You are on page 1of 24

DR NORHAYATI MOHD.

NOOR
UNIT KAUNSELING
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
PROF. DR ZURIA MAHMUD
PROF. MADYA DR SAEMAH ABD. RAHMAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Keluarga merupakan satu entiti yang menjadi asas kepada
sesebuah masyarakat dan seterusnya sebuah bangsa dan
negara

Pelan Integriti Negara (PIN) yang telah dilaksanakan pada


tahun 2004-2008 telah meletakkan Pemantapan Institusi
Keluarga sebagai sasaran ke 4. Manakala dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMKe-9) ) sebanyak 30.1 juta
peruntukan telah disediakan untuk mengembalikan
kefungsiaan keluarga di Malaysia (Rancangan Malaysia
Kesembilan ,2006). Laporan statistik Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Goldenberg & Goldenberg, 2002) mengatakan
bahawa kaunseling keluarga adalah satu teknik psiko
terapeutik untuk meneroka dan cuba mengubah
masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam
sesebuah keluarga dengan membantu ahli-ahli dalam
sistem keluarga untuk mengubah corak interaksi
mereka yang tidak berfungsi.

Di luar negara kaunseling keluarga perkhidmatan


kaunseling keluarga dapat meningkatkan daya saing
sesebuah keluarga, membantu mengurangkan salah
laku pelajar sekolah dan membantu proses pemulihan
pelajar (Milliren & Barrett-Kruse, 2002 ;Keith,2001;
Coco & Courtney ,1998 ; Herbert, 1989).
MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA
Adler telah mengemukakan empat tahap atau
peringkat dalam proses kaunseling keluarga yang kini
menjadi asas kepada amalan proses kaunseling
keluarga
4 peringkat dalam kaunseling keluarga iaitu
a) Perhubungan (Relationship)
b) Penilaian dan analisis (Analysis and Assessment)
c) Insight (Celi akal)
d) Orientasi semula/pendidikan semula
(reorientation/reeducation).
Suradi (2006) telah mencadangkan empat tahap secara
umum proses kaunseling keluarga boleh dijalankan iaitu
i. membina perhubungan, membuat penilaian tentang
masalah keluarga yang dihadapi,
ii. mengembangkan kesedaran emosi dan menerima pola
ketidakfungsian keluarga,
iii. keluarga akan belajar bagaimana mengubah sistem
keluarga dan
iv. penamatan .
Saedah (2004) mengatakan proses kaunseling keluarga
dalam lima tahap iaitu
i. Pembinaan perhubungan antara kaunselor dengan ahli
keluarga,
ii. Pemahaman permasalahan dan struktur keluarga,
iii. Penstrukturan pola transaksi keluarga dan pengubahan
tingkah laku,
iv. Pengukuhan tingkah laku dan pendidikan mengenai
perubahan keluarga dan keibubapaan,
v. Penamatan
Persoalan kajian
Bagaimanakah amalan proses kaunseling keluarga
dijalankan dalam kalangan pengamal kaunseling
keluarga di Malaysia
Apakah amalan modaliti pengendalian proses
kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal
kaunseling keluarga di Malaysia
Apakah tempoh jangka masa sesi dan proses
kaunseling keluarga yang menjadi amalan dalam
kalangan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia.
METODOLOGI
Pendekatan kualitatif melalui beberapa teknik
pengumpulan data dijalankan untuk melihat
fenomena amalan kaunselor menjalankan sesi
kaunseling dari peringkat awal sehinggalah akhir.

Data di kumpul menggunakan tiga kaedah iaitu temu


bual, pemerhatian dan analisis dokumen seperti yang
lazim digunakan oleh penyelidik kualitatif kepada 12
pengamal kaunseling keluarga

