You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2 46200 PETALING JAYA , SELANGOR

Tarikh : 25 OGOS 2017


Kepada:

IBU BAPA/ PENJAGA

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMBUN DAN CAMERON HIGHLAND

Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke
Cameron Highland pada 12 dan 13 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis dan Jumaat

2. Untuk lawatan pada kali ini, pihak sekolah akan mengenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 150.00
( Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh). Tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

I ) Lost World of Tambun, Perak


II ) Cameron Highland, Pahang

3. Sila kembalikan borang kebenaran kepada En Muhammad Farid Bin Md Nadzir sebagai penyelaras
lawatan pada atau sebelum 8 September 2017 bersama-sama bayaran perjalanan sebanyak RM 150.00
( Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh ) seorang. Ibu bapa dan waris boleh membuat bayaran penuh terus
kepada penyelaras ataupun secara ansuran sehingga sebelum tarikh lawatan dijalankan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/ puan.

Yang menurut perintah.

......................................
EN MUHAMMAD FARID BIN MD NADZIR

--------------------------------------------------------------------------------

Kepada,
Penyelaras Lawatan

Tuan,

KEBENARAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMBUN DAN CAMERON HIGHLAND

Dengan ini, saya ibu bapa/penjaga kepada murid ___________________________________ dari kelas _______
membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya mengambil bahagian dalam lawatan sambil belajar ke
Cameron Hinghland pada 12 dan 13 Oktober 2017 beserta bayaran RM 150 / bayaran ansuran RM ________

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Yang Benar,

( ................................................)

Nama : .................................................................. Telefon : .....................................................

You might also like