You are on page 1of 16

1.

0 PENDAHULUAN
Lubnan merupakan sebuah wilayah yang berpusat di Pergunungan Lubnan yang diduduki
oleh kebanyakan komuniti Kristian Maronite dan Druze. Pada tahun 1516, Lubnan akhirnya
ditakhluki oleh Sultan Selim I dari Empayar Turki Uthmaniyyah menyebabkan komuniti Sunni
dan Syiah mula bertambah. Kejatuhan empayar ini selepas Perang Dunia Pertama memberi
kesan yang sangat besar kepada dunia Islam apabila wilayah-wilayah di bawah pemerintah
Uthmaniyyah jatuh ke tangan Pihak Berikat. Deklarasi Balfour yang diisytiharkan oleh British
pada tahun yang sama menawarkan Palestin sebagai a national home kepada bangsa Yahudi. 1
Kuasa mandat mula diserahkan kepada kuasa-kuasa Berikat oleh Pertubuhan Liga Bangsa
misalnya Transjordan, Palestin dan Iraq diserahkan kepada British manakala Syria diserahkan
kepada Perancis. Perjanjian demi perjanjian mula diadakan di antara kuasa-kuasa Berikat
termasuklah Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang ditandatangani di antara British dan Perancis.
Menerusi perjanjian ini, Perancis mempunyai autoriti di Utara Iraq, Syria dan Lubnan manakala
autoriti British terletak di wilayah Iraq, Transjordan, Haifa dan Acre. Cengkaman Kuasa
Bersekutu ke atas wilayah dawlah Uthmaniyah dapat dilihat dengan jelas menerusi Persidangan
San Remo pada 25 April 1920 yang memutuskan kuasa mandat Perancis ke atas Syria dan
Lubnan dan British mendapat kuasa mandat ke atas Iraq dan Palestin 2
Penyerahan mandat Perancis ke atas Lubnan telah menyebabkan krisis di antara penganut
Kristian dan orang Islam yang sedia wujud semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah menjadi

1 Azmul Fahimi, Ermy Azziaty Rozali dan Kamaruzaman, Perang Dunia Pertama,
Deklarasi Balfour Dan Kesannya Terhadap Palestin, Disember28, 2011, (Diakses
pada April 30, 2015), 20.
2 Ibid., 24.
1

semakin hebat apatah lagi peranan Perancis sebagai Pelindung kepada Kristian Maronite
semakin menonjol pada saat ini. Pelbagai pembaharuan dilakukan oleh Perancis untuk
memastikan Lubnan terus menjadi role model mereka di Timur Tengah yang memberi kesan
yang sangat ketara selepas kemerdekaan Lubnan. Namun ternyata, pentadbiran Perancis di
Lubnan menyebabkan krisis antara penganut Kristian dan Islam semakin berlarutan yang
akhirnya mencetuskan Perang Saudara yang pertama pada tahun 1958.
2.0

PERISTIWA-PERISTIWA

BERLAKUNYA

KEKACAUAN

DAN

PERANG

SAUDARA DI LUBNAN SEJAK 1943


Penyerahan Lubnan kepada Perancis dapat diibaratkan bagaikan orang mengantuk
disorongkan bantal. Hal ini kerana pengaruh Perancis di Lubnan disebarkan supaya Lubnan
kekal menjadi tapak semula jadi Perancis di Timur Tengah. Apabila Greater Lebanon dibentuk
oleh Perancis pada tahun 1920, sebahagian wilayah Syria telah disatukan bersama wilayah Islam
di Beirut, Tripoli, Sidon dan selatan Lubnan. Hal ini menyebabkan kelompok Kristian menjadi
minoriti yang terbesar di Lubnan kerana pertambahan penduduk Islam. Pada tahun 1922, Liga
Bangsa-Bangsa mengesahkan mandat Perancis ke atas dua wilayah ini dengan meletakkan
kedua-duanya di bawah satu kesatuan politik tetapi melalui visi pentadbiran wilayah terpisah.
Penyerahan Lubnan kepada Perancis telah melakarkan dua peristiwa perang yang penting pada
era tersebut. Penguasaan Perancis ke atas Lubnan menyebabkan Perancis cuba menawan
penganut Kristian dengan meletakkan orang Kristian di tempat teratas dalam setiap aspek

