You are on page 1of 9

KAJIAN TABIAT KITAR SEMULA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tabiat kitar semula penjawat awam di pejabat
SUK Selangor di mana penjawat awam merupakan elemen yang paling hampir di dalam
melaksanakan dasar kerajaan dan lokasi yang dipilih merupakan salah satu bandaraya di
Malaysia. Amalan mengitar semula di kalangan masyarakat dilihat sebagai salah satu aspek
penting dalam pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan bagi sesebuah negara.
Dalam hal ini, Malaysia melalui Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara, telah menggariskan
kitar semula sebagai salah satu tonggak utama dalam mengurus sisa pepejal. Kajian ini
melibatkan tiga faktor yang mempengaruhi tabiat mengitar semula di kalangan rakyat
Malaysia. Tiga faktor berkenaan adalah sikap individu, norma subjektif masyarakat dan
kesedaran berhubung kawalan ke atas perlakuan. Soal selidik telah dijalankan ke atas 60
individu yang terdiri daripada kalangan penjawat-penjawat awam yang bertugas di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Keputusan analisis kajian menunjukkan bahawa bagi
sampel yang dikaji, didapati tiada korelasi di antara ketiga-tiga faktor berkenaan dengan niat
terhadap mengitar semula. Manakala dari aspek hubungan di antara niat dengan tabiat pula,
didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-duanya.

Pendahuluan
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun dalam menuju sebuah
Negara maju. Kerancakan proses pembangunan ini telah menyebabkan penjanaan sisa pepejal
atau sampah yang tidak terkawal. Ianya merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh
Malaysia dalam mencapai status negara maju yang sentiasa berusaha untuk meneruskan
pembangunan alam sekitar yang mampan bagi meneguhkan pertumbuhan jangka panjang
sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Wawasan Negara.

Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, sisa pepejal
ditakrifkan sebagai apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki
atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses, atau apa-apa
benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya
rosak atau apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang
bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan. Dalam erti kata lain,
sisa pepejal adalah barangan yang sudah tidak dikehendaki atau tidak lagi digunakan. Sisa
pepejal juga turut dikenali sebagai sampah.
Secara purata rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 0.8kg. sampah setiap hari. Jumlah ini
bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan
bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Masalah sampah di Malaysia
semakin hari semakin serius dengan peningkatan penghasilan sampah daripada 21,000 tan
sehari pada tahun 2011 kepada 22,000 sehari pada tahun 2012. Jumlah ini dijangka akan terus
meningkat kepada 30,000 tan sampah setiap hari pada tahun 2020 sekiranya tabiat dan gaya
hidup hari ini diteruskan. (Abdul Yazid Alias, 2010).
Bagi mengatasi keseriusan masalah sampah ini, Kerajaan telah menggubal Dasar Pengurusan
Sisa Pepejal Negara bertujuan mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh,
bersepadu, kos efektif, dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan
pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam yang dipertanggungjawabkan kepada
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang ditubuhkan

1
pada 1 Jun 2008 dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sihat,
bersih dan selamat. Terdapat 96 tapak pelupusan sampah dan 5 loji rawatan termal
(insinerator) bagi memastikan sisa pepejal diuruskan secara efektif dan sistematik supaya
tidak memberi impak yang negatif kepada alam sekitar, sosial dan kesihatan manusia.

