You are on page 1of 59

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

PASIR GUDANG

WE SHARE BECAUSE WE CARE

Disediakan Oleh :

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

Dengan Kerjasama :
MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN JOHOR PASIR GUDANG
MAJLIS GURU BIMBINGAN KEBANGSAAN NEGERI JOHOR DAERAH PASIR GUDANG
1
Bil Perkara Muka Surat

Jawatan Kuasa Modul i


Kata Alu-Aluan ii
Pendahuluan iii

Modul Sayangi Diri Anda Sekolah Rendah 8


Jom Ke Sekolah 9
Sayangi Rakan 10
Saya Hebat 12
Kawal Diri 14
Siapa Rakan Anda? 16
Saya Benci Rokok 17
Bersih Minda 18
Hidup Hanya Sekali 20
Sayangi Keluarga 22

Modul Sayangi Diri Anda Sekolah Menengah 24


Lari Dari rumah 25
Gengsterisme 28
Fenomena Pornografik Dalam Kalangan Remaja 31
Vandalisme 32
Gejala Minum Arak Dalam Kalangan Remaja 35
Dating Dalam Kalangan Remaja 39
Sumbang Mahram 41
Kecelaruan Konvensi 46
Kecelaruan Manik-Depresif 47
Kemurungan 50
Bunuh Diri 53
Rujukan 56
Mutiara Kata 58
Penghargaan 59

2
PENASIHAT
Puan Hajah Saadiah Binti Said
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

PENGERUSI
Encik Abdul Aziz Bin Awang
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

NAIB PENGERUSI
Encik Husnizar Bin Ahmad
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

EDITOR
Encik Abdul Aziz Bin Awang
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

PENYUNTING
Encik Mohamed Alfian Harris Bin Omar
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling SMK Permas Jaya 2

Cik Wan Hasyimah Binti Wan Osman


Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pasir Putih

3
PENYEDIA MODUL
Tuan Haji Huzaini Bin Jufrin

Guru Bimbingan & Kaunseling SK Masai

Tuan Syed Ab. Rahman Bin Syed Abdullah


Guru Bimbingan & Kanseling SK Taman Puteri Wangsa

Puan Suziana Binti Marni


Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pelangi Indah

Puan Falina Binti Che Mohamed

Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Johor Jaya 3

Mohd Atan Bin Ali


Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Desa Tebrau

Salimah Binti Amid


Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Nusa Damai

Rozilah Binti. Abd. Aziz


Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Felda Ulu Tebrau

Norzila Binti Othman


Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Pasir Gudang

4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Kata Alu-Aluan

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
usaha Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan
kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Johor Pasir Gudang, Majlis Guru Bimbingan
Kebangsaan Johor Pasir Gudang dan Guru Kaunseling Cemerlang yang telah mengambil inisiatif
menerbitkan modul Sayangi Diri Anda (S.D.A) dalam memperkasakan perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Modul ini meliputi pelbagai skop bagi memupuk sifat sayang diri dalam kalangan murid
sekolah menengah dan sekolah rendah. Elemen yang digarap ini sesuai diaplikasikan dalam
pengurusan Bimbingan dan Kaunseling serta dijadikan panduan dan rujukan utama demi
kepentingan anak-anak didik di sekolah. Saya berharap dengan pembinaan modul ini akan
mencetus minat Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam
membina dan memupuk kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dan seterusnya dapat
melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek.

Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab menyumbang tenaga dan kepakaran


sebagai pakar rujuk kepada murid-murid dan juga guru-guru sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan. Saya percaya dengan pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling
sepenuh masa seiring dengan pembinaan modul ini akan dapat mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

SELAMAT MAJU JAYA,


5 Hajah Saadiah Binti Said
ii

Dewasa ini pelbagai gejala sosial sedang menular dalam kalangan remaja dan belia di negara ini.
Antara gejala sosial yang kerap dipaparkan di media massa, tidak kira melalui saluran elektronik
mahu pun media cetak ialah masalah remaja mengandung luar nikah dan buang anak, masalah
lumba haram, masalah kecurian yang melibatkan remaja bawah umur dan pelbagai lagi kes
keruntuhan akhlak yang melibatkan remaja, khasnya pelajar sekolah. Baru-baru ini kita dikejutkan
pula dengan berita yang melibatkan kes bunuh diri. Walaupun kes ini dianggap terpencil dalam
institusi pendidikan tetapi sejak akhir-akhir ini senarionya semakin membimbangkan. Oleh itu,
langkah pencegahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini perlu segera
dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir
Gudang mengambil inisiatif untuk menghasilkan modul Sayangi Diri Anda (S.D.A). Modul ini
disediakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Pasir Gudang untuk membantu dan
memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang peri pentingnya nilai dan kesedaran diri
terhadap gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu,
pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling
Kebangsaan Daerah Pasir Gudang (sekolah menengah) dan Majlis Guru Bimbingan Johor, Pasir
Gudang (sekolah rendah) mengambil inisiatif untuk menyediakan modul ini dan diedarkan kepada
semua sekolah daerah Pasir Gudang seterusnya dilancarkan di peringkat sekolah masing-masing.

