah atau
penimbangtara.

Apabila penghakiman pertikaian tuntutan telah diputuskan, award


atau keputusan tuntutan akan mengikat penyedia perkhidmatan
kewangan tetapi tidak mengikat pihak yang membuat tuntutan
atau pengadu. Pengadu adalah bebas untuk mencari kebenaran
di mahkamah atau melalui penimbangtara.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Bank Negara


Malaysia boleh meluluskan skim kewangan ombudsman bagi tujuan
memastikan aduan ditangani dengan berkesan dan saksama dan juga
penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan kewangan
atau produk yang tidak diluluskan lagi.

3.5.3 BNMLINK

BNMLINK merupakan salah satu inisiatif Bank Negara Malaysia


untuk berinteraksi dengan masyarakat umum. Ia bertindak sebagai
pusat perhubungan untuk memudahkan menyampaikan maklum
balas yang cepat dan berkesan kepada orang ramai dan pengusaha
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam hal-hal yang berkaitan
dengan sektor kewangan. Selain dari mengadakan pameran, kios
layan diri dan penyediaan risalah, BNMLINK turut menyediakan
khidmat pendidikan dan kesedaran kewangan kepada pengguna
mengenai peranan BNM dalam pembentukan ekonomi negara.

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

39

BAB
3

RM200,000 untuk polisi/sijil insurans motor dan insurans


kebakaran.
RM100,000 untuk lain-lain jenis polisi insurans atau takaful.
RM5,000 untuk insurans kerosakan harta pihak ketiga.

Jenis-jenis Aduan yang tidak dikendalikan oleh BNM


Aduan yang telah dirujuk kepada Biro Perantaraan Kewangan.
Aduan-aduan yang telah dirujuk kepada dan telah diputuskan
oleh FMB.
Kes-kes yang telah dirujuk kepada peguam atau tindakan
undang-undang telah difailkan.
Kes-kes berkaitan dengan institusi-institusi yang bukan
di bawah penyeliaan BNM, seperti bengkel membaiki
kenderaan dan organisasi pengurusan perkhidmatan.
Aduan yang dikemukakan oleh ejen terhadap prinsipal atau
antara majikan/pekerja atau lain-lain perkara yang tidak
berkaitan dengan insurans atau takaful.


3.6 Akta
Perlindungan
Data

Peribadi

(PDPA)
2010

Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 berkuatkuasa mulai


November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi
dalam transaksi perniagaan.

BAB
3

PDPA meliputi:
Mana-mana individu yang memproses atau membenarkan
pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi
komersial.
Data peribadi yang diproses di Malaysia.
Penggunaan peralatan di Malaysia bagi tujuan pemprosesan
data peribadi.

Tujuan PDPA ialah untuk:


melindungi data peribadi orang ramai dari disalahgunakan
melalui transaksi perdagangan;
melindungi data sensitif dari disalahgunakan;
menyediakan kemudahan perdagangan antarabangsa;
melindungi hak pengguna

Data Peribadi ialah:


Mana-mana maklumat peribadi yang digunakan dalam transaksi
perdagangan.
mana-mana maklumat yang berkaitan secara langsung atau
tidak langsung dengan data peribadi.
termasuk data peribadi yang sensitif seperti laporan kesihatan
fizikal atau mental, kenyataan politik, ugama dan kepercayaan,
kesalahan atau lain-lain data yang ditetapkan oleh Menteri
berkaitan.
termasuk pernyataan pendapat mengenai data.

40

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

1. Umum

Data peribadi hendaklah diproses sekiranya:


pemilik data memberikan kebenaran
proses tersebut adalah penting atau mempunyai kaitan secara langsung dengan
tujuan asal.
ia adalah memadai dan tidak melampau keperluan memenuhi tujuan asal
Data sensitif hendaklah diproses sekiranya:
penggunaan data yang dimaksudkan telah mendapat persetujuan bertulis dari
pemilik.
pemprosesan data adalah untuk tujuan pekerjaan, kepentingan tertentu,
perubatan, perundangan, urustadbir kehakiman dan lain-lain tujuan yang
difikirkan wajar.
maklumat berkenaan telah menjadi makluman umum oleh pemilik data.

2. Notis dan
Pilihan

Pemilik data hendaklah diberitahu secara bertulis bahawa:


data peribadinya sedang diproses dan deskripsi mengenai data peribadi akan
disiapkan.
ia hanyalah untuk tujuan pengumpulan
ia sumber data peribadi
mempunyai hak untuk:
- meminta kebenaran untuk ekses dan membetulkan data
- menghubungi pengguna data bagi tujuan pertanyaan dan aduan.
- diberitahu mengenai pihak ketiga yang menggunakan atau mendedahkan
data peribadi berkenaan.
- menghadkan pilihan dan tujuan memproses data berkenaan.
Ia menjadi tanggungjawab atau secara sukarela pihak pemilik data untuk
menyediakan data peribadi yang dimaksudkan.
NOTIS hendaklah diberi secepat mungkin: ketika pemilik data mula-mula diminta oleh pengguna data untuk
memberitahu data peribadinya.
ketika pengguna data mengumpul data peribadi berkenaan.
sebelum pengguna data menggunakan data peribadi atau mendedahkannya
kepada pihak ketiga.
NOTIS hendaklah diberi dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

3. Pendedahan

DATA PERIBADI tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran pemilik data: untuk apa-apa tujuan selain dari tujuan asal mengapa data dikumpul, atau satu
tujuan yang berkaitan dengan tujuan data berkenaan dikumpulkan sahaja.
untuk pihak lain.

4. Keselamatan

PENGGUNA DATA perlu mengambil langkah yang sewajarnya demi melindungi


data peribadi berkenaan dari: hilang
disalah guna
diubahsuai
didedahkan secara tidak sengaja atau tanpa kebenaran
dipinda atau dimusnahkan
Perlu menimbangkan perkara-perkara berikut: ciri-ciri data peribadi berkenaan
kerumitan yang timbul sekiranya data disalahguna
tempat dan lokasi data peribadi disimpan
langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kebolehpercayaan dan
ketepatan data peribadi berkenaan
langkah-langkah sewajarnya diambil demi memastikan pemindahan data
adalah selamat

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

41

BAB
3

3.6.1 Tujuh Prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA):

5. Penyimpanan
data

Data peribadi yang telah selesai diproses tidak boleh disimpan lebih lama dari
tempoh yang sepatutnya bagi tujuan yang dimaksudkan.
Pengguna data perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk
memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan sekiranya ia
tidak lagi digunakan.

Pengguna data perlu mengambi langkah yang sewajarnya untuk


memastikan data berkenaan adalah:
tepat
lengkap
tidak mengelirukan
terkini dan menepati tujuan data peribadi berkenaan diproses.

7. Akses

PEMILIK DATA hendaklah diberi hak dan akses untuk: melihat data peribadinya, dan
membetulkan data peribadi berkenaan sekiranya ia:
- tidak tepat
- tidak lengkap
- mengelirukan
- tidak kemaskini

BAB
3

6. Integriti Data

3.7 Akta Anti


Pengubahan

Wang Haram

dan Anti
Pembiayaan
Keganasan

(AMLATFA) 2001

42

Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 yang mula berkuatkuasa


pada 15 Januari 2002 telah dipinda untuk memasukkan AntiPembiayaan Keganasan pada (AMLATFA) Disember 2003.
Akta ini menghendaki institusi terbabit bertanggungjawab untuk
membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang
transaksi yang:1. amaun transaksi melebihi had yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa; dan
2. apabila identiti orang yang terlibat, urus niaga itu sendiri
atau apa-apa keadaan berkaitan dengan transaksi itu yang
memberikan mana-mana pegawai atau pekerja institusi
penerima laporan sebab untuk mengesyaki bahawa urus niaga
berkaitan membabitkan prosid/wang dari sesuatu aktiviti yang
menyalahi undang-undang.
Apa itu wang haram?
Penjenayah telah menjadi lebih canggih dalam menggunakan
laporan institusi untuk mengubah dana haram dan menggunakannya
sebagai saluran untuk pengubahan wang haram dan pembiayaan
aktiviti keganasan. Wang haram hasil dari kegiatan pengedaran
dadah, rasuah, penyeludupan, penipuan, pemalsuan dan akhirnya
mendapat pengesahan melalui sistem perbankan yang sama ada
menggunakan penama atau ahli keluarga, menubuhkan syarikat
termasuk menggunakan pengurup wang dan menggunakan urus
niaga tunai untuk menyembunyikan jejaknya.
Kegiatan pengubahan wang haram termasuk yang berikut:
1. Penempatan menempatkan disuatu tempat fizikal hasil yang
diperolehi daripada aktiviti-aktiviti yang menyalahi undangundang;

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

AMLATFA mengambil langkah-langkah berikut bagi mencegah


kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan:
melaporkan transaksi yang mencurigakan;
menyimpan rekod;
fungsi unit perisikan kewangan yang boleh bekerjasama dengan
agensi penguatkuasa tempatan serta antarabangsa;
penyiasatan pengubahan wang haram;
Agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membeku,
merampas harta yang diperolehi dari kegiatan pengubahan
wang haram dan pembiayaan keganasan serta mendakwa
mereka yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram;
menghalang kegiatan pemalsuan, penyembunyian dan
pemusnahan dokumen.

3.7.1



Dalam bulan September 2013, pihak berkuasa telah mengeluarkan


garis panduan baru mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) untuk sektor
Keganasan (AML/CFT) Insurans dan Takaful dengan keperluan
khusus berkaitan Ketekunan Wajar Pelanggan (CDD) untuk
membolehkan institusi berkaitan mematuhi tanggungjawab
yang dikenakan kepada mereka. CDD juga perlu diamalkan
dalam transaksi perniagaan melalui ejen dan insurer perlu
menguatkuasakan keperluan CDD kepada ejen masing-masing.

Anti Pengubahan
Wang Haram dan
Pencegahan
Pembiayaan
(AML/CFT)

Ringkasan Keperluan CDD untuk Sektor Insurans dan Takaful


Normal

Dipermudahkan

Premium > Had

Premium < Had

i.

RM5,000 dan ke atas untuk premium


tahunan; atau
ii. RM10,000 dan ke atas untuk premium
tunggal

i.

Untuk Siapa?

Pelanggan dan
Penerima Manfaat

Waris

Pelanggan dan
Penerima Manfaat

Waris

Bila ia
Diperlukan?
Pengenalan
diri*

Ketika memulakan
hubungan perniagaan

Ketika membuat
penamaan

Ketika memulakan
hubungan perniagaan

Ketika membuat
penamaan

Pengesahan**

Ketika memulakan
hubungan perniagaan

Ketika tarikh
pembayaran

RM5,000 dan ke atas untuk premium


tahunan; atau
ii. RM10,000 dan ke atas untuk
premium tunggal

Ketika tarikh pembayaran

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

43

BAB
3

2. Lapisan - memisahkan hasil haram daripada sumbernya


dengan menjalankan urusniaga samaran dalam jejak audit dan
menyediakan nama palsu; atau
3. Integrasi - mencampurkan hasil wang haram kedalam aktiviti
ekonomi sebagai dana pelaburan.

BAB
3

*Pengenalan diri - Ketika mengendalikan CDD terhadap pelanggan dan penerima manfaat,
institusi yang melaporkan dikehendaki mengesahkan maklumat berikut:
a) nama penuh;
b) Nombor Kad Pengenalan (NRIC) atau pasport pelanggan atau penerima
manfaat;
c) alamat rumah dan alamat surat menyurat;
d) tarikh lahir;
e) kerakyatan;
f) pekerjaan;
g) nama majikan atau jenis perniagaan/kerja sendiri;
h) nombor telefon (rumah, pejabat dan telefon bimbit); dan
i) tujuan transaksi
**Pengesahan
- Institusi yang menerima laporan hendaklah menyemak dan mengesahkan
dokumen b) di atas yang dikemukakan oleh pelanggan atau penerima
manfaat dengan meminta pelanggan mengemukakan salinan asal dokumen
dan membuat salinan dokumen berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya
kaedah pengenalan biometrik digunakan, pengesahan pengenalan diri
dianggap telah dilakukan.

3.8 Akta
Persaingan
2010

44

Akta Persaingan 2010 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012


menggariskan rangka kerja perundangan membenteras amalan
anti-persaingan di Malaysia dan terpakai kepada mana-mana aktiviti
komersial di Malaysia dan di luar Malaysia di mana aktiviti yang
dijalankan memberi kesan kepada pasaran persaingan di Malaysia.
Pada masa ini, aktiviti yang dijalankan di bawah sektor tenaga,
komunikasi dan multimedia dikecualikan oleh Akta. Lain-lain
aktiviti komersil mungkin akan dikecualikan melalui arahan dari
pihak kementerian yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
Akta ini menggariskan dua bentuk larangan iaitu:
1. Perjanjian Anti-Persaingan antara pengusaha yang terlibat
pada tahap yang sama dalam rantaian pengeluaran atau
pengedaran serta antara syarikat-syarikat yang beroperasi pada
tahap yang berbeza. Larangan ini secara amnya mengenai
perjanjian yang mempunyai objektif antara lain penentuan
harga, perkongsian pasaran atau sumber-sumber bekalan,
menghadkan atau mengawal pengeluaran, sasaran atau akses
pasaran, pembangunan teknikal atau teknologi, atau pelaburan,
dan muslihat bidaan.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

3.8.1 Suruhanjaya

Persaingan
Malaysia
(MyCC)

MyCC adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah


Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta
Persaingan 2010. Peranan utamanya adalah untuk melindungi proses
yang berdaya saing demi kepentingan perniagaan, pengguna dan
ekonomi.
Peranan Utama Suruhanjaya: Melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan
Akta Persaingan 2010;
Mengeluarkan garis panduan berkaitan dengan perlaksanaan
dan penguatkuasaan undang-undang persaingan;
Bertindak sebagai pembela kepada perkara yang berkaitan
dengan persaingan;
Menjalankan kajian berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan
persaingan dalam ekonomi atau sektor tertentu dalam ekonomi
Malaysia;
Memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai bagaimana
persaingan boleh memberi manfaat kepada pengguna ekonomi
Malaysia.

PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

45

BAB
3

2. Menyalahgunakan kedudukan penting oleh manamana syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk atau
perkhidmatan. Sesebuah syarikat yang mempunyai kedudukan
dominan dalam pasaran dan memiliki kuasa pasaran akan
melaraskan harga atau pengeluaran atau terma-terma urusniaga
tanpa sebarang sekatan daripada pesaing atau pesaing yang
berpotensi, tanpa mengira tahap atau peratusan penguasaan
pasaran syarikatnya.

3.9 Soalan Penilaian Diri

BAB
3

1.

2.

3.

4.

Yang manakah di antara berikut BUKAN fungsi tugas Bank Negara Malaysia?
a)

Meningkatkan tahap profesionalisma dan amalan perniagaan anggota agensi

b)

Menggalakkan amalan perniagaan yang adil, bertanggungjawab dan professional


dikalangan syarikat insurans

c)

Berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan kewangan

d)

Mengawal tahap kesolvenan dan amalan pemasaran industri insurans

Yang manakah di antara Akta berikut menggantikan Akta Insurans 1996?


a)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

b)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

c)

Akta Insurans 2013

d)

Kuatkuasa Perkhidmatan Kewangan 2013

Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai Rangka-kerja Berasaskan


Modal (RBC)?
a)

Menentukan nisbah kecukupan modal syarikat-syarikat insurans

b)

Melindungi nilai lebihan dana insurans hayat sertaan

c)

Memastikan penyediaan modal yang mencukupi bagi melindungi pemegang polisi dari
ketidaksolvenan pihak insurer

d)

Memastikan premium yang dikenakan kepada pengguna adalah adil dan berpadanan

Di antara berikut, yang manakah BUKAN mekanisma penyelesaian aduan atau pertikaian
pengguna perkhidmatan kewangan?
a)

Biro Perantaraan Kewangan (FMB)

b)

Unit Aduan syarikat insurans

c)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

d) BNMLINK
5.

46

Kepada siapakah Ketekunan Wajar Pengguna (CDD) perlu dilakukan seperti yang
disyaratkan di bawah Garis Panduan Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (AML/CFT)?
a)

Ejen atau Pengantara Insurans

b)

Institusi Kewangan

c)

Pelanggan dan Penerima Manfaat

d)

Pengguna Perkhidmatan Kewangan

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.

8.

9.

Yang manakah di antara berikut TIDAK dianggap sebagai data peribadi di bawah Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010?
a)

Sebarang maklumat peribadi berkaitan transaksi perniagaan

b)

Maklumat peribadi yang tersiar dimedia sosial

c)

Data peribadi seperti laporan kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, ugama dan
kepercayaan, rekod kesalahan silam atau lain-lain data yang ditetapkan oleh Menteri
berkaitan

d)

Pengucapan pendapat mengenai pemilik data

Apakah jenis-jenis aduan yang dikendalikan oleh Biro Perantaraan Kewangan (FMB)?
a)

Aduan melibatkan harga/premium produk insurans dan isu-isu pengunderaitan

b)

Kes-kes penipuan (selain dari kaedah bayaran melalui kad kredit, kad caj dan cek di mana
amaun tidak melebihi RM25,000)

c)

Kes-kes yang melibatkan tuntutan kurang dari RM200,000 untuk insurans motor dan
insurans kebakaran

d)

Kes-kes yang telah dan sedang dirujuk ke mahkamah atau penimbangtara

Siapakah yang menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful (TIPS)?
a)

Perlindungan Pengguna Perkhidmatan Kewangan

b)

Bank Negara Malaysia (BNM)

c)

Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful

d)

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Act 2013, perniagaan yang dibenarkan yang
dilesenkan oleh Menteri berkaitan termasuk perniagaan berikut, KECUALI:
a)

perniagaan insurans

b)

broker insurans

c)

penyelaras kerugian insurans

d)

perniagaan khidmat nasihat kewangan

10. Apakah Akta yang menghendaki syarikat insurans diperbadankan sebagai syarikat awam,
sementara broker, penasihat kewangan dan penyelaras kerugian didaftarkan sebagai
syarikat sendirian?
a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

c)

Akta Insurans 1996

d)

Akta Persaingan 2010

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

47

BAB
3

6.

BAB
3

48

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Kontrak Insurans

4.1 Undang undang


Kontrak

Kontrak adalah suatu perjanjian undang-undang yang mengikat,


di mana mahkamah mengiktiraf kewujudannya dan boleh
dikuatkuasakan. Begitu juga, kontrak insurans itu adalah perjanjian
menginsuranskan yang terikat di bawah undang-undang. Ia adalah
sifat mengikat satu kontrak insurans yang menyediakan asas yang
kukuh untuk perniagaan insurans dan membolehkan orang ramai
merasa yakin untuk membeli polisi insurans.

Di Malaysia, semua jenis kontrak seperti insurans, penjualan barangbarang atau tanah, pekerjaan, penyewaan dan sebagainya tertakluk
kepada peraturan-peraturan undang-undang kontrak yang termaktub
dalam Akta Kontrak 1950.

4.2 Pembentukan

Berikut adalah lima faktor penting untuk membentuk suatu kontrak


yang sah:-

BAB
4

BAB 4

Kontrak
Insurans

Tawaran dan Penerimaan


Niat untuk Mewujudkan Hubungan yang Sah
Balasan
Keupayaan disisi Undang-undang untuk Mengikat Kontrak
Kontrak Sah disisi Undang-undang

4.2.1
Tawaran dan

Penerimaan

Tawaran boleh dibuat secara bertulis, secara lisan atau melalui


kelakuan. Ia boleh dibuat untuk seorang individu, kumpulan individu
atau masyarakat secara keseluruhannya. Jika tawaran telah dibuat,
kontrak dikatakan telah wujud apabila tawaran tersebut diterima,
dengan syarat semua terma-terma penting kontrak dipersetujui.
Sebagai contoh: pencadang membuat tawaran insurans dengan
mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan dan
ditandatangani secara langsung kepada insurer atau melalui ejen
insurans. Syarikat Insurans boleh menerima tawaran tersebut setelah

KONTRAK INSURANS

49

BAB
4

menilai cadangan risiko atau mungkin menolak sepenuhnya atau


dalam sesetengah kes, menerima risiko yang dicadangkan tertakluk
kepada terma dan syarat-syarat tertentu dan dipersetujui pencadang.
Ini merupakan tawaran balas oleh insurer untuk diterima atau
sebaliknya, mengikut pilihan pemohon.

Niat Untuk
4.2.2
Mewujudkan

Hubungan yang
Sah


4.2.3 Balasan

Walaupun kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan, kontrak


mungkin tidak wujud jika mereka tidak berniat persetujuan tersebut
menjadi perjanjian yang terikat dengan undang-undang. Kontrak
insurans sebagai transaksi perdagangan biasanya merupakan
persetujuan oleh pihak-pihak yang bersetuju terikat dengan undangundang. Walau bagaimanapun, (dalam keadaan yang luar biasa) niat
boleh ditolak oleh suatu terma nyata dalam perjanjian seperti kes
Orion Insurance plc lawan v. Sfera Drake Insurance Ltd (1992),
di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perjanjian
di antara dua syarikat insurans untuk melepaskan diri dari tanggungan
tertunggak di bawah dua dana insurans di pasaran London adalah
perjanjian berasaskan budi bicara yang tidak dimaksudkan oleh
kedua-dua pihak untuk terikat di bawah undang-undang walaupun
memorandum mesyuarat di mana perjanjian yang telah dibuat dan
semua pihak yang telah menandatangani perjanjian berkenaan.
Balasan didefinisikan sebagai hak, kepentingan, keuntungan atau
manfaat terakru untuk satu pihak, atau kesusahan, kerosakan,
kerugian atau tanggungjawab yang diterima, ditanggung atau
diambilalih oleh pihak lain.

Syarat-syarat balasan digunakan dalam kontrak insurans mengikut


cara biasa. Balasan yang ditawarkan oleh insured dalam
kontrak insurans ialah premium yang perlu dibayar, sementara
insurer berjanji untuk membayar tuntutan, dalam erti kata lain,
perlindungan akan disediakan. Kontrak insurans yang sah akan
berkuatkuasa sebaik sahaja tawaran diterima, tetapi risiko tidak
semestinya boleh diterima dengan serta-merta. Begitu juga, adalah
penting untuk difahami bahawa di bawah undang-undang Inggeris,
kontrak insurans yang sah mungkin wujud sebelum insured
membayar premium, dengan syarat insured telah bersetuju untuk
membayar. Janji untuk membayar anggap sebagai bayaran
itu sendiri. Walau bagaimanapun, syarikat insurans mungkin
menyatakan bahawa risiko tidak dilindungi sehingga premium telah
dibayar.

Di Malaysia, peraturan tunai sebelum perlindungan terpakai


untuk insurans motor, insurans perjalanan dan insurans kemalangan
diri. Peraturan tersebut mensyaratkan premium sebenar perlu
dibayar untuk melengkapkan kontrak dan risiko ditanggung oleh

50

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

4.2.4 Kontrak Sah disisi



Undang-undang

Dalam sesetengah kes, undang-undang memerlukan agar kontrak


dirangka dalam suatu bentuk tertentu dan ini biasanya akan
melibatkan beberapa dokumentasi bertulis. Dokumen bertulis
menjadikan ia lebih pasti tentang apa yang telah dipersetujui dan
memberi peringatan kepada seseorang agar tidak terlalu mudah
untuk terikat dengan kontrak. Di Malaysia, semua kontrak insurans
mestilah dibuat secara bertulis tetapi di bawah undang-undang
Inggeris, tiada keperluan bagi sesuatu kontrak insurans perlu
direkodkan secara bertulis. Perlindungan insurans boleh diberikan
secara lisan (biasanya melalui telefon) dan, walaupun pada dasarnya
polisi akan dikeluarkan dihampir setiap kes, tuntutan boleh juga
berlaku sebelum polisi dikeluarkan. Hanya kontrak insurans marin
sahaja yang mesti dibuat secara bertulis di bawah Akta Insurans
Marin 1906.

Di Malaysia, Seksyen 91 Akta Pengangkutan Jalan


1987 menghendaki polisi insurans motor dikuatkuasakan,
sementara perenggan (4) menyatakan polisi tersebut tidak boleh
dikuatkuasakan melainkan Sijil Insurans telah dikeluarkan dalam
bentuk yang ditetapkan dan dihantar kepada pemegang polisi.

Kontrak insurans juga tertakluk kepada beberapa peraturan formal


seperti yang dikehendaki di bawah Akta perkhidmatan Kewangan
2013. Jadual 8 (2) menyediakan peruntukan bantahan ke atas polisi
insurans hayat kepada insured dengan tempoh 15 hari selepas
menerima polisi insurans hayat. Insured berhak untuk membatalkan
polisi dengan mengembalikan dokumen polisi tersebut dalam
tempoh bertenang dan insurer mestilah memulangkan sepenuhnya
dengan segera bayaran premium yang telah dibayar oleh insured.

4.2.5 Keupayaan untuk



Mengikat Kontrak

Kesahan sesuatu kontrak bergantung kepada pihak-pihak yang


mempunyai kapasiti sepenuhnya disisi undang-undang untuk terikat
dengan kontrak, sementara organisasi dan individu tertentu adalah
tertakluk kepada peraturan-peraturan khas yang menghadkan
keupayaan mereka untuk terikat dengan kontrak. Kategori individu
yang dimaksudkan ialah kanak-kanak, orang sakit mental atau
mabuk dan perbadanan.

Dalam konteks insurans, seorang kanak-kanak adalah orang yang


di bawah umur 18 tahun dan tidak berkeupayaan untuk terikat
dengan kontrak. Walau bagaimanapun, kedudukan ini diubah oleh

KONTRAK INSURANS

51

BAB
4

insurer. Dalam insurans marin pula, insurer bersetuju menanggung


sebahagian risiko yang dikecualikan di bawah kontrak asal sekiranya
diperlukan, dengan syarat premium tambahan akan ditetapkan dan
dibayar kemudian.

statut iaitu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Jadual


8(4), yang membolehkan seseorang kanak-kanak (minor) boleh
menginsuranskan hayatnya sendiri atau atas hayat orang lain, seperti
yang dinyatakan di bawah:Seseorang kanak-kanak yang telah mencapai usia 10 tahun
tetapi tidak mencapai usia 16, dengan kebenaran bertulis
daripada ibu bapa atau penjaga, boleh menguatkuasakan
polisi insurans atas hayatnya sendiri atau atas hayat orang lain
di mana ia mempunyai kepentingan boleh insurans; dan boleh
menyerah hak polisi hayatnya atau menerima hak atas polisi
insurans hayat lain.

Kanak-kanak yang telah mencapai usia 16 tahun boleh


menguatkuasakan polisi insurans atas hayatnya sendiri atau
atas hayat orang lain di mana ia mempunyai kepentingan boleh
insurans, dan boleh menyerah hak polisi insurans hayatnya
(dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga)
atau menerima hak atas polisi insurans hayat lain.

BAB
4

Keupayaan Insurer untuk Mengikat Kontrak


Di Malaysia, insurer merupakan syarikat perbadanan yang ditubuhkan
dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat awam
berhad. Syarikat perbadanan secara amnya mempunyai hak undangundang dan tanggungjawab yang sama seperti individu dewasa
yang berkeupayaan dan mengikat kontrak. Walau bagaimanapun,
kewujudan sesebuah perbadanan adalah bebas daripada ahlinya
dan oleh itu ia boleh digulung atau dibubarkan sekiranya ia tidak
mampu untuk membayar hutangnya. Undang-undang telah digubal
khusus untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti syarikat insurans bagi
mengurangkan risiko insurer menjadi muflis, dan seterusnya untuk
melindungi pemegang polisi seperti dibincangkan dalam Bab 3.

4.3


Suatu perjanjian untuk melakukan jenayah seperti pemalsuan wang


atau merancang untuk merompak bank adalah bertentangan dan
menyalahi undang-undang. Kesalahan yang dilakukan disebabkan
kecuaian sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain,
contohnya memandu secara merbahaya boleh dijatuhkan hukuman
dan mereka yang melakukan perbuatan yang salah sehingga
menyebabkan kecederaan orang lain perlu dipertanggungjawabkan
menghadapi tindakan tort. Dalam kes ini, sungguhpun kerosakan
yang dialami oleh mangsa dilindungi oleh kontrak insurans, denda
dan penalti yang dikenakan oleh pihak mahkamah perlu ditanggung
oleh insured kerana kontrak berkenaan adalah bertentangan dengan
kepentingan awam.

52

Kontrak Batal,
Boleh Batal
dan Tidak
Boleh Dikuatkuasakan

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Batal

Boleh Batal

Tidak Boleh
Dikuatkuasakan

4.3.1 Kontrak Batal

Kontrak batal tidak mengikat mana-mana pihak kerana kontrak


batal bukanlah kontrak yang sebenar. Ia adalah pernyataan yang
digunakan untuk menerangkan perjanjian di mana tiada pihak yang
boleh menguatkuasakannya. Suatu kontrak boleh menjadi tidak sah
kerana beberapa sebab, umpamanya disebabkan oleh perubahan
undang-undang, salah satu pihak kepada kontrak tidak mempunyai
keupayaan untuk mengikat kontrak kerana ia adalah kanak-kanak
atau tiada keupayaan mental, atau diisytiharkan batal dan tidak sah
oleh mahkamah kerana ia melanggar prinsip-prinsip asas.

Kontrak insurans dianggap batal kerana sebab-sebab berikut:


Tiada kepentingan boleh insurans pada permulaan polisi
insurans hayat akan dikuatkuasakan: Undang-Undang
Insurans (Para 3 Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan
2013) menyatakan bahawa mana-mana individu yang ingin
menguatkuasakan polisi insurans hayat atas hayat individu
lain hendaklah mempunyai kepentingan boleh insurans
pada permulaan kuatkuasa polisi berkenaan; sekiranya tiada
kepentingan boleh insurans maka polisi berkenaan dianggap
batal.
Tiada consensus ad idem atau terdapat kesilapan dasar atau
tiada persetujuan sejak dari awal lagi.
Terdapat salah nyata yang disengajakan atau penyembunyian
ketika permulaan kontrak.
Tidak memenuhi syarat-syarat polisi sebelum kontrak.
Contohnya, polisi insurans hayat tidak boleh dikuatkuasakan
sehinggalah premium dibayar.

4.3.2 Kontrak Boleh



Batal

Tidak seperti kontrak batal, kontrak boleh batal adalah kontrak yang
sah. Ia mengikat sebelah pihak (atau mungkin kedua-dua pihak)
untuk mengenepikan kontrak berkenaan. Kontrak mungkin boleh
batal atas beberapa sebab seperti salah nyata, mabuk, paksaan atau
tidak siuman. Kontrak insurans boleh batal kerana salah nyata
tidak disengajakan atau salah nyata yang disengajakan; walau
bagaimanapun, insurer mempunyai hak untuk tidak menghiraukan
kesalahan tidak mematuhi tanggungjawab penuh percaya berkenaan
dan membenarkan polisi terus berkuatkuasa. Sungguhpun demikian,
sekiranya tuntutan ditolak disebabkan salah nyata fakta matan,
kuatkuasa polisi perlu ditamatkan kerana kontrak dianggap batal
bermula dari tarikh memungkiri kontrak.

KONTRAK INSURANS

53

BAB
4

Kontrak

BAB
4

4.3.3 Kontrak Tidak Boleh Kontrak tidak boleh dikuatkuasakan adalah kontrak yang sah, tetapi

Dikuatkuasakan
ia tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamah sekiranya sebelah pihak
enggan meneruskan perjanjian kontrak berkenaan. Ini biasanya
berlawanan dengan kontrak batal (atau void ab initio) dan boleh
batal. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju meneruskan
perjanjian, kontrak tersebut adalah sah tetapi pihak mahkamah tidak
boleh memaksa sekiranya kedua-dua pihak bertindak sebaliknya.
Kontrak yang sedemikian rupa mungkin berguna untuk tujuan
tertentu, umpamanya untuk mempertahankan sesuatu tuntutan.

4.4 Struktur

Polisi

Bentuk dan struktur kontrak insurans yang sah ialah dokumen polisi
yang dicetak dan mengandungi bahagian-bahagian utama berikut:

TANDATANGAN

Pengenalan

Kuatkuasa

Jadual

Pengecualian
&
Syarat-syarat

4.4.1 Fasal Pengenalan

Bahagian pengenalan menerangkan pihak-pihak yang terlibat


dengan kontrak. Pada bahagian atas polisi biasanya tercatat nama
syarikat insurans alamat pejabat berdaftarnya, dan merujuk
pihak lain sebagai insured seperti yang dinyatakan dalam jadual.
Bahagian pendahuluan (preamble) menyatakan bahawa insured telah
memohon perlindungan insurans dengan mengemukakan borang
cadangan dan perisytiharan, yang merupakan asas kontrak dan
telah membayar atau bersetuju untuk membayar premium, sebagai
balasan kepada perlindungan yang diberi, tertakluk kepada terma,
syarat, endorsemen, fasal atau waranti yang merupakan ssebahagian
dari kontrak.

4.4.2 Fasal Kuatkuasa

Fasal Kuatkuasa menerangkan tentang perlindungan yang diberikan


dan menjelaskan keadaan yang membolehkan polisi berkuatkuasa
dan membawa kepada tuntutan. Dalam insurans hayat, sebagai
contoh, jumlah insuran akan dibayar atas kematian hayat yang
dilindungi, manakala di bawah polisi insurans am - peril atau
kontingensi yang dilindungi dan asas penyelesaian menerangkan
tentang keadaan di mana polisi ini berkuatkuasa.

4.4.3 Jadual

Jadual polisi mengandungi butiran peribadi insured, risiko dan


perkara pokok insurans. Maklumat yang terkandung dalam Jadual
antara lain adalah seperti berikut, dan ianya bergantung kepada
jenis-jenis polisi:-

54

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Tarikh permulaan dan tempoh perlindungan;


Tarikh cadangan insurans dan pengisytiharan di mana ia adalah
merupakan asas kepada pembentukan kontrak;
Keterangan mengenai kepentingan insured;
Jumlah perlindungan;
Keterangan mengenai risiko;
Tarikh lahir atau umur (untuk insurans hayat);
Amaun premium, cukai perkhidmatan (jika ada) dan duti setem;

4.4.4 Pengecualian

Biasanya setiap polisi insurans ada menyatakan tentang risikorisiko asas yang dikecualikan seperti peperangan, keganasan dan
risiko nuklear disebabkan oleh bencana alam. Pada masa yang
sama, terdapat risiko tertentu yang lebih sesuai dilindungi oleh
polisi berasingan, contohnya kecurian harta dikecualikan dalam
polisi kebakaran kerana ia lebih sesuai dilindungi di bawah polisi
kecurian komersial. Fasal Pengecualian juga mengecualikan peril
yang boleh dilindungi dengan bayaran premium tambahan dan
membuat endorsemen kepada polisi asas.

4.4.5 Syarat-syarat

Terma dan syarat polisi wujud supaya pihak-pihak yang terlibat


dalam kontrak memahami tanggungjawab, hak dan obligasi masingmasing. Sebagai contoh, syarat sebelum liabiliti menyatakan
bahawa insured hendaklah memberitahu insurer dengan serta-merta
sekiranya berlaku kerugian dan mengemukakan tuntutan. Syaratsyarat juga menghadkan skop perlindungan, contohnya perbuatan
membunuh diri dalam tempoh 13 bulan pertama polisi tidak akan
dilindungi. Terdapat syarat-syarat yang memberikan hak istimewa
seperti 15 hari tempoh bertenang atau tempoh percubaan serta
syarat-syarat asas polisi seperti tanggungjawab untuk membayar
premium sebelum insurer menanggung risiko.


4.4.6
Fasal Penyaksian

(Tandatangan)

Fasal penyaksian adalah pengakuan saksi bahawa instrumen


yang dimaksudkan iaitu polisi insurans telah disempurnakan
mengikut formaliti yang dikehendaki oleh undang-undang. Dengan
menurunkan tandatangan pada polisi tersebut, orang yang diberi
kuasa mengesahkan bahawa dokumen polisi adalah tulen.

KONTRAK INSURANS

55

BAB
4

4.5 Soalan Penilaian Diri


1.

Apakah perkara-perkara asas yang perlu ada untuk membentuk kontrak yang sah?
I.

Terdapat persetujuan melalui tawaran dan penerimaan.

II.

Terdapat niat untuk mewujudkan hubungan yang sah.

III. Pihak yang terlibat layak disisi undang-undang untuk mengikat kontrak.
IV. Perjanjian dibuat mengikut keperluan undang-undang.
Terdapat balasan.

a)

I, II III dan IV

b)

II, III, IV dan V

c)

I dan III

d)

I, II, III, IV dan V

BAB
4

V.

2.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Fasal Kuatkuasa dalam polisi insurans?


a)

Fasal yang menerangkan tentang apa yang insured perlu lakukan apabila berlaku tuntutan

b)

Fasal yang menerangkan tentang perlindungan yang disediakan oleh insurer

c)

Fasal yang menerangkan tentang risiko yang dikecualikan dari perlindungan polisi

d)

Fasal yang merujuk kepada cadangan insurans, pihak yang terlibat dan premium

Yang manakah di antara berikut TIDAK menyebabkan kontrak insurans batal?


a)

Tiada kepentingan boleh insurans ketika permulaan kuatkuasa polisi

b)

Tiada persetujuan atau terdapat kesilapan asas atau tiada persefahaman sejak permulaan
kontrak

c)

Salah nyata yang disengajakan atau penyembunyian fakta pada peringkat awal kontrak

d)

Salah nyata tidak disengajakan ketika mengisi borang permohonan

4. Yang manakah di antara individu berikut mempunyai kapasiti untuk mengikat


kontrak?
a) Minor atau kanak-kanak
b) Individu berusia lebih dari 18 tahun
c) Seseorang yang dalam keadaan mabuk atau menghidap penyakit mental
d) Perbadanan
5. Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari kontrak polisi insurans?
I. Jadual
II.

Borang Cadangan

III. Fasal Operasi/Kuatkuasa


IV. Fasal Penyaksian/Perakuan
V.

56

Pengecualian dan Syarat-syarat

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.

I, II, III dan IV

b)

II sahaja

c)

II dan IV

d)

II, IV dan V

Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak boleh batal?


a)

Salah satu atau kedua-dua pihak mengingkari kontrak

b)

Kesilapan perkara asas yang menyebabkan kontrak batal

c)

Kontrak yang mengikat tetapi kedua-dua pihak mempunyai hak untuk tidak meneruskannya

d)

Sebelah pihak tidak memiliki kapasiti undang-undang untuk mengikat kontrak

Yang manakah di antara berikut TIDAK terdapat di dalam Jadual polisi?


a)

Nama dan alamat insured

b)

Tempoh insurans

c)

Amaun premium

d) Pengecualian
8.

9.

Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat mengenai kontrak tidak
boleh dikuatkuasakan?
a)

Kontrak yang mengikat disisi undang-undang meskipun sebelah pihak enggan mematuhi
perjanjian

b)

Kontrak yang sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamah

c)

Kontrak yang sah iaitu tidak menyalahi undang-undang

d)

Kontrak yang sah iaitu ia tidak mengikat

Apakah yang dimaksudkan dengan balasan dalam kontrak insurans?


a)

Nota perlindungan, sebagai balasan kepada cadangan insurans

b)

Bayaran premium, sebagai balasan perlindungan yang diberikan

c)

Bayaran tuntutan, sebagai balasan premium yang telah dibayar

d)

Janji untuk membayar jumlah perlindungan

10. Di antara berikut, Akta yang manakah yang mengawal kontrak di Malaysia?
a)

Akta Jualan Barangan 1965

b)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

c)

Akta Kontrak 1950

d)

Akta Insurans 1996

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


KONTRAK INSURANS

57

BAB
4

6.

a)

BAB
4

58

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

5.1 Undang-

undang

Agensi

Undang-undang
Agensi
Ejen adalah seseorang yang mempunyai kuasa untuk bertindak bagi
pihak orang lain yang dikenali sebagai prinsipal. Secara amnya,
tugas seorang ejen ialah menguruskan pembentukan kontrak
di antara prinsipal dan pihak ketiga, di mana dalam insurans ia
dikenali sebagai pengguna kewangan.
Ejen insurans didefinisikan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
2013 sebagai individu yang melakukan semua atau mana-mana
perkara berikut:a) mengurus niaga atau mendapatkan cadangan insurans bagi
pihak insurer;
b) menawarkan atau bertindak bagi pihak insurer dalam
perundingan mendapatkan polisi; atau
c) melaksanakan apa-apa tindakan bagi pihak insurer berkaitan
dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan polisi

Hubungan antara prinsipal dan ejen terjalin berdasarkan tiga


cara berikut:
1. Agensi mengikut perjanjian (atau persetujuan): Sebuah
agensi dengan persetujuan merupakan kontrak yang sah yang
mewujudkan hubungan fidusiari yang mana pihak pertama
(prinsipal) bersetuju bahawa tindakan dari pihak kedua
(ejen) mengikat prinsipal dengan perjanjian yang dibuat oleh
ejen seolah-olah prinsipal sendiri yang membuat perjanjian
berkenaan. Kuasa yang ada pada ejen untuk mengikat prinsipal
secara perundangan ini dirujuk sebagai kuatkuasa. Agensi
yang diwujudkan melalui perjanjian boleh menjadi satu bentuk
kuasa tersirat, seperti apabila seseorang itu memberikan kad
kreditnya kepada saudara terdekat, ia bertanggungjawab untuk
membayar sejumlah pembelian yang dibuat oleh saudaranya
yang menggunakan kad kredit berkenaan.
2. Agensi mengikut ratifikasi (pengesahan): Hubungan
agensi yang diwujudkan secara timbal balik melalui ratifikasi
atau pembetulan, di mana ejen itu sendiri sebenarnya tidak

UNDANG-UNDANG AGENSI

59

BAB
5

BAB 5

BAB
5

mempunyai kuasa yang dimaksudkan. Doktrin kaedah ratifikasi


memudahkan penggunaan undang-undang agensi, di mana
apabila ejen bertindak melampaui bidang kuasanya, prinsipal
boleh bertindak untuk mengesahkan tindakan ejen tersebut
walaupun secara timbal balik.
3. Agensi mengikut keperluan: Agensi mengikut keperluan
merujuk kepada situasi di mana seorang ejen pada waktu
tertentu perlu membuat keputusan penting bagi pihak orang
lain yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Contohnya, jika individu A cedera parah & koma dalam
kemalangan jalanraya, individu B boleh membuat keputusan
membenarkan kakitangan perubatan untuk melakukan
pembedahan keatas individu A. Di bawah keadaan biasa,
individu A perlu memberikan keizinan, tetapi jika ia tidak
dapat berbuat demikian, ejen boleh membuat keputusan bagi
pihaknya.

Di Malaysia, agensi-agensi insurans diwujudkan hanya melalui


perlantikan di bawah perjanjian tersurat iaitu pelaksanaan
kontrak bertulis. Perjanjian agensi biasanya terkandung dalam
kontrak bertulis dan ejen mestilah bertindak selaras dengan terma
dan syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat agensi termasuklah
bidang kuasa dan kuatkuasa, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan,
tempoh perjanjian, kadar komisen dan dan lain-lain ganjaran yang
dinyatakan secara terperinci.

5.2 Tanggungjawab Ejen Insurans terhadap Prinsipal


5.2.1 Mematuhi Arahan
Prinsipal

Ejen hendaklah melaksanakan semua arahan yang diberikan.


Sekiranya tiada arahan khusus, ejen hendaklah bertindak mengikut
amalan pasaran yang biasa, di mana amalan berkenaan adalah jelas
dan mematuhi etika.

5.2.2 Melaksanakan Tugas Ejen bertanggungjawab terhadap prinsipalnya untuk melaksanakan


dengan Cekap
tugas dengan cekap dan berkemahiran dan pada masa tertentu
menjalankan tugas bagi pihak ketiga.
5.2.3 Melaksanakan

Sendiri Tugas

Ejen tidak boleh mewakilkan tugasnya kepada pihak lain atau sub
ejen dan dia mestilah melaksanakan sendiri tugas-tugas berkenaan,
kecuali pembahagian tugas rutin perkeranian dan pentadbiran.

5.2.4 Bertindak Penuh



Percaya terhadap
Prinsipal

Ejen hendaklah bertindak dengan penuh percaya apabila berurusan


dengan prinsipal. Ejen tidak boleh menyembunyikan sebarang
maklumat yang berkaitan, mesti menjaga tahap kerahsiaan, tidak
menerima komisen tidak sah, dan bertindak demi kepentingan
prinsipal dan bukan kepentingan dirinya sendiri pada setiap masa.

60

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Ejen perlu bertanggungjawab terhadap prinsipal atas semua bayaran


/wang yang diterima bagi pihak prinsipal. Broker insurans yang
dikehendaki mematuhi kod amalan professional dengan
mengasingkan akaun pelanggan dari akaunnya sendiri.

Prinsipal boleh mengambil tindakan-tindakan berikut sekiranya


ejen gagal melaksanakan tanggungjawabnya:
Prinsipal boleh:
mendakwa ejen di mahkamah atas kerugian akibat ejen tidak
mematuhi kontrak;
dalam kes tertentu, mendakwa ejen atas alasan tort (contohnya,
ejen enggan memulangkan harta milik prinsipal);
untuk kesalahan berat, perkhidmatan ejen boleh ditamatkan
tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan;
sekiranya ejen melakukan penipuan, Tarik balik kontrak agensi
dan komisen tidak dibayar.

5.3 Tanggungjawab Prinsipal terhadap Ejen


5.3.1 Membayar Upah

seperti yang
Dipersetujui

Perbelanjaan mengurus pejabat agensi biasanya dibiayai melalui


bayaran komisen yang diterima oleh ejen. Kadar komisen untuk
peringkat agensi biasanya dinyatakan dalam perjanjian agensi.

5.3.2 Membayar Balik


Pembelanjaan

Ejen secara amnya berhak menerima bayaran balik (reimbursement)


dari prinsipal sekiranya ejen menggunakan wangnya sendiri untuk
menjalankan dan mengurus perniagaan agensi. Ini dipanggil hak
ejen untuk dibayar pampasan.

5.4 Kuasa Ejen

Terdapat dua bentuk kuasa ejen: Kuasa Sebenar atau Kuasa Jelas/
Nyata:
Kuasa Sebenar
Tersurat
Kuasa Sebenar
Kuasa Sebenar
Tersirat

KUASA
Kuasa Jelas atau
Tidak Jelas

5.4.1 Kuasa Sebenar

Kuasa sebenar adalah realiti, dalam erti kata bahawa ejen itu telah
diberikan hak atau kuasa untuk bertindak bagi pihak prinsipal sama
ada secara nyata atau dengan implikasi. Terdapat dua jenis kuasa
sebenar: kuasa sebenar tersurat dan kuasa sebenar tersirat.

