You are on page 1of 8

Tingkatan 4- Bab 9: Perkembangan di Eropah

1) Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

- Zaman pertengahan (476 1453 di Eropah terbahagi 3, iaitu peringkat awal, kemuncak
dan akhir. Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal. Zaman Renaissance
pada masa zaman pertengahan akhir.

i) Ciri-ciri Zaman Gelap

- Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan


perbandaran . Pada zaman ini, tidak wujud pusat pentadbiran yang berkesan .
Dunia Islam pada masa ini sangat mantap ( Zaman Kegemilangan).
pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul . Oleh itu, Eropah
mengambil ilmu daripada dunia Islam.

- Kuasa pusat gagal mentadbir wilayah-wilayah selepas kejatuhan empayar Rom Barat
. Maka, muncullah golongan baron atau tuan tanah yang menindas para petani
. Golongan petani terpaksa mendapat perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak
stabil . Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan
yang diberikan oleh tuan tanah. Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah
mereka dan menjadi hamba . Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja . Golongan
tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja. Hubungan
antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal di Eropah. Raja merupakan
penaung utama dalam sesebuah negara.

- Di negeri Melayu, sistem feudal juga diamalkan. Raja berkuasa mutlak . Pembesar berkhidmat dan
dinaungi raja. Rakyat dan hamba Melayu berkhidmat untuk pembesar.

- Institusi Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan. Mereka memiliki hartanah
yang banyak . Institusi gejala memberikan fokus utama kepada kegiatan amalan agama
dan pembelajaran ilmu keakhiratan . Institusi gereja dianggap mengongkong
kehidupan masyarakat Eropah .

- Pada Zaman Gelap, aktiviti perdagangan tidak berkembang . Diganggu oleh serangan
orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean pula
dikuasai oleh orang Islam . Mereka tidak mampu menyaingi penguasaan ini. Masalah ekonomi
ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian . Perniagaan hasil pertanian mereka
dijalankan secara tukar barang kerana penggunaan mata wang yang sangat terhad dalam pasaran.

ii) Zaman Kemuncak Pertengahan

- Institusi Gereja menjadi institusi yang bersifat universal dan menjadi ejen penyatuan .
Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk , peningkatan dalam aktiviti
pertanian dan kemunculan kegiatan perdagangan .

- Kemudian, muncul bandar-bandar yang indah dan menarik seperti Venice , Milan
dan Florence . Perkembangan bandar membawa kepada lahirnya golongan kelas
pertengahan seperti artisan , pedagang dan ahli perbankan . Status sosial
seseorang ditentukan oleh kekayaan yang dimiliki dan bukan berasaskan pemilikan tanah .
- Rakyat mula melibatkan diri dalam bidang politik dan pentadbiran . Institusi politik seperti parlimen
diwujudkan bertujuan untuk memenuhi tuntutan rakyat . Hak politik yang diberikan kepada
rakyat membolehkan mereka menjalinkan hubungan dengan pemerintah .

iii) Zaman Renaissance 1350-1600

- Reanissance berasal daripada perkataan Itali iaitu Renisciment yang bermaksud kelahiran
semula . Iaitu penghargaan semula masyarakat Eropah kepada ilmu pengetahuan hasil
tinggalan cendekiawan Zaman Yunani dan Rom . Kegemilangan ilmu Tamadun Yunani dan
Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.

- Asas pemikiran zaman ini ialah penonjolan keupayaan manusia berfikir menyelesaikan
masalah . Pemikiran ini dikenali sebagai humanisme . Bapa humanisme ialah
Francesco Petrarch. Antara tokoh Renaissance seperti Niccolo Machiavelli, Giovanni Bocaccio. Manusia
zaman ini mempunyai semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat.

- Zaman ini bermula di Itali di mana muncul bandar-bandar baru terkenal yang berfungsi sebagai
pusat perdagangan antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Itali
berkembang sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa kerana
kedudukannya yang amat strategik serta dikelilingi oleh Laut Meditrranean. Contohnya, bandar
pelabuhan Venice dan Genoa. Bandar pelabuhan ini ialah tempat berlakunya pertembungan budaya ,
bahasa dan agama . Itali pusat perkembangan idea baru
.

