You are on page 1of 5

1

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA

Falinah Misol
Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Politeknik Kuching Sarawak.
falinah@poliku.edu.my

Abstrak adalah dimaksudkan oleh mereka yang


Falsafah boleh dianggap sebagai satu menggunakan istilah itu ialah resipi untuk
analisis dan pencarian kebenaran tentang kehidupan atau apakah cara ideal untuk
sesuatu. Dengan erti kata lain, falsafah sebagai menjalankan kehidupan. Yang kedua dan ini
penganalisaan bidang kurikulum. Pengertian lebih biasa digunakan oleh mereka yang pakar
kurikulum pula merupakan satu bidang gunaan dalam disiplin falsafah adalah lebih sederhana.
atau applied, di mana kepakaran dalam Falsafah difahamkan sebagai analisis. Maka
berbagai-bagai bidang seperti keilmuan kalau kita gunakan pengertian ini maka kita
tertentu, psikologi, falsafah, ekonomi dan boleh katakan bahawa falsafah kurikulum adalah
sosologi digabungkan bagi menyediakan satu sebenarnya analisis tentang kurikulum.
rancangan yang boleh mengubah pelajar, sama Jikalau menurut pandangan N. Kanthasamy
ada dalam aspek pengetahuan, kemahiran (2003), Ketua Jabatan pengajian India, Universiti
ataupun sikap. Perkembangan kurikulum di Malaya, istilah philosophy yang bermakna
Malaysia boleh di lihat pembentukannya falsafah adalah berasal dari perkataan Yunani
sebelum dan selepas negara mencapai iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta
kemerdekaan dan terdapat 5 orientasi asas sementara. Sophia bermakna kearifan. Secara
kurikulum iaitu; akademik, teknologi, entimologi, perkataan philosophy bermaksud
humanistik, pembentukan semula masyarakat cinta kepada kearifan atau love of wisdom.
dan perkembangan proses humanistik. Menurut beliau lagi, ahli-ahli falsafah seperti
Kurikulum yang ada dalam sistem pendidikan Russell, Schofield dan Kneller. Russell
Malaysia pada hari ini adalah bertunjangkan berpendapat bahawa falsafah meliputi dua
pada Falsafah Pendidikan Negara.Kurikulum bidang ilmu, iaitu teologi dan sains. Schofield
yang telah dibentuk diasaskan kepada beberapa pula menggangap falsafah sebagai suatu proses
prinsip utama iaitu prinsip pertama ialah intelek menyoal yang memerlukan penaakulan,
yang menunjukkan kepentingan ilmu bertafakur dan memikir dalam memberi jawapan.
pengetahuan kepada kita, prinsip kedua adalah Kneller pula membahagikan falsafah kepada
berkaitan daya pemikiran dan prinsip ketiga spekulatif dan analitik.
pula berkaitan dengan nilai. Pandangan-pandangan mengenai pengertian
falsafah ini jelasnya memberi kita idea-idea yang
jelas tentang pengertian falsafah. Falsafah boleh
1.0 Pengertian Falsafah Kurikulum dianggap sebagai satu analisis dan pencarian
kebenaran tentang sesuatu. Maka falsafah
Untuk memahami kurikulum, kita haruslah kurikulum saya mengertikan di sini sebagai
memahami falsafah kurikulum penganalisaan bidang kurikulum.
terlebih dahulu. Apakah yang sebenarnya Ini membawa kita kepada persoalan
dimaksudkan dengan falsafah kurikulum? Untuk seterusnya iaitu pengertian kurikulum itu
memahami pengertian falsafah kurikulum, kita sendiri. Daripada pandangan mata kasar,
harus tahu apakah itu falsafah dan apakah itu kurikulum pada amnya adalah dianggap sebagai
kurikulum. Jikalau disebut apakah itu falsafah pelajaran yang diajar di sekolah. Ada juga yang
maka ramai daripada kita memikirkan bahawa melihat kurikulum sebagai suatu rancangan
falsafah itu sesuatu yang abstrak, sukar pendidikan yang mempunyai matlamatnya
dimengertikan dan juga sepatutnya difikirkan sendiri. Istilah kurikulum yang disesuaikan dari
oleh orang yang layak berfalsafah sahaja. bahasa Inggeris itu adalah suatu istilah baru dan
Namun begitu pengertian falsafah yang konsep ini sebenarnya telah lama wujud iaitu
sebenarnya adalah merangkumi lebih daripada sejak zaman falsafah Yunani kuno lagi. Menurut
itu. Prof Emeritus Khoo Kay Khim (2003) Abu Bakar Nordin (1991), sebenarnya kurikulum
menyatakan bahawa istilah falsafah mempunyai merupakan satu bidang gunaan atau applied, di
sekurang-kurangnya dua makna. Yang pertama mana kepakaran dalam berbagai-bagai bidang
2