6
Objektif pelaksanaan modul ini adalah untukiiimemberikan kesedaran kepada semua anak didik
di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang tentang gejala sosial yang sedang menular dan memberi
kesan negatif kepada mereka. Selain itu, melalui inisiatif ini masalah sosial yang melibatkan pelajar
sekolah dapat dikurangkan seterusnya dibendung daripada terus menular dalam kalangan pelajar.

Semoga modul yang digarap untuk semua warga pendidik dan anak didik di sekolah-sekolah
daerah Pasir Gudang dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dijadikan rujukan dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan negara dalam mendepani dunia global yang
kian mencabar.

7
8
OBJEKTIF 1. Meningkatkan rasa seronok dan gembira ke sekolah
2. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
3. Menjelaskan kepentingan hadir ke sekolah
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru menerangkan kepentingan hadir ke sekolah.
Menjadi murid yang berilmu
Menjadi manusia yang berguna
Membina hubungan sosial yang baik dengan rakan
Melakukan aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan
2. Guru menjelaskan kepada murid cara-cara menimbulkan
keseronokan hadir ke sekolah.
Menjadikan guru sebagai idola
Meminati semua matapelajaran yang diajar oleh
guru.
Menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan.
3. Guru menyebut kesan ketidakhadiran ke sekolah.
Membuang masa
Terdedah kepada gejala sosial
Diambil tindakan disiplin
Dilabel sebagai murid bermasalah

CADANGAN : Guru mengajar murid lagu:


AKTIVITI Seronok ke sekolah
Ke sekolah ke sekolah
Gembiranya hatiku
Di sekolah
( Irama lagu London Bridge Is Falling Down )
RUMUSAN : 1. Murid akan berasa seronok ke sekolah
2. Murid berasa rugi jika tidak hadir ke sekolah

9
OBJEKTIF 1. Menimbulkan rasa sayang dan hormat kepada rakan-
rakan
2. Melatih murid untuk bertingkah laku baik dengan rakan
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru bertanya kepada murid cara-cara menunjukkan
kasih sayang kepada rakan?
Memanggil rakan dengan nama yang baik
Bercakap dengan rakan menggunakan intonasi yang
sopan
Sentiasa berlemah lembut dengan rakan apabila
melakukan aktiviti yang memerlukan sentuhan
Menyemai rasa bahawa rakan perlu dihormati
2. Guru bertanya kepada murid apa faedahnya menyayangi
rakan?
Ramai rakan
Rakan selesa berkawan dengan anda
Anda akan lebih dihormati oleh rakan
3. Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihormati oleh
rakan, apa yang perlu dibuat?
Jumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling
Berani menyuarakan rasa hati agar diri dihargai
Belajar menghormati orang lain supaya rakan
menghormati anda
CADANGAN :
AKTIVITI Guru mengajak murid melakukan pergerakan interaktif
SAYA ( kedua-dua ibu jari hala ke dada sendiri)
SAYANG ( letakkan kedua-dua tapak tangan secara bersilang di
dada sendiri)

10
RAKAN (tunjuk kepada rakan)
SAYA (kedua-dua ibu jari hala ke dada sendiri)
RUMUSAN : Mewujudkan suasana yang kondusif dan mesra sesama rakan di
sekolah

11
OBJEKTIF 1. Murid dapat menonjolkan sikap positif dalam kehidupan
harian
2. Mencungkil kehebatan diri
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru menerangkan ciri-ciri murid yang hebat
Jujur dan bertanggungjawab
Mempunyai jati diri yang tinggi
Sentiasa berfikiran positif
Menggunakan masa sebaiknya
Sentiasa mengamalkan perintah Tuhan
Amanah dan sebagainya
2. Guru bersoal jawab dengan murid apakah faedah menjadi
murid yang hebat?
Disayangi oleh ibu bapa
Disayangi oleh guru
Dihormati oleh rakan
Cemerlang dunia dan di akhirat
Menjadi contoh kepada rakan-rakan dan ahli keluarga
3. Guru menjelaskan cara melatih diri untuk menjadi murid
yang hebat dengan teknik mind to muscle
1. SAYA MURID HEBAT (sentuhkan tapak tangan
kanan di bahu kiri)
2. SAYA PERCAYA SAYA MURID HEBAT
(sentuhkan tapak tangan kanan antara bahu dan
siku kiri)
3. SAYA BENAR-BENAR HEBAT (tapak tangan
kanan sentuh siku kiri)

12
4. SAYA DAPAT RASA, LIHAT DAN DENGAR SAYA
MURID HEBAT (tapak tangan kanan sentuh antara
siku dan pergelangan tangan)
5. SAYA TAAT IBU BAPA
SAYA PATUH ARAHAN GURU
SAYA IKUT PERINTAH TUHAN
( tapak tangan kanan sentuh atas permukaan
tangan kiri)
6. Lurutkan tapak tangan kanan dari bahu kiri
sehingga ke hujung jari tangan kiri
CADANGAN : Seperti di atas
AKTIVITI
RUMUSAN : Murid membina keyakinan pada minda dan menzahirkan melalui
tingkah laku bahawa dia benar-benar hebat