terutamanya dalam pentadbiran. Hal ini dapat dilihat apabila majoriti ahli-ahli dalam pentadbiran
Majlis Pentadbiran Pusat (Majelis)3 terdiri dari ramai penganut agama Kristian.4
Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku tekanan dari British dan perluasan pengaruh
nasionalisme Arab yang menyebabkan Perancis memberi kemerdekaan kepada Lubnan. Hal ini
menyebabkan Perancis yang ketika itu di bawah pengaruh Jeneral De Gaulle menganjurkan
sebuah pilihanraya bebas yang pertama pada tahun 1943 yang menyaksikan kekalahan caloncalon yang disokong oleh Perancis. Namun akhirnya, Bishara al-Khoury telah dipilih menjadi
Presiden Lubnan yang pertama selepas kemerdekaan diisytiharkan. Menurut Almula Turedi,
The first Lebanese president after independence was Bishara al-Khoury, elected
in the summer of 1943. Khoury was Maronite and had good relations with the
Sunni Muslim Community, including the renowned Sidon-Beirut based Sulh
family. Riad Sulh was choosen by Khoury to be his first Prime Minister, and he
had proposed a new Christian-Muslim governing formula in 1942.5
Pada ketika ini, satu persetujuan diwujudkan iaitu The National Pact 1943 yang menjadi
perlembagaan penting kepada Lubnan. Perjanjian ini telah memberikan keistimewaan kepada
Kristian Maronite apabila nisbah kerusi Maronite di parlimen adalah sangat tinggi berbanding
orang Islam. Krisis dan kekacauan semakin berlarutan apabila pada tahun 1956, Mesir telah
menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada Camille Chamoun, Presiden Lubnan ketika itu
3 Pentadbiran Majelis telah diwujudkan semenjak Lubnan berada di bawah
pemerintahan Turki Uthmaniyyah lagi iaitu pada 1861 sebagai langkah
menyelesaikan krisis antara Islam dan Kristian tetapi Perancis telah membuat
perubahan ke atas Majelis dengan menggantikannya kepada Suruhanjaya
Pentadbiran setelah Lubnan berada di bawah pengaruhnya.
4 Pentadbiran Majelis di bawah pentadbiran Perancis terdiri dari 6 Maronites, 3
Greek Ortodoks, 2 Sunni, 2 Syiah, 1 Druze dan 1 Greek Katholik.
5 Almula Turedi, Lebanon: At The Edge Of Another Civil War http://sam.gov.tr/wpcontent/uploads/2012/02/AlmulaTuredi.pdf (Diakses pada April 30, 2015), 23.
3

kerana mengadakan hubungan diplomatik6 dengan kuasa-kuasa Barat malah keakraban Chamoun
dapat dilihat dalam pakatan Baghdad. Hal ini menyebabkan Presiden Mesir iaitu Jamal Abdul
Nasser merasa marah kerana menganggap ia sebagai satu ancaman kepada nasionalisme Arab.
Akibatnya, Mesir telah bersatu bersama Syria membentuk Republik Arab Bersatu (UAR) malah
menyokong Perdana Menteri Lubnan iaitu Rashid Karami, iaitu seorang Muslim Sunni.
Pada 13 April 1975, sebuah bas yang dinaiki oleh orang Palestin dan Lubnan telah diserang oleh
kumpulan militan Kristian iaitu Phalangist di Ain al-Rumamah, Beirut yang menyebabkan
konflik di antara pejuang Palestin iaitu Pergerakan Pertahanan Palestin (PRM) dan kumpulan
Phalangist bermula. Konflik ini berlarutan apabila pada 16 September 1982, pasukan ketenteraan
Palestin telah menyerang kem pelarian Palestin di selatan Lubnan yang menyebabkan berlakunya
peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila. Serangan dan kekejaman oleh Tentera Pertahanan
Israel (IDF) ini telah menyebabkan banyak nyawa terkorban yang terdiri dari kalangan Muslim
dari Palestin, Lubnan, Iran, Syria, Pakistan dan Algeria.
Pada tahun 1988, Presiden Amine Gemayel telah melucutkan jawatan Perdana Menteri
ketika itu, Selim al-Hoss dan menggantikannya dengan Michael Aoun. Tindakan Gemayel
mencetuskan bantahan kerana ia telah mencabul kontrak sosial pada tahun 1943. Hal ini akhirnya
mencetuskan Perang Pembebasan Lubnan yang melibatkan kelompok Islam di bawah pimpinan
Selim al-Hoss dengan sokongan Syria menentang kelompok Kristian di bawah Jeneral Aoun
yang disokong oleh Saddam Hussein.