seperti keilmuan tertentu, psikologi, falsafah, Inggeris telah membawa masuk kaum pendatang
ekonomi dan sosologi digabungkan bagi dari China dan India untuk dijadikan pekerja-
menyediakan satu rancangan yang boleh pekerja ladang dan sebagainya. Ini telah
mengubah pelajar, sama ada dalam aspek menyebabkan berlakunya perkembangan sekolah
pengetahuan, kemahiran ataupun sikap. Jikalau persendirian pelbagai kaum seperti sekolah Cina,
menurut definisi kurikulum kebangsaan yang sekolah India dan sekolah Melayu yang masing-
dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 pula, masing mempunyai isi pelajaran yang
kurikulum didefinisikan sebagai, berorientasikan negara asal dan terhad kepada
budaya dan bahasa masing-masing. Selain itu,
... suatu program pendidikan yang termasuk terdapat juga sekolah Inggeris yang didirikan
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang oleh Inggeris yang mempunyai falsafah
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, pendidikan untuk mengisi tuntutan pentadbiran
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan tanah jajahan dari segi politik, ekonomi dan
untuk membantu perkembangan seseorang murid sosial. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr.
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, Mohd Taib Osman (2003),
mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan Dasar pertama yang menyokong
untuk menyampaikan pengetahuan. falsafah ini ialah mendirikan rangkaian
sekolah rendah dan menengah dengan
Akta Pendidikan 1996 bahasa pengantarnya Inggeris dan mata
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) pelajarannya berasaskan tahu menulis,
Pendidikan 1997] mambaca dan menghitung. Pelajaran
tahu menulis bertujuan supaya murid-
murid tahu mengarang seperti surat
untuk memohon kerja ataupun untuk
Pengetahuan tentang kurikulum amat
memenuhi keperluan setiap hari;
penting untuk membolehkan seseorang pendidik
membaca bertujuan mengenal huruf,
melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Guru
memahami buku-buku kesusasteraan
yang cekap perlu memahami dan mempunyai
Inggeris yang ditentukan; dan pelajaran
pengetahuan yang luas tentang kurikulum.
mengira menganduni ilmu hisab,
geometri dan algebra. Selain ilmu alam,
sejarah dan ilmu kesihatan turut diajar.
Puncak pencapaian perseolahan adalah
2.0 Perkembangan kurikulum di Malaysia
sijil daripada peperiksaan yang
dikelolakan Universiti Cambridge.
Kita tidak akan dapat memahami
perkembangan kurikulum di Malaysia
Sistem pendidikan di sekolah Melayu,
sepenuhnya dan rasional pembentukannya
pendidikan bermula dari darjah 1 hingga darjah
sekiranya kita tidak menyoroti sejarah
6. Hanya sebahagian sahaja daripada pelajar-
pendidikan dan sejarah negara ini sendiri. Untuk
pelajar sekolah Melayu yang dapat melanjutkan
memahami di mana kita berdiri sekarang kita
pelajaran ke sekolah Inggeris. Sebahagian
harus melihat kembali perjalanan yang telah kita
daripada orang Melayu juga menghantar anak-
tempuh. Demikian juga halnya dengan
anak mereka ke sekolah-sekolah agama yang
kurikulum Malaysia pada masa kini yang
terdiri daripada rumah, pondok masjid dan surau.
diasaskan oleh zaman sebelum merdeka dan
Dengan cara ini, nilai serta pendidikan Islam
selepas merdeka.
adalah kukuh di kalangan rakyat Melayu pada
masa itu.
2.1 Kurikulum Sebelum merdeka
Sekolah Cina pula mengambil
kurikulum dari negara China. Buku-buku dan
Sebelum kedatangan British, sistem
bahan-bahan juga diambil dari negara asal.
pendidikan formal tidak ditekankan di Tanah
Sekolah Cina yang pertama adalah didirikan oleh
Melayu dan lebih menumpukan kepada
Persatuan Mubaligh London di Melaka pada
pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok.
1815. Tahap pendidikan di sekolah Cina juga
Tenaga pengajar pula adalah terdiri daripada
hanya sampai di tahap rendah sahaja. Sistem
golongan-golongan agama seperti para ulama
persekolahan Tamil juga adalah lebih menjurus
dan ustaz. Selepas kedatangan Inggeris pula,
kepada kurikulum pendidikan dari negara India.
3