- Aktiviti perdagangan di Itali membawa kepada kemunculan para pedagang kaya


. Pedagang kaya menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar
dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cedekiawan . Pedagang kaya ini
kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada pelukis , saintis , ahli muzik
dan penulis . Patron yang terkenal seperti keluarga Medici di Florence. Bandar-bandar di Itali
bersaing mendapatkan seniman dan cendekiawan terbaik. Golongan patron berusaha menarik
seniman dan cendekiawan yang terbaik ke bandar masing-masing. Golongan seniman berkunjung dari
bandar ke bandar bertujuan menyiapkan tugasan serta menyebarkan idea
Renaissance ke seluruh Itali.

- Paus di Rom juga berperanan sebagai penaung kepada seniman dan cendekiawan .
Penguasa gereja di Rom yang mencemburu kepada pencapaian bandar Florence
(dibina oleh patron-Medici) yang cantik dan ingin menandinginya. Tetapi, mereka tidak bersedia menaungi
ahli sains dan ahli metematik kerana mereka bimbang saintis mencabar pemikiran yang
dibawa oleh Gereja Katolik . Saintis pemerhatian atau empirikal
serta akal dan logik dalam menerangkan fenomena alam .
Gereja menekankan penjelasan tradisional . Saintis berselisih faham
dengan gereja (mereka mencabar fahaman tradisi gereja seperti kes Galilco Galilei).

[* Galileo Galilei - idea Nicholas Copernicus. Nicholas matahari merupakan


pusat alam gereja bumi ialah pusat alam. Nicholas . Galileo
idea dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah.]
- pihak Gereja mencurigai para saintis, hanya memberi tumpuan
kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir . Contohnya, Paus Julius II
mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci,
Raphael dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral
di Rom. Penglibatan Paus di Rom menyebabkan pusat seni Renaissance berubah dari
Florence ke Rom.

- Pelukis dan penulis ketika ini ingin dikenali secara individu, maka kemunculan semangat dan
amalan individualisme dalam kalangan pelukis. Penekanan kepada pencapaian individu
dalam aspek pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal . Selepas itu, pelukis
dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan. Contohnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo hebat
dalam seni lukis, ukiran dan ilmu pengetahuan lain. Tokoh Renaissance di England (di luar Itali) seperti Thomas
More, Francis Bacon, Wiliam Shakespeare.

[**Francesco Petrarch - perpustakaan. percanggahan idea ,


memerhati sendiri perkara. wujud sistem pemerhatian dalam
penilaian atau penulisan.]

[** Leonardo da Vinci - contoh terbaik manusia Renaissance. versatil .


Mahir dalam semua bidang. mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari jawapan
bagi segala kejadian alam.]

Kesan Zaman Renaissance

a. Politik

- Kemunculan golongan monarki baru . Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan


kebangsaan . Ia diperkukuh dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada
kerajaan pusat. Pengukuhan kuasa raja menyebabkan kemerosotan kuasa gereja dan golongan
bangsawan . Monarki baru di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan belanda.

b. Ekonomi

- Kegitan ekonomi sara diri semakin pupus . Perdagangan tempatan dan antarabangsa
berkembang secara meluas . Kegiatan penjelajahan dan penerokaan turut berkembang.
Seiring dengan kemajuan dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi , kartografi dan
astronomi . Ciri-ciri zaman ini seperti semangat inkuiri , keobjektifan dan eksperiman
memajukan pelbagai bidang ilmu sains seperti biologi , fizik , kimia dan perubatan.

c. Sosial

- Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Mereka lebih berani menzahirkan
emosi dan keinginan mereka. Ia dicerminkan dalam muzik, lukisan dan ukiran. Memupuk dan
melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri . Penekanan kepada pemikiran logik , saintifik
, falsafah dan metafizik . Zaman Renaissance melahirkan manusia
Renaissance yang menggunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam
menceburi pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan manusia.

iv) Gerakan Reformation

- Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan


atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk
membentuk sesuatu yang baru.
- Gerakan ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian. Berlaku di Eropah Barat. Pusat pergerakan di Itali dan
Jerman. Pemimpin gerakan ialah Martin Luther, iaitu seorang professor ilmu teologi di sebuah university
berhampiran Wittenburg, Jerman.

