You are on page 1of 29

UNIT PENGAKAP REMAJA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH


DAERAH SEMBULAN

BIODATA

Maklumat Peribadi
Nama Penuh :
No. Mykad :
Tarikh Lahir : GAMBAR
Tempat Lahir :
No. Telefon :
Alamat :
Email :

Maklumat Kepengakapan
Daerah :
Nombor Kumpulan :
Nama Sekolah :
Nama Patrol :
Pangkat :
No. Sijil Lencana Jayadiri :

Maklumat Keluarga
Alamat Perhubungan :
Nama Bapa :
No. Telefon :
Nama Ibu :
No. Telefon :

MA/17/1 1
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Pengakap :
No. Kad Pengenalan :
Daerah :
No. Kumpulan :
No. Sijil :
*No. Sijil Diisi setelah ahli lulus dan menerima sijil dari Daerah Sembulan

TARIKH TANDATANGAN
BIL PERKARA
LULUS PENGUJI
1 Fungsi Parlimen.
Bendera Negeri dalam Malaysia, Lambang
2 Malaysia dan Lambang Negeri masing-
masing.
Menerangkan fungsi SATU daripada agensi
3
Kerajaan.
Peta kawasan parlimen negeri dan ahli
4
parlimen.
5 Buku Log Peribadi.
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Remaja ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : Tandatangan :
Nama Penilai :
Jawatan :

MA/17/1 2
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat


undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada


undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan


kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan
tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan
telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil
"Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen.

Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri,


mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-
kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap
Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan
atau menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut.

Secara amnya, ahli Dewan menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan
jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi
Parlimen.

MA/17/1 3
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

DEWAN NEGARA

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan
perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.

Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu
laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar
senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh
negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan
dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-
undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu
meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal
suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan
kepada Perlembagaan Malaysia. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk
menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti
2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali
ketiga.

Pindaan Perlembagaan Malaysia bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3
di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3
di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-
undang untuk meminda Perlembagaan Malaysia itu ditolak.

Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang
untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah -
Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

MA/17/1 4
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia.
Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai
Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat
bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Menjalankan system pemerintahan demokasi.

Bersidang dari masa ke semasa.

Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar


kerajaan.

Mengubal undang-undang.

Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen


menyokong pindaan tersebut.

MA/17/1 5
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Bendera Malaysia

14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur
merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingan
terhadap negara ini di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih yang
melambangkan kesucian negara di sebelah bawah.
Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1
kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah
Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama
rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah
Perlembagaan Negara Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

MA/17/1 6
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Johor Darul Takzim

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan


negeri.

Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Kedah Darul Aman

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.

Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini
beragama Islam.

Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya
dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

MA/17/1 7
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Kelantan Darul Naim

Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk


rakyat dan Raja yang memerintah.

Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Negeri Sembilan Darul Khusus

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.

Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat.

Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-
luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

MA/17/1 8
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Perak Darul Ridzuan

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak Darul Ridzuan.

Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir
Perak Darul Ridzuan.

Pahang Darul Makmur

Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di

MA/17/1 9
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

bawah.

Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara


melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri
Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja.

Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri
Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja.

Negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat


istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja
sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Melaka

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan.

Sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama
negeri dan Malaysia.

Perlis Indera Kayangan

MA/17/1 10
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan


rakyat.

Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat Baginda.

Selangor Darul Ehsan

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
Unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Pulau Pinang

MA/17/1 11
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan
damai.

Warna kuning melambangkan kemakmuran.

Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

Terengganu Darul Iman

Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan.Ia melingkari


tanah hitam yang bermaksud rakyat.

Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat


Baginda.

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

MA/17/1 12
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Wilayah Persekutuan

Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan.

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan
digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang
berkenaan.

Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera


Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan
Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

1. Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan


dan kedaulatan;

2. Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan,


keharmonian dan kebenaran; dan

3. Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian


dan bertenaga.

4. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan


penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan
negara.

