You are on page 1of 13

Jenis dan contoh Bahan Bantu Mengajar

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Bahan Bantu Mengajar?


Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan
oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. Peralatan mengajar adalah
tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-
gambar malah turut meliputi sebarang benda yang digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua panca indera iaitu melihat,
mendengar, rasa, hidudan sebagainya.Atan Long (1982) mengatakan
bahawa bahan bantu mengajar merupakan alat yangmenyokong
penyampaian dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar terdiri daripada
bentukbuku, carta atau slaid yang dipancarkan kepada layar. Ringkasnya
di sini , bahan bantumengajar itu boleh juga dikategorikan kepada media
elektronik dan media bukan elektronik.Bahan bantu mengajar merupakan
alat yang digunakan oleh guru, fasilitator atau tutor bagitujuan berikut:

Membantu pelajar memperbaiki kemahiran membaca dan kemahiran-


kemahiran lain
Ilustrasi atau mengukuhkan kemahiran, fakta atau idea; dan

Mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan pelajar.


Berdasarkan beberapa definisi bahan bantu mengajar, cuba anda
rumuskan definisi bahan bantu mengajar dari perspektif pengajaran dan
pembelajaran KemahiranHidup Sekolah Rendah.

31Apakah kaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran?


Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan antara bahan
bantu mengajar dan media pengajaran, mari kita fikirkan tentang media
pengajaran. Ada dua elemen utama bagi media pengajaran iaitu media
dan pengajaran. Media atau medium bermakna saluran komunikasi.
Istilah ini berasal daripada perkataanL atin yang bermaksud perantara.
Media digunakan untuk membantu proses komunikasi (Heinich, 2002) Ia
merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada
penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem,
televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer
dan pengajar.Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara
fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna
yang menjadi fokus ialah peralatan yangmembawa mesej dan
mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan yang menggerakkan
dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej. Dari segi pengajaran,
Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej tentang
pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Ringkasnya,
media pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran. Oleh itu, media pengajaran adalah segalasesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada
penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat
serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran. Apakah
contoh media pengajaran yang akan anda gunakan untuk mengajar
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ?

32

a) Pengkelasan jenis bahan bantu mengajar

Pada asasnya, pengkelasan jenis bahan bantu mengajar berdasarkan


Rajah 2.1. Nilaibahan bantu mengajar bergantung kepada tahap realisme
bahan itu. Semakin tinggi tahaprealismenya maka semakin tinggi nilai
bahan tersebut. (Hoban dan Zissman, 1937) Oleh itu,para pengkaji telah
mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskantahap
realisme. Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale (1946) dan dikenali
sebagai KonPengalaman Dale.

Rajah 2.1
Kon Pengalaman Dale

Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku


apabila merekaterlibat secara langsung dalam aktiviti itu. Pengalaman
konkrit akan semakin berkurangan
33 apabila pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku
jika simbol visual danverbal digunakan untuk mewakili peristiwa. Oleh itu,
kon ini menyusun media bermula daripadamedia yang konkrit di tapak.
Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah media-media
yang abstrak.Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada
tiga jenis pengalaman iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan
pengamalan simbolik. Pengalaman enaktifmerupakan pengalaman secara
langsung atau pengelaman sebenar. Pengalaman ikonik menggunakan
simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. Pengalaman simbolik
atau digital menggunakan perkataan semata-mata. Oleh itu, Brunner
mencadangkan pengajaran harus bermula daripada pengalaman enaktif.
Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jikamedia yang digunakan tidak
sesuai. Jadi, jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrakmaka
mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep.B ahan bantu
mengajar juga dikelaskan kepada (a) Bahan Maujud; (b) Bahan Separa
Maujud; dan (c) Bahan Abstrak. Nyatakan contoh-contoh dan bincangkan
perbezaannya! Jika kita amati kefahaman tentang perkataan bahan
bantu mengajar dan media pengajaran, didapati istilah media
pengajaran lebih meluas penggunaannya pada masa kini. Mengapa?
Bincangkan ! Bincangkan kriteria pemilihan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
34

2.2 Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bahan bantu mengajar boleh direka bentuk dan dibangunkan secara


khusus untuk pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Walau
bagaimanapun, bahan bantu mengajarperlulah bersesuaian dengan topik
yang diajar. Antara topik yang boleh disokong denganbahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendahialah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 2.1

Jadual 2.1

Bidang Kemahiran Hidup Sekolah RendahBidang Reka Bentuk &


Teknologi

Keselamatan dan organisasi bengkelKreativiti dan reka ciptaReka bentuk


dan penghasilan projekElektrik dan elektronikBaik pulih dan
penyenggaraanTanaman Hiasan

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan

Barang jualanMerancang dan menyediakan jualanMempromosi


jualanMengurus jualanMerekod jualanFikirkan bahan bantu mengajar bagi
bidang dan topik untuk mata pelajaranKemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan


pengajaran danpembelajaran ialah :

Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran;

Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid;

Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara


terus;

Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru;

Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit;

Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar;

Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru;Bincangkan


kepentingan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran
danpembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Keberkesanan
penggunaan bahan bantu mengajar bukanlah berlaku secara
automatik.Oleh itu, seseorang guru perlu menggunakan bahan bantu
mengajar mengikut garis panduanpenggunaan bahan bantu mengajar.
Secara umumnya, panduan penggunaan bahan bantumengajar adalah
sepertimana berikut:

Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai;

Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja;

Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar


digunakan;

Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara,


faktaatau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang
digunakan;

Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang


khusussetelah selesai digunakan; dan

Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran


pelajardan bukannya menggantikan peranan guru.
36

Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara


optimum, ianyaperlu diurus dengan baik. Selepas digunakan ianya perlu
disimpan di tempat yang sesuai.Kaedah penyimpanan bahan bantu
mengajar ialah sepertimana berikut:

Menggunakan almari khas Bahan 2D dan 3D

Menggunakan Fail-fail Khas.

Gambar-gambar disimpan dalam album plastic

Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak

Bahan 2D boleh disimpan dalam Rak GantunganBincangkan tiga kaedah


penyimpanan bahan bantu mengajar Kemahiran HidupSekolah Rendah.

2.4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan


komunikasi (TMK)
Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya
teknologimaklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam
pelaksanaan pengajaran danpembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Pengunaan teknologi maklumat dankomunikasi (TMK) telah
berkembang dengan pantas. Dalam dunia industri dan pembuatan,TMK
telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan.
Dalam pengajarandan pembelajaran reka bentuk dan teknologi,
penggunaan TMK meliputi:

Reka bentuk perisian, 2D dan 3D

Lukisan dan seni pembungkusan

Perisian grafik

Perisian CAD/CAM

Pangkalan data

Hamparan kerja

Pemprosesan perkataan

37

Penerbitan meja

Perisian kawalan dan sistemMelalui penggunaan pelbagai program dan


aplikasi, TMK boleh membantumeningkatkan pengajaran dan
pembelajaran melalui :

Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan

Membantu kreativiti dalam reka bentuk

Mempercepatkan aspek proses pembuatan

Memperbaiki kualiti kerja

Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri

a) Perancangan untuk menggunakan TMK


Perancangan menggunakan TMK adalah bergantung kepada :

Bilangan komputer

Lokasi komputer dan sumber TMK lain

Sambungan komputer kepada peralatan lain

Rangkaian komputerMenurut Owen-Jackson dan Davies (2002), guru perlu


memastikan murid telah tahundan boleh menggunakan TMK sebelum
bahan bantu mengajar berasaskan TMK digunakan.Guru perlu
mengambilkira tahap perbezaan kemahiran dan kebolehan murid-murid.
Walaubagaimanapun, guru harus mencuba merancang bagi meningkatkan
kemajuan bagi setiappelajar dalam pembelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah khususnya bidang reka bentukdan teknologi dan
penggunaan TMK.Penggunaan internet juga boleh dipraktikkan dalam
pembelajaran reka bentuk danteknologi. Antara kelebihan dan kekurangan
penggunaan internet ialah sepertimana jadual 2.1di bawah:

38

Jadual 2.2

Penggunaan TMK: Kelebihan dan KekuranganKaedah Kelebihan


Kekurangan

Guru mencari maklumat,mencetak, membuat salinandan mengedarkan


kepadamurid.Guru membuat keputusantentang apa yang dilihat
olehmurid, tidak perlu menunggudi komputer dan kos yangrendah.Bahan
tidak direka bentukuntuk setiap individu murid.Murid tidak
membangunkankemahiran mengendalikanmaklumat. Kurang menarikbagi
murid-murid.Guru mencari maklumat danmemuat turun bahan
kekomputer, menyunting danmengedarkan kepada murid.Maklumat
berpadanandengan keperluan kumpulanmurid-murid. Bolehmenyediakan
bahan yangterkini.Bahan tidak direka bentukuntuk setiap individu
murid.Murid tidak membangunkankemahiran mengendalikanmaklumat.
Kurang menarikbagi murid-murid.Guru memuat turun lamanweb dan
memberikan muridmencapai laman webtersebut.Murid-murid mula
mempelajarisendiri bagaimanamengakses maklumat. Tiadakos dalam
talian.Murid-murid memiliki capaianyang terbatas dan tidak b
olehmenghubungkannya dengansebarang lamanyangditunjukkan.Guru
menyediakan senarailaman web memastikan muridhanya mencapai
laman webtersebut sahaja.Murid-murid mula mempelajaribagaimana
mencarimaklumat.Kerja murid-murid akanterbatas kepada laman
webyang dipilih oleh guru sahajaGuru menyediakan senarailaman web
yang lebih banyakdan membenarkan muridmemilih untuk
mengaksesnya.Murid-murid mempunyaikebebasan mencari
maklumatKerja murid-murid akanterbatas kepada laman webyang dipilih
oleh guru sahajaMurid diajar menggunakanenjin carian dan
mendapatkanmaklumat yang dikehendaki.Murid-murid boleh mengakses
jumlah maklumat yangbanyak, bolehmembangunkan
kemahiranmengendalikan maklumat danmembuat keputusan.Perlu
mengawasi pelajarsupaya fokus kepada kerjamereka (tidak
terpesong).Juga melibatkan kospenggunaan internet dalamtalian.