Faktor Kemunculan Gerakan Reformation

- Gerakan reformation berpunca daripada kritikan dan tentangan terhadap institusi gereja Katolik yang telah
meningkatkan usaha pembangunan keduniaan agar Rom menjadi pusat kekuasaan yang kuat di tengah
Itali. Terdapat banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan dalam institusi gereja menyebabkan ahli
masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.

- Penguasa Gereja Katolik dianggap tidak selari dengan apa yang dianjurkan oleh kitab Bible. Sikap
penguasa gereja yang mengamalkan gaya hidup pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan
kehidupan keagamaan.

- Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil Indulgences (surat pengampunan dosa) ke seluruh
Eropah.

- Di Jerman, penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg membolehkan Bible dicetak dalam masa
singkat dan murah harganya .
- 1517 , Martin Luther, profesor ilmu telogi Jerman menetang amalan indulgences. Menurutnya, manusia
perlu bergantung kepada kekuatan rohaninya dalam amalan peribadatan
mereka. Pendirian Luther dianggap telah mencabar kedudukan institusi gereja dan
golongan paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini dikenali sebagai mazhab Protestan bermaksud
membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan golongan
paderi.

- Ajaran Martin berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England. Di Switzerland, gerakan ini diketuai
oleh Huldreich Zwingli, selepas kematiannya disambung pula oleh John Calvin. Bagi menangani
penentangan ini, gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation yang bermaksud menahan
atau bertindak menentang sesuatu yang baru. mengendalikan Counter Reformation, sebagai jawapan
kepada persoalan yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.

Kesan Gerakan Reformation

- Berlaku perpecahan dalam kalangan negara Eropah mengikut mazhab dalam agama Kristian. Agama Kristian
berpecah kepada mazhab Katolik dan Protestan.

- Peperangan sering tercetus kerana perbezaan mazhab. Perang 30 tahun (1618-1648) melibatkan Sepanyol,
Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden. Perbalahan agama telah menyebabkan berlaku kemusnahan dan
peperangan. Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.

- Tetapi kesan jangka panjang, gerakan ini mewujudkan sikap toleransi antara kalangan penganut mazhab
Kristian untuk mempergiatkan bidang pendidikan dan menyebarkan fahaman Kristian.

- Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka. Golongan monarki berusaha membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom. Contohnya, Raja Henry VIII memutuskan hubungan dengan Gereja Roman Katolik
kerana ingin berkahwin dengan Anne Boleyn. Beliau telah menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan
Anglican.

2) Penjelajahan dan Penerokaan


- Kejayaan sains dan teknologi Zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini. Mereka
mencari laluan ke timur kerana 1453 kerajaan Islam Turki telah menguasai
Istanbul.Selama ini, orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul
te tapi mereka menghadapi masalah selepas kerajaan Islam memerintah Istanbul. [
, ]. Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan
Atlantik untuk sampai ke timur .

Sebab Penjelajahan dan Penerokaan ke Kawasan Timur

- Desakan ekonomi dan semangat keagamaan yang tinggi. Orang Eropah memerlukan barangan timur
seperti emas, sutera, rempah ratus. Mencari jalan alternatif ke Timur setelah sukar mendapatkan barangan dari
Timur kerana penguasaan Istanbul oleh kerajaan Turki.

- Galakkan pemerintah seperti Raja Sepanyol (Ratu Isabella) dan Raja Portugal (Putera Henry).
Sepanyol menumpukan kepada Amerika Latin dan Portugal ke timur.