MA/17/1 13
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

5. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah


Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang
bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Sabah

Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut


sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan
grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian
bendera ini.

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur
atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna
merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,

Putih melambangkan kesucian dan keadilan,

Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran

Biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang

MA/17/1 14
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

terkandung dalam Negeri Sabah.

Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri


Sabah.
Sarawak

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan


rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),


perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak


mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan


bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan
kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

MA/17/1 15
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Lambang Negara Malaysia

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam


Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau
Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat
dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-
warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor;
hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri
Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri
dan Sarawak di sebelah kanan.
Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri
dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.

MA/17/1 16
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Lambang Negeri Sabah

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas
satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji
dan nilakandi.

Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.
Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan
merah cili dalam bentuk V.

Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna


nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh
sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah
"Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.

MA/17/1 17
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri
Sabah.

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman.

Warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.

Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara

Nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung


Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

MA/17/1 18
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Terangkan fungsi SATU daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti dibawa:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA


(Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang
ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras,
mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk
pengimportan dan pengeksportan.
Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:
Sayur-sayuran
Buah-Buahan
Bijiran dan Herba
Ternakan dan Akuakultur

Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:


Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan
pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan
Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran
baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia
Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi
mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan

MA/17/1 19
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri


pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil
pertanian dan
Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam
aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land


Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang
menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk


tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu
orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan
Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum
India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari
pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk
Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer
persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit.
Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar
bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan
minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang
pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di
kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju
dan berdisiplin.
Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian
tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961,
petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km tanah.
Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km di bawah rancangan FELDA

MA/17/1 20
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

tertumpu kepada kelapa sawit.

PETRONAS , pendek untuk Petrolium Nasional Berhad (Malaysian National Oil Company Inc.),
seorang warganegara Malaysia minyak dangas syarikat yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974.
Dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, perbadanan itu diperuntukkan kepada
keseluruhan sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab
membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber ini.
Petronas berada di kedudukan antara Fortune Global 500 syarikat terbesar 's di dunia.
Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat terbesar ke-75 di dunia pada tahun 2013.
Fortune juga menyenaraikan Petronas sebagai syarikat yang paling menguntungkan ke-12
di dunia dan yang paling menguntungkan di Asia.
Sejak diperbadankan, Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas
antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 35 buah negara. Sehingga
akhir Mac 2005, Kumpulan Petronas terdiri 103 anak-anak syarikat milik penuh, 19 pakaian
milik sebahagiannya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama, syarikat-syarikat ini
membuat Kumpulan Petronas, yang terlibat dalam pelbagai aktiviti berasaskan minyak dan
gas. The Financial Times telah mengenal pasti PETRONAS sebagai salah satu daripada "
tujuh beradik baru " syarikat-syarikat minyak dan gas negara yang paling berpengaruh dan
terutamanya milik negara dari negara-negara di luar OECD .
Kumpulan itu terlibat dalam pelbagai spektrum aktiviti petroleum,
termasuk hulu penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas kepada hiliran penapisan
minyak ;
pemasaran dan pengedaran produk petroleum ;
perdagangan;
pemprosesan gas dan pencairan ;
penghantaran gas paip operasi rangkaian;
pemasaran gas asli cecair ;
petrokimia pembuatan dan pemasaran;
penghantaran;
kejuruteraan automotif ;

MA/17/1 21
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

dan pelaburan hartanah.


PETRONAS merupakan sumber besar pendapatan bagi kerajaan Malaysia, dengan 45% daripada
bajet kerajaan bergantung kepada dividen PETRONAS, lebih-lebih lagi dalam imbangan sebenar
2011 kerajaan mempunyai 5 peratus defisit Keluaran Dalam Negara Kasar.

Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN merupakan pusat
latihan bagi pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. INTAN telah diberi mandat dan
tanggungjawab oleh kerajaan untuk melatih kakitangan awam yang berkhidmat di
agensi kerajaan persekutuan, negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta
Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain daripada melatih kakitangan awam, INTAN juga menyediakan perkhidmatan
perundingan berkaitan latihan dan kursus kepada pelanggan-pelangan INTAN yang
terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara dan juga dari luar negara
Setiap tahun INTAN akan menganjurkan kursus-kursus seperti Induksi,
Mandatori, Pembangunan Profesional, Peningkatan Kecekapan, Penilaian,
Persijilan, Diploma, dan juga peringkat Sarjana dengan kerjasama dengan
Universiti.
Setiap tahun INTAN akan menghantar Buku Projek Latihan INTAN dan Kalendar
Projek Latihan INTAN kepada Bahagian atau Unit Latihan semua Jabatan dan
Kementerian.
Selain daripada itu, INTAN juga akan menghantar risalah dan maklumat
berkaitan kursus dan latihan anjuran INTAN dari masa ke semasa. Sebarang
permohonan perlulah menggunakan Borang permohonan Kursus yang
disertakan bersama. Pemohon juga boleh memohon secara atas talian dan
mendapatkan Borang Permohonan melalui Laman Web INTAN.
Jangka masa kursus bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Jangka
pendek adalah selama 3 hingga 5 hari, dan jangka panjang adalah dalam
linkungan 2 minggu hingga 2 bulan.

MA/17/1 22
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Untuk kursus-kursus peringkat Diploma dan Sarjana, ia mengambil masa antara


6 bulan hingga 2 tahun.
INTAN diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada penjawat awam untuk meningkat
prestasi perkhidmatan semasa dalam tugas mellaui kursusu dan latihan dari masa ke
semasa. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggung jawab INTAN untuk menyediakan
perkhidmatan latihan dan kursus kepada semua Penjawat Awam baik Kerajaan
Persekutuan mahupun kerajaan Negeri
INTAN tidak menetapkan garis panduan keutamaan dalam menyediakan
perkhidmatan. Walau bagaimanapun setiap tahun 60% peserta kursus adalah
terdiri daripada Kumpulan Sokongan, manakala 40% lagi adalah daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Bagi memenuhi keperluan persiapan diri khususnya Isteri-isteri kepada Pegawai Tinggi
Kerajaan dalam Kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dalam menghadiri
acara-acara rasmi kerajaan.
INTAN juga telah menganjurkan kursus berkaitan Etiket, Protokol dan
Keterampilan Diri kepada isteri-isteri mereka ini.

Di INTAN semua penjawat awam yang bertugas di INTAN diwajibkan menjalani Latihan
Kejurulatihan untuk melayakkan mereka untuk menjadi Pengajar ataupun Jurulatih di
INTAN. Jadi semua jurulatih ataupun Pengajar adalah warga INTAN. Namun dalam
keadaan-keadaan tertentu di mana INTAN tidak mempunyai kepakaran, barulah
perkhidmatan luar diperolehi.
Seperti di Universiti yang mempunyai pelbagai Fakulti mengikut Bidang masing-masing,
INTAN juga mempunyai 9 Program yang akan mengendalikan kursus dan latihan
mengikut bidang masing-masing. Program-program tersebut adalah
1) Program Kepimpinan;
2) Program Pengurusan Teknologi (IMATEC);
3) Program Pembangunan Profesional;
4) Program Penyelidikan dan Pembangunan;
5) Program Pengurusan Kewangan;
6) Program Pengurusan Kerajaan Tempatan dan Daerah;
7) Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan;
8) Pembangunan Pengurusan;
9) Program Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.
Selain daripada itu, INTAN juga mempunyai 6 Kampus Wilayah yang turut
mengendalikan kursus-kursus untuk menampung keperluan permintaan di kawasan

MA/17/1 23
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

sekitar. Kampus-kampus tersebut terletak di Sungai Petani (INTURA), Kemaman,


Terengganu (INTIM), Kluang, Johor (IKHWAS), Jalan Elmu, Petaling Jaya
(INTENGAH), Sabah dan Sarawak.

