You are on page 1of 10

PENGARUH ORGANISASI PEMBELAJARAN TERHADAP KOMITMEN

KUALITI PENGAJARAN GURU SEKOLAH BERAUTONOMI DI


MALAYSIA
Thilagavathy a/p Aramugam (thila_77@live.com)
Aziah Binti Ismail (aziah@usm.my)
Abdul Ghani Kanesan Abdullah (agk@usm.my)
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Abstrak: Pada masa kini organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru amat
penting dalam sekolah berautonomi seperti sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan organisasi pembelajaran dan
komitmen kualiti pengajaran dalam kalangan guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen
kualiti pengajaran guru di sekolah berkenaan. Data bagi kajian dikumpulkan dengan menggunakan
soal selidik kendiri berskala Likert yang diubah suai daripada instrumen Middle School Teacher
Survey (MSTS). Seramai 388 orang guru telah dipilih secara rawak daripada 43 buah Sekolah
Berprestasi Tinggi di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan organisasi
pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah berautonomi adalah tinggi. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti
pengajaran guru dengan pengalaman dan tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi.
Seterusnya analisis regrasi berganda pula menunjukkan bahawa terdapat pengaruh organisasi
pembelajaran secara signifikan terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berautonomi di
Malaysia. Kesimpulanya, para pengurus sekolah harus menjana dan memperkasakan organisasi
pembelajaran agar komitmen kualiti pengajaran guru dapat ditingkatkan secara berkesan di sekolahsekolah berautonomi.
Kata kunci : Organisasi pembelajaran, komitmen kualiti pengajaran guru, sekolah berautonomi

1.

Pengenalan

Struktur organisasi masa hadapan adalah berfokus kepada organisasi pembelajaran yang
dapat menjana dan meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Organisasi pembelajaran
dirujuk sebagai kumpulan manusia yang secara berterusan meningkatkan keupayaan mereka
untuk mencipta apa sahaja yang ingin dicipta (Peter Senge, 1990) dengan tujuan untuk
memperbaiki kecekapan dan pengubahsuaian bagi menghadapi perubahan semasa (Dodgson,
1993). Sehubungan itu, organisasi pembelajaran yang berterusan boleh digunakan sebagai
langkah untuk menghadapi perubahan dalam teknologi, meningkatkan produktiviti dan inovasi
(letak satu rujukan). Hal ini bermakna pembelajaran organisasi mampu menjadikan organisasi
bersifat fleksibel dan boleh berubah demi dan memenuhi tuntutan reformasi dunia pendidikan.
Sekolah sebagai sebuah organisasi memiliki komuniti profesional yang berpeluang untuk
belajar antara satu sama lain dan bekerja secara kolaboratif (Muijs & Harris, 2006). Pengetahuan
kumpulan ini sentiasa perlu dipertingkatkan dan diperbaharui agar lebih komited dalam
memainkan peranan sebagai golongan pendidik yang efektif (Abdul Rahim Abdul Rashid,
2000). Gandingan pendekatan kreatif dan inovatif dengan komitmen kualiti pengajaran
merupakan intipati pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Kekurangan nilai kreatif dan

inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan pelajar-pelajar berasa bosan dan
tidak berminat untuk belajar (Reyers, 1990).
Sehubungan itu, sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Malaysia harus memainkan peranan
sebagai organisasi pembelajaran yang sentiasa menggalakkan peningkatan pengetahuan secara
berterusan disamping menyuburkan budaya komitmen yang positif dan tinggi dalam kalangan
guru. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh organisasi pembelajaran
terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.
2.