6 Chamoun telah membuat hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat yang


menyerang Mesir ketika berlakunya Krisis Suez.
4

3.0 FAKTOR-FAKTOR KEPADA KEKACAUAN DAN PERANG SAUDARA DI


LUBNAN SEJAK TAHUN 1943
3.1 Gerakan Pelampau Kristian Dalam Menuntut Status Quo
Kedatangan Perancis ke wilayah Lubnan pada tahun 1920 sememangnya membuka
peluang yang besar kepada penganut agama Kristian di Lubnan. Hal ini kerana, dasar Perancis
yang sentiasa mengutamakan kepentingan mereka dalam segala hal menyebabkan status-quo
mereka sentiasa dilindungi. Namun demikian, selepas pengunduran Perancis, bibit-bibit
permusuhan dan kebencian kembali mekar dalam kalangan mereka apabila populasi masyarakat
Muslim mula bertambah. Hal ini memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan
mereka akan tergugat sekiranya keadaan ini berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, penganut
Kristian yang terdiri daripada kumpulan Maronite (Katholik) dan Melchite (Ortodoks) mula
mengamalkan dasar pro-Barat. Permusuhan oleh komuniti Maronite ini berlaku kerana,
Some, predominantly Christian Maronites, conceive of Lebanon as an
independent, separate, sovereign, complete, and eternal entity. For them,
however, Lebanon is a national home for the Christians in the sense that their
loyalty is mostly to the area of Mount Lebanon and not to the rest of the country,
5

and in the sense that they insist on the sectarian system that guerantees their
dominance.7
Perang Saudara pada tahun 1958 ini juga menyaksikan perebutan status quo oleh
penganut agama Kristian. Penolakan persetujuan pada tahun 1943 oleh orang Islam serta
wujudnya pelbagai kumpulan ideologi seperti nasionalisme Arab, komunisme dan perubahanperubahan terhadap sosial dan ekonomi menyebabkan penganut Kristian merasa tercabar.
Cabaran luaran yang turut mereka hadapi ialah tekanan luar seperti Mesir, Syria dan Soviet
Union yang cuba untuk mempengaruhi politik Lubnan. Tekanan demi tekanan yang dihadapi
menyebabkan Perang Saudara yang bermula pada tahun 1958 akhirnya meletus.
Tension mounted after the formation of the United Arab Republic in in February
1958, and a civil war broke out between Chamouns supporters and his
opponents, most of whom were Muslims. This conflict mainly involved Phalangist
militias and the Lebanese Syrian Nationalist Party (a radical party advocating a
united Greater Syria, but acting at that time to defend the Lebanese entity against
the onslaught of Pan-Arabism).8
Dalam masa yang sama, Perancis juga tidak mahu orang Islam menguasai Lubnan menyebabkan
Perancis meninggalkan Lubnan dalam kekuasaan komuniti Kristian. Kekacauan mula berlaku
apabila orang Islam semakin bertambah di Lubnan akibat penghijrahan penduduk Palestin ke
Lubnan.9Bibit kebencian penganut Kristian mula memuncak sehingga menyebabkan berlaku
gerakan ketenteraan untuk mendominasi politik Lubnan termasuklah dengan melakukan korupsi
dalam politik. Misalnya korupsi oleh Chamoun dalam pilihanraya 1958 telah menyebabkan
7 Lewis W. Snider dan P. Edward Haley, eds., Lebanon in Crisis: Participants and Issues (New
York: Syracuse University Press, 1979).

