Bahasa Melayu Itu mesti dihormati Mesti disayangi, dan Mesti dihayati selalu Tanpa ragu mahupun segan silu Kerana bahasa Melayu Itu Bahasa kebangsaan kita Bahasa rasmi kita, dan Bahasa penyatu kita warga Malaysia Bahasa Melayu itu Harus dimartabatkan Harus diamalkan, dan Harus dimasyarakatkan Tanpa prejudis mahupun syak wasangka Kerana bahasa Melayu itu Bahasa pendidikan bangsa Bahasa persuratan bangsa, dan bahasa pembinaan Negara bangsa Malaysia Ayuh, sekalian warganegara Malaysia Yang dikota mahupun didesa Yang berkuasa mahupun rakyat jelata Yang berpangkat mahupun orang biasa Kita seia sekata Senada seirama Sehati sejiwa Memperkasa bahasa kebangsaan kita Demi Malaysia yang tercinta