You are on page 1of 2

SMK Mutiara Rini No.

Tel : 07-5569845
Jalan Persiaran Utama, No. Fax : 07-5579289
Taman Mutiara Rini e-mail : smktmr@yahoo.com
81300 Skudai Johor Bahru, Johor smkmutiararini@gmail.com

Rujukan tuan :
Rujukan kami : JEA 1059/100-19/1/24(21)
Tarikh : 4 Mac 2013

Kepada
Ibu bapa/Penjaga Murid
SMK Mutiara Rini
Johor Bahru

Tuan,

WAKTU DATANG SEKOLAH (JAM 7.00 PAGI) BAGI SESI PAGI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa salah satu fokus Kementerian Pelajaran Malaysia


pada tahun ini ialah mengurus masa instruksional (MMI). Ini bermaksud pengurusan
masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.

3. Sehubungan itu pihak sekolah telah membuat ketetapan bahawa semua pelajar
sesi pagi dikehendaki hadir ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.00 pagi. Berikut
ialah tentatif pengurusan pelajar sebelum masuk ke kelas:-
7.00 -Pelajar datang ke sekolah.
7.05 -Loceng dibunyikan dan pelajar dikehendaki beratur di tapak perhimpunan.
7.10 -Pengumuman-pengumuman dibaca oleh guru bertugas. Kedatangan pelajar
dicatat untuk semakan pertama.
7.20 -Pelajar digerakkan dari tapak perhimpunan ke kelas masing-masing.
7.25 -Pelajar menyediakan diri di bilik darjah untuk sesi pengajaran dan
Pembelajaran. Guru mata pelajaran masa pertama masuk ke kelas untuk
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
7.30 -Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

2. Oleh yang demikian diharap pihak tuan dapat mengurus pengangkutan anak/anak
jagaan tuan/puan agar dapat hadir tidak lewat daripada ketetapan waktu yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Kerjasama daripada tuan/puan sangatlah diharapkan dan
diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


HAJAH HALINA BINTI HASNAN
Pengetua
SMK Mutiara Rini
Johor Bahru

You might also like