8 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985 (London: Cornell University
Press, 1985), 28.
9 Apabila British menubuhkan National Home di Palestin, ramai penduduk Palestin
terpaksa keluar dari Palestin dan berhijrah ke tempat lain terutamanya ke Lubnan
dan Jordan disebabkan berlaku penindasan oleh Zionis.
6

berlaku peperangan di antara komuniti Kristian di bawah pimpinan Fuad Shihab dan komuniti
Muslim. Di bawah slogan no victors and no vanquished, komuniti Kristian mahu agar statusquo mereka dikembalikan.
Pada 13 April 1975, gerakan Phalangist telah menyerang bas yang dinaiki oleh penduduk
Palestin yang mengakibatkan 27 orang penganut agama Kristian terkorban. Serangan yang
dilakukan ini menyebabkan pejuang Palestin mula bangkit. Hal ini dikupas oleh Itamar
Rabinovich,
An armed clash between radical Palestinians and the Phalange militia in the
Beirut quarter of Ayn al-Rumani opened this phase. The fighting between the
Phalanges (who were joined later by the militia of the National Liberals) and the
Palestinians, who have since been identified mostly as members of the Popular
Front for the Liberation of Palestine, continued despite various mediation efforts
and cease-fire agreements.10
Malah, keganasan oleh penganut agama Kristian ini juga disebabkan oleh rasa dendam
apabila status quo mereka telah diancam melalui Constitutional Document 1976 yang menarik
semula keistimewaan kelompok Kristian Maronite dalam politik apabila kedudukan
sosioekonomi cuba dibahagikan secara seimbang antara agama di Lubnan. Hal ini disebutkan
dalam tulisan Farid El-Khazen,
The Constitutional Document was a convenient balancing act. It stipulated a
more balanced confessional representation in government office and provided a
middle ground formula to contain the internal dimension of conflict. It addressed
Muslim grievances though without undermining the confessional foundations of
the political system. One such grievance was Lebanons Arabism.11

10 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985, 43.


11 Farid El-Khazen, The Breakdown of the State in Lebanon, 1967-1976 (UK: I.B Tauris & Co
Ltd, 2000), 329.

Walaupun pada luarannya, dokumen ini dipersetujui dan disokong oleh pemimpin Muslim dan
Kristian, namun sebenarnya hakikatnya mereka saling menentang antara satu sama lain.

3.2 Kewujudan Politik Perkauman Di Lubnan


Krisis yang berpunca di Lubnan juga tercetus akibat sistem politik yang membahagibahagikan kuasa pentadbiran mengikut agama masing-masing. Permusuhan antara Kristian dan
Islam yang telah sedia wujud semenjak Lubnan di bawah pemerintahan Turki Utmaniyyah
menjadi semakin dasyat dengan keadaan politik yang dicipta oleh Perancis selepas Perang Dunia
Pertama. Hal ini berlaku apabila komuniti Kristian terutamanya Maronite mendapat tempat yang
khusus berbanding komuniti Druze dan penganut agama Islam. Dasar pecah dan perintah oleh
Perancis sangat jelas menjadi penyebab utama kepada kekacauan di Lubnan. Hal ini
menyebabkan setiap kelompok saling mempertahankan kedudukan masing-masing dan saling