Walau bagaimanapun tapak pelupusan dan loji rawatan termal yang wujud tidak dapat
menampung jumlah sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Tapak pelupusan sampah
pula melibatkan penggunaan tanah dan ianya berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan
manusia. Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah berusaha mewujudkan sistem pengurusan
sampah yang efektif melalui penggunaan teknologi tinggi seperti penggunaan kaedah rawatan
termal. Namun kos pembinaan pusat rawatan ini adalah tinggi.
Rakyat Malaysia seharusnya menyedari bahawa pengurusan sampah bukan merupakan
tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Mereka turut berperanan membantu menguruskan sisa
buangan mereka dengan baik bermula dari rumah. Antara amalan yang dilihat mampu
membantu mengurangkan pembuangan sampah ini adalah dengan mengitar semula. Justeru
itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1993, telah melancarkan
Kempen Kitar Semula dengan tagline Fikir Dulu Sebelum Buang bagi membudayakan
amalan kitar semula di kalangan masyarakat. Malangnya, sambutan yang diterima amat
menyedihkan dengan kadar kitar semula hanyalah sebanyak 2% setahun.
Kempen ini kemudiannya telah dilancarkan semula pada tahun 2000 dengan menjadikan
pengurangan, guna semula dan kitar semula sebagai teras utama 3R (Reduce, Reuse dan
Recycle). Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan kadar kitar semula
sebanyak 1 peratus pada setiap tahun dengan menetapkan sasaran untuk mencapai kadar kitar
semula sebanyak 22% menjelang tahun 2020. (Seow, 2004).
Sasaran ini bagaimanapun dilihat sukar dicapai memandangkan kadar kitar semula di
Malaysia kini hanyalah pada tahap 5%. Tahap pencapaian ini amat rendah jika dibandingkan
dengan negara maju lain seperti Jerman - 60%, Belgium 71%, Austria 67% dan Belanda
-66%. (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam). Ini menunjukkan
bahawa aktiviti kitar semula bukanlah merupakan satu tabiat yang diamalkan oleh rakyat
Malaysia.
Sehubungan itu, bagi menjadikan kitar semula sebahagian daripada tabiat masyarakat, faktor-
faktor yang mendorong kepada perlakuan masyarakat hendaklah dikenal pasti bagi
memastikan kitar semula dilaksanakan seterusnya membantu mengurangkan masalah sampah
sekaligus membantu menjadikan Malaysia lebih bersih, selamat dan sihat. Dalam kajian ini,
Theory Of Planned Behavior (TPB) digunakan untuk melihat perkaitan di antara sikap,
norma subjektif dan perceived behavior control ke atas niat yang seterusnya mempengaruhi
tabiat sedia ada untuk mengitar semula.
Berdasarkan Teori Tingkahlaku Terancang (Ajzen, I., 1991), niat untuk melaksanakan
tingkahlaku dikatakan bergantung kepada tiga perkara yang berbeza secara konsepnya, iaitu
sikap terhadap perlakuan berkenaan, norma subjektif dan kesedaran berhubung kawalan ke
atas perlakuan. Secara mudahnya, cetusan niat perlakuan bergantung kepada faktor luaran
persekitaran dan faktor dalaman individu itu sendiri.
Beberapa kajian ke atas kewujudan dan kesan tiga faktor berkenaan ke atas niat mengitar
semula telah dijalankan ke atas kelompok masyarakat yang berbeza. Aspek sikap ke arah
kitar semula yang baik tidak akan meningkatkan niat untuk mengitar semula manakala norma
subjektif dan kesedaran berhubung kawalan ke atas perlakuan yang meningkat, niat untuk

2
mengitar semula turut meningkat (Siti Nur Diyana Mahmud dan Kamisah Osman, 2010).
Selain itu, peningkatan kepada akses terhadap kemudahan mengitar semula akan
meningkatkan amalan mengitar semula dikalangan masyarakat (Ho Yan Yin, 2002).

Kerangka Teori
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan faktor yang menimbulkan niat untuk mengitar
semula seterusnya mempengaruhi tabiat kitar semula di kalangan masyarakat. Dalam kajian
ini, TPB digunakan yang mana di dalam TPB terdapat tiga (3) elemen yang dinyatakan akan
menyumbang kepada niat seterusnya mempengaruhi perlakuan seseorang. Tiga elemen
tersebut adalah sikap, norma subjektif dan perceived behaviour control (PBC). Ketiga-tiga
elemen ini akan dijadikan sebagai pembolehubah bebas (IV). Manakala niat dikenal pasti
sebagai intervening variable iaitu pembolehubah yang akan membantu menerangkan
perhubungan di antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar (DV).
Manakala pembolehubah bersandar pula adalah tabiat kitar semula.

