You are on page 1of 5

2.1.

2 Mencipta corak irama mudah


-mengajuk corak irama
-Mencipta jawapankepada soalan irama yang diberikan.
Arahan:
Tepuk semula corak irama yang dibuat oleh guru.
Aktiviti 1:
1.Guru menepuk corak irama yang mudah.
* * ** *
Ta ta titi ta
** ** * *
Titi titi ta ta

2.Pelajar mengajuk menepuk corak irama mengikut guru.

Arahan:
Jawab corak irama yang telah ditepuk oleh guru mengikut kreativiti kamu.
Aktiviti 2
1.Guru memanggil seorang pelajar dalam kelas.
2.Guru menepuk tangan corak irama yang mudah
* * ** *
Ta ta titi ta
3.Pelajar membalas dengan menepuk jawapan corak irama yang ditepuk oleh guru.
** ** * *
Titi titi ta ta
2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal.
-Mengajuk melodi
-mengimprovisasi jawapan kepada soalan melodi yang diberikan.
Arahan:
Ajuk semula melodi yang telah dinyanyikan oleh guru
Aktiviti:
1.Guru menyanyi satu melodi yang mudah.
2.Pelajar mengajuk menyanyi melodi yang sama mengikut guru.
Contoh : guru :la la la la la la la la la
Murid :la la la la la la la la la
Guru ; wu wu wu wu wu wu wu wu
Murid : wu wu wu wu wu wu wu wu
Aktiviti 2.
1.Guru mengucapkan Selamat Pagi Murid dengan melodi yang mudah .
2.Murid mengimprovisasi menjawab Selamat Pagi Cikgu dengan melodi yang berbeza.
3.1.1 Mengenal pasti muzik vokal dan muzik instrumental serta warna ton daripada muzik
yang didengar.
Muzik vokal (solo dan kumpulan )
Arahan :
Nyatakan perbezaan ton suara tebal dan nipis dalam nyanyian.
BBB : CD 2 Track 01

Aktiviti :
1. Guru memainkan lagu Gergasi.
2. Murid menyanyikan lagu rangkap pertama secara beramai-ramai dan rangkap kedua secara
individu.
3. Murid diminta membezakan ton suara iaitu ton suara tebal atau nipis.

-Muzik instrumental (solo dan kumpulan )


Soalan :
1. Guru memperdengrkan lagu Raya Sayang.
2. Murid menyanyi lagu yang yang diperdengarkan secara kumpulan mengikuti
instrumental.
3. Seterusnya murid yang dipanggil menyanyi lagu secara solo
Warna ton (suara dan alat muzik )
Arahan:
Dengarkan bunyi suara manusia dan perkusi melalui rakaman dan alat perkusi yang
dimainkan
Aktiviti:
1.Guru dengarkan bunyi suara manusia iaitu suara lelaki dan perempuan
2.Murid memilih carta ikon berdasarkan bunyi suara ( ikon gambar lelaki dan perempuan)
3.Murid memainkan dua alat perkusi yang berbeza iaitu bunyi nipis dan tebal berdasarkan
rakaman yang diperdengarkan dengan betul

1.1.2 Mengenal pasti mud,tempo,tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar
Arahan:
Buat gerakan mengikut guru berdasarkan lagu yang dimainkan.
i)Riang-CD1 Track 1Mari Bergerak(KSSR Tahun 2)
ii)Takut-CD2 Track 1- Gergasi(KSSR Tahun 2)
iii)Sedih- Anak Ayam (KSSR Tahun 1)
Aktiviti :
a) Guru memperdengarkan 3 buah lagu kepada murid.
b) Murid membuat gerakan mengikut guru berdasarkan lagu yang dimainkan.
c) Guru mendapatkan maklum balas murid tentang perasaan mereka ketika
mendengar/bergerak mengikut lagu.

Arahan :
Lakukan pergerakan untuk menunjukkan mud sedih, riang dan takut berpandukan 3 buah lagu
yang diperdengarkan oleh guru.

BBB : CD 1 Track 01
Track 11
CD 2 Track 01

Aktiviti :
1. Murid diperdengarkan lagu-lagu dalam mud sedih, riang dan takut.
2. Murid membuat pergerakan untuk menunjukkan mud lagu yang didengari.
Tempo (cepat dan lambat )
Melakarkan grafik,menunjukkan tempo cepat dan lambat
Arahan:

Murid mendengar muzik yang menunjukkan tempo cepat dan lambat


Aktiviti:
1. Guru memperdengarkan keseluruhan lagu yang mengandungi tempo cepat dan lambat
2. Guru meminta murid melakar grafik pada tempo cepat dengan menggunakan pen marker
merah pada kertas lukisan yang disediakan
3. Murid melakar grafik menggunakan pen marker biru bagi tempo yang lambat
4. Murid dapat membandingkan tempo cepat dan lambat dengan betul berdasarkan
pengurusan grafik yang dibina dari lagu yang diperdengarkan.
Tekstur (solo-nipis dan kumpulan tebal)
Mengenalpasti tekstur nipis dan tebal
Soalan:
Mainkan alat perkusi bagi menunjukkan tekstur tebal (bass,drum) dan tekstur nipis
(kerincing) pada lagu yang diperdengarkan
Aktiviti:
1. Guru memperdengarkan lagu Main muzik
2. Guru menerangkan maksud tekstur tebal dan nipis yang terdapat dalam lagu
3. Guru memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis
4. Murid memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis semasa lagu diperdengarkan.
Dinamik (kuat-lembut)
Mengenalpasti dinamik kuat dan lembut
Arahan:
Tunjukkan kad ikon (loceng) untuk dinamik kuat dan kad ikon kastanet untuk dinamik
lembut dengan betul.
Lagu: CD1 Track 05 Bunyi perkusi
Aktiviti:
1. Murid diperdengarkan lagu Bunyi Perkusi
2. Murid diberikan kad ikon untuk menunjukkan dinamik kuat
3. Murid diberikan pula kad ikon lain untuk menunjukkkan dinamik lembut
4. Guru mempengarkan lagu sambil murid menunjukkan kad ikon dinamik kuat dan lembut

You might also like