You are on page 1of 8

Parlimen merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi di Malaysia yang terdiri daripada sistem dua dewan, iaitu Dewan

Rakyat dan Dewan Negara.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli Parlimen dan diberi kuasa untuk menggubal, meluluskan dan meminda undang-undang di peringkat Persekutuan. Dewan Rakyat juga
bertanggungjawab untuk meluluskan belanjawan negara dan bertindak sebagai mekanisme semak-dan-imbang untuk kerajaan persekutuan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker bertanggungjawab untuk memastikan mesyuarat dan perbahasan berjalan dengan lancar. Speaker boleh dilantik dari kalangan Ahli Parlimen
atau mana-mana individu yang bukan Ahli Parlimen tetapi mempunyai kelayakan bagi jawatan tersebut juga boleh dipilih sebagai Speaker.

Parlimen akan terus bersidang selama lima tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya umum melainkan jika Parlimen dibubarkan lebih awal. Pilihan raya umum
perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli yang juga dikenali sebagai Senator. Yang di-Pertuan Agong melantik seramai 44 Senator atas nasihat Perdana Menteri.

Baginda boleh melantik ahli-ahli Dewan Negara dari kalangan mereka yang memiliki rekod perkhidmatan awam yang cemerlang, golongan yang telah mencapai kecemerlangan dalam
profesion masing-masing, wakil bangsa minoriti atau wakil yang boleh menjaga kepentingan Orang Asli.

Setiap negeri boleh melantik dua Senator tetapi bagi Wilayah Persekutuan, hanya Kuala Lumpur boleh memilih dua Senator manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing hanya boleh
melantik seorang Senator.

Tempoh jawatan seorang Senator ialah tiga tahun (satu penggal) dan boleh dilanjutkan kepada dua penggal (enam tahun).

Pengerusi Dewan Negara perlu dilantik dari kalangan ahli Dewan Negara. Status Dewan Negara tidak akan berubah dengan pembubaran Parlimen.

YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong, selaku ketua negara, merupakan komponen ketiga Parlimen.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang serta mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti
(prorogue) atau untuk membubarkan Parlimen.

Baginda juga perlu memastikan bahawa Parlimen bersidang semula dalam tempoh enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk
mesyuarat pertama dalam penggal yang seterusnya.

BAGAIMANA PARLIMEN MENGUBAL UNDANG-UNDANG?

Kerajaan boleh mengusulkan suatu Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat menerusi menteri atau timbalan menteri untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen.

Ahli-ahli Parlimen yang bukan anggota kabinet juga boleh mengusulkan RUU Persendirian untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

RUU tersebut akan dibentangkan untuk bacaan pertama dan pada peringkat ini, hanya tajuk panjang usul akan dibacakan tanpa apa-apa perincian yang khusus.

Pada bacaan kedua, ahli-ahli Parlimen akan membahaskan prinsip-prinsip am RUU tersebut dan satu sesi undian akan diadakan, sama ada melalui undi suara atau belah bahagi.

Sekiranya RUU tersebut memperoleh majoriti mudah, maka perbahasan yang lebih mendalam mengenai semua fasal, jadual, pendahuluan dan cadangan pindaan bagi RUU itu akan
diadakan di peringkat jawatankuasa.

Namun, sebarang pindaan perlembagaan memerlukan dua pertiga majoriti. Pindaan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan juga perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja
Melayu manakala pindaan yang melibatkan hak istimewa Sabah dan Sarawak perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

RUU tersebut akan dibaca untuk kali ketiga dan sekiranya diluluskan oleh Dewan Rakyat, RUU tersebut akan melalui proses yang sama di Dewan Negara.

Setelah diluluskan oleh Dewan Negara, RUU tersebut akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda sebelum diwartakan sebagai akta.

BOLEHKAH DEWAN NEGARA MENOLAK RUU YANG TELAH DILULUSKAN OLEH DEWAN RAKYAT?

Tidak. Dewan Negara hanya boleh menangguh RUU yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada diwartakan sebagai akta.

Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan membenarkan Dewan Rakyat untuk mengemukakan RUU wang (misalnya yang berkaitan dengan cukai) terus kepada Yang di-Pertuan Agong
sekiranya Dewan Negara tidak meluluskan RUU tersebut dalam tempoh sebulan.

Bagi RUU yang tidak berkaitan dengan wang, Dewan Rakyat perlu menunggu sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun sebelum mengemukakan RUU yang ditolak oleh Dewan Negara
kepada Yang di-Pertuan Agong.

Malah, Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan RUU yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk berkuatkuasa sebagai undang-undang secara automatik dalam
tempoh 30 hari tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
BENDERA-BENDERA NEGERI DI MALAYSIA
PERLIS INDERA KAYANGAN

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.

Biru
Melambangkan rakyat.

Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda

KEDAH DARUL AMAN

Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,

Padi
Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan

Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam.

Perisai
Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

Putih
Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.

Kuning
Melambangkan kemakmuran.

Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

PERAK DARUL RIDZUAN


Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak

SELANGOR DARUL EHSAN

Kuning dan merah


Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri

Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam

MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

Merah, putih, kuning dan biru


Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan

Anak Bulan dan Bintang


Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.

Merah
Melambangkan rakyat.

Hitam
Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

JOHOR DARUL TA'ZIM


Anak bulan dan bintang bewarna putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.

Merah
Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.

Biru tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.

PAHANG DARUL MAKMUR

Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu ketika dahulu.

Putih
Melambangkan Raja.

Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja. Juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat
resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

KELANTAN DARUL NAIM

Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.

Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.

Hitam
Melambangkan rakyat

Anak bulan dan bintang


Melambangkan agama Islam

Nota tambahan
Warna putih melingkungi warna hitam melambangkan Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda.

SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman

Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,

Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran

Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Gunung Kinabalu dan lima jenis warna


Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan


Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat
perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Wilayah Persekutuan

Kuning
Melambangkan kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;

Biru
Melambangkan perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran

Merah
Melambangkan semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.

Jata Negara
Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan
negara.

Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah Persekutuan terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya yang bernaungn dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Fungsi Bahagian Penguatkuasa

1. Merancang, menyelaraskan dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk


mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan APJ 1987/ALPKP 1987.
2. Menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan senarai hitam, rekod KEJARA,
penggantungan atau pembatalan lesen memandu.
3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau dasar baru penguatkuasaan.
4. Mengurus dan menyelenggara peralatan penguatkuasaan seperti senjata api, kenderaan
dan pakaian seragam.

You might also like