You are on page 1of 5

Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan

pembangunan sukan negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka


mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan
pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan
sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu,
mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui
kelemahan diri.[S3] Mereka harus menyedari bahawa kegagalan
atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan
sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak
mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-
murid daripada menyertai sukan.[S6]

Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat


negara dan antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat
menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar
negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai
mereka.[T2]

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama


menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju.

[124 Patah Perkataan]


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang
pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000


menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu
pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu
sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai
banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi
negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari
semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama
kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan
peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air
supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh
berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap
tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka
lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian
khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka
sering menunding jari kepada pihak lain daripada
mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan
atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa
kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan
pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka
sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai
hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang
menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai
kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat
sistem pendidikan yang lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu
bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik
membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati
sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi
gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat
pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet
negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan
pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara
umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah
dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan
yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka
kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap
matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri.
Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen
yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran
sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi
keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan
mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur
ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara
menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan
sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga
semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan
sebagai suatu budaya kehidupan.

You might also like