You are on page 1of 3

Jenis budaya mengikut takrif tokoh budayawan dan ilmuan terkenal

Takrifan yang melihat kepada aspek asas perlakuan telah pun dikemukakan oleh
ahli-ahli pengkaji budaya (antropologi) seperti Alfred Kroeber dan Talcott Parsons (1958).
Mereka telah pun melihat budaya kepada aspek idea, iaitu seperti system nilai. Diandaikan
bahawa nilai-nilailah yang menggerakkan perlakuan. Namun, dalam perbahasan itu system
nilai lebih merujuk kepada nilai bersama. Nilai bersama melahirkan tindakan yang seragam.
Walau bagaimanapun, sistem nilai itu masih boleh menjadi landasan kepada perlakuan yang
tidak seragam. Perlakuan yang tidak seragam (kepelbagaian) terjadi kerana sistem nilai
tersebut lebih berpusat kepada individu. Hakikat ini yang diutarakan oleh Parsons (1951:
274) apabila beliau menyatakan bahawa nilai menggerakkan tindakan manusia dan tindakan
itu dilakukan mengikut pilihan masing-masing meskipun dalam situasi yang sama. Dalam
konteks ini, budaya bukan lagi sebagai peraturan, sistem adaptif ataupun simbol ekspresif,
tetapi sebagai peralatan. Setiap anggota masyarakat dibekalkan dengan budaya kerana
bersama budaya atau peralatan itu, dia boleh menjalani kehidupannya.

Analisis tentang budaya harus juga menumpukan kepada strategi tindakan.Strategi


di sini bukan bermakna rancangan tetapi cara menyusun tindakan, sebagaimana kata
Swidler (1986 :277) bahawa all real culture contain diverse, often conflicting symbols,
rituals, stories and guide to action. Pandangan ini menegaskan lagi pendapat yang
menganggap bahawa sesebuah budaya tidak selalunya seragam. Terdapat pelbagai perkara
yang bukan sahaja banyak, tetapi tidak serupa dan bertentangan dalam sesebuah budaya.
Contoh yang paling dekat ialah masyarakat Islam. Sungguhpun Islam dikatakan satu cara
hidup yang lengkap, terdapat satu kitab iaitu al-Quran, satu tradisi iaitu as-Sunnah dan satu
tempat suci (Kaabah), tetapi umatnya bukan sahaja berbagai-bagai ragam (mazhab) bahkan
juga sentiasa dalam konflik sepanjang sejarah.

Swidler mengemukakan dua keadaan yang berbeza iaitu kesinambungan dan


perubahan. Dalam kesinambungan, setiap peralatan itu saling menyokong tetapi dalam
perubahan, ia sebaliknya. Pada masa perubahan inilah muncul ideology dan gaya baru
dalam tindakan;Pada masa inilah timbul pertandingan makna. Ekspresi budaya tidak lagi
seragam atau saling menyokong. Budaya dominan dicaar dan ditentang oleh sub budaya
atau kebudayaan oposisi.

Sesebuah budaya selalunya atau dalam kebanyakan waktu dikawall oleh golongan
elit. Namu, mereka tidak dapat selamannya mengawal interpretasi individu terhadap budaya
tersebut (Gottdiener, 1985). Dengan perkataan lain, kesedaran orang ramai tidak selalunya
dapat dikawal oleh golongan yang berkuasa. Setiap pengawalan budaya (ideology) sentiasa
ada tandingan, perlawanan dan tentangan.

Perubahan budaya tidak semestinya berlaku melalui revolusi sosial dan ini tidak
terikat dengan politik (Melucci, 1985). Perhatian kepada perubahan budaya yang berskala
besar dan tersebar luas hanya akan melupakan hakikat perubahan yang dilakukan pada
peringkat individu. Oleh itu, untuk mendekati perubahan budaya, perlu juga diteliti individu
sebagai pembawa perubahan.

-Hanapi Dollah. 2004. Sastera dalam Perspektif Budaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.-
Pelbagai tafsiran telah diberi tentang budaya. Orang yang pertama memberi definisi
budaya ialah Edward Bernard Tylor (1871). Menurut E.B Tylor, budaya atau peradaban
adalah suatu kesatuan yang kompleks, mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota
sesebuah masyarakat (Mohd Taib Osman, 1988). Menurut Brown pula, kebudayaan
diertikan sebagai idea cultivation, yang bermaksud suatu proses kehidupan yang diperoleh
seseorang melalui hubungan dengan orang lain, melalui benda-benda, buku-buku, karya
seni, pengetahuan, kemahiran, idea dan kepercayaan (Radelif, 1980). Edward Sapir (1960),
pakar antropologi dan linguistic Amerika pula mentakrifkan bahawa budaya (culture)
kepada tiga pengertian. Pengertian pertama ialah budaya yang bermaksud unsur-unsur
diwarisi secara sosial dalam kehidupan manusia, baik dalam bentuk kebendaan, mahupun
spiritual dan mempunyai permulaan dengan wujudnya manusia. Kedua, budaya
bermaksud membawa tradisi turun-temurun bagi mewujudkan satu taraf ideal untuk anggota
masyarakat dalam mencapai kecanggihan dari sudut tingkah laku dan cara hidup mereka.
Ketiga, budaya membawa pengertian sikap, pandangan hidup, serta unsur-unsur
peradaban dan semuanya ini memberi tempat yang khusus kepada masyarakat di seluruh
dunia. Melalui pengertian ini, penekanan diberi kepada bagaimana sesuatu sikap,
pandangan hidup, dan unsur-unsur dalam kehidupan menjadi kepercayaan masyarakat dan
cara semua ini berfungsi dalam memberikan makna kepada kehidupan masyarakat.

Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat, kepercayaan, sikap, niali dan
idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-satu kumpulan. Fungsinyna
adalah menyediakan cara semula jadi untuk ahli organisasi atau masyarakat melakukan
sesuatu perkara (Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992). Pengkaji tempatan, Ahmad
Fawzi dan Abdul Rahman (1996) pula mentakrifkan budaya sebagai warisan sosial
sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang
dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Seorang lagi tokoh budaya
tempatan, iaitu Siti Zainon Ismail (2003) pula menyatakan bahawa budaya adalah merujuk
kepada keseluruhan sistem dan gaya hidup (the way of life) sebuah masyarakat yang
bertamadun.

Berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa budaya


merupakan suatu proses perkembangan kelakuan, akal, semangat dan usaha manusia
dalam sesebuah kelompok masyarakat. Dengan kata lain, budaya merujuk kepada cara
hidup manusia yang membawa kepada pembinaan tamadun sesebuah masyarakat yang
diwarisi dan bersifat dinamik.

-Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina Wan Othman, Ratna Laila Shahidin.
2014. Kebudayaan Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.-

Namun, pendefinisian yang dibuat oleh Edward B.Taylor lebih 100 tahun masih lagi
relevan dan berupaya menerangkan pengertian budaya. Menurut Taylor budaya adalah;

suatu keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni,


undang-undang, moral, adat dan kebiasaan-kebiasaan lain yang diperoleh individu sebagai
ahli dalam masyarakat (Inciardi & Rothman, 1990).
Budaya juga dapat diterangkan sebagai suatu cara hidup yang dikongsikan oleh
sekumpulan manusia, suatu sistem idea, nilai, pengetahuan dan adat yang diturunkan dari
satu generasi ke generasi yang lain dalam suatu kumpulan sosial (Spencer, 1985). Hess et
al. (1996) pula mentakrifkan budaya sebagai blueprint untuk sesuatu kumpulan atau
masyarakat yang ahli-ahlinya berkongsi Bahasa dan wilayah yang sama serta mengiktiraf
identity bersama mereka.

Budaya dan masyarakat merupakan dua konsep yang saling berkait. Apabila
terbentuk masyarakat, maka wujudlah budaya. Budaya merupakan produk daripada
masyarakat. Budaya dikatakan sebagai warisan bersama dan merangkumi semua
fenomena manusia (Eshleman & Cashion, 1985). Budaya sebenarnya merupakan pengaruh
yang besar terhadap kehidupan manusia. Budaya membentuk dan memandu persepsi
individu. Budaya akan menjadi garis panduan kepada manusia untuk menentukan perkara
yang benar dan salah. Budaya akan menentukan cara seseorang itu berpakaian, cara dan
jenis-jenis makanan, muzik yang didengar. Budaya juga membentuk pemahaman kita
tentang kehidupan dan kematian, baik dan buruk. Budaya akan mempengaruhi manusia
dalam menentukan orang yang hrus dikasihi dan orang yang harus dibenci. Budaya juga
menentukan cara untuk menzahirkan emosi terhadap perkara-perkara tersebut. Selain itu,
budaya juga menyediakan jawapan asasi terhadap persoalan kewujudan manusia,
menyediakan undang-undang yang sesuai untuk bertingkah laku dalam masyarakat. Budaya
juga menyediakan garis panduan untuk manusia dalam melakukan urusan-urusan seharian
biar sekecil manapun perkara itu (Thompson & Hickey, 1994) Budaya dapat dilihat dari
aspek kebendaan dan bukan kebendaan.

Menurut Brown pula, kebudayaan diertikan sebagai idea cultivation, yang bermaksud suatu
proses kehidupan yang diperoleh seseorang melalui hubungan dengan orang lain, melalui
benda-benda, buku-buku, karya seni, pengetahuan, kemahiran, idea dan kepercayaan. Hal
ini bermaksud budaya diperoleh apabila wujud interaksi di kalangan masyarakat. Interaksi
tersebut diperoleh melalui pembacaan atau pengalaman yang dilaluinya sendiri dan
kepercayaan terhadap agama masing-masing.

You might also like