menggunakan perisian NVivo 8 sebagai alat untuk


menguruskan data yang telah di transkrip (analisis
data).
DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan terdapat lima peringkat
dalam proses kaunseling keluarga iaitu peringkat
pembinaan hubungan, peringkat analisis dan menilai
masalah keluarga, peringkat kesedaran emosi dan
celik akal , peringkat penstrukturan semula keluarga
dan orientasi pembelajaran semula keluarga dan akhir
sekali peringkat penamatan. Hasil dapatan kajian ini
mempunyai kesamaan dalam kajian yang di jalankan
Saedah (2004), Petrocelli (2002), Wachler dan Lenox
(1994), Pinsof (1989) iaitu semua lima peringkat sesi
ini perlu dilaksanakan dalam amalan proses
kaunseling yang bertujuan untuk menolong klien
membuat perubahan dalam mencapai matlamat
kehidupan mereka.
Membina hubungan
Hasil kajian menunjukkan bahawa proses membina
hubungan merupakan proses yang amat penting bagi
memudahkan proses kaunseling keluarga
Odell dan Quinn (1998) mengatakan bahawa
membina hubungan yang terapeutik amat penting
dalam sesi yang pertama. Ini adalah kerana keluarga
mempunyai perasaan dan pemikiran yang tertanya-
tanya apa berlaku dalam sesi kaunseling keluarga
Namun begitu terdapat juga pengamal di Malaysia
yang mengakui rapport dilakukan sehingga sesi yang
kedua apabila berlaku konflik keluarga yang kritikal
(Friedlander et al.,2010).
Halstead et al. (2002) menyatakan salah satu elemen yang
penting dalam amalan dalam perhubungan kaunseling iaitu
pertama mendapatkan maklumat latar belakang keluarga
dengan mengemukakan soalan-soalan yang merangkumi semua
aspek isu yang dibawa oleh keluarga.

Yang pertama... kita main soalan-soalan light...maknanya perkaitan


dengan yang fakta ... keluarga, tempat tinggal, kerja ...apa semua ..
anak ...macam mana ayah macam mana ibu ... ibu pula macam mana
anak ...pandangan .. soalan-soalan yang biasa orang kata yang
memerlukan jawapan yang fakta

Pembinaan hubungan yang terapeutik juga dapat dilakukan


oleh pengamal melalui inform consent. Menurut Kaplan
(2003) kaunselor perlu memberi fokus kepada inform
consent pada pertemuan yang pertama sesi kaunseling
keluarga dapat membantu membina hubungan yang kukuh
dengan keluarga dan juga membina kepercayaan keluarga.
Analisis dan penilaian masalah keluarga
Dapatan kajian ini menunjukkan pengamal
kaunseling keluarga di Malaysia menganalisis masalah
keluarga dari empat aspek iaitu struktur keluarga,
emosi keluarga, interaksi keluarga dan pemikiran
keluarga.
Crane et al. (1986) mengatakan kaunselor amat perlu
belajar bagaimana untuk menilai kehendak keluarga
dan sekiranya berjaya ia merupakan salah satu aspek
yang akan menentukan hasil proses kaunseling
keluarga yang dijalankan adalah selari dengan dapatan
kajian ini.
Pengamal kaunseling keluarga menyatakan
menganalisis interaksi keluarga perlu menjadi fokus
agar kaunselor dapat mengintegrasikan maklumat dari
pelbagai sudut agar memenuhi keperluan keluarga
terutama keluarga yang sedang menghadapi pelbagai
konflik Sprenkle (2009).

......dan ini yang biasanya terjadi dalam keluarga yang


menyebabkan berlakunya permasalahan keluarga ini ... pasal
apa.. isteri tak tahu apa suami nak... suami tak tahu apa isteri
nak ....suami dan isteri tak tahu apa anak-anak nak... dan
anak-anak tak tahu apa yang ibu dan ayah dia nak.....ini yang
boleh menyebabkan berlaku sesuatu perkara yang tidak
diingini dalam keluarga....hubungan break down..
Kesedaran emosi dan celik akal
Keluarga yang kesedaran emosi atau mendapat celik
akal adalah bergantung pada permasalahan keluarga
dan keluarga itu sendiri. Kesedaran emosi keluarga
apabila keluarga dapat memahami, menyelami dan
menerima dengan terbuka perasaan semua ahli
keluarga.

Manakala celik akal lebih memberi fokus kepada


pemikiran keluarga di mana keluarga dapa mengubah
persepsi yang negatif kepada persepsi yang positif
(Kaplan , 2003).
Penstrukturan dan pembelajaran
semula keluarga
Orientasi pembelajaran semula seperti kemahiran
komunikasi yang selalu menyebabkan institusi
keluarga tidak berfungsi
Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan
Johor mendapati bahawa keluarga yang terlibat
dengan kes penceraian, penderaan isteri , penderaan
anak, dan kes juvana semuanya kurang kemahiran
komunikasi sebagai sumber masalah.

