You are on page 1of 2

.

Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau
bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu
solat. Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka
yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah
ialah sunat Muakkad.
.
Lafaz Iqamat
Susunan kalimah-kalimah seruan Iqamat atau Qamat ialah:-

.
.
Syarat-Syarat Iqamah
1. Bacaan iqamah mesti diseru selepas azan.
2. Iqamah sebaik-baik di baca oleh orang yang azan.
3. Muazzin perlu mendapat izin daripada imam sebelum iqamah.
4. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada azan.
5. Diucapkan, cukup sekadar dapat didengari oleh orang yang hadir bersamanya.
6. Dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali uzur atau ada halangan berbuat demikian.
7. Menghadap ke arah kiblat.
.
.
Sunat Iqamah
1. Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat azan.
2. Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan
satu nafas.
3. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.
4. Menjawab seruan iqamah.
5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad sebaik habis azan.
6. Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad kepada Allah.
.
.
Jarak Masa Iqamah
1. Iqamah tidak perlu cepat.
2. Jarak antara azan dan iqamah, paling cepat kira-kira satu solat atau orang yang makan dapat
menghabiskan makanannya.
3. Imam berhak menentukan masa Iqamah, sama ada ia mengambil masa suku jam, satu petiga jam
atau seumpamanya mengikut keperluan. Azan itu milik Allah dan iqamah itu milik imam.
4. Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram
kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf.

Rasulullah bersabda: Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu
langit dan dimakbulkan doa. (Hadis riwayat Ahmad)

Bersabda Rasulullah lagi: Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu
ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

You might also like