Buku teks dan guru-guru adalah didatangkan Syllabus and Time Table Committee telah
khas dari Sri Lanka. ditubuhkan pada tahun 1956. Namun dari segi
Sekali imbas kita dapat membuat pelaksanaan, didapati bahawa penggubalan
kesimpulan bahawa sistem pendidikan yang kurikulum menemui pelbagai masalah. Menurut
terdapat di Tanah melayu semasa penjajahan Abu Bakar Nordin (1991), ini adalah disebabkan
Inggeris adalah tidak bersifat nasionalis dan tiadanya satunya badan khusus yang menyelaras
sekadar untuk membolehkan setiap anggota dan menjamin mutu bagi pada sesuatu kurikulum
masyarakat untuk menjalankan fungsinya yang itu sebaliknya sekiranya terdapat permasalahan
memang sudah tersedia dalam masyarakat. yang timbul, satu jawatankuasa ad hoc akan
Contohnya anak-anak Melayu hanya dididik ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
supaya mereka boleh menjadi petani yang lebih tersebut sahaja dan kemudiannya akan
baik daripada ibu bapa mereka tetapi masih dibubarkan. Maka ini bermakna jawatankuasa
mengekalkan slot atau tempat mereka di dalam tersebut hanya akan menyelesaikan masalah
masyarakat. Sistem pendidikan ini tidak tersebut dari luaran sahaja dan bukannya
menggalakkan pemikiran yang keluar daripada menyelami apakah yang sebenarnya telah
kepompong pada masa tersebut. Pelajaran- berlaku.
pelajaran seperti sastera, sejarah dan ilmu Oleh sebab itu Pusat Perkembangan
kemanusiaan tidak ditekankan untuk Kurikulum telah ditubuhkan sebagai urusetia
mengelakkan rakyat Tanah Melayu pada masa bagi Jawatankuasa Pusat Kurikulum. Visi bagi
tersebut terdedah kepada pemikiran-pemikiran Pusat perkembangan Kurikulum ialah untuk
yang boleh menyoal keadaan-keadaan mereka melahirkan kurikulum sekolah berkualiti untuk
dan menyedari keadaan sosial dan ekonomi pada pendidikan negara bertaraf dunia. Misinya pula
masa itu. Keadaan ini membawa kelebihan adalah untuk membangunkan kurikulum sekolah
kepada Inggeris untuk mengekalkan status quo yang bersepadu dan berguna untuk
masyaakat dan keamanan tanpa persoalan dan perkembangan potensi individu sepenuhnya dan
pemberontakan. untuk memenuhi keperluan negara. Antara
objektif Pusat Perkembangan Kurikulum adalah
2.2 Kurikulum selepas kemerdekaan untuk menggubal kurikulum yang bersepadu dan
berguna bagi semua peringkat persekolahan,
Selepas kemerdekaan pula, Malaysia yang pada mengesan pelaksanaan kurikulum di semua
ketika itu sedang mengorak langkah untuk peringkat persekolahan dan menilai dan
menjadi sebuah negara yang merdeka meningkatkan mutu kurikulum secara berterusan
mempunyai satu aspirasi yang penting iaitu selaras dengan keperluan semasa dan masa
menyatu-padukan rakyat Malaysia yang terdiri depan.
dari pelbagai kaum dan untuk membina Hasilnya adalah pembentukan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan boleh Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum
menolong memajukan negara yang baru Bersepadu Sekolah Menengah. Kedua-dua
merdeka. kurikulum ini tidak dimodelkan daripada mana-
Permulaan pada perubahan yang mana kurikulum dan yang penting kedua-duanya
terdapat sekarang ialah Laporan Razak 1955. menggambarkan matlamat pendidikan negara.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk mencari
formula bagi mewujudkan sistem pendidikan 3.0 Orientasi-orientasi kurikulum
kebangsaan. Hasil daripada jawatankuasa ini
adalah Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Terdapat 5 orientasi asas kurikulum iaitu;
pengantar di semua sekolah. Ini menunjukkan akademik, teknologi, humanistik, pembentukan
bahawa dari segi kurikulum kemahiran bahasa semula masyarakat dan perkembangan proses
telah diberikan perhatian untuk memastikan humanistik. Kita akan melihat satu demi satu
rakyat negara ini dapat berkomunikasi dengan orientasi asas kurikulum tersebut.
satu sama lain secara berkesan dan pada masa Kurikulum akademik boleh dianggap
yang sama meningkatkan sikap positif dalam sebagai salah satu kurikulum paling berpengaruh
kehidupan bermasyarakat. sejak zaman lampau lagi. Tujuan kurikulum
Untuk menyatu-padukan masyarakat akademik adalah untuk menyampaikan
pada masa tersebut, kerajaan telah memastikan pengetahuan dan cara-cara terbaik untuk
bahawa semua sekolah menggunakan sukatan mengkaji dan menyelesaikan masalah dalam
mata peajaran yang sama. Untuk tujuan ini, satu sesuatu bidang dan seterusnya memperkembang
jawatankuasa yang dikenali sebagai General pengetahuan manusia sehingga tiap-tiap yang
4

