Professional Documents
Culture Documents
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan majlis pelancaran ini. Bagi
makluman hadirin sekalian, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) melancarkan program ini secara serentak pada hari ini, 5 Februari 2017 bagi
negeri-negeri yang hari persekolahannya bermula pada hari Ahad dan 6 Februari 2017
bagi negeri-negeri yang hari persekolahannya bermula pada hari Isnin, Tahun 2017.
3. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting seiring dengan Gelombang
2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan tekad dan azam untuk
terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan.
Sesungguhnya transformasi pendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen
yang tinggi secara berterusan daripada semua pihak.
4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa sekolah sebagai agen
sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke
peringkat akar umbi supaya dapat memenuhi evolusi yang dilaksanakan. Iklim dan
persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan
murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha ke
arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta
pembinaan sahsiah murid yang mantap.
6. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, objektif Program Jom ke Sekolah ini adalah untuk
mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah
dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Selain itu, program ini juga bertujuan
untuk membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada
di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk
membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.
7. Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah perlu sentiasa prihatin terhadap murid-murid.
Pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan pengurusan disiplin sentiasa
ditambah baik untuk meningkatkan proses perkhidmatannya. Dalam hal ini kerjasama
pihak polis dan sekolah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua pihak perlu
berganding bahu bagi menangani masalah disiplin murid.
8. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PDRM
terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh warga pendidik atas
daya usaha untuk menjayakan Program Jom ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah
merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM
melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.