Latar Belakang Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (2006-2010) untuk penambahbaikan dan memantapkan serta membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing seperti yang
diperlukan oleh masyarakat semasa. Usaha ini dapat dilihat dengan perlaksanaan sekolah kluster
yang menjadi pemangkin ke arah meningkatkan kualiti pendidikan dan seterusnya melonjakkan
kecemerlangan sistem pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara seperti
yang terdapat dalam teras keenam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) . Kesinambungan usaha ini terus diperkukuh dengan
usaha mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang merupakan salah satu sub Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan yang diperkenalkan pada 11 Julai 2009 oleh
YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2010). Beberapa keistimewaan autonomi telah diberikan kepada sekolah tersebut
seperti autonomi dalam aspek kewangan, pemilihan guru dan staf.
Pengwujudan sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster merupakan satu reformasi
dalam pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia. Sebenarnya, sekolah kluster adalah satu konsep
yang telah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia
dan New Zealand (Caldweld, 2005). Malahan, terdapat juga negara membangun di rantau Asia
Tenggara seperti Singpura, India, Negara Thai, Filipina dan Kemboja yang mewujudkan sekolah
kluster sebagai mekanisme untuk membangunkan sistem pendidikan mereka yang semakin
berkembang (Aziah Ismail, 2008).
Salah satu daripada aspek asas yang mendasari pelaksanaan sekolah kluster dan sekolah
berpretasi tinggi adalah sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS). Murphy (1997)
menyatakan bahawa Pengurusan Berasaskan Sekolah merupakan alat untuk pembaikan kualiti
pendidikan melalui desentralisasi dalam membuat keputusan di sekolah. Caldwell (2005) dan
Wohlsteter dan Mohtman (1996) menyatakan bahawa pengurusan berasaskan sekolah amat
berkait rapat dengan desentralisasi kuasa daripada pusat kepada sekolah kluster yang memberikan
sekolah berkenaan autonomi dalam membuat keputusan. PBS merupakan usaha untuk mengagih
autonomi dengan melakukan pemindahan kuasa daripada berpusat kepada sekolah bagi
menggantikan bentuk pengurusan birokrasi yang sedia ada.
Walaupun pelbagai perubahan dasar cuba dilakukan diperingkat pusat, namun Bernam dan
Mc Laughlin (1990) menegaskan bahawa nasib pelaksanaan perubahan tersebut adalah
bergantung kepada peluang guru dan pentadbir untuk belajar, dan menyelesaikan idea itu dalam
konteks setempat mereka. Tanpa peluang-peluang ini, inovasi akan pudar apabila sumber
kewangan berhenti dan tekanan penguatkuasaan tamat (Bernam & Mc Laughlin, 1990). Secara

tuntasnya, amalan perubahan mestilah datang dari dalam diri guru sendiri sebagai pelaksana dasar
pendidikan. Penyesuaian tentang perubahan dengan keadaan perlu dilakukan untuk pembelajaran
setempat, jika matlamat perubahan tersebut hendak dicapai. Hammond (1997) mengatakan
pembuat polisi mesti membina kapasiti guru supaya komitmen bekerja yang diperlukan akan
menghasilkan amalan baru yang mereka inginkan.
Oleh itu, adalah penting sekolah berprestasi tinggi bertindak sebagai organisasi
pembelajaran yang dapat mengajar semua ahli komunitinya memahami idea pendidikan secara
mendalam dan mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.
3.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh organisasi pembelajaran terhadap
peningkatan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berautonomi iaitu sekolah kluster dan
sekolah berprestasi tinggi. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti:-

4.

tahap amalan organisasi pembelajaran dan tahap komitmen kualiti pengajaran guru di
sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.

perbezaaan signifikan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru


berdasarkan pengalaman dan tempoh bertugas di sekolah-sekolah berautonomi di
Malaysia.

pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolahsekolah berautonomi di Malaysia.
Kepentingan Kajian

Kajian ini yang berkaitan dengan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran
dan yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa sebagai rangka rujuk, tabung fakta dan sumber
rujukan profesional kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pendidikan. Sehubungan itu
dapatan kajian harus membolehkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merangka dan
merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep dan amalan penglibatan
guru dalam organisasi pembelajaran, membuat keputusan, kualiti pengajaran amalan kepimpinan
dalam kalangan guru dan amalan pengurusan berasaskan sekolah di Malaysia.
Kajian ini juga merupakan satu penerokaan untuk mengenal pasti amalan dan budaya
organisasi pembelajaran tentang cara pemikiran, berkongsi wawasan dan maklumat belajar secara
berpasukan. Hasil dapatan ini boleh digunakan untuk memperbaiki pengurusan berasaskan
sekolah bagi memperoleh keyakinan guru terhadap pengurusan pengetua di sekolah sekolah
berautonomi. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan memberi pendedahan kepada
pengetua dan guru efektif bijak menggunakan autonomi yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah berprestasi tinggi.

5.