MA/17/1 24
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Peta Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

MA/17/1 25
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

Senarai kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri :

Kod Kawasan Parlimen DUN 1 DUN 2 DUN 3

P.167 Kudat N.01 Banggi N.02 Tanjong Kapor N.03 Pitas

P.168 Kota Marudu N.04 Matunggong N.05 Tandek

P.169 Kota Belud N.06 Tempasuk N.07 Kadamaian N.08 Usukan

P.170 Tuaran N.09 Tamparuli N.10 Sulaman N.11 Kiulu

P.171 Sepanggar N.12 Karambunai N.13 Inanam

P.172 Kota Kinabalu N.14 Likas N.15 Api-Api N.16 Luyang

P.173 Putatan N.17 Tanjong Aru N.18 Petagas

P.174 Penampang N.19 Kepayan N.20 Moyog

P.175 Papar N.21 Kawang N.22 Pantai Manis

P.176 Kimanis N.23 Bongawan N.24 Membakut

P.177 Beaufort N.25 Klias N.26 Kuala Penyu

P.178 Sipitang N.27 Lumadan N.28 Sindumin

MA/17/1 26
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

P.179 Ranau N.29 Kundasang N.30 Karanaan N.31 Paginatan

P.180 Keningau N.32 Tambunan N.33 Bingkor N.34 Liawan

P.181 Tenom N.35 Melalap N.36 Kemabong

P.182 Pensiangan N.37 Sook N.38 Nabawan

P.183 Beluran N.39 Sugut N.40 Labuk

P.184 Libaran N.41 Gum-Gum N.42 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi N.43 Sekong N.44 Karamunting

P.186 Sandakan N.45 Elopura N.46 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan N.47 Kuamut N.48 Sukau

P.188 Silam N.49 Tungku N.50 Lahad Datu N.51 Kunak

P.189 Semporna N.52 Sulabayan N.53 Senallang N.54 Bugaya

P.190 Tawau N.55 Balung N.56 Apas N.57 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan N.58 Merotai N.59 Tanjong Batu N.60 Sebatik

Senarai Nama Ahli Parlimen Sabah:

MA/17/1 27
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

No. Kawasan Parlimen Ahli Parti (Gabungan)

BN 21 | PH 2 | WARISAN 2 | Bebas 0

P167 Kudat Datuk Abd Rahim Bakri BN (UMNO)

P168 Kota Marudu Datuk Dr. Maximus Ongkili BN (PBS)

P169 Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan BN (UMNO)

P170 Tuaran Madius Bina Tangau BN (UPKO)

P171 Sepanggar Datuk Jumat Idris BN (UMNO)

P172 Kota Kinabalu Wong Sze Phin PH (DAP)

P173 Putatan Dr. Makin @ Marcus Mojigoh BN (UPKO)

P174 Penampang Ignatius Dorrel Leiking[7] WARISAN

P175 Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin BN (UMNO)

P176 Kimanis Datuk Anifah Aman BN (UMNO)

P177 Beaufort Datuk Azizah Binti Mohd Dun BN (UMNO)

P178 Sipitang Datuk Sapawi Amat Wasali @ Ahmad BN (UMNO)

P179 Ranau Datuk Ewon Ebin BN (UPKO)

P180 Keningau Tan Sri Joseph Pairin Kitingan BN (PBS)

MA/17/1 28
UNIT PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAERAH SEMBULAN

P181 Tenom Datuk Raime Unggi BN

P182 Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup BN (PBRS)

P183 Beluran Datuk Ronald Kiandee BN (UMNO)

P184 Libaran Datuk Juslie Ajirol BN

P185 Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin BN (PBS)

P186 Sandakan Wong Tien Fatt PH (DAP)

P187 Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin BN (UMNO)

P188 Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansor BN

P189 Semporna Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal[8] WARISAN

P190 Tawau Mary Yap Kain Ching BN

P191 Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh BN (UMNO)

MA/17/1 29

You might also like