UNDANG-UNDANG AGENSI

61

BAB
5

5.2.5 Bertanggungjawab

terhadap Bayaran

yang Diterima

BAB
5

Kuasa sebenar tersurat timbul daripada arahan yang telah


diberikan kepada ejen, menyatakan apa yang diperlukan dan
apa yang dibenarkan. Arahan ini menjadi sebahagian daripada
perjanjian agensi dan mungkin diberikan secara lisan atau
bertulis. Jika arahan tidak jelas, ejen perlu mendapatkan
penjelasan daripada prinsipal. Walau bagaimanapun, jika
prinsipal tidak dapat dihubungi, tiada liabiliti yang perlu
ditanggung oleh ejen dengan syarat ejen bertindak dengan
niat yang jujur dan mentafsirkan arahan dengan cara yang
munasabah, walaupun ia bukanlah cara yang dimaksudkan oleh
prinsipal.
Kuasa sebenar tersirat ialah kuasa untuk berbuat apa sahaja
yang perlu atau berkaitan, bagi menjalankan arahan yang
tersurat. Ejen juga mungkin mempunyai kuasa tersirat untuk
melaksanakan tugas yang biasanya dilakukan oleh individu
yang berkedudukan sebagai ejen atau keadaan yang biasa
terdapat dalam sesuatu perdagangan atau profesion tertentu.
Ini dikenali sebagai kuasa biasa atau kebiasaan.

5.4.2 Kuasa Jelas atau



Tidak Jelas

Kuasa jelas wujud apabila ejen tidak mempunyai kuasa sebenar untuk
melakukan tindakan yang menimbulkan persoalan. Walau
bagaimanapun, ia mempengaruhi pihak ketiga untuk percaya
bahawa ejen itu mempunyai kuasa. Oleh yang demikian, tindakan
ejen berkenaan telah mengikat prinsipal dan prinsipal perlu
bertanggungjawab.

Prinsipal terikat dan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap


tindakan yang dalam bidang kuasa sebenar ejen, tetapi juga terikat
dengan tindakan yang kelihatan berada dalam bidang kuasa ejen.
Prinsipal boleh dipertanggungjawabkan berdasarkan kuasa jelas,
walaupun sebenarnya ejen bertindak untuk memperdaya dan untuk
kepentingan diri sendiri.

Kuasa tidak jelas wujud hanya apabila prinsipal memberikan ejen


kepercayaan yang ia mempunyai kuasa. Prinsipal perlu membuat
pernyataan sama ada secara lisan atau melalui perlakuan kepada
pihak ketiga bahawa ejen berkenaan mempunyai kuasa untuk
bertindak bagi pihaknya, dan pihak ketiga mempercayai pernyataan
tersebut.

Kuasa tidak jelas wujud dalam keadaan berikut:


prinsipal telah menghadkan kuasa ejen yang dilantik secara sah;
individu berkenaan jelas tidak pernah dilantik sebagai ejen sama
sekali; dan
tanpa diketahui oleh pihak ketiga, kuasa ejen berkenaan telah
ditarik balik.

62

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Apabila ejen yang dilantik menjalankan urusniaga untuk


mendapatkan kontrak insurans dengan pihak ketiga, kesan dari
tindakan ejen itu adalah bergantung kepada sama ada kewujudan
prinsipal dimaklumkan kepada pihak ketiga atau sebaliknya.
Sebagai contoh, individu yang diberi kuasa oleh insurer berlesen
untuk menjadi ejennya, dan membuat perundingan mendapatkan
kontrak insurans mengikut kapasiti yang ditetapkan, bagi maksud
pembentukan atau perubahan kepada kontrak insurans, dianggap
sebagai ejen kepada prinsipal dan pengetahuan yang dimiliki ejen
berkenaan hendaklah dianggap sebagai pengetahuan insurer.


5.6 Penamat

Hubungan antara prinsipal dan ejen boleh ditamatkan perkhidmatan


melalui tindakan pihak-pihak diatas atau dengan kuatkuasa ejen
undang-undang seperti berikut:
melalui notis pembatalan perkhidmatan yang diberikan oleh
prinsipal kepada ejen;
melalui notis penolakan yang diberi kepada prinsipal oleh ejen;
dengan menyelesaikan sesuatu urusniaga di mana kuasa
diberikan untuk transaksi berkenaan sahaja;
dengan tamatnya tempoh perkhidmatan seperti yang tercatat
dalam kontrak agensi;
dengan persetujuan bersama;
disebabkan kematian, kebankrapan atau tidak siuman prinsipal
dan/atau ejen; atau
melalui kuatkuasa mana-mana undang-undang yang
menjadikan kontrak ejen tidak sah.


5.7 Amalan

Jadual 7 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 mengandungi


senarai amalan perniagaan yang dilarang, sama ada kepada syarikat
insurans mahupun ejen insurans iaitu seperti berikut:
1. Melibatkan diri atau melakukan perbuatan yang mengelirukan
atau menipu, atau berkemungkinan untuk mengelirukan atau
menipu berhubung dengan sifat, ciri-ciri, syarat-syarat atau
harga produk atau perkhidmatan kewangan.
2. Memujuk atau cubaan memujuk pengguna kewangan
mengambil tindakan atau enggan mengambil sebarang tindakan
berhubung dengan produk atau perkhidmatan kewangan
dengan:
a) membuat kenyataan, ilustrasi, janji, ramalan atau
perbandingan yang mengelirukan, palsu atau tidak benar;
b) tidak jujur, menyembunyikan atau meninggalkan fakta,
atau menyediakan fakta matan yang meragukan; atau
c) membuat kenyataan secara melulu, ilustrasi, janji, membuat
ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau
memperdayakan.

Perkhidmatan
Ejen

Perniagaan

yang Dilarang

UNDANG-UNDANG AGENSI

63

BAB
5

5.5 Kontrak


Insurans yang
Dibentuk

Melalui Ejen

BAB
5

3. Mengenakan tekanan yang tidak wajar, mempengaruhi atau


mempergunakan atau mengancam untuk membuat gangguan,
paksaan atau tekanan fizikal berhubung dengan urus niaga
produk atau perkhidmatan kewangan kepada pengguna
perkhidmatan kewangan, atau bayaran bagi sebarang produk
atau perkhidmatan kewangan.
4. Menuntut bayaran dari pengguna perkhidmatan kewangan
dalam apa-apa cara untuk urus niaga produk atau perkhidmatan
kewangan yang belum muktamad, termasuk mengancam untuk
mengambil tindakan undang-undang melainkan pelanggan
bersetuju secara lisan atau bertulis untuk menerima tawaran
atas apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan.
5. Mengenakan tekanan yang tidak wajar atau memaksa pengguna
kewangan bersetuju menerima apa-apa perkhidmatan atau
produk kewangan, sebagai syarat untuk mendapatkan lain-lain
urus niaga produk atau perkhidmatan kewangan.
6. Bersubahat dengan mana-mana individu untuk menetapkan
atau mengawal ciri-ciri atau terma mana-mana perkhidmatan
atau produk kewangan sehingga boleh merugikan pengguna
perkhidmatan kewangan, kecuali apa-apa tarif atau kadar
premium dan syarat-syarat polisi yang telah diluluskan sahaja.

64

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

5.8 Soalan Penilaian Diri

2.

Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR mengenai peranan ejen insurans?
a)

Bertanggungjawab membuat jualan produk dan perkhidmatan insurans

b)

Merupakan ejen yang dilantik oleh insurer dan bertanggungjawab terhadap insurer yang
diwakilinya

c)

Mewakili beberapa syarikat insurans dalam urusniaga insurans

d)

Membantu insured mengemukakan tuntutan kerugian yang dilindungi sehingga insured


memperolehi bayaran

Di bawah keadaan yang bagaimanakah perkhidmatan ejen boleh ditamatkan?


I.

Dengan menyelesaikan sesuatu urusniaga di mana kuasa diberikan untuk transaksi


berkenaan sahaja

II.

Dengan tamatnya tempoh perkhidmatan seperti yang tercatat dalam kontrak agensi

III. Dengan persetujuan bersama


IV. Disebabkan kematian, kebankrapan atau tidak siuman prinsipal dan/atau ejen
V.

Melalui kuatkuasa mana-mana undang-undang yang menjadikan kontrak ejen tidak sah

a)

I , II dan III

b)

II, IV dan V

c) II, III dan IV


d) I, II, III, IV dan V
3.

4.

Di bawah keadaan yang bagaimanakah (sekiranya berkenaan) ejen boleh menyerahkan


tugas-tugasnya kepada individu lain?
a)

Tiada sebarang serahan tugas. Ejen dikehendaki melakukan sendiri tugas-tugas yang
diamanahkan

b)

Apabila ejen memiliki status del credere

c)

Tugas-tugas yang diserahkan merupakan tugas-tugas perkeranian

d)

Apabila sub-ejen sendiri bertindak sebagai ejen bagi pihak principal dalam urus niaga
terdahulu

Bagaimanakah hubungan antara insurer dan ejen terbentuk?


I.

Melalui perjanjian atau persetujuan

II. Melalui pengesahan atau ratifikasi


III. Melalui keperluan
IV. Melalui statut atau perundangan
a)

I, II dan III

b)

I dan II

c)

II dan III

d) I, II, III dan IV

UNDANG-UNDANG AGENSI

65

BAB
5

1.

BAB
5

5.

6.

Yang manakah di antara kenyataan berikut menerangkan tentang hak ejen untuk
mendapat indemniti?
a)

Apabila ejen melakukan tugas yang diamanahkan di bawah perjanjian agensi, beliau
berhak untuk dibayar indemniti bagi perkhidmatan yang diberikan.

b)

Apabila ejen mengurusniagakan suatu kontrak insurans bagi pihak prinsipal, kedua-dua
pihak iaitu ejen dan prinsipal berhak menerima indemniti di bawah kontrak agensi.

c)

Apabila ejen menggunakan wangnya sendiri dalam melaksanakan tugasnya, beliau adalah
berhak dibayar balik oleh prinsipal.

d)

Apabila ejen membuat tuntutan perbelanjaan kepada prinsipal dan prinsipal gagal untuk
menjelaskannya, maka ejen adalah bertanggungjawab terhadap perbelanjaan berkenaan.

Ejen dianggap melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sekiranya ia:


I.

terlibat dalam perbuatan yang mengelirukan pengguna atau menggunakan tipu helah.

II. mengenakan tekanan yang tidak wajar atau memaksa pelanggan membeli produk atau
perkhidmatan kewangan.
III. mendedahkan maklumat penting yang diperolehi kepada pihak lain, selain dari
prinsipalnya.
IV. meminta bayaran dari pengguna perkhidmatan kewangan.

7.

8.

66

a)

I dan II

b)

I, II dan IV

c)

III dan IV

d)

I, II, III dan IV

Dalam keadaan yang bagaimanakah ejen menjalankan tugas untuk prinsipalnya, BUKAN
untuk pelanggan atau pengguna?
a)

Ejen menyediakan sebut harga polisi insurans

b)

Ejen memberitahu pelanggan mengenai amaun premium yang dikenakan

c)

Ejen mengesahkan kepada pengunderait bahawa sebut harga insurans telah diterima

d)

Ejen mengutip bayaran premium dari pelanggan dan kemudiannya menyerahkan bayaran
berkenaan kepada prinsipal

Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai kuasa sebenar?
a)

Kuasa sebenar mungkin dalam bentuk tersurat atau tersirat

b)

Kuasa sebenar tersurat mungkin dibuat secara lisan atau bertulis

c)

Kuasa yang kelihatan seperti kuasa nyata

d)

Kuasa sebenar tersirat juga dikenali sebagai kuasa biasa atau kuasa mengikut adat

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

9.

Ejen insurans adalah individu yang melaksanakan perkara-perkara berikut, KECUALI


a)

bertindak bagi pihak insurer untuk mengeluar, memperbaharui dan menguatkuasakan


polisi.

b)

menguruskan kontrak insurans bagi pihak prinsipal.

c)

menyerahkan tugas kepada sub-ejen.

d)

bertindak bagi pihak insurer dalam merundingkan terma dan syarat polisi.

a)

Mendakwa ejen ke mahkamah atas kerugian disebabkan ejen melanggar perjanjian

b)

Menamatkan kuatkuasa polisi yang diurusniaga oleh ejen berkenaan

c)

Menamatkan perkhidmatan ejen tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan atas
kesalahan yang serius

d)

Membatalkan mana-mana perjanjian yang melibatkan ejen berkenaan dan membekukan


bayaran komisen sekiranya ejen melakukan penipuan

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

UNDANG-UNDANG AGENSI

67

BAB
5

10. Yang manakah di antara berikut BUKAN kaedah pembetulan atau remedi yang sah
sekiranya ejen gagal melaksanakan tugasnya?

Insurans Perubatan
dan Kesihatan

6.1 Pengenalan

Inflasi perubatan, peningkatan penggunaan perkhidmatan perubatan


dan perubahan demografi telah membawa kepada perkembangan
yang penting dalam sektor insurans perubatan dan kesihatan
di Malaysia. Jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan terus
mengalami arah aliran yang meningkat, dengan sejumlah besar
rakyat Malaysia beralih kepada insurans swasta bagi membiayai
perbelanjaan penjagaan kesihatan mereka. Perubahan-perubahan
struktur juga telah berlaku, menyaksikan pertambahan produk
insurans perubatan dan kesihatan, pertambahan pembekal dengan
kemunculan organisasi pengurusan kesihatan sebagai satu fenomena
yang semakin penting dalam sektor pembiayaan dan penyediaan
penjagaan kesihatan.


6.2 Jenis-jenis
Produk
Insurans

Kesihatan dan
Perubatan
(MHI)

Insurans perubatan dan Kesihatan (MHI) di Malaysia diurusniaga


oleh kedua-dua syarikat insurans am dan syarikat insurans hayat,
sebagai kontrak polisi asas (perlindungan perbelanjaan perubatan).
Insurer hayat berlesen juga menjual polisi insurans perubatan
dan Kesihatan (MHI) sebagai rider atau perlindungan tambahan
di bawah polisi asas insurans hayat. Insurans kesihatan dan perubatan
berkumpulan juga semakin popular dikalangan majikan kerana ia
melengkapi pakej manfaat kesihatan pekerja.

Insurans Perubatan dan kesihatan secara umumnya ditakrifkan


sebagai polisi insurans yang melindungi penyakit, sakit atau
perbelanjaan perubatan yang menyediakan faedah-faedah tertentu
terhadap risiko-hilang upaya kekal atau sementara disebabkan
penyakit atau keuzuran fizikal. Manfaat yang ditawarkan adalah
dalam bentuk pembayaran semula perbelanjaan perubatan yang
ditanggung oleh pemegang polisi, bayaran sekali gus jumlah yang
diinsuranskan, pembayaran elaun atau pendapatan berkala untuk
tempoh pemilik polisi dimasukkan ke hospital atau hilang upaya.

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

69

BAB
6

BAB 6

6.2.1 Insurans Perbelanjaan



Perubatan atau
Insurans Hospital

dan Pembedahan

Polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI) menyediakan


kemudahan bayaran balik (reimbursement) perbelanjaan
perubatan yang ditanggung oleh pemilik polisi menjalani rawatan
disebabkan penyakit, sakit atau kecederaan.

Sebagai contoh, senarai Manfaat yang dinyatakan di bawah


biasanya dilindungi di bawah polisi insurans hospital dan
pembedahan, sementara Had Dalaman yang ditunjukkan dalam
jadual hanyalah sebagai contoh sahaja.

BAB
6

Manfaat
(Had untuk setiap Hilang Upaya)

Had Dalaman
(RM)

1. Bilik & Makan Minum (maksimum sehingga 120 hari)

300

2. Unit Rawatan Intensif (maksimum sehingga 20 hari)

400

3. Bekalan & Perkhidmatan Hospital


4. Diagnosa Pra-Pembedahan & khidmat Pakar Perunding
5. Caj Pembedahan termasuk caj ubat bius & caj bilik bedah
(tertakluk kepada Prosedur Jadual Pembedahan)

4,000
600
31,000

6. Diagnosa Pra-Penghospitalan & Caj Perundingan

600

7. Rawatan Doktor (maksimum sehingga 60 hari)

200

8. Rawatan Susulan (dalam tempoh 31 hari selepas keluar hospital)

600

9. Caj Ambulans

250

Dengan bayaran premium tambahan, polisi HSI boleh diperluaskan


manfaatnya meliputi: Perlindungan di luar negara
Kematian disebabkan kemalangan
Rawatan pesakit luar dan khidmat pakar runding
Elaun harian kemasukan di hospital kerajaan
Rawatan pesakit luar untuk kanser dan dialysis buah pinggang
Pemindahan organ
Elaun harian penjagaan anak insured

6.2.2 Insurans Penyakit


Kritikal (CI)

atau Penyakit
Merbahaya

Polisi insurans penyakit kritikal (CI) menyediakan pembayaran


sekaligus amaun yang diinsuranskan selepas disahkan menghidap
mana-mana 36 jenis penyakit merbahaya seperti yang dinyatakan
dalam polisi ini. Manfaat ini bertujuan membantu insured
menampung kos rawatan perubatan bagi merawat penyakit kronik
berkenaan. Sesetengah produk direka khusus untuk segmen tertentu
sahaja umpamanya polisi untuk kaum wanita, khusus untuk kes
penyakit seperti kanser payudara atau kanser ovari. Lain-lain
penyakit termasuk rider kanser juvana bagi melindungi penyakit
kritikal yang biasa dialami di kalangan kanak-kanak.

70

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Polisi insurans pendapatan hilang upaya adalah bertujuan


menggantikan pendapatan yang hilang disebabkan kemalangan
atau penyakit. Objektif utama ialah memberikan pendapatan kepada
insured bagi menggantikan gaji bulanan yang hilang akibat
hilang upaya. Secara umumnya, jumlah maksimum pendapatan
hilang upaya yang boleh disediakan ialah di antara 60% hingga 70%
daripada pendapatan bulanan insured.


6.2.4 Insurans
Pendapatan
Hospital

Polisi insurans pendapatan hospital menyediakan bayaran elaun


harian, mingguan atau bulanan (tertakluk kepada had tahunan),
kepada insured yang dimasukkan ke hospital disebabkan oleh
penyakit atau kecederaan. Polisi ini dijual sebagai polisi asas atau
sebagai rider kepada polisi perubatan dan kesihatan. Insurans ini
menyediakan bayaran elaun mengikut kadar yang dipersetujui, bagi
setiap hari insured dimasukkan dan berada di wad hospital.

6.3

Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO) memberi tumpuan


khusus kepada sistem pengurusan dan pentadbiran penjagaan
kesihatan. Syarikat insurans, setakat tertentu, bergantung
kepada perkhidmatan Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO)
untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan membendung
peningkatan kos tuntutan, dengan melaksanakan beberapa bentuk
kawalan ke atas penggunaan perkhidmatan perubatan oleh pemilik
polisi sebagai mematuhi standard normatif atau berasaskan klinikal.

Organisasi
Pengurusan
Kesihatan

Organisasi pengurusan kesihatan ini perlu mendaftar dengan


Kementerian Kesihatan dan ia tidak dikawalselia oleh Bank
Negara Malaysia (BNM). Walau bagaimanapun, insurer perlu
mendapat kelulusan daripada BNM untuk mendapatkan khidmat
MCO bagi pengurusan tuntutan insurans perubatan dan kesihatan
yang dianggap sebagai aktiviti utama insurans. Di bawah ketetapan
ini, MCO tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan atau
menyelesaikan tuntutan. Kelulusan awal dari BNM membolehkan
BNM menetapkan langkah-langkah kawalan bagi memastikan
semua urusan antara insurer dengan MCO dilaksanakan dengan
betul, termasuk urusan dengan pemilik polisi.
Pada tahun 2001, syarikat insurans dilarang menjual Polisi Insurans
Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan kepada MCO yang meliputi
ahli-ahli mereka di bawah skim pemasaran berbilang peringkat.
Larangan tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan MCO gagal
membayar premium yang diterima dari ahli-ahlinya kepada syarikat
insurans. Ia menafikan hak ahli untuk diberi perlindungan yang
mereka fikir mereka telah membelinya. Penjualan polisi MHI yang
disertakan bersama-sama dengan lain-lain perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang disediakan oleh MCO di bawah kemudahan Kad

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

71

BAB
6

6.2.3 Insurans Pendapatan



Hilang Upaya

Perubatan juga adalah dilarang. Ini bertujuan memastikan ketelusan


harga dan manfaat berkaitan dengan perlindungan insurans
perubatan dan kesihatan yang dibeli dan menghapuskan penjualan
polisi MHI secara paksa.
6.4 Peraturan

Peraturan-peraturan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia


(BNM) adalah bertujuan meningkatkan kemudahan penjagaan
kesihatan melalui insurans swasta dan membendung kos demi
menjaga keupayaan dan pembangunan sektor insurans kesihatan
swasta. Dalam menangani beberapa cabaran utama, pihak berkuasa
telah mengeluarkan garis panduan perniagaan insurans kesihatan
dan perubatan dan garis panduan ketelusan dan pendedahan produk
dalam penjualan produk insurans kesihatan dan perubatan untuk
mengurangkan kelemahan penjualan dan salah faham dikalangan
pengguna.

6.4.1


Garis panduan yang disemak semula dan berkuatkuasa pada 1 Januari


2006, bertujuan menggalakkan layanan yang lebih adil dan konsisten
kepada pengguna yang dilindungi di bawah polisi insurans perubatan
dan kesihatan yang dikeluarkan syarikat insurans am dan insurans
hayat di Malaysia. Garis panduan ini menetapkan piawaian minimum
yang perlu dipatuhi oleh insurer berhubung dengan terma dan syarat
polisi, penetapan kadar premium, pengecualian dan had-had kepada
manfaat utama polisi.

BAB
6


di Bawah
Insurans

Perubatan dan
Kesihatan

Garis Panduan
Perniagaan Insurans
Perubatan dan
Kesihatan (pindaan)


6.4.2
Garis Panduan

Pendedahan dan

Ketelusan Produk

Untuk meningkatkan kesedaran pengguna dan membolehkan


pengguna membuat keputusan pembelian produk-produk insurans
perubatan dan kesihatan, pendedahan dan ketelusan dalam jualan
polisi insurans MHI telah dipertingkatkan lagi dengan meminda
garis panduan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.

Garis panduan berkenaan hendaklah dibaca bersama dengan Jadual


8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) berkenaan Keperluan
Pendedahan yang menyatakan:-

Tiada sesiapa yang boleh mempelawa mana-mana individu


untuk membuat tawaran atau cadangan untuk mengikat kontrak
insurans tanpa mendedahkan atau memberitahu:
a) nama insurer berlesen;
b) hubungannya dengan insurer; dan
c) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen

72

Tiada sesiapa boleh menguruskan polisi insurans berkumpulan


untuk mana-mana individu yang ia tiada kepentingan boleh
insurans, tanpa mendedahkan kepada orang itu:

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.4.3 Syarat-Syarat

di Bawah Garis
Panduan Perniagaan
Insurans Perubatan
dan Kesihatan untuk
Meningkatkan
Perlindungan

Pemilik Polisi

a) nama insurer berlesen;


b) hubungannya dengan insurer;
c) syarat-syarat polisi berkumpulan, termasuk pampasan yang
dibayar kepadanya; dan
d) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen
Untuk lain-lain polisi insurans MHI berkumpulan di mana pemilik
polisi berkumpulan berkenaan mempunyai kepentingan boleh
insurans, insurer hendaklah memastikan agar pendedahan atau
pemberitahuan dibuat kepada pemilik polisi induk.

Insurer perlu memberikan tempoh percubaan mandatori


minimum selama 15 hari bagi pemilik polisi mengkaji
kesesuaian polisi yang baru dimiliki sebelum mengesahkan
pembelian mereka.
Definisi standard hendaklah digunakan bagi terma dan syarat
penting polisi untuk memudahkan dibuat perbandingan antara
produk-produk dan mengurangkan kekeliruan dikalangan orang
ramai mengenai perlindungan kerana kepelbagaian bentuk
polisi yang mungkin tidak jelas bagi pemegang polisi semasa
pembelian dibuat.
Insurers tidak dibenarkan secara sebelah pihak (unilateral)
menamatkan perlindungan semasa tempoh insurans berlangsung
(contohnya, terdapat perubahan profil kesihatan pemilik polisi).
Tempoh menunggu atau tempoh kelayakan sebelum pemilik
polisi berhak membuat tuntutan manfaat polisi (contoh 30 hari
dari tarikh permulaan polisi) hendaklah dikurangkan.
Pengecualian perlindungan untuk syarat-syarat sebelum
perlindungan hendaklah yang berkaitan dengan keadaan
kesihatan sahaja, di mana pemilik polisi sepatutnya telah
menyedarinya semasa pembelian polisi MHI.
Kenaikan premium yang dikenakan ke atas individu yang
berisiko tinggi hendaklah disesuaikan berdasarkan kepada
purata pengalaman portfolio berkaitan.
Borang cadangan hendaklah mengandungi soalan-soalan
khusus meminta bakal pemilik polisi memberi maklumat
penting kepada insurer bagi tujuan pengunderaitan sebelum
insurer boleh menolak sesuatu tuntutan atas alasan tidak
mendedahkan maklumat.
Bahagian maklumat yang menerangkan ciri-ciri utama produk,
termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat mengenai
syarat-syarat penguatkuasaan, manfaat utama dan had batasan
serta kadar premium, hendaklah diberikan kepada pemilik polisi
semasa jualan.
Peruntukan perkongsian kos seboleh mungkin hendaklah
bukan syarat mandatori, dan hendaklah dihadkan kepada tahap
serendah 20% (tidak termasuk deduktibel) atau RM3,000

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

73

BAB
6

(termasuk deduktibel) pada tiap-tiap tuntutan, dan ia hendaklah


bukan syarat mandatori.
6.5 Prosedur dan
Pengunderaitan
Polisi

Insurer perlu mempunyai dasar-dasar pengunderaitan yang jelas


dan digunakan secara konsisten bagi perniagaan insurans perubatan
dan kesihatan. Dasar-dasar pengunderaitan hendaklah sekurangkurangnya mengambil kira perkara-perkara berikut:-

BAB
6

Parameter untuk penilaian dan pemilihan risiko;


Kategori risiko yang boleh diterima oleh insurer atau dihadkan
dari menerima;
Keadaan di mana siasatan atau laporan lanjut perubatan dan/
atau dokumen diperlukan sebelum menerima risiko dan jenisjenis penyiasatan atau dokumen yang diperlukan;
Had dan batasan pengunderaitan;
Had pemusatan termasuk konsentrasi yang timbul daripada
pendedahan kepada ciri-ciri khusus kesihatan, pekerjaan,
individu atau kumpulan; dan
Memerlukan staf yang cekap, dengan mengambil kira keperluan
pengetahuan yang khusus atau pengalaman yang berkaitan,
untuk mengunderait perniagaan insurans perubatan dan
kesihatan.
6.5.1
Penilaian dan


Pemilihan Risiko

Proses penilaian risiko melibatkan usaha meneliti maklumat yang


disediakan oleh pemohon untuk membuat pertimbangan yang bijak
dalam pemilihan risiko dan penentuan harga/premium. Borang
cadangan perlu memasukkan soalan-soalan khusus berkaitan dengan
faktor-faktor pengunderaitan berikut:1. Sejarah perubatan termasuk sejarah kesihatan keluarga
seperti penyakit kencing manis atau haemophilia (darah lambat
membeku) dan keadaan fizikal semasa seperti ketinggian
dan berat badan menjadi faktor pertimbangan utama dalam
pengunderaitan. Sejarah perubatan yang tidak memuaskan
mungkin boleh menyebabkan pengunderait meminta maklumat
tambahan atau mengenakan bayaran premium yang lebih tinggi.
2. Kedudukan kewangan merupakan antara pertimbangan
penting dalam mengenalpasti tahap perlindungan insurans,
terutama dalam kes insurans pendapatan hilang upaya kerana
permohonan manfaat pendapatan hilang upaya yang tinggi
boleh menghalang pemegang polisi untuk bekerja kuat dan
meningkatkan kecenderungan untuk melanjutkan tempoh
hilang upaya bagi tujuan memperolehi manfaat daripada
insurans (dikenali sebagai malingering - pura-pura sakit)).
3. Bahaya pekerjaan meningkatkan kebarangkalian berlakunya
kecederaan atau sakit/penyakit yang seterusnya akan
mempengaruhi kadar premium, terutamanya bagi insurans

74

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.5.2
Siasatan Lanjut dan/


atau Dokumentasi
Perubatan

Merupakan keadaan di mana siasatan lanjut perubatan dan/


atau dokumen yang diperlukan bagi pemohon yang dianggap
mempunyai risiko yang terjejas dengan sejarah perubatan yang
kurang memuaskan. Bukti keadaan atau sejarah perubatan yang
meningkatkan kebarangkalian penyakit berulang atau tempoh
pemulihan yang panjang amat diperlukan sebelum penerimaan
risiko. Pengunderait akan menentukan skop siasatan atau dokumen
tambahan yang diperlukan.

Sebagai contoh, jika pemohon sedang menerima rawatan perubatan


untuk tekanan darah tinggi, dia akan dikehendaki menyatakan nama
pakar perubatan yang merawat atau mendapat kenyataan dari doktor
bagi membolehkan pengunderait membuat penilaian risiko dengan
tepat. Pemohon yang mempunyai sejarah ulser peptic, sebagai
contoh, adalah lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital kerana
ulser pada masa akan datang, berbanding dengan seseorang yang
tidak pernah mempunyai sejarah ulser. Sebaliknya, jika pemohon
pernah menerima rawatan patah tangan yang kemudiannya telah
sembuh sepenuhnya, tiada maklumat tambahan diperlukan.

6.5.3
Pengkelasan Risiko

Berdasarkan penilaian, risiko boleh dikelaskan kepada kategori


berikut:
1. Standard risiko biasa, boleh diterima dengan terma dan syarat
serta kadar premium polisi standard;
2. Sub-standard risiko lebih tinggi dari risiko biasa, penerimaan
tertakluk kepada terma dan premium yang lebih tinggi, atau
perlindungan yang dihadkan atau kedua-duanya;
3. Ditolak risiko tidak boleh diterima kerana sejarah tuntutan
yang tinggi, keadaan kesihatan yang tidak memuaskan atau
pekerjaan yang merbahaya atau terlibat dalam aktiviti lasak
seperti perlumbaan profesional.
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

75

BAB
6

pendapatan hilang upaya. Biasanya, klasifikasi pekerjaan


digunakan untuk mengkategorikan bahaya dari tahap rendah ke
tahap tinggi. Kelas 1 merujuk kepada pekerjaan pasif (kurang
pergerakan) dan kerja pentadbiran, dan kelas 2 untuk pekerjaan
yang memerlukan aktiviti fizikal sederhana atau kerja luar
seperti pekerja restoran. Kelas 3 untuk pekerja yang terlibat
dalam kerja-kerja manual atau kerja mahir seperti juruelektrik,
tukang paip dan mekanik, sementara kelas 4 merujuk pekerja
binaan dan buruh pertanian.
4. Umur dan jantina adalah pertimbangan penting dalam
insurans perubatan dan kesihatan kerana pertambahan usia
meningkatkan kadar morbiditi (iaitu kejadian atau kelaziman
mendapat sakit) dan statistik menunjukkan bahawa wanita
mempunyai kadar morbiditi yang lebih tinggi berbanding
dengan kaum lelaki.

6.5.4 Ubah suai Manfaat



dan Perlindungan
Polisi

Apabila menguruskan risiko yang sub-standard atau individu yang


berisiko tinggi, pengunderait mempunyai beberapa kaedah untuk
mengelakkan anti pemilihan. Syarat-syarat yang lebih ketat boleh
dikenakan jika terdapat keraguan pada tahap risiko keseluruhan,
atau bahaya fizikal dan bahaya moral menunjukkan perlindungan
standard hanya boleh diberikan dengan mengenakan bebanan
premium tambahan:
1. Penyakit sedia ada atau penyakit yang diwarisi seperti

BAB
6

tekanan darah tinggi atau aktiviti luar biasa berbahaya (seperti


menyelam di laut) akan dikecualikan daripada perlindungan.
Endorsemen pengecualian bergantung kepada tahap
risiko, keterukan dan dasar pengunderaitan. Kesan daripada
pengecualian tersebut ialah pemilik polisi akan dinafikan
hak perlindungan yang diperlukan, mengakibatkan rasa tidak
puas hati dan hilang keyakinan terhadap syarikat insurans.
Disisi lain, penggunaan pengecualian adalah alternatif
untuk mengenakan bayaran premium yang lebih tinggi dan
menawarkan perlindungan kepada orang yang mempunyai
risiko terjejas, walaupun perlindungan dihadkan.
2. Keadaan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular yang
berpunca dari tekanan darah tinggi, kencing manis atau obesiti
adalah terlalu rumit untuk dikecualikan. Oleh itu, perlindungan
mungkin boleh diberikan dengan mengenakan premium
tambahan atau beban premium. Pembayaran premium
tambahan adalah sebagai balasan kepada perlindungan penuh
(tanpa pengecualian) yang diberikan dan kaedah ini secara
amnya lebih diterima oleh pemohon.
3. Pengubahsuaian kepada perlindungan insurans kesihatan
dan perubatan dipanggil had batasan manfaat di mana
amaun manfaat yang perlu dibayar dikurangkan atau tempoh
pembayaran pendapatan hilang upaya dipendekkan atau
amaun deduktibel lebih besar dikenakan ke atas perbelanjaan
perubatan untuk individu berisiko tinggi.
6.6 Insurans


Perubatan dan
Kesihatan
Berkelompok


6.6.1
Tiada Penilaian


& Pemilihan

Risiko Individu

76

Polisi MHI berkelompok menyediakan manfaat penjagaan kesihatan


yang dibiayai oleh majikan, yang mengandungi komponen penting
dalam pakej manfaat pekerja. Manfaat penjagaan kesihatan ini
biasanya menggunakan kaedah bayaran balik (reimbursement) atau
majikan membayar terus bil rawatan dan/atau pembedahan kepada
pihak hospital. Melalui kaedah ini, majikan biasanya terpaksa
menampung perbelanjaan kos rawatan hospital yang tinggi.
Semua pekerja yang layak atau ahli-ahli (persatuan atau kelab) akan
diberi perlindungan, di mana kadar premium adalah berdasarkan
saiz dan ciri-ciri utama kumpulan seperti kelas pekerjaan, purata

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


6.6.2
Sumbangan atau

Tanpa Sumbangan

Insurans perubatan dan kesihatan berkelompok ditawarkan


berasaskan pelan sumbangan (contributory) atau tanpa sumbangan
(non-contributory). Pelan tanpa sumbangan memberi perlindungan
kepada semua ahli/pekerja yang layak di mana premium dibayar
oleh pemilik polisi kumpulan atau majikan. Pelan sumbangan
memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya tujuh puluh lima
peratus (75%) dari jumlah ahli kumpulan yang layak, di mana
premium dibayar sepenuhnya oleh pekerja atau sebahagian premium
disubsidi oleh majikan.

6.6.3 Kepentingan Boleh



Insurans Pemilik

Polisi Berkelompok

Insurer bertanggungjawab terhadap insured yang dilindungi di bawah


polisi berkelompok walaupun pemilik polisi induk tidak mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas insured apabila insured telah
membayar premium kepada pemilik polisi kumpulan atau majikan
sungguhpun insurer belum menerima bayaran polisi dari majikan
terbabit. Manfaat, hak dan tanggungjawab insured terkandung dalam
polisi induk. Sekiranya pemilik polisi induk tiada kepentingan boleh
insurans keatas insured, insurer dikehendaki memberitahu maklumat
lanjut mengenai perlindungan, hak dan tanggungjawab kepada setiap
insured.

6.7 Langkah

Polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI) biasanya menerapkan


konsep seperti dicaj, bermaksud polisi ini akan membayar balik
kos sebenar yang ditanggung oleh insured atau yang dikenakan oleh
penyedia penjagaan kesihatan untuk perbelanjaan perubatan (selain
daripada bilik dan makan minum), tertakluk kepada keadaan caj
biasa dan munasabah dan had bagi setiap hilang upaya dan/atau
had tahunan keseluruhan.

Mengurangkan
Kos

Walau bagaimanapun, konsep seperti dicaj menggalakkan


penyalahgunaan dan tuntutan palsu sehingga menyebabkan
insurer terpaksa melaksanakan langkah-langkah kawalan kos
bagi mengurangkan kos tuntutan yang semakin meningkat dan
membendung ketirisan dalam tuntutan. Dengan mengenakan had
amaun manfaat yang perlu dibayar, insurer mampu mengawal kos
dan masaalah tuntutan agar premium yang dikenakan berpadanan
dengan risiko yang ditanggung.
Berikut adalah contoh-contoh had batasan yang dikenakan ke atas
manfaat utama polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI):

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

77

BAB
6

umur, pengalaman tuntutan dan keuntungan keseluruhan akaun


berkaitan. Bebanan premium akan dikenakan untuk perbelanjaan
dan malapetaka (kerugian teruk dari satu kejadian tunggal) demi
mengekalkan perlindungan berterusan di masa akan datang.

1.
2.
3.
4.

Had Dalaman;
Jadual Prosedur Pembedahan;
Tempoh Maksimum Pampasan; dan
Tempoh Masa

Manfaat
(Had untuk setiap Hilang Upaya)
Bilik & Makan Minum (maksimum sehingga 120 hari)
Unit Rawatan Intensif (maksimum sehingga 20 hari)
Bekalan & Perkhidmatan Hospital

Caj Pembedahan termasuk caj ubat bius & caj bilik bedah
(tertakluk kepada Prosedur Jadual Pembedahan)
Diagnosa Pra-Penghospitalan & Caj Perundingan

BAB
6

300
400
4,000

Diagnosa Pra-Pembedahan & khidmat Pakar Perunding

Rawatan Doktor (maksimum sehingga 60 hari)

Rawatan Susulan (dalam tempoh 31 hari selepas keluar hospital)


Caj Ambulans

Had Dalaman
(RM)

600
31,000
600
200
600
250

Insurans perubatan dan kesihatan membayar perbelanjaan dari


setiap ringgit yang pertama atau boleh mengenakan suatu bentuk
deduktibel atau perkongsian bersama supaya premium menjadi lebih
mampu bayar. Polisi insurans hospital dan pembedahan biasanya
membayar dari ringgit yang pertama. Polisi perbelanjaan perubatan
utama secara amnya membayar amaun yang melebihi amaun
deduktibel yang telah dipersetujui. Dalam kes menaik taraf bilik
dan makan minum (lebih tinggi daripada manfaat polisi), bayaran
bersama diperlukan dari insured atas perbelanjaan melebihi had
deduktibel.

Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu dibayar terlebih


dahulu oleh pemegang polisi tanpa mengira jumlah
keseluruhan kos yang ia layak. Sekiranya amaun deduktibel
ialah RM3,000, pemegang polisi perlu membayar RM3,000
yang pertama dari jumlah keseluruhan kos yang ia layak
(tidak termasuk caj bilik dan makan minum), sementara
bakinya akan dibayar oleh insurer sehingga ke had maksimum
tahunan.

Peruntukan Perkongsian kos hendaklah bukan mandatori


dan seboleh mungkin hendaklah dihadkan kepada 20% (tidak
termasuk deduktibel) atau RM3,000 (termasuk deduktibel)
bagi setiap tuntutan, dan ia hendaklah bukan mandatori.

78

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.8 Pembaharuan

Polisi Insurans

Perubatan dan
Kesihatan
a) Sekiranya polisi boleh diperbaharui dengan pindaan terma
dan syarat, pemilik polisi hendaklah diberitahu mengenainya
dan menyatakan sebab-sebab ia dipinda, sekurang-kurangnya
30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi; dan
b) Sekiranya polisi tidak boleh diperbaharui atau pembaharuan
polisi ditangguhkan, pemilik polisi hendaklah diberitahu
mengenainya dengan menyatakan sebab-sebabnya, sekurangkurangnya 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi.

6.8.2 Untuk meneruskan


a) Secara unilateral (sebelah pihak) menamatkan tempoh

perlindungan, insurer
kuatkuasa polisi MHI;

tidak boleh:b) Enggan memperbaharui perlindungan atas risiko yang
telahpun dilindungi hanya disebabkan pemilik polisi
telah membuat tuntutan pada tahun sebelumnya. Walau
bagaimanapun, insurer boleh, semasa pembaharuan,
meminda terma dan syarat perlindungan, atau secara khusus
mengecualikan keadaan/peril yang menyebabkan peningkatan
amaun tuntutan terdahulu, dan
c) Enggan memperbaharui polisi yang telah dijamin
pembaharuannya, kecuali sekiranya syarat-syarat tidak
boleh diperbaharui dinyatakan dengan jelas dan pemilik polisi
telah diberitahui mengenainya. Dalam kes polisi hospital
dan pembedahan (HIS), syarat-syarat tersebut hendaklah
dihadkan kepada keadaan yang berkaitan bagi polisi yang
dijamin pembaharuannya, seperti yang dinyatakan dalam garis
panduan polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI)*.

Memastikan kesinambungan perlindungan polisi adalah
bertujuan untuk mendapat jaminan yang pasti bagi
pemegang polisi, terutamanya pemegang polisi yang lebih
terdedah kepada risiko (biasanya risiko yang lebih tinggi),
di mana pemegang polisi mungkin menghadapi masalah
besar menggantikan perlindungan insurans pada kos yang
berpatutan. Walau bagaimanapun, pemilik polisi hendaklah
mempertahankan hak untuk membatalkan polisi pada bilabila masa dengan memberi notis bertulis kepada insurer, dan
dalam kes polisi insurans hospital dan pembedahan, pemilik
polisi layak untuk mendapat bayaran balik premium mengikut
jadual bayaran balik yang ditetapkan dalam garis panduan
insurans hospital dan pembedahan.

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

79

BAB
6

6.8.1 Untuk polisi MHI



yang boleh
diperbaharui,

insurer hendaklah:-

BAB
6

*Nota: Garis panduan HSI merujuk kepada Panduan Insurans Hospital dan
Pembedahan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia
(LIAM) and Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).


6.9 Penamatan
Polisi
Secara
Automatik

Kuatkuasa polisi insurans perubatan dan kesihatan akan tamat secara


automatik apabila berlaku perkara-perkara berikut:
1. Mencapai had tahunan atau had seumur hidup seperti yang
dinyatakan dalam syarat polisi.
2. Mencapai tarikh ulang tahun polisi dan insured telah
mencapai umur maksimum kelayakan.
3. Berlaku kematian kepada hayat yang diinsuranskan.

6.10 Pengecualian

Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 atas polisi insurans perubatan


dan kesihatan (MHI) dan polisi pendidikan adalah dibenarkan (sejak
1996). Pelepasan cukai (sebanyak RM2,000 dinaikkan kepada had
semasa pada tahun 2000. Pelepasan cukai ini berfungsi sebagai
insentif kepada individu yang bermastautin di Malaysia untuk
membeli polisi insurans perubatan dan kesihatan kerana pelepasan
cukai ini adalah tambahan kepada RM6,000 potongan daripada
pendapatan boleh cukai yang dibenarkan bagi premium polisi
insurans hayat dan lain-lain caruman yang diluluskan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cukai
Pendapatan
Persendirian

Untuk layak mendapat pelepasan cukai, bukti pembayaran premium


diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pemegang polisi
dikehendaki mengemukakan resit berkaitan bagi tujuan pengauditan
dan pengesahan cukai.

80

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.11 Soalan Penilaian Diri

2.

Yang manakah di antara kejadian berikut TIDAK secara automatik menamatkan


kuatkuasa polisi insurans perubatan dan kesihatan?
a)

Mencapai had tahunan atau had seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam syarat polisi

b)

Mencapai tarikh ulang tahun polisi dan insured telah mencapai umur maksimum kelayakan

c)

Melanggar syarat-syarat polisi

d)

Berlaku kematian kepada hayat yang diinsuranskan

Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh insurer untuk mengawal kos dan
tuntutan yang berlebihan?
I.

Had dalaman

II.

Jadual prosedur pembedahan


BAB
6

1.

III. Tempoh maksimum pampasan


IV. Tempoh masa

3.

4.

5.

V.

Deduktibel atau perkongsian kos

a)

I dan II

c)

I, II, III dan IV

b)

II, III dan IV

d)

I, II, III, IV dan V

Yang manakah di antara berikut BUKAN produk insurans perubatan dan kesihatan?
a)

Insurans hospital dan pembedahan

b)

Insurans penyakit kritikal atau penyakit merbahaya

c)

Insurans pendapatan hilang upaya kekal

d)

Insurans pendapatan hilang upaya

Di antara berikut, yang manakah BUKAN pilihan memperbaharui polisi insurans


perubatan dan kesihatan?
a)

Memberitahu insured bahawa premium paras akan dikenakan semasa pembaharuan

b)

Memberitahu insured bahawa premium akan dinaikkan semasa pembaharuan

c)

Memberitahu insured 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi bahawa polisi tidak boleh
diperbaharui

d)

Enggan memperbaharui polisi walaupun jaminan pembaharuan polisi telah diberikan

Apakah manfaat yang dibayar di bawah polisi insurans pendapatan hospital?


a)

Aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan pra-hilang upaya sekiranya


insured tidak boleh bekerja disebabkan sakit/penyakit

b) Elaun tetap dibayar secara berkala sekiranya insured dimasukkan ke hospital disebabkan
sakit atau cedera
c) Bayaran balik perbelanjaan perubatan sekiranya insured dimasukkan ke hospital
disebabkan sakit atau cedera
d) Jumlah perlindungan dibayar sekaligus setelah didiagnosa dan disahkan menghidapi
mana-mana 36 penyakit merbahaya
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

81

6.

Apakah pilihan terbaik untuk insurer menangani tuntutan terdahulu di bawah polisi
insurans perubatan dan kesihatan yang sama?
a) Mengenakan had batasan, terma dan syarat yang lebih ketat
b) Mengecualikan kejadian atau hilang upaya yang menyebabkan wujudnya tuntutan terdahulu

BAB
6

7.