Metodologi Kajian

Kajian ini mengaplikasikan kaedah pungutan data secara kuantitatif. Pendekatan


kuantitatif sesuai dengan kajian yang melibatkan data untuk menunjukkan hubungkaitan dalam
satu tempoh masa tertentu tanpa manipulasi kepada keadaan sebenar (Jasson & Furnham, 2000;
Gay, Mills & Airasian, 2006). Kajian ini dijalankan terhadap 388 orang guru yang dipilih secara
rawak daripada 43 buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Sila lihat Jadual 1 tentang profil
responden kajian ini.
Majoriti responden merupakan responden perempuan iaitu 301 orang (77.6% )
berbanding responden lelaki seramai 87 orang (22.4%) . Mereka terdiri daripada bangsa Melayu
seramai 319 orang (82.2%), Cina seramai 51 orang (13.2%) dan India seramai 18 orang (4.6%).
Didapati 339 orang (87.4%) merupakan responden yang bersiswazah manakala 49 orang (12.6%)
responden bukan siswazah. Di samping itu, majoriti responden mempunyai pengalaman mengajar
5-10 tahun iaitu 116 orang (29.9%) diikuti dengan lebih 20 tahun mengajar iaitu 97 orang
(25.0%), 16-20 tahun mengajar iaitu 61 oarang (15.7%), 11-15 tahun mengajar iaitu 58 orang
(14.9%) dan kurang daripada 5 tahun mengajar iaitu 56 orang (14.4%). Manakala, majoriti
tempoh bertugas responden di sekolah semasa ialah di antara 2-10 tahun seramai 246 orang
(63.4%) diikuti dengan tempoh 11-15 tahun iaitu 58 orang (14.9%) , 16-20 tahun iaitu 42 orang
(10.8%), melebihi 20 tahun iaitu 23 orang (5.9%) dan kurang 2 tahun iaitu19 orang (4.9%).
Data bagi kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri berskala Likert
yang diubah suai daripada instrumen Middle School Teacher Survey (MSTS) untuk mengukur
variabel organisasi pembelajaran. Manakala, bagi mengukur variabel komitmen kualiti
pengajaran guru, instrumen yang telah diubahsuai oleh Anandan Kuppan (2010) daripada Wai
Yen Chan et al. (2008) dan Janssen (2000) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis
kebolehpercayaan instrumen untuk instrumen organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti
pengajaran masing-masing ialah sebanyak .97 dan .96.
Jadual 1 :
Varibel
Jantina
Lelaki
Perempuan
Bangsa
Melayu
Cina
India
Kategori Perkhidmatan
Siswazah
Bukan Siswazah
Pengalaman Mengajar Di Sekolah
Kurang daripada 5 tahun
5-10 tahun
11-15 tahun
16-20 tahun

Profil Responden
Kekerapan

Peratus

87
301

22.4
77.6

319
51
18

82.2
13.2
4.6

339
49

87.4
12.6

56
116
58
61

14.4
29.9
14.9
15.7

Lebih 20 tahun
Tempoh Bertugas di Sekolah Semasa
Kurang daripada 2 tahun
2-10 tahun
11-15 tahun
16-20 tahun
Lebih 21 tahun

6.

97

25.0

19
246
58
42
23

4.9
63.4
14.9
10.8
5.9

Dapatan Kajian

6.1. Tahap organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah
sekolah berautonomi di Malaysia.
Tahap organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru telah dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai dan dapatannya
dipaparkan dalam Jadual 2.
Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai
Variabel
Organisasi Pembelajaran(OB)
Ca Pemikiran Sistem
Cb-Perkongsian wawasan
Cc-Pembelajaran berpasukan
Cd Kecekapan diri
Komitmen Kualiti Pengajaran Guru
(COM)
Da- Komitmen Pengajaran dan
Pembelajaran
Db- Komitmen Inovasi Pengajaran

Min
4.08
4.00
4.09
4.16
4.09
4.17

Sisihan Piawai
0.47
0.53
0,54
0.49
0.53
0.46

4.16

0.49

4.13

0.49

Jadual 2 menunjukkan tahap amalan organisasi pembelajaran secara keseluruhan adalah


tinggi kerana memperolah skor min sebanyak 4.08. Namun demikian, dimensi pembelajaran
berpasukan (Cc) didapati memperoleh skor min yang lebih tinggi iaitu sebanyak 4.16 berbanding
dengan dimensi perkongsian wawasan (Cb) dan kecekapan diri (Cd) yang memperoleh skor min
sebanyak 4.09 sahaja. Manakala, dimensi pemikiran sistem dalam organisasi (Ca) pula
memperoleh skor min yang paling rendah iaitu 4.00. Dengan dapatan ini dapat dirumuskan
bahawa tahap organisasi pembelajaran menurut pandangan guru di sekolah-sekolah berautonomi
di Malaysia adalah tinggi.
Manakala, tahap min secara keseluruhannya bagi variabel komitmen kualiti pengajaran di
sekolah-sekolah berautonomi juga adalah tinggi iaitu 4.17. Komitmen pengajaran dan
pembelajaran guru (Da) mmepunyai skor min yang lebih tinggi iaitu 4.18 berbanding dengan

komitmen inovasi pengajaran guru (Db). Ini menunjukkan tahap komitmen kualiti pengajaran
guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi.
6.2.