menentang terutamanya di antara kelompok Kristian dan orang Islam, Melchite dengan Druze
atau Syiah dengan Sunni.
The National Pact 1943 yang menjadi perlembagaan penting dalam politik di Lubnan
jelas memberikan kedudukan istimewa kepada komuniti Maronite semata-mata. Sistem ini telah
meletakkan orang Maronite sahaja sebagai sebagai Presiden, Muslim Sunni sebagai Perdana
Menteri dan Muslim Syiah sebagai Sidang Suara Parlimen Meskipun komuniti lain turut terlibat
dalam Parlimen namun pengkhususan terhadap jawatan Presiden kepada komuniti Maronite
semata-mata dapat dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi. Hal ini kerana Presiden diberikan
kuasa penuh untuk melantik/memecat Perdana Menteri, malah boleh membubarkan parlimen.
Sistem ratio politik iaitu 6 orang Kristian bagi setiap 5 orang Muslim ini kekal sehingga tahun
1977. Ketidakseimbangan sistem ini telah menyebabkan politik di Lubnan menjadi tidak stabil
dan mencetuskan krisis di antara kedua-dua agama majoriti tersebut.
The 1943 arrangement permitted Lebanons confessional groups to coexist, but
that system also kept them apart by legitimizing sectarian differences. While the
various sects meant geographic seperation, regional inequalities had secterian
dimensions. For example, the Shii community has been the poorest because it
was concentrated in southern Lebanon, the most underdeveloped part of the
country.12
Malah, sistem politik yang korup turut berlaku ketika ini turut menyumbang kepada Perang
Saudara. Chamoun misalnya telah menggunakan tipu helah ketika pilihanraya diadakan untuk
terus berkuasa. Itamar Rabinovich mengatakan bahawa,
The problem was futher compounded by Chamouns decision to modify the
constitution to enable his reelection for a second consecutive term. Some
Christian and Muslim politicians opposed this, and during the 1957 elections
Chamoun sought to exclude them from the new parliament.13
3.3 Berlakunya Penghijrahan Oleh Orang Palestin Ke Lubnan
12 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985, 35.
9

Selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948, penduduk Palestin telah diusir oleh
Zionis secara paksaan yang menyebabkan seramai 800,000 penduduk Palestin terpaksa menjadi
pelarian. Dari jumlah tersebut, seramai 140,000 orang Palestin terpaksa memasuki wilayah
Lubnan malah jumlah ini meningkat kepada 350, 000 pada tahun 1970. Kedatangan pelarian
Palestin ke selatan Lubnan menyebabkan keadaan di Lubnan menjadi tidak selamat apabila
terdapat beberapa pejuang gerila Palestin yang bersenjata bertindak membina kubu di selatan
Lubnan. Kubu-kubu ini dijadikan tempat untuk menyerang askar-askar Israel. Graston
mengatakan bahawa,
The PLO and other Palestinian militias began to train within Lebanon,
occasionally attacking Israel across the Lebanese boarder. The increased activity
of the Palestinians within Lebanon brought Israeli reprisals. Some Lebanese
leaders, primarily Maronite, charged that Palestinian commando activity within
Lebanon was a liability to state sovereignty. The Maronite and Palestinian
communities were suspicious of each others power base.14
Perang saudara yang berlaku ini digambarkan sebagai,
Through the Civil War, the characteristic tactic were urban guerrilla, raids, or
shooting attacks on isolated rural settlements and ambushes on the opponents
transportation lines. No territory could be gained-even temporarily, and decisive
determination of an outcome of hostilities was impossible. Lacking proper
military objectives, the antagonists carried out their attacks on non-combatant
targets, subjecting civilians to deprivation, intimidation, and harrasement.
Consequently, the weaker, less cohesive and backward Palestinian society
collapsed under a not-overly-heavy strain. An increasing flow of refugees to the
heart of of Arab-populated areas and into adjacent countries underscore the
defeat.15

13 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985, 28.


14 David Grafton, The Christians of Lebanon: Political Rights in Islamic Law (New York: Tauris
Academic Studies, 2003), 137.

15 J. Ginat, Edward dan Joseph Perkins, The Palestinian Refugees: Old Problems--new
Solutions (UK: Sussex Academic Press, 2001), 20.