8.

c)

Tidak memperbaharui perlindungan kerana pemilik polisi telah membuat tuntutan pada
tahun sebelumnya

d)

Mengenakan bebanan premium tambahan dan surcaj

Apakah tujuan utama pindaan Garis Panduan Perniagaan Insurans Perubatan dan
Kesihatan?
a)

Meningkatkan kadar premium bagi individu yang berisiko tinggi

b)

Mengurangkan kos tuntutan yang semakin meningkat

c)

Menggalakkan insurer hayat dan insurer am mengamalkan standard minimum yang ditetapkan

d)

Memperkenalkan had terbaru dalam manfaat utama polisi

Yang manakah di antara berikut BUKAN peranan Organisasi Pengurusan Kesihatan


(MCO) di Malaysia?
a)

Mentadbir urusan kemasukan dan keluar hospital pemilik polisi insurans hospital dan
pembedahan (HSI)

b)

Meluluskan dengan segera dan membuat bayaran tuntutan polisi perubatan dan kesihatan
bagi pihak insurer

c)

Mentadbir urusan transaksi tuntutan di bawah polisi perubatan dan kesihatan, antara
pemegang polisi dengan penyedia penjagaan kesihatan

d)

Memastikan penggunaan perkhidmatan perubatan mematuhi standard klinikal

9. Mengapa penggunaan definisi standard untuk terma dan syarat polisi begitu penting
di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan?
a)

Untuk menggalakkan persaingan yang sihat dalam penetapan harga produk

b)

Untuk meminimumkan tanggapan yang mengelirukan dikalangan orang ramai dan


menyediakan maklumat perbandingan produk

c)

Insurer secara unilateral mengecualikan keadaan sedia ada dari polisi

d)

Mempertingkat kualiti khidmat pelanggan dan pemasaran produk

10. Yang manakah di antara keadaan berikut TIDAK memerlukan siasatan dan/atau
dokumen perubatan dalam pengunderaitan polisi insurans perubatan dan kesihatan?
a)

Risiko terjejas berserta sejarah kesihatan yang tidak memuaskan

b)

Keadaan sedia ada yang meningkatkan kebarangkalian musibah akan berulang semula

c)

Keadaan kesihatan yang memungkinkan proses penyembuhan akan memakan masa yang
panjang

d)

Kecederaan disebabkan kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya sementara

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .

82

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.1 Pengenalan


7.2 Insurans

Motor

Perniagaan
Insurans Am
Semua perniagaan insurans selain insurans hayat dikenali sebagai
insurans am. Di Malaysia, syarikat insurans diberi kuasa di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA 2013) untuk menjalankan
perniagaan insurans am. Insurans am terdiri dari kontrak tahunan
dan kontrak jangka pendek dengan premium yang berbezabeza berdasarkan jenis risiko yang diinsuranskan, pengalaman
menyeluruh berkaitan kelas perniagaan tertentu motor atau
bukan motor), atau portfolio risiko dalam kelas yang sama (risiko
liabiliti pihak ketiga - insurans motor). Insurans am direka khusus
untuk membayar gantirugi atau indemniti kerugian kewangan
dan mengembalikan kedudukan kewangan pemilik polisi kepada
kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian.
Insurans am atau bukan insurans hayat secara umum dibahagikan
kepada perniagaan motor dan bukan motor.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (RTA) menetapkan kawalan


kenderaan bermotor dan lalu-lintas di jalan raya di Malaysia dan
menguatkuasakan bahawa insurans motor adalah wajib. Seksyen
90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa: adalah
menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang menggunakan
atau menyebabkan atau membenarkan individu lain untuk
menggunakan kenderaan motor melainkan suatu polisi insurans itu
berkuatkuasa atau lain-lain bentuk perlindungan berkaitan dengan
risiko pihak ketiga.
Mengapa insurans motor diwajibkan oleh undang-undang?
Untuk menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar
ganti rugi kepada mangsa kemalangan jalan raya.
Untuk memastikan dana sentiasa tersedia sekiranya mahkamah
memutuskan gantirugi perlu dibayar.
Untuk meringankan beban kewangan kerajaan dan untuk
melindungi kepentingan negara.

PERNIAGAAN INSURANS AM

83

BAB
7

BAB 7

BAB
7

Apakah penalti yang dikenakan sekiranya melanggar undangundang?


Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa
seseorang yang melanggar seksyen undang-undang ini adalah
dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara 3 bulan dan jika
mahkamah fikirkan wajar, pesalah akan hilang kelayakan untuk
mempunyai lesen memandu untuk tempoh 12 bulan dari tarikh sabitan.
Apakah perlindungan minimum yang dikehendaki di bawah
undang-undang?
Seksyen 91(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini menyatakan
bahawa polisi insurans mestilah dikeluarkan oleh insurer yang
dibenarkan untuk melindungi liabiliti kematian atau kecederaan
anggota kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh atau
yang timbul daripada penggunaan kenderaan atas darat yang dibina
jalan raya diatasnya.
Apakah definisi jalan mengikut undang-undang?
Akta Pengangkutan Jalan mentakrifkan jalan sebagai mana-mana
jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam
mempunyai akses (iaitu termasuk jalan persendirian). Jalan juga
termasuk jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri,
persimpangan, bulatan, lalu lintas pulau, pembahagi jalan, semua
lorong lalu lintas, lorong pandu laju, lorong pandu perlahan, tepi
jalan, laluan ditengah-tengah, jejambat, jalan bawah, laluan sisi,
pintu masuk dan tanjakan keluar, plaza tol, kawasan khidmat
rekreasi dan lain-lain struktur dan kelengkapan yang digunakan
sepenuhnya; dan jalan sedang dibina.

7.2.1 Kelas Kenderaan Bermotor


Kenderaan Persendirian
Digunakan untuk tujuan
sosial, domestik dan
keseronokan; serta tujuan
perniagaan insured sahaja.

84

Dikecualikan: disewakan
atau mendapat ganjaran,
perlumbaan, ujian
ketahanan, ujian kelajuan,
belajar memandu,
membawa barangan
dagangan kecuali contoh
membawa penumpang
untuk mendapatkan upah
atau ganjaran, dsb.

Motosikal

Kenderaan Perdagangan

Digunakan untuk
membawa barangan: lesen
pengangkutan persendirian
(PermitC) atau lesen
pengangkutan awam
(PermitA).

Sewa awam: teksi

Sewa persendirian: pandu


sendiri atau sewa dengan
pemandu

Bas awam dan persendirian

Kenderaan khas seperti


ambulans atau kereta
pembawa mayat

Perniagaan motor

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Motosikal persendirian
yang digunakan untuk
tujuan sosial, domestik dan
keseronokan; serta tujuan
perniagaan insured sahaja.

Motosikal perdagangan
dengan atau tanpa
kereta sisi, digunakan
untuk tujuan perniagaan
termasuk membawa
barangan, bukan
membawa penumpang.

7.2.2 Jenis-jenis Perlindungan Insurans Motor

Akta sahaja

Pihak Ketiga,
Kebakaran &
Kecurian

Komprehensif

1. Perlindungan Akta sahaja merupakan perlindungan insurans


paling minimum yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan
Jalan 1987 (RTA). Istilah Akta bermaksud polisi insurans
dikeluarkan menurut keperluan Akta Pengangkutan Jalan bagi
melindungi liabiliti kematian atau kecederaan anggota
badan kepada mana-mana individu, yang timbul akibat
penggunaan kenderaan motor di jalan raya. Di Malaysia,
Perlindungan Akta tidak dijual sebagai polisi asas tetapi ia
ditawarkan bersama-sama dengan insurans pihak ketiga yang
merangkumi liabiliti kerosakan harta benda. Sebab utama polisi
ini tidak dijual ialah kerana premium yang dikenakan adalah
rendah tetapi risiko yang ditanggung adalah tinggi disebabkan
liabiliti tuntutan kecederaan pihak ketiga adalah tinggi dan
tidak terhad.
2. Polisi perlindungan pihak ketiga menawarkan perlindungan
liabiliti kerosakan harta, sebagai tambahan sebagai tambahan
kepada liabiliti kematian atau kecederaan anggota badan pihak
ketiga, yang timbul daripada penggunaan kenderaan motor di
jalan raya. Sungguhpun premium polisi insurans pihak ketiga
adalah lebih tinggi daripada perlindungan Akta, ia masih
rendah berbanding dengan polisi komprehensif. Oleh kerana
premiumnya yang rendah, perlindungan jenis ini menjadi
pilihan utama khususnya dikalangan pemilik-pemilik kenderaan
lama/berusia (nilai pasaran juga rendah). Syarikat insurans
pula akan lebih bersifat memilih dalam menyediakan insurans
pihak ketiga kerana premium yang diterima tidak setimpal
dengan risiko liabiliti yang ditanggung. Kos tuntutan akan
meningkatkan keperluan rizab tuntutan, diburukkan lagi dengan
kesan inflasi dan oleh itu kadar premium perlu ditingkatkan
selaras dengan perubahan masa dan sejajar dengan trend
keputusan mahkamah yang meluluskan tuntutan kecederaan
peribadi yang semakin meningkat.

PERNIAGAAN INSURANS AM

85

BAB
7

Pihak Ketiga

3. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian memberi


perlindungan dari kerugian atau kerosakan kepada
kenderaan yang diinsuranskan akibat kebakaran atau
kecurian, selain dari manfaat insurans pihak ketiga yang
dinyatakan di atas. Kadar premium bagi perlindungan adalah
75 peratus daripada premium yang dicajkan bagi insurans
komprehensif. Perlindungan jenis ini biasanya digemari oleh
pengguna yang ingin menjimatkan premium tetapi mahukan
perlindungan yang lebih luas dari insurans pihak ketiga.

BAB
7

4.

7.2.3 Insurans
Komprehensif
Kenderaan
Persendirian

Insurans Komprehensif menawarkan perlindungan yang


lebih meluas dan memenuhi keperluan perlindungan bagi
kenderaan baru, khususnya kenderaan di bawah skim sewa beli
atau pembiayaan. Istilah komprehensif atau menyeluruh ini
bermakna skop perlindungan adalah untuk apa-apa kehilangan
atau kerugian yang disebabkan oleh peril yang dinyatakan,
termasuk kemalangan pelanggaran secara berhadapan,
kenderaan terbalik kerana pertembungan atau disebabkan haus
dan lusuh atau kerosakan mekanikal. Polisi ini merangkumi dua
bahagian: melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan milik
insured, dan perlindungan yang merangkumi liabiliti pihak
ketiga yang timbul daripada penggunaan kenderaan tersebut.

Skop Perlindungan:
Seksyen A- Kerugian atau Kerosakan Kenderaan Disebabkan:
a) pelanggaran atau terbalik ketika pelanggaran;
b) pelanggaran atau terbalik disebabkan kerosakan mekanikal atau
haus dan lusuh;
c) kerosakan akibat dihempap oleh objek yang jatuh; bukan
disebabkan banjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa
bumi, tanah runtuh, tanah mendap atau lain-lain bencana alam;
d) kebakaran, letupan atau kilat;
e) rompakan, pecah rumah atau kecurian;
f) perbuatan khianat;
g) ketika dalam transit (termasuk semasa memunggah atau
menurunkan barang) melalui:
i.

jalan raya, keretapi atau laluan air

ii. laluan laut merentasi selat antara Pulau Pinang dan tanah
besar
Seksyen B- Liabiliti Pihak Ketiga Sehingga Menyebabkan:
a) kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga dengan
liabiliti yang tidak terhad
b) kerosakan harta disebabkan kemalangan, terhad sehingga RM3
juta bagi setiap tuntutan

86

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Manfaat Tambahan
Ini adalah pilihan belian-balik bagi pengecualian-pengecualian
tertentu dengan membayar premium tambahan. Jadual di bawah
menyatakan manfaat tambahan dan kadar premium yang dikenakan:

Manfaat Tambahan

Premium Tambahan

1. banjir, ribut, hujan lebat, taufan,


hurikan, letusan gunung berapi, gempa
bumi, tanah runtuh, dan sebagainya.

0.5% dari amaun perlindungan RM15

2. pecah kaca cermin hadapan/belakang


atau tingkap

15% dari nilai kaca atau minimum RM30

3. mogok, rusuhan dan kekacauan awam

0.3% dari amaun perlindungan atau minimum RM5

4. aksesori kenderaan

15% dari nilai aksesori

5. ujian memandu atau menguji


kenderaan persendirian yang tidak
dimiliki dan dikendalikan oleh institut/
sekolah memandu.

50% dari amaun premium (tidak termasuk diskaun


tanpa tuntutan)

6. tambahan pemandu yang dibenarkan

RM10 bagi setiap tambahan pemandu

7. semua pemandu (kenderaan


persendirian yang dikeluarkan kepada
Syarikat atau organisasi perniagaan).

RM50 bagi setiap kenderaan

8. liabiliti kepada penumpang

9. liabiliti kepada penumpang disebabkan


kecuaian

RM7.50 bagi setiap kenderaan

25% dari premium pihak ketiga (tambahan RM10


bagi setiap penumpang yang melebihi 5 oramg
termasuk pemandu)

PERNIAGAAN INSURANS AM

87

BAB
7

Pengecualian Utama
Kematian atau kecederaan anggota badan kepada mana-mana
penumpang yang dibawa bagi tujuan mendapatkan upah atau
ganjaran, atau kepada mana-mana individu di mana kematian
atau kecederaan yang berlaku berpunca daripada atau semasa
bekerja untuk insured atau pemandu yang dibenarkan oleh
insured.
Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul akibat banjir,
taufan, ribut, angin kencang, ribut taufan, letusan gunung berapi,
gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, pemendapan atau
penenggelaman tanah atau bencana semulajadi lain yang
seumpamanya.
Kerugian, kerosakan atau liabiliti disebabkan kenderaan
tersebut digunakan untuk apa-apa acara sukan bermotor
atau pertandingan (selain acara mencari harta karun), ujian
ketahanan, rally dan ujian mendaki bukit.
Tuntutan, kos guaman dan perbelanjaan berkaitan kenderaan
di luar Malaysia, Singapura atau Brunei.

Ekses/Lebihan Polisi
Ekses polisi ialah amaun awal yang perlu ditanggung oleh insured
semasa membuat tuntutan. Mengenakan ekses polisi dapat
mengelakkan tuntutan kecil (remeh atau tidak mustahak) yang
tidak ekonomik untuk diproses. Ekses juga bertindak sebagai
penghalang insured bertindak seolah-olah seperti tidak dilindungi,
bagi mengelakkan kerugian kerana insured perlu menanggung
sebahagian dari amaun tuntutan.

Ekses Wajib - Endorsemen 2(f)


Sebagai tambahan kepada ekses polisi, ekses tambahan sebanyak
RM400 akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang tuntutan
(selain dari kebakaran atau kecurian) timbul di bawah Seksyen A
polisi komprehensif kenderaan persendirian sekiranya kenderaan
tersebut dipandu oleh mana-mana orang yang: berumur di bawah 21 tahun;
memiliki lesen memandu provisional atau percubaan;
namanya tidak dinyatakan dalam polisi;
pemandu yang dinyatakan dalam polisi, berumur di bawah 21
tahun dan/atau pemegang lesen provisional atau percubaan

BAB
7



7.2.4
Insurans Kenderaan

Perdagangan

Skop perlindungan adalah sama seperti insurans kenderaan


persendirian seperti yang diterangkan sebelum ini, kecuali dua
pengecualian tambahan iaitu 1. Kerosakan disebabkan oleh bebanan
atau tekanan berlebihan; dan 2. Kerosakan disebabkan oleh letupan
daripada mana-mana dandang yang menjadi sebahagian daripada
atau dipasang pada kenderaan insured.

7.2.5 Liabiliti Penumpang

Liabiliti terhadap penumpang tidak diwajibkan di Malaysia


KECUALI untuk:i. penumpang yang dibawa bagi tujuan mendapatkan upah atau
ganjaran (menjejaskan kepentingan bas awam atau persendirian
atau teksi); atau
ii. penumpang yang dibawa dengan sebab atau bagi tujuan
melaksanakan kontrak pekerjaannya dengan insured (contohnya
membawa pekerja menggunakan kenderaan majikan).

Dalam hal ini, kenderaan perdagangan terutama bas dan teksi


yang membawa penumpang bagi tujuan sewaan atau mendapat
ganjaran mestilah mempunyai insurans untuk melindungi liabiliti
penumpang disebabkan kematian atau kecederaan yang
dialami semasa perjalanan, termasuk ketika memasuki atau
turun dari kenderaan.

Tidak seperti insurans kenderaan persendirian, polisi kenderaan


perdagangan tidak menyatakan pengecualian polisi berikut:

88

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


7.2.6 Perniagaan Motor

7.3 Insurans

Harta

Walau bagaimanapun, polisi kenderaan perdagangan mengecualikan


liabiliti terhadap mana-mana individu dalam keadaan berikut:i. Kematian atau kecederaan keatas mana-mana individu di mana
kematian atau kecederaan tersebut berlaku berpunca dari
dan semasa menjalankan tugas insured atau pemandu yang
dibenarkan. Sebagai contoh, pemandu bas, konduktor atau
atendan lori adalah lebih sesuai dilindungi di bawah polisi
pampasan pekerja atau insurans liabiliti majikan, bukan
insurans motor; dan
ii. Kematian atau kecederaan mana-mana individu yang sedang
dibawa, memasuki, menaiki atau turun dari kenderaan tersebut
kecuali individu berkenaan diminta untuk dibawa di dalam
atau di atas kenderaan tersebut dengan sebab atau bagi tujuan
melaksanakan kontrak pekerjaannya dengan insured, pemandu
yang dibenarkan dan/atau majikan kepada individu berkenaan.
Sebagai contoh, pekerja insured dibawa sebagai penumpang di
dalam kenderaan milik majikan.
Polisi insurans perniagaan motor juga dikenali sebagai insurans
risiko di jalanan. Polisi insurans ini biasanya dibeli oleh peniagapeniaga yang terlibat dalam perniagaan mengeluar, membaik
pulih dan menjual kenderaan motor. Polisi perniagaan motor
menyediakan indemniti hanya ketika kenderaan bermotor berkaitan
berada diatas jalan raya, disimpan sementara sebelum dibawa ke
mana-mana destinasi dalam lingkungan sempadan geografi tertentu
dan semasa kenderaan berada di premis perniagaan insured.
Sebagai contoh, lesen perniagaan motor atau plat perniagaan
motor diperlukan bagi setiap kenderaan yang diniagakan atau lesen
am yang melindungi risiko jalanan wajib dimiliki untuk semua
kenderaan di bawah jagaan peniaga, sekiranya kenderaan berkenaan
menggunakan jalan awam.
Insurans harta melindungi harta benda seperti bangunan, mesin, loji
dan sebagainya dari berlakunya kerugian atau kerosakan disebabkan
kebakaran, banjir dan lain-lain peril dari luar. Walaupun istilah
harta termasuk objek seperti kenderaan bermotor, kapal laut dan
pesawat, perlindungan insurans untuk harta berkenaan diuruskan
secara berasingan di bawah insurans yang lebih khusus seperti
insurans motor, marin dan penerbangan.

PERNIAGAAN INSURANS AM

89

BAB
7

kematian atau kecederaan anggota badan penumpang yang


dibawa bagi tujuan mendapatkan untuk upah atau ganjaran
di bahagian liabiliti pihak ketiga.

Polisi

BAB
7

7.3.1 Kebakaran dan




Peril Khusus

Harta yang Dilindungi

Kebakaran dan Peril Khas

Bangunan, mesin, stok dsb.

Semua Risiko

Barangan yang Bernilai

Gangguan Perniagaan

Keuntungan Kasar atau


Perolehan

Empunya Rumah

Bangunan Kediaman atau Flat

Isi Rumah

Kandungan Isi Rumah dan


Barangan Peribadi

Kecurian

Harta Mudah Alih

Polisi asas kebakaran menawarkan perlindungan kerugian fizikal


atau kerosakan keatas harta yang diinsuranskan disebabkan:
kebakaran,
kilat, atau
letupan domestik

Pengecualian Utama di Bawah Polisi Insurans Kebakaran:


gempa bumi, letusan gunung berapi atau lain-lain bencana alam;
taufan, puting beliung, ribut dan yang seumpamanya;
pembakaran harta benda dengan perintah pihak berkuasa;
kebakaran bawah tanah;
letupan selain dari letupan gas untuk menerangi dan kegunaan
domestik;
pembakaran belukar, semak, lalang, prairie, pampas atau hutan
dan pembersihan tanah melalui pembakaran;
barangan yang disimpan sebagai amanah atau untuk
mendapatkan upah;
jongkong atau permata yang belum ditatah;
manuskrip, pelan, lukisan atau reka bentuk, paten, model atau
acuan;
sekuriti, obligasi atau sebarang bentuk dokumen, setem, syiling
atau mata wang, cek, buku akaun atau buku perniagaan atau
rekod sistem komputer;
bahan letupan;
kehilangan disebabkan kecurian semasa atau selepas kebakaran;
k erugian atau kerosakan harta disebabkan penapaian,
pemanasan semula jadi atau pembakaran secara spontan.

Sebagai tambahan perlindungan disebabkan kebakaran, petir


dan letupan, polisi insurans kebakaran boleh diperluaskan
perlindungannya meliputi pelbagai peril bencana alam atau peril
khusus, tertakluk kepada bayaran premium tambahan.

90

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.3.2 Semua Risiko

Peril Khusus
Kerosakan disebabkan kapal terbang
Gempa bumi dan letusan gunung berapi
Ribut dan taufan
Kerosakan disebabkan banjir
Letupan
Kerosakan akibat perlagaan
Kebocoran atau limpahan dari peralatan tangki air atau paip air
Rusuhan, mogok dan kerosakan dari perbuatan khianat
Fasal B pemasangan alat elektrik
Kebakaran lalang atau semak samun
Tanah mendap dan tanah runtuh
Pembakaran secara spontan
Kerosakan disebabkan dahan dan/atau pokok tumbang
Kebocoran system perenjis air
Kerosakan disebabkan asap

Insurans semua risiko menawarkan skop perlindungan yang lebih


meluas berbanding dengan polisi kebakaran dan peril khusus
kerana polisi ini memberi perlindungan semua risiko kerosakan
disebabkan kemalangan dan juga kecurian. Sebahagian dari
polisi semua risiko dikeluarkan berasaskan peril yang dinamakan,
umpamanya kebakaran, kerosakan disebabkan air, kecurian dan
kerosakan disebabkan kemalangan; sementara sebahagian lagi polisi
semua risiko melindungi semua kerugian atau kerosakan fizikal
disebabkan bencana yang tidak dikecualikan secara khusus.
Polisi semua risiko juga melindungi barangan tertentu yang
bernilai tinggi seperti barang kemas, jam tangan, kamera, karya
seni, barangan antik atau koleksi peribadi dan sebagainya.
Jumlah diinsuranskan biasanya ditetapkan atas dasar nilai yang
dipersetujui kerana bayaran ganti rugi/indemniti berdasarkan nilai
pasaran atau nilai penggantian mungkin sukar dilakukan.
Pengecualian Utama
kerugian atau kerosakan disebabkan rusuhan, mogok,
kekecohan awam, gempa bumi atau letusan gunung berapi;
kerugian atau kerosakan disebabkan haus dan lusuh, susut nilai,
kemerosotan beransur-ansur, gegat, anai-anai atau akibat dari
proses pembersihan atau pemulihan apa-apa barangan;
calar dan pecah pada kanta, kaca atau lain-lain bahan mudah
pecah, kerosakan mekanikal atau elektrikal atau kerosakan
sebarang peralatan mekanikal atau elektrik;
kerugian atau kerosakan akibat rampasan atau ditahan oleh
pihak kastam atau lain-lain pihak berkuasa;
kecurian bermotifkan penipuan

PERNIAGAAN INSURANS AM

91

BAB
7

BAB
7

7.3.3 Gangguan

Perniagaan (BI)

Polisi insurans gangguan perniagaan (BI) menawarkan perlindungan


untuk melegakan kesukaran yang berkaitan dengan kerugian
berikutan kejadian mala petaka seperti kebakaran. Polisi gangguan
perniagaan melindungi kehilangan keuntungan perniagaan dalam
tempoh premis perniagaan dibaiki. Ia bertujuan untuk menggantikan
kehilangan pendapatan akibat pemberhentian pengeluaran
sepanjang tempoh pemulihan. Kaedah bayaran indemniti biasanya
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan di bawah polisi
gangguan perniagaan iaitu dengan bayaran tunai berdasarkan
formula tertentu.

Formula bayaran yang digunakan biasanya mengambil kira


kehilangan keuntungan kasar akibat daripada pengurangan
(kekurangan) perolehan (jualan) dan tambahan (peningkatan) kos
kerja yang dibelanjakan untuk mengurangkan kerugian keuntungan
kasar.

Definisi:
Keuntungan Kasar = (Perolehan + stok penutup + tugas sedang
dilakukan) (stok pembukaan + tugas sedang dilakukan +
perbelanjaan tidak diinsuranskan).

Perbelanjaan Tidak Diinsuranskan = belian, kos pengangkutan,


pengiklanan, bil api dan air, dll.

Tempoh Indemniti = bermula dari tarikh berlakunya kerosakan


barangan dan berakhir tidak lewat dari beberapa bulan tertentu
seperti yang dinyatakan dalam tempoh indemniti.

Jumlah Diinsuranskan (SI) = Gandaan Keuntungan Kasar (GP)


bersesuaian dengan tempoh Indemniti (IP). Contoh: IP = 18 bulan;
SI = Keuntungan Kasar Tahunan x 18/12.

92

Polisi gangguan perniagaan melindungi kerugian yang timbul


berikutan kerosakan barangan yang secara langsung menyebabkan
gangguan kepada operasi perniagaan. Adalah tidak mustahil
sekiranya terdapat kerosakan barangan dan menyebabkan gangguan
perniagaan yang serius. Sebagai contoh, kilat atau kebakaran
boleh menyebabkan kerosakan kecil kepada beberapa peralatan
tetapi mungkin terpaksa memberhentikan aktiviti pengeluaran
sehingga jentera yang rosak dibaikpulih. Kerugian boleh menjadi
lebih teruk jika alat ganti tersebut tidak terdapat dalam negara dan
caj penghantaran segera dari luar negara akan menambahkan kos
pengeluaran.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Insurans gangguan perniagaan MENGECUALIKAN


KERUGIAN berikut: Kerugian pengeluaran disebabkan tindakan perindustrian atau
sabotaj.
Kos memulihkan reputasi yang terjejas.
Kehilangan pelanggan atau peluang perniagaan
Kehilangan kakitangan penting atau tenaga mahir.
Kerugian disebabkan muflis atau perniagaan ditutup.
Kehilangan kuasa budi bicara, hak cipta, cap dagang dan
kerugian ekonomi.

7.3.4 Insurans Empunya



Rumah

Polisi empunya rumah direka untuk melindungi bangunan seperti


rumah kediaman persendirian, rumah pangsa dan pangsapuri yang
digunakan untuk tujuan kediaman sahaja; termasuk peralatan &
kelengkapan, bangsal, bangunan tambahan, dinding, pintu pagar
dan pagar dari kerugian atau kerosakan disebabkan oleh peril yang
dinamakan atau dinyatakan.

BAB
7

Peril di bawah insurans empunya rumah:


1. Kebakaran, Halilintar, Petir dan Kebakaran Bawah Tanah
2. Kebocoran atau limpahan dari peralatan tangki air atau paip air
3. Kecurian yang melibatkan paksaan dan keganasan
4. Letupan
5. Gempa bumi dan Letusan Gunung Berapi
6. Pesawat dan lain-lain peranti udara dan/atau artikel yang gugur
daripadanya
7. Impak ke atas bangunan kediaman oleh mana-mana kenderaan
bermotor atau binatang yang bukan kepunyaan/di bawah
kawalan insured atau mana-mana ahli keluarganya.
8. Puting Beliung, Siklon, Taufan, Ribut Petir
9. Banjir tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan disebabkan
tanah mendap atau tanah runtuh
10. Sewaan (sehingga 10% dari jumlah diinsuranskan) sekiranya
bangunan rosak teruk sehingga tidak boleh diduduki.
11. Liabiliti Awam sehingga RM50,000, termasuk kos guaman,
tertakluk kepada persetujuan insurer.

Pengecualian utama di bawah polisi insurans empunya rumah:


kerugian atau kerosakan disebabkan puting beliung, siklon,
taufan atau ribut petir keatas mana-mana bangunan yang
sedang dalam pembinaan, diubahsuai atau dibaiki; cerobong
asap, sengkuap, bidai, papan tanda dan lain-lain peralatan &
kelengkapan luar rumah termasuk pagar dan pintu pagar;

PERNIAGAAN INSURANS AM

93

7.3.5 Insurans Isi Rumah

kerugian atau kerosakan disebabkan tanah mendap dan tanah


runtuh, kecuali ia berlaku disebabkan gempa bumi atau letusan
gunung berapi.

Polisi insurans isi rumah melindungi kelengkapan/isi rumah dan


barangan persendirian yang disimpan di rumah kediaman. Nilai
barang kemas, emas, perak dan sebagainya adalah terhad kepada
satu pertiga daripada jumlah diinsuranskan. Skop perlindungan
adalah sama seperti peril yang dinyatakan dari item 1 hingga 11
di bawah polisi insurans empunya rumah yang dinyatakan sebelum
ini, dan juga termasuk:
12. Harta yang dipindahkan sementara tetapi masih berada
di Malaysia, sehingga 15% dari jumlah diinsuranskan.

BAB
7

13. Harta dalam transit atau di bawah jagaan seseorang tetapi tidak
melindungi kerugian atau kerosakan disebabkan gempa bumi,
letusan gunung berapi, puting beliung, siklon, taufan, ribut petir
dan banjir, dengan perlindungan sehingga 15% dari jumlah
diinsuranskan.
14. Pecah cermin, kecuali cermin tangan.
15. Kecederaan parah yang menyebabkan kematian (dalam tempoh
3 bulan) sehingga RM10,000 atau separuh daripada jumlah
diinsuranskan atas isi rumah, yang mana lebih rendah.
16. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh mana-mana peril
yang dilindungi, meliputi pakaian milik pembantu rumah dan
barangan peribadi.

Perlindungan Tambahan di Bawah Insurans Isi Rumah:


Pengecualian Utama di Bawah Insurans Isi Rumah
tanah mendap atau tanah runtuh, kecuali jika ia disertai dengan
gempa bumi atau letusan gunung berapi;
kerugian atau kerosakan isi rumah disebabkan proses penapaian,
pemanasan semulajadi dan pembakaran secara spontan.

Pilihan perluasan perlindungan di bawah insurans empunya rumah dan isi rumah:Khusus untuk insurans
empunya rumah
(bangunan sahaja)

Khusus untuk insurans isi


rumah (isi kandungan sahaja)

Untuk kedua-dua

Plat kaca bernilai melebihi


RM500 setiap satu

Rumah tidak diduduki


melebihi 90 hari

Rusuhan, mogok dan


kerosakan berniat jahat

Ubahsuai, dibaiki dan


tambahan

Perlindungan kecurian
sepenuhnya (kecurian
tanpa diiringi kesan
paksaan dan keganasan)

Tanah mendap dan tanah


runtuh

Had Liabiliti Awam


dipertingkatkan

94

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Kecurian harta biasanya timbul daripada cubaan pecah masuk secara


kekerasan ke dalam atau keluar dari premis yang dilindungi oleh
insurans kecurian. Polisi ini menyediakan perlindungan terhadap
kerugian atau kerosakan ke atas harta diinsuranskan yang biasanya
di premis perniagaan (sebagai contoh, stok dan bahan mentah
perniagaan, perabot, peralatan pejabat, loji-loji dan jentera dan
barangan peribadi pekerja). Kerosakan kepada premis perniagaan
(sama ada kepada bangunan atau harta yang diinsuranskan)
disebabkan kecurian atau pecah rumah adalah dilindungi walaupun
didapati tiada barangan yang dicuri.

Insurans kecurian boleh diinsuranskan mengikut kaedah Nilai Penuh


dan Kerugian Terawal:
1. Nilai Penuh ialah jumlah nilai sebenar harta yang diinsuranskan.
Asas tersebut biasanya digunapakai untuk barangan bernilai
tinggi yang mudah dicuri pada satu-satu masa.
2. Kerugian Terawal - Jumlah diinsuranskan mewakili
kemungkinan keseluruhan harta benda akan dicuri pada satusatu masa. Jumlah diinsuranskan kerugian terawal merupakan
peratusan daripada nilai sebenar atau nilai penuh harta
di premis perniagaan. Peratusan yang lebih rendah, contohnya
20% daripada jumlah nilai sebenar akan dikenakan kadar
premium yang lebih tinggi berbanding dengan, katakan 50%,
kerana tahap pendedahan risiko berkurangan.

Pengecualian Utama di bawah Insurans Kecurian:


susut nilai, kerugian turutan, hilang pasaran dan kerugian
semasa pengambilan stok;
kerugian atau kerosakan yang berpunca dari kebakaran atau
letupan;
kerugian atau kerosakan disebabkan terdapat unsur-unsur
bersubahat dengan insured, ahli keluarga insured, pekerja
pembantu rumah atau mana-mana individu yang dibenarkan
berada di premis berkenaan;
kerugian atau kerosakan kerana premis ditinggalkan kosong
atau tiada penghuni.

7.4 Insurans Marin

Insurans Marin adalah salah satu daripada bentuk terawal insurans


yang bermula kedai kopi Edward Lloyds, yang menjadi tempat
pertemuan bagi pihak-pihak di dalam industri perkapalan yang
ingin memastikan kargo dan kapal-kapal, dan orang-orang sanggup
mengunderait usahaniaga sedemikian. Kegiatan tidak formal ini
akhirnya membawa kepada penubuhan pasaran insurans yang
dikenali sebagai Lloyds of London dan melibatkan beberapa
syarikat perkapalan dan perniagaan insurans. Syarikat insurans
marin menyediakan perlindungan risiko yang dikenalpasti dan

PERNIAGAAN INSURANS AM

95

BAB
7

7.3.6 Insurans Kecurian

diketahui, terutamanya insurans badan kapal dan jentera untuk


pemilik kapal, dan insurans kargo untuk pemilik kargo.

Badan Kapal dan Jentera

Perkara pokok insurans marin dan pendedahan kepada risiko


diringkaskan seperti di bawah:

Tenggelam, terkandas, binasa atau karam.


Liabiliti pelanggaran.

Kerugian atau kerosakan disebabkan peril laut, kebakaran,


kehilangan dan kecurian semasa memunggah naik, memunggah
turun dan penyimpanan sementara.

Kerugian atau kerosakan kapal ketika dalam pembinaan.

Kargo dan Tambang

BAB
7

Risiko Pembina Kapal

7.4.1 Insurans Marin



Badan Kapal

Insurans marin badan kapal melindungi kerugian atau kerosakan


ke atas kapal dan jentera disebabkan peril laut, kos Salvaj
(menyelamat) dan liabiliti kerosakan harta yang terhad. Terma dan
syarat perlindungan yang dinyatakan dalam Fasal Masa Institut
Badan Kapal. Polisi risiko pembina kapal sebaliknya melindungi
kapal yang sama semasa dalam pembinaan, sehingga ia boleh
memulakan operasi.

3/4 Liabiliti Pelanggaran


Insurans marin badan kapal memberi perlindungan dari kerosakan
akibat pelanggaran dengan kapal lain, terhad sehingga 75% dari
amaun liabiliti (25% kerosakan dibayar oleh Kelab Perlindungan &
Indemniti). Tuntutan maksimum di bawah polisi marin badan kapal
termasuk kerosakan kapal dan liabiliti akibat kerosakan ialah nilai
yang diinsuranskan bagi kapal berkenaan.

Perlindungan & Indemniti (P&I)


Kelab Perlindungan & Indemniti (PI) menyediakan perlindungan
bagi risiko yang lebih meluas dan tidak dapat ditentukan, seperti
liabiliti pihak ketiga yang biasanya tidak dilindungi oleh insurer
marin. Risiko pihak ketiga termasuk liabiliti pengangkutan
yang ditanggung oleh pemilik kargo dari berlakunya kerosakan
kepada kargo, liabiliti pemilik kapal dari berlakunya pelanggaran,
pencemaran alam sekitar dan insurans risiko peperangan dan
P&I; iaitu liabiliti undang-undang yang timbul daripada peperangan
yang membabitkan kapal.

Sebagai contoh, andaikan kedua-dua kapal yang berlanggar


diinsuranskan di bawah polisi 3/4 liabiliti pelanggaran badan
kapal dan 1/4 dengan kelab PI. Kapal A bertanggungjawab 75%

96

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

kesalahan sementara kapal B bertanggungjawab 25% kesalahan.


Kapal A mengalami kerosakan yang bernilai RM100,000 dan kapal
B mengalami kerosakan yang bernilai RM200,000.
Bayaran dari setiap insurer adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
Kapal B

Peratusan kesalahan

75%

25%

Nilai kerosakan

$100,000

$200,000

Liabiliti terhadap kapal lain

$150,000 (75% x $200,000)

$25,000 (25% x $100,000)

Bayaran penyelesaian bersih

$125,000 dibayar kepada B

Pengunderait perlu membayar

$112,500 (3/4 x $150,000)

$18,750 (3/4 x $25,000)

P&I perlu membayar

$37,500 (1/4 x $150.000)

$ 6,250 (1/4 x $25,000)

Pengunderait liabiliti pelanggaran membayar balik bahagian


liabiliti kasarnya bagi setiap liabiliti kapal yang satu lagi.
Berdasarkan bidang kuasa maritim, persoalan tanggungjawab
terhadap pelanggaran ditentukan dengan merujuk kepada Peraturan
Antarabangsa untuk Pencegahan Pelanggaran di Lautan, yang
memberikan garis panduan bagaimana kapal perlu dipandu untuk
mengelakkan pelanggaran. Pembahagian liabiliti antara kapal-kapal
biasanya berdasarkan kepentingan kausatif (causative) terhadap
sebarang pelanggaran peraturan berkenaan.

7.4.2 Insurans Marin Kargo Polisi Marin Kargo ditawarkan dalam jenis kontrak jualan berikut
apabila menggunakan mod pengangkutan laut atau laluan air:1. Percuma di Atas Kapal (Free on Board - FOB) - risiko
dipindahkan kepada pembeli, termasuk bayaran kos
pengangkutan dan insurans sebaik sahaja barang-barang
dimuatkan ke dalam kapal.
2. Kos dan Tambang (Cost and Freight C&F) Hak milik,
risiko dan kos/premium insurans dipindahkan kepada pembeli
sebaik sahaja barangan dimuatkan ke dalam kapal. Penjual
menanggung kos/tambang pengangkutan barangan ke destanasi
pelabuhan.
3. Kos, Insurans dan Tambang (Cost, Insurance and FreightCIF) hak milik dan risiko dipindahkan kepada pembeli
apabila barangan dimuatkan ke dalam kapal. Penjual membayar
tambang pengangkutan dan bayaran insurans barangan
ke destinasi pelabuhan.

PERNIAGAAN INSURANS AM

97

BAB
7

Kapal A

Terdapat tiga jenis perlindungan utama di bawah polisi marin


kargo di mana insured boleh memilih salah satu dari fasal
berikut:1. Fasal Institut Kargo A - Semua Risiko
2. Fasal Institut Kargo B - Risiko Khusus
3. Fasal Institut Kargo C - Risiko Khusus

Peril yang dilindungi di bawah Fasal Institut Kargo adalah


seperti yang dinyatakan di bawah:

BAB
7

Peril yang Dilindungi

Fasal Institut Kargo


A

Karam, terdampar, terkandas, tenggelam

Kebakaran, letupan

Pelanggaran

Terbalik, kegelinciran dari pengangkutan darat

Gempa bumi, letusan gunung berapi, petir

Pengorbanan purata am

Jetison (pembuangan barang untuk meringankan kapal)

Pemunggahan turun kargo di pelabuhan kerana kecemasan

Purata am dan caj salvaj

Dihanyutkan kelaut

Kemasukan air laut, tasik, sungai kedalam kapal

Lanun dan kecurian

Kerosakan atau kemusnahan yang disengajakan

Salah laku yang disengajakan oleh insured

Bocor biasa, kehilangan berat atau isipadu, haus & lusuh

Pembungkusan tidak sempurna/tidak sesuai

Keadaan semulajadi atau ciri-ciri perkara pokok

Kapal tidak layak berada di laut (insured mengetahuinya)

Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik kapal

Perang, mogok, huru-hara & rusuhan awam

Atom dan senjata nuklear

Kehilangan keseluruhan bungkusan semasa memunggah


naik atau turun kapal

98

Perluasan Perlindungan Marin Kargo:


Perluasan perlindungan berikut ditawarkan kepada insured, tertakluk
kepada bayaran premium tambahan seperti yang telah ditetapkan
oleh Institute of London Underwriters (ILU): Fasal Institut Peperangan
Fasal Institut Mogok

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Pengecualian Perlindungan Marin Kargo:


Salah laku insured yang disengajakan;
Kebocoran biasa; susut berat atau isipadu; haus dan lusuh;
Pembungkusan yang tidak sesuai;
Keburukan sedia ada;
Lewat
Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik kapal

Secara amnya, untuk pesawat kelas pertengahan, terdapat dua jenis


polisi utama: Badan kapal, alat ganti dan liabiliti pihak ketiga (biasanya
digabungkan dalam satu had tunggal), dan
Peperangan dan peril seumpamanya

Sebagai tambahan, polisi insurans penerbangan juga menawarkan


perlindungan dari peril berikut: Liabiliti tambang untuk melindungi liabiliti pemilik pesawat
terhadap pemilik kargo.
Kemalangan diri untuk anak kapal atau kru kabin.
Kehilangan lesen memandu milik pilot dan jurutera penerbangan.

Sebahagian besar pembeli polisi insurans penerbangan adalah


terdiri dari syarikat penerbangan komersial yang biasanya memiliki
Polisi Fleet untuk melindungi semua pesawat yang dimiliki atau
dikendalikan oleh mereka.

Pembeli lain terdiri dari;


Pemilik pesawat korporat/perniagaan
Pemilik pesawat persendirian; dan
Kelab-kelab penerbangan

Risiko penerbangan dan kepentingan Malaysia di luar negara


dilindungi secara bersama oleh Kumpulan Penerbangan Malaysia
yang terdiri daripada lapan syarikat insurans tempatan dan empat
reinsurer dengan kapasiti pengunderaitan sebanyak RM393 juta.
Tiada insurer secara sendirian yang mampu dan mempunyai sumber
kewangan untuk menanggung risiko besar berkenaan, malah walau
sebahagian kecil risiko pun. Risiko dan bencana penerbangan
boleh dianggarkan dan dikenalpasti melalui jumlah kerugian yang
mencapai beratus juta ringgit yang perlu ditanggung oleh insurer.

Konvensyen Montreal (dahulunya ia merupakan konvensyen


menyeragamkan beberapa peraturan penerbangan antarabangsa
PERNIAGAAN INSURANS AM

99

BAB
7

7.4.3 Insurans Penerbangan Kebanyakan polisi insurans penerbangan dikeluarkan berdasarkan


konsep semua risiko yang melindungi kerosakan badan kapal,
liabiliti kepada penumpang dan liabiliti awam.

untuk syarikat penerbangan) telah diluluskan oleh ahli mesyuarat


diplomatik negara-negara Persatuan Penerbangan Awam
Antarabangsa (International Civil Aviation Organization - ICAO)
pada tahun 1999. Perjanjian pelbagai hala ini mula berkuatkuasa
pada 2003 bertujuan menyelaraskan hak-hak penumpang
penerbangan antarabangsa.
7.4.4 Insurans Barangan

Dalam Transit

BAB
7

7.5 Insurans

Liabiliti

100

Insurans barangan dalam transit melindungi perjalanan barangan


yang dibeli atau dijual dalam pasaran tempatan. Biasanya, pemilik
barangan atau syarikat pengangkutan professional yang membeli
polisi ini; atau syarikat logistik yang juga bertanggungjawab
atas barangan di bawah simpanan sementaranya. Polisi insurans
barangan dalam transit biasanya menawarkan bentuk perlindungan
semua risiko secara tahunan atau untuk setiap transit barangan.
Skop Perlindungan:
Bayaran indemniti atas kerugian atau kemusnahan fizikal
barang-barang disebabkan kebakaran, kemalangan, kecurian
atau kehilangan ketika didalam perjalanan transit dijalan raya,
landasan dan laluan air (contohnya pengangkutan feri dari
tanah besar ke Pulau Pinang); dan
Melindungi kerugian ketika memunggah naik dan turun
barangan dari kenderaan atau treler dan ketika dalam simpanan
sementara didalam perjalanan transit dalam lingkungan
sempadan geografi (contohnya di Malaysia dan Singapura).
Pengecualian Utama Insurans Barangan Dalam Transit;
kerugian disebabkan haus, lusuh dan susutnilai
penangguhan, kehilangan pasaran, kerugian turutan yang
seumpamanya;
kecurian atau kehilangan barang akibat perbuatan pekerja
insured;
gempa bumi dan kebakaran bawah tanah;
gegat, haiwan perosak, serangga, lembap, berkulapuk dan
berkarat;
kemerosotan dan perubahan barangan secara semula jadi;
barangan milik pelawat/pelancong perdagangan;
kargo seperti bahan letupan, bahan-bahan kimia dan asid yang
merbahaya, wang tunai, not mata wang bank, sekuriti, barang
kemas, dan buku-buku perniagaan.

Insurans liabiliti menyediakan bayaran ganti rugi atau indemniti


terhadap tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecederaan
badan atau kerosakan harta benda; dan dalam insurans liabiliti
indemniti profesional dan liabiliti pengarah dan pegawai, kerugian
kewangan atau kerugian ekonomi di mana insured adalah
bertanggungjawab disisi undang-undang.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.5.1 Jenis-jenis Utama Polisi Liabiliti dan Skop Perlindungan

Liabiliti Produk

Indemniti
Profesional

Liabiliti Pengarah
dan Pegawai

}
}
}
}

Perlindungan liabiliti perundangan perniagaan atau


perusahaan dari kecederaan anggota badan mana-mana
individu atau orang awam dan/atau kerugian dan/atau
kerosakan harta yang timbul dari amalan atau operasi
perniagaan.
Risiko alam sekeliling juga dilindungi tetapi hanya
meliputi liabiliti pencemaran yang berlaku secara
mendadak dan kebetulan
Perlindungan liabiliti perundangan kepada pengeluar
terhadap pihak ketiga yang mengalami kecederaan badan
atau kerosakan disebabkan kecacatan produk.
Indemniti atas kerugian yang berlaku selepas penghantaran
barangan.

Perlindungan liabiliti perundangan kepada individu


profesional atas kerugian kewangan yang dialami
oleh pihak ketiga, khususnya pelanggan, disebabkan
tidak mematuhi terutamanya tanggungjawab khidmat
profesional.

Indemniti kepada pengarah dan pegawai syarikat,


pemegang amanah, organisasi dsb., terhadap liabiliti
peribadi kerugian kewangan yang dialami oleh pihak
ketiga.
Indemniti disebabkan kecuaian, contohnya pelaburan
yang tidak bijak dan tergesa-gesa.

