You are on page 1of 4

[Forwarded from Nota Aqidah Kita (ASWJ) - MSO D22]

HADIS JARIAH (hamba perempuan).



:
:

:
:





:

:





"Muawiyah ibn al-Hakam al-Salami berkata : Aku memiliki seorang hamba perempuan
yang mengembala kambing-kambingku di sekitar Uhud dan Jawwaniyah. Suatu hari ketika
aku menjengoknya, tiba-tiba seekor serigala telah melarikan seekor kambing daripada
gembalaannya. Aku sebagai seorang manusia menjadi marah sebagaimana manusia lainnya,
lalu aku menampar mukanya sekali. Kemudian aku mendatangi Nabi sollallahu alaihi wa
sallam dan baginda memandang serius perbuatanku yang sedemikian (menampar muka jariah
tersebut). Aku berkata, Wahai Rasulullah, apakah perlu aku merdekakan dia? Baginda
bersabda, Bawa dia ke mari! Maka aku bawa dia mengadap baginda. Baginda bertanya
kepadanya, Di mana Allah? Dia menjawab, Di langit. Nabi bertanya lagi; Siapa aku?,
jawabnya; Engkau Rasulullah. Maka Baginda bersabda, Merdekakan dia! Sesungguhnya
dia seorang mukminah.(Riwayat Muslim, no. 537).

Huraian Ulamak Berkaitan Hadis Jariah

1) Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, berkata:


: :

:
:






.
Hadis ini termasuk hadis-hadis sifat. Padanya ada dua aliran (penafsiran), telah disebut
berulang kali keterangan tentangnya dalam Kitab al-Iman iaitu,

Pertama : Beriman dengannya tanpa menelusuri maknanya beserta keyakinan bahawa Allah
Taala tiada sesuatu yang menyerupaiNya, dan menyucikanNya daripada sifat-sifat makhluk.

Kedua : mentakwilkannya dengan makna yang layak bagiNya.

Jalan yang kedua pula ialah mentakwilkan hadis tersebut dengan apa yang layak bagi Allah.
Maka sesiapa yang berpegang dengan jalan yang kedua ini, berpeganglah dia dengan
bahawasanya yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah Nabi sollallahu alaihi wa
sallam menguji jariah tersebut untuk mengetahui sama ada dia seorang ahli tauhid yang
mengakui Maha Pencipta, Maha Pentadbir dan Maha Pembuat adalah Allah semata-mata,
yang mana Dialah Tuhan yang apabila seseorang memohon kepadaNya maka dia menghadap
ke langit sebagaimana apabila seseorang bersolat dia menghadap kaabah, dan bukanlah
perlakuan sedemikian ini (menghadap ke langit ketika berdoa atau menghadap kaabah ketika
bersolat) menunjukkan bahawasanya Allah terbatas di langit sebagaimana juga tidaklah Dia
terbatas pada jihat (arah) kaabah (Allah tidak dibatasi oleh sebarang tempat kerana Dia Maha
Suci daripada segala tempat dan arah). Bahkan perbuatan menghadap ke langit itu adalah
kerana langit itu adalah kiblat orang yang berdoa sebagaimana kaabah itu kiblat bagi orang
yang bersolat. Atau jariah tadi ialah seorang penyembah segala berhala yang menyembah
berhala-berhala tersebut di hadapan mereka (di sisi atau bersama mereka di bumi), maka
tatkala dia menjawab: "Di langit," diketahuilah bahawasanya dia seorang ahli tauhid dan
bukannya seorang penyembah berhala (jika jariah tersebut seorang penyembah berhala,
nescaya dia tidak akan menjawab bahawa Allah Tuhannya di langit, tetapi dia akan
menunjukkan berhala yang disembahnya yang b

Alyasak, [06.12.15 11:13]


[Forwarded from Nota Aqidah Kita (ASWJ) - MSO D22]
erada bersamanya di bumi ini).(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz. 5, Hal. 33-34).

2) Qadhi Iyadh mengatakan:





Tiada perselisihan pendapat dalam kalangan kaum Muslimin, baik ahli fekah, ahli hadis, ahli
teologi, ahli fikir dan pengikut mereka bahawa zahir-zahir nas yang menyebut Allah di langit
seperti firman Allah: Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat
pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu? dan yang
seumpamanya itu tidak diertikan secara zahirnya.(Syarh Muslim, Muassisah Qurtubah, Juz.
5, Hal. 34).

3) Al-Hafiz Ibn al-Jauzi ketika mengomentari hadis jariah mengatakan :

:

.
Aku berkata, Telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Taala tidak diliputi oleh
langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru, akan tetapi hanya dikenaliNya dengan
isyarat hamba perempuan itu ke arah langit kerana pengagungan Zat Maha Pencipta.(Dafu
Syubhah, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 189).

4) Imam al-Subki dalam kitab al-Saif al-Soqil Fi al-Raddi ala Ibni Zafil mengatakan :

": :
" " : "

Aku berkata: Adapun ucapannya: Sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam kepada hamba
perempuan, Di mana Allah? dan jawabannya, Di langit. Ketahulilah bahawa para ulamak
sejak dahulu hingga sekarang telah banyak membicarakan berkenaan hadis tersebut.
Perbicaraan tentangnya sangat makruf, dan orang ini (Ibn Zafil) tidak menerimanya (dengan
berpendapat Allah berada di langit).(al-Saif al-Saqil Fi al-Raddi ala Ibni Zafil, Maktabah alAzhariyyah lil Turath, Hal. 82-83).

KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa hadis al-Jariah tersebut


tidak boleh ditafsirkan menurut makna zahirnya. Akan tetapi wajib diserahkan maksudnya
kepada Allah Taala tanpa menelusuri maknanya dengan mengiktiqadkan bahawa Allah Maha
Suci daripada mempunyai tempat dan arah (mazhab tafwidh). Atau menafsirkannya sesuai
dengan sifat yang layak bagi Allah Taala sebagaimana tafsiran sebahagian ulamak yang telah
kita kemukakan di atas.

Wallahu a'lam.

follow kami di:


https://telegram.me/aqidah_Islam

You might also like