- Persaingan kuasa Sepanyol dan Portugal. Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya degan Portugal.
Persaingan ini menyebabkan Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing. Perjanjian Tordesillas ditandatangani. Portugal milik
kawasan ke Timur dari Kepulauan Tnajung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik ,
Sepanyol.milik kawasan ke baratnya.

- Kemunculan pelaut unggul seperti Christoper Columbus dan Ferdinand Magellan .


Christoper Columbus ialah orang Eropah pertama tiba di Amerika. Ferdinand Magellan tiba
di timur dan terbunuh di Filipina ketika dalam perjalanan ke Kepulauan Maluku.

- Perdagangan rempah dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja
mereka menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol dan Portugal menjelajah ke timur.

- Penguasaan gereja menggalakkan penjelajahan untuk menyebarkan agama Kristian . Sepanyol


yang pernah diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.

- Monarki baru di Eropah menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut, contohnya di
England, Perancis dan Belanda. Semangat kebanggan bangsa mendorong orang Eropah untuk
menjelajah.

- Rumusannya,penjelajahan kerana Gold, Glory, Gosper.

Kesan Penjelajahan dan Penerokaan terhadap Masyarakat Setempat

a. Politik

- Penguasa dan pemerintah tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini
menandakan pengiktirafan kekuatan kuasa Eropah. Syarikat berpiagam menjadi wakil kuasa Eropah di Timur.
Antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Timur Inggeris
(EIC/SHTI) dan Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC). Syarikat berpiagam ini berdagang ke Afrika, Amerika
Latin, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.

b. Ekonomi

- Daerah di luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Contohnya, Goa dan Melaka
merupakan pusat emporium dunia yang dikuasai oleh Portugal. Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi
dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Islam Arab telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti
Portugal. Lautan China Selatan juga dikuasai.

c. Sosial

- Gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Ajaran agama Kristian
diterima oleh penduduk dan peribumi di banyak kawasan.

- Penjelajahan Sepanyol mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru, iaitu Amerika Latin. Perang
berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah. Contohnya, Sepanyol berperang dan menakluk tamadun
Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru. Penghijrahan orang Sepanyol ke Amerika Latin mewujudkan
masyarakat baru. Penyebaran agama Kristian berlaku secara meluas di Amerika Latin. Kerajaan Sepanyol
melihat Amerika Latin (Dunia Baru) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak. Penjajah telah
menguasai emas dan perak di Amerika Latin. Pemodal Sepanyol turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong
dan ladang.

- Brazil dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal. Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal
menguasai Melaka dan Goa.

3) Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

- Revolusi merupakan perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh .

i) Revolusi Pertanian

Perkembangan Pertanian sebelum Revolusi Pertanian

- Pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. , sistem pemilikan tanah iaitu tanah


persendirian dan tanah awam . Tanah persendirian adalah milik orang kaya . Tanah awam juga
dimiliki orang perseorangan tetapi mengikut adat kebiasaannya, rakyat boleh bercucuk tanam kecil-kecilan,
memelihara ternakan, memburu atau memancing . Amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman
Revolusi Pertanian.

Pengenalan Akta Pemagaran ketika Revolusi Pertanian

- Hasil pertanian perlu dipertingkatkan kerana pertambahan penduduk . Pemagaran penting untuk tujuan
pengeluaran makanan secara besar-besaran.

- Tuan tanah yang membiarkan tanah mereka ingin menjalankan pertanian secara besar-besaran termasuk
menggunakan tanah awam. Harga gandum yang meningkat menarik minat tuan tanah
menbuka ladang. Tuan tanah berusaha untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan tanah
mendapatkan kelulusan daripada Parlimen bagi menguatkuasan proses tersebut. Pengenalan akta pemagaran
menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang. 500,000 ekar tanah dipagari melalui Akta
Pemagaran Tanah.

- Kesan pemagaran menyebabkan tersedia kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran.
ladang. Rakyat biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh ladang dan
kemudiannya berpindah ke bandar menjadi buruh kilang ketika Revolusi Industri.