BAB
7

Liabiliti Awam

7.5.2 Perbezaan di Antara Di Malaysia, insurans pampasan pekerja asing adalah wajib di bawah

Pampasan Pekerja
Seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja (WCA) 1952 (dipinda pada

dan Liabiliti Majikan Ogos 1996), sementara Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA)
1969 menguatkuasakan caruman wajib dari majikan dan juga
pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

Di Malaysia, berkuatkuasa mulai 1 Julai 1992, semua pekerja yang


pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 tidak lagi tertakluk
kepada Akta Pampasan Pekerja, tetapi mereka (majikan dan pekerja)
diwajibkan membuat caruman kepada PERKESO, iaitu sebuah
agensi kerajaan yang mengawalselia Akta Keselamatan Sosial
Pekerja (ESSA).

Seksyen 42 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA) melarang


seseorang pekerja yang mendapat pampasan daripada PERKESO,
menerima apa-apa faedah lain di bawah mana-mana undangundang bertulis lain; Ini bermakna seorang pekerja tidak boleh
mendakwa majikan di mahkamah untuk pampasan tambahan (lebih
daripada yang disediakan oleh PERKESO) walaupun dia dapat
membuktikan kecuaian majikan mengenainya.

PERNIAGAAN INSURANS AM

101

Pampasan Pekerja
Sistem tidak bersalah jika pekerja itu tidak
dikehendaki untuk membuktikan kecuaian.
Menawarkan bayaran gantirugi yang
munasabah bagi kerugian ekonomi atau
kewangan atas kecederaan yang berkaitan
dengan kerja.
Menggunakan skala tetap pampasan
bagi rawatan perubatan, kos pemulihan,
kehilangan pendapatan dan faedah-faedah bagi
tanggungan yang masih hidup.

Liabiliti Majikan
Pekerja perlu membuktikan kecuaian untuk
layak menerima pampasan penuh di bawah
undang-undang am.
Kecuaian sertaan (oleh pekerja) akan
dipertimbangkan oleh pihak mahkamah.

Liabiliti di bawah undang-undang am termasuk


ganti rugi am seperti kesakitan dan penderitaan,
kehilangan kemudahan dan kehilangan kuasa
pemikiran.

Skop Perlindungan:

BAB
7

Liabiliti Majikan

Menyediakan indemniti kepada majikan atas kerosakan dan kos guaman berkenaan dengan
liabiliti majikan terhadap pekerja yang mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasnya.

Insurans Pampasan Pekerja


Menyediakan bayaran pampasan kepada pekerja-pekerja (mengikut jadual pampasan di bawah


Akta Pampasan Pekerja 1952) untuk kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas.

Skim Pampasan Pekerja Asing


Menyediakan bayaran pampasan kepada pekerja asing bagi kecederaan yang dialami ketika
menjalankan tugas, termasuk perbelanjaan penghantaran balik dan perlindungan Kemalangan
Diri (dikeluarkan oleh panel penanggung insurans yang dibenarkan).

7.6 Insurans

Kemalangan
Pelbagai

7.6.1 Kemalangan Diri

102

Jenis-jenis insurans yang boleh didapati di jabatan kemalangan


pelbagai termasuklah insurans kemalangan pelbagai dan polisi-polisi
lain yang diistilahkan sebagai pekuniari (khususnya dalam bentuk
wang atau bayaran wang) seperti insurans wang, jaminan kesetiaan,
bon dan lain-lain yang tidak dilindungi secara khusus di bawah
insurans motor, hartanah, marin, penerbangan, insurans liabiliti
atau kejuruteraan.
Insurans kemalangan diri menyediakan perlindungan terhadap
kesan-kesan ekonomi akibat kemalangan, biasanya dalam bentuk
kehilangan pendapatan. Tidak seperti pampasan pekerja yang
telah diwajibkan, perlindungan yang disediakan di bawah insurans
kemalangan diri terpakai bukan sahaja kepada kemalangan
di tempat kerja tetapi di seluruh dunia bagi kemalangan dalam apa
jua bentuk sama ada di rumah, semasa dalam perjalanan, pada masa
lapang, semasa melakukan aktiviti sukan, dan di jalan raya, yang
dikenali sebagai perlindungan 24 jam.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Insurans kemalangan diri yang ditawarkan kepada individu atau


kepada sekumpulan pekerja dalam satu polisi untuk melindungi
kecederaan anggota badan, disebabkan semata-mata dan secara
langsung dari kemalangan luaran yang ngeri dan boleh dilihat secara
langsung dan bebas dari lain-lain sebab keputusan kematian atau
hilang upaya.

Manfaat

Kematian

Bayaran sekaligus daripada jumlah yang diinsuranskan sekiranya


berlaku kematian disebabkan kemalangan

Hilang Upaya Kekal

Bayaran sekaligus daripada jumlah diinsuranskan atau peratusan


daripadanya apabila berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
(sepanjang hayat insured) atau Hilang Upaya Separa Kekal seperti
yang dinyatakan dalam Jadual Hilang Keupayaan.

Hilang Upaya Sementara

Kadar Mingguan Elaun Tetap sekiranya berlaku Hilang Upaya


Sementara untuk melakukan tugas seperti biasa, terhad kepada
Tempoh Maksimum Pampasan iaitu 104 minggu.

Elaun Tunai Hospital Harian

Kadar Elaun Tetap Harian sekiranya dimasukkan ke hospital


disebabkan Kecederaan akibat Kemalangan.

Perbelanjaan Perubatan

Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Sebenar disebabkan


Kemalangan.

7.6.2 Insurans Wang

Insurans kemalangan diri tidak melindungi kematian dan hilang


upaya disebabkan oleh:
Bunuh diri, tidak siuman atau di bawah pengaruh dadah atau
alkohol.
AIDS, penyakit melalui jangkitan hubungan seks dan lain- lain
penyakit yang berkaitan dengannya.
Tindakan yang menyalahi undang-undang.
Penerbangan atau memandu arah pesawat atau sebagai anak
kapal.
Tugas-tugas anggota polis dan tentera.
Sukan profesional dan sukan berbahaya.
Kehamilan, melahirkan anak, keguguran, menggugurkan
kandungan.
Kecacatan fizikal atau mental sedia ada.

Istilah wang termasuklah wang tunai, not bank dan mata wang
kertas, cek, wang pos, mata wang, bayaran pos dan setem hasil yang
dimiliki oleh atau di bawah tanggungjawab insured. Insurans wang
biasanya dikeluarkan berasaskan Semua Risiko yang melindungi
kerugian kewangan yang berlaku ketika: dalam transit antara premis insured dan bank, dilakukan oleh
pekerja yang diberi kuasa atau wakil bagi pihak insured.

PERNIAGAAN INSURANS AM

103

BAB
7

Skop Perlindungan

BAB
7

di premis insured semasa waktu perniagaan.


di dalam bilik berkunci atau bilik kebal di premis insured,
selepas waktu perniagaan.
di kediaman persendirian mana-mana pegawai atau pengarah
syarikat milik insured.
lain-lain situasi yang dinyatakan.

Sebagai tambahan kepada perlindungan kehilangan wang, polisi


insurans wang juga menawarkan bayaran indemniti bagi kerugiankerugian berikut, tertakluk kepada had tertentu: kos pembaikan atau penggantian bilik kebal yang mengalami
kerosakan akibat daripada cubaan pecah masuk menggunakan
kekerasan dan keganasan atau akibat dari rompakan bersenjata.
pampasan kepada pembawa wang atas kecederaan yang dialami
akibat dirompak atau dijadikan tebusan semasa dalam transit.
pembawa wang yang tidak jujur, yang mungkin melarikan diri
bersama wang berkenaan.

Polisi insurans wang tidak membayar tuntutan yang timbul


dari:
penipuan atau ketidakjujuran pekerja (selain daripada
perlindungan terhad kepada pembawa wang);
wang yang terkurang disebabkan silap pengiraan atau tertinggal;
kerugian berlaku di luar kawasan yang ditetapkan;
kehilangan wang dari mana-mana bilik kebal berikutan
penyalahgunaan kunci bilik (yang ditinggalkan di dalam bilik
yang sama);
susut nilai mata wang;
kehilangan wang dalam kenderaan yang ditinggalkan tanpa
pengawasan (diiringi oleh pengawal keselamatan);
rampasan, memilik-negarakan, pengambil-alihan atau
kemusnahan yang disengajakan oleh mana-mana pihak
berkuasa kerajaan.

7.6.3 Jaminan Kesetiaan

Objektif insurans jaminan kesetiaan adalah untuk menyediakan


perlindungan dari kerugian disebabkan kecurangan orang yang
memegang jawatan yang diamanahkan. Pekerja yang diberi
tanggungjawab mengendalikan wang atau saham yang dimiliki
oleh majikan mungkin melakukan tindakan penyelewengan,
penyalahgunaan atau penipuan dalam penukaran hak milik harta
yang dimiliki oleh majikan demi kepentingan peribadi.

104

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

1. Individu - pekerja atau jawatan tertentu sahaja


2. Kolektif - memilih sejumlah bilangan pekerja
tertentu mengikut jawatan.
3. Menyeluruh - semua pekerja syarikat.

Jenis-jenis Jaminan

setiap pekerja/individu

setiap individu dan kejadian

setiap tahun

setiap individu dan kejadian

aggregat tahunan/setiap polisi

Terdapat dua isu yang berkaitan dengan persoalan apakah


kejadian yang mencetuskan tuntutan di bawah polisi insurans
jaminan kesetiaan:1. perbuatan penyelewengan berlaku semasa dalam tempoh
kuatkuasa polisi dan pekerja melakukan tugas tanpa sebarang
gangguan tempoh perkhidmatan;
2. penemuan mengenai kerugian berkenaan diketahui semasa
dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya enam hingga dua belas
bulan) selepas peletakan jawatan, kematian, dipecat, persaraan
individu/pekerja yang bersalah atau selepas polisi ditamatkan,
mana-mana yang berlaku dahulu.

Polisi jaminan kesetiaan tidak membayar sebarang tuntutan


berkaitan dengan:
kerugian kewangan tidak langsung, contohnya hilangan minat
disebabkan gangguan perniagaan
Kecuaian - semasa pengambilan stok atau kerugian inventori
bon menyeluruh jurubank

7.6.4 Bon

Bon adalah satu bentuk insurans jaminan. Jaminan wujud apabila satu
pihak menjamin perlaksanaan tugas oleh pihak lain suatu aku janji
atau tanggungjawab. Bon jaminan adalah suatu perjanjian bertulis
di mana penjamin, pihak yang mengeluarkan bon, mengambil
tanggungjawab kepada benefisiari atau majikan untuk membayar
sejumlah wang yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran atau
keingkaran kontraktor.
Di bawah pelaksanaan atau pengeluaran bon, syarikat insurans
bertindak sebagai penjamin kepada prinsipal atau majikan bahawa
jika syarikat pembinaan tidak dapat menyiapkan kontrak kerja,
maka syarikat insurans akan menyediakan sumber kewangan untuk
menyiapkannya (biasanya terhad kepada 5 peratus daripada jumlah
nilai kontrak). Lain-lain jenis bon termasuk bon tender, bon bayaran
pendahuluan, bon penyelenggaraan dan bon bekalan.

PERNIAGAAN INSURANS AM

105

BAB
7

Jenis-jenis Polisi

Bon dikeluarkan bersempena dengan kerja-kerja kejuruteraan yang


mana insurans pembinaan dan insurans pampasan pekerja yang
diambil oleh prinsipal dan kontraktor utama yang dilantik untuk
melaksanakan kerja-kerja. Syarikat insurans menyediakan bayaran
amaun yang dipersetujui sekiranya kontraktor gagal memenuhi
tanggungjawabnya.

7.7 Insurans

Kejuruteraan

BAB
7

7.7.1
Polisi
Kejuruteraan



Boleh Diperbaharui

Insurans kejuruteraan terdiri daripada kelas-kelas khusus insurans


perniagaan dan polisi-polisinya boleh dikategorikan sebagai:
1. Polisi boleh diperbaharui; dan
2. Polisi tidak boleh diperbaharui.
Jadual di bawah menyenaraikan tiga polisi utama di bawah
insurans kejuruteraan yang boleh diperbaharui dan keterangan
ringkas mengenai bentuk perlindungan dan pengecualian utama
bagi setiap polisi:

1. Dandang dan Loji Tekanan




Kerosakan (selain daripada disebabkan kebakaran) kepada dandang atau loji tekanan
(dijana oleh wap atau air panas) disebabkan oleh letupan atau runtuhan.
Legal Liabiliti undang-undang kerosakan harta pihak ketiga
Liabiliti undang-undang atas kecederaan atau kematian pihak ketiga

2. Kerosakan Jentera dan Kehilangan Keuntungan


Kerosakan secara tiba-tiba dan tidak diduga (selain daripada disebabkan kebakaran)
ke atas jentera dan loji tempat kerja atau sedang dibaiki bagi tujuan pembersihan,
pemeriksaan, baikpulih tertakluk kepada a) perjanjian penyelenggaraan tahunan; dan b)
jaminan pemeriksaan berkala
Polisi kehilangan keuntungan melindungi kehilangan keuntungan operasi dan caj
membaiki kerosakan jentera.

3. Peralatan Elektronik
Perlindungan berasaskan semua risiko atas apa-apa kerosakan fizikal atau kerosakan
kepada sistem pemprosesan data elektronik dan perkakasnya.
Seksyen 1 Kerosakan Bahan untuk perkakasan komputer
Seksyen 2 Data Media Luaran dan kos pemprosesan semula data yang hilang
Seksyen 3 Peningkatan Kos Kerja
Pengecualian Utama:

106

1. Dandang dan Loji Tekanan


haus dan lusuh, tetapi letupan atau runtuhan dandang yang
terjadi disebabkan haus dan lusuh adalah dilindungi;
kegagalan bahagian mesin yang boleh diganti (iaitu bahagian
yang memerlukan penyelenggaraan berkala), kecuali kecacatan
tersebut mengakibatkan letupan atau runtuhan;
Kerosakan harta milik insured disebabkan kebakaran;

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

3. Peralatan Elektronik
gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut, siklon atau taufan;
kesilapan atau kecacatan yang timbul ketika permulaan
kuatkuasa polisi dan diketahui oleh insured;
kegagalan atau gangguan bekalan gas, air atau elektrik;
keadaan persekitaran;
kos penyelenggaraan;
kerugian atau kerosakan yang menjadi tanggungjawab
pembekal atau pengeluar mengikut undang-undang atau
berdasarkan kontrak;
kerugian atau kerosakan peralatan yang disewa yang menjadi
tanggungjawab pemilik mengikut undang-undang atau
berdasarkan kontrak;
kerugian turutan atau liabiliti.
7.7.2 Polisi Kejuruteraan

Tidak Boleh

Diperbaharui


Polisi jenis ini kebanyakannya dikeluarkan berikutan dengan kerjakerja projek kejuruteraan awam atau mekanikal yang memerlukan
nilai insurans yang tinggi dan perlindungan jangka masa panjang
sehingga beberapa tahun.
Insurans Semua Risiko Kontraktor
Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR) direka untuk tujuan
mematuhi tuntutan kontraktor di bawah kontrak kejuruteraan
awam yang merangkumi pembinaan bangunan, jambatan, dan
jalan raya, dan lain-lain berdasarkan semua-risiko. Kerosakan
atau kecacatan kerja-kerja pembinaan dan liabiliti pihak ketiga
yang timbul daripada kerja-kerja yang dilakukan semasa tempoh
pembinaan dan semasa tempoh penyelenggaraan atau liabiliti
kecacatan akan dilindungi.
Seksyen 1 - Kerosakan Material melindungi kerugian fizikal
atau kerosakan kepada:
a) kerja-kerja kontrak dan semua bahan berkaitan dan tapak
pembinaan
b) Loji, jentera dan peralatan milik kontraktor yang digunakan
dalam pembinaan
PERNIAGAAN INSURANS AM

107

BAB
7

kerosakan atau liabiliti disebabkan oleh perbuatan yang


disengajakan atau kecuaian insured;
Kerugian yang dialami akibat pemberhentian kerja loji;
kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh taufan, ribut,
letusan gunung berapi, gempa bumi dan seumpamanya.

2. Kerosakan Jentera dan Kehilangan Keuntungan
haus dan lusuh biasa;
kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran atau letupan;
banjir, tenggelam, gempa bumi dan seumpamanya.

BAB
7

c) Harta sedia ada atau disekitar tapak pembinaan milik prinsipal


atau majikan.

Seksyen 2 - Liabiliti Pihak Ketiga melindungi liabiliti


perundangan insured:
a) Kerosakan harta disebabkan kemalangan dan/atau
b) Kecederaan anggota badan kepada pihak ketiga yang timbul
daripada pelaksanaan kerja kontrak.

Tujuan insurans semua risiko kontraktor adalah untuk menyediakan


dana segera berikutan sesuatu kemalangan untuk mengurangkan
risiko kelewatan atau gagal disiapkan. Risiko menjadi lebih
serius apabila tarikh siap semakin hampir dan nilai diinsuranskan
yang tinggi, seterusnya akan meningkatkan tahap kerugian atau
kerosakan berbanding dengan semasa peringkat awal pembinaan.

Semua Risiko Pembinaan


Insurans semua risiko pembinaan (EAR) adalah sama seperti
insurans semua risiko kontraktor di mana perlindungan diberi
berasaskan semua-risiko yang meliputi kerosakan material
kepada kerja-kerja pembinaan dan liabiliti pihak ketiga yang timbul
daripada kerja-kerja tersebut. Perbezaannya ialah insurans semua
risiko pembinaan (EAR) melibatkan projek kejuruteraan mekanikal
yang merangkumi pembinaan loji atau pemasangan jentera khas,
manakala insurans semua risiko kontraktor (CAR) melibatkan
kerja-kerja kejuruteraan awam seperti yang dijelaskan di atas.

Polisi ini dibahagikan kepada dua bahagian:


1. Seksyen Kerosakan Material melindungi kerosakan kepada
loji atau jentera termasuk bahan binaan di tapak pembinaan.
Had indemniti mewakili jumlah nilai kontrak termasuk semua
bahan binaan di tapak pembinaan.
2. Seksyen Liabiliti Pihak Ketiga melindungi kerosakan harta
dan/atau kecederaan tubuh badan akibat daripada pelaksanaan
kerja-kerja yang diinsuranskan. Had indemniti mengambil kira
harta sedia ada dan harta milik penduduk sekitar yang terdedah
kepada peril tersebut.

108

Tempoh insurans bermula dari tarikh pemasangan dan


berterusan sehingga keperingkat pengujian dan pentauliahan serta
kemudiannya diserahkan kepada prinsipal.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

INSURANS SEMUA RISIKO PEMBINAAN memberi perlindungan


kepada mesin tunggal yang besar berserta peralatannya dan
pemasangan atau projek turnkey yang melibatkan loji janakuasa
dan kemudahannya. Kedua-dua jenis projek berkenaan biasanya
melibatkan perkara-perkara berikut:

Kerja-kerja sampingan yang berkaitan dengan kejuruteraan


awam;
Loji, jentera atau kelengkapan yang digunakan untuk
menjalankan kerja-kerja kejuruteraan;
Harta sedia ada di lokasi milik atau di bawah jagaan insured;
Perbelanjaan yang ditanggung bagi kerja-kerja pembersihan
serpihan selepas berlakunya kerugian;
Perbelanjaan tambahan yang ditanggung untuk kerja lebih
masa, penghantaran segera dan sebagainya.
Pengecualian Utama di Bawah polisi Semua Risiko Kontraktor
dan Semua Risiko Pembinaan:
kesilapan reka bentuk, kecacatan bahan-bahan atau mutu kerja;
haus dan lusuh, karat, dan buruk;
kerosakan mekanikal dan/atau elektrikal loji pembinaan dan
jentera;
kenderaan bermotor yang dilesenkan untuk kegunaan jalan raya
awam atau kapal atau pesawat;
dokumen, fail, lakaran, akaun, bil, mata wang, nota, sekuriti
dan cek;
pengambilan saham atau inventori;
lebihan atau deduktibel;
kerugian turutan;
perbuatan yang disengajakan oleh mana-mana pengarah,
pengurus atau pekerja.

PERNIAGAAN INSURANS AM

109

BAB
7

7.8 Soalan Penilaian Diri


1.

Yang manakah di antara jenis-jenis kerosakan berikut dilindungi secara automatik


di bawah polisi kebakaran komersial?
a) Kerosakan disebabkan letupan dan diikuti dengan kebakaran
b) Kerosakan disebabkan oleh anggota bomba yang sedang berusaha memadamkan api
kebakaran
c) Kerosakan disebabkan pembakaran spontan
d) Kerosakan disebabkan kebakaran bawah tanah

2.

Apakah tujuan dan perlindungan utama polisi insurans gangguan perniagaan direka?
a) Kehilangan daya pengeluaran akibat daripada tindakan industri
b) Kerugian turutan yang timbul berikutan kerosakan material
c) Kos memulihkan reputasi perniagaan berikutan tuntutan liabiliti produk

BAB
7

d) Kehilangan keuntungan apabila pelanggan utama menutup perniagaan


3.

Pada masa bilakah liabiliti kepada penumpang diwajibkan di Malaysia?


a) Ketika penumpang dalam perjalanan di dalam kenderaan bermotor, termasuk ketika naik
atau turun dari kenderaan berkenaan
b) Penumpang dibawa untuk tujuan mendapatkan upah atau ganjaran atau ketika dibawa
dalam kenderaan majikan untuk melaksanakan tugas
c) Pekerja melakukan perjalanan sebagai penumpang kenderaan milik majikan
d) Mana-mana orang yang mempunyai kontrak pekerjaan dengan insured atau pemandu
yang dibenarkan

4.

Tuntutan gantirugi kerosakan harta disebabkan ribut petir telah diterima di bawah polisi
empunya rumah untuk membaiki bumbung; pagar dan mengecat semula siling akibat
daripada kerosakan air. Apakah yang dilindungi di bawah polisi ini?
a) Membaiki bumbung sahaja
b) Membaiki bumbung dan siling sahaja
c) Membaiki bumbung dan pagar sahaja
d) Membaiki bumbung, pagar dan mengecat semula siling rumah

5.

Yang manakah di antara tuntutan-tuntutan berikut dilindungi di bawah polisi motor


komprehensif kenderaan persendirian?
a) Tayar depan kereta rosak teruk selepas membrek bagi mengelakkan perlanggaran
b) Penurunan nilai pasaran selepas kereta dibaiki akibat kemalangan
c) Kos menyewa kenderaan selepas kereta ditahan oleh pihak polis
d) Kerosakan kenderaan akibat terbakar disebabkan berlakunya litar pintas di bawah papan
pemuka kereta

110

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.

Perlindungan asas untuk jentera dan loji di bawah polisi kejuruteraan adalah berkenaan
dengan
a) kerosakan disebabkan kebakaran dan letupan.
b) kerosakan disebabkan letupan atau kerosakan mekanikal.
c) kerosakan secara tiba-tiba dan tidak diduga.
d) letupan dan kerugian turutan.

7.

Insurans kecurian komersial biasanya melindungi kehilangan harta milik insured


disebabkan oleh
a) apa-apa cara kecurian termasuk secara penipuan.
b) kecurian yang melibatkan cubaan pecah masuk ke dalam atau keluar dari premis dengan
menggunakan kekerasan dan keganasan.
c) apa-apa cara kecurian kecuali penyelewengan dana kerana ketidakjujuran pekerja.
d) apa-apa cara kecurian kecuali mencopet.
Polisi insurans untuk kontraktor melindungi kerja-kerja kontrak dari berlakunya

BAB
7

8.

a) kerosakan mekanikal atau elektrik.


b) kerugian yang timbul disebabkan kecacatan reka bentuk atau ketidakcekapan kerja sahaja.
c) kebakaran dan letupan terhad sahaja.
d) semua risiko kerugian atau kerosakan, tertakluk kepada pengecualian tertentu.
9.

Polisi indemniti profesional MENGECUALIKAN liabiliti yang timbul sekiranya insured


didapati
a) tidak jujur.
b) mengingkari tanggungjawab.
c) cuai.
d) kesilapan atau meninggalkan.

10. Insurans motor diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana sebab-sebab
berikut, KECUALI
a) menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar pampasan kepada mangsa
kemalangan jalan raya.
b) untuk memastikan kecukupan dana sedia ada bagi membayar tuntutan yang diluluskan
oleh mahkamah.
c) untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan langgar lari.
d) untuk meringankan beban kewangan kerajaan dan melindungi kepentingan negara.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PERNIAGAAN INSURANS AM

111

BAB
7

112

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

8.1 Pengenalan

Pengunderaitan
Insurans Am
Pengunderaitan adalah proses memilih risiko insurans dan
mengkelaskannya mengikut tahap kebolehinsuranannya supaya
kadar premium yang berpadanan dapat ditetapkan. Proses
pengunderaitan ini juga melibatkan keputusan menolak risiko yang
tidak layak untuk dilindungi.
Pengunderait biasanya akan merujuk kepada Garis Panduan
Pengunderaitan untuk menentukan risiko mana yang boleh diterima
dan ditolak, mengikut amalan pengunderaitan syarikat insurans.
Pengunderaitan juga melibatkan penentuan premium atau harga
perlindungan insurans. Adalah penting untuk memastikan insurer
mengenakan amaun bayaran yang berpadanan dengan perlindungan
yang diberi. Ini adalah kerana jika caj insurans terlalu rendah, insurer
akan mengalami kerugian pengunderaitan sekiranya pengalaman
tuntutan tidak memuaskan. Jika insurer mengenakan caj insurans
yang tinggi, ia mungkin akan kehilangan peluang perniagaan kepada
pesaingnya. Tugas pengunderait memerlukan tahap kemahiran
yang tinggi untuk mengimbangi antara peningkatan premium dan
keuntungan syarikat.

8.2 Proses
Pengunderaitan

3. Menetapkan terma dan


syarat perlindungan polisi

2. Harga insurans dengan


mengenakan premium yang
setimpal dengan risiko
1. Penilaian, penaksiran dan
pemilihan risiko untuk
diinsurans

PENGUNDERAITAN INSURANS AM

113

BAB
8

BAB 8

8.3 Garis Panduan


Pengunderaitan

BAB
8


8.4 Penetapan
Premium

Insurans Am





114

1. Setiap syarikat insurans biasa mempunyai senarai risiko yang


diutamakannya sendiri. Sebagai contoh, di bawah insurans
motor - pemandu yang lebih tua dan berpengalaman yang
biasanya kaum lelaki berkahwin berumur lebih dari 30 tahun
menunjukkan rekod tuntutan yang memuaskan dan ini dianggap
sebagai risiko yang baik.
2. Sebaliknya, risiko yang dirujuk adalah mereka yang
dianggap berbahaya kerana ciri-ciri tertentu yang terdapat
dalam risiko berkenaan. Contohnya, dalam pengunderaitan
insurans kebakaran, risiko perabot dan kelengkapan diperbuat
dari kayu akan dinilai selepas kaji selidik yang dijalankan
oleh jurutera atau juruukur risiko untuk menilai struktur,
proses dan kemasan keseluruhan. Pengunderait memerlukan
maklumat berkaitan untuk membuat keputusan sama ada untuk
menerima atau menolak risiko berkenaan, dan jika diterima, ia
akan menentukan kadar premium yang bersesuaian, terma dan
syarat polisi dan mungkin juga mengesyorkan langkah-langkah
pembaikan risiko.
3. Risiko akan ditolak sekiranya ia mempunyai pendedahan risiko
yang tinggi. Sebagai contoh, kenderaan bermotor seperti teksi,
bas pelancong dan bas ekspres yang membawa penumpang bagi
tujuan sewaan atau ganjaran boleh menyebabkan peningkatan
jumlah kerugian yang tinggi sekiranya berlaku kemalangan yang
melibatkan kerosakan kepada kenderaan, kerosakan harta pihak
ketiga dan liabiliti kepada penumpang. Ia adalah sama seperti
risiko penerbangan yang boleh menyebabkan kerugian besar
disebabkan satu kemalangan udara. Di Malaysia, perlindungan
insurans untuk risiko yang sedemikian dikendalikan secara
dana bersama seperti Dana Insurans Motor Malaysia dan Dana
Penerbangan Malaysia.

Pengiraan premium insurans perlu mengambil kira kadar minimum


dan kadar maksimum dan setakat mana premium boleh diselaraskan
berdasarkan bilangan dan amaun kerugian bagi setiap kelas
perniagaan.
Secara umumnya, premium kasar terdiri daripada faktor-faktor
berikut:a) premium risiko,
b) perbelanjaan, komisen dan brokeraj,
c) luar jangka (contingency) atau keselamatan (kepelbagaian
kerugian),
d) margin keuntungan

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


8.6 Pengiraan

Premium
Motor

Terdapat dua jenis tarif yang dikuatkuasakan oleh Persatuan


Insurans Am Malaysia (PIAM) yang kerap dikemaskinikan dan
memberitahu ahli-ahlinya melalui notis tarif dan pekeliling.
Penanggung insurans am berlesen yang menjalankan perniagaan
insurans am di Malaysia dikehendaki mematuhi kaedah-kaedah,
peraturan-peraturan dan kadar premium yang ditetapkan oleh tarif
masing-masing.
1. Tarif Insurans Motor Malaysia (diperkenalkan pada tahun
1978) menetapkan jenis perlindungan insurans motor, asas
pengkadaran premium, ayat yang standard dalam polisi,
pengecualian, peluasan, manfaat tambahan, kadar premium
bagi setiap kelas perniagaan dan kadar diskaun tanpa tuntutan
yang diguna pakai untuk pelbagai jenis kenderaan motor yang
digunakan di Semenanjung dan Malaysia Timur.
2. Tarif Kebakaran yang Disemak Semula (Revised Fire Tariff
- RFT 2000) mengawal selia perniagaan insurans kebakaran
di Malaysia dan menetapkan asas pengiraan premium, diskaun
untuk peralatan pemadam kebakaran (FEA), pembinaan dan
klasifikasi bandar, skop perlindungan standard polisi insurans
kebakaran, waranti, fasal dan endorsemen berkaitan dengan
pelbagai jenis perniagaan dan proses-prosesnya.

Berikut adalah contoh bagaimana premium insurans motor dikira


dengan menggunakan kadar tarif:

Maklumat Risiko:

Pemilik
Diskaun Tanpa Tuntutan
Kenderaan
Kapasiti Enjin
Tahun Diperbuat
Jumlah Dinsuranskan

Manfaat Tambahan:

:
:
:
:
:
:

ABC COMPANY Limited


TIADA
BMW 5281 SALOON
2,793
2008
RM300,000

Cermin hadapan RM3,000


Mogok, Rusuhan, Kekecohan Awam
Banjir dan Ribut Petir
Liabiliti kepada penumpang

PENGUNDERAITAN INSURANS AM

115

BAB
8

8.5 Penggunaan
Tarif

Kadar Tarif Motor:


Kapasiti Enjin

Premium
Komprehensif

Premium Pihak
Ketiga

Premium
Perlindungan Akta

1400

225.20

72.00

60.75

1650

251.50

81.00

67.50

2200

277.90

90.00

76.50

3050

304.20

99.00

85.50

4100

330.50

108.00

92.25

4250

356.80

117.00

99.00

4400

383.20

126.00

108.00

Lebih 4400

409.50

135.00

114.75

Tambah RM26 bagi


setiap RM1,000 atau
sebahagiannya atas
nilai yang melebihi
RM1,000

Pengiraan Premium Motor untuk ABC Company Limited:


Premium Asas (RM304.20 + 26.00 x 299)

RM8,078.20

BAB
8

Diskaun Tanpa Tuntutan (jika ada)

NIL

Mogok, rusuhan dan kekacauan awam - 0.30% dari amaun diinsuranskan

900.00

Pecah Cermin Hadapan atau cermin tingkap - 15% dari amaun diinsuranskan

450.00

Banjir, ribut petir, hujan lebat, taufan, hurikan, letusan gunung berapi, gempa
bumi, tanah runtuh - 0.50% dari amaun diinsuranskan

1,500.00

Liabiliti kepada Penumpang - 25% dari premium pihak ketiga

24.75

Semua pemandu (kenderaan persendirian didaftarkan atas nama syarikat atau


firma perniagaan)

50.00

Jumlah Premium

11,002.95

Tambah: 6% Cukai Perkhidmatan


Tambah: Duti Setem

660.18
10.00

Jumlah perlu dibayar

11,673.13


8.7 Pengiraan

Berikut adalah contoh bagaimana premium insurans kebakaran


dikira dengan menggunakan kadar tarif:

Maklumat Risiko:

Premium
Kebakaran

Insured
: XYZ Company Limited
Situasi Risiko : Tingkat bawah, lot kedai di Jalan
Ampang, Kuala Lumpur

Binaan
: Dinding bata dan bumbung konkrit

Perniagaan
: Pencetak dan penerbit buku





116

Kepentingan Jumlah Diinsuranskan


Bangunan
: RM500,000
Loji dan Jentera : RM100,000
Stok
: RM200,000
Peralatan Pejabat : RM20,000

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Peril Khusus:
Paip Pecah atau Limpahan Air dari Alatan Tangki Air
Fasal (B) Pemasangan Peralatan Elektrik
Mogok, Rusuhan dan Kerosakan dengan Niat Jahat
Banjir

Kadar Tarif Insurans Kebakaran


Kod

Kelas Perniagaan

Kelas Pembinaan

2100

KERTAS DAN PERCETAKAN

2104

Pencetak

2124

Majalah/berkala/buku

1A

1B

0.190

0.254

0.411

0.644

Waranti
Bersesuaian

Pengiraan Premium Insurans Kebakaran untuk XYZ Company Limited:


Perlindungan kebakaran, petir dan letupan domestik:
Amaun Diinsuranskan

Kadar Asas: 0.190%

RM820,000

Premium
RM1,558.00

Peril Tambahan:
Mogok, Rusuhan & Kerosakan dgn Niat:

0.014 % dari amaun diinsuranskan

114.80

Pecah atau Limpahan Tangki Air

0.005% dari amaun diinsuranskan

41.00

Fasal (B) Pemasangan Elektrik

0.056% atas jentera elektrik

56.00

Banjir

0.086% dari amaun diinsuranskan

705.20

Cukai Perkhidmatan

6 % dari Premium Kasar

148.50

Duti Setem

10.00

Premium Perlu Dibayar


8.8
Pertimbangan
Pengunderaitan

dan Faktor
Pengkadaran

Kelas
Insurans
Motor

RM2,633.50

Dalam seksyen ini kita akan mengkaji pertimbangan pengunderaitan.

Pertimbangan Pengunderaitan




Jenis kenderaan (persendirian, motosikal


atau perdagangan)
Kegunaan (membawa penumpang atau
mengangkut barang)
Usia dan keadaan kenderaan
Ubahsuai kenderaan, sekiranya ada
Pekerjaan pemilik kenderaan

Faktor Pengkadaran




Kapasiti enjin atau berat (tan)


Nilai pasaran
Tahun diperbuat
Sejarah tuntutan
Pengalaman memandu

PENGUNDERAITAN INSURANS AM

117

BAB
8

Kod Dagangan: 2124

Kebakaran

Pecah
Masuk

Proses berbahaya (cat semburan) atau


penyimpanan (letupan)
Asas indemniti (nilai pasaran atau nilai
dipersetujui)
Lokasi dan rupa bentuk kawasan (lereng
bukit atau kawasan rendah dan terdedah
kepada banjir)
Amaun perlindungan mencukupi (ketika
dikuatkuasakan semula dengan asas baru)

BAB
8

8.9 Insurans

Semula

Perdagangan atau pekerjaan


Kelas pembinaan
Bahaya luaran seperti tanah
mendap atau tanah runtuh
Pemasangan alat pemadam api
Tempoh perlindungan (jangka
pendek atau tahunan)

Jenis barangan (bernilai tinggi, berharga atau Jenis barangan dan perniagaan
berat dan besar)
- runcit, pasaraya, gudang, bilik
pameran atau kilang
Lokasi risiko (lot komersial yang sibuk atau
di luar bandar dan terpencil)
Jumlah diinsuranskan (kerugian
terawal atau nilai penuh)
Struktur bangunan (kedudukan pintu masuk
dan keluar)
Keselamatan dan pemasangan alat penggera

Kemalangan Umur orang yang hendak diinsuranskan


Diri
Keadaan kesihatan dan Fizikal
Sukan atau aktiviti merbahaya
Semua
Risiko
Kontraktor

Pendedahan kepada perubahan teknologi


seperti penggunaan bahan-bahan baru,
kaedah baru pembinaan, reka bentuk
prototaip, dimensi baru dan suhu operasi
yang lebih tinggi.
Pendedahan kepada bencana alam seperti
banjir.

Jenis pekerjaan
Manfaat (bayaran sekaligus,
mingguan atau bayaran balik
perbelanjaan perubatan)

Nilai diinsuranskan untuk


kerosakan bahan dan liabiliti
pihak ketiga.
Tempoh perlindungan termasuk
tempoh penyelenggaraan.
Latar belakang dan pengalaman
kontraktor melaksanakan projek
yang sama.

Insurans semula ialah memindahkan risiko dari insurer kepada


reinsurer, dengan kata lain ia adalah menginsuranskan insurer.
Kontrak insurans semula terbentuk di antara reinsured dengan
reinsurer.
Kegunaan dan manfaat insurans semula:
Penyebaran risiko
secara geografi

Pengurusan Aset
dan aliran tunai

Kestabilan Kewangan
dan operasi

118

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

INSURANS
SEMULA

Melindungi margin
kesolvenan

Meningkatkan
kapasiti pengunderaitan

Dua fungsi utama insurans semula ialah:


1. Untuk mengurangkan kesan kerugian disebabkan bencana alam
seperti gempa bumi, tsunami dan banjir di mana satu peristiwa
yang berlaku boleh menjejaskan sumber dan kedudukan
kewangan insurer.
2. Untuk melindungi dari berlakunya kerugian besar yang timbul
daripada satu malapetaka seperti kemalangan udara atau serangan
pengganas di pusat dagangan dunia pada 9/11 yang boleh
menyebabkan pertambahan kerugian individu di bawah pelbagai
jenis insurans seperti hartanah, liabiliti dan kemalangan.

8.10.1 Borang Cadangan

Borang cadangan adalah dokumen yang disediakan oleh insurer


dalam bentuk soal selidik bagi setiap kelas insurans bertujuan
mengumpul maklumat penting yang diperlukan untuk menilai risiko
dengan sewajarnya. Penggunaan borang cadangan membolehkan
pengunderait membuat pertimbangan berhemah berdasarkan
jawapan yang diberikan dan jika perlu, maklumat atau penjelasan
lanjut boleh diminta dari pencadang sebelum keputusan muktamad
dibuat.

Sebelum menandatangani suatu kontrak insurans, kedua-dua


pihak (pemohon dan insurer) mempunyai tanggungjawab untuk
mendedahkan maklumat yang tepat dan penting dengan cara yang
jelas, ringkas dan tepat pada masanya bagi membolehkan pengguna
untuk membuat keputusan yang betul, sementara insurer pula boleh
membuat keputusan mengenai terma dan syarat insurans sebelum
penerimaan risiko.

Borang cadangan tidak digunakan dalam insurans marin kargo


kerana dokumen perkapalan seperti invois, pesanan pembelian dan
resit penerimaan dari pemilik kapal telah menyediakan pengunderait
dengan maklumat dan bukti yang diperlukan untuk pengunderait
membuat keputusan dengan cepat sebelum penghantaran bermula.

8.10.2 Nota Lindung

Nota lindung adalah satu dokumen sementara untuk mengesahkan


perlindungan insurans telah berkuatkuasa sementara menunggu
dokumen polisi dikeluarkan. Nota lindung adalah bukti dokumentasi
kontrak insurans yang sah, yang dibuat oleh insured dengan insurer
dan ia adalah tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian
standard bagi kelas insurans.

PENGUNDERAITAN INSURANS AM

119

BAB
8

8.10 Dokumen

Insurans Am

BAB
8

Kebanyakan kontrak insurans dibuat secara bertulis seperti dalam


kes insurans marin (Akta Insurans Marin 1906 s.22). Di Malaysia,
kontrak insurans di mana dokumen bertulis diperlukan ialah insurans
motor, dikawal di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seksyen
91 menghendaki polisi insurans hendaklah dikuatkuasakan dan,
para (4) pula menyatakan bahawa suatu polisi itu dianggap tidak
sah melainkan suatu sijil insurans dikeluarkan dalam bentuk
atau format yang telah ditetapkan dan dokumen itu dihantar kepada
pemegang polisi.

8.10.3 e-Nota Lindung



Motor

Sistem nota lindung insurans motor secara elektronik yang


menggantikan dokumen fizikal nota lindung motor bermula dari
tahun 2005 merupakan sebahagian daripada inisiatif e-Kerajaan.
Suatu polisi insurans (termasuk nota lindung) diperlukan bagi tujuan
pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor. Insurer menghantar
nota lindung kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara
elektronik untuk pengesahan (saman yang belum diselesaikan
boleh menghalang pengesahan) bagi pembaharuan cukai jalan atau
pendaftaran kenderaan baru.

8.10.4 Sijil Insurans

8.10.5 Dokumen Polisi

120

a) Sijil insurans motor adalah bukti dokumentasi perlindungan


insurans motor dan hendaklah dikeluarkan dan dihantar
kepada pemilik polisi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Akta
Pengangkutan Jalan 1987 Jika polisi dibatalkan dalam tempoh
insurans oleh mana-mana pihak, pemilik polisi hendaklah dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembatalan itu menyerahkan
kembali sijil berkenaan kepada insurer atau sekiranya sijil
motor telah hilang atau musnah, pemilik polisi perlu membuat
suatu akuan bersumpah, dan jika dia gagal berbuat demikian,
ia adalah melakukan suatu kesalahan.
b) Sijil insurans juga digunakan dalam urus niaga insurans marin
seperti perlindungan terbuka marin yang meliputi penghantaran
kargo di bawah polisi insurans apungan. Sijil insurans marin
merupakan bukti dokumentasi kontrak insurans yang sah.
Polisi insurans adalah dokumen yang dikeluarkan oleh insurer dan
merupakan bukti bertulis kontrak insurans dan bukan kontrak itu
sendiri. Polisi perlu dimatikan setem mengikut peruntukan akta
setem; jika tidak, ia tidak boleh digunakan sebagai bukti keterangan
di mahkamah. Sekiranya suatu kelas perniagaan insurans itu
dikawal oleh tarif yang menetapkan penyusunan kata polisi, ia
menjadi tanggungjawab insurer untuk menggunakan pemilihan
kata yang standard yang ditetapkan oleh tarif, umpamanya dalam
polisi insurans kebakaran dan motor.

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Ketika memperbaharui polisi, tanggungjawab penuh percaya mutlak


perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak (insured dan insurer), tetapi
beban tugas terletak ditangan insured untuk memaklumkan
kepada insurer tentang sebarang perubahan penting dalam risiko
yang hendak dilindungi (pembaharuan bermakna pembentukan
kontrak baru) bagi membolehkan insurer membuat penilaian semula
risiko agar premium pembaharuan adalah setimpal dengan risiko
yang dilindungi.

Notis pembaharuan mengandungi butiran penting polisi termasuk


nama insured, nombor polisi, tarikh tamat tempoh polisi, jumlah
diinsuranskan sedia ada dan premium. Pembaharuan adalah
masa untuk mengkaji semula kecukupan jumlah diinsuranskan
terutamanya dalam insurans harta dan insurans motor. Insured akan
diminta untuk menyemak semula jumlah diinsuranskan supaya
ia setara dengan nilai pasaran semasa atau nilai pengembalian
semula bagi insurans bangunan, sekiranya tidak, syarat purata
akan digunakan ketika mengemukakan tuntutan kerana polisi telah
terkurang insurans.

8.10.7 Sijil Pembaharuan

Setiap kali polisi insurans am diperbaharui, kontrak baru akan


terbentuk. Jika pembaharuan adalah berdasarkan terma dan syarat
yang sama seperti kontrak asal, insurer biasanya mengesahkan
pembaharuan itu dengan mengeluarkan sijil pembaharuan.
Sebaliknya, jika pembaharuan adalah atas terma dan syarat
yang berbeza, polisi baru akan dikeluarkan. Sijil pembaharuan
mengandungi maklumat yang sama seperti yang terdapat dalam
dalam Jadual polisi dan akan menyatakan apa-apa pindaan yang
dibuat kepada terma dan syarat polisi asal.

PENGUNDERAITAN INSURANS AM

121

BAB
8

8.10.6 Notis Pembaharuan Kebanyakan kontrak insurans am dikeluarkan secara tahunan


dan boleh diperbaharui, kecuali polisi insurans semua risiko
kontraktor pembinaan dan polisi insurans marin kargo. Tidak ada
kewajipan undang-undang di pihak insurer untuk memberitahu
insured yang polisinya akan tamat tempoh pada tarikh tertentu.
Walau bagaimanapun, insurer biasanya menggalakkan insured
memperbaharui polisi demi mengekalkan perniagaan, sekiranya
tidak, urusniaga tersebut berpindah kepada pesaing.

8.11 Soalan Penilaian Diri


1.

Di antara berikut, yang manakah BUKAN sebahagian daripada proses pengunderaitan?


a) Menentukan terma dan syarat perlindungan polisi
b) Menentukan premium yang dikenakan adalah setimpal dengan risiko
c) Menyiasat dan menaksirkan kerugian
d) Menilai, menaksir dan memilih risiko untuk diinsuranskan

2.

Apakah tujuan insurer mewujudkan garis panduan pengunderaitan?


I.

Untuk menetapkan standard penerimaan risiko selaras dengan kehendak insurer

II.

Untuk membezakan di antara risiko berbahaya dengan risiko tidak berbahaya

III. Mengasingkan pendedahan risiko tinggi ke dana pengunderaitan yang berasingan

BAB
8

IV. Mengkategorikan risiko keutamaan iaitu diutamakan, dirujuk atau ditolak

3.

4.

5.

122

a)

I, III dan IV

b)

II, III dan IV

c)

I dan IV

d)

I, II, III dan IV

Kevin telah menjual keretanya dan ingin membatalkan polisi motornya yang masih
berkuatkuasa. Beliau masih menyimpan dokumen polisi dan sijil insurans. Apakah
tindakan yang dianggap wajar?
a)

Hanya insurer yang berhak membatalkan polisi ketika polisi masih berkuatkuasa.

b)

Insured perlu memulangkan sijil insurans dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembatalan.

c)

Insured hendaklah mengembalikan dokumen polisi dalam masa 14 hari dari tarikh
pembatalan.

d)

Insured perlu memusnahkan sijil insurans berkenaan dalam tempoh 21 hari dari tarikh
pembatalan.