Hipotesis Kajian
1. Terdapat hubungan antara sikap dengan niat untuk mengitar semula ;
2. Terdapat hubungan antara norma subjektif terhadap kitar semula dengan niat untuk
mengitar semula;
3. Terdapat hubungan antara perceived behavior control dengan niat untuk mengitar semula;
4. Terdapat pengaruh antara niat untuk mengitar semula dengan tabiat mengitar semula.

Metadologi Kajian
Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian bukan eksperimen. Ia adalah kajian secara
kuantitatif yang melibatkan ujian hipotesis. Unit analisis bagi kajian ini adalah individu dan
setiap individu responden yang terlibat mewakili satu unit analisis. Kajian ini dijalankan
secara deskriptif bagi memahami ciri-ciri pembolehubah yang terlibat iaitu sikap, norma
subjektif dan perceived behaviour control dalam mempengaruhi niat ke arah tabiat mengitar
semula di kalangan penjawat awam di pejabat SUK Selangor. Pengumpulan data bagi kajian
telah dijalankan secara pengedaran soal selidik kepada kakitangan pelbagai gred di beberapa
jabatan terpilih di bawah pentadbiraan kerajaan negeri Selangor.

Teknik Persampelan
Teknik bagi mendapatkan data adalah dengan pengedaran borang soal selidik kepada
responden yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Sejumlah 60 borang soal selidik telah
diedarkan sebanyak 10 borang untuk enam jabatan. Responden diberikan tempoh sehari bagi
menjawab borang tersebut dan kesemua borang telah dipulangkan dan dijawab oleh
responden.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini telah diperolehi dan diadaptasi daripada
pengkaji-pengkaji lepas. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian digunakan untuk
mengukur tiga pembolehubah bebas iaitu sikap, norma subjektif dan perceive behaviour
control dan dan satu pembolehubah intervening iaitu niat ke arah tabiat mengitar semula di
kalangan penjawat awam di pejabat SUK Selangor. Bahagian A dalam soal selidik ini
digunakan unutk mengukur tabiat kitar semula di kalangan penjawat awam di pejabat SUK
Selangor dan mengandungi dua (2) soalan. Skala pengukuran yang digunakan adalah skala
likert di antara 1 hingga 5 yang merujuk nilai 1 hingga 5 yang merujuk nilai 1 sebagai sangat

3
tidak setuju, nilai 2 sebagai tidak bersetuju, nilai 3 sebagai tidak pasti, nilai 4 sebagai setuju
dan nilai 5 sebagai sangat setuju. Bahagian B mengukur kekerapan responden mengitar
semula sisa bahan domestik. Bahagian C menilai sikap, norma subjektif dan perceived
behaviour control responden dengan menggunakan skala likert. Bahagian D mengkaji tahap
kesedaran mengenai aktiviti kitar semula di Malaysia.Bahagian E pula melihat bagaimana
tahap pengetahuan reponden mengenai kitar semula.

Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri demografi responden yang dipilih
iaitu dari segi bilangan dan peratusan mengikut jantina, jenis kediaman, bangsa, umur, jenis
kediaman dan tahap pendidikan. Selain itu, tahap kesedaran kewujudan fasiliti kitar semula
diukur dikalangan responden yang dihuraikan berdasarkan peratusan yang mengetahui
kewujudan fasiliti kitar semula di kawasan kediaman masing-masing.