13
OBJEKTIF 1. Murid mampu mengawal anggota tubuh badan daripada
melakukan perkara yang mengganggu ketenteraman
sekolah
2. Mengelak kemalangan di sekolah
3. Menimbulkan suasana yang harmoni dan tenang ketika
belajar
SASARAN : Semua murid sekolah rendah

MASA : 10 minit

BAHAN : Kad Imbasan

LANGKAH : 1. Guru menerangkan mengenai maksud kawal diri


Kawal diri bermaksud seseorang murid mampu untuk
mengawal anggota tubuh badannya seperti mulut, tangan,
kaki dan tubuh badan daripada melakukan perkara-
perkara yang negatif.
2. Guru memperincikan contoh-contoh tingkah laku yang
perlu dikawal:
1. Mulut
Mengejek
Mencarut
Bercakap perkara negatif
Bising/menjerit
2. Tangan
Menconteng dinding, meja
Mencuri
Menumbuk rakan
Mencubit
Merosakkan harta benda sekolah
3. Kaki
Menendang kawan, dinding sekolah dll
Berlari di dalam kelas/balkoni

14
4. Tubuh Badan
Menolak rakan
3. Guru bersoal jawab dengan murid faedah mengawal diri
Mengelak daripada kemalangan, contohnya patah
tangan, terjatuh, kemalangan jiwa
Mengelak daripada pergaduhan
Mengekalkan kecantikan dan kesempurnaan
kemudahan asas sekolah
Menjadikan murid seorang yang berakhlak mulia
Lebih fokus dalam pelajaran

CADANGAN : Guru menyediakan kad imbasan terdiri daripada perkataan di


AKTIVITI bawah. Pilih beberapa orang murid untuk memegang kad
imbasan tersebut. Murid lain menyebut secara beramai-ramai
perkataan yang ditunjukkan oleh murid tadi.

BERJALAN DENGAN TERTIB


MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH
BERCAKAP DENGAN SOPAN
SAYANGI RAKAN
SENTIASA MENGAWAL DIRI
RUMUSAN : Murid dapat mengawal diri dan tingkah laku ketika berada di
sekolah

15
OBJEKTIF 1. Murid bebas daripada pergaulan tidak bermoral
2. Murid didedahkan dengan batas-batas pergaulan
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru menjelaskan kepada murid definisi pergaulan sihat
Pergaulan sihat boleh diertikan sebagai hubungan sosial
sesama manusia dengan menjaga batas-batas pergaulan
dan menerapkan nilai-nilai murni
2. Guru bertanya apakah ciri-ciri pergaulan sihat?
Bijak memilih rakan
Penggunaan internet yang positif
(cth: facebook/e-mel/twitter dan seumpamanya)
Melakukan aktiviti berfaedah secara berkumpulan
dengan rakan seperti bersukan dan belajar
berkumpulan
Bijak mengawal tingkah laku dan adab berkawan
antara rakan lelaki dan perempuan
Tahu membezakan antara perkara yang
baik/bermoral atau sebaliknya
3. Guru menyebut kesan pergaulan yang sihat
Meningkatkan prestasi akademik
Sedar tanggungjawab sebagai sesama manusia
Menjamin kecemerlangan masa hadapan
Menjadi insan yang berguna
CADANGAN : Guru melaungkan ikrar pendek diikuti oleh murid;
AKTIVITI Saya berjanji akan;
1. Bijak memilih rakan
2. Mengamalkan pergaulan yang sihat
3. Menjadi insan yang berguna dan sentiasa berfikiran positif
RUMUSAN : Bijak memilih rakan

16
OBJEKTIF 1. Menanamkan rasa benci akan rokok
2. Menjelaskan kesan negatif rokok
3. Melatih murid bersikap asertif
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru melontarkan soalan kepada murid
Pernahkan anda melihat rokok?
Adakah ahli keluarga anda merokok?
Pada pendapat anda, merokok baik atau tidak untuk
kesihatan?
2. Guru menjelaskan kepada murid kesan negatif merokok
Mendedahkan risiko penyakit, contohnya kanser,
gangrene, strok, lemah ingatan dan lain-lain
Membahayakan orang di sekeliling (asap rokok)
Mengganggu prestasi akademik
Membazirkan wang
Menyebabkan kecacatan kepada anak yang
dikandung
3. Guru menerangkan kepada murid kesan negatif rokok
kepada penampilan diri
Badan dan mulut berbau busuk
Gigi kuning dan gusi kehitaman
Kuku dan bibir agak kehitaman

CADANGAN : Guru mengajar murid laungan semangat;