Perbezaaan Organisasi Pembelajaran dan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru


Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh Bertugas di sekolah-sekolah
Berautonomi di Malaysia.
Perbezaan kedua-dua variabel ini telah dianalisis dengan menggunakan Analisis Varians
Sehala (ANOVA) dan dapatannya dipaparkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Dapatan Anova Sehala Perbezaan Organisasi Pembelajaran dan Komitmen


Kualiti Pengajaran Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh
Bertugas
Varibel

Pengalaman Mengajar

Tempoh Bertugas

Nilai F

Sig.

Nilai F

Sig.

Organisasi Pembelajaran

1.67

1.56

14.42

.00**

Komitmen Kualiti Pengajaran Guru

2.67

0.32

10.53

.00**

Nota: *p<.01.

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan
pengalaman mengajar guru. Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dalam komitmen kualiti pengajaran guru dan organisasi pembelajaran
berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di
Malaysia.
Seterusnya analisis lanjutan skor min perbandingan mendapati kumpulan guru yang
mempunyai pengalaman mengajar serta bertugas di sekolah berprestasi tinggi melebihi 16 tahun
menunjukkan komitmen kualiti serta organisasi pembelajaran yang lebih tinggi berbanding
dengan rakan guru yang lebih muda.
6.3.Pengaruh Organisasi Pembelajaran terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru
Jadual 4: Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard () untuk Organisasi
Pembelajaran Terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru
Varibel Bebas

Peramal
Ca Pemikiran Sistem

Varibel Bersandar: Komitmen Kualiti Pengajaran


Komitmen
Pengajaran Da ()

Komitmen Inovasi
Pengajaran Db()

. 22*

.09*

Cb-Perkongsian
wawasan
Cc-Pembelajaran
berpasukan
Cd Kecekapan diri
Nilai R
Nilai R2
Nilai R2 Terlaras
Nilai F

-.13

.03

.24*

.30*

.32**

.39**

.61
.37
.36
37.45**

.75
.56
.56
81.73**

Nota: *p<.05, **p<.01

Dapatan Jadual 4 menunjukkan bahawa organisasi pembelajaran menyumbang sebanyak


37 peratus perubahan varians dalam komitmen pengajaran dan pembelajaran guru (R2=.37,
p<.01). Sementara itu, dimensi organisasi pembelajaran pemikiran sistem-sistem dalam
organisasi (=.22, t=3.48, p<.05), pembelajaran berterusan (=.24, t=2.90, p>.05), dan kecekapan
diri (=.32,t=4.03, p<.01) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap
komitmen pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.
Sementara itu, tiga dimensi organisasi pembelajaran yang mempunyai pengaruh yang
signifikan dan positif terhadap inovasi pengajaran guru ialah pemikiran sistem-sistem dalam
organisasi (=.09,t=1.67, p<.05), pembelajaran berterusan (=.30,t=4.33, p>.01) dan kecekapan
diri (=.38,t=5.79, p<.01) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen inovasi
pengajaran guru.
Secara keseluruhannya dapatan ini menjelaskan bahawa apabila dimensi organisasi
pembelajaran pemikiran sistem-sistem dalam organisasi, pembelajaran berterusan dan kecekapan
kendiri ditingkatkan maka ia turut meningkatkan komitmen pengajaran dan pengajaran guru serta
komitmen inovasi pengajaran guru.
6.