Analisis Inferensi
Menurut Chua (2006), analisis inferensi digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara
pembolehubah dan pembolehubah yang lain. Tujuan penggunaanya adalah untuk membuat
generalisasi tentang perhubungan pembolehubah dalam sampel kajian kepada populasi
kajian. Dalam kajian ini analisis yang digunakan adalah Ujian Korelasi dan Ujian Regresi.
Ujian Korelasi digunakan untuk melihat sejauh mana hubungan di antara pembolehubah-
pembolehubah faktor sikap, norma subjektif dan perceive behaviour control terhadap niat
kearah tabiat mengitar semula di kalangan penjawat awam di pejabat SUK Selangor. Aras
signifikan menurut Cohen dan Holiday (1982) bagi kajian sains sosial adalah pada alpha
()=0.05 yang bermaksud pada tahap aras keyakinannya adalah 95 peratus. Nilai pekali
korelasi ditunjukkan antara -1 hingga +1. Nilai r=0 menunjukkan tiada hubungan di antara
pembolehubah bersandar dan bebas. Nilai r=+1 menunjukkan hubungan positif yang
sempurna dan nilai r=-1 menunjukkan hubungan negatif yang sempurna.
Keputusan tentang hipotesis adalah berdasarkan kepada tahap signifikan di mana p<.05,
hipotesis alternatif (Ha) diterima. Jika p>.05, maka tidak cukup bukti untuk menolak Ho dan
hipotesis (Ha) adalah ditolak.

Ujian Regresi digunakan untuk melihat sejauh mana pengaruh faktor niat mempengaruhi
tabiat mengitar semula di kalangan penjawat awam di pejabat SUK Selangor. Tahap
signifikan dalam ujian ini adalah ditetapkan pada alpha ()=0.05, yang bermaksud pada tahap
keyakinan 95 peratus. Keputusan tentang hipotesis adalah berdasarkan pada tahap signifikan
di mana jika nilai p<.05, hipotesis null (Ho) adalah ditolak dan hipotesis alternatif (Ha)
adalah diterima.

Analisa Data
Sebanyak 60 responden telah dipilih bagi mendapatkan maklum balas tentang tahap
pengetahuan dan kefahaman tentang amalan kitar semula. Responden dipilih secara rawak
kepada kakitangan pelbagai gred di beberapa jabatan terpilih di bawah pentadbiraan kerajaan
negeri Selangor.. Daripada sejumlah 60 orang responden, seramai 24 orang responden lelaki
dan selebihnya seramai 36 orang adalah responden wanita.

4
Responden terdiri daripada kakitangan yang berumur di antara 20 hingga 60 tahun, seramai
23 orang responden berumur di antara 20 hingga 29 tahun, 25 orang responden yang berumur
di antara 30 hingga 39 tahun, 5 orang responden yang berumur di antara 40 hingga 49 tahun
dan seramai 7 orang responden yang berumur melebihi 50 tahun.

Daripada 60 orang responden, sebanyak 59 orang berbangsa Melayu dan seorang responden
berbangsa India. Dari segi tahap pendidikan pula, lebih 50% daripada responden memiliki
sekurang-kurangnya kelayakan diploma yang menjawab soal selidik yang diberi.
Dapatan soal selidik juga turut memaklumkan bahawa sebanyak 56.7% atau 34 responden
tinggal di rumah teres, 16.7% tinggal di apartmen, 10% tinggal di rumah lot, 6.7% tinggal di
rumah semi-D dan masing-masing 5% di rumah pangsa dan rumah banglo.
Daripada responden ini juga, dapatan analisa ini mengukur fasiliti kitar semula di kediaman
masing-masing dan mendapati sebanyak 53.4% responden mengakui adanya fasiliti seperti
tong sampah kitar semula dan perkhidmatan pengambilan sampah kitar semula. Sebanyak
38.3% responden mengatakan tiada fasiliti kitar semula di kediaman masing-masing dan
sebanyak 8.3% responden mengakui tidak tahu tentang fasiliti kitar semula di kediaman
masing-masing.

Analisis Korelasi
Analisis Korelasi (Correlation) digunakan untuk menguji sama ada terdapat hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah (variables) yang telah dipilih iaitu Sikap dan Niat untuk
mengitar semula. Data yang diperolehi berhubung markah yang diberikan oleh sikap untuk
mengitar semula, norma subjektif dan perceive behavior control dengan niat untuk mengitar
semula.