terfikir itu boleh difahami. Mereka yang jenis manusia dan warganegara Malaysia yang
berpegang kepada kurikulum akademik adalah perlu dibentuk. Laporan ini telah diisytiharkan
seperti Schwab, Bruner dan Stone. rasminya 1987. Falsafah Pendidikan negara
Kurikulum humanistik pula merupakan satu adalah berdasarkan cita-cita yang terkandung
tanda peralihan dalam kurikulum daripada dalam Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta
penekanan kepada disiplin dan yang berbentuk Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet
akademik kepada perkembangan individu secara dan Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara
menyeluruh. Maka kurikulum humanistik tidak berbunyi,
tersusun rapi tetapi memberi memberi kesedaran
moral dan rohani kepada para pelajar. Suatu usaha berterusan ke arah
Kurikulum teknologi pula adalah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara
berteraskan kepada sains, teknologi dan menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
vokasional. Berbanding dengan kurikulum insan yang harmoni dan seimbang dari segi
humanistik, bagi penyokong kurikulum intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
teknologi, kurikulum itu bebas daripada nilai. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Maka sesuatu sistem pendidikan itu boleh Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
menentukan apa sahaja matlamat dan objektif. Malaysia yang berilmu pengetahuan,
Peranan kurikulum berorientasikan teknologi berkerampilan, berakhlak mulia,
ialah menyediakan program yang membolehkan bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
matlamat dan objektif sesuatu pembelajaran itu kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
tercapai. terhadap keharmonian dan kemakmuran
Kurikulum pembangunan semula masyarakat dan negara.
masyarakat pula lebih kepada untuk
membuatkan pelajar dapat menyesuaikan diri Jikalau diamati Falsafah Pendidikan
dengan masyarakat. Dalam kurikulum Negara, jelas sekali bahawa kurikulum yang ada
ini,persekolahan boleh dianggap sebagai proses dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini
pembudayaan semula atau permasyarakatan adalah bertunjangkan pada falsafah ini. Usaha
seseorang pelajar. Antara cendekiawan- dalam FPN ini merupakan bentuk tenaga yang
cendekiawan di dalam kurikulum ini adalah disumbangkan secara berterusan untuk
seperti Theodore Brameld, Paolo Freira dan John memperkembangkan iaitu menumbuhkan lagi
Mann. potensi individu. Potensi ini dimengertikan
Tujuan utama kurikulum ini adalah untuk sebagai kekuatan, kuasa atau imej dalaman
mendedhkan kepada pelajar masalah yang terselindung yang dimiliki manusia. Potensi turut
dihadapioleh masyarakat. Tidak mencukupi berkait dengan dorongan luar atau terbit dari
jikalau isu-isu yang sebegitu penting cuma diajar gerak hati, naluri atau keinsafan diri. Oleh itu
dalam mata pelajaran sains sosial sebaliknya pendidikan perlu mengenalpasti secara jitu
semua matapelajaran-matapelajaran yang lainny berbagai potensi individu secara fizikal dan
seperti ekonomi, fizik dan sejarah juga mesti rohani yang perlu dikembangkan menuju kearah
mengemukakan masalah yang sama. kebaikan dan kesempurnaan diri.
Kurikulum pengembangan proses kognitif Merujuk kepada insan yang harmoni
pula adalah kurikulum yang menekankan kepada dan seimbang dalam Falsafah Pendidikan
kemahiran berfikir yang mampu menukarkan Negara, dapat dimengertikan di sini bahawa
pengetahuan dan pemahaman kepada insan yang harmoni adalah insan yang tiada
penyelesaian masalah. Di antara proses-proses kepincangan atau konflik fizikal dan kerohanian,
ini adalah menterjemah maklumat ke dalam iaitu perkembangan fizikal dan kerohanian perlu
pelbagai bentuk, membuat inferens, menilai, sepadan dan sesuai. Secara politiknya pula, ia
emgelas dan membuat generalisasi. membawa maksud masyarakat Malaysia yang
pelbagai kaum, agama dan budaya, sosio-ekon-
4.0 Falsafah Kurikulum di Malaysia politik hidup dalam satu cita-cita dan hasrat yang
sama. Seimbang pula merujuk kepada piawaian
Falsafah Pendidikan Negara merupakan yang setara. Ini bermaksud bahawa pertumbuhan
tunjang asas kepada kurikulum dan perkembagan fizikal dan rohani dalam diri
pendidikan yang terdapat di Malaysia pada masa pelajar adalah dalam keadaan yang setara dan
ini. Falsafah pendidikan negara secara tersurat seimbang agar kedua-dua perkara ini memenuhi
bermula sejak Laporan Kabinet (1979). Laporan piawaian sistem pendidikan yang diwujudkan.
ini menyatakan tentang penentuan watak dan Intelek, rohani, jasmani dan emosi yang disebut
5