Kaedah dan Ciptaan ketika Revolusi Pertanian

a. Penanaman secara Bergilir


- Peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun . Ini bertujuan
agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman menggunakan nutrien tanah berbeza .
Maka, tidak ada tanah yang dibiarkan kosong .

- Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

**
[Lord Townshend - mengubah kaedah perladangannya dengan mencuba sistem tersebut.
pulangan yang lumayan, sistem]

[Thomas William Coke- memperbaik sistem penggiliran dan mendapati hasil


pertanian dan pulangannya lipat ganda]

b. Peralatan Baru

- Jethro Tull mencipta alat Jethro Tull untuk menggali dan menugal. Alat ini boleh menggali banyak lubang
secara serentak. Ini membolehkan penugalan dengan lebih pantas dan mempercepatkan penanaman benih.

c. Pertanian Komersial

- Kuantiti hasil pertanian dipertingkatkan dengan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah.
, produk. Pemasaran produk dan pertanian secara lebih meluas dan
berkesan untuk tujuan perdagangan.

ii) Revolusi Perindustrian

Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian

- Revolusi Pertanian telah menyediakan modal kepada perkembangan Revolusi Perindustrian. Para peladang
kaya melaburkan lebihan modal mereka dalam sektor perindustrian. Menunjukkan perubahan sikap
peladang kaya untuk melabur dalam sekotr perindustrian. Mengambil risiko melaburkan modal dalam bidang baru
yang belum menjanjikan pulangan.

- Makanan pula mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan pekerja kilang. Britain tidak perlu
bergantung kepada import bekalan makanan luar kerana dibekalkan oleh sektor pertanian tempatan. Dana
untuk mengimport makanan dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri di
dalam negara.

-, Revolusi Pertanian dikatakan sebagai asas pencetusan Revolusi


Perindustrian
Revolusi Pertanian Revolusi Perindustrian.

Rekaan sains dan teknologi Revolusi Perindustrian

- James Watt membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya enjin mengeluarkan tenaga dengan lebih
efisien . James Watt Matthew Boulton . James Watt & Boulton
mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

- R.Arkwright mencipta alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap. J. Hargreaves mencipta mesin
pemintal benang.
- Produk sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil-kecilan menggunakan tenaga manusia
kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan sains
. lebihan produk diperdagangkan atau dikomersialkan.

- Revolusi Perindustrian merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah
besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Pengkhususan pengeluaran Revolusi Perindustrian

- Pengkhususan dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos. modal yang tinggi, mengawal
kos, permodal , , mengkhusus dalam satu bidang,
bidang tekstil.

- Majikan dan pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih. , membaiki
prestasi masing-masing. Kesannya kuantiti dan kualiti barang meningkat sehingga boleh dipasarkan
secara meluas di dalam negara dan ke luar negara Britain.

Penggunaan teknologi ketika Revolusi Perindustrian

- Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap, tenaga manusia, binatang dan air digunakan.
- mesin berkuasa wap memacu kenderaan , masalah keletihan dapat
diatasi.

- Pengenalan mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta mudah ke pasaran
luar..{kos pengeluaran , harga barangan , .
}

- Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan menguntungkan usahawan. Keuntungan ini akan digunakan untuk
menampung kos pelaburan, mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan.

- Zaman Revolusi Perindustrian, mesin direka dan dihasilkan melalui kajian dan
kreativiti ahli teknologi dan saintis. sumber tenaga awal tenaga wap . Penghasilan
tenaga wap dipermudahkan melalui proses pembakaran arang batu. Britain amat beruntung kerana mempunyai
sumber arang batu yang banyak. Arang batu hanya dapat dilombong atau digali dengan mudah dan
efisien apabila mempunyai alatan yang moden dan sesuai.

- Thoman Newcomen 1702 telah mencipta mesin berkuasa wap. , pam


mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Mesin berkuasa wap memudahkan kerja
perlombongan arang batu dan kuantiti produk meningkat.
- Kuasa wap daripada arang batu juga digunakan dalam sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal
laut

You might also like