10

Penyerangan gerila juga dilakukan ke atas Israel pada 12 May 1968 oleh Pasukan Militan
Palestin (PLA) di bawah naungan Organisasi Pembebasan Palestin (PLO). Hal ini menyebabkan
keadaan di Lubnan menjadi kian parah apabila kawasan Lubnan dijadikan proksi kepada konflik
Arab-Israel. Konflik di antara Arab dan Israel ini secara tidak langsung telah menyalakan Perang
Saudara di Lubnan pada April 1975 malah menyebabkan usaha Amerika untuk mewujudkan
kedamaian di antara Arab dan Israel tidak tercapai. Malah, keadaan ini diperhebatkan lagi
dengan berlakunya revolusi minyak Timur Tengah pada tahun 1972-1974.
Pertembungan tuntutan ke atas Tanah Palestin berdasarkan sejarah lampau kedua-dua bangsa
sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya Yahudi sanggup mengembalikan Tanah Palestin yang
dirampas pada tahun 1967 memandangkan rakyat Palestin sanggup beralah dan hanya meminta
Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sebagai negara mereka. 16 Kebangkitan demi kebangkitan
rakyat Palestin masih belum berjaya menghalau golongan Yahudi dan Zionis keluar dari Palestin.
Peperangan yang berlaku adalah dalam bentuk yang tidak seimbang antara kedua belah pihak.
Kelebihan dilihat memihak kepada Zionis yang disokong kuasa besar dunia. 17Hal yang sama
juga berlaku di Lubnan apabila kelompok Kristian di Lubnan telah bekerjasama untuk
menghapuskan pelarian Palestin yang menyebabkan kematian beribu-ribu nyawa umat Islam
yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak.
3.4 Campur Tangan Syria Di Lubnan

16 Palestin Sebelum Intifadah, http://studentsrepo.um.edu.my/2821/2/BAB1.pdf


(Diakses pada Mei 5, 2015), 20.
17 Azmul Fahimi, Ermy Azziaty Rozali dan Kamaruzaman, Perang Dunia Pertama,
Deklarasi Balfour Dan Kesannya Terhadap Palestin, 35.
11

Syria merupakan sebuah negara yang merdeka namun mengalami tekanan apabila
sebahagian wilayahnya disatukan ke Lubnan untuk membentuk Republik Lubnan ketika era
mandat Perancis. Lubnan pada asalnya merupakan sebahagian daripada wilayah Syria namun
telah dipisahkan oleh Perancis untuk pembentukan Lubnan moden. Hal ini menyebabkan Syria
menganggap wilayah yang dimasukkan ke Lubnan adalah tidak sah. Krisis yang berlaku ini
menyebabkan Syria sentiasa cuba untuk mencampuri urusan di Lubnan dengan alasan untuk
mewujudkan keamanan di Syria namun Syria sebenarnya mahu mempengaruhi politik Lubnan.
..the Syrian have always believed that Lebanon and Syria are integral parts of
Greater Syria, and that the devisions between two countries were artificially
created by the French to serve their own colonial interest.18
Tahun 1974-1975 ini telah menonjolkan Presiden Syria iaitu Hafez al-Assad sebagai faktor
luaran yang mencetuskan pertelingkahan di Lubnan. Hal ini kerana beliau cuba menawarkan
kedamaian di antara komuniti Kristian dan Islam dengan menyeimbangkan kuasa di antara
kedua-duanya dalam politik. Di samping itu, Syria lebih rela bekerjasama dengan mana-mana
pihak untuk memastikan matlamatnya tercapai. Misalnya, Syria telah bekerjasama dengan Parti
Phalangist untuk menentang PLO. Kerjasama ini dapat dilihat dalam tulisan Itamar Rabinovich,
Syria had already had comfortable, even intimate, working relations with
several Maronite leaders. A dialogue had developed between the Syrian Bathi
regime and the Phalanges, mainly through Karim Pakradouni, a lawyer of
Armenian descent."19
Namun ternyata, campur tangan Syria di Lubnan bukanlah keputusan yang baik
sebagaimana yang dipaparkan oleh Turedi,

18 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985, 51.

