You are on page 1of 6

Berhenti jadi guru kalau nak meniaga di sekolah, kata PIBGN

Cikgu Share Penulis Cikgu Share Diterbitkan 00:27:00


PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berkata guru yang
tidak lagi berminat Presiden PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali berkata ini kerana tugas
guru ialah mendidik anak bangsa, bukannya berniaga di sekolah dan dibimbangkan
fokus mereka akan terjejas kerana ada aktiviti peribadi di tempat mengajar.

Kalau betul guru minat berniaga dan ingin menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan saya kira mereka kena berhenti menjadi guru dan berniaga sepenuh
masa supaya ia tidak mencacatkan bidang perguruan.
Sebagai seorang guru mereka sepatutnya memberi tumpuan sepenuh masa
kepada pelajar kerana itu prinsip utama. Mereka juga seharusnya menyalahgunakan
masa waktu sekolah dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti perniagaan,
katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap segelintir guru yang mengambil
kesempatan berniaga di sekolah.
Mohamad berkata pihaknya tidak mahu guru mengambil kesempatan
mempromosikan MLM atau menjual barangan kemas dan baju pada waktu
persekolahan kerana ia menjejaskan etika seorang pendidik.
Bagaimanapun, katanya tidak semua guru bersikap begitu kerana kebanyakan
masih patuh peraturan ditetapkan pihak sekolah.
Kes tidak banyak, hanya 1 atau 2 kes, tetapi kita ambil langkah menasihati pihak
berkenaan untuk pengawal diri dan menjaga disiplin, katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP)
Kamaruzzaman Abdul Razak berkata kes guru berniaga pada waktu sekolah
merupakan isu terpencil dan belum ke tahap membimbangkan sehingga
menjejaskan sesi pembelajaran murid.
Isu yang berlaku bukan tahap membimbangkan, hanya segelintir guru saja minat
berniaga, tidaklah sampai menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini kadang-kadang guru seronok biasalah manusia, tetapi kalau mana-
mana ibu bapa yang kurang berpuas hati mereka boleh membuat aduan menerusi
saluran PIBG di setiap sekolah, bukannya membuat rungutan di luar, katanya
kepada FMT.

You might also like