Perbincangan Dapatan Kajian

Model pembelajaran organisasi mengandaikan kesan perubahan persekitaran dan


kewujudan halangan dalam organisasi yang tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini bermakna fungsi
sekolah menjadi lebih berkesan sekiranya sekolah boleh belajar cara untuk memperbaiki dan
beradaptasi dengan persekitarannya (Cheng,1996). Dengan kata lain, sekolah dan warga
kerjanya mesti belajar menghadapi perubahan dan mengurangkan rintangan dalaman (internal
hindrance). Senge semasa ditemu ramah oleh O Neil (ONeil, 1995), menjelaskan bahawa untuk
menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi yang boleh belajar, ciri-ciri berikut perlu diterap
dan dititik beratkan secara sedar:
a) Guru perlu bekerja secara kolektif atau berpasukan
b) Membentuk persekitaran yang boleh membantu guru membuat refleksi
c) Guru dan pentadbir perlu belajar bersama-sama
d) Mengurangkan jurang pelbagai kategori atau level dalam organisasi
e) Pengetua berperanan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan guru untuk terus
belajar.

Dapatan kajian menunjukkan tahap organisasi pembelajaran di sekolah-sekolah


berautonomi di Malaysia adalah tinggi. Ini menunjukkan guru-guru belajar secara berpasukan
untuk menambahkan pengetahuan pedagogi dari masa ke semasa. Selain pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru juga belajar menangani masalah berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran sekolah secara bersama-sama dengan pengetua dan staf sokongan sekolah. Guruguru berkemahiran memikirkan secara kolektif dan berupaya memperkembangkan
keintelektualan secara bersama-sama (Senge, 1990). Begitu juga dengan tahap komitmen kualiti
pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia juga adalah tinggi. Ini menunjukkan
guru-guru yang komited menghabiskan masa bersama-sama dengan murid-muridnya dan
melakukan tugas-tugas yang selari dengan matlamat sekolah-sekolah berautonomi.
Dapatan kajian juga telah menjelaskan terdapat perbezaan yang yang signifikan dalam
organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan pengalaman
mengajar tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Guru yang
mempunyai pengalaman melebihi 16 tahun adalah lebih komited berbanding guru yang muda
yang mengajar antara 5-10 tahun. Manakala, guru yang bertugas melebihi 15 tahun di sekolah
tersebut adalah lebih berkomited dan keinginan belajar adalah tinggi berbanding guru baru
mengajar di sekolah tersebut. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap komitmen terhadap
profesion semakin tinggi prestasi kerja guru. Malah dapatan kajian ini adalah selari dengan
dapatan kajian Abdul Shukur Shaari, Fauziah Yaakub dan Rosna Awang Hahim (2004) yang
pandangan bahawa pengalaman mengajar berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara
komitmen dengan prestasi kerja mengikut pencapaian pengajaran.
Seterusnya, tahap organisasi pembelajaran yang tinggi ini dapat meningkatkan komitmen
kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Guru akan menjadi rakan
kongsi sepenuhnya kepada tugas mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga dapat
memahami matlamat sekolah, dapat menyokong sekolah dan memimpin ibu bapa untuk memberi
sumbangan atau mengambil bahagian di sekolah. Keadaan ini amat bersesuaian dengan matlamat
sekolah dalam era baru yang diharap dapat menjadi organisasi pembelajaran untuk guru,
pelajar,ibu bapa serta menjadikan institusi pendidikan sebagai pusat inkuiri. Malah situasi
sedemikian bersesuaian dengan konsep sekolah berautonomi yang mengandaikan pelajar dan
guru boleh mereka-bentuk pembelajaran sendiri melalui penerokaan ilmu tanpa sempadan
batasan dan mereka juga diharap dapat berkongsi kepimpinan serta bertingkah laku secara
demokrasi. Tindakan ini akan mendorong meningkatkan komitmen kualiti pengajaran guru dan
pencapaian prestasi guru.
Kajian empirikal yang dijalankan di Malaysia oleh Sahban Muksan (1989) mendapati
penglibatan guru meningkatkan motivasi kerja, memperoleh idea-idea baru daripada pekerja dan
mengiringkan penentangan terhadap kaedah-kaedah atau proses baru yang ingin diperkenalkan
dalam organisasi. Penglibatan secara kolaboratif menyebabkan pekerja menjadi lebih komited
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama-sama pihak pentadbiran (Smylie &
Denny ,1990). Tang Keow Ngang dan Abdul Ghani Abdullah (2006) turut menegaskan bahawa
budaya organisasi dan komitmen guru merupakan pendorong kepada pelaksanaan pengurusan
kolaboratif.

