You are on page 1of 17

SULIT 2 PT3/02

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu
soalan Bahagian D.

BAHAGIAN A
[ 25 markah ]

1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tuliskan jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selain masalah sosial, seminar itu turut membincangkan tentang masalah
pengangguran.

(ii) Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran terbuka.

(iii) Beliau merupakan orang pertama yang memiliki ijazah sarjana di bidang sains
angkasa.

(iv) Patik berharap agar panglima semua sedia untuk berperang, pesan bendahara
kepada para panglimanya.

[8 markah]

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 3 PT3/02

2) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
tersebut pada ruangan jawapan yang disediakan dan anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Kontraktor yang telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Muar sedang
memulakan kerja-kerja mengindahkan lanskap pusat rekreasi itu.

(ii) Azni tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana dia menghidapi demam
selsema.

(iii) Pengguna yang prihatin tidak akan menghadapi masalah untuk menentukan
ketulinan sesuatu produk yang terdapat di pasaran.

[3 markah]

3) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) Saya menyanyi lagu Melayu asli.


Saya menari.

(ii) Husairi membeli kereta baharu.


Kereta baharu itu berwarna biru laut.

(iii) Mak Timah menangis teresak-esak.


Mak Timah merindui anaknya.

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 4 PT3/02

(iv) Amirul berbadan kurus.


Abangnya berbadan gemuk.

(v) Encik Razin memaklumkan majikannya.


Encik Razin pergi ke Pulau Pinang.
Encik Razin menghadiri kursus keusahawanan.

[10 markah]

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 5 PT3/02

4) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.

TELUK CEM PEDAK

TAMAN NEGARA

(i)

(ii)

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 6 PT3/02

BAHAGIAN B
[30 markah]

5) Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka lalu Sultan Abdullah pun tukar dan ubah pakaian, lalu pergilah
tanyakan Tuk Ca itu. Maka lalu Tuk Ca pun beroyatlah kepada Sultan Abdullah
itu, Tiada apa-apa yang lain yang raja aku suruh mari ini sekali dengan raja-raja,
menteri, hulubalang, pahlawan, rakyat sekalian, hendak mari ambil Tuan Puteri
Sadung, isteri kamu, itulah sahaja, kerana raja aku sangatlah berahi kepadanya.
Maka jikalau kamu beri Tuan Puteri Sadung, isteri kamu itu, nescaya senanglah
kamu menjadi raja di negeri ini kerana raja aku tiada berkehendak akan negeri, hanya
berkehendak kepada Tuan Puteri Sadung, isteri kamu itu sahaja. Jika kamu hendak
senang, hantarlah isteri kamu itu turun.

Maka tatkala Sultan Abdullah mendengar perkataan Tuk Ca yang demikian


itu, maka lalu Sultan Abdullah pun balik, mari beroyat kepada isterinya, Tuan
Puteri Sadung, sekalian hal itu. Maka Tuan Puteri Sadung pun diam tiada
berkata-kata suatu apa-apa pun. Maka lalu Sultan Abdullah pun berkatalah kepada
isterinya itu, Ya adindaku tuan, buah hati cahaya mata kakanda, baiklah adinda pergi
dahulu menurut kehendak raja Siam itu, kerana jikalau kita bertahan sebagai mana
pun tiadalah tahan. Jikalau ada untung tuah paduka kakanda dan adinda, boleh
kita berjumpa pula. Jikalau paduka adinda tiada pergi, rosaklah negeri kita ini.

(Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan, 2004


Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perkara-perkara yang disampaikan oleh Tuk Ca kepada Raja Abdullah.

[3 markah]

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 7 PT3/02

(ii) Raja Abdullah bersetuju menyerahkan Tuan Puteri Sadung kepada Raja Siam.
Nyatakan sebab-sebab yang diberikan oleh Raja Abdullah kepada isterinya.

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda ialah Raja Abdullah, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh anda
lakukan bagi mengelakkan negara diancam oleh musuh.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 8 PT3/02

6) Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN NASIHAT
(Bersatu Hati)

Gunung Tahan sama didaki,


Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Melangir keris pusaka hikmat,


Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,


Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Nyiur muda dibuat pengat,


Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,


Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

Rendang sungguh pohon ara,


Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,


Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 9 PT3/02

(i) Berdasarkan pantun di atas, nyatakan nasihat-nasihat yang disampaikan oleh


penulis.
[ 3 markah ]

(ii) Berikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.


[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menjaga tingkah laku
supaya tidak terpengaruh dengan gejala negatif ?
[ 4 markah ]

[Lihat halaman sebelah

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 10 PT3/02

7) Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

i) 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim


ii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

Sikap positif watak utama dalam sesebuah novel wajar diteladani.


Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
[10 markah]

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 11 PT3/02

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 12 PT3/02

BAHAGIAN C
[15 markah]

8) Lihat gambar papan iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 13 PT3/02

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 14 PT3/02

BAHAGIAN D
[30 markah]

9) Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

i. Sekolah anda telah mengadakan Minggu Keusahawanan.

Sebagai setiausaha Persatuan Usahawan Muda (PUM), sediakan laporan


tersebut selengkapnya.

ii. Kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah
mencetuskan gaya hidup baharu pada hari ini.

Jelaskan tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk


mengelakkan penyalahgunaan laman sosial dalam kalangan anak-anak.

iii.

Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi

Tulis sebuah karangan berdasarkan slogan di atas.

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 15 PT3/02

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 16 PT3/02

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT


SULIT 17 PT3/02

[Lihat halaman sebelah


PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT
SULIT 18 PT3/02

KERTAS SOALAN TAMAT

PT3/02 2014 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA SULIT

You might also like