You are on page 1of 2

Tarikh: 30 Oktober 2013

ENCIK MD GHANI BIN IBRAHIM


Pegawai Eksekutif Operasi
Yayasan Salam Malaysia
No. 22, Jalan 6/22
42600, Petaling Jaya
Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-7958 4021
Fax: 03-7958 4031
Tuan,
MEMOHON
PERSETUJUAN
KERJASAMA
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM

KOLABORASI

UNTUK

GERAN

Perkara di atas adalah dirujuk.


Selaras dengan saranan kerajaan untuk melestarikan ilmu dan pengetahuan daripada
dapatan penyelidikan institusi pengajian tinggi dengan orang ramai, Knowledge
Transfer Program telah diwujudkan untuk merealisasikan perkara tersebut. Projek
komuniti yang bakal dirancang jika permohonan geran ini diluluskan dijangka menjadi
platform pertukaran ilmu dan kemahiran antara pihak universiti/penyelidik dengan
yayasan Salam Malaysia/orang awam. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
mewujudkan geran yang boleh dipohon oleh pihak penyelidik untuk menjalankan
projek-projek komuniti yang bermanfaat kepada masyarakat.
Justeru, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon kerjasama pihak Yayasan Salam
Malaysia untuk berkolaborasi menjayakan projek komuniti tersebut. Untuk makluman
pihak tuan, belanjawan projek komuniti yang bakal dirancang boleh ditanggung
sepenuhnya oleh geran jika diluluskan. Pihak kami dengan rasa penuh berharap telah
memasukkan maklumat pihak tuan yang diperlukan untuk permohonan ini.
Dilampirkan bersama, borang permohonan geran Knowledge Transfer Program untuk
rujukan pihak tuan.
Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak tuan sudi memberi peluang kepada
kami untuk berkolaborasi dengan Yayasan Salam Malaysia dalam menganjurkan projek
komuniti yang memberi impak positif kepada institusi pengajian tinggi dan juga orang
awam. Segala respon dan cadangan daripada tuan saya dahului dengan jutaan terima
kasih.
Yang benar,

_________________________________
Prof. Madya Dr. Rahmah binti Mohamed

LAMPIRAN 1
Pensyarah
Fakulti Sains Gunaan
No. HP: 019-356 8847

You might also like