di dalam falsafah Pendidikan Negara itu Untuk melahirkan kurikulum yang


membawa maksud yang luas. Konsep intelek sempurna juga, pandangan guru-guru juga
membawa maksud ilmu pengetahuan seseorang sepatutnya diambil kira. Ini kerana mereka yang
individu itu manakala rohani adalah dari segi bertanggungjawab sebagai pihak pelaksana dan
kejiwaan ataupun roh seseorang pelajar. Jasmani oleh itu pandangan mereka amat kritikal tentang
pula merujuk kepada kesihatan keseluruhan bagaimana sesuatu ilmu itu disampaikan.
tubuh badan seseorang individu tersebut. Emosi
pula merujuk kepada kesihatan mental dan emosi
seseorang pelajar. Pelajar yang dihasilkan
daripada sistem pendidikan negara ini mestilah Rujukan
seseorang yang mampu mengawal emosinya.
Maka jelas di sini bahawa kerajaan berhasrat Abu Bakar Nordin (1991), Kurikulum,
untuk membina sebuah kurikulum yang dapat Perspektif dan Pelaksanaan. Penerbitan Pustaka
menghasilkan insan yang seimbang daripada Antara.
pelbagai segi. Maka kurikulum telah dibentuk
diasaskan kepada beberapa prinsip utama. Khoo Kay Kim (2003), Falsafah Budaya dalam
Pertama ialah intelek yang menunjukkan Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya.
kepentingan ilmu pengetahuan kepada kita.
Dengan adanya ilmu, manusia dapat menghadapi N. Khantasamy (2003), Falsafah Budaya dalam
apa sahaja cabaran hidup. Prinsip kedua adalah Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya.
berkaitan daya pemikiran. Ini bermaksud bahawa
pelajar yang dilahirkan itu mampu berfikir dan Mohd Taib Osman (2003), Falsafah Budaya dalam
menaakul perbagai persoalan di sekitarnya. Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya
Prinsip ketiga pula berkaitan dengan nilai.
Kurikulum yang lengkap adalah kurikulum yang
mencakupi unsur kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan. Bagi membentuk insan yang
sepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani, kandungan pelajaran hendaklah
merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai yang sesuai.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan


Negara merupakan falsafah asas kurikulum yang
telah dibentuk di negara ini. Selepas lama
mengecapi kemerdekaan, sekarang adalah masa
untuk kita bertanya kepada diri sendiri. Apakah
kurikulum kita pada masa sekarang sudah
mencapai matlamatnya? Apakah yang tersurat
sudah dapat dizahirkan? Apa yang penting dalam
pembentukan kurikulum yang mantap adalah
adakah kurikulum tersebut relevan dengan kita
dan dapat dicapai.
Pembentukan individu yang sempurna dan
masyarakat yang terdiri dari golongan ini
memerlukan satu sistem pendidikan yang
mempunyai tekad dan pandangan hidup yang
liberal tetapi realisme. Persoalan yang selalu
menghantui kita iaitu persoalan antara akademik
dan vokasionalisme juga tidak patut timbul. Ini
kerana ilmu dan proses mendapat ilmu dan
menggunanya berada pada satu kontinuum yang
sama. Ilmu yang diperolehi pastinya bertujuan
untuk digunakan.

You might also like