19 Itamar Rabinovich, The War For Lebanon 1970-1985, 51.


12

Moreover, after the civil war erupted in Lebanon in 1975, motivated by the
common belief that Syria and Lebanon were indivisible in terms of security, Syria
did not hesitate intervening politically and militarily to Lebanon. Asad urged
Lebanon to implement new reforms aiming to establish a more equitable power
sharing mechanism between Muslim and Christians. Nevertheless, Patrick Seale
claims that Asad destroyed Lebanons political equation worse than ever. To rule
Lebanon as he aspired to do, he had to smash the confessional system, but
smashing the system meant smashing the Christians.20
3.5 Dasar Ketenteraan Israel
Dasar ketenteraan Israel turut menjadi punca yang mendorong kepada kekacauan di
Lubnan. Penindasan terhadap penduduk Palestin terus berpanjangan apabila mereka tidak
dibiarkan hidup aman meskipun telah berhijrah ke luar Palestin. Di Lubnan, serangan oleh Israel
dilakukan oleh pelarian Palestin yang berlindung di situ. Malah Israel telah membuat pakatan
bersama kelompok Maronite untuk memerangi umat Islam. Senjata api, meriam, kenderaan
perang dan latihan ketenteraan dibekalkan oleh Israel kepada tentera Maronite untuk
menghapuskan pelarian Palestin yang dianggap sebagai radikal dan mengancam kedudukan
mereka.
Kesan daripada bantuan tersebut, Parti Phalangist iaitu parti radikal Kristian Maronite
telah menyerang bas yang dinaiki oleh kumpulan Palestin, mencerobohi kem-kem di selatan
Lubnan serta menyerang kumpulan Organisasi Pembebasan Palestin (PLO). Serangan oleh
tentera Israel (IDF) telah menyebabkan suatu peristiwa yang menyayat hati telah berlaku dalam
masa 3 hari pada bulan September 1982 iaitu Sabra dan Shatila. Peristiwa ini menyaksikan
tentera-tentera Israel di bawah pimpinan Menteri Pertahanan Isral, Ariel Sharon telah menyerang
kem-kem pelarian Palestin di Beirut, Lubnan menyebabkan pembunuhan terhadap golongan
lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.
20 Almula Turedi, Lebanon: At The Edge Of Another Civil War http://sam.gov.tr/wpcontent/uploads/2012/02/AlmulaTuredi.pdf (Diakses pada April 30, 2015), 26.
13

On September 16, 1982, the Israeli Defense Forces ("IDF") occupying Beirut as
a result of Israel's June invasion of Lebanon permitted the Phalangists, a
Lebanese Christian militia, to enter the Palestinian refugee camps of Sabra and
Shatilla. From approximately 6:00 P.M. September 16 until 8:00 A.M. September
18, the Phalangists, and perhaps other militia, massacred men, women and
children including Palestinians, Lebanese, Iranians, Syrians, Pakistanis and
Algerians. The exact number of those killed cannot be determined-bodies having
been buried in the ruins, deposited in mass graves and carried from the site in
truckloads. Estimates of those massacred have ranged from roughly 300 to as
many as 3000 people.21
Keadaan ini memperlihatkan dasar-dasar Israel yang selalu menindas umat Islam bukan sahaja di
Palestin tetapi juga di Lubnan.
3.6 Masalah Ekonomi Di Lubnan
Ketidakseimbangan ekonomi turut berlaku di Lubnan yang menyebabkan adanya jurang
yang sangat besar di antara golongan miskin dan kaya. Namun demikian, jurang yang wujud
adalah berasaskan agama apabila golongan kaya di Lubnan yang terdiri daripada Kristian
Maronite manakala kebanyakan orang Islam hidup dalam kemiskinan. Sistem ekonomi liberal ini
menyebabkan pemilik modal telah mendominasi dan menguasai ekonomi Lubnan. Keadaan
ekonomi yang berlaku mewujudkan ketidakstabilan apabila usahawan-usahawan di Lubnan yang
terdiri dari penganut Kristian sentiasa berusaha agar dapat memperoleh keuntungan manakala
komuniti Muslim yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan terus kekal dengan cara hidup
mereka. Malah sistem zaim yang diperkenalkan adalah bertujuan mengekalkan status quo dan
monopoli keluarga yang kaya dalam ekonomi.
Roger Owen dalam menggambarkan ekonomi Lubnan menyebutkan bahawa,