Ujian 1: Sifat dengan Niat


H0 : Terdapat korelasi yang signifikan di antara Sikap Untuk Kitar Semula dengan Niat
Untuk Kitar Semula.
Pengujian dilakukan pada aras keyakinan 95%, = 0.05
Data telah dianalisis menggunakan fungsi Analyze Bivariate Correlations dan telah
menghasilkan keputusan seperti berikut:

Correlations
Attitude Intention
Pearson Correlation 1 -.131
Sig. (2-tailed) .317
Attitude Sum of Squares and Cross-products 9.239 -2.300
Covariance .157 -.039
N 60 60
Pearson Correlation -.131 1
Sig. (2-tailed) .317
Intention Sum of Squares and Cross-products -2.300 33.233
Covariance -.039 .563
N 60 60
Jadual 1 Analisis Korelasi Sikap Dengan Niat Untuk Kitar Semula.

5
Pada aras keyakinan 95%, keputusan ujian ini menunjukkan tiada korelasi yang signifikan di
antara Sikap Untuk Kitar Semula dan Niat Untuk Kitar Semula (p-value=0.317). Berdasarkan
kepada hasil ujian ini, boleh disimpulkan bahawa sikap untuk mengitar semula tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk mengitar semula.

Ujian 2 : Norma Subjektif dengan Niat


H0 : Terdapat korelasi yang signifikan di antara Norma Subjektif Untuk Kitar Semula
dengan Niat Untuk Kitar Semula.
Pengujian dilakukan pada aras keyakinan 95%, = 0.05
Data telah dianalisis menggunakan fungsi Analyze Bivariate Correlations dan telah
menghasilkan keputusan seperti berikut:

Correlations
Perceive Social Pressure Intention
Pearson Correlation 1 0.075
Sig. (2-tailed) 0.567
Perceive
Sum of Squares and Cross-
Social 15.288 1.7
products
Pressure
Covariance 0.259 0.029
N 60 60
Pearson Correlation 0.075 1
Sig. (2-tailed) 0.567
Sum of Squares and Cross-
Intention 1.7 33.233
products
Covariance 0.029 0.563
N 60 60
Jadual 2 Analisis Korelasi Norma Subjektif Dengan Niat

Pada aras keyakinan 95%, keputusan ujian ini menunjukkan tiada korelasi yang signifikan di
antara Norma Subjektif Untuk Kitar Semula dan Niat Untuk Kitar Semula (p-value=0.567).
Berdasarkan kepada hasil ujian ini, boleh disimpulkan bahawa norma subjektif untuk
mengitar semula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk mengitar
semula.

Ujian 3 = Perceive Behavior Control dengan Niat


H0 : Terdapat korelasi yang signifikan di antara Perceive Behavior Control Untuk Kitar
Semula dengan Niat Untuk Kitar Semula.
Pengujian dilakukan pada aras keyakinan 95%, = 0.05
Data telah dianalisis menggunakan fungsi Analyze Bivariate Correlations dan telah
menghasilkan keputusan seperti berikut:

6
Correlations
Perceive Behaviour Control Intention
Pearson Correlation 1 -0.018
Perceive Sig. (2-tailed) 0.889
Behaviour Sum of Squares and Cross-products 8.024 -0.3
Control Covariance 0.136 -0.005
N 60 60
Pearson Correlation -0.018 1
Sig. (2-tailed) 0.889
Intention Sum of Squares and Cross-products -0.3 33.233
Covariance -0.005 0.563
N 60 60
Jadual 1 Perceive Behavior Control dengan Niat

Pada aras keyakinan 95%, keputusan ujian ini menunjukkan tiada korelasi yang signifikan di
antara Perceive Behavior Control Untuk Kitar Semula dan Niat Untuk Kitar Semula (p-
value=0.889).
Berdasarkan kepada hasil ujian ini, boleh disimpulkan bahawa Perceive Behavior Control
untuk mengitar semula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk
mengitar semula.