AKTIVITI SAYA ( kedua ibu jari ke arah dada sendiri)
BENCI (geleng kepala)
ROKOK! (silangkan kedua-dua tangan di hadapan)

RUMUSAN : Murid akan benci kepada rokok

17
OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran untuk mempunyai minda yang
bersih
2. Memberi kefahaman kepada murid tentang cara-cara
memupuk minda yang bersih
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru menerangkan Apa itu Bersih Minda?.
Minda yang bersih daripada unsur-unsur negatif
seperti menonton video lucah dan membaca bahan
bacaan terlarang.
2. Guru menjelaskan cara-cara memupuk minda yang
bersih:
Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan
yang suka bersosial (lepak, bercinta, kafe siber)
Membaca bahan-bahan berilmu
Sentiasa meningkatkan motivasi diri
Penggunaan internet diawasi oleh ibu bapa
3. Guru bertanya kepada murid apakah faedahnya minda
yang bersih?:
Fokus dalam pelajaran
Mempunyai akhlak yang mulia
Mempunyai akademik yang cemerlang
Mudah mengingat/menghafal pelajaran
Maruah diri terpelihara
Menjamin kesihatan diri yang baik
CADANGAN : Nyanyian lagu MINDA BERSIH
AKTIVITI Minda bersih dan cergas
Jamin hidup yang sihat
Akademik cemerlang
Jadi insan gemilang (irama lagu Twinkle Twinkle Little Star)
RUMUSAN : Murid sedar bahawa minda yang bersih menjamin kecemerlangan
akademik dan sahsiah

18
OBJEKTIF 1. Memupuk rasa sayang dan hargai diri
2. Meningkatkan kesedaran bahawa hidup di dunia hanya
sekali dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan
perkara positif
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Tiada
LANGKAH : 1. Guru membacakan cerita pendek;
Pada suatu masa dahulu ada seorang pemecah batu yang
bekerja memecahkan batu di kaki sebuah gunung. Ketika dia
bekerja di bawah kepanasan matahari dia merasakan
matahari itu lebih berkuasa daripadanya. Lalu, dia memohon
kepada Tuhan untuk menjadi matahari. Maka tuhan pun
perkenankan. Ketika dia menjadi matahari, dia menggunakan
kuasanya dengan memanaskan muka bumi sehingga
kemarau dan menyebabkan banyak kematian binatang,
manusia dan tumbuhan. Dia sangat gembira kerana dia dapat
menggunakan kuasanya. Tiba-tiba pada suatu hari, datang
segumpal awan mendung yang menurunkan hujan. Muka
bumi kembali subur dan manusia hibup dengan gembira.
Matahari tidak berpuas hati dan meminta Tuhan
menukarkannya menjadi awan. Maka, Tuhan pun
memperkenankan. Apabila dia menjadi awan, dia
menurunkan hujan yang lebat sehingga menyebabkan bumi
banjir. Banyak binatang yang mati dan berlaku kerugian harta
benda. Tiba-tiba, datang angin yang meniup awan tersebut ke
tempat lain. Awan merasakan yang angin lebih hebat
daripadanya. Maka, dia pun meminta Tuhan menjadikannya
angin dan Tuhan pun memperkenankannya. Setelah menjadi
angin, dia pula meniupkan ribut ke muka bumi sehingga
banyak kerosakan berlaku dan manusia hilang tempat tinggal.

Suatu hari, dia meniup sebuah gunung. Namun, gunung itu


tidak bergerak sedikit pun. Dia meminta Tuhan

19
menukarkannya kepada gunung pula kerana merasakan
gunung itu lebih berkuasa. Permintaannya kali ini
diperkenankan. Dia berasa sangat gembira menjadi sebuah
gunung yang gagah. Tiba-tiba, datang seorang pemecah batu
lalu memecahkan batu di kaki gunung tersebut. Semakin hari,
gunung itu semakin banyak dipecahkan. Pada masa itulah
baru dia terfikir bahawa kejadian asalnya adalah sebaik-baik
kejadian. Lantas, dia memohon sekali lagi untuk dikembalikan
seperti sediakala, iaitu seorang pemecah batu.

2. Guru bertanya kepada murid apakah moral yang mereka


faham daripada cerita tersebut?
Kita hendaklah mensyukuri kehidupan yang
dianugerahkan Tuhan.
Kita mesti sedar bahawa kita adalah kejadian yang
paling sempurna yang dijadikan oleh Tuhan
Kita seharusnya sentiasa rasional ketika dilanda
musibah. Sebagai contohnya, bunuh diri bukan
penyelesaian kepada kekecewaan.
Sentiasa memuhasabah diri.