21 Linda A. Malone, The Kahan Report, Ariel Sharon and the SabraShatilla
Massacres in Lebanon: Responsibility Under International Law for Massacres of
Civilian Populations, http://scholarship.law.wm.edu/cgi/viewcontent.cgi?
article=1606&context=facpubs (Diakses pada April 30, 2015), 374.
14

Many of the stresses and strains of this period were revealed during the crisis of
1958. Although the immediate circumstance was the decision of the incumbent
President Chamoun to seek another, unconstitutional, term of office at that time of
great international tension, much of the force behind of the opposition to this
move came from lower class urban Muslims, who felt that their own community,
now constituting a majority of the Lebanese population, was being discriminated
against and impoverished by the countrys wealthy, predominantly Christian,
rulers.22
Kumpulan Kristian Maronite yang berpusat di wilayah utara hidup dalam kemewahan ekonomi
malah mereka memiliki lapangan terbang dan sistem komunikasi yang tersendiri. Keadaan ini
jauh berbeza dari wilayah selatan Lubnan yang diduduki oleh orang Islam.
Konflik juga tercetus apabila undang-undang Lubnan telah merampas hak nelayan
tempatan menyebabkan satu demonstrasi di bawah pimpinan Marouf Saad berlaku di Sidon pada
tahun 1975 untuk menuntut hak nelayan agar dipelihara. David Grafton dalam menggambarkan
hal ini mengatakan,
A dispute in Sidon arose in March 1975 regarding the granting of exclusive
fishing license to the Proteine Fishing Company, owned by former President
Camille Chamoun. Local fishermen protested that their livehood was threatened
by this company.23
Rasa tidak puas hati oleh pemimpin Islam timbul kerana Chamoun didakwa cuba melindungi
kepentingan Kristian Maronite. Marouf Saad dan beberapa orang awam akhirnya terkorban
dalam demonstrasi ini. Isu ekonomi yang berlaku ini merupakan antara faktor penting yang
mencetuskan perang saudara yang berlaku pada 13 Mei 1975 apabila demonstrasi tersebut yang

22 Roger Owen, The Political Economy Of The Grand Liban, 1920-1970 Dalam
Essays On The Crisis In Lebanon, Diedit oleh Roger Owen (London: Ithaca Press,
1976), 28.
23 David Grafton, The Christians of Lebanon: Political Rights in Islamic Law, 137.

15

berlangsung selama tiga hari telah menyebabkan pertembungan antara tentera Chamoun dengan
pasukan gerila sayap kiri Islam yang disokong gerila Palestin.
4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa kekacauan dan Perang Saudara yang
berlaku di Lubnan sememangnya berpunca daripada golongan pelampau Kristian yang ingin
menuntut status mereka selepas era mandat Perancis. Namun begitu, terdapat juga faktor lain
yang mendorong kepada berlakunya konflik-konflik tersebut. Krisis pertama di Lubnan pada
tahun 1958 misalnya berpunca daripada tekanan luaran seperti Pan-Arabisme yang melanda
dunia Arab ketika itu serta persaingan antara Mesir dan Iraq.
Penglibatan ramai pihak terutamanya Syria dan Israel telah memburukkan lagi Perang
Saudara di wilayah tersebut malah faktor-faktor ini juga saling berkait-rapat antara satu sama
lain. Kekacauan dan Perang Saudara di Lubnan juga telah mengorbankan nyawa ramai umat
Islam apatah lagi setelah berlakunya penghijrahan oleh penduduk Palestin ke Lubnan selepas
peristiwa Nakbah pada tahun 1948. Pembunuhan beribu-ribu umat Islam terutamanya dalam
peristiwa Sabra dan Shatilla di Lubnan menunjukkan bahawa umat Islam telah didiskriminasi
dari pelbagai segi dan sentiasa menjadi mangsa kerakusan kuasa-kuasa Barat.

16

You might also like