Analisis Regresi
Analisis regresi telah dibuat ke atas pembolehubah niat dengan pemboleh ubah tabiat untuk
mengitar semula. Analisa ini dibuat bagi mengenalpasti adakah niat untuk mengitar semula
mempengaruhi tabiat untuk mengitar semula.

Ujian 1 = Niat dengan Tabiat Kitar Semula


H0 : Niat Untuk Kitar Semula mempengaruhi Tabiat Untuk Kitar Semula.
Pengujian dilakukan pada aras keyakinan 95%, = 0.05
Data telah dianalisis menggunakan fungsi Linear Regression dan telah menghasilkan
keputusan seperti berikut:

b
Model Summary
Adjusted Std. Error of Change Statistics Durbin-
Model R R Square R Square the Estimate
R F df1 df2 Sig. F Watson
1 a
.389 .378 .72614 Square
.389 36.915 1 58 Change
Change .000 1.918
.624
a. Predictors: (Constant), Intention
b. Dependent Variable: Behaviour
Jadual 2 Niat dengan Tabiat Kitar Semula
Pada aras keyakinan 95%, keputusan ujian ini menunjukkan niat mempengaruhi tabiat untuk
kitar semula sebanyak 38.9%.

7
Kesimpulan
Daripada kajian mengenai tabiat kitar semula di kalangan penjawat awam di pejabat SUK
Selangor dapatlah disimpulkan bahawa objektif kajian ini iaitu mengkaji faktor yang
menentukan niat seterusnya mempengaruhi tabiat kitar semula di kalangan masyarakat yang
diwakili oleh penjawat awam menggunakan pendekatan Theory of Planned Behaviour (TPB)
berhasil untuk menyatakan niat untuk mengitar semula mempunyai hubungan yang signifikan
dengan tabiat untuk mengitar semula. Namun begitu, masih belum terdapat bukti-bukti yang
mencukupi untuk menyatakan faktor-faktor seperti sikap, tekanan persekitaran dan suasana
persekitaran memberikan kesan yang signifikan terhadap niat untuk mengitar semula di
kalangan penjawat awam di pejabat SUK Selangor.
Kajian ini mendapati tiada hubungan antara sikap untuk mengitar semula, norma subjektif
dan suasana persekitaran dengan niat untuk mengitar semula. Walau bagaimanapun terdapat
hubungan yang signifikan antara niat untuk mengitar semula dengan tabiat atau tingkah laku
untuk mengitar semula. Ini menunjukkan elemen-elemen yang terdapat di dalam Theory of
Planned Behavior iaitu sikap, norma subjektif dan suasana persekitaran tidak melambangkan
atau menyebabkan masyarakat mempunyai niat dan seterusnya menjadikan kitar semula
sebagai satu tabiat yang mulia dan konsisten.
Walaupun program kitar semula ini dimulakan sejak 20 tahun yang lalu, hanya 5% daripada
masyarakat aktif melakukan kitar semula dan sebahagian besar masih tidak mengambil
bahagian mahupun respons terhadap usaha murni kerajaan ini. Masyarakat masih mengambil
sikap tidak peduli dan hanya melihat sahaja usaha murni iaitu program kitar semula ini
terbengkalai sehingga menyebabkan ianya terpaksa dilancarkan dan dipromosikan semula
oleh kerajaan.
Bagi pihak kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(PPSPPA), perlu melihat beberapa aspek secara serius seperti usaha mendidik masyarakat
agar bekerjasama dan terlibat secara serius dalam sebarang usaha atau program kitar semula
di kejiranan masing-masing. Usaha mempromosikan program kitar semula juga perlu
dirangka semula agar lebih proaktif, dekat dan meninggalkan kesan di jiwa masyarakat.
Perubahan drastik dari aspek penguatkuasaan juga perlu dilihat dan dinilai semula oleh
kerajaan memandangkan sikap masyarakat yang tidak bekerjasama dan tidak menyokong ke
arah menjadikan Malaysia sebuah negara bersih menjelang tahun 2020. Mungkin sudah tiba
masanya agar kerajaan tidak berkompromi lagi terhadap sikap masyarakat yang tidak
menyokong usaha kitar semula dan penguatkuasaan undang-undang perlu dikenakan secara
lebih tegas, adil dan berhemah. Ini penting agar perubahan tingkah laku masyarakat ke arah
nilai-nilai yang lebih positif bagi menjayakan program kitar semula agar melekat di sanubari
setiap lapisan masyarakat.
Beberapa cadangan dikenalpasti untuk penambahbaikan kajian ini di masa hadapan iaitu
jumlah sampel atau responden perlu ditambah daripada 60 orang penjawat awam ke satu
angka yang lebih tinggi dan menyeluruh. Ianya bagi melihat skop penjawat awam yang lebih
luas dan tidak terhad di dalam konteks pejabat SUK Selangor sahaja.
Kajian ini juga mencadangkan agar satu kajian lanjut dijalankan melalui responden di
Putrajaya berdasarkan maklumat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
bahawa Putrajaya adalah merupakan bandar terbaik dalam membudayakan usaha kitar
semula. Putrajaya juga dipilih kerana kemudahan-kemudahan kitar semula yang disediakan
oleh Perbadanan Putrajaya adalah yang terbaik dan lengkap di Malaysia.