CADANGAN : CERITA PENDEK


AKTIVITI
RUMUSAN : Murid dapat menilai dan menghargai diri sendiri

20
OBJEKTIF 1. Menangani masalah sumbang mahram dalam keluarga
2. Memupuk kasih sayang antara ahli keluarga dan
mengetahui batas sentuhan dengan bapa, abang dan
datuk.
SASARAN : Semua murid sekolah rendah
MASA : 10 minit
BAHAN : Carta / Model tubuh manusia (bahan boleh didapati dari makmal
sains)
LANGKAH : 1. Guru menyebut beberapa tajuk akhbar yang memaparkan
isu berkaitan
Datuk rogol cucu
Kanak-Kanak 7 tahun dirogol bapa kandung
2. Guru menjelaskan dengan lebih terperinci maksud
sumbang mahram kepada murid dan membezakan
sentuhan kasih saying dan ganguan seksual.
Hubungan terlarang antara ahli keluarga
Contoh perlakuan sumbang/ perlakuan tidak senonoh
antara datuk dengan cucu, bapa dengan anak, abang
dengan adik atau sesama ahli keluarga.
3. Guru menerangkan 5 bahagian badan yang tidak boleh
disentuh oleh jantina yang berlainan
Bibir
Alat sulit
Paha
Punggung
Bahagian tubuh badan yang sensitif
4. Guru memberikan contoh-contoh tingkahlaku pelaku yang
berniat atau ingin melakukan sumbang mahram
Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit
manja, mengusap, menggesel badan, memeluk,
mencium, serangan seksual

5. Guru memberikan panduan pencegahan sumbang

21
mahram
Murid memastikan mereka sentiasa ditemani oleh ahli
keluarga yang ahli yang lain.
Memakai pakaian yang sopan ketika berada di rumah
Segera memaklumkan kepada ibu atau nenek / kakak
sekiranya berlaku tanda-tanda tingkahlaku sumbang
mahram
6. Guru memberitahu murid tindakan yang perlu dilakukan
apabila terlibat dengan sumbang mahram.
Melaporkan kepada ibu / kakak / nenek (ahli keluarga
selain pelaku) , kaunselor atau guru.
Menyimpan bahan bukti (pakaian, objek)

Panduan Guru

Tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sekiranya


terdapat kes sumbang mahram di sekolah :
Sekiranya pelaku sumbang mahram ialah abang,
pihak sekolah perlu memanggil ibu bapa
Sekiranya pelaku ialah bapa, pihak sekolah perlu
memanggil ibu atau penjaga yang lain
Setelah perbincangan ahli keluarga tersebut
hendaklah melaporkannya kepada pihak polis atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Tindakan pelajar
Pengakuan bertulis pelajar

CADANGAN : Guru menerangkan bahagian badan yang perlu dijaga daripada


AKTIVITI disentuh oleh ahli keluarga berlainan jantina pada carta / model
tubuh badan manusia

22
23
TAJUK : LARI DARI RUMAH

DEFINISI

Golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah daripada golongan remaja
yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja
tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagiannya tidak akan
kembali lagi.

FAKTOR REMAJA LARI DARI RUMAH

Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:

Keganasan rumah tangga. Contoh:


o Penderaan fizikal, emosi atau seksual
o Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang
kebebasan
o Perselisihan dengan ibu bapa atau diabaikan oleh ibu bapa

Tekanan rakan sebaya/ peranan rakan sebaya. Contoh:


o Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
o Dipinggirkan atau dibuli
o Terpengaruh dengan rakan sebaya - suka berfoya-foya

Masalah di sekolah. Contoh:


o Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
o Prestasi pembelajaran yang rendah
o Dikenakan hukuman yang berat

Adakah anda terfikir untuk melarikan diri?

Remaja yang terfikir untuk melarikan diri biasanya ada tanda-tanda seperti berikut:

Tidur yang tidak lena dan perubahan selera makan


Rasa gelisah, mudah marah dan akan berlaku kemurungan

24
Bolehkah anda membantu diri anda daripada melarikan diri?

YA, anda boleh!


Sentiasa ada orang lain yang sudi mendengar masalah anda dan membantu anda walaupun anda
tidak berfikir sedemikian.
Mereka ialah:

Saudara mara atau adik beradik


Jiran
Rakan sebaya
Guru-guru kaunseling atau guru-guru agama
Orang-orang yang anda percayai

KESAN PERBUATAN LARI DARI RUMAH

Besar kemungkinan anda juga akan melarikan diri!


Bahaya yang menunggu sebagai pelarian ialah anda akan terperangkap dengan:

Dadah, alkohol dan inhalan


Pornografi, pelacuran dan jenayah akan berleluasa

Antara komplikasi lain yang timbul adalah:

Sakit kelamin
Kehamilan di luar perkahwinan
Jangkitan HIV/AIDS

Remaja yang melarikan diri boleh juga mendapat masalah psikiatri seperti:

Kemurungan
Tekanan melampau pasca trauma
Kecelaruan tingkah laku
Sengaja mencederakan diri sendiri atau bunuh diri

25
CARA MENGATASI PERBUATAN LARI DARI RUMAH

Selain melarikan diri, ada lagi alternatif lain yang lebih selamat:

Tinggal dengan rakan yang boleh dipercayai atau saudara sehingga tekanan tersebut
berkurangan
Berbincang dengan ibu bapa
Jika anda didera, buat laporan polis
Buat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk perlindungan sementara
Berbincang dengan guru kaunseling sekolah, jika anda ada masalah di sekolah
Laporkan kepada ibu bapa dan pihak berkuasa sekolah jika anda dibuli
Luangkan lebih masa untuk belajar jika prestasi di sekolah tidak baik
Telefon talian pertolongan yang terdekat seperti Tele-dera dan lain-lain lagi
Minta nasihat dari doktor

"Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah
lebih banyak masalah kepada anda!"