Kadang-kadang klien tidak reti nak cakap macam kita kena


ajar klien bercakap macam tu supaya dia boleh cakap skrip
tersebut tak payah tulis-tulis dia hafal untuk bercakap dengan
suami atau isteri
Penamatan
Proses penamatan Childers ( 1998) , mengatakan
bahawa walaupun kaunseling keluarga yang
dikendalikan oleh kaunselor sama dari segi rawatan
dan intervensinya tetapi proses penamatannya adalah
berbeza
Hasil dari kajian jelas menyokong bahawa fasa
penamatan yang diamalkan oleh kaunselor dalam
kaunseling keluarga ada kalanya berlaku dan ada
kalanya tidak
Penamatan sesi yang berlaku juga boleh berlaku
secara bersemuka atau melalui telefon.
pada sesi penamatan... saya bagi masa ...kalau dia nak
datang jangan datang lebih kurang daripada 2 bulan...
makna kalau dia ada masalah sebelum 2 bulan , saya
kata jangan datang...

Ada satu kes cerita dua tahun penamatan saya akhir


dengan perpisahan
Modaliti pengendalian
Pengamal melaporkan gaya pengendalian dalam amalan
proses kaunseling keluarga boleh berlaku dalam tiga
keadaan iaitu secara individu , secara individu dan keluarga
dan juga secara keluarga sepenuhnya
Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu yang
dilakukan dalam kaunseling keluarga disebabkan apabila
konflik keluarga terlalu kritikal sehingga mereka tidak
boleh duduk bersama dalam tempoh masa yang panjang .
Walau bagaimanapun dapatan ini agak berbeza dengan
Coco & Courtney (1998) yang menjalankan sesi kaunseling
keluarga secara individu dan keluarga adalah untuk
memenuhi dan mencapai matlamat keluarga
Keluarga

Individu

Keluarga

Individu

Keluarga

Individu

Keluarga

Individu

Pola modaliti pengendalian individu dan keluarga dalam proses kaunseling keluarga
Jumlah sesi
Dapatan kajian ini menunjukkan jumlah sesi
kaunseling keluarga yang menjadi amalan dalam
proses kaunseling keluarga dikendalikan dengan
jumlah kurang dari empat sesi dan juga lebih dari
empat sesi.
Coco & Courtney (1998) 15 sesi iaitu tiga sesi keluarga,
enam sesi ibu dan anak, tiga sesi dengan ibu dan tiga
sesi dengan anak yang bermasalah, Santisteban (1997)
12-14 sesi, Holtzworth-Munroe et al.,(1989) telah
menjalankan 17-35 sesi.
Tempoh sesi dan proses kaunseling
keluarga
Tempoh sesi dalam kajian ini dalam satu sesi adalah
antara dua hingga tiga jam di mana jangka masa ini
bergantung pada kes yang dikendalikan dan keperluan
keluarga
Jangka masa ini nampaknya agak berbeza sedikit
dengan jangka masa yang di amalkan oleh pengamal
di luar negara iaitu 60 minit hingga 90 minit dalam
satu sesi (Santisteban 1998, Holtzworth-Munroe et al.
1989).
Tempoh proses kaunseling keluarga dilaporkan pengamal
adalah antara satu bulan sehingga dua tahun.

Namun begitu hampir separuh pengamal mengakui proses


kaunseling keluarga yang mereka jalankan ke atas satu
keluarga antara dua bulan hingga 6 bulan.

Santisteban (1997) yang menyatakan bahawa proses


kaunseling yang berkesan mengambil masa antara empat
hingga enam bulan.

Perbezaan jangka masa iaitu pengamal di Malaysia


mengendalikan dalam tempoh yang lebih panjang dari
pengamal di Amerika kerana pengamal di Amerika adalah
terdiri pengamal kaunseling keluarga yang mendapat
latihan yang cukup dalam kaunseling keluarga iaitu
mereka memiliki pendidikan dan latihan sekurang-
kurangnya di peringkat sarjana secara khusus dalam
kaunseling keluarga
Penutup

Perbezaan amalan proses kaunseling


keluarga diperngaruhi dari segi aspek
latihan dan pendidikan, keluarga,
kemudahan dan polisi serta dasar sesebuah
negara.
TAMAT
TERIMA KASIH
MENDENGAR

You might also like