8
Kajian perbandingan juga boleh dibuat bagi mendapatkan indikator sama ada Putrajaya boleh
dijadikan contoh oleh bandar-bandar mahupun negeri-negeri lain dalam pembudayaan
program kitar semula ini. Populasi Putrajaya yang terdiri dari sebahagian besarnya pejawat
awam memudahkan pengkaji dan penyelidik untuk menilai adakah penjawat awam dapat
dijadikan sebagai agen perubahan untuk mengitar semula dan adakah penjawat awam yang
dekat dengan semua dasar-dasar kerajaan mampu menjadikan kitar semula sebagai budaya ke
arah menajdikan Malaysia sebuah negara bersih pada tahun 2020 nanti.

Rujukan
Abdul Yazid Alias (2010) Amal Kitar Semula dlm. Utusan Malaysia, 27 Jan.
Seow Ta Wee (2004) Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Penerbit
KUiTTHO: Parit Raja. Jilid 2. Bil 1. pp 9 25.
Ajzen I. (1991), The Theory of Planned Behaviour, Organizational Behaviour And Human
Decision Processes; Vol.50 No. 2, pp. 179-211
Ajzen, I. & Fishbein, M. (1980), Understanding Attitudes And Predicting Social Behavior.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Fishbein, M. & Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention, And Behavior: An Introduction
To Theory And Research. Reading, MA: Addison-Wesley.
Seow Ta Wee, Jamaluddin Md Jahi & Indera Syahrul Mat Radzuan (2004), Tingkah Laku
Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat. KUiTTHO:
Parit Raja.
Ho Yan Yin (2002), Recycling as a Sustainable Waste Management Strategy for
Singapore: An Investigation to Find Ways to Promote Singaporeans Household Waste
Recycling Behaviour, Lund University, Sweden.
Glor A., (2009), Sustainability in Practice: A Study of the Sustainable Behaviors of Students
at The University of Tennessee at Chattanooga,The University of Tennessee at Chattanooga.
Larsen, K.S. (2001), Environmental Waste: Recycling Attitudes and Correlates, Journal of
Social Psychology, 135 (l), pp. 83-88.
Omran Abdelnaser, Abdelsalam O. Gebril, (2011), Study of Household Attitude Toward
Recycling of Solid Waste: A Case Study, ACTA Technica Corviniencis-Bulletin of
Engineering TOME IV, Fascicule I (Jan-March), pp. 79-82.

Disediakan oleh:
Mohamad Asrofi bin Muslim
mohdasrofi@gmail.com

Diploma Sains Pengurusan (DSP 2012/2013)


Institut Tadbir Awam Negara (INTAN)

You might also like