Professional Documents
Culture Documents
Penderaanseksual 121009232658 Phpapp01
Penderaanseksual 121009232658 Phpapp01
Akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah Seksyen 17(2)(c), Bab 1
Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak
itu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati,
apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan:
i. Menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifat
pornografi, lucah atau tidak senonoh.
ii. Eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.
1
FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah
ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari
tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau
menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi
memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan
prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.
Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri
dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes
penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri
sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu
bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak
memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga
2
kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah
yang berlaku pasti ada penyelesaiannya.
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang
sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika
dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau,
Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul
Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok
keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah,
Johor.
Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan
kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah
kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan
sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur
bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral.
Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara,
jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.
Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari
tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi
memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001
(150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun,
bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada
189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan.
Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik
dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah
lebih membebankan. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan
penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah
kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita
untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini.
Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan
Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.
3
1. Hubungan pelaku dengan persekitaran
Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa,
abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan
bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih
banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-
kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.
2. Umur pelaku
Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses
penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas
dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.
Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan
lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan
atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi
tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang
berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta
kerana mereka mampu membayarnya.
4
5. Jenis pekerjaan pelaku
Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada
kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada
seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat
kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.
Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi
rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan
pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini
kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk
diberi kepada keluarga.
8. Jaringan sosial
Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam
masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat
menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun
kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik.
Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik
atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.
5
SIFAT-SIFAT PENDERAAN
Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan melakukan
penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta pasangannya yang dewasa untuk
berpakaian ataupun berkelakuan seperti kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual.
Penderaan mungkin akan menggunakan helah, rasuah, tekanan, ugutan, atau paksaan untuk
memujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan seksual.
Penderaan seksual boleh meninggalkan kesan emosi yang buruk dan berpanjangan,
misalnya kesukaran menjalinkan hubungan yang rapat dan stabil pada peringkat hidup yang
kemudian. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamil
dan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV. Antara akibat jangka panjang penderaan
seksual ialah tanggapan kronik oleh mangsa bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan,
kemurungan, sukar mempercayai orang lain, menyalahkan dirinya sendiri, melakukan
perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Kaji selidik
peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali
akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah
dan arak pada peringkat hidup yang kemudian.
6
TANDA & SIMPTOM
7
CARA MENGATASI
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk
mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu
bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang
bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti
tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi,
dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes
penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-
pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang
tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat
kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.
8
STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK
Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan
Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah
kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan
444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar
Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup
yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh
negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada
2007.
Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak
yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya
kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana.
Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa
sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum
Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi.
Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual
230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes.
Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka kerana
kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama.
Secara umum pada 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21
peratus daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) kes. Paling banyak kes (56 peratus
daripada keseluruhan 2,780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang
(949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan).
9
Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kes
pengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes). Lebih ramai kanak-
kanak lelaki yang didera secara fizikal, manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanak
perempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes).
Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63
pada 2007. Kadar ini bersamaan 1.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4.8 kes bayi
dibuang setiap bulan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalah
berketurunan Melayu (1962 kes), diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina
299 kes). Hampir dua pertiga (64.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanak
perempuan (1,795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). Kebanyakan kanak-kanak
perempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah
3 tahun (276 kes). Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13n
hingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes).
Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat penting
untuk diketahui. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling sering
wujudnya kes penderaan. Merujuk kepada kes penderaan 2008, data memperlihatkan orang
yang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Ibu (772 kes) dan bapa
(494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45.6 peratus berbanding pelaku yang lain. Selain
itu, kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes.
Dengan memahami profil dan baseline kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini,
sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebih
meluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubah
individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Atas kefahaman ini, diharapkan strategi
menangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan berbaloi. Sesungguhnya
kita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yang
boleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama.
10
KESIMPULAN
Penderaan seksual merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua
pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu
tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman,
bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan seksual. Selaras dengan
saranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu
kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.
Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberi
rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu
kefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40
jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas
melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses
rawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang
berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala.
11
RUJUKAN
Internet
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135.
http://surayamohdsw.blogspot.com/2009/09/statistik-penderaan-kanak-kanak-
2002.html
Dr Mohamed Fadzil Che Din (2010). Memahami profil pendera kanak-kanak. Diperoleh
daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiprofilpenderakanak-
kanak/Article/
daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
Artikel
12