Oleh itu, sekolah yang mempunyai komitmen guru yang tinggi akan menunjukkan
prestasi akademik dan prestasi kerja yang tinggi. Hal ini adalah peningkatan kadar komitmen
akan meningkatkan keberkesanan dan prestasi organisasi secara langsung. Dapatan tersebut selari
dengan kajian oleh Insim Park (2005) di Amerika terhadap 7 198 orang guru yang mendapati
semakin tinggi tahap komitmen guru dalam satu dimensi maka dimensi lain turut mempunyai
hubungan yang positif. Didapati hubungan yang tinggi terdapat dalam dimensi komitmen guru
terhadap sekolah dan profesion perguruan.
7.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tahap organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru di


sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi. Kajian juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang yang signifikan dalam organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran
guru berdasarkan pengalaman mengajar tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di
Malaysia. Selain itu, organisasi pembelajaran mempunyai pengaruh terhadap komitmen kualiti
pengajaran guru sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Tahap organisasi pembelajaran yang
tinggi dapat meningkatkan komitmen kualiti pengajaran guru. Oleh itu, sekolah-sekolah
berautonomi ini adalah reformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang mempunyai aspirasi
pendidikan untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan
berkualiti kepada semua pelajar di seluruh negara. Selain itu, sekolah ini juga dapat
meningkatkan pencapaian pelajar bagi membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga
kerja Malaysia sebagai negara membangun menjelang tahun 2020 dan memastikan pendidikan
berkualiti dapat di kecapi oleh semua bagi menambah baik taraf kehidupan penduduk Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Para pengurus sekolah ini juga hendaklah memainkan
peranan penting untuk menggalakkan warga organisasinya untuk belajar.
Rujukan
Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Tang Keow Ngang & Abdullah Sani Yahaya. (2005). Kesan
amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran pembelajaran terhadap
pertambahan beban dan persekitaran kerja guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan, 15 (1), 9-31.
Abdul Rahim Abdul Rashid. (2000). Wawasan dan agenda pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 14(1), 18-30.
Abdul Shukor Shaari, Noran Fauziah Yaakub. & Rosna Awang Hashim. (2004). Peranan
pengalaman mengajar dalam hubungan antara komitmen terhadap profesion dengan
prestasi kerja. IJMS II (Special Issue), 185-196.
Aziah Ismail (2008). Mereka bentuk kerangka pengurusan dan petunjuk pretasi
sekolah kluster di Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.

Caldwell, B. J. (2005). School-based managment: Internasional Academy of Education and


International Institute for Educational Planning UNESCO.Retrieved
http://unesco.org/iiep
Cheng, Y. C. (1996). School effectiveness and School -based Managment : A machanism for
development. London: Falmer Press.
Dodgson, M. (1993). "The organizational learning: a review of some literatures: Organizational
studies, Vol. 14 No. 3, 375-394.
Jasson, C. J., & Furnham, A. (2000). Designing and analyzing questionnaires and surveys. A
manual for health professionals and administrations. London: Whirr Publishers Ltd.
Insim Park. (2005). Teacher commitment and its effects on student achievement in American
High Schools. Educational Research and Evaluation, 1 (5), 401-485.
Linda Darling Hammond . (1997). The right to learn, . San Francisco: Jossey-Bass Publisters.
Kementerian Pelajaran Malaysia. ((2006a)). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010: Putrajaya: Kementerian pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Sekolah
http://www.moe.gov.my/sekolah berprestasi tinggi/

Berprestasi

Tinggi.

Retrieved

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Sekolah


http://www.moe.gov.my/sekolah berprestasi tinggi/

Berprestasi

Tinggi.

Retrieved

Kuppan Anandan. (2010). Pengaruh efikasi kendiri dan kolektif guru terhadap hubungan antara
kepemimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran. Tesis Ph. D,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Reyes,P.(1990).Workplace, commitment, performance and productivity organization
commitment of the teachers: Teacher and their Work. New Bury Park: Sage Publications.
Sahban Muksan. (1989). Hubungan guru dengan pengetua dalam proses pembuatan keputusan.
Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Senge, P. M. (1990). The fifth discipline: The art and pratice of the learning organization. New
York: Doubleday.
Smylie, M. A. (1996). From bureaucratic control to building human capital: The importance of
teacher learning in education reform. Educational Researcher, 25 (9), 9-11.
Wohlstetter, P. Mohtman., S.A. (1996). Assessment of school-based managment, U.S Dept.of
Education, from www.ed.gov/pubs/SER/SchBasedMgmt/index.htm.

You might also like