26
TAJUK : GENGSTERISME

DEFINISI

"Gengsterisme" ialah kelakuan/kegiatan samseng yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan


secara berkumpulan.

Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?


'Gengster' sering:

Mempamerkan tingkah laku yang agresif


Merompak
Menyeluk poket
Terlibat dalam lumba haram
Mencuri kereta
Mengedar dadah
Minum arak
Terlibat dalam seks rambang

Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang


perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka

FAKTOR MENGAPA SESEORANG ITU MENJADI GENGSTER?

Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:

Latar belakang keluarga yang serba kekurangan


Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh media
Personaliti diri
"Esteem" kendiri yang rendah

27
Adakah kita boleh mengenal pasti jika seseorang itu cenderung dalam aktiviti 'gengster'?

Kebarangkalian besar seseorang itu cenderung ke arah gengsterisme jika seseorang itu:

Mudah marah disebabkan pertelingkahan kecil


Melepak dan suka merosakkan harta benda
Sering pulang lewat dari sekolah
Sering keluar pada waktu malam
Sering tidur pada waktu siang
Mempunyai prestasi yang rendah di sekolah
Mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan
Menghadapi masalah disiplin dan rekod kehadiran sekolah yang buruk/ponteng
Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti melanggar undang-undang
Bergaduh menggunakan senjata tajam
Merokok

KESAN REMAJA YANG MENJADI SEORANG GENGSTER

Dikenakan tindakan disiplin


Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
Dibuang sekolah
Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

CARA MENGATASI SEKIRANYA TELAH TERLIBAT DALAM GENGSTERISME

Anda seharusnya:

Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti:
o Kelab Tinju, Taekwondo, menyanyi dan bersukan
Katakan "tidak" pada sikap yang negatif

28
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:

Dapatkan nasihat dan bimbingan daripada ahli keluarga anda yang rapat
Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi

Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting
dalam rawatan.

29
TAJUK : FENOMENA PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA

DEFINISI

Penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian) dengan cara yang
mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan
bacaan, dan sebagainya), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan secara lucah; segala
bahan (seperti filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu
seks, segala bahan (seperti filem, terbitan dan sebagainya) yang lucah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN REMAJA TERLIBAT

Terdedah kepada dunia seksual seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar
lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Kurangnya didikan agama sehingga sanggup melakukan perbuatan yang dilarang

Terlalu mudah untuk muat turun melalui telefon bimbit

Menyimpan klip video dianggap sebagai hobi untuk dijadikan koleksi peribadi.

Pengaruh media massa

KESAN

Haram hukumnya di sisi agama Islam

Terlibat gejala ponteng sekolah dan kes sumbang mahram semakin meningkat

Menjadi penyebab utama keruntuhan akhlak remaja seperti melakukan perbuatan

mencabul, merogol dan lain-lain

Boleh mengakibatkan perlakuan seks oral atau ketagih seks

Terdedah kepada jangkitan virus HIV/AIDS

Melemahkan daya fikiran dan menumpulkan hati dan mudah terjebak melakukan zina

30
CARA MENGATASI

Mewujudkan badan yang bertanggungjawab memantau internet untuk menyekat laman web
seperti ini dan tindakan undang-undang perlu diambil segera terhadap sesiapa juga yang
terlibat.

Semua pihak perlu memainkan peranan seperti ibu bapa, guru, masyarakat, KPM dan NGO
seperti meningkatkan pendedahan dengan ilmu keagamaan

TAJUK : VANDALISME

DEFINISI

'Vandalisme' adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta
persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.

Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa
mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

Mengapa Vandalisme terjadi?


Sebab-sebabnya adalah:

Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit daripada telefon awam


Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
Untuk membalas dendam dan untuk keseronokan serta kepuasan

31
Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi

Mengapa remaja terlibat dalam 'geng'?


Remaja terlibat dalam 'geng' kerana pelbagai sebab seperti:

Keseronokan dan rasa megah / status


Perlindungan
Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan Vandalisme?

Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah peribadi sejak kecil
dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial
Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal.
Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan 'vandalisme' adalah :
o Ponteng kelas atau sekolah
o Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
o Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
o Kemahiran sosial yang lemah
o Mencari perhatian dengan cara yang negatif
o Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
o Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
o Masalah keluarga
o Masalah dalam persahabatan
o Masalah di sekolah
o Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
o Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam Vandalisme?

Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa
kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan

32
Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti
gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya
pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah dengan pihak sekolah
Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah,
keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana ianya
menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang
sihat.
Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat,
terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan
pada waktu kecemasan.
Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin akan mengakibatkan
kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal
Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti
tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam Vandalisme?

Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan jenayah.


Tanya diri anda :
o Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
o Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
o Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
o Siapa yang boleh membantu saya?
Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan vandalisme. (Lihat cara
Menangani Kemarahan)
Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar. (Lihat cara Membuat
Keputusan dan Penyelesaian Masalah )
Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan
vandalisme. (Lihat cara Kemahiran sosial dan Komunikasi)
Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah

33
Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman,
bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan
hidup
Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme
Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas
Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi

TAJUK : GEJALA MINUM ARAK DALAM KALANGAN REMAJA

DEFINISI:

Alkohol atau arak merupakan sejenis dadah yang tertua digunakan di dunia. Alkohol
dikelaskan dalam jenis dadah penenang. Walaupun penglibatan pelajar dalam penagihan alkohol di
negara ini tidak keterlaluan serta hanya tertumpu hanya di kawasan bandar tetapi gejala ini akan
merebak jikalau tidak dibendung pada peringkat awal lagi. Penagih alkohol juga dikategorikan juga
sebagai kecelaruan mental organik yang disebabkan oleh bahan. Mereka mengambil sebahagian
besar alkohol sehingga merosakkan kesihatan fizikal, personal dan fungsi sosial. Mereka
menjadikan alkohol sebagai keperluan yang lebih penting melebihi keperluan yang lain. Alkohol
sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk
mempertingkatkan "mood" . Arak juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
.Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski

PUNCA-PUNCA :

Diri sendiri

Perasaan ingin mencuba.

Ingin mencari ketenangan.

Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

34
Pengaruh Rakan Sebaya

Penerimaan kumpulan.

Tujuan bersosial, bergembira, seronok dalam sesuatu majlis

Keluarga

Ibu bapa yang ketagihan arak boleh mempengaruhi anak mereka untuk mencuba
minum arak.

Latar belakang keluarga.

Persekitaran

Mudah didapati dan tidak mahal

Pengiklanan yang menarik di media

Menjadi budaya masyarakat.

MITOS DAN REALITI TENTANG KEGUNAAN ALKOHOL

MITOS REALITI

Penggunaan alkohol membuat Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah


seseorang individu berasa lebih matang dan dapat berfikir secara rasional.
seperti dewasa. Mereka juga kurang bermasalah.
Alkohol memudahkan mereka Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih
mendapat ramai kawan dan dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa
diterima sebagai sebahagian dari mengambil berat. Perhubungan antara kawan
kumpulan tersebut. juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
Alkohol membuatkan seseorang Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini
itu nampak "cool" dan berjaya. jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.

35
Alkohol menghilangkan rasa Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
bosan dan memberi seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti
keseronokan. sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah
pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah
dilupakan.
Adalah lebih baik mengambil Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang
alkohol semasa remaja supaya penting. Malahan, alkohol boleh mengakibatkan
anda boleh berhenti ketagihan hingga ke peringkat dewasa.
mengambilnya semasa dewasa Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda
ketika anda mempunyai lebih menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat
tanggungjawab. apabila dewasa kelak.
Alkohol dapat membantu Menghilangkan masalah melalui penggunaan
melepaskan anda dari alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek
permasalahan dalam hidup. sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak
masalah dalam jangka pendek dan panjang.

CARA-CARA MENGATASI :

Mengamalkan gaya hidup sihat


Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi
Jauhi rakan yang mengambil alkohol
Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman
atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan
Rakan Muda
Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
Jauhi tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam,
disko dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di
atas (Lihat Penyelesaian masalah)

KESAN-KESAN :

Kesan pengambilan alkohol merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial
termasuk :

36
Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
Kelakuan Delinkuen/salah laku
Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau
jelas, bingung dan bercelaru).
Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

Kerosakan otak yang kekal


Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
Kanser usus
Penurunan naluri seks dan mati pucuk
Keguguran spontan
Bayi yang tidak normal
Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

Perubahan personaliti (lebih kepada kelakuan agresif)


Kemurungan
Bunuh diri

KESIMPULAN :

Ketagihan alkohol dalam kalangan remaja harus ditangani dengan proaktif agar gejala ini tidak
menular dalam masyarakat. Remaja yang bebas daripada gejala ketagihan arak akan memberi
impak yang lebih positif terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

37
TAJUK : DATING DALAM KALANGAN REMAJA

PENGENALAN

Dating berlaku, apabila adanya 2 orang yang saling tertarik antara satu sama lain dan
membuat keputusan menghabiskan masa bersama untuk saling mengenali. Contoh janji temu
adalah menonton wayang, makan bersama.

Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mencapai akil baligh, mereka akan semakin tertarik di
antara satu sama lain. Dating adalah proses teruna dan gadis mengenali satu sama lain dengan
harapan menjalin hubungan yang lebih serius.