Apakah jenis insurans yang mana premium ditetapkan oleh tarif?


a)

Liabiliti Majikan

b)

Motor Persendirian

c)

Kemalangan Diri

d)

Pecah Masuk

Yang manakah di antara berikut BUKAN faedah secara langsung insurans semula?
a)

Penyebaran risiko secara geografi

b)

Melindungi margin kesolvenan insurer

c)

Meningkatkan keuntungan pengunderaitan

d)

Meningkatkan kapasiti pengunderaitan

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7.

8.

Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen manakah yang menyatakan bahawa
sijil insurans mesti dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan dan dihantar kepada
pemegang polisi?
a)

Seksyen 91(4)

b)

Seksyen 94(1)

c)

Seksyen 90(1)

d)

Seksyen 90(4)

Berikut adalah faktor-faktor penting dalam menimbangkan sama ada untuk menerima
atau menolak cadangan perlindungan insurans pecah masuk (kecurian), KECUALI
a)

jenis barangan (bernilai tinggi, berharga atau berat dan besar).

b)

lokasi risiko (lot komersial yang sibuk atau luar bandar dan terpencil).

c)

bilangan pekerja yang mengendalikan wang tunai.

d)

keselamatan dan pemasangan alat penggera.

Yang manakah antara berikut BUKAN peril yang boleh dilindungi walaupun dengan
bayaran premium tambahan di bawah polisi insurans kebakaran komersial?
a)

Pecah atau limpahan peralatan paip tangki air

b)

Kecurian harta selepas berlaku kebakaran

c)

Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat

BAB
8

6.

d) Banjir
9.

Bagaimana insurer dapat menggalakkan pemegang polisi untuk memperbaiki risiko fizikal
ketahap memenuhi keperluan minimum atau mengatasi standard yang diperlukan?
a)

Dengan menawarkan tambahan jumlah diinsuranskan

b) Dengan menawarkan diskaun premium


c) Dengan mengenakan ekses/lebihan yang lebih rendah
d) Dengan menambah skop perlindungan
10. Di antara berikut, pencadang manakah yang memilih kaedah insurans berasaskan
kerugian terawal (first loss) adalah paling sesuai?
a)

Paul telah membeli sebuah kereta sport vintaj dan dia mahu melindungi keretanya dari
berlakunya kehilangan atau kerosakan.

b)

Raju telah diberitahu bahawa dia perlu menginsuranskan liabiliti kecederaan ke atas
pekerjanya.

c) Encik Lim memiliki gudang yang besar dan dia mahu menginsuranskan isi kandungan
dari berlakunya kecurian.
d)

Farida mahu menginsuranskan bangunan pejabat barunya dari serangan pengganas.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


PENGUNDERAITAN INSURANS AM

123

BAB
8

124

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

9.1 Pengenalan

9.2 Langkah langkah


Penyelesaian
Tuntutan
9.2.1 Pemberitahu

Kerugian oleh
Insured

Tuntutan Insurans
Am
Syarikat insurans mempunyai tanggungjawab moral dan undangundang untuk membayar tuntutan dengan segera dan adil. Kewibawaan
syarikat insurans dalam memenuhi kewajipan kontrak akan terserlah
melalui keupayaan mengendali dengan cekap dan kejayaan
menyelesaikan tuntutan. Seorang pelanggan yang berpuas hati pasti
akan memberitahu dari mulut ke mulut mengiklankan produk dan
perkhidmatan syarikat insurans, yang seterusnya akan memudahkan
aktiviti jualan dan pemasaran produk oleh ejen-ejen dan pengantara.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan garis panduan mengenai
standard minimum dan tempoh masa bagi menyelesaikan tuntutan.
Walau bagaimanapun, cabaran bagi insurer ialah memastikan hanya
tuntutan sah yang perlu dibayar dan keupayaan mencegah tuntutan
palsu atau ditokok tambah yang pastinya akan meningkatkan kos
tuntutan dan kos insurans secara keseluruhan.

Pemberitahuan
Kerugian

Pendaftaran
Tuntutan

Penyiasatan
Tuntutan

Tawaran dan
Penyelesaian

Ia adalah merupakan syarat-syarat sebelum liabiliti yang perlu


dipatuhi iaitu apabila kerugian berlaku, insurer perlu diberitahu
dengan segera. Bergantung kepada susunan ayat dalam syarat
pemberitahuan, notis mungkin diberi secara lisan atau bertulis.
Insured dikehendaki memberitahu butiran penuh kerugian, identiti
pihak yang menuntut dan sebagainya, berserta dengan borang
tuntutan dan lain-lain dokumen sokongan sebagai bukti tuntutan,
dikemukakan dalam tempoh 14 hingga 30 hari seperti yang
dinyatakan dalam polisi.
Dalam hal ini, Notis Tarif Motor No. 9 tahun 2007 jelas menyatakan
tempoh masa pemberitahuan tuntutan yang perlu dipatuhi di bawah
polisi insurans motor, yang berbunyi seperti berikut:
TUNTUTAN INSURANS AM

125

BAB
9

BAB 9

Pihak kami hendaklah diberitahu sama ada secara bertulis atau


melalui telefon dengan menyatakan butiran kenderaan yang terlibat,
tarikh kemalangan dan keterangan ringkas mengenai kemalangan
tersebut dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan berikut,
selepas kejadian yang mungkin menjadi perkara pokok sesuatu
tuntutan di bawah polisi ini: a) Dalam tempoh 7 hari sekiranya anda tidak mengalami hilang
upaya fizikal atau tidak dimasukkan ke hospital berikutan
kejadian itu.
b) Dalam tempoh 30 hari atau secepat yang mungkin sekiranya
anda mengalami hilang upaya fizikal dan dimasukkan
ke hospital disebabkan kejadian itu.
c) Selain dari (a) dan (b), tempoh pemberitahuan yang lebih
panjang mungkin dibenarkan, tertakluk kepada bukti khusus
yang dikemukakan oleh insured.

BAB
9

Ia juga adalah merupakan syarat-syarat sebelum liabiliti di mana


insured dengan penuh percaya mutlak perlu mengambil tindakan
pemulihan segera bagi meminimumkan kerugian setelah tuntutan
dikemukakan. Sebagai contoh, terdapat Fasal dalam polisi insurans
motor komprehensif yang memperuntukkan bahawa insured
hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi
menjaga kereta dari berlakunya kehilangan atau kerosakan, dan
sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, kenderaan terbabit
tidak seharusnya dibiarkan tanpa pengawasan. Dalam insurans
liabiliti, insured dikehendaki mengemukakan segala writ, saman
atau dokumen undang-undang kepada insurer dan tidak sepatutnya
menerima apa-apa liabiliti, membalas apa-apa surat dan perakuan
menerima saman, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
insurer.
9.2.2 Pendaftaran Tuntutan Setiap insurer dikehendaki menyimpan dan mengemaskinikan buku
daftar tuntutan insurans sebaik sahaja mengetahui apa-apa tuntutan
yang dimaklumkan kepadanya. Ini adalah untuk memastikan
peruntukan yang betul dan tepat dikekalkan dan rizab tuntutan tidak
boleh dikeluarkan dari daftar tuntutan selagi tuntutan itu masih
belum diselesaikan.
Buku daftar tuntutan merupakan rekod rasmi tuntutan yang
diberitahu kepada insurer dan ia mungkin disimpan dalam apa
jua bentuk, sama ada disimpan secara elektronik dipangkalan
data komputer atau dalam bentuk bertulis atau kedua-duanya.
Selepas sesuatu tuntutan didaftarkan, surat akuan penerimaan akan
dikeluarkan kepada pihak yang menuntut dalam masa tujuh (7) hari,
sebagai mematuhi garis panduan penyelesaian tuntutan.

126

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

9.2.3 Pengesahan Tuntutan

Semak Keabsahan
Tuntutan

Adakah polisi berkuatkuasa


dan premium telah dibayar?
Adakah kerugian disebabkan
peril yang dilindungi?
Adakah kerugian berlaku atas
perkara pokok insurans yang
sama?

Semak perlindungan

Adalah pihak yang menuntut


merupakan pemilik sah dengan
kepentingan boleh insurans?
Adakah terdapat pelanggaran
syarat sebelum polisi
berkaitan liabiliti atau penuh
percaya?

Tuntutan kecil diselesaikan


secara dalaman
Tuntutan besar memerlukan
khidmat pakar, penyelaras
kerugian dan malah pakar
forensik

Siasat sebab-sebab
kerugian

9.2.4 Penyiasatan

Tuntutan

Setelah tuntutan disahkan, langkah seterusnya ialah meneruskan


siasatan terhadap punca kerugian dan untuk menentukan jumlah
kerugian. Bergantung kepada saiz anggaran dan kerumitan tuntutan
itu, seorang pakar yang terlatih dalam bidang penyiasatan tuntutan
dan pelarasan kerugian akan dilantik oleh insurer.

Penyelaras Kerugian perlu mendaftar untuk menjalankan perniagaan


penyelarasan di Malaysia. Mereka adalah profesional bebas yang
dilantik oleh insurer untuk menyiasat punca dan tahap kerugian
serta menentukan kuantum kerugian berhubung dengan tuntutan
insurans.

Penyelaras kerugian memainkan peranan penting dan


tanggungjawabnya termasuk dan tidak terhad kepada perkaraperkara berikut:






9.3 Dokumen

Tuntutan

berunding dan bertindak sebagai ejen penyelesaian untuk


mencapai resolusi segera demi kebaikan pihak yang menuntut;
memelihara kepentingan insured dan menawarkan bantuan
segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dan
mengurangkan kadar kerugian;
menasihati insurer agar mengambil langkah tertentu bagi
mengurangkan risiko yang mungkin berulang;
membantu insured menyediakan butir-butir penuh kerugian dan
mengesan saksi sekiranya perlu hadir di mahkamah;
mengenalpasti hak subrogasi untuk membuat tuntutan dari
pihak ketiga yang melakukan kecuaian;
mengenalpasti bahagian sumbangan dari dan ke insurer lain.

Borang tuntutan awal berfungsi untuk mendapatkan maklumat


asas berkaitan tuntutan berkenaan. Walau bagaimanapun, untuk
menyokong maklumat dalam borang tuntutan, pihak yang menuntut
perlu menyediakan bukti tambahan bagi menyokong tuntutan
tersebut. Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza-beza

TUNTUTAN INSURANS AM

127

BAB
9

bergantung kepada jenis tuntutan dan kelas insurans, seperti yang


diringkaskan di bawah:
Insurans Kebakaran
Gambar foto
Laporan juruteknik (sekiranya berkenaan)
Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen
berkaitan
Laporan polis (sekiranya berlaku kerosakan serius)
Laporan bomba (sekiranya berlaku kerosakan serius)
Insurans Pecah Masuk
Laporan polis
Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen
berkaitan.
Tuntutan Kematian Kemalangan Diri
Laporan bedah siasat
Sijil kematian
Sijil pengkebumian
Laporan polis
Surat pengesahan perkhidmatan
Tuntutan Kerosakan Kenderaan Sendiri
BAB
9

Laporan polis
Salinan kad pendaftaran kenderaan dan cukai jalan
Salinan lesen memandu dan kad pengenalan yang disahkan

9.4 Penyelesaian
Tuntutan

128

Semua kontrak insurans am adalah kontrak indemniti. Kecuali


insurans kemalangan diri (yang membayar amaun tetap pampasan),
semua kontrak insurans am menyatakan bahawa insurer akan
membayar ganti rugi kepada insured untuk sebarang kerugian atau
kerosakan yang dialami akibat daripada peril yang diinsuranskan
atau luar jangka.
Kaedah penyelesaian mungkin berbeza-beza mengikut jenis
insurans tetapi secara keseluruhan prinsip indemniti adalah untuk
meletakkan kembali insured pada kedudukan kewangan yang
sama seperti sebelum berlaku kerugian. Pilihan untuk membayar
tunai, pembaikan, mengganti atau membaik pulih terletak ditangan
insurer, berdasarkan kepada keadaan dan tahap kerugian.
Di bawah insurans liabiliti, insured dibayar ganti rugi untuk potensi
liabiliti undang-undang dari pihak ketiga. Tuntutan itu mungkin
mengambil masa yang lama untuk diselesaikan jika terjebak dalam
proses undang-undang yang biasanya memakan masa. Syarikat
insurans perlu menyimpan rizab yang mencukupi untuk membayar

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

tuntutan masa depan, disamping membuat pelarasan inflasi untuk


liabiliti tuntutan yang belum dibayar. Sebagai contoh, mahkamah
boleh meluluskan tuntutan ganti rugi bukan kewangan seperti ganti
rugi sakit dan penderitaan (pain and suffering), dan ganti rugi
kehilangan kemudahan disamping tuntutan kecederaan peribadi.


9.5 Mendapatkan
Kembali
Bayaran
Tuntutan

Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tidak semua tuntutan


yang dilaporkan kepada insurer akan diselesaikan. Syarikat Insurans
boleh menolak liabiliti dengan alasan pelanggaran teknikal atau
mengingkari tanggungjawab penuh percaya mutlak. Walau apapun
keadaannya, alasan yang munasabah bagi penolakan dan tawaran
khidmat nasihat mengenai kaedah alternatif untuk rayuan dan
maklumat mengenai Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) perlu
diberikan kepada pemilik polisi.
Insurer boleh menolak liabiliti tuntutan atas alasan berikut: 1. Kerugian atau kerosakan bukan disebabkan oleh peril yang
diinsuranskan;
2. Kerugian itu tidak termasuk dalam skop perlindungan;
3. Polisi terbatal akibat daripada pelanggaran syarat-syarat asas;
4. Terdapat fakta matan yang tidak didedahkan di mana insured
tidak menyedarinya.

Proses penyelesaian tuntutan juga akan melibatkan proses


mendapatkan kembali bayaran dari insurer bersama dan/atau
reinsurer, pihak ketiga di bawah hak subrogasi dan lain-lain
insurer hak sumbangan, jika hak tersebut wujud.
Subrogasi timbul apabila insurer yang telah membayar ganti rugi
kepada insured atas kerugian yang berpunca dari pihak ketiga
mengambil alih hak insured untuk menerima pampasan dari pihak
ketiga. Salvaj adalah hak sama rata insurer ke atas sisa tinggalan
harta yang mana insurer telah membayar sejumlah tuntutan kerugian
menyeluruh kepada insured. Insurer mengesid biasanya berkongsi
subrogasi dan salvaj dengan reinsurer yang turut membayar tuntutan
kerugian.
Kontrak insurans semula biasanya mengandungi fasal yang
khusus memperuntukkan hak mendapatkan kembali bayaran
melalui subrogasi dan salvaj dalam menentukan kerugian bersih
muktamad yang perlu dibayar oleh reinsurer. Reinsurer, setelah
membayar bahagian ganti ruginya, mempunyai hak yang sama untuk
mendapatkan kembali sebahagian bayaran melalui subrogasi dan
salvaj.

TUNTUTAN INSURANS AM

129

BAB
9

9.6 Aplikasi

Averaj (Purata)
dalam
Tuntutan

Istilah tertakluk kepada averaj/purata bermakna sekiranya jumlah


diinsuranskan adalah kurang daripada nilai sebenar harta semasa
berlaku kerugian, jumlah yang dituntut di bawah polisi ini akan
dikurangkan mengikut kadar insurans terkurang. Averaj atau
purata digunakan apabila harta yang dilindungi adalah terkurang
insurans dan terdapat penyelesaian sebahagian tuntutan kerugian.
Kebanyakan polisi insurans harta menggabungkan konsep syarat
prorata, kecuali dalam polisi nilai dipersetujui.

Formula yang digunakan untuk menyelaras tuntutan adalah seperti


berikut:

Amaun Diinsuranskan
Tuntutan Perlu Dibayar =
Nilai risiko

x Kerugian

Pertikaian mungkin timbul apabila pemilik polisi tidak sedar bahawa


potongan akan dibuat apabila terdapat tuntutan kerugian separa, jika
jumlah yang diinsuranskan adalah di bawah nilai sebenar risiko.
Untuk mengelakkan kerugian, pencadang insurans dinasihatkan
untuk memastikan jumlah diinsuranskan adalah mencukupi
dan ia hendaklah setara dengan nilai pasaran semasa atau nilai
pengembalian semula harta yang diinsuranskan. Adalah menjadi
tanggungjawab insured untuk mengkaji semula jumlah diinsuranskan
seiring dengan indeks kos sara hidup dan/atau kadar inflasi pada
masa pembaharuan polisi dan ketika polisi sedang berkuatkuasa
sekiranya terdapat penambahan atau penambahbaikan dibuat yang
pastinya akan meningkatkan nilai harta yang diinsuranskan.


9.7 Biro Insurer

Biro Insurer Motor (Motor Insurers Bureau - MIB) ditubuhkan


berdasarkan Perjanjian Utama pada 15 Januari 1968 dengan Menteri
Pengangkutan dan penanggung insurans am yang dibenarkan untuk
menyediakan bayaran pampasan kepada mangsa-mangsa/pihak
ketiga kemalangan jalan raya dalam kes di mana mangsa tersebut
dinafikan hak menerima ganti rugi disebabkan ketiadaan insurans
atau insurans berkuatkuasa, seperti yang dikehendaki di bawah
seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah perjanjian tersebut, apabila penghakiman yang diperolehi


di mahkamah (di Malaysia Barat) tidak dilaksanakan dalam
tempoh 28 hari, MIB bertanggungjawab untuk membayar jumlah
penghakiman penuh bagi pihak orang yang tidak diinsuranskan atas
kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga. Oleh kerana MIB
adalah sebuah syarikat berhad dengan jaminan, ia tidak memegang
apa-apa aset untuk melindungi liabilitinya, tetapi ahli-ahlinya yang
merupakan syarikat insurans am menjamin pembayaran liabiliti
apabila timbul keperluan.

BAB
9

Motor

130

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Walau bagaimanapun, selepas 1 Januari 1992, perjanjian utama telah


dibatalkan dan digantikan dengan Gantian Perjanjian Utama yang
memasukkan keanggotaan Sabah dan Sarawak. Perjanjian gantian
ini memperuntukkan bayaran ihsan atau elaun kepada mangsa
kemalangan motor yang disebabkan oleh pemandu yang tidak
diinsuranskan, tanpa perlu mendapatkan penghakiman mahkamah.

Pemandu yang tidak diinsuranskan adalah orang yang tidak


mempunyai insurans yang sah atau polisi insurans telah tamat
tempoh. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mangsa
pemandu tidak dapat dikesan atau kes langgar lari, MIB akan
membuat bayaran ihsan mengikut budi bicara mutlaknya kepada
mangsa kemalangan atau tanggungannya, untuk kecederaan atau
kematian yang disebabkan oleh penggunaan kenderaan bermotor
di jalan awam.

Langgar-sama-Langgar (Knock-for-Knock) KFK adalah perjanjian


pasaran yang ditandatangani pada 1987, digabungkan di bawah
Tarif Motor Malaysia. Penanggung insurans am berlesen yang
merupakan ahli Persatuan Insurans Am Malaysia menguatkuasakan
perjanjian tersebut untuk mempercepatkan proses penyelesaian
tuntutan, mengurangkan perbelanjaan undang-undang dan
pentadbiran mengendalikan tuntutan pihak ketiga.

9.8 Perjanjian
Langgar sama-Langgar
(KFK)

Di bawah perjanjian itu, setiap insurer akan mengendalikan tuntutan


dari insured mereka sendiri, dengan syarat pihak yang terlibat dalam
kemalangan itu mempunyai polisi insurans motor komprehensif,
tanpa mengira siapa yang bersalah dalam kemalangan berkenaan.
KFK berfungsi atas prinsip tindakan dan keseimbangan di mana
setiap insurer motor bersetuju untuk tidak melaksanakan hak
subrogasi terhadap satu sama lain. Sekiranya perjanjian KFK ini
digunapakai untuk jangka masa panjang, tiada insurer yang akan
mendapat keuntungan atau mengalami kerugian apabila menyertai
perjanjian ini.
Peruntukan-peruntukan utama perjanjian ini ialah:
Penggunaan fasal ekses atau lebihan (sekiranya berkenaan);
Pengecualian mana-mana kenderaan yang digunakan untuk
membawa penumpang untuk mendapatkan upah atau ganjaran
seperti teksi, bas, dan lain-lain
Pengecualian mana-mana kenderaan yang digunakan untuk
sewa dan pandu, sama ada pandu sendiri atau disediakan
pemandu
Pengecualian kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran
sahaja.

TUNTUTAN INSURANS AM

131

BAB
9

Perjanjian KFK telah disemak semula pada bulan Jun 2001


(Perjanjian Tambahan - Perjanjian Pindaan Knock-for-Knock)
yang memperuntukkan bahawa sekiranya berlaku kemalangan yang
melibatkan kenderaan insured dan pihak ketiga, insured di bawah
polisi insurans komprehensif mempunyai pilihan untuk membuat
tuntutan kerosakan kenderaan dari insurernya sendiri (sekiranya
insured atau pemandu yang dibenarkan tidak bersalah), atau membuat
tuntutan kerosakan dari insurer pihak ketiga kerana pihak ketiga
adalah penyebab kemalangan tersebut. Dalam keadaan ini, kelayakan
Diskaun Tanpa Tuntutan milik insured tidak terjejas.


9.9 Pangkalan

Pada tahun 2001, pangkalan data berpusat membuat anggaran kos


pembaikan kenderaan (dibangunkan oleh Motordata Research
Consortium Consortium Sdn Bhd) telah diperkenalkan bertujuan
mengurangkan ketidakjelasan dalam membuat anggaran kos
pembaikan kenderaan. Dengan keupayaan membuat anggaran
kos pembaikan kenderaan yang lebih tepat, insiden penipuan dan
ketirisan akibat pakatan sulit antara pemilik kenderaan dan pemilik
bengkel dapat dikurangkan.


Data Berpusat
Membuat

Anggaran Kos
Pembaikan
Kenderaan

BAB
9

Rajah di bawah menggambarkan proses aliran kerja, bermula dari


kenderaan yang rosak tiba di bengkel panel untuk penilaian dan
anggaran kos pembaikan oleh bengkel yang diberi kuasa, yang
seterusnya mungkin perlu disahkan oleh pelaras kerugian (jika
kerugian adalah besar) sebelum insurer meluluskan pembaikan.

2. Gambar diambil
secara digital

1. Kereta yang
mengalami
kerosakan dihantar
ke bengkel
6. Insurer
meluluskan
anggaran kos
melalui CPC

4. Insurer meneliti
anggaran kos

132

3. Menyediakan
anggaran kos
pembaikan

Anggaran,imej
dan dokumen
elektronik dihantar
ke Pusat Memproses
Tuntutan (CPC)

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

5. Insurer menyerahkan
tuntutan kepada
penyelaras melalui CPC

9.10 Pertikaian
Mengenai
Tuntutan

Pertikaian antara pihak yang menuntut dan insurer mungkin


melibatkan salah satu daripada dua isu berikut:1. liabiliti atau tanggungjawab, (sama ada insurer boleh
dipertanggungjawabkan atau tidak); dan
2. jika insurer bertanggungjawab, berapakah amaun atau jumlah
tuntutan penyelesaian.
Lain-lain pertikaian mungkin timbul disebabkan:
kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan
fakta matan tidak didedahkan
borang cadangan tidak ditandatangani
tiada kepentingan boleh insurans
mutu kerja pembaikan tidak berkualiti
perkhidmatan pelanggan tidak memuaskan
bengkel panel tidak memulakan kerja-kerja pembaikan
alat-alat ganti sukar diperolehi.
Apabila timbul pertikaian, ia mungkin dapat diselesaikan melalui
saluran berikut:1. Perundingan - penyelesaian dicapai melalui perbincangan
antara kedua-dua belah pihak.
2. Timbangtara - penyelesaian pertikaian berkaitan dengan
amaun atau jumlah tuntutan (biasanya dimasukkan sebagai
syarat polisi) dibincangkan dalam suasana yang kurang formal
berbanding dengan penyelesaian mahkamah, dan diadili oleh
penimbang tara, bukan hakim.
TUNTUTAN INSURANS AM

133

BAB
9

1. Bengkel menilai kerosakan dan mengambil gambar kenderaan


yang rosak.
2. Bengkel membuat anggaran secara elektronik, mengenalpasti
setiap bahagian kenderaan untuk dibaiki atau diganti dan masa
kerja yang diperlukan untuk menyelesaikan pekerjaan.
3. Anggaran dan imej kenderaan yang rosak dan dokumen
sokongan diimbas untuk dihantar ke insurer melalui Pusat
Pemprosesan Tuntutan (CPC).
4. Insurer akan mengakses tuntutan secara elektronik dan
menugaskan penyelaras kerugian, jika perlu, sebelum
meluluskan tuntutan secara elektronik.
5. Penyelaras kerugian akan dilantik jika amaun kerugian adalah
besar dan memerlukan pengesahan lanjut.
6. Semua transaksi tuntutan direkodkan secara elektronik dan
tuntutan bertindih akan diperiksa untuk mengelakkan penipuan.
7. Jika tuntutan yang sama (dikenal pasti melalui nombor
pendaftaran kenderaan) muncul lebih daripada sekali dalam
CPC, Motordata Research Consortium Sdn Bhd akan
memaklumkannya kepada insurer tentang kemungkinan
berlakunya penipuan.

3. Perantaraan - antara alternatif penyelesaian pertikaian iaitu


melalui Biro Perantaraan Kewangan (FMB), sebuah badan
bebas yang ditubuhkan untuk mengadili pertikaian tuntutan.
Keputusan yang dibuat oleh Biro Perantaraan Kewangan
akan mengikat dan perlu dipatuhi oleh insurer, tetapi ia tidak
mengikat insured atau pihak yang menuntut.
4. Perundangan - sekiranya perundingan dan perantaraan gagal
mencapai keputusan atau jalan penyelesaian, insured berhak
untuk mengambil tindakan undang-undang melalui proses
mahkamah. Walau bagaimanapun, kaedah ini bukan sahaja
memakan belanja yang tinggi tetapi ia juga memakan masa
yang lama.

BAB
9

9.11 Tindakan
Selepas
Penyelesaian
Tuntutan

Apabila tuntutan telah dibayar, insurer boleh mengambil salah satu


dari tindakan-tindakan berikut:
1. Menamatkan kuatkuasa polisi sekiranya tuntutan
dikategorikan sebagai kerosakan sepenuhnya ke atas perkara
pokok insurans dan jumlah yang diinsuranskan telah dibayar
sepenuhnya. Contohnya, kematian akibat kemalangan di bawah
polisi kemalangan diri atau kecurian di bawah polisi insurans
motor komprehensif atau tuntutan di bawah insurans jaminan
kesetiaan yang melibatkan penyiasatan jumlah kerugian dan
pekerja yang diinsuranskan di bawah polisi berkenaan.
2. Mengurangkan jumlah diinsuranskan mengikut jumlah
kerugian di bawah insurans harta. Sekiranya ia melibatkan
hilang upaya separa, jumlah diinsuranskan akan dikurangkan
mengikut jumlah kerugian yang dibayar. Polisi insurans
kebakaran standard memperuntukkan fasal penguatkuasaan
semula yang menyediakan pilihan menguatkuasakan
semula polisi secara automatik kepada amaun asal jumlah
diinsuranskan, sehingga tamat tempoh perlindungan, tertakluk
kepada pembayaran premium tambahan pro rata. Ia bertujuan
melindungi insured berada dalam keadaan insurans terkurang
jika kerugian berlaku lagi dalam tempoh yang sama.

9.12 Garis Panduan


Amalan
Penyelesaian
Tuntutan

134

Pada bulan Februari 1995, JPI/GPI14 - Garis Panduan Amalan


Penyelesaian Tuntutan yang menetapkan standard minimum
untuk mengendalikan tuntutan insurans am telah dikeluarkan.
Bahagian I Garis Panduan merujuk kepada tuntutan selain daripada
insurans motor, sementara Bahagian II merujuk kepada tuntutan
insurans motor. Garis Panduan ini juga memperuntukkan kaedah
penyenggalaraan dan pendaftaran semua tuntutan, serta kajian
semula dan mengemaskini maklumat dalam rekod dengan tepat
dan mengikut waktu yang ditetapkan. Peraturan yang ditetapkan

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

juga menghendaki insurer merangka carta aliran kerja dalaman dan


struktur organisasi bagi pelbagai jenis tuntutan dan menetapkan had
kuasa bagi setiap pegawai pengendali tuntutan untuk memastikan
tuntutan diproses dan diluluskan mengikut peraturan.
Berikut adalah tempoh masa yang ditetapkan untuk insurer
di bawah Garis Panduan berkenaan:
Proses Tuntutan

Tempoh Masa

1. Akuan penerimaan notis


pemberitahuan

7 hari selepas tarikh


didaftarkan

2. Menyerahkan tugas kepada


penyelaras

Bandar besar - 7 hari


lokasi lain - 14 hari

4. Kelulusan dari insurer


5. Bayaran tuntutan

6. Penolakan tuntutan

7 hari
7 hari
7 hari - bayaran balik tuntutan
14 hari - tuntutan di bawah
RM 1 juta
21 hari - tuntutan melebihi
RM 1 juta
14 hari
BAB
9

3. Penyelaras menghantar
laporan

TUNTUTAN INSURANS AM

135

9.13 Soalan Penilaian Diri


1.

Apakah tujuan penubuhan Pangkalan Data Berpusat untuk membuat Anggaran Kos
Pembaikan Kenderaan?
a) Menguatkuasakan penggunaan bengkel panel yang diluluskan bagi mengelakkan cubaan
penipuan dan ketirisan tuntutan
b) Untuk meningkatkan ketelusan dalam mengenalpasti anggaran kos tuntutan kerosakan
kemalangan untuk mengurangkan penipuan akibat daripada pakatan sulit antara yang
insured dan bengkel membaiki kenderaan
c) Mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan motor bagi kemalangan kecil
d) Untuk menganggarkan kos pembaikan kerosakan

2.

Apakah Fasal yang terdapat dalam polisi insurans isi rumah yang memberi hak kepada
insurer untuk meminta insurer membayar sebahagian daripada tuntutan berkaitan?
a) Fasal timbangtara
b) Fasal sumbangan
c)

Fasal langkah berjaga-jaga

BAB
9

d) Fasal subrogasi
3. Apakah had atau tempoh yang diberikan kepada pihak yang menuntut untuk memberitahu
insurer mengenai kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang diinsuranskan
jika insured tidak mengalami hilang upaya fizikal?
a) Serta-merta
b)

Dalam masa 7 hari

c) Dalam tempoh 30 hari


d) Seberapa segera yang mungkin
4. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyiasat punca kejadian dan keadaan kerugian
dalam menentukan kuantum/amaun kerugian berhubung dengan tuntutan insurans?
a) Penilai kerugian
b) Insured
c) Jurutera risiko
d) Penyelaras kerugian
5.

136

Kejadian kebakaran telah menyebabkan kerosakan harta dianggarkan bernilai RM10,000


di kedai En Wong. Penyelaras kerugian melaporkan bahawa nilai keseluruhan barangan
di kedai berkenaan ialah RM100,000 tetapi jumlah diinsuranskan ialah RM60,000. Jika
polisi ini adalah tertakluk kepada syarat prorata, berapakah amaun tuntutan yang
dijangka akan diterima oleh En Wong?
a)

Tiada apa-apa

c)

RM6,000

b)

RM4,000

d) RM8,000

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.

Yang manakah di antara tuntutan berikut TIDAK menamatkan kuatkuasa polisi secara
automatik?
a) Tuntutan kematian di bawah polisi kemalangan diri
b) Tuntutan kecurian di bawah polisi insurans motor komprehensif
c) Tuntutan kerosakan satu unit rumah kediaman di satu blok rumah pangsa
d) Tuntutan jaminan kesetiaan melibatkan siasatan jumlah kerugian

7.

Apakah peranan Biro Insurer Motor (MIB)?


a)

Untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya yang berpunca dari
pemandu yang tidak diinsuranskan atau tidak dapat dikesan

b)

Untuk mendakwa pemandu tidak diinsuranskan di mahkamah dan mengarahkannya untuk


membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya

c) Untuk mengesan pemandu kes kemalangan langgar lari dan mendakwanya di mahkamah
d)

8.

Untuk mempertimbangkan aduan daripada mangsa kemalangan jalan raya bagi


penambahbaikan undang-undang lalu lintas

Jumlah yang dibayar untuk menyelesaikan tuntutan kerugian sepenuhnya di bawah


polisi insurans marin biasanya berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:a) Nilai pasaran harta berkenaan semasa berlaku kerugian
c) Nilai penggantian harta berkenaan semasa berlaku kerugian
d) Nilai penggantian harta berkenaan semasa berlaku kerugian, ditolak kos penambahbaikan

9.

Apabila timbul pertikaian mengenai tuntutan, yang manakah di antara berikut BUKAN
saluran untuk menyelesaikan tuntutan?
a) Perundangan

c) Timbangtara

b) Penolakan

d) Perantaraan

10. Di bawah perjanjian (pindaan) langgar-sama-langgar, yang manakah pilihan terbaik


untuk insured apabila kenderaannya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan
pihak ketiga dan insured tidak bersalah?
a)
b)
c)
d)

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans pihak ketiga bagi kerugian yang
diinsuranskan dan yang tidak diinsuranskan
Mendakwa pemilik kenderaan pihak ketiga dimahkamah kerana telah menyebabkan
kemalangan
Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans sendiri dan juga insurer pihak ketiga
Membuat tuntutan kerosakan sendiri terhadap insurer sendiri tanpa kehilangan diskaun
tanpa tuntutan

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


TUNTUTAN INSURANS AM

137

BAB
9

b) Nilai diinsuranskan harta berkenaan

10.1 Pengenalan

Peraturan dan
Pendaftaran Ejen
Insurans Am
Perjanjian Antara Syarikat Bagi Urusniaga Insurans Am (Inter
Company Agreement on General Insurance Business - ICAGIB)
telah ditandatangani pada 24 April 1992 di antara ahli-ahli Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM) yang terdiri daripada syarikatsyarikat insurans am dan komposit berlesen di Malaysia dengan
objektif seperti berikut:
1. mengawal selia perlakuan dan aktiviti setiap orang yang
menjalankan perniagaan insurans am di Malaysia;
2. mengawal tarif, kadar komisen dan ganjaran berkaitan dengan
perniagaan insurans am.


10.2 Peraturan

Lanjutan dari perjanjian ICAGIB, semua pengantara yang dilantik


oleh ahli syarikat untuk mengurusniaga insurans am bagi pihaknya,
adalah tertakluk kepada Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am
(General Insurance Agents Registration and Regulations - GIARR).

Di bawah GIARR, ejen insurans am berdaftar merupakan seorang


individu atau seseorang sama ada korporat atau diperbadankan,
yang diberi kuasa untuk menjual, mengurus atau membuat
rundingan mana-mana produk insurans am (selain daripada insurans
hayat) bagi pihak insurer.

Agensi korporat ialah suatu pertubuhan korporat yang ditubuhkan


atau diperbadankan di Malaysia yang meliputi: sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat
1965;
syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian;
suatu pertubuhan, kelab atau organisasi sama ada didaftarkan
di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana pertubuhan
yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
berkaitan dengan pertubuhan koperasi;
pihak berkuasa awam atau agensi kerajaan persekutuan atau
kerajaan negeri Malaysia.

Pendaftaran

Ejen Insurans

Am (GIARR)

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

139

BAB
10

BAB 10


10.3 Fungsi Ejen

Insurans Am

Ejen insurans am berdaftar dikehendaki berusaha mendapatkan


dan menghasilkan perniagaan baru insurans am mengikut terma
pelantikannya dan hendaklah berusaha untuk mengekalkan
perniagaan sedia ada. Dalam usaha mendapatkan perniagaan baru
insurans am, ejen hendaklah:
mengambil kira keperluan pencadang insurans am dan
keupayaan mereka untuk membayar premium;
membuat siasatan yang munasabah berkenaan dengan risiko
dan maklumkan kepada prinsipal tentang keadaan yang boleh
memberi kesan buruk kepada risiko yang hendak dilindungi;
mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan
borang cadangan diisi dengan lengkap dan tepat oleh pencadang.

Permohonan pendaftaran boleh dikemukakan sama ada secara


manual dengan mengisi borang yang disediakan atau memohon
melalui sistem pendaftaran agensi dalam talian. Permohonan perlu
mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh ahli PIAM yang
menyatakan bahawa pemohon berhasrat atau berkehendak untuk
mewakili Prinsipalnya. Seseorang ejen insurans am berdaftar
boleh pada bila-bila masa mewakili tidak lebih daripada dua syarikat
(2) insurans am sebagai prinsipalnya.

Pendaftaran sementara boleh diberikan bagi suatu tempoh tidak


melebihi tiga (3) bulan dari tarikh permohonan di mana ejen yang
kini beroperasi untuk satu Prinsipal pertama dan Prinsipal kedua
melantik ejen berkenaan atau jika terdapat perubahan Prinsipal.
Oleh itu, Prinsipal kedua dengan serta-merta dibenarkan untuk
menjalankan urus niaga dengan ejen setelah pengisytiharan
perlantikan telah dilaksanakan dengan sewajarnya oleh Ketua
Pegawai Eksekutif.

Individu/pertubuhan yang dikecualikan dari proses pendaftaran


ejen:
i. Bank Perdagangan dan Syarikat Kewangan berlesen;
ii. Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan Bank
Perusahan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank);
iii. Pemegang Francais Kenderaan Motor yang ditakrifkan sebagai
seseorang (korporat dan bukan korporat) yang telah diberi hak
tunggal oleh Francaisor untuk mengimport, membuat promosi,
menjual, mengedar dan/atau memasang kenderaan bermotor
jenama tertentu, termasuk memberi khidmat lepas jualan
di Malaysia.

BAB
10


10.4 Pendaftaran

Ejen Insurans
Am

140

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Kemasukan
Minimum
(Berkuatkuasa

1 April 2003)


10.6 Sijil
Pendaftaran

Pemohon yang ingin mendaftar sebagai ejen mesti mempunyai


kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM/GCE tahap O
atau yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun, seseorang itu
boleh diberi pengecualian dalam kes-kes yang sesuai sama ada
tanpa syarat atau dengan syarat-syarat yang difikirkan sesuai oleh
Lembaga Pengarah. Di samping itu, pemohon hendaklah lulus
Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) yang
ditetapkan oleh Institut Insurans Malaysia (MII), melainkan jika
pemohon telah memegang satu atau lebih daripada kelayakan yang
dinyatakan di dalam Lampiran yang disertakan bersama GIARR.

Seseorang itu tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana


urusniaga atau operasi agensi sehingga Sijil Pendaftaran telah
dikeluarkan dan menyatakan nama syarikat-syarikat Prinsipal
yang diwakilinya. Ejen itu hanya boleh mewakili syarikat atau
syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam Sijil Pendaftaran
sahaja. Sekiranya ejen itu berhenti untuk mewakili mana-mana
syarikat, dia hendaklah dengan serta merta memberitahu pihak
PIAM mengenainya, dan memohon dikeluarkan suatu perakuan
baru berkenaan Prinsipal baru yang ingin diwakilinya.

Sijil Pendaftaran adalah sah (kecuali ditarik balik/dibatalkan) untuk


tempoh dua tahun. Tarikh permulaan tempoh dua tahun ditentukan
oleh PIAM. Ejen yang berhasrat untuk dikekalkan pendaftarannya
apabila tarikh kuatkuasa Sijil Pendaftaran akan tamat hendaklah
memohon pembaharuan sijil tidak lewat daripada enam puluh (60)
hari sebelum tarikh tamat tempoh. Permohonan berserta bayaran
yang ditetapkan hendaklah dikemukakan mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh pihak PIAM dari masa ke semasa.


10.7 Sijil
Pendaftaran
Dwi-Tahunan

Sijil pendaftaran dwi-tahunan yang memberi kuasa dan pengiktirafan


sebagai ejen insurans am berdaftar untuk tempoh dua tahun
berikutnya akan dikeluarkan apabila permohonan dan bayaran
yang ditetapkan telah diterima, dengan syarat perjanjian agensi
dengan prinsipal masih berkuatkuasa dan ejen mematuhi keperluan
pembaharuan sijil.

Ejen berdaftar yang tidak memohon sijil pendaftaran dwi-tahunan


mengikut cara dan tempoh yang ditetapkan oleh Peraturan masih
boleh mengemukakan permohonan dan menjelaskan bayaran
tambahan sebagaimana yang ditetapkan. Sijil pendaftaran akan
dikeluarkan untuk tempoh yang berbaki dari tempoh dua tahun itu,
sekiranya permohonan itu dibuat dalam tempoh dua tahun selepas
tamat sijil terakhir dikeluarkan.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

141

BAB
10


10.5 Kelayakan

Nama ejen insurans am yang sebelum ini tertera dalam buku


pendaftaran akan dikeluarkan sekiranya ejen berkenaan gagal
memperbaharui sijil pendaftaran dwi-tahunan. Selagi nama ejen
masih terdapat dalam buku daftar, semua tanggungjawab sebagai
ejen berdaftar yang dinyatakan semasa mengemukakan permohonan
pendaftaran akan terus berkuatkuasa.


10.8 Tempat/Premis
Perniagaan

Ejen berdaftar hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa hal


ehwal perniagaannya mempunyai: a) Premis pejabat yang bersesuaian untuk menjalankan perniagaan
insurans am;
b) Suatu lesen yang sah yang diperolehi daripada pihak berkuasa
tempatan atau majlis perbandaran untuk menjalankan perniagaan
berkenaan;
c) Papan tanda perniagaan yang sah dengan paparan nama ejen
berdaftar dan syarikat atau syarikat-syarikat insurans yang
diwakilinya; setiap huruf nama agensi yang terdapat pada
papan tanda itu hendaklah sekurang-kurangnya dua kali saiz
lebih besar (kedua-dua panjang dan lebar) bagi setiap huruf
berbanding dengan nama syarikat insurans yang diwakili;
di samping perkataan ejen hendaklah mendahului nama
syarikat atau syarikat-syarikat insurans yang diwakilinya;
d) Sekurang-kurangnya seorang (1) kakitangan berkelayakan
yang memiliki sijil kecekapan dalam bidang insurans
am (dikenali sebagai pegawai yang bertanggungjawab)
di tempatkan di pejabat agensi untuk mengendali urusan
kerja harian perniagaan insurans am. Sekiranya kakitangan
berkenaan telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai staf
dan/atau sebagai ejen, agensi tersebut hendaklah melantik
kakitangan baru dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat
perkhidmatan kakitangan/ejen terdahulu.
e) Perakuan Pendaftaran (dikeluarkan kepada setiap pejabat
cawangan agensi) hendaklah dipamerkan di premis
perniagaannya; jika dia mempunyai lebih daripada satu pejabat
perniagaan, setiap pejabat perniagaan mesti didaftarkan sebagai
pejabat cawangan termasuk tempat utama perniagaan seperti
yang dinyatakan.


10.9 Pemberitahuan

Ejen hendaklah memberitahu Pendaftar secara bertulis apabila


terdapat apa-apa perubahan nama atau alamat perniagaan, atau
apabila ia memulakan/berhenti untuk mewakili mana-mana
syarikat insurans am. Pemberitahuan tersebut hendaklah dibuat
dalam masa satu (1) bulan dari tarikh perubahan berkenaan dan
pemberitahuan itu boleh dibuat melalui Prinsipalnya. Walau apa pun
peruntukan yang dinyatakan di atas, setiap ahli prinsipal hendaklah

BAB
10

Perubahan

oleh Ejen

142

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Pendaftar hendaklah dari semasa ke semasa memasukkan atau


mengeluarkan daripada Buku Daftar apa-apa butiran yang berkaitan
yang diketahuinya mengenai nama dan alamat perniagaan manamana individu yang berdaftar sebagai Ejen atau syarikat insurans
am yang diwakili ejen berkenaan. Lembaga pengurusan boleh
mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan nama ejen yang telah
meninggal dunia; atau mempunyai alamat perniagaan di Malaysia
tetapi ejen tidak dapat dikesan. Lembaga perlu memberitahu dalam
apa-apa cara yang munasabah dan difikirkan wajar mengenai apaapa perubahan, pembetulan atau pengeluaran nama dari buku daftar.

10.10 Konflik
Kepentingan

a) Pemohon untuk mendaftar sebagai ejen atau ejen berdaftar


yang mempunyai kepentingan perniagaan lain hendaklah
mengisytiharkan secara bertulis segala kepentingan perniagaan
tersebut dan Lembaga mempunyai kuasa mutlak untuk
menentukan sama ada kepentingan perniagaan tersebut boleh
diteruskan dan jika boleh, apakah syarat (jika ada) dan tempoh
masa kepentingan tersebut boleh diteruskan.
b) Ejen tidak boleh menjadi pekerja, pengarah, pemegang
saham atau debentur di mana-mana syarikat yang mempunyai
kepentingan perniagaan dalam mana-mana syarikat atau
firma yang terlibat dalam perniagaan insurans termasuk
broker insurans dan penyelarasan kerugian tanpa mendapat
kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Lembaga pengurusan,
tetapi larangan itu tidak terpakai jika saham yang dimiliki
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
c) Agensi korporat tidak boleh melantik mana-mana pekerja,
pengarah, pemegang saham atau pemegang debentur di agensi
korporat lain tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih
dahulu daripada Lembaga pengurusan. Larangan dalam
menggunakan atau melibatkan pemegang saham/debentur atau
pemegang mana-mana kepentingan tidak terpakai sekiranya
saham-saham tersebut disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur.
d) Seorang pekerja, pengarah, pemegang saham, pemegang
debentur sebuah agensi korporat tidak boleh menjadi pengarah,
pemegang saham atau pemegang debentur di agensi korporat
lain; atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana
syarikat atau firma yang lain yang terlibat dalam transaksi
perniagaan insurans termasuk broker insurans dan penyelaras
kerugian, kecuali saham diagensi korporat lain itu disenaraikan
di Bursa Saham Kuala Lumpur.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

143

BAB
10

memberitahu Pendaftar secara bertulis dalam tempoh empat belas


(14) hari dari tarikh apa-apa perubahan tentang nama atau alamat
perniagaan ejen atau apabila ejennya berhenti menjadi wakil.

e) Agensi korporat tidak boleh melantik atau melibatkan mana-

mana individu yang merupakan seorang pekerja, pengarah,


pemegang saham atau pemegang debentur yang mempunyai
kepentingan dalam syarikat lain yang terlibat dalam transaksi
perniagaan insurans termasuk broker insurans dan penyelaras
kerugian, kecuali saham-saham di syarikat lain itu disenaraikan
di Bursa Saham Kuala Lumpur.
f) Seorang pekerja, pengarah, pemegang saham atau pemegang
debentur disebuah agensi korporat atau mana-mana individu
yang mempunyai kepentingan dalam sebuah agensi korporat
tidak boleh mempunyai apa-apa kepentingan dalam manamana syarikat atau firma lain yang ditubuhkan bagi maksud
menjalankan perniagaan Pusat Khidmat Pelanggan yang
memberikan perkhidmatan kepada syarikat insurans am.

