You are on page 1of 4

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT, IPOH

1. PERANAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH

1.1 Menentukan dan menyelaraskan segala Dasar Kokurikulum supaya selari dengan dasar yang
ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM dan Akta Pelajaran Negara.

1.2 Menyampaikan maklumat terkini mengenai program/aktiviti kokurikulum kepada


guru-guru dan murid.

2. DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH

2.1 MESYUARAT
2.1.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun.
2.1.2 Menetapkan jadual mesyuarat JK Kokurikulum setahun.
2.1.3 Menetapkan system fail/ format dokumen JK Kokurikulum Sekolah.
2.1.4 Setiap unit mesti mengadakan mesyuarat Agung selewat-lewatnya akhir bulan Februari
setiap tahun.

2.2 PENGLIBATAN GURU DAN MURID


2.2.1 Semua guru dan murid Tahap 2 mesti terlibat dengan 3 bidang kokurikulum iaitu:
i. Unit Beruniform
ii. Unit Persatuan dan Kelab
iii. Unit Permainan
2.2.2 Murid Tahap 2 wajib hadir dan menjalankan aktiviti kokurikulum 2 jam seminggu bagi setiap
unit.
2.2.3 Murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum selama 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan
dianggap ponteng dan diberi amaran. Sekiranya murid masih gagal menghadirikan diri akan
diberi amaran bersurat dan ketidakhadiran 50% setahun dianggap tidak aktif dan tiada
kegiatan kokurikulum akan dicatatkan dalam sijil berhenti sekolah.
2.2.4 Kad kehadiran setiap murid menjalankan aktiviti ditandatangani oleh guru-guru penasihat
setiap unit. Setiap murid mesti mempunyai kad kehadiran kokurikulum.
2.2.5 Setiap guru mesti terlibat dengan 3 bidang kokurikulum dan dicatat kehadiran dalam buku
pelaporan unit. Kehadiran adalah wajib bagi setiap guru semasa perjumpaan unit-unit
kokurikulum.
2.2.6 Murid-murid diagihkan ke dalam semua unit kokurikulum mengikut kuota bilangan kaum
bermula dari tahun 4. Keahlian pelajar perlulah seimbang mengikut kaum kecuali Unit
Beruniform Pergerakan Puteri Islam dan Kelab Agama Islam yang diperuntukan kepada
murid beragama Islam sahaja.
2.2.7 Pemilihan/ penglibatan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum mesti mendapat
kebenaran ibu/bapa/penjaga. Borang keahlian dengan kebenaran ibu bapa /penjaga akan
diedarkan semasa murid mendaftar pada tahun 4 dan murid yang baru mendaftar masuk
sekolah.
2.2.8 Murid yang terpilih mewakili sekolah mesti mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga dengan
mengisi borang kebenaran tanggungan yang disediakan oleh pihak sekolah.

2.3 PEMAKAIAN UNIFORM


2.3.1 Semua murid Tahap 2, dikehendaki memakai Uniform Unit Beruniform yang lengkap pada
setiap hari Rabu mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007 dan digalakkan
memakai uniform Unit Beruniform pada hari aktiviti kokurikulum Unit Beruniform
dijalankan.
2.3.2 Semua guru digalakkan memakai uniform lengkap seperti fasa 2.3.1 kerana guru
merupakan contoh dan role model kepada murid. Guru Besar dan Penolong-Penolong
Kanan juga digalakkan memakai uniform pada hari Rabu.

2.4 AKTIVITI KOKURIKULUM


2.4.1 Setiap murid wajib mewakili setiap satu bidang unit kokurikulum yang dipilih oleh sekolah
dan wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum dijalankan selama 2 jam setiap
minggu.
2.4.2 Murid tidak dibenarkan menukar aktiviti yang telah dipilih/tentukan pada Tahun 4. Murid
diwajibkan mengikut setiap unit kokurikulum yang dipilih/tentukan sehingga tahun
6. Keahlian Badan Unit Beruniform adalah tetap dan tertakluk Badan Induk Daerah/
Negeri. Dalam aktiviti sukan/permainan atau Persatuan /Kelab. Murid dibenarkan
membuat pertukaran. Pertukaran itu akan diluluskan mengikut keadaan setelah mendapat
kebenaran Penyelaras atau dari Penolong Kanan Kokurikulum.
2.4.3 Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan displin semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan.
2.4.4 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid di bawah pengawasannya
semasa menjalankan aktiviti dan memastikan setiap unit kokurikulum bergerak aktif
mengikut program yang dirancang.
2.4.5 Setiap guru perlu mengadakan kertas kerja/ mengisi borang tuntutan ke atas setiap
perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum tertakluk kepada kemampuan
kewangan sekolah.
2.4.6 Setiap guru hendaklah menyediakan laporan/ pencapaian setiap aktiviti yang dijalankan
selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti/program.

2.5 PERKHEMAHAN/LAWATAN/MOTIVASI
2.5.1 Penyelaras/ Guru Penasihat hendaklah membuat kertas kerja program dan berbincang
dengan PK Kokurikulum/PK HEM tentang perbelanjaan program.
2.5.2 Guru Besar akan menentukan peruntukan kewangan yang digunakan iaitu Bantuan
Kerajaan Kokurikulum atau SUWA Kokurikulum dan lain-lain.
2.5.3 Senarai nama, jantina, nombor surat beranak/kad pengenalan, alamat rumah, nombor
telefon peserta program hendaklah lengkap.
2.5.4 Surat Kebenaran Ibu bapa atau Akuan Tanggungan mestilah diberikan kepada peserta dan
dikumpulkan semula sebelum atau selewatnya pada hari pertama
perkhemahan/lawatan/motivasi.
2.5.5 Buat taklimat peraturan perkhemahan/lawatan/motivasi kepada semua peserta sehari
sebelum atau pada hari pendaftaran.
2.5.6 Semasa perkhemahan/lawatan/motivasi sentiasa disemak/dipantau bilangan peserta
program. Pastikan bilangan peserta sama dengan rekod pendaftaran peserta.
2.5.7 Pastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih dan selamat.
2.5.8 Lawatan/perkhemahan/motivasi di luar kawasan sekolah perlu meminta kebenaran
PPD/JPN dalam tempoh sebulan.

2.6 PENGLIBATAN NGO


2.6.1 Pelajar boleh menyertai aktiviti yang anjuran oleh NGO yang diluluskan oleh
PPD/JPN/KPM adalah mengikut prosedur 2.2.8.
2.6.2 Penyertaan murid dalam pertandingan anjuran NGO TANPA KEBENARAN PPD/JPN/KPM
adalah di atas tanggungjawab dan perbelanjaan ibu bapa/ penjaga murid sendiri. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan dan keselamatan murid semasa
pertandingan. Murid tidak dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod, rekod kedatangan
ditulis 0 tidak hadir oleh guru kelas. Surat kebenaran sekolah kepada ibu bapa tidak boleh
dikeluarkan.

You might also like