39

b) TMK dan Reka bentuk

Reka bentuk boleh dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Computer-


Aided Design(CAD) dan pakej-pakej lukisan. Kelebihannya ialah reka
bentuk boleh diubahsuai tanpamelukis semula atau melakar semula.
Murid-murid juga boleh meneroka dan membuateksperimen berkaitan
idea reka bentuk. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak
mempunyaikemahiran melukis. Selain itu, CAD juga menyediakan murid-
murid peluang menghasilkan imej,lebih memahami produk dan
bagaimana produk itu dihasilkan.

c) TMK dan pemodelan

Pemodelan merupakan proses kreatif pada peringkat paling penting reka


bentuk danpembuatan (Davies, 1999). Pemodelan membolehkan murid-
murid :

Mencuba idea sama ada ianya berfungsi atau sebaliknya

Berfikir tentang cara memperbaiki idea

Visualisasi idea

Membangunkan idea sebelum membuat kepu

1. Pedagogi RBT

1.1 Kurikulum dan pelaksanaan mata pelajaran RBT


Menghuraikan perincian sukatan pelajaran RBT tahun 4,5 dan 6

1.2 Kaedah pengajaran dan pembelajaran RBT

Pembelajaran berasaskan projek

Kajian masa depan

Pembelajaran berasaskan kompetensi (CBL)

Pembelajaran secara kontekstual

1.3 Penyediaan rancangan mengajar RBT

Penyediaan rancangan tahunan/ semester

Penyediaan rancangan harian

1.4 Pengajaran mikro dan makro RBT

Mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam


P&P RBT

2. Organisasi dan Pengurusan Bengkel RBT

2.1 Organisasi bengkel

Jadual kerja

Senarai tugas

Carta organisasi

Susun atur bengkel

Penyimpanan alatan dan bahan

2.2 Peraturan dan keselamatan bengkel

Peraturan umum keselamatan

Etika pakaian

Etika kawasan kerja

Rekod servis dan baik pulih


Rekod kemalangan

Kit rawatan kecemasan

Kaedah rawatan

Latihan kebakaran

Alat pemadam api

Suis kecemasan

Perlindungan insuran

2.3 Perolehan alatan dan bahan

Perancangan pembelian penyediaan bajet

Penerimaan alatan dan bahan

- Penyemakan kualiti dan kuantiti barang


- Catatan dalam buku stok

- Pengeluaran dan penyimpanan bahan dan alatan

- Penyemakan stok

2.4 Jenis-jenis stok dan buku rekod

Stok habis guna dan kekal

Pecahan, kehilangan dan kemalangan

Pinjaman

Laporan kerosakan

Surat-menyurat

Penilaian

3. Penyelenggaraan

3.1 Penyelenggaraan perkakas, alat-alatan dan mesin mudah

3.2 Membaiki kerosakan kecil pada perkakas, alatan, mesin mudah dan
perabot

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran


(a) Bermula daripada tahap sedia ada

(b) Beri pelajar motivasi

(c) Tersusun dan jelas

(d) Melibatkan pelajar

(e) Beri maklum balas terhadap kemajuan murid

(f) Mengambil kira perbezaan individu.

(g) Murid Ingat apa yang dipelajari dan diaplikasikan

(h) jelas matlamat pembelajaran

(i) Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar

KURIKULUM SEKOLAH
Penggubalan adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu:

(a) Menghubungkan pendidikan rendah dengan menengah;

(b) Memberikan pendidikan umum untuk semua;

(c) Menggunakan disiplin yang ada;

(d) Mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani;

(e) Menekankan nilai-nilai murni;

(f) Menekankan penggunaan Bahasa Malaysia; dan

(g) Mengamalkan pendidikan seumur hidup.

Penggubalan adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu:

(a) Menghubungkan pendidikan rendah dengan menengah;

(b) Memberikan pendidikan umum untuk semua;

(c) Menggunakan disiplin yang ada;

(d) Mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani;

(e) Menekankan nilai-nilai murni;

(f) Menekankan penggunaan Bahasa Malaysia; dan


(g) Mengamalkan pendidikan seumur hidup.

You might also like