BAB
10


10.11 Penolakan
atau
Pembatalan
Pendaftaran

144

Kemasukan nama seseorang dalam buku daftar hendaklah menjadi


keterangan prima facie bahawa orang yang dinyatakan itu telah
didaftarkan dan diberi kuasa untuk melibatkan diri dalam perniagaan
agensi insurans am. Walau bagaimanapun, permohonan bagi
pendaftaran sebagai ejen boleh ditolak atau perakuan pendaftaran
dibatalkan, sekiranya individu tersebut:
a) didapati tidak sempurna akal;
b) telah disabitkan kesalahan jenayah penyelewengan, pecah
amanah, penipuan atau menghilangkan diri atau pemalsuan
atau bersubahat atau cubaan melakukan mana-mana kesalahan
tersebut;
c) telah disabitkan kesalahan penipuan, ketidakjujuran atau salah
nyataan terhadap mana-mana ahli atau orang yang mempunyai
urusan rasmi dengan mana-mana anggota;
d) telah diisytiharkan muflis;
e) mempunyai tunggakan premium atau lain-lain tanggungan
kewangan dengan syarikat insurans yang pernah diwakilinya
dahulu atau mempunyai perjanjian agensi dengannya;
f) telah dibatalkan pendaftarannya.
Sebagai tambahan, sijil pendaftaran boleh dibatalkan dan nama ejen
dikeluarkan dari buku daftar sekiranya pihak Lembaga Pengurusan
mengetahui bahawa:
a) individu berkenaan memperolehi sijil pendaftaran dengan cara
menipu atau memberi keterangan palsu; atau
b) tidak ada perjanjian agensi yang wujud dengan mana-mana
syarikat insurans am yang didakwa diwakilinya.
Dalam mana-mana keadaan, notis untuk membatalkan sijil
pendaftaran mana-mana individu dan/atau mengeluarkan namanya
dari buku daftar hendaklah dibuat dengan cara memberi notis empat

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


10.12 Syarat
Minimum
Pengekalan
Jawatan

Dengan tujuan untuk memupuk tahap profesionalisma dan


kesungguhan yang lebih tinggi dikalangan ejen, setiap ejen insurans
am yang berdaftar hendaklah memastikan bahawa dia memperolehi
perniagaan insurans am yang mencukupi (sama ada perniagaan
baru atau pembaharuan) iaitu penerimaan sebenar premium kasar
berjumlah sekurang-kurangnya RM20,000 setahun.

Keperluan minimum pengekalan perlu dicapai pada tahun pertama


atau kedua sepanjang tempoh dua (2) tahun keabsahan (validity)
sijil pendaftaran. Ejen yang gagal memenuhi syarat-syarat minimum
pengekalan tidak layak untuk memperbaharui sijil pendaftarannya
atau memohon untuk didaftarkan sebagai ejen bagi tempoh dua
belas (12) bulan.

10.13 Kod Amalan

Kod Amalan Perniagaan Insurans Am untuk Semua Pengantara


Selain dari Broker Insurans Berdaftar (Kod) yang berfungsi
sebagai panduan untuk ejen menjalankan perniagaan insurans
am (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013) dengan penuh percaya mutlak dan integriti serta
ikrar pematuhan kod perlu ditandatangani oleh ejen insurans am
berdaftar.
Kod Amalan juga meliputi kaedah bagaimana ejen mengendalikan
aduan dari pemegang polisi dan perlu bekerjasama dengan insurer
untuk mengumpulkan fakta-fakta serta memberi khidmat nasihat
tentang hak-hak dan pilihan pemegang polisi demi menyelesaikan
masaalah dengan insurer berkenaan. Insurer juga bertanggungjawab
untuk menguatkuasakan Kod Amalan dengan kesungguhan dan
usaha terbaiknya dalam memastikan ejen-ejen jualannya mematuhi
peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Kod Amalan.
A. Penjualan Produk Insurans Am
Apa yang ejen perlu lakukan:
a) membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi bakal
pelanggan. Pastikan panggilan yang tidak diminta atau tidak
dirancang ini dibuat pada masa yang sesuai dengan keselesaan
pelanggan;
b) memperkenalkan diri dan insurer yang diwakili serta
memaklumkan kepada pelanggan secara jelas bahawa tujuan
perjumpaan adalah untuk membincangkan perkara-perkara
berkaitan dengan keperluan insuran;
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

145

BAB
10

belas (14) hari terlebih dahulu kepada orang yang berkenaan hadir
di hadapan Lembaga Pengurusan atau memberikan bukti keterangan
atau penjelasan. Lembaga boleh memerintahkan penggantungan
sijil pendaftaran ejen yang kesnya sedang disiasat.

c) memastikan dengan sebaik mungkin bahawa polisi insurans


yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan
kemampuan bakal pemegang polisi;
d) memberi nasihat hanya mengenai bidang insurans yang
ejen lebih arif mengenainya, dan dapatkan nasihat atau
mengesyorkan pakar lain sekiranya perlu; dan
e) menganggap semua maklumat yang diberikan oleh bakal
pemegang polisi adalah sulit dan ia hanya bertujuan untuk
menguatkuasakan polisi insurans semata-mata.

BAB
10

Apakah yang ejen perlu elakkan:


f) memaklumkan bakal pemegang polisi bahawa namanya
telah dicadangkan oleh orang lain, kecuali bakal pemegang
polisi meminta ejen memberitahu nama individu berkenaan
dan individu tersebut bersetuju agar nama dan identitinya
didedahkan;
g) membuat, mengeluarkan atau menyebabkan keluarnya
kenyataan bertulis atau secara lisan yang boleh disilaptafsirkan
atau membuat perbandingan yang mengelirukan, tidak adil atau
berat sebelah mengenai terma, syarat atau manfaat mana-mana
polisi; atau
h) menghalang bakal pemegang polisi dari menyatakan fakta
penting kepada insurer atau mendorongnya untuk tidak
mendedahkan fakta; atau
i) mendorong bakal pemegang polisi membuat kenyataan palsu,
kesilapan memberikan fakta matan atau menghalang pemegang
polisi mendedahkan fakta matan atau mendorong pemegang
polisi menyembunyikan sebarang maklumat penting berhubung
dengan cadangan insurans; atau
j) melibatkan mana-mana orang menjalankan urusniaga insurans
am bagi pihaknya dan membayar kepada orang itu apa-apa
komisen atau ganjaran sebagai balasan memperolehi jualan
insurans. Walau bagaimanapun, sebuah agensi korporat boleh
melantik pekerja sepenuh masa bagi maksud menjalankan
urusniaga insurans am bagi pihaknya.

146

B. Menawarkan Perlindungan Insurans


Peranan ejen ialah untuk memberi penerangan mengenai peruntukanperuntukan penting kontrak insurans, disamping menarik perhatian
pelanggan tentang sekatan dan pengecualian di bawah polisi
berkenaan. Sekiranya perlu, dapatkan khidmat nasihat pakar (dari
pengunderait) untuk menjelaskan skop perlindungan, terma dan
syarat polisi (seperti yang disyorkan oleh ejen) untuk memastikan
pelanggan mendapat layanan yang adil dan pelanggan memahami
produk yang dibeli. Pelanggan perlu diberitahu tentang caj
tambahan (sekiranya ada) yang dikenakan sebagai tambahan kepada

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

premium asas dengan mendedahkan jumlah serta tujuan caj tersebut


dikenakan.

D. Aspek Perakaunan dan Kewangan


Ejen hendaklah, sekiranya diberi kuasa untuk mengutip
bayaran, menjalankan tugas tersebut mengikut terma dan
syarat perlantikan agensi, iaitu:i) menyelenggara buku akaun dengan sempurna bagi semua urus
niaga kewangan dengan pemegang polisi yang membabitkan
bayaran berkaitan dengan insurans (termasuk apa-apa wang
perlu dibayar kepada pemegang polisi apabila terdapat pindaan
atau diskaun yang dibenarkan oleh prinsipal);
ii) mengesahkan penerimaan (melainkan dibenarkan oleh
insurer, hendaklah bagi pihak dirinya sendiri) semua wang
yang diterima berkaitan dengan polisi insurans dan hendaklah
mengasingkan bayaran premium dari lain-lain bayaran yang
diterima; dan
iii) mendepositkan bayaran yang diterima ke akaun prinsipal,
sebagai mematuhi syarat dan keperluan perlantikan agensi.
E. Dokumentasi
Ejen tidak boleh merahsiakan apa-apa bukti keterangan atau
dokumen dari pengetahuan pemegang polisi mengenai kontrak
insurans (termasuk apa-apa pindaan, diskaun atau bayaran yang
dibenarkan oleh insurer untuk dibayar kepada pemegang polisi).
F. Pemegang Polisi Sedia Ada
Ejen hendaklah sentiasa mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan
dalam Kod Amalan yang berkaitan dengan hubungannya dengan

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

147

BAB
10

C. Pendedahan Maklumat Pengunderaitan


Ejen hendaklah:
i) mengambil segala langkah yang perlu demi memastikan borang
cadangan diisi dengan lengkap dan tepat oleh setiap bakal
pemegang polisi;
ii) elakkan dari mempengaruhi bakal pemegang polisi dengan
menjelaskan bahawa semua jawapan atau kenyataan yang diberi
adalah menjadi tanggungjawab pemegang polisi sendiri;
iii) memberitahu tentang akibat yang mungkin timbul sekiranya
pemegang polisi tidak mendedahkan fakta sebenar. Pemegang
polisi perlu diberitahu sekiranya terdapat ketidaktepatan fakta
yang diberi dengan menarik perhatiannya kepada pernyataan
berkaitan di dalam borang cadangan; dan
iv) membuat siasatan rapi berkaitan dengan risiko yang dicadangkan
dan memberitahu insurer akan keadaan yang boleh memberi
kesan buruk kepada risiko yang hendak dilindungi.

BAB
10

pemegang polisi yang sedia ada, dengan tujuan untuk mengekalkan


perniagaan yang telah diperolehi, berusaha untuk mengekalkan
hubungan dengan semua pelanggan yang telah menjadi pemegang
polisi dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada
pemegang polisi yang mengemukakan tuntutan dan secara amnya
perlu memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan berhubung
dengan penyelesaian tuntutan.

G. Tuntutan
i) Sekiranya pemegang polisi memberitahu ejen tentang keadaan
yang mungkin boleh menimbulkan tuntutan, ejen hendaklah
memberitahu insurer dengan segera dan dalam apa jua
keadaan, dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, dan selepas
itu memberitahu pemegang polisi tentang keperluan syarikat
mengenai tuntutan itu, termasuk menyediakan maklumat yang
diperlukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar dan tahap
kerugian. Maklumat yang diterima daripada pemegang polisi
perlu disampaikan kepada insurer dengan segera.
ii) Tiada peruntukan dalam Kod Amalan yang disifatkan sebagai
memberikan apa-apa kuasa kepada ejen untuk melaksanakan
fungsi tugas berkaitan dengan kajian kerugian, pelarasan
kerugian, menyelesaikan atau meluluskan mana-mana tuntutan
insurans.


10.14 Premium

atau Bayaran

yang Dikutip

bagi Pihak
Prinsipal

Ejen hendaklah menyerahkan terus kepada prinsipal atau


mendepositkan ke akaun prinsipal yang ditetapkan dan atas nama
prinsipal, akan semua bayaran premium dan/atau wang yang dikutip
bagi pihak prinsipal.
a) Bayaran Tunai-Sebelum-Lindung untuk polisi motor:
Premium mestilah dikutip sepenuhnya sebelum bermulanya
penerimaan risiko dan didepositkan ke akaun Prinsipal dalam
tempoh (7) hari bekerja dari tarikh kutipan premium atau
tarikh mula kuatkuasa polisi, yang mana lebih awal;
b) Bayaran Tunai-Sebelum-Lindung untuk polisi
kemalangan peribadi dan insurans perjalanan individu:
Semua premium mesti dikutip sepenuhnya sebelum bermulanya
penerimaan risiko dan didepositkan ke akaun Prinsipal dalam
tempoh lima belas (15) hari kalendar dari tarikh penerimaan
premium atau tarikh mula kuatkuasa polisi, yang mana lebih
awal;
c) Waranti Premium terdapat dalam lain-lain kelas perniagaan,
kecuali polisi Marin Kargo, Marin Badan Kapal, Bon, Semua
Risiko Kontraktor dan Semua Risiko Pembinaan. Ejen
boleh menawarkan kemudahan kredit kepada pelanggannya
untuk tempoh maksimum enam puluh (60) hari dari tarikh
permulaan polisi dan atas apa-apa terma sebagaimana yang

148

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


10.15 Pematuhan

Syarat Tunai
Sebelum
Lindung

(CBC) untuk
Polisi
Insurans
Motor

Sebagai Prinsipal, syarikat insurans am dikehendaki memantau


pematuhan ejen-ejen terhadap keperluan tunai sebelum lindung
bagi polisi motor pada setiap suku tahunan, dikenali sebagai
Laporan Suku Tahunan untuk tempoh dua (2) tahun kalendar.
Tempoh dua (2) tahun kalendar yang pertama bermula dari 1 Julai
2005 dan tamat pada 31 Disember 2006 dan selepas itu bermula
semula untuk dua tahun kalendar seterusnya.

Amalan yang tidak mematuhi keperluan tunai sebelum lindung


(CBC) yang dilakukan oleh ejen-ejen perlu dilaporkan kepada
Lembaga Pengurusan Persatuan Insurans Am Malaysia pada setiap
Laporan Suku Tahunan. Ini diikuti dengan Notis Penggantungan
yang dikeluarkan kepada ejen terbabit, tidak lewat dari empat belas
(14) hari selepas tamat tempoh Laporan Suku Tahunan, apabila
tindakan penggantungan dibuat.

Ejen akan digantung daripada menjalankan apa-apa perniagaan


insurans melibatkan kemudahan tunai sebelum lindung untuk
tempoh enam (6) bulan bermula empat belas (14) hari dari tarikh
pemberitahuan penggantungan. Semua akses sistem komputer
berkaitan perniagaan insurans motor Prinsipal akan disekat untuk
mengelakkan apa-apa urus niaga yang dibuat tanpa kebenaran oleh
ejen yang digantung tugas berkenaan.

Sebab-sebab yang membawa kepada penggantungan tugas:


a) Tidak mematuhi keperluan CBC; Semua ejen tidak kira sama
ada didaftarkan dengan satu atau dua Prinsipal, didapati
gagal menyerahkan bayaran premium insurans motor kepada
Prinsipal dalam tempoh (7) hari bekerja dari tarikh kutipan
atau tarikh permulaan polisi, yang mana lebih awal.
b) Tidak mematuhi keperluan CBC yang dilakukan oleh ejen
dalam mana-mana tiga (3) Laporan Suku Tahunan, sama ada
berturut-turut atau sebaliknya, tetapi ia berlaku dalam masa (2)
tahun dengan satu atau kedua-dua Prinsipal;
c) Tidak mematuhi keperluan CBC dengan mana-mana satu
Prinsipal membolehkan Prinsipal yang satu lagi mengambil
tindakan yang sama iaitu menggantung tugas ejen dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dan
ejen berkenaan tidak dibenarkan mewakili Prinsipal baru dan/
atau menukar Prinsipal lain dalam tempoh penggantungan
tugas.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

149

BAB
10

diluluskan secara bertulis oleh Prinsipal. Semua premium yang


dikutip oleh ejen hendaklah didepositkan keakaun Prinsipal
dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar dari tarikh
kutipan.

d) Setelah tamat enam (6) bulan tempoh penggantungan, sekiranya


ejen berkenaan sekali lagi didapati melanggar keperluan CBC
pada Laporan Suku Tahunan berikutnya dalam tempoh dua
tahun, Lembaga Pengurusan PIAM akan membatalkan Sijil
Pendaftaran dan ejen berkenaan tidak dibenarkan menjalankan
apa-apa perniagaan insurans am bagi tempoh dua belas (12)
bulan.

10.16 Pembangunan Objektif utama program Pembangunan Profesional Berterusan
(CPD) adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan
Profesional
profesionalisma tenaga agensi insurans am di Malaysia. Setiap ejen
Berterusan
insurans am berdaftar dikehendaki menghadiri dan melengkapkan
(CPD)
keperluan 20 jam latihan CPD setahun, sebagai mematuhi
keperluan minimum latihan CPD berkuatkuasa 1 Januari, 2005.
Mata kredit dan akreditasi boleh diperolehi sama ada dengan
menghadiri program latihan atau menjalani suatu proses penilaian
yang dikendalikan oleh tenaga pengajar (seperti tugasan, ujian
penilaian, peperiksaan dan sebagainya). Program CPD ini
merupakan latihan berasaskan kemahiran dan pengetahuan, sama
ada latihan telah ditetapkan.

Sebagai panduan, pembahagian jam latihan untuk aspek teknikal


dan bukan teknikal adalah seperti berikut:
Latihan Teknikal - minimum 60% (12 jam)
Latihan Bukan Teknikal - maksimum 40% (8 jam)


10.17 Penama
Korporat

Sebuah agensi korporat boleh diwakili oleh Penama Korporat,


tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah dan memenuhi
kriteria kelayakan berikut:
beliau adalah pegawai utama agensi korporat atau mana-mana
pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga
Pengarah;
beliau bertugas sepenuh masa di pejabat utama korporat agensi;
dan
beliau adalah orang yang berkelakuan baik dan mempunyai
integriti yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Sekiranya Penama Korporat menamatkan perkhidmatan


dengan agensi berkenaan, agensi tersebut dikehendaki melantik
penggantinya dalam tempoh 30 hari dari tarikh Penama Korporat
berkenaan meletakkan jawatan.

BAB
10

150

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

10.18 Penentangan
terhadap

Peraturan dan
Pendaftaran

Ejen Insurans

Am (GIARR)

Sekiranya Lembaga Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai


bahawa ejen telah melanggar Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans
Am (GIARR), Lembaga boleh mengarahkan ejen berkenaan untuk
melakukan salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:a) membentangkan kenyataan bertulis, ilustrasi atau lain-lain
bahan yang digunakan ketika menjalankan perniagaan insurans
am;
b) mengemukakan laporan atau kenyataan bersumpah mengenai
perkara atau tuduhan yang dikenakan terhadapnya;
c) memberikan akses atau kebenaran kepada pemeriksa bertauliah
yang dilantik oleh Lembaga untuk memeriksa rekod/penyata
ejen, dokumen dan lain-lain bahan dan membuat/mengambil
apa-apa dokumen yang difikirkan perlu.

Ejen yang gagal mematuhi arahan Lembaga Pengarah dalam tempoh


empat belas (14) hari selepas menerima notis bertulis daripada
Lembaga hendaklah dianggap telah melakukan suatu kesalahan.


10.19 Siasatan

Sebarang aduan bertulis terhadap ejen insurans kerana didakwa salah


laku atau perlakuan yang tidak professional, akan menyebabkan
suatu siasatan mengenai aduan atau dakwaan berkenaan.
Sekiranya pihak Lembaga berpuashati bahawa telah wujud kes
salah laku, Lembaga boleh memerintahkan penggantungan sijil
pendaftaran semasa atau sekiranya ejen berkenaan dikecualikan
dari pendaftaran, menghendaki ejen tersebut menamatkan semua
atau sebahagian perniagaan insurans am, seperti yang diputuskan
oleh pihak lembaga.

terhadap
Aduan

Sekiranya selepas suatu siasatan yang sewajarnya telah dijalankan,


Lembaga mendapati ejen insurans am berdaftar atau mana-mana
orang yang memohon untuk didaftarkan, didapati bersalah atas
dakwaan salah laku, Lembaga boleh membatalkan Sijil Pendaftaran
atau menolak permohonan pendaftaran ejen berkenaan. Sekiranya
Lembaga berpendapat kesalahan tersebut tidak mewajarkan
tindakan pembatalan sijil pendaftaran, Lembaga boleh menggantung
Sijil Pendaftaran atau mengenakan denda atau kedua-duanya dan/
atau celaan awam sekiranya difikirkan wajar.
Rayuan:
Mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Peraturan
Pendaftaran atau pendaftarannya dibatalkan atau permohonan untuk
pendaftaran yang telah ditolak oleh Lembaga, peruntukan Peraturan
membolehkan atau melayakkan individu berkenaan membuat
rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

151

BAB
10

i) Individu yang mengemukakan rayuan hendaklah berbuat


demikian atas namanya sendiri;
ii) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan lengkap,
dialamatkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan tidak
mengandungi apa-apa perkataan atau penggunaan bahasa yang
kurang sopan;
iii) Rayuan itu hendaklah dikemukakan melalui Lembaga;
iv) Sebarang rayuan di bawah Peraturan Pendaftaran ini tidak
akan dilayan, melainkan ia dikemukakan dalam tempoh tiga
(3) bulan dari tarikh individu yang merayu menerima surat
arahan mengemukakan rayuan. Jawatankuasa Pengurusan
boleh mengambil keputusan untuk melayan rayuan berkenaan
selepas tamat tempoh sekiranya Jawatankuasa berpuas hati
bahawa perayu mempunyai sebab yang kukuh tidak dapat
mengemukakan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
v) Lembaga hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh
menerima rayuan, menghantar laporan, ulasan dan dokumen
sokongan berkaitan kepada Jawatankuasa Pengurusan.

BAB
10

Pertimbangan Rayuan:
i) Jika sesuatu rayuan telah diterima, Jawatankuasa Pengurusan
hendaklah menimbangkan semua keadaan berkaitan kes tersebut
dan membuat apa-apa perintah yang wajar selepas perayu telah
diberi peluang yang secukupnya untuk membentangkan sendiri
kesnya atau melalui penghujahan bertulis.
ii) Semua rayuan hendaklah dilupuskan dengan seberapa
segera yang mungkin, dan dalam apa-apa hal tidak lewat
daripada enam (6) bulan dari tarikh penerimaan rayuan oleh
Jawatankuasa Pengurusan.

152

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

10.20 Soalan Penilaian Diri


1.

Apakah objektif Perjanjian Antara Syarikat mengenai Perniagaan Insurans Am


(ICAGIB)?
I.

Untuk mengawal selia dan memantau tingkah laku dan aktiviti setiap individu yang
menjalankan perniagaan insurans am di Malaysia

II. Untuk mengawal selia penjalanan syarikat insurans am di Malaysia


III. Untuk mengawal tarif, komisen dan imbuhan bersesuaian dalam perniagaan insurans am
IV. Untuk mengawal selia tingkah laku pengantara insurans am dengan orang ramai

2.

a)

I, II, dan III

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

I, II, III dan IV

Bagaimanakah Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) mendefinisikan ejen


insurans am berdaftar?
a) Badan korporat yang diberi kuasa untuk menjual produk insurans am bagi mana-mana
syarikat atau syarikat-syarikat insurans
b) Individu atau seseorang sama ada korporat atau bukan korporat yang diberi kuasa untuk
menjual, menguruskan atau membuat rundingan mana-mana produk insurans am (selain
daripada insurans hayat) untuk dan bagi pihak insurer/prinsipal
d) Mana-mana orang yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia sebagai ejen
untuk menjual insurans am di Malaysia

3.

4.

Apakah nama peperiksaan kelayakan yang seseorang itu perlu lulus sebelum boleh
didaftarkan sebagai ejen dengan Persatuan Insurans Am Malaysia?
a)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

b)

Sijil Institut Insurans Malaysia (CMII)

c)

Peperiksaan Pra-Kontrak untuk Ejen Insurans (PCEIA)

d)

Kursus Asas Pengurusan Agensi (BAMC)

Apakah penalti yang dikenakan oleh prinsipal jika ejen melanggar peraturan TunaiSebelum-Lindung (CBC) di bawah polisi insurans motor?
a) Ejen akan digantung tugas daripada melakukan apa-apa perniagaan insurans am untuk
tempoh enam (6) bulan.
b) Ejen akan digantung tugas daripada menjalankan apa-apa perniagaan CBC untuk tempoh
enam (6) bulan.
c) Ekses komputer Ejen akan segera disekat tanpa memberi sebarang notis.
d) Ejen perlu membayar denda sebanyak RM500,000.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

153

BAB
10

c) Individu yang diberi kuasa oleh insurer untuk menjual produk insurans am mereka

5.

Apakah tujuan diadakan Kod Amalan Perniagaan Insurans Am kepada Semua


Pengantara Selain daripada Broker Insurans Berdaftar?
I. Berfungsi sebagai panduan untuk ejen menjalankan perniagaan insurans am dengan penuh
percaya mutlak dan jujur
II. Menetapkan cara bagaimana ejen mengendalikan aduan daripada pemegang polisi
III. Menghendaki ejen bekerjasama dengan insurer dalam mengumpulkan fakta berkaitan
dengan apa-apa aduan atau pertikaian
IV. Menghendaki ejen memberi khidmat nasihat yang betul mengenai hak-hak dan saluran
yang ada bagi pemegang polisi menuntut ganti rugi dari syarikat insurans
a)

I, II, dan III

b)

I, III dan IV

c)

III dan IV

d)

I, II, III dan IV

6. Apakah Tempoh Minimum Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk


ejen insurans am berdaftar berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005?
a) 30 jam setahun
b) 20 jam setahun
c) 20 jam dalam tempoh dua tahun
d) 25 jam dalam tempoh dua tahun

BAB
10

7.

Seorang ejen insurans am boleh mewakili ______ syarikat insurans seperti yang
dinamakan dalam Sijil Pendaftaran yang sah untuk ________ tahun.
a) Dua/dua
b) Tiga/dua
c) Dua/tiga
d) Tiga/tiga

8.

Apakah yang anda faham tentang peraturan tunai-Sebelum-Lindung di bawah polisi


insurans motor?
a)

9.

b)

Premium hendaklah dikutip sepenuhnya sebelum risiko mula dilindungi.

c)

Premium hendaklah dikutip sepenuhnya dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permulaan
risiko.

d)

Premium hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permulaan risiko.

Apakah keadaan yang boleh membawa kepada tindakan penggantungan tugas ejen dari
menjalankan perniagaan polisi insurans motor selama enam bulan?
a)

154

Sebahagian daripada premium perlu dikutip sebelum risiko mula dilindungi.

Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 3 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 2 tahun
di bawah salah satu atau kedua-dua prinsipal yang diwakili

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

b) Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 2 Laporan Suku Tahunan suku laporan dalam
tempoh 2 tahun di bawah salah satu prinsipal
c)

Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 2 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 3 tahun
dengan salah satu prinsipal

d)

Tidak mematuhi keperluan dalam 3 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 3 tahun, dengan
salah satu atau kedua-dua prinsipal

10. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai peranan ejen dalam menangani
tuntutan insurans?
a)

Memaklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima
makluman mengenai kejadian yang mungkin akan menimbulkan tuntutan.

b)

Memberitahu pemegang polisi tentang keperluan atau dokumen yang dikehendaki insurer
berkaitan dengan sesuatu tuntutan.

c)

Membantu pemegang polisi mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mengenalpasti


butiran dan tahap kerugian dan maklumat tersebut disampaikan kepada prinsipal dengan
segera.

d)

Menjalankan kajian mengenai kerugian atau menyelaras kerugian supaya tuntutan insurans
boleh diselesaikan dengan segera.

BAB
10

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM

155

BAB 11

Aspek-aspek
Perundangan
Insurans Hayat

11.1 Pengenalan

Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act


FSA) 2013 mengenai Peruntukan Berkaitan Polisi menjadi
penanda aras aspek undang-undang insurans hayat yang diliputi
dalam bab ini.


11.2 Salah Nyata

Syarikat insurans hayat tidak boleh membatalkan polisi insurans atau


menolak tuntutan insurans hanya dengan alasan salah nyata umur
insured. Walau bagaimanapun, insurer boleh mengambil tindakan
berikut:

Umur

Melalui bukti yang ditunjukkan, umur sebenar adalah lebih tua:


meminda jumlah yang diinsuranskan dan bonus mengikut nisbah amaun
premium yang dibayar dengan umur sebenar.

BAB
11

Melalui bukti yang ditunjukkan, umur sebenar adalah lebih muda:


sama ada meminda jumlah yang diinsuranskan dan bonus
atau mengurangkan amaun premium dan memulangkan lebihan bayaran
premium kepada pemilik polisi.

Tempoh perlindungan dikira dengan merujuk kepada umur insured:


meminda polisi dengan menukar tempoh perlindungan kepada tempoh yang
berdasarkan kepada umur sebenar.

11.3 Bantahan
terhadap

Polisi Insurans
Hayat

Dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima polisi


insurans hayat, pemilik polisi boleh memulangkan polisi yang
diterima kepada insurer dan insurer perlu segera mengembalikan
semula apa-apa premium yang telah dibayar, selepas ditolak
perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan hayat
yang diinsuranskan. Selepas bayaran premium dipulangkan, polisi
akan dianggap terbatal dan liabiliti insurer akan terhenti.

ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT

157

Berhubung dengan insurans hayat berkaitan pelaburan, insurer


hendaklah memulangkan apa-apa bayaran premium yang tidak
diperuntukkan, dan nilai unit amanah yang diperuntukkan pada
harga unit pada tarikh penilaian berikutnya, dan apa-apa caj insurans
dan yuran yang telah ditolak semua perbelanjaan yang ditanggung
untuk pemeriksaan perubatan hayat yang diinsuranskan.

11.4 Kepentingan
Boleh
Insurans

Kepentingan boleh insurans adalah sejauh mana kepentingan


kewangan insured keatas perkara pokok insurans. Prinsip
kepentingan boleh insurans itu hanya perlu hadir pada permulaan
polisi, seperti dalam kes Dalby v. India dan London Life (1854), yang
memutuskan bahawa seseorang individu mempunyai kepentingan
boleh insurans yang tidak terhad atas hayat mereka sendiri dan juga
hayat pasangan mereka.
Oleh kerana insurans hayat adalah satu perjanjian untuk pembayaran
wang atas kematian seseorang atau kemungkinan berlakunya
kontingensi disebabkan berlaku kematian atau terus hidup, individu
yang menginsuranskan hayat orang lain hendaklah mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas hayat tersebut pada ketika
permulaan polisi; jika tidak, polisi yang dikeluarkan adalah tidak sah.


Majikan mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat
kakitangan utamanya kerana tanpa mereka majikan akan
mengalami kerugian kewangan.

BAB
11

Pemiutang mempunyai kepentingan boleh insurans atas


hayat penghutang kerana jumlah hutang yang masih belum
dijelaskan.

Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) menyatakan bahawa


seseorang itu dianggap mempunyai kepentingan boleh insurans
atas hayat orang lain yang merupakan:
a) suami atau isterinya, anak atau jagaan yang di bawah umur
dewasa pada permulaan polisi;
b) pekerjanya; atau
c) seseorang yang kepadanya dia bergantung hidup dan/atau
memperolehi pendidikan sepenuhnya atau sebahagiannya, pada
masa insurans itu diambil.

11.5 Kapasiti
Kanak-kanak

(Minor) untuk
Diinsuranskan

158

Kanak-kanak yang telah mencapai umur sepuluh (10) tahun tetapi


belum mencapai umur enam belas (16) tahun boleh mengambil
polisi insurans hayat atas hayatnya sendiri atau atas hayat individu
lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans dengan
keizinan ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang telah mencapai

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

umur enam belas (16) tahun juga boleh mengambil polisi insurans
hayat atas hayatnya sendiri atau atas hayat individu lain di mana
dia mempunyai kepentingan boleh insurans.

11.6 Wang Polisi



Dibayar tanpa
Potongan

Wang polisi yang dibayar di bawah sesuatu polisi hayat atau wang
yang dikenakan bayaran atas serahan sesuatu polisi hayat hendaklah
dibayar tanpa sebarang potongan yang belum jatuh bayaran,
melainkan jika potongan itu dibuat dengan keizinan orang yang
berhak ke atas wang polisi berkenaan.

11.7 Penyerahan

Polisi Insurans
Hayat

Polisi hayat di mana premium dibayar secara tetap biasanya


memperoleh nilai serahan selepas pemegang polisi telah membayar
premium secara berterusan selama tiga (3) tahun. Penyerahan
polisi dipertengahan tempoh perlindungan akan mengakibatkan
pemegang polisi mendapat sejumlah apa yang telah diperuntukkan
untuk simpanan dan dividen ke atasnya. Dari jumlah tersebut, caj
serahan akan dikenakan, yang biasanya berbeza antara satu polisi
dengan polisi yang lain.
Pemilik polisi boleh menyerahkan polisi hayat dengan mengemukakan
notis secara bertulis dan berhak untuk menerima nilai serahan yang
ditentukan mengikut: a) prinsip aktuari yang diterima umum;
b) cara yang memastikan layanan adil kepada pemilik polisi; dan
c) kehendak pematuhan piawaian atau amalan perniagaan.
Apakah kerugian yang akan ditanggung sekiranya pemegang
polisi menyerahkan polisinya?
Apabila polisi diserahkan, semua manfaat yang berkaitan dengannya
termasuk perlindungan insurans akan ditamatkan. Pada tahun-tahun
awal polisi (biasanya 3 tahun dari tarikh kuatkuasa), nilai serahan
akan berjumlah hanya kira-kira 30 peratus daripada premium yang
telah dibayar setakat kerana insurer tidak mengambil kira premium
yang dibayar pada tahun pertama ketika mengira nilai serahan.
Untuk polisi insurans hayat berkaitan pelaburan, insured akan
kehilangan banyak manfaat kerana caj peruntukan premium
dikenakan ketika permulaan kuatkuasa polisi. Dalam erti kata
lain, sebahagian besar daripada premium yang dibayar pada
tahun-tahun awal akan digunakan untuk menampung pelbagai caj
termasuk termasuk komisen ejen. Bakinya, dengan jumlah yang
ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT

159

BAB
11

Kedua-dua kategori kanak-kanak di atas boleh menyerah hak polisi


hayat yang melindungi dirinya atau menerima serah hak suatu polisi
hayat dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga.

jauh berkurangan, akan dimasukkan kedalam dana insurans pemilik


polisi.

11.8 Tidak
Membayar
Premium

Jika sesuatu polisi hayat menyediakan peruntukan nilai serahan,


ia tidak akan luput atau terlucut hak (syarat-syarat tidak lucut
hak) disebabkan tidak membayar premium, tetapi masih boleh
dikuatkuasakan tertakluk kepada pindaan, umpamanya tempoh
kuatkuasa atau manfaat yang diterima, atau kedua-duanya.
Syarat-syarat tidak lucut hak dalam polisi insurans hayat
adalah suatu keistimewaan kepada pemilik polisi yang mungkin
telah terlepas pandang untuk membayar premium atau sedang
menghadapi masalah kewangan dan buat sementara waktu ia tidak
mampu membayar premium. Terdapat dua pilihan yang ada di bawah
polisi ini iaitu: 1. menukarkannya kepada polisi jelas dibayar, yang bermaksud
tiada lagi premium yang perlu dibayar tetapi untuk jumlah
diinsuranskan akan dikurangkan; atau
2. memendekkan tempoh polisi atau tempoh perlindungan tetapi
jumlah diinsuranskan masih dikekalkan.

BAB
11

Pindaan yang dibuat adalah bergantung kepada jumlah nilai serahan


dan keperluan perlindungan insurans yang berterusan mengikut
kemampuan kewangan untuk membayar premium masa depan.

11.9 Polisi Jelas


Dibayar

Jika sesuatu polisi insurans hayat mempunyai nilai serahan, pemilik


polisi boleh memilih untuk menukarkan polisinya kepada polisi
jelas dibayar sepenuhnya berdasarkan suatu jumlah diinsuranskan
yang akan ditentukan, iaitu dengan menghantar notis secara bertulis
kepada insurer: a) mengikut prinsip aktuari yang diterima umum;
b) mengikut cara yang memastikan layanan adil kepada pemilik
polisi;
c) mengikut cara yang selaras dengan nilai serahan yang kena
dibayar; dan
d) mematuhi piawaian atau amalan perniagaan dan menjunjung
prinsip keadilan untuk semua pemilik polisi.
Polisi insurans hayat hendaklah dalam keadaan berkuatkuasa
sekiranya pemilik polisi memilih untuk menukar polisinya kepada
polisi insurans hayat jelas dibayar sehingga ke tarikh premium akan
datang yang perlu dibayar.

160

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Nota: Hak tambahan yang diberikan oleh perkara 11.6 (serahan


polisi hayat), 11.7 (tidak membayar premium polisi hayat) dan
11.8 (pilihan untuk polisi jelas dibayar) hendaklah menjadi
tambahan kepada apa-apa hak lain yang ada kepada pemilik
polisi di bawah terma polisi insurans hayat itu.

11.10 Keperluan
Pendedahan

Tiada sesiapa pun yang boleh mempelawa mana-mana orang untuk


membuat tawaran atau cadangan untuk memasuki sesuatu kontrak
insurans tanpa memberitahu atau mendedahkan:
a) nama penanggung insurans berlesen
b) hubungannya dengan penanggung insurans dan
c) premium yang dicajkan oleh penanggung insurans berlesen.
Tiada sesiapa pun yang boleh mengaturkan suatu polisi kumpulan
untuk individu lain yang ia tidak mempunyai kepentingan boleh
insurans tanpa mendedahkan kepada orang itu:
a) nama penanggung insurans berlesen;
b) hubungannya dengan penanggung insurans berlesen;
c) syarat-syarat yang terkandung dalam polisi kumpulan,
termasuklah imbuhan yang perlu dibayar kepadanya; dan
d) premium yang dikenakan oleh penanggung insurans berlesen.

Insurer bertanggungjawab kepada insured di bawah suatu polisi


berkumpulan apabila pemilik polisi tidak mempunyai kepentingan
boleh insurans atas hayat orang yang diinsuranskan, sedangkan
orang itu telah membayar premium kepada pemilik polisi kumpulan
tetapi insurer tidak menerima bayaran premium berkenaan.
Oleh yang demikian, sekiranya pemilik polisi berkumpulan tidak
mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang yang
diinsuranskan di bawah suatu polisi kumpulan, insurer hendaklah
membayar wang yang kena dibayar di bawah polisi ini secara
langsung kepada orang yang diinsuranskan atau mana-mana pihak
yang berhak menerimanya.

11.12 Fasal Tanpa


Tanding

di Bawah
Kontrak
Insurans
Hayat

Bahagian 3 Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA)


merujuk kepada fasal tanpa-tanding dan remedi bagi salah nyata
yang terdapat dalam polisi insurans hayat, sama ada ia kontrak
insurans pengguna atau sebaliknya. (Kontrak insurans pengguna
ialah kontrak yang tiada kaitan dengan perdagangan, perniagaan atau
profesion, yang ditandatangani oleh individu berkenaan).

ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT

161

BAB
11

11.11 Keperluan
Berkaitan
Polisi

Undang-undang menyatakan bahawa apabila kontrak insurans


hayat telah berkuat kuasa bagi tempoh lebih daripada dua (2)
tahun, ia tidak boleh diketepikan oleh insurer hanya atas alasan
bahawa kenyataan yang dibuat atau ditinggalkan dalam borang
cadangan insurans atau dalam suatu laporan doktor, rujukan atau
mana-mana orang lain atau dokumen yang membawa kepada
pengeluaran polisi hayat itu tidak tepat atau palsu atau mengelirukan,
melainkan jika insurer menegaskan bahawa kenyataan itu adalah
fakta matan atau menyekat suatu fakta matan dan bahawa ia dibuat
bagi tujuan menipu atau ditinggalkan daripada dibuat oleh pemilik
polisi atau insured.
Ini bermakna jika polisi insurans hayat telah berkuat kuasa bagi
tempoh lebih daripada dua (2) tahun, insurer tidak akan dapat
mencabar kesahihan polisi jika terdapat salah nyata atau cuai
di dalam borang permohonan, melainkan insurer boleh menunjukkan
bukti bahawa salah nyataan atau ketidakdedahan itu adalah sesuatu
fakta matan yang dilakukan dengan sengaja atau dengan niat untuk
menipu insurer.

BAB
11

Perkara material atau fakta matan bermaksud perkara fakta yang


jika diketahui oleh insurer, akan menyebabkan keengganannya untuk
mengeluarkan sesuatu polisi hayat atau mungkin mendorongnya
untuk mengenakan terma yang kurang bermanfaat kepada pemilik
polisi, berbanding dengan peruntukan biasa yang terdapat dalam
polisi berkenaan.

162

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

11.13 Soalan Penilaian Diri


1.

2.

Bilakah polisi insurans hayat itu mempunyai atau layak diperuntukkan nilai serahan?
a)

Pada bila-bila masa selepas polisi berkuatkuasa

b)

Selepas tiga tahun premium dibayar

c)

Pada tarikh ulang tahun ketiga premium sepatutnya dibayar

d)

Dua tahun selepas polisi berkuatkuasa

Pada masa bilakah minor atau kanak-kanak mempunyai kapasiti untuk


menginsuranskan?
I.

Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayatnya
sendiri

II.

Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayat orang
lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans, dengan keizinan ibu bapa atau
penjaganya

III. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayatnya
sendiri

3.

a)

II, III dan IV

b)

I, II, III dan IV

c)

II dan IV

d)

I dan II

Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai kepentingan boleh
insurans dalam insurans hayat?
a)

Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayatnya sendiri dan ia adalah
tidak terhad.

b) Sesuatu polisi hayat itu adalah terbatal melainkan orang itu mempunyai kepentingan boleh
insurans atas hayat individu yang diinsuranskan.
c) Kepentingan boleh insurans mesti wujud pada permulaan polisi hayat.
d) Kepentingan boleh insurans bermakna pembayaran wang disebabkan kematian atau polisi
matang.
4.

Apabila ejen mempelawa mana-mana orang atau individu untuk membuat tawaran atau
cadangan untuk memasuki suatu kontrak insurans, ejen berkenaan perlu mendedahkan
I.

nama insurer berlesen.

II.

hubungannya dengan insurer berlesen.

III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.


IV. manfaat yang diperolehi apabila memiliki polisi insurans.

ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT

163

BAB
11

IV. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayat
orang lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans

5.

a)

I, II, III dan IV

b)

I, II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan II

Seseorang itu dikatakan mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang lain
yang merupakan
I. pasangannya.
II.

anak atau anak dibawah jagaan yang usianya dibawah umur majoriti ketika insurans akan
dikuatkuasakan.

III. pekerjanya.
IV. seseorang yang kepadanya dia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya berkaitan
dengan perbelanjaan sara hidup atau pendidikan, ketika insurans akan dikuatkuasakan.
V.

penghutang, terhad kepada jumlah hutang terkumpul.

a)

I , II dan III

b)

I, II, III, IV dan V

c)

I dan II

d)

I, II, III dan IV

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan tidak boleh tanding dalam kontrak insurans hayat?
a) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan penipuan.
b) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan salah nyata selepas
polisi telah berkuat kuasa selama lebih daripada 2 tahun.

BAB
11

c) Insured tidak dibenarkan mencabar keputusan insurer yang menolak cadangan insurans
hayatnya.
d) Insurer tidak dibenarkan membatalkan kontrak apabila didapati insured memberi
kenyataan palsu.
7.

Apa remedi atau pilihan tersedia untuk pemilik polisi yang tidak bersetuju dengan terma
polisi selepas menerima dokumen polisi?
a) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 30 hari dan memohon pembatalan
polisi
b) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh tangguh dan memohon polisi
dibatalkan
c)

Mengembalikan polisi dalam tempoh 15 hari dan membayar balik apa-apa perbelanjaan
yang ditanggung oleh insurer untuk mengeluarkan polisi tersebut

d) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 15 hari dan insurer hendaklah
memulangkan kembali semua bayaran, ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan

164

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

8.

9.

Sekiranya suatu polisi insurans kumpulan diuruskan bagi melindungi individu-individu


di mana pemilik polisi berkenaan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans, ejen
perlu memberitahu kepada setiap individu yang diinsuranskan
a)

nama insurer berlesen

b)

hubungannya dengan insurer berlesen

c)

syarat-syarat polisi insurans kumpulan, termasuk imbuhan yang dibayar kepada ejen serta
premium yang dikenakan oleh insurer berlesen

d)

a, b dan c

Sesuatu perkara yang jika diketahui oleh insurer akan menyebabkan insurer enggan
mengeluarkan polisi insurans hayat atau mungkin mendorongnya untuk mengenakan
terma dan syarat polisi yang kurang bermanfaat kepada pemilik polisi, berbanding
dengan terma polisi biasa, dikenali sebagai
a)

terma utama.

b)

fakta matan.

c) pengecualian.
d)

syarat-syarat kontrak.

a)

Insurer boleh mengelak daripada mengeluarkan polisi insurans hayat atau menolak tuntutan
di bawah sesuatu polisi insurans hayat atas alasan silap nyata umur insured.

b)

Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih tua dari umur
yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau
menolak tuntutan.

c)

Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih muda dari umur
yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau
menolak tuntutan itu.

d)

Insurer boleh meminda terma dan syarat polisi, umpamanya mengubah tempoh
perlindungan kepada tempoh yang berdasarkan kepada umur sebenar sekiranya berlaku
salah nyata umur.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .

ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT

165

BAB
11

10. Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar?

12.1 Pengenalan

Produk Insurans
Hayat
Insurans hayat adalah kontrak di antara pemilik polisi dan insurer,
di mana insurer bersetuju untuk membayar sejumlah tertentu
wang (jumlah diinsuranskan) kepada pemilik polisi atau terus
kepada waris jika berlaku kematian, hilang upaya atau didiagnosa
menghidap penyakit kritikal. Sebagai balasan, pemilik polisi akan
membayar sejumlah wang yang tetap, secara berkala atau secara
sekaligus (premium) ke dalam dana yang diuruskan oleh insurer.

Istilah asurans bermaksud memberi perlindungan dari sesuatu


kejadian yang pasti akan berlaku. Pengertian asurans adalah
sama dengan insurans (dan kadang kala terma tersebut saling
bertukar), kecuali insurans yang melindungi pemegang polisi
daripada peristiwa yang tidak pasti atau mungkin berlaku.

Selain mendapatkan perlindungan kewangan bagi tanggungan dan


melindungi perbelanjaan harian keluarga, insurans hayat membantu
waris dalam cara-cara berikut:
Mengekalkan taraf dan gaya hidup
Membayar apa-apa hutang isi rumah
Menyediakan perbelanjaan pendidikan anak-anak
Simpanan untuk tujuan persaraan


12.2 Jenis-jenis

Polisi

Insurans

Hayat


12.2.1 Sementara

1.
2.
3.
4.
5.

Sementara
Seumur Hidup
Endowmen
Berkaitan Pelaburan
Hayat-Anuiti

Ini adalah bentuk insurans hayat yang terawal dan paling ringkas
dan sebagaimana nama sementara digunakan, ia adalah untuk
suatu tempoh tetap atau tempoh yang tidak kekal (tidak seperti
seumur hidup). Jumlah diinsuranskan akan dibayar hanya apabila
berlaku kematian, tetapi beberapa polisi insurans sementara juga
merangkumi perlindungan penyakit kritikal dan hilang upaya.

PRODUK INSURANS HAYAT

167

BAB
12

BAB12

Insurans sementara ini menyediakan bentuk perlindungan insurans


hayat yang paling asas dengan premium yang paling rendah
kerana tiada manfaat akan dibayar jika hayat yang diinsuranskan
masih hidup selepas tamat tempoh perlindungan. Tidak ada wang
tunai atau nilai serahan dibayar jika pemilik polisi membuat
keputusan untuk menamatkan atau membatalkan perlindungan
dipertengahan tempoh perlindungan.

Insurans sementara menawarkan pelbagai kombinasi perlindungan,


setiap satu dengan ciri unik tersendiri untuk menampung keperluan
khusus pengguna, contohnya:
Pilihan insurans terjamin - menawarkan jaminan pilihan
pembaharuan tanpa mengemukakan permohonan baru atau
perakuan kesihatan.
Pilihan penukaran terjamin - menawarkan jaminan
penukaran insurans sementara kepada insurans hayat kekal
tanpa pengisytiharan kesihatan, tetapi tertakluk kepada kajian
semula kadar premium.
Insurans sementara menyusut - iaitu apabila tahap
perlindungan dikurangkan tetapi premium kekal tidak berubah
sepanjang tempoh polisi. Polisi ini sesuai untuk perlindungan
gadai janji di mana jumlah diinsuranskan semakin susut seiring
dengan baki pinjaman yang semakin berkurangan.

BAB
12

Kekuatan dan kelemahan insurans sementara diringkaskan seperti yang tertera di bawah:
Kekuatan

Kelemahan

Premium yang Rendah: Insurans hayat sementara


mengenakan kadar premium yang paling rendah
berbanding dengan lain-lain bentuk insurans hayat.
Polisi ini sesuai untuk mereka yang berpendapatan
rendah (memulakan pekerjaan atau kerjaya) dan
memerlukan perlindungan yang tinggi untuk
tanggungan mereka. Ia juga sesuai untuk mereka
yang baru memulakan perniagaan dengan pelaburan
sumber modal yang banyak, atau syarikat perniagaan
yang perlu memastikan pekerja utamanya
(pemegang saham atau rakan kongsi) dilindungi
dari kematian pra-matang yang boleh menjejaskan
kesinambungan perniagaan.

P e n i n g k a t a n k a d a r p re m i u m : I a b o l e h
menimbulkan kesukaran iaitu apabila polisi ditukar
kepada insurans hayat kekal kerana amaun premium
adalah bergantung kepada umur dan keadaan
kesihatan pemilik polisi ketika tarikh pertukaran.

Fleksibiliti Permohonan: Syarikat insurans adalah Kekangan umur: ia melibatkan pemohon insurans
lebih fleksibel dalam menerima permohonan kerana yang berusia antara 50 55 tahun.
perlindungan yang bersifat sementara, terutamanya
pemohon berusia muda di bawah umur 50 tahun
dan keadaan kesihatan yang baik tidak memerlukan
insured menjalani pemeriksaan perubatan. Polisi ini
juga menyediakan pilihan perlindungan terjamin
semasa pembaharuan.
Fleksibiliti Polisi: Kebanyakan polisi jenis ini Tiada nilai serahan: kerana insurer hanya
menawarkan kemudahan penukaran insurans mengenakan premium tulen tanpa apa-apa nilai
sementara kepada polisi kekal di bawah pilihan pelaburan.
jaminan boleh tukar.

168 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Insurans hayat seumur hidup adalah bentuk perlindungan insurans


hayat kekal yang paling asas dan seumur hidup. Ia juga merupakan
bentuk perlindungan insurans hayat kekal yang termurah dipasaran
untuk melindungi tanggungan kerana polisi akan kekal berkuatkuasa
selagi premium dibayar. Kelemahannya adalah premium perlu
dibayar walaupun dalam usia tua atau sehingga berlaku tuntutan
seperti penyakit kritikal atau hilang upaya. Jumlah diinsuranskan
hanya akan dibayar apabila berlaku kematian atau apabila mencapai
umur tertentu seperti 85, 90 atau 100 tahun.

Dalam kes tertentu, Polisi Insurans Seumur Hidup Bayaran


Terhad ditawarkan kepada orang ramai di mana jumlah yang
diinsuranskan akan dibayar hanya jika berlaku kematian, dan
premium dibayar untuk tempoh yang terhad atau tidak perlu
membayar premium apabila insured mencapai umur tertentu,
umpamanya sehingga umur 60 dan sebagainya. Kelebihan polisi
ini ialah walaupun premium yang dikenakan lebih tinggi, elemen
penjimatan memperuntukkan nilai tunai yang lebih besar dan
memberi lebih nilai sekiranya berlaku kecemasan. Pemegang polisi
boleh membuat pinjaman polisi untuk membayar premium atau
menjadikan polisi jelas dibayar di bawah peruntukan opsyen tidak
lucut hak (tanpa perlu membayar premium masa depan) berdasarkan
nilai wang tunai yang terkumpul selepas premium dibayar selama
tiga (3) tahun berturut-turut.

12.2.3 Endowmen

Insurans

Endowmen adalah kontrak insurans yang menjamin pembayaran


sejumlah wang yang dijamin sekiranya pemegang polisi masih
hidup sehingga akhir tempoh polisi atau ketika tarikh matang
polisi. Jumlah diinsuranskan akan dibayar kepada waris sekiranya
berlaku kematian awal. Insurans endowmen ini menyediakan keduadua elemen perlindungan dan simpanan yang membolehkan
pemegang polisi membiayai pendidikan anak-anak atau menyimpan
untuk usia persaraan. Dengan nilai tunai yang diperolehi, polisi
ini memberi hak istimewa kepada insured seperti peruntukan tidak
lucut hak dan polisi jelas dibayar.

12.2.4
Insurans

Hayat Berkait
Pelaburan

Insurans hayat berkaitan pelaburan menggabungkan elemen


pelaburan dan perlindungan berkait pelaburan dalam satu polisi.
Syarikat insurans mengetepikan dana khusus daripada premium
untuk tujuan pelaburan. Pemegang polisi diberi pilihan untuk
melabur dalam ekuiti (risiko tinggi), bon atau sekuriti pendapatan
tetap (risiko rendah) atau gabungan kedua-duanya. Terdapat insurer
memberitahu peratusan yang dilaburkan tetapi pemegang polisi
mungkin tidak tahu dengan tepat jumlah pulangan yang diperolehi
daripada pelaburan tersebut kerana portfolio pelaburan adalah
di bawah pengurusan syarikat insurans. Insurer mengenakan caj
termasuk yuran polisi dan yuran pengurusan dana daripada bahagian
PRODUK INSURANS HAYAT

169

BAB
12

12.2.2 Seumur Hidup

pelaburan, dan lain-lain bayaran seperti komisen dan perbelanjaan


daripada bahagian insurans.

Bagaimana insurans hayat berkait pelaburan berfungsi:

Insurans
Premium

Peruntukan
untuk Pelaburan

Ditambah
Pulangan
Pelaburan


12.2.5 Insurans

Hayat-Anuiti

BAB
12

Ditolak caj insurans,


yuran polisi dan yuran
dana pengurusan

Tiada diperuntukkan
untuk Insurans

Ditolak komisen ejen


dan perbelanjaan
pengurusan

Anuiti adalah dana persaraan yang boleh dibeli bagi mendapatkan


hak untuk memilih satu siri bayaran berkala pada tempoh satu tahun
atau kurang di bawah kontrak dengan syarikat insurans hayat. Oleh
itu, pelan insurans hayat-anuiti berbeza dari kontrak insurans hayat.
Pelan anuiti tidak menyediakan peruntukan pembayaran jumlah
yang diinsuranskan apabila berlaku kematian, hilang upaya atau
sakit kritikal. Ia menyediakan pencen sepanjang hayat anuitan.
Jika kematian berlaku dalam tempoh anuiti, premium (atau baki
daripadanya) akan dibayar kepada waris atau pasangan anuitan,
bergantung kepada jenis anuiti yang dibeli.
Terdapat dua jenis Anuiti:
1. Anuiti Akhiran: Bayaran kepada anuitan bermula sebaik
sahaja anuiti dibeli dan ia akan berterusan sehingga akhir hayat
anuitan.
2. Anuiti Tertunda: Pembayaran bermula pada bila-bila masa
selepas dua belas bulan atau anuitan mencapai umur tertentu
di mana insurer akan mula membuat pembayaran berkala
sehingga anuitan meninggal dunia. Premium bagi pembelian
anuiti dibayar sekaligus pada tarikh kemasukan atau bayaran
berkala untuk tempoh masa tertentu (umpamanya 10 tahun).
Jika kematian berlaku dalam tempoh penangguhan, premium
akan dikembalikan dengan atau tanpa faedah.

Adalah penting diambil perhatian bahawa mulai tahun 2013,


kerajaan Malaysia memberikan pengecualian cukai 8% kepada

170 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

syarikat insurans hayat atas pendapatan pelaburan dalam dana anuiti


tertunda. Pengecualian ini adalah tambahan kepada pelepasan
cukai pendapatan individu 10 tahun sedia ada sebanyak
RM3,000 untuk sumbangan sukarela kepada anuiti insurans. Secara
kolektif, insentif cukai dijangka dapat menurunkan kadar premium
insurans bagi manfaat pemegang polisi.

12.3 Insurans
Penyakit
Kritikal

Di Malaysia, insurans penyakit kritikal dijual sebagai manfaat


tambahan atau sebagai polisi asas insurans hayat atau kesihatan.
Polisi ini membuat bayaran tunai sekali gus jika pemegang polisi
didiagnosa menghidapi salah satu daripada penyakit kritikal
yang disenaraikan di dalam polisi. Penyeragaman penyakit kritikal
menyediakan kejelasan perlindungan pada masa tuntutan. Apabila
jumlah diinsuranskan telah dibayar sepenuhnya kepada insured,
polisi ini akan tamat secara automatik dan tiada lagi perlindungan
atau manfaat selanjutnya akan dibayar sekiranya berlaku kematian.

Senarai 36 Penyakit Kritikal di Bawah Polisi-polisi Insurans yang Dikeluarkan di Malaysia:


1. Strok
2.

Serangan Jantung

3.

Kegagalan Buah Pinggang

4. Kanser
5.

Penyakit Arteri Koronari yang Memerlukan Pembedahan

6.

Penyakit Arteri Koronari Teruk yang Lain

7.

Angioplasti dan Lain-lain Rawatan Invasif untuk Penyakit Arteri Koronari Utama

8.

Kegagalan Hati Peringkat Akhir

9.

Hepatitis Virus Fulminan

10. Koma
11. Tumor Otak Benigna
BAB
12

12. Jangkitan HIV Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan


13. Buta (Hilang Penglihatan)
14. Pekak (Hilang Pendengaran)
15. Terbakar Teruk
16. HIV akibat Pemindahan Darah
17. Penyakit Paru-Paru yang Kronik
18. Ensefalitis
19. Pemindahan Organ Utama
20. Hilang Pertuturan
21. Pembedahan Otak
22. Penggantian Injap Jantung
23. Penyakit yang Membawa Maut
24. Meningitis Bakteria
25. Trauma Kepala yang Teruk
26. Anemia Aplasia Kronik

PRODUK INSURANS HAYAT

171

27. Penyakit Neuron Motor


28. Penyakit Parkinson
29. Penyakit Alzheimer/Gangguan Otak Degeneratif Organik yang Tidak Dapat Dipulihkan
30. Distrofi Otot
31. Pembedahan Aorta
32. Sklerosis Berbilang
33. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
34. Penyakit Sistik Medulari
35. Kardiomiopati yang Teruk
36. Sistemik Lupus Eritematosus dengan Lupus Nefritis


12.4 Insurans

Insurans hayat kumpulan biasanya diuruskan oleh majikan (yang


mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat pekerjanya)
dengan menyediakan manfaat pekerja di bawah satu polisi induk.
Insurans ini sama ada dalam bentuk sertaan (premium dibayar
oleh pekerja) atau bukan sertaan/sukarela (premium dibayar oleh
majikan).

Insurans Kumpulan juga boleh melindungi ahli-ahli kesatuan sekerja,


persatuan dan lain-lain entiti yang tidak mempunyai kepentingan
boleh insurans atas hayat ahlinya. Dalam hal ini, Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa tiada seorang pun
boleh mengaturkan sesuatu polisi kumpulan bagi orang yang dia
tidak mempunyai kepentingan boleh insurans tanpa mendedahkan
kepada setiap orang:
nama insurer;
hubungannya dengan insurer;
syarat-syarat polisi kumpulan itu, termasuklah imbuhan yang
kena dibayar kepadanya; dan
premium yang dikenakan oleh insurer.

Akta Perkhidmatan Kewangan juga memperuntukkan bahawa


insurer bertanggungjawab kepada orang yang diinsuranskan
di bawah suatu polisi kumpulan jika pemilik polisi kumpulan itu
tidak mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang
itu. Jika orang itu telah membayar premium kepada pemilik polisi,
insurer bertanggungjawab melindunginya walaupun insurer
belum menerima bayaran premium dari pemilik polisi. Insurer
akan membayar wang yang kena dibayar kepada orang yang
diinsuranskan di bawah polisi kumpulan itu atau mana-mana orang
yang berhak memerimanya.

BAB
12

Hayat
Kumpulan

12.4.1 Garis Panduan


Garis panduan yang direka untuk mencegah anti-pemilihan ini
Pengunderaitan menetapkan standard minimum penilaian penerimaan risiko bagi

Hayat Insurans
melindungi ahli insurans kumpulan, di antaranya ialah:

Kumpulan

172 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

12.5 Kontrak

Tambahan


12.6 Kontrak

Sertaan

dan Bukan
Sertaan

Rider ialah kontrak tambahan yang menawarkan manfaat sampingan


di bawah polisi asas insurans hayat (yang biasanya melindungi
kematian), termasuk kejadian luar jangka seperti kemalangan,
kecacatan dan rawatan di hospital. Oleh yang demikian, rider
berfungsi melengkapkan perlindungan polisi asas insurans hayat
dengan menyertakan manfaat tambahan, tertakluk kepada bayaran
premium tambahan.
1. Kemalangan Diri (PA): menyediakan pembayaran manfaat
tambahan atau jumlah diinsuranskan sekiranya berlaku kematian
atau hilang upaya disebabkan kemalangan. Kemalangan
ditakrifkan sebagai kecederaan tubuh badan semata-mata dan
secara langsung disebabkan oleh tindak balas luaran, secara
kekerasan dan boleh dilihat.
2. Pengecualian Bayaran Premium: mengecualikan atau
mengetepikan bayaran premium masa depan sekiranya berlaku
hilang upaya kekal dan menyeluruh untuk sepanjang hayat
insured. Hilang upaya mungkin disebabkan oleh penyakit
atau kemalangan, dan pegawai perubatan (doktor) perlu
memperakukan ketidakmungkinan insured meneruskan
pekerjaan dan aktiviti biasanya. Pada masa kini, insurer
menyediakan manfaat ini tanpa sebarang caj tambahan
sekiranya perlindungan asas direka dengan memasukkan
premium risiko yang bersesuaian untuk pendedahan risiko yang
sedemikian.

Polisi insurans hayat sertaan bermaksud polisi hayat yang


memberikan hak kepada pemilik polisi untuk mengambil bahagian
dalam keuntungan peruntukan aset dana insurans, di mana amaun
atau masa ditentukan mengikut budi bicara insurer. Syarikat
insurans hayat dikehendaki menubuhkan dan mengurus satu dana

PRODUK INSURANS HAYAT

173

BAB
12

1. Bilangan minimum kakitangan atau ahli dalam kumpulan


biasanya sepuluh (10) orang, walaupun pertimbangan khas
boleh diberikan bagi skim bukan sertaan/sukarela di mana
majikan membayar premium dan 100% pekerja yang layak
boleh diinsuranskan. Dalam keadaan tertentu, sekurangkurangnya 75% daripada pekerja yang layak perlu menyertai
pelan insurans ini.
2. Kelayakan adalah terhad kepada hanya pekerja tetap yang
berumur di antara 16 hingga 60 tahun, walaupun had umur
boleh dilanjutkan atas permintaan. Pekerja baru akan dilindungi
secara automatik bermula dari tarikh perkhidmatan, manakala
pekerja yang meletakkan jawatan, bersara atau yang ditamatkan
perkhidmatan akan didikeluarkan dari senarai ahli pelan
insurans berkuatkuasa dari tarikh tamat perkhidmatan.

insurans berasingan bagi operasi perniagaan insurans hayat yang


melibatkan polisi hayat sertaan.

Apabila aset dana insurans melebihi liabiliti, maka terdapatlah


surplus/lebihan. Lebihan dari dana insurans hayat akan diagihkan
(atas cadangan aktuari yang dilantik) sama ada dipindahkan dari
dana insurans hayat ke dana pemegang saham dan membayar
dividen kepada pemegang saham atau membayar bonus kepada
pemegang polisi yang memiliki polisi hayat sertaan.


12.7 Kaedah

Pemegang polisi insurans hayat bukan sertaan tidak mempunyai


hak untuk berkongsi surplus/lebihan dana insurans hayat syarikat
insurans.

BAB
12

Pengagihan
Surplus/
Lebihan

a) Bonus Berbalik Mudah: Bonus diisytiharkan dalam bentuk


peratusan daripada jumlah yang diinsuranskan dan bonus ini
dibayar mengikut kaedah yang sama seperti jumlah insurans
asal (iaitu apabila berlaku kematian atau pada tarikh matang)
b) Bonus Berbalik Majmuk: Bonus yang diperuntukkan adalah
mengikut nisbah atau bahagian dari jumlah yang diinsuranskan
dan bonus terkumpul di bawah polisi ini, dan bonus ini dibayar
mengikut kaedah yang sama seperti pembayaran jumlah
diinsuranskan (iaitu apabila berlaku kematian atau pada tarikh
matang).
c) Bonus Tunai: Bonus biasanya dalam bentuk pengagihan tunai
dan bergantung pada bayaran premium yang akan datang.
Apabila polisi sertaan diserahkan (ditamatkan), nilai tunai
dimasukkan kedalam bonus tunai.
d) Matang atau Bonus Terminal: Ini adalah antara kaedah
pengagihan beberapa manfaat dari peningkatan modal tidak
nyata saham biasa dan pegangan harta syarikat kepada
pemegang polisi. Kadar bonus yang diisytiharkan pada
setiap penilaian adalah sah untuk tempoh sehingga penilaian
berikutnya sahaja dan tidak membentuk apa-apa hak untuk
bonus melepasi tarikh penilaian akan datang.

Terminal bonus hanya dibayar pada polisi yang mempunyai


tuntutan, sama ada tuntutan matang atau kematian, dengan
syarat polisi berkenaan berkuatkuasa sepenuhnya dengan
bayaran premium yang berterusan sehingga ke tarikh tuntutan.
Apabila premium tidak dibayar, bonus ini juga tidak akan
dibayar.

174 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Adalah menjadi perkara biasa untuk menetapkan tempoh


minimum polisi hayat sepatutnya berkuat kuasa untuk
melayakkan mendapat bonus, umpamanya berkuatkuasa selama
15 atau 20 tahun. Mana-mana polisi yang tidak berkuat kuasa
selama tempoh yang ditetapkan, tidak berhak keatas bonus
ini. Bonus ini biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada
bonus berbalik, umpamanya 25% daripada semua bonus
yang sedia ada. Ia juga boleh dinyatakan sebagai peratusan
daripada jumlah asas diinsuranskan bagi setiap tahun polisi
berkuatkuasa.

e) Bonus Interim: Bonus ini biasanya diisytiharkan pada tarikh


penilaian untuk tahun polisi sebelumnya, iaitu tunggakan bonus.
Oleh yang demikian, persoalan timbul tentang apa yang berlaku
kepada polisi-polisi yang mempunyai tuntutan sepanjang
tempoh penilaian berkenaan. Dalam kes ini, bonus dibayar
pada kadar sementara dan oleh itu ia dipanggil bonus interim.

Kadar bonus diputuskan terlebih dahulu walaupun pada


prinsipnya ia perlu ditetapkan pada kadar yang dijangka akan
diumumkan pada tarikh penilaian berikutnya, ia biasanya adalah
sama dengan bonus terakhir yang diisytiharkan.

BAB
12

f) Bonus Terjamin: Sesetengah polisi insurans hayat menyediakan


bayaran bonus yang dijamin setiap tahun. Oleh kerana bonus
ini adalah terjamin, polisi-polisi yang terlibat ialah polisi tanpa
sertaan jumlah diinsuranskan akan meningkat secara automatik
setiap tahun pada kadar yang telah ditetapkan.

PRODUK INSURANS HAYAT

175

12.8 Soalan Penilaian Diri


1.

Objektif utama pembelian polisi insurans hayat ialah


a) untuk menambah pendapatan persaraan.
b) untuk mengurangkan beban kewangan insured.
c) untuk melindungi tanggungan dalam kes kematian pra-matang pencari nafkah.
d) untuk memaksimumkan simpanan.

2.

Polisi anuiti persaraan menarik minat seseorang yang mempunyai


a) keluarga yang besar.
b) risiko sakit teruk.
c) risiko pendek umur.
d) risiko umur panjang.

3. Yang manakah di antara insurans hayat berikut tidak mempunyai elemen simpanan
di dalamnya?
a) Seumur hidup
b) Endowmen
c) Sementara
d) Tiada berkenaan
4. Polisi insurans hayat seumur hidup adalah berbeza dengan polisi insurans hayat
sementara, di mana
a) premium polisi seumur hidup meningkat setiap tahun.
b) premium tidak perlu dibayar apabila insured mencapai umur 65 tahun.
c) kadar premium polisi seumur hidup adalah lebih rendah dari polisi hayat sementara.
BAB
12

d) polisi seumur hidup mempunyai nilai serahan tunai, manakala polisi hayat sementara
tiada nilai tunai.
5. Apabila aset di dalam dana insurans hayat melebihi liabiliti, maka ia bermaksud terdapat
a) surplus/lebihan.
b) keuntungan.
c) dividen tunai.
d) bonus.
6.

Di bawah kontrak insurans hayat, bilakah kepentingan boleh insurans perlu wujud?
a)

Ketika mengemukakan tuntutan

b)

Ketika membuat serahan polisi

c)

Ketika permulaan kuatkuasa polisi

d)

Ketika menukar nama pewaris

176 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

7. Opsyen atau pilihan untuk menukar polisi insurans hayat sementara kepada insurans
kekal tanpa perlu mengemukakan bukti boleh diinsuranskan tetapi dengan pelarasan
premium dikenali sebagai
a) opsyen kesesuaian terjamin.
b) opsyen boleh diinsuranskan terjamin.
c) opsyen boleh tukar terjamin.
d) opsyen kekal terjamin.
8. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai polisi insurans hayat seumur
hidup?
a) Jumlah diinsuranskan tidak akan melebihi nilai tunai terkumpul.
b) Pada penghujung tempoh polisi, premium lebih diperuntukkan untuk pengumpulan nilai
tunai berbanding dengan elemen perlindungan.
c) Apabila insured meninggal dunia, pewaris akan menerima jumlah yang diinsuranskan
dan apa-apa nilai tunai terkumpul.
d) Polisi hayat seumur hidup boleh dianggap sebagai kaedah yang memaksa insured untuk
menyimpan.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan penepian premium dalam polisi
insurans hayat?
a) Ia mengecualikan fasal bunuh diri.
b) Ia membolehkan seseorang membeli insurans tambahan tanpa sebarang kos tambahan.
c) Ia membayar premium masa depan sekiranya berlaku hilang upaya kekal.
d) Ia membolehkan ejen insurans membayar premium bagi pemegang polisi.
10. Pemegang polisi insurans hayat mempunyai hak untuk berkongsi agihan surplus/ lebihan
dana insurans hayat insurer hanya apabila
BAB
12

a) insurer mencapai jumlah keuntungan tertentu.


b) polisi itu dikeluarkan oleh pengendali takaful.
c) polisi ini dari syarikat insurans hayat tertentu.
d) mereka mempunyai polisi hayat sertaan.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PRODUK INSURANS HAYAT

177

13.1 Pengenalan

Pengkadaran
Premium Insurans
Hayat
Kontrak insurans hayat adalah kontrak jangka panjang dan kekal.
Syarikat insurans hayat dikehendaki mengetepikan rizab modal
untuk membayar manfaat polisi dan memenuhi tanggungjawab
kontrak yang ditanggung sepanjang tempoh kuatkuasa polisi. Dalam
hal ini, aktuari memainkan peranan penting dalam menentukan
premium yang setimpal dengan profil risiko dan kejadian luar
jangkaan yang akan dilindungi.


13.2 Menilai

Ketika membuat penetapan harga/premium, insurer perlu


mengambil kira elemen-elemen utama dan faktor-faktor risiko
seperti kemortalan, pulangan pelaburan, kesan inflasi ke atas
perbelanjaan, jumlah cukai korporat dan lain-lain faktor yang
mempunyai kaitan dengan pengiraan kadar premium. Di samping
itu, keupayaan insurer memenuhi tanggungjawab kontrak (seperti
nilai tunai dan bonus terjamin) masa akan datang, disamping
perlu menanggung kos pengurusan (termasuk gaji kakitangan
dan komisen ejen) yang juga merupakan pertimbangan penting
yang perlu diambil kira.

13.2.1 Kemortalan

Kekerapan relatif kematian dalam populasi tertentu dikenali


sebagai kemortalan atau kadar kematian. Jadual kemortalan
adalah panduan paling praktikal yang digunakan oleh insurer untuk
menganggarkan kematian dikalangan kumpulan hayat tertentu.
Insurer sering menggunakan jadual mortaliti standard, atau yang
telah diubahsuai, bagi tujuan pengiraan premium. Jadual mortaliti
standard diperoleh dari pengalaman gabungan kemortalan insurer
yang menjalankan operasi perniagaan di kawasan tertentu, dan
biasanya jadual mortaliti yang berbeza digunakan untuk jenis-jenis
polisi yang berbeza juga.

Faktor-faktor utama yang mempengaruhi kemortalan ialah: umur,


jantina, pekerjaan, status sosial, etnik, lokasi geografi, status
perkahwinan, tabiat peribadi, avokasi dan pemastautinan. Lebih

Risiko

PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT

179

BAB
13

BAB 13

banyak kematian juga berlaku akibat kemalangan seiring dengan


usia meningkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
KEMORTALAN

Bonggol
menunjukkan
peningkatan kadar
kematian akibat
kemalangan
jalan raya

UMUR

BAB
13

13.2.2 Pulangan Pelaburan Baki premium yang diterima selepas membayar pelbagai
perbelanjaan, cukai, tuntutan, keuntungan pemegang saham dan
sebagainya, akan dilaburkan dalam aset pendapatan dan aset modal.
Walaupun pelaburan dari imbangan baki premium masa kini ini
boleh dibuat pada pelaburan yang telah diketahui kadar pulangannya,
penerimaan pulangan pelaburan masa depan bagaimanapun perlu
lebih baik dari pelaburan semasa. Pulangan pelaburan masa depan
adalah bergantung kepada pelbagai faktor ekonomi, politik dan
sosial. Faktor-faktor ini sukar untuk diramal dalam mana-mana
tahap ketepatan, kecuali mungkin dalam jangka pendek. Oleh itu,
bagi tujuan pengiraan premium, insurer berhak membuat anggaran
yang wajar mengenai kadar pulangan pelaburan jangka sederhana
hingga pelaburan jangka panjang.

Akibat dari mengabaikan pulangan pelaburan mungkin menyebabkan


kadar premium lebih tinggi berbanding jika kadar pulangan
pelaburan telah diambil kira ketika pengiraan premium. Anggaran
pulangan pelaburan yang berhemah biasanya dinyatakan dalam
bentuk kadar rata peratusan setahun, contohnya 4% setahun, dan
ini sering dirujuk sebagai andaian kadar faedah.

13.2.3 Perbelanjaan

Perbelanjaan menjalankan perniagaan insurans boleh dikategorikan


kepada tiga jenis:
1. Perbelanjaan awal
2. Perbelanjaan pembaharuan
3. Perbelanjaan penamatan
1. Perbelanjaan awal yang ditanggung oleh insurer pada tahun
pertama polisi adalah tinggi memandangkan ia melibatkan kos
pemerolehan termasuk bayaran komisen ejen, perbelanjaan
pemeriksaan perubatan insured, perbelanjaan pentadbiran polisi
dan juga perbelanjaan pengiklanan serta pelancaran produk.

180

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2. Perbelanjaan pembaharuan ditanggung selepas tahun pertama


dan ia berterusan untuk tempoh enam hingga sepuluh tahun, dan
selepas itu perbelanjaan akan semakin berkurangan. Contohnya
adalah: perbelanjaan komisen pembaharuan, kutipan premium
dan perbelanjaan perkhidmatan.

13.3 Premium
Paras

Premium paras yang kekal tidak berubah sepanjang tempoh polisi


hayat adalah berdasarkan kepada konsep bahawa premium risiko
tulen adalah berbeza mengikut umur manakala kadar kematian
(kemortalan) meningkat seiring dengan peningkatan usia. Dalam
tempoh tiga (3) tahun pertama polisi, premium paras akan mengatasi
premium risiko kerana kematian yang lebih rendah. Walau
bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, walaupun peningkatan
dalam kadar kematian, polisi hayat itu mengumpulkan nilai tunai
yang akan mengatasi sebarang kekurangan dalam premium risiko.
Sistem premium paras digunakan dalam hampir semua kontrak
insurans hayat biasa dan individu dengan premium yang tetap sama
di sepanjang tempoh perlindungan insurans.

13.4 Premium

Kasar dan
Premium
Bersih

Jadual Kadar Premium dirangka mengikut umur dan tempoh


insurans bagi pelbagai jenis polisi insurans hayat. Kemortalan atau
kadar kematian ialah faktor risiko tulen, ditambah elemen faedah,
ditambah kepadanya elemen yang dipanggil premium bersih.
Apabila bebanan perbelanjaan pengurusan, perbelanjaan luar jangka
dan margin keuntungan ditambah kepada premium bersih, hasilnya
adalah premium kasar.
Premium Bersih = premium risiko tulen + faedah
Premium Kasar = premium bersih + perbelanjaan
pengurusan dan luar jangka + keuntungan

13.5 Beban

Luar Jangka

a) Polisi endowmen yang menyediakan bayaran jumlah


diinsuranskan apabila insured terus hidup hingga akhir tempoh
polisi itu, pada tarikh matang atau berlaku kematian lebih awal,
akan dikenakan premium tambahan untuk menampung kos

PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT

181

BAB
13

3. Perbelanjaan penamatan ialah perbelanjaan yang ditanggung


apabila polisi itu diserahkan atau ditamatkan kuatkuasanya. Ini
termasuk bayaran balik premium semasa tempoh bertenang
apabila terdapat bantahan kepada polisi, nilai tunai dan bonus
dibayar semasa penyerahan dan perbelanjaan pentadbiran yang
lain termasuk pengendalian tuntutan dan tindakan undangundang.

polisi matang. Inilah sebabnya mengapa premium insurans


endowmen adalah lebih tinggi daripada insurans seumur hidup
dan insurans sementara.
b) Kontrak boleh diperbaharui setiap tahun (mengikut pilihan
insured dan insurer) mungkin dikenakan premium yang lebih
tinggi pada masa pembaharuan disebabkan oleh perubahan
risiko umpamanya keadaan pekerjaan insured yang merbahaya
atau lain-lain peristiwa luar jangka. Jika tiada opsyen dijamin
boleh diinsuranskan, insurer mungkin menolak permohonan
pembaharuan jika insured didapati sakit atau keadaan kesihatan
yang semakin membimbangkan.
c) Polisi sertaan adalah layak untuk berkongsi pengagihan surplus/
lebihan dan akan dikenakan premium tambahan atau beban
untuk menikmati hak keistimewaan berkongsi keuntungan
syarikat.

BAB
13

d) Bayaran premium berkala (bulanan, suku tahunan atau


setengah tahun) dari insured kepada insurer untuk memastikan
polisi adalah sah dan terus berkuatkuasa, akan dikenakan beban
premium untuk menampung kos pentadbiran dan juga untuk
premium yang tidak dapat dikutip selepas tarikh kematian.

13.6 Premium
Insurans
Berkumpulan

Tidak seperti insurans hayat individu, insurans kumpulan adalah


pengalaman perkadaran yang bermaksud premium dikira
dengan menggunakan kadar kemortalan purata kumpulan dan
diselaraskan mengikut pengalaman tuntutan lepas, kos perolehan,
perbelanjaan pengurusan dan margin keuntungan.

13.7 Pelepasan
Cukai
Pendapatan
Individu

Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 dibenarkan untuk membeli


insurans hayat atas hayat pembayar cukai atau pasangan, termasuk
sumbangan kepada dana yang diluluskan seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP). Ini adalah sebagai tambahan kepada
pelepasan cukai RM3,000 dibenarkan untuk membeli insurans
pendidikan dan insurans perubatan dan kesihatan.
Pengiraan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2013:
Contoh berikut adalah perbandingan antara pembayar cukai
yang mempunyai dan tidak mempunyai insurans hayat, dari segi
penjimatan kepada jumlah cukai peribadi yang perlu dibayar kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

182

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Butir-Butir:
Umur:
Pendapatan Tahunan:
Tanggungan:

Caruman Diluluskan:

Butiran

30 tahun
RM42,000
Isteri (tidak bekerja), 1 anak
a) KWSP: RM3,500 (@ 11%)
b) Premium insurans: RM1,380
(Insurans hayat) dan RM3,000
(Pendidikan, dan Perubatan &
Kesihatan premium)
Tanpa Insurans
(RM)

Jumlah Pendapatan
Tolak
Pelepasan yang Dibenarkan
Diri Sendiri
9,000
Isteri (suri rumah)
3,000
Anak Pertama
1,000
KWSP@11%
4,620
Premium Insurans Hayat
NIL
Premium Pendidikan dan
NIL
Perubatan & Kesihatan
Pendapatan Dikenakan Cukai
Cukai Kena Bayar
RM20,000 yang pertama
300.00
RM15,000 berikutnya@ 6% 262.80
Jumlah Cukai Kena Bayar

Dengan Insurans
(RM)

42,000

17,620

42,000

9,000
3,000
1,000
4,620
1,380
3,000

24,380

22,000
20,000

300.00
562.80

300.00

BAB
13

Nota: Penjimatan sebanyak RM262.80 dalam bayaran cukai pendapatan.

PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT

183

13.8 Soalan Penilaian Diri


1.

Di antara berikut, yang manakah kenyataan TIDAK benar mengenai premium insurans
hayat?
a) Jadual Kadar Premium dirangka mengikut umur dan tempoh insurans.
b) Premium bersih adalah premium risiko tulen kemortalan ditambah dengan elemen faedah.
c) Premium kasar ialah premium bersih ditambah dengan beban untuk perbelanjaan
pengurusan dan keuntungan.
d) Polisi insurans hayat sertaan tidak mengenakan bayaran premium tambahan atau beban.

2.

Apakah kaedah untuk menetapkan premium yang seragam sepanjang tempoh polisi
insurans hayat walaupun kadar kematian semakin meningkat dengan pertambahan usia?
a) Sistem bayaran paras
b) Sistem premium paras
c) Sistem premium meningkat
d) Insurans sementara menyusut

3.

Perbelanjaan menjalankan operasi perniagaan insurans boleh dikategorikan kepada tiga


jenis, KECUALI
a) perbelanjaan awal.
b) perbelanjaan pembaharuan.
c) perbelanjaan penamatan.
d) perbelanjaan perolehan.

4.

Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor utama yang mempengaruhi kemortalan?
a)

Umur

b)

Jantina

c)

Etnik

BAB
13

d) Kemalangan
5.

Berapa pelepasan cukai perseorangan atas pembelian polisi insurans hayat termasuk
caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?
a) RM3,000
b) RM4,000
c) RM5,000
d) RM6,000

6.

Apakah faktor-faktor utama yang digunakan oleh seorang aktuari dalam menetapkan
kadar premium insurans hayat?
I.

Kemortalan

II. Morbiditi

184

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

III. Pulangan pelaburan


IV. Perbelanjaan pengurusan

7.

a)

I, III dan IV

c) I dan II

b)

I, II dan III

d) I, II, III dan IV

Yang manakah di antara berikut merupakan perbelanjaan terminal/penamatan?


I.

Komisen ejen dan kos pemerolehan

II. Bayaran balik premium dalam tempoh bertenang


III. Pembayaran nilai tunai apabila polisi diserahkan
IV. Tuntutan perbelanjaan pentadbiran

8.

a)

I, III dan IV

c) I, II dan III

b)

II, III dan IV

d) I, II, III dan IV

Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat tentang kontrak insurans
hayat?
a) Jangka pendek dan boleh diperbaharui
b) Pelan pelaburan dan simpanan
c) Jangka panjang dan kekal
d) Jangka panjang dan boleh diperbaharui

9.

Mengapa syarikat insurans mengenakan caj bebanan pembayaran bonus bagi polisi
sertaan?
a)

Untuk membayar bonus kepada pekerja dan pemegang saham

b) Untuk meningkatkan keuntungan syarikat


c) Untuk memastikan premium yang dikenakan adalah mencukupi untuk risiko yang
ditanggung
d) Untuk membolehkan pemegang polisi sertaan berkongsi keuntungan syarikat

BAB
13

10. Kadar premium untuk insurans hayat kumpulan adalah


a) berdasarkan kepada kadar kemortalan dengan menggunakan kaedah kos hangus.
b) berdasarkan pengalaman pengkadaran dengan menggunakan kadar kemortalan purata.
c) berdasarkan kepada sistem premium paras dengan menggunakan sistem kadar kemortalan.
d) berdasarkan pengalaman tuntutan yang telah lepas atas kumpulan hayat tertentu.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT

185

14.1 Pengenalan


14.2 Pemilihan

Risiko

Pengunderaitan
dan Dokumen
Insurans Hayat
Pengumpulan risiko yang serupa atau sama jenis dalam jumlah
yang besar adalah satu konsep asas insurans, terutamanya dalam
insurans hayat, yang bertujuan untuk mengurangkan ketidaktentuan
dalam mengukur risiko supaya peluang atau kebarangkalian
sesuatu peristiwa itu berlaku boleh dikira secara matematik dengan
lebih tepat dan pasti. Walaupun kematian adalah pasti, peraturan
bilangan jumlah besar dapat membantu mengurangkan kesan
ketidakpastian disebabkan oleh persekitaran yang diluar jangka
seperti wabak penyakit, kemalangan udara, gempa bumi, tsunami
dan lain-lain yang pastinya memberi kesan buruk kepada keputusan
pengunderaitan dan kestabilan kewangan insurer.
Proses penilaian, penaksiran dan pemilihan risiko berasaskan kepada
pengenalpastian faktor-faktor yang menyumbang kepada baik atau
buruk sesuatu risiko dipanggil pengunderaitan. Terdapat dua
kategori utama pengunderaitan iaitu yang pertama; berkaitan dengan
kesihatan dan yang kedua; berkaitan dengan kedudukan kewangan
pelanggan untuk memiliki polisi insurans hayat. Di Malaysia, undangundang insurans (Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013)
memperuntukkan fasal penuh percaya mutlak atau doktrin uberrima
fides, yang menghendaki bakal pelanggan menjawab semua soalan
pengunderaitan dengan lengkap dan jujur; jika mereka gagal untuk
melakukan ini, insurer boleh menolak untuk membayar tuntutan.
Borang cadangan direka oleh insurer untuk mendapatkan maklumat
mengenai risiko yang dicadangkan untuk insurans. Fakta matan
adalah suatu perkara yang akan mempengaruhi pengunderait dalam
memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak risiko dan
menentukan terma & syarat perlindungan serta premium yang
perlu dibayar. Sebagai contoh, umur orang yang akan diinsuranskan
adalah fakta matan; walau bagaimanapun, undang-undang insurans
di Malaysia (Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013)
tidak membenarkan insurer mengelakkan atau menolak tuntutan
hanya dengan alasan salah nyata umur. Sungguhpun demikian,

PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT

187

BAB
14

BAB 14

insurer boleh meminda jumlah yang diinsuranskan atau tempoh


perlindungan yang sepatutnya diberikan berdasarkan umur sebenar.
14.2.1 Pengunderaitan

Perubatan

Pengunderaitan perubatan adalah berkaitan dengan bahaya


fizikal yang terdapat pada risiko yang dicadangkan untuk
diberi perlindungan insurans hayat. Antara faktor-faktor yang
dipertimbangkan termasuklah faktor umur, ketinggian, berat badan,
sejarah perubatan peribadi dan keluarga, gaya hidup dan lain-lain.
Sekiranya maklumat yang diberikan telah mendedahkan ciri-ciri
yang kurang memuaskan atau keadaan kesihatan seperti menghidap
kencing manis, insurer boleh meminta diadakan soal selidik
tambahan atau pemeriksaan perubatan (atas tanggungan insurer)
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat
penilaian yang lebih tepat.

14.2.2 Pengunderaitan

Kewangan

Pengunderaitan kewangan yang bertujuan untuk mengenalpasti


bahaya moral yang terdapat atau diwarisi ternyata lebih subjektif
untuk dibuktikan, berbanding dengan bahaya fizikal yang lebih
ketara. Ia melibatkan penelitian kewujudan kepentingan boleh
insurans dan sama ada jumlah insurans yang dipohon setara dengan
kedudukan kewangan atau keupayaan pendapatan pemohon.
Di samping itu, ia juga melibatkan penyiasatan sama ada pencadang
memiliki beberapa polisi insurans hayat dengan insurer lain, atau
sama ada terdapat insurer lain yang menolak permohonan untuk
perlindungan insurans, dan sekiranya ada, apakah sebab-sebabnya.


14.3 Garis Panduan

Kriteria yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menentukan


sama ada untuk memberi perlindungan atau berapakah kadar
premium yang patut dikenakan dirujuk sebagai Garis Panduan
Pengunderaitan. Garis panduan ini menetapkan standard
minimum untuk menerima atau menanggung risiko manakala
program komputer dan data aktuari (termasuk kadar kemortalan)
digunakan untuk menentukan premium yang perlu dibayar.

Pengunderaitan

BAB
14

14.3.1 Klasifikasi Risiko

Risiko boleh dikelaskan mengikut kebarangkalian berlaku kematian


pra matang disebabkan penyakit atau kemalangan, menggunakan
maklumat perubatan dan maklumat peribadi seperti umur, jantina,
pekerjaan, dan gaya hidup dan lain-lain. Individu yang berisiko
tinggi perlu membayar premium yang lebih tinggi bagi mendapatkan
tahap perlindungan yang sama (tanggapan) seperti orang yang
berisiko rendah.
Bagaimana risiko dikelaskan:
1. Risiko Standard (tanpa faktor-faktor risiko yang buruk) boleh
diterima dengan terma dan premium standard;

188

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2. Risiko Sub-standard (terdapat bahaya kesihatan atau bahaya


pekerjaan) boleh diterima tetapi dengan premium tambahan,
beban dan/atau batasan untuk perlindungan;
3. Risiko di bawah purata mungkin tidak boleh diterima atau
ditangguhkan sehingga kesuatu tempoh tertentu;
4. Risiko tidak boleh diinsuranskan (contohnya seseorang yang
menghidap penyakit merbahaya/terminal) akan ditolak.
14.3.2 Ciri-ciri Risiko Sub-Standard dan Risiko di Bawah Purata:

Contoh: Seseorang yang


mempunyai berat badan
berlebihan memberi
tekanan kepada jantung dan
seterusnya meningkatkan
kadar kemortalan dalam
jangka panjang

Kemortalan kekal tidak


berubah

Contoh: Seseorang
dengan pekerjaan
berisiko tinggi bekerja
di kapal atau pelantar
minyak luar pesisir dan
terdedah kepada bahaya
sepanjang masa.

Kemortalan menurun
mengikut masa

Contoh: Seorang
pemuda yang telah
pulih sepenuhnya dari
penyakit batuk kering
tidak akan berhadapan
dengan penyakit yang
mengancam hidupnya
di xmasa akan datang.

14.3.3 Mengendali Risiko



Buruk

Istilah pemilihan yang buruk atau anti-pilihan yang digunakan


insurans menerangkan keadaan di mana permohonan seseorang
untuk mendapatkan perlindungan insurans (kecenderungan untuk
membeli insurans dan kuantiti yang dibeli) adalah saling berkaitan
secara positif dengan risiko mengalami kerugian (risiko yang lebih
tinggi mendorong untuk membeli lebih banyak insurans).

Sebagai contoh, sebelum wabak AIDS menular, borang cadangan


insurans bukan perubatan adalah lebih ringkas dengan bilangan
soalan berkenaan kesihatan yang lebih terhad. Oleh yang demikian,
peranan pengunderait dalam proses pemilihan juga agak terhad.
Walau bagaimanapun, kemungkinan berlaku anti-pemilihan
disebabkan AIDS telah menukar senario masakini di mana peranan
pengunderait telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

Untuk mengatasi kesan buruk akibat anti-pemilihan, insurer


bertanyakan bermacam-macam soalan dan meminta pengamal
perubatan atau doktor untuk memberi laporan bebas mengenai
individu berisiko tinggi supaya premium yang dikenakan adalah
setimpal dengan risiko. Sebarang risiko yang tinggi atau risiko yang
tidak dapat dijangka akan ditolak.

Berikut adalah antara kaedah bagaimana insurer mengendali


risiko yang tidak memuaskan:
1. Mengenakan bayaran premium tambahan atau bebanan.

PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT

189

BAB
14

Kemortalan meningkat
mengikut masa

2.

Mengurangkan manfaat kematian atau jumlah diinsuranskan


tetapi premium boleh kekal pada kadar standard.
3. Mengesyorkan pelan insurans alternatif (seperti insurans
sementara boleh diperbaharui setiap tahun dan bukannya
insurans hayat seumur hidup).
4. Mengecualikan keadaan atau risiko yang terjejas, atau menyekat
penyertaan dalam aktiviti atau bentuk sukan tertentu.
5. Menyelaraskan kadar bonus dalam polisi sertaan (kaedah ini
jarang digunakan).

14.4 Menanggung

Risiko

Keperluan untuk Menanggung Risiko oleh Penanggung Insurans


Hayat:
a) Insurer akan mengambil alih risiko serta-merta setelah
menerima bayaran premium yang pertama selepas
pengeluaran surat penerimaan risiko. Surat penerimaan turut
menyatakan permintaan agar bayaran premium pertama dibuat
dalam tempoh yang dinyatakan (biasanya 30 hari).
b) Bayaran premium adalah pra-syarat untuk insurer
menanggung risiko insurans hayat. Oleh itu, apabila premium
permulaan dibayar bersama-sama dengan borang cadangan
yang lengkap dan resit rasmi juga telah dikeluarkan oleh
insurer, pencadang akan dilindungi dari kematian akibat
kemalangan pada tempoh yang ditetapkan. Perlindungan
insurans hayat hanya akan bermula sebaik sahaja insurer telah
meneliti maklumat dalam borang cadangan dan membuat
keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko, dan
jika cadangan itu diterima, selepas polisi (dengan terma dan
syarat-syarat) dikeluarkan dan/atau dihantar kepada pemilik
polisi.

BAB
14

c) Pemilik polisi berhak menikmati kemudahan tempoh


bertenang atau tempoh percubaan yang membolehkan
pemilik polisi memulangkan dokumen polisi kepada insurer
dalam tempoh lima belas (15) hari selepas penerimaan.
Insurer perlu segera membayar balik apa-apa premium yang
telah diterima selepas ditolak perbelanjaan yang ditanggung
untuk pemeriksaan perubatan insured. Apabila bayaran
premium telah dipulangkan, polisi dianggap terbatal dan liabiliti
insurer terhenti.
d) Premium tambahan atau bebanan yang dikenakan oleh
insurer perlu dimaklumkan kepada pencadang secara bertulis,
yang dianggap sebagai tawaran balas. Jika pencadang
bersetuju dengan terma-terma yang telah dipinda, pencadang

190

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

perlu memberikan persetujuannya secara bertulis dengan


menandatangani dan mengembalikan salinan surat tawaran
balas sebelum polisi insurans dikeluarkan.


14.5
Peranan Ejen
Insurans

dalam Proses
Pengunderaitan

Dalam perniagaan insurans hayat, insurer bergantung kepada orang


tengah yang merupakan ejen insurans untuk bertindak dengan penuh
kejujuran dan profesionalisma apabila menjalankan urusniaga
insurans dan membantu pengunderait dalam pemilihan risiko yang
baik. Sebagai titik hubungan pertama dengan bakal pelanggan, ejen
ditugaskan untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang ciri-ciri
penting produk dan membantu pelanggan mendedahkan semua fakta
matan bagi membolehkan pelanggan dan pengunderait membuat
keputusan yang tepat.


14.6 Dokumen
Insurans

Dokumen-dokumen berikut merupakan sumber maklumat penting


dalam pengunderaitan insurans hayat:
1. Borang cadangan
2. Laporan perubatan
3. Laporan ejen

14.6.1 Borang Cadangan

Insurer boleh meminta pencadang menjawab soalan-soalan khusus


yang penting dan mempengaruhi keputusan insurer sama ada untuk
menerima atau menolak risiko yang dicadangkan dan juga kadar
premium serta terma polisi yang hendak digunapakai. Adalah
menjadi tanggungjawab pengguna supaya sentiasa berhati-hati agar
tidak melakukan salah nyata fakta ketika menjawab apa-apa soalan
dalam borang cadangan. Soalan-soalan di dalam borang cadangan
hendaklah mempunyai kaitan; jika tidak, insurer dianggap telah
mengetepikan tanggungjawab pengguna untuk memberitahu atau
mendedahkan.


14.6.2 Laporan Pemeriksa

Perubatan

Laporan ini terdiri dari sejarah perubatan pencadang dan laporan


pemeriksaan perubatan yang meliputi maklumat mengenai
ketinggian, berat badan, bacaan denyutan nadi dan tekanan darah,
ukuran dada dan perut, keadaan jantung, paru-paru, sistem saraf,
dan analisa air kencing pencadang.
Dalam beberapa kes, terutamanya bagi jumlah diinsuranskan
yang besar atau usia lanjut atau sejarah kesihatan yang buruk,

PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT

191

BAB
14

e) Insurer boleh meluluskan permohonan membelakangkan


tarikh permulaan kuatkuasa polisi insurans dalam beberapa
kes sehingga enam bulan kebelakang supaya pencadang boleh
mendapat manfaat dengan membayar premium yang lebih
rendah yang dikenakan pada umur yang lebih muda.

pemeriksaan yang lebih terperinci melibatkan ujian darah, X-ray,


elektrokardiogram adalah diperlukan. Pemeriksa perubatan diminta
untuk menyatakan sama ada dia mengesyaki bahawa pemohon itu
menunjukkan tanda-tanda yang ia terlibat dalam ketagihan arak
dan sebagainya. Pemeriksa perubatan juga perlu memperakui umur
pemohon selain dari melaporkan penemuannya semasa pemeriksaan
fizikal dan menyatakan pendapatnya mengenai pemohon insurans
berkenaan atau/lain-lain keperluan lanjut.
Ejen memberikan pendapat dan pandangan beliau tentang diri
pemohon seperti tabiat, rupa, watak dan status kewangan serta
melengkapkan borang carian fakta pelanggan untuk menyokong
permohonan itu.

14.6.4 Dokumen Polisi

Polisi insurans hayat adalah satu kontrak undang-undang


antara insured dan insurer, dan seperti semua kontrak, ia boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang dan tidak boleh dipandang
ringan mengenainya. Kedua-dua pihak mempunyai hak dan
kewajipan yang diterangkan dalam polisi, dan oleh itu adalah
penting bagi sesiapa memiliki polisi insurans untuk membaca
kontrak dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.

Dokumen polisi yang dicetak merupakan bukti bertulis tentang


kontrak insurans yang menggabungkan borang cadangan yang
menjadi sebahagian dari kontrak dan menjadi asas kepada
pembentukan kontrak insurans.

BAB
14

14.6.3 Laporan Ejen

192

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

14.7 Soalan Penilaian Diri


1.

Pengunderait digambarkan sebagai seorang profesional dalam bidang insurans yang


a) menerima atau menolak risiko.
b) melaksanakan pelan strategik penanggung insurans.
c) melabur modal pemegang saham penanggung insurans.
d) menetapkan harga/premium.

2.

3.

Yang manakah di antara kaedah berikut TIDAK digunakan oleh insurer apabila
mengunderait risiko yang buruk?
a)

Mengenakan premium tambahan

b)

Mencadangkan pelan insurans lain

c)

Mengurangkan manfaat polisi

d)

Menawarkan diskaun premium

Risiko sub-standard atau di bawah risiko purata paling tepat digambarkan sebagai:
a) risiko yang boleh diterima atas terma dan kadar premium standard.
b) risiko bahaya kesihatan atau pekerjaan tetapi boleh diterima dengan terma khas.
c) tidak boleh diterima.
d)

4.

risiko tidak boleh diinsuranskan, umpamanya seseorang yang menghidap penyakit


terminal.

Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari proses pengunderaitan?


a) Merangka terma dan syarat perlindungan polisi
b) Menilai, menaksir dan memilih risiko untuk diinsuranskan
c) Merangka prosedur tuntutan dan dokumentasi
d) Penetapan harga insurans/mengenakan premium yang sepadan dengan risiko

5.

Yang manakah di antara faktor-faktor pengunderaitan berikut TIDAK berkaitan dengan


bahaya fizikal?
a) ketinggian dan berat badan
b) sejarah perubatan keluarga
BAB
14

c) keupayaan pendapatan
d) gaya hidup
6.

Apakah tujuan pengunderaitan kewangan dalam insurans hayat?


a) Untuk menilai bahaya fizikal seseorang pemohon perlindungan insurans hayat
b) Menilai bahaya moral yang terdapat pada bakal pelanggan
c) Untuk memilih pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk
membayar premium
d) Untuk memastikan pembeli mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang
yang diinsuranskan
PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT

193

7.

Yang manakah di antara dokumen berikut merupakan sumber utama maklumat untuk
pengunderaitan insurans hayat?
a) Borang cadangan
b) Laporan kewangan
c) Laporan ejen
d) Ilustrasi jualan

8.

9.

Apakah peranan ejen insurans dalam proses pengunderaitan?


a)

Membantu pengunderait menetapkan kadar premium yang perlu dibayar oleh insured

b)

Memberi khidmat nasihat kewangan kepada bakal pelanggan

c)

Membantu melengkapkan borang cadangan untuk pelanggan

d)

Memastikan semua fakta matan didedahkan supaya pelanggan dan pengunderait dapat
membuat keputusan yang betul

Bilakah penanggung insurans hayat mula menanggungg risiko pelanggan insurans hayat?
a) Apabila telah menerima bayaran premium pertama selepas surat penerimaan risiko
dikeluarkan
b) Apabila insurer telah menerima borang cadangan yang lengkap
c) Selepas pengunderait menilai dan menaksir maklumat yang terdapat dalam borang
cadangan
d) Selepas polisi dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada pemilik polisi

10. Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh bertenang atau tempoh percubaan?
a) Ia membolehkan pemegang polisi membatalkan polisi hayat selepas 15 hari perlindungan
percuma.
b) Ia membolehkan pemegang polisi mengembalikan polisi hayat dalam tempoh 15 hari dan
mendapat pengembalian penuh.
c) Ia membolehkan pemegang polisi menolak polisi hayat selepas 15 hari perlindungan
percuma.
d) Ia membolehkan pemegang polisi untuk membatalkan polisi hayatnya tidak lewat daripada
15 hari selepas tarikh penerimaan polisi.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

BAB 15

Tuntutan Insurans
Hayat

15.1 Pengenalan

Saat menentukan kebenaran dan penilaian mutu kerja insurer akan


mula teruji sebaik sahaja pemberitahuan tuntutan diterima, dan
apabila ejen insurans dan polisi yang dijual olehnya akan diuji,
untuk melihat sama ada khidmat yang diberikan menepati jangkaan
pelanggan. Pengendali tuntutan sepatutnya dapat menunjukkan
sikap keprihatinan dan simpati, terutamanya apabila mengendalikan
tuntutan kematian dan cuba untuk membuat proses tuntutan menjadi
lebih mudah dan seringkas yang mungkin.

Ketika mengemukakan tuntutan, pemilik polisi atau orang yang


menuntut hendaklah memastikan borang tuntutan diisi dengan
lengkap kerana kesempurnaan dokumen tuntutan dapat mengelakkan
kelewatan yang tidak perlu dalam proses tuntutan:

2.

1.

Mengisi dengan
lengkap borang tuntutan

Memberitahu ejen dan/


atau insurer

3.

Menghantar borang tuntutan


berserta dokumen sokongan

BAB
15

PROSES
TUNTUTAN

15.2 Jenis-jenis
Tuntutan



1. Kematian
2. Matang
3. Penyakit Kritikal
4. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
5. Lain-lain manfaat di bawah rider tambahan

TUNTUTAN INSURANS HAYAT

195


15.3 Tuntutan

Apabila menerima pemberitahuan tuntutan kematian, dan bergantung


kepada keadaan atau sebab kematian, insurer akan meminta pihak
yang menuntut untuk mengisi borang tuntutan dan menyediakan
dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan tersebut. Syarikat
insurans berhak untuk meminta dokumen dan maklumat lain yang
berkaitan jika diperlukan.

Dokumen tuntutan kematian termasuklah:


Dokumen polisi asal (jika hilang, sertakan akuan bersumpah
kehilangan dokumen)
Sijil kematian asal/salinan diakui sah
Permit pengkebumian asal/salinan diakui sah
Kad pengenalan orang menuntut
Bukti hubungan seperti sijil perkahwinan atau sijil kelahiran
Bukti umur seperti Kad Pengenalan atau sijil kelahiran.

Untuk kematian disebabkan kemalangan, dokumen yang


diperlukan:
Laporan polis
Laporan bedah siasat
Keratan akhbar, sekiranya berkenaan
Sijil kematian

Bagi orang yang hilang, surat andaian statutori kematian


hendaklah diperolehi daripada mahkamah, tujuh (7) tahun setelah
semua misi pencarian orang yang hilang itu ditamatkan.


15.3.1
Bayaran Manfaat

Kematian Pemilik
Polisi

Bayaran manfaat kematian tidak dianggap sebagai sebahagian


daripada harta pusaka simati, juga tidak tertakluk kepada hutang
mereka. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Jadual 10)
menyatakan peruntukan bagi pembayaran wang polisi di bawah
polisi hayat termasuk polisi hayat di bawah seksyen 23 Akta
Undang-Undang Sivil 1956, dan polisi kemalangan diri.

Kematian

BAB
15


15.3.2
Bayaran Manfaat


Kematian di Mana
Terdapat
Penamaan

15.3.3
Bayaran Manfaat

Kematian

di Mana Tidak

Terdapat Penamaan

196

Syarikat insurans akan membayar tuntutan mengikut arahan


penamaan apabila menerima suatu tuntutan daripada penama itu
bersama-sama dengan bukti kematian pemilik polisi. Penamaan
yang dibuat oleh pemilik polisi bukan berugama Islam akan
mewujudkan suatu amanah bagi faedah penama itu. Jika penama
adalah suami atau isterinya, anak atau ibu bapa, ini bermakna wang
polisi tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati atau
sebahagian dari hutangnya.
Sekiranya pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan,
insurer akan membayar wang polisi kepada wasi yang sah atau
pentadbir harta pusaka. Pada masa pembayaran wang polisi itu,
sekiranya tidak ada wasi yang sah atau pentadbir (kerana pemilik

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

polisi meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat), insurer


akan membayar wang polisi kepada pasangan si mati, anak atau
ibubapanya mengikut seksyen 6 Akta Pembahagian 1958.



15.3.4
Faedah Atas
Bayaran Lewat
Tuntutan Kematian


15.4 Tuntutan
Matang

Surat Kuasa atau Surat Pentadbiran atau Arahan


Pembahagian:
Surat kuasa atau surat pentadbiran adalah satu perintah mahkamah
yang menyatakan wakil yang berhak untuk berurusan dengan harta
pusaka si mati. Surat ini diperlukan jika pemilik polisi meninggal
dunia tanpa membuat penamaan atau tanpa meninggalkan wasiat,
dan tanpa suami atau isteri, anak atau ibu bapa sebagai bukti yang
mencukupi bahawa orang yang dinamakan adalah wasi yang sah
atau pentadbir harta pusaka yang kepadanya wang polisi akan
dibayar.
Berkenaan dengan polisi insurans hayat (dan kemalangan diri)
yang dikuatkuasakan oleh pemilik polisi atas hayatnya sendiri,
undang-undang memperuntukkan bahawa jika tuntutan kematian
tidak dibayar dalam tempoh 60 hari dari pemberitahuan tuntutan
itu, insurer hendaklah membayar suatu faedah kompaun minimum
pada kadar purata deposit tetap yang diguna pakai untuk tempoh dua
belas bulan (bank perdagangan), ditambah satu peratus atau apa-apa
kadar lain yang ditetapkan oleh Bank Negara, pada jumlah wang
polisi apabila tamatnya tempoh 60 hari sehingga tarikh pembayaran.

Insurans endowmen menyediakan manfaat kematian dan polisi


matang. Jumlah diinsuranskan akan dibayar jika insured masih
hidup sehingga akhir tempoh polisi atau tarikh matang. Insurer akan
memaklumkan kepada pemegang polisi mengenai tuntutan matang
yang akan dibayar dan meminta insured menyediakan dokumen
keterangan seperti bukti umur, kad pengenalan atau sijil kelahiran
untuk memproses tuntutan. Pemegang polisi akan menerima bayaran
tuntutan itu selepas menandatangani borang pelepasan liabiliti.

TUNTUTAN INSURANS HAYAT

197

BAB
15

Keutamaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013


(FSA):
FSA memperuntukkan bahawa sekiranya pemilik polisi meninggal
dunia tanpa membuat suatu penamaan atau wasiat dan tidak
mempunyai suami atau isteri, anak atau ibu bapa, wang polisi:
1) akan dibayar kepada waris yang sah tanpa surat kuasa atau
surat pentadbiran, sekiranya wang polisi tidak melebihi
RM100,000;
2) akan dibayar kepada waris yang sah seperti no 1 di atas, dan
bakinya dibayar kepada wasi atau pentadbir harta si mati,
sekiranya wang polisi melebihi RM100,000


15.5 Tuntutan

Insurans penyakit kritikal menyediakan bayaran tunai sekali gus


daripada jumlah yang diinsuranskan apabila didiagnosa salah satu
daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam
polisi hayat itu. Di Malaysia, definisi dan jenis penyakit kritikal
telah diselaraskan untuk meningkatkan kejelasan perlindungan
bagi pemegang polisi dan membandingkannya dengan polisi
yang dikeluarkan oleh insurer hayat yang berbeza. Pemilik polisi
dikehendaki mengemukakan laporan perubatan diagnosis penyakit
berkaitan dari doktor yang merawat bagi tujuan memproses
tuntutan.


15.6 Tuntutan

Hilang Upaya

Kekal dan
Menyeluruh

Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) boleh timbul


akibat sebab-sebab semula jadi seperti penyakit atau disebabkan
kemalangan. Selain borang tuntutan, dokumen-dokumen berikut
adalah penting untuk memproses tuntutan hilang upaya:
Borang tuntutan TPD yang lengkap diisi
Laporan Perubatan TPD
Dokumen polisi asal
Lain-lain laporan makmal/pemeriksaan dan keputusan siasatan,
jika berkenaan.

Walau bagaimanapun, sekiranya TPD berlaku disebabkan


kemalangan, dokumen yang diperlukan untuk memproses tuntutan
selain dari yang dinyatakan di atas termasuklah, salinan laporan
polis. Ia juga merupakan satu keperluan undang-undang untuk
membuat laporan polis sekiranya terlibat dalam kemalangan.


15.7 Tuntutan

Doktrin sebab hampiran biasanya digunakan dalam tuntutan


kemalangan diri (rider atau manfaat tambahan) untuk mengenalpasti
dan mengesahkan bahawa kemalangan tersebut merupakan sebab
hampiran yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya yang
dialami oleh insured, terutamanya jika terdapat lebih daripada satu
sebab yang berlaku serentak. Sebagai contoh, seseorang mengalami
serangan jantung ketika sedang memandu yang mengakibatkan
keretanya terbabas dan melanggar pokok dan pemandu meninggal
di tempat kejadian. Adakah kematiannya disebabkan kemalangan
atau sakit jantung?

Kecederaan akibat kemalangan bermaksud kecederaan anggota


badan yang dialami oleh insured hanya disebabkan kemalangan
semata-mata dan secara langsung dan bersifatkan keganasan
luaran serta nyata atau boleh dilihat. Insurer bergantung kepada
maklumat yang terdapat di dalam borang tuntutan, laporan polis dan
laporan post mortem/koroner untuk menentukan punca kematian
adalah kemalangan, sebagaimana yang ditakrifkan di dalam polisi.

Penyakit
Kritikal

BAB
15

Kemalangan
Diri

198

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Sekiranya terdapat sebarang keadaan yang mencurigakan yang


berkaitan dengan kemalangan itu, misalnya dakwaan bunuh diri,
syarikat insurans akan menjalankan siasatan lanjut ke atas tuntutan
itu atau mengambil pakar forensik untuk mengenalpasti punca
sebenar kematian.

Tuntutan

Peraturan telah menetapkan bahawa insurer dikehendaki


menyelenggara dan mengemaskini buku daftar tuntutan yang
berfungsi sebagai rekod rasmi tuntutan yang diberitahu dan
difailkan. Rekod tuntutan yang telah didaftarkan tidak boleh
dikeluarkan dari buku daftar insurer selagi tuntutan masih belum
jelas dan belum diselesaikan. Daftar tuntutan boleh disimpan sama
ada secara manual atau disimpan di dalam pangkalan data komputer
atau kedua-duanya.

BAB
15


15.8 Buku Daftar

TUNTUTAN INSURANS HAYAT

199

15.9 Soalan Penilaian Diri


1.

2.

3.

Tuntutan di bawah polisi insurans hayat terjadi disebabkan perkara-perkara berikut,


KECUALI:
a)

kematian insured.

b)

kematian waris.

c)

polisi matang.

d)

penyakit kritikal.

Dalam kes seseorang yang hilang tanpa dapat dikesan, berapa lamakah tempoh luput
masa yang diperlukan sebelum surat andaian statutori kematian boleh dikeluarkan oleh
pihak mahkamah?
a)

1 tahun

c) 5 tahun

b)

3 tahun

d) 7 tahun

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memproses tuntutan kematian?


I. Sijil kematian
II. Laporan bedah siasat
III. Andaian statutori kematian (orang yang hilang)
IV. Sijil pengkebumian

4.

5.

a)

I dan IV

c)

I, II dan IV

b)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

Manfaat kematian hendaklah dibayar dalam tempoh ____ hari dari tarikh penerimaan
notis pemberitahuan tuntutan; sekiranya tidak, faedah kompaun atas amaun tuntutan
akan dikenakan.
a)

15 hari

c) 60 hari

b)

30 hari

d) 7 hari

Apakah jenis tuntutan yang TIDAK dikendalikan oleh jabatan tuntutan insurans hayat?
I.

Tuntutan kematian

II.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

III. Tuntutan kematangan


BAB
15

IV. Diagnosa Penyakit Kritikal

200

V.

Rider Kemalangan Diri

a)

I, II, III dan IV

c) II dan V

b)

V sahaja

d) Tidak I, II, III, IV ataupun V

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

6.

Sebelum tuntutan matang di bawah insurans endowmen dibayar, insurer hayat


memerlukan bukti-bukti berikut, KECUALI
a) bukti umur orang yang diinsuranskan.
b) bukti kematian orang yang diinsuranskan.
c) identiti orang yang berhak kepada wang polisi itu.
d) bukti orang yang diinsuranskan masih hidup.

7.

Sekiranya terdapat penama di bawah polisi insurans hayat, siapakah yang akan menerima
wang polisi?
a)

Pemilik polisi

b)

Pasangan, anak atau ibubapa

c) Penama
d)
8.

Estet si mati

Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan


menyeluruh akibat kemalangan, KECUALI:
a) borang tuntutan yang lengkap diisi.
b)

salinan laporan polis yang diakui sah.

c) sijil perubatan oleh doktor yang merawat.


d) salinan diperakui sah bagi doktor berkelayakan yang merawat.
9.

Jika pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan, insurer akan membayar
wang polisi kepada
a) wasi yang sah atau pentadbir harta pusaka si mati.
b) pasangan pemilik polisi, anak atau ibu bapa.
c) penama.
d) waris/keluarga terdekat pemilik polisi.

10. Apakah dokumen yang TIDAK diperlukan mengikut konsesi di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013, untuk tuntutan kematian di bawah RM100,000 yang dibayar kepada
waris yang sah?
I.

bedah siasat atau laporan koroner

II. pemberian probet


III. sijil kematian

a)

I, II dan III

c) II dan IV

b)

I sahaja

d) I dan III

BAB
15

IV. surat kuasa mentadbir

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


TUNTUTAN INSURANS HAYAT

201

BAB 16

16.1 Pengenalan

Kod Amalan Ejen


Insurans Hayat
Sikap dan tingkah laku yang beretika sangat penting untuk
memelihara bukan sahaja amanah yang diberikan kerana urus niaga
insurans adalah bergantung kepadanya, tetapi juga kepercayaan
orang ramai dalam industri. Lebih-lebih lagi, insurans merupakan
produk tidak ketara dan pengguna bergantung kepada nasihat yang
betul dari pengantara tentang produk yang sesuai dengan keperluan
dan kemampuan individu.

Kod Etika
Jujur
Adil
Amanah

16.2 Kod Etika

Ejen insurans perlu mengamalkan perkara-perkara berikut:


1. elakkan konflik kepentingan
2. elakkan salah guna kedudukan
3. cegah salah guna maklumat
4. memastikan kesempurnaan dan ketepatan rekod berkaitan
5. memastikan kerahsiaan komunikasi dan transaksi
6. memastikan layanan yang adil dan saksama kepada semua
pemilik polisi
7. menjalankan urusniaga penuh percaya mutlak dan berintegriti

KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT

203

BAB
16

Kod Perlakuan
Akauntabiti
Bertanggungjawab
Profesional

16.3 Kod Amalan

Kod Amalan (Kod) berfungsi sebagai panduan untuk ejen insurans


hayat untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya
dan integriti, dan oleh itu, pengisytiharan pematuhan Kod perlu
ditandatangani oleh ejen insurans hayat berdaftar.

Kod ini meliputi cara ejen menangani aduan dari pemegang polisi
dengan meminta mereka bekerjasama dengan insurer mengumpulkan
fakta-fakta dan juga memberi khidmat nasihat mengenai hak dan
pilihan pemegang polisi untuk menyelesaikan masaalah dengan
syarikat insurans berkenaan. Insurer juga bertanggungjawab untuk
menguatkuasakan Kod dan menggunakan usaha terbaik untuk
memastikan wakil-wakil pemasaran mereka mematuhi peruntukan
Kod Amalan.

16.4 Penjualan
Insurans
Hayat

Apa yang ejen perlu lakukan:


a) membuat panggilan untuk mendapatkan temujanji dengan bakal
pelanggan dan pastikan panggilan telefon yang tidak dirancang
itu dibuat mengikut kesesuaian masa pelanggan;
b) memperkenalkan identiti diri dan syarikat insurans yang
diwakilinya dan berterus terang dengan pelanggan bahawa
tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan perkaraperkara berkaitan dengan keperluan insurans;
c) memastikan dengan sebaik mungkin bahawa polisi insurans
yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan
kemampuan bakal pemegang polisi;
d) memberi nasihat hanya mengenai isu berkaitan dengan insurans
yang ia mahir tentangnya dan dapatkan nasihat dari pakar rujuk
sekiranya perlu; dan
e) menganggap dan meyakinkan pelanggan bahawa semua
maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan insurans dan
pengeluaran polisi insurans semata-mata.

BAB
16

Apa yang ejen perlu elakkan:


f) memaklumkan kepada pelanggan yang namanya telah
dirujukkan oleh orang lain, kecuali ejen bersedia mendedahkan
identiti orang itu apabila pelanggan meminta untuk berbuat
demikian, dan orang itu memberi persetujuan yang identiti
dirinya boleh didedahkan;
g) membuat, mengeluarkan atau menyebabkan terkeluarnya
apa-apa kenyataan bertulis atau lisan yang mengelirukan atau
membuat kenyataan yang tidak adil atau berat sebelah dalam
membuat perbandingan terma dan syarat atau manfaat dalam
mana-mana polisi;
h) menghalang pelanggan dari menyatakan atau mendedahkan
fakta matan kepada insurer atau mendorong pelanggan untuk
tidak menyatakannya;

204

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

i)

16.6 Keperluan

Pendedahan

Peranan ejen adalah untuk menerangkan peruntukan-peruntukan


utama kontrak insurans, dan menarik perhatian pelanggan mengenai
batasan serta pengecualian polisi. Sekiranya perlu, dapatkan khidmat
nasihat pakar (pengunderait) untuk menjelaskan skop perlindungan,
terma dan syarat polisi (seperti yang disyorkan oleh ejen) untuk
memastikan bahawa pelanggan dilayan dengan adil dan memahami
produk yang dibeli. Penerangan juga meliputi apa-apa caj tambahan
kepada premium asas yang dikenakan, dengan memberitahu amaun
dan tujuan caj tambahan itu dikenakan.
Pengetahuan dan kenyataan yang dibuat oleh ejen insurans:
Ejen insurans yang mengurusniaga atau merundingkan sesuatu
kontrak insurans bagi maksud pembentukan kontrak adalah ejen
yang mewakili insurer, dan pengetahuan atau kenyataan yang
dibuat atau perlakuan yang ditunjukkan oleh ejen dianggap sebagai
pengetahuan, kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh syarikat
insurans.

Apabila ejen mempelawa mana-mana orang atau


individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk
menandatangani suatu kontrak insurans, ejen perlu
mendedahkan:
a) nama insurer berlesen,
b) hubungannya dengan insurer, dan
c) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.

a)
b)
c)
d)

Jika seseorang (pemilik polisi) menguruskan insurans


kumpulan untuk melindungi sekumpulan individu di mana
ia tidak mempunyai kepentingan boleh insurans, ejen perlu
mendedahkan kepada setiap orang yang diinsuranskan:
nama insurer,
hubungannya dengan insurer,
syarat-syarat polisi kumpulan, termasuklah imbuhan yang perlu
dibayar kepadanya, dan
premium yang dikenakan oleh insurer.

KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT

205

BAB
16


16.5 Menyediakan
Perlindungan
Insurans

memujuk pelanggan yang ingin mengambil insurans agar


membuat kenyataan palsu, salah nyata fakta matan atau
menghalang pelanggan yang ingin mengambil insurans
dari mendedahkan fakta matan atau mendorong pelanggan
menyembunyikan mana-mana fakta matan berhubung dengan
cadangan insurans.

Ejen insurans dilarang:


a) membuat kenyataan yang mengelirukan, palsu atau
memperdayakan sama ada dilakukan dengan niat untuk menipu
atau sebaliknya; atau
b) penipuan dengan niat untuk menyembunyikan sesuatu fakta
matan, atau menggunakan risalah atau ilustrasi jualan yang
tidak diluluskan oleh insurer dalam usaha memujuk seseorang
untuk terlibat, meminda atau memperbaharui kontrak insurans.

16.7 Aspek
Perakaunan
dan
Kewangan

Ejen hendaklah (jika dibenarkan) mengutip premium mengikut


syarat-syarat perlantikan agensinya iaitu:
i) menyelenggara buku akaun dengan sempurna bagi semua urus
niaga kewangan dengan pemegang polisi yang membabitkan
bayaran berkaitan dengan insurans (termasuk apa-apa wang
perlu dibayar kepada pemegang polisi apabila terdapat pindaan
atau diskaun yang dibenarkan oleh prinsipal);
ii) m engesahkan penerimaan (melainkan dibenarkan oleh
insurer, hendaklah bagi pihak dirinya sendiri) semua wang
yang diterima berkaitan dengan polisi insurans dan hendaklah
mengasingkan bayaran premium dari lain-lain bayaran yang
diterima; dan
iii) mendepositkan bayaran yang diterima ke akaun prinsipal,
sebagai mematuhi syarat dan keperluan perlantikan agensi.

16.8 Pemegang

Polisi Sedia Ada

Ejen hendaklah:
i) mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan dalam Kod Amalan
kerana Kod ini memainkan peranan penting ketika berurusan
dengan pemegang polisi sedia ada;

BAB
16

ii) dengan tujuan untuk mengekalkan perniagaan yang telah


diperolehi, berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan
semua pelanggan yang telah menjadi pemegang polisi dan
menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada pemegang
polisi yang mengemukakan tuntutan dan secara amnya perlu
memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan berhubung
dengan penyelesaian tuntutan.

206

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Insurer diharapkan tidak bertindak sewenang-wenangnya menolak


tuntutan terutamanya jika polisi tersebut telah berkuatkuasa untuk
tempoh lebih daripada dua (2) tahun, melainkan jika insurer boleh
menunjukkan bukti bahawa salah nyata atau tidak mendedahkan
fakta matan telah dilakukan dengan sengaja atau bertujuan untuk
menipu insurer dengan niat.
Ejen dikehendaki membantu pemilik polisi atau waris untuk
memberitahu insurer mengenai tuntutan, dalam tempoh yang
ditetapkan atau secepat yang mungkin. Pemberitahuan tuntutan
hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen sokongan yang
berkaitan untuk memastikan tuntutan diselesaikan tanpa kelengahan
yang tidak wajar.

BAB
16

16.9 Tuntutan

KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT

207

16.10 Soalan Penilaian Diri


1.

Yang manakah di antara berikut BUKAN prinsip asas Kod Etika ejen insurans?
a)

Untuk mengelakkan konflik kepentingan

b) Untuk mengelakkan penyalahgunaan kedudukan


c) Untuk menghalang penghantaran maklumat
d) Untuk memastikan kesempurnaan dan ketepatan rekod yang berkaitan
2.

3.

4.

Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai Kod Amalan Ejen
Insurans Hayat?
a) Ia menyediakan panduan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya mutlak
dan berintegriti.
b)

Ia menyediakan garis panduan tentang bagaimana untuk melaksanakan tugas harian


operasi perniagaan.

c)

Ia menyediakan panduan untuk membantu dalam penjualan dan pemasaran produk


insurans.

d)

Ia menyediakan panduan proses tuntutan.

Apabila ejen menjalankan tugas menjual insurans, ejen dilarang dari melakukan perkaraperkara berikut:
a)

Memastikan panggilan yang tidak dirancang/jangka dibuat pada masa yang bersesuaian

b)

Memaklumkan kepada pelanggan secara jelas bahawa tujuan perjumpaan ialah untuk
membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan insurans

c)

Memberi nasihat tentang insurans dan perkara-perkara lain seperti seorang pakar dengan
tujuan untuk mengagumkan dan menarik perhatian pelanggan

d)

Memastikan polisi yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan


kemampuan pelanggan

Apabila ejen mempelawa mana-mana individu untuk membuat tawaran atau cadangan
untuk terikat dengan suatu kontrak insurans, ejen perlu memberitahu;
I.

nama insurer berlesen.

II.

hubungannya dengan insurer berlesen.

III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.

BAB
16

IV. imbuhan yang perlu dibayar kepadanya.

208

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

5.

Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai ejen insurans?
a) Ejen menjalankan urusniaga atau merundingkan sesuatu kontrak insurans sebagai ejen
kepada insured berkenaan.
b) Ejen itu memberikan nasihat pakar mengenai perkara-perkara kewangan kepada bakal
pelanggannya.
c) Ejen meyakinkan pelanggan bahawa polisi insurans hayat adalah yang paling sesuai
dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.
d) Ejen mencadangkan polisi insurans hayat yang terbaik pada premium yang paling rendah
di pasaran.

7.

8.

Ejen insurans TIDAK dibenarkan


a)

memberitahu bakal pemegang polisi bahawa namanya diberikan oleh orang lain; melainkan
jika ejen bersedia untuk mendedahkan nama orang itu, diminta berbuat demikian oleh
bakal pemegang polisi dan orang itu memberi keizinan yang namanya boleh didedahkan.

b)

membuat, mengeluarkan atau menyebabkan tersebarnya kenyataan bertulis atau lisan


yang mengelirukan atau membuat perbandingan yang tidak adil atau atau berat sebelah
mengenai terma dan syarat atau manfaat mana-mana polisi insurans.

c)

menghalang bakal pemegang polisi menyatakan fakta matan kepada insurer atau memujuk
bakal pemegang polisi untuk tidak mendedahkan fakta.

d)

a, b dan c

Insurer tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menolak tuntutan jika polisi hayat itu
telah berkuatkuasa untuk tempoh lebih daripada dua tahun, kecuali:
a)

tidak ada kepentingan boleh insurans pada masa tuntutan.

b)

terdapat salah nyata umur pada permulaan polisi.

c)

terdapat bukti salah nyata, palsu atau penyembunyian.

d)

terdapat salah nyata yang tidak disengajakan ketika melengkapkan borang cadangan.

Sejauh manakah kuasa ejen dalam konteks mengutip wang/premium bagi pihak
prinsipalnya?
a)

Mengendalikan semua transaksi kewangan dengan bakal pemegang polisi dan


memberikan akaun hanya apabila diminta untuk berbuat demikian

b)

Akui penerimaan dan menyimpan akaun yang sepatutnya bagi semua wang yang diterima
berkaitan dengan polisi insurans

c)

Menyerahkan semua wang yang dikutip ke akaun bank insurer pada masa yang difikirkan
sesuai

d)

Menggunakan wang yang dikutip untuk kegunaan peribadi sehingga ke tarikh jatuh
bayaran untuk polisi-polisi berkenaan
BAB
16

6.

KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT

209

9.

Apakah isu-isu yang perlu diberitahu ke pengetahuan pelanggan dalam usaha untuk
menjelaskan peruntukan-peruntukan utama dalam kontrak insurans?
a)

Perlindungan asas yang disediakan oleh polisi

b) Pengecualian perlindungan, caj tambahan yang dikenakan dan tujuan caj tambahan
tersebut
c)

Tempoh bertenang di mana insured boleh membuat bantahan tentang mana-mana


peruntukan didalam polisi

d)

nombor telefon/alamat ejen jika perkhidmatan selepas jualan diperlukan oleh pelanggan

10. Ejen insurans diminta melaksanakan amalan yang dinyatakan di bawah, KECUALI
a)

menghalang dari berlakunya penyalahgunaan maklumat.

b)

memastikan borang cadangan lengkap diisi dengan tulisan tangannya sendiri.

c)

memastikan kerahsiaan dalam semua komunikasi dan transaksi.

d)

memastikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi.

JAWAPAN DIBERIKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

Jawapan kepada Soalan


Penilaian Diri
BAB 1
Jawapan: 1-a, 2-c, 3-c, 4-d, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-c, 10-c

BAB 2
Jawapan: 1-a, 2-b, 3-c, 4-c, 5-a, 6-b, 7-b, 8-c, 9-d, 10-c
BAB 3
Jawapan: 1-a, 2-b, 3-d, 4-c, 5-c, 6-b, 7-c, 8-d, 9-c, 10-b
BAB 4
Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-b, 5-b, 6-c, 7-d, 8-b, 9-b, 10-c
BAB 5
Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-a, 5-c, 6-d, 7-d, 8-c, 9-c, 10-b
BAB 6
Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-b, 6-b, 7-c, 8-b, 9-b, 10-d
BAB 7
Jawapan: 1-b, 2-b, 3-b, 4-b, 5-d, 6-c, 7-b, 8-d, 9-a, 10-c
BAB 8
Jawapan: 1-c, 2-d, 3-b, 4-b, 5-c, 6-a, 7-c, 8-b, 9-b, 10-c
BAB 9
Jawapan: 1-b, 2-b, 3-b, 4-d, 5-c, 6-c, 7-a, 8-b, 9-b, 10-d
BAB 10

JAWAPAN

Jawapan: 1-c, 2-b, 3-c, 4-b, 5-d, 6-b, 7-a, 8-b, 9-a, 10-d

JAWAPAN

211

BAB 11
Jawapan: 1-b, 2-a, 3-d, 4-b, 5-b, 6-b, 7-d, 8-d, 9-b, 10-d
BAB 12
Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-a, 6-c, 7-c, 8-a, 9-c, 10-d
BAB 13
Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-c, 5-d, 6-a, 7-b, 8-c, 9-d, 10-b
BAB 14
Jawapan: 1-a, 2-d, 3-b, 4-c, 5-c, 6-b, 7-a, 8-d, 9-a, 10-b
BAB 15
Jawapan: 1-b, 2-d, 3-d, 4-c, 5-d, 6-b, 7-c, 8-d, 9-a, 10-c
BAB 16

JAWAPAN

Jawapan: 1-c, 2-a, 3-c, 4-c, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-b, 10-b

212

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Indeks
Aduan, 3.5
unit aduan, 3.5.5
agensi, penamatan, 5.5
Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan
Anti-Pembiayaan Keganasan 2011, 3.7
Anti-Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan,
3.7.1
Ketekunan Wajar Pelanggan, 3.7.1
Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011, 3.8
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,
3.1.5, 3.1.6
tujuan (objektif), 3.1.6
Jadual 9, 2.2.6
peruntukan utama, 3.1.7
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,
3.1.5
tujuan (objektif), 3.1.6
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, 3.6
tujuh prinsip, 3.6.1
Akta Persaingan 2010, 3.8
Suruhanjaya Persaingan Malaysia, 3.8.1
Akta Syarikat 1965, 3.2
Peruntukan utama, 3.2.1

menolak pendaftaran atau pembatalan


pendaftaran, 10.11
pembangunan profesional berterusan, 10.16
pemberitahuan perubahan, 10.9
pendaftaran, 10.4
premium atau wang dikutip bagi pihak
prinsipal, 10.14
sijil dwi-tahunan, 10.7
sijil pendaftaran, 10.6
tempat perniagaan, 10.8

ejen, insurans hayat
aspek perakaunan dan kewangan, 16.7
keperluan pendedahan, 16.6
Kod Amalan, 16.3
Kod Etika, 16.2
menyediakan perlindungan insurans
hayat, 16.5
pemegang polisi sedia ada, 16.8
penjualan insurans hayat 16.4
tuntutan, 16.9
ejen, kuasa, 5.4
ejen, pengendalian perniagaan yang
dilarang, 5.7
fakta matan, 2.2.3

dokumen, insurans am, 8.10


ejen, insurans am
fungsi, 10.3
kelayakan masuk minimum, 10.5
keperluan pengekalan minimum, 10.12
Kod Amalan, 10.13
Konflik kepentingan 10.10

indemniti, 2.4
pengukuran, 2.4.1
insurans, 1.6
prinsip-prinsip asas, 2.1
fungsi, 1.7
pasaran, 1.11
perkara pokok, 2.3.3, 2. 3. 4
insurans barangan dalam transit, 7.4.4
insurans empunya rumah, 7.3.4
insurans gangguan perniagaan, 7.3.3
insurans harta, 7.3
Insurans hayat, pengkadaran premium
kos risiko, 13.2
premium kasar dan premium bersih, 13.5
premium insurans kumpulan, 13.6

INDEKS

213

INDEKS

bahaya, 1.3
bantahan terhadap polisi, 11.3
Biro Insurer Motor, 9.7
Biro Perantaraan Kewangan, 3.5.2
BNMLINK, 3.5.3
bon, 7.6.4
borang cadangan, 2.2.3

premium paras, 13.3


bebanan luar jangka, 13.5
insurans hayat kumpulan, 12.4
insurans isi rumah, 7.3.5
insurans jaminan kesetiaan, 7.6.3
Insurans kebakaran dan peril khusus,
7.3.1
insurans kejuruteraan, 7.7
polisi kejuruteraan tidak boleh
diperbaharui, 7.7.2
polisi kejuruteraan boleh diperbaharui,
7.7.1
insurans kemalangan diri, 7.6.1
insurans kemalangan pelbagai, 7.6
Insurans liabiliti, 7.5
insurans marin, 7.4
marin kargo, 7.4.2
marin badan kapal, 7.4.1
insurans motor, 7.2
insurans pecah masuk, 7.3.6
insurans penerbangan, 7.4.3
insurans perubatan dan kesihatan
berkelompok 6.6
penamatan secara automatik, 6.9
langkah-langkah kawalan kos, 6.7
peraturan, 6.4
pembaharuan, 6.8
jenis-jenis, 6.2
insurans penyakit kritikal, 12.3
insurans semua risiko, 7.3.2
insurans semula, 8.9
insurans wang, 7.6.2
kapasiti minor untuk menginsuranskan,
11.5
kepentingan boleh insurans, 2.3

kepentingan boleh insurans, insurans


hayat, 11.4

INDEKS

keperluan pendedahan, 2.2.1


keperluan pendedahan, insurans hayat,
11.10
kerugian, 1.3
kontrak sertaan dan bukan penyertaan,
12.6
kontrak tambahan, insurans hayat, 12.5

214

organisasi penjagaan kesihatan, 6.3


pembayaran wang polisi, 11.6
pengecualian cukai pendapatan individu
insurans hayat, 13.7
insurans perubatan dan kesihatan, 6.10
Pengkalan Data Berpusat untuk Membuat
Anggaran Kos Membaiki Kenderaan,
9.13
pengiraan premium, insurans kebakaran,
8.7
pengiraan premium , insurans motor, 8.6
pengunderaitan, insurans am
pertimbangan dan faktor pengkadaran, 8.8
garis panduan, 8.3
penetapan harga, 8.4
proses, 8.2
pengunderaitan, insurans hayat
menanggung risiko, 14.4
dokumen, 14.6
garis panduan, 14.3
pemilihan risiko, 14.2
peranan ejen, 14.5
penuh percaya mutlak, 2.2
pelanggaran penuh percaya, 2.2.4
remedi, 2.2.5
Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan
2013, 2.2.6
penyerahan hak, 2.3.5
pengecualian, 2.3.5
prosid polisi, 2.3.5
wang polisi, bayaran, 2.3.7
Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans
Am (GIARR), 10.2
pelanggaran, 10.18
siasatan mengenai aduan, 10.19
peril, 1.3
Perjanjian Langgar-sama-Langgar, 9.8
perlindungan kewangan pelanggan, 3.3.1
literasi dan pendidikan, 3.4
pertanyaan dan aduan, 3.5
perundangan insurans
peranan Bank Pusat, 3.1.3
perkembangan sejarah, 3.1.1
perubahan ekuiti, 3.1.2,

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Rangka kerja Modal Berasaskan Risiko,


3.1.4
risiko
pengkelasan, 1.2
kaedah menangani, 1.5
risiko boleh diinsuranskan, 1.9
pengurusan, 1.4
pengertian, 1.1
salah nyata umur, 11.2
sebab hampiran, 2.7
operasi punca tunggal, 2.7.1
sebab serentak, 2.7.2
sebab-sebab turutan, 2.7.3
serahan polisi hayat, 11.7
subrogasi, 2.5
bagaimana ia boleh timbul, 2.5.1
sumbangan, 2.6
keperluan sumbangan, 2.6.1
surplus, kaedah pengagihan, 12.7
takaful, 1.6
tanggungjawab ejen terhadap prinsipal, 5.2
tanggungjawab prinsipal terhadap ejen, 5.3
tiada bayaran premium, 11.18

tidak boleh tanding, 11.12


Tunai Sebelum Lindung, keperluan
pematuhan bagi polisi insurans motor,
10.15
tuntutan, insurans am
dokumen, 9.3
garis panduan, prosedur penyelesaian,
9.12
pengambilan semula, 9.5
penggunaan averaj, 9.6
pertikaian, 9.10
tindakan pasca penyelesaian, 9.11
penyelesaian, 9.4
proses, langkah-langkah, 9.2

tuntutan, insurans hayat
daftar tuntutan, 15.8
tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh,
15.6
tuntutan kemalangan diri, 15.7
tuntutan kematangan, 15.4
tuntutan kematian, 15.3
tuntutan penyakit kritikal, 15.5


Undang-undang Agensi, 5.1
Undang-undang Kontrak, 4.1
faktor-faktor penting, 4.2
kontrak batal, boleh batal dan
tidak boleh dikuatkuasakan, 4.3
pembentukan kontrak insurans, 4.2

INDEKS

215

INDEKS

tujuan, 3.1.6
undang-undang baru, 3.1.5
Polisi insurans hayat, jenis-jenis, 12.2
polisi insurans, sebahagian dari, 4.4

Untuk maklumat lanjut sila hubungi


Malaysian Insurance Institute (MII)
No 5, Jalan Sri Semantan Satu,
50490 Damansara Heights Kuala Lumpur
or go to www.insurance.com.my
IBU PEJABAT
No. 5 Jalan Sri Semantan Satu,
Damansara Heights, 50490
Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel : +603 20878882/8883
Faks : +603 20937885
Email : customercare@mii.org.my
Website : www.insurance.com.my

ISBN 978-983-2432-06-7

789832

432067

MII City Centre


6th Floor, Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel : +603 26928828
Fax : +603 26920898

You might also like