Kebanyakan budaya-budaya yang ada telah menggariskan tatacara pergaulan yang telah diterima
dan diguna di antara lelaki dan perempuan. Penting bagi anda mengikuti tatacara pergaulan yang
sihat dan bermakna mengikut adat resam masing-masing. Paling penting bertujuan untuk menjalin
hubungan sihat, di mana anda rasa gembira dan bebas daripada bahaya.

Dalam perhubungan yang sihat:

Pasangan saling menghormati


Inginkan yang terbaik untuk pasangan masing-masing
Bebas daripada segala bentuk penderaan seperti penderaan emosi, ugutan dan paksaan
untuk melakukan seks

BOLEHKAH REMAJA BERDATING?

Dating boleh menjadi pengalaman positif sekiranya teman anda hormat dan menyokong keputusan
hidup anda. Ibu bapa anda mungkin mencegah janji temu anda kerana bimbang hati anda terluka
atau hilang tumpuan pada pelajaran. Pelajaran amat penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan
masa depan anda. Waktu remaja, walaupun badan anda membesar seperti orang dewasa, anda
masih belum mempunyai kematangan atau pengalaman sepenuhnya. Hubungan intim boleh
menjadi luar kawalan dan ini boleh menjejaskan masa depan dan kebahagiaan hidup anda.

38
PANDUAN BERDATING (boleh dibincangkan sekiranya sesuai)

Tetapkan batas hubungan berdasarkan agama, budaya dan harapan anda untuk
mengurangkan bahaya kepada diri sendiri dan masa depan anda. Elakkan seks sebelum
berkahwin kerana ia boleh menjejaskan impian perkahwinan anda di masa hadapan. Anda
mungkin mengahwini orang lain dan bukan teman anda sekarang
Pilih teman yang bijak. Hanya tetapkan janji temu dengan teman yang menghormati dan
melayani anda dengan baik
Adalah lebih baik melakukan janji temu secara berkumpulan di tempat awam
Jangan berkompromi prinsip anda semata-mata untuk menggembirakan orang lain
Sebelum janji temu pastikan anda memaklumkan tempat dan nombor telefon kepada orang
yang dipercayai seperti ibu bapa, adik beradik atau rakan karib anda.
Adalah bijak sekiranya anda memperkenalkan teman anda kepada ibu bapa atau adik
beradik untuk mendapatkan pandangan mereka sekiranya anda ingin menjalinkan hubungan
yang seriu

TAJUK : SUMBANG MAHRAM

DEFINISI

Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh
seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini
juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan
dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat
resam dan agama. Sebagai contoh, hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adik-
beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Dari perspektif Agama Islam golongan tidak
bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat.

PUNCA-PUNCA

Batas Pergaulan

39
Duduk berdua-duaan di tempat sunyi boleh membawa berlakunya sumbang mahram.
Program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita
dengan pakaian yang mencolok mata juga menjadi punca berlakunya sumbang
mahram.

Keadaan rumah dalam sesebuah keluarga yang tidak mempunyai bilik khusus untuk
anak lelaki dan perempuan juga faktor berlakunya sumbang mahram.

Tidak Mengamalkan Kehidupan yang Dianjurkan Islam

Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia
tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta
izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga
masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu
Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu-waktu ini kemungkinan suami isteri
sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.
Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana
sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak
perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa.

Keruntuhan Institusi Keluarga / Perkahwinan

Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian


turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian,
lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami
sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang
tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk
penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.

40
Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) semasa berada di rumah

Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di
bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian
ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias,
antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi
sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.

Pakaian yang menghairahkan ketika berada di luar ataupun di dalam rumah boleh
menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang
mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat
pandangan seperti itu.

CARA MENANGANI

Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram

Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia
tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas
penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Ramai mangsa tidak
melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat
memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan
mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan
kejadian itu.

Peranan Media

Peranan media dan juga kempen daripada pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media
harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-
tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Adalah penting bagi mangsa sumbang
mahram mendapat sokongan dan perlindungan.

41
Penguatkuasaan Undang-undang

Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih
berat perlu diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Rogol
muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia
dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat
dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada
gadis yang dinodai melalui inses.

Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan

Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan
dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah
atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram.

Batasi Pergaulan

Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini
hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan
di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas
syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini
supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Mesra jangan sampai anak
gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.

42
Peranan Masyarakat

Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah
laku sumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang
mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiran dan
seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang
mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan
dilaporkan kepada pihak berkuasa. Hubungan antara masyarakat perlu kembali
dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri.

Galakkan Perkahwinan

Ibu, ayah, datuk dan nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain
untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga
sendiri. Rasulullah S.A.W memang menggalakkan perkahwinan untuk
menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan
daripada berlakunya jenayah seksual ini.

Menjaga Aurat dalam Kalangan Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama

Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batas-batas aurat di
dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli
keluarga boleh membuka aurat (kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli
keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila
yang perlu diikuti. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian yang
menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah,
tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama
ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.

43
Susun Infrastruktur Rumah Mengikut syariat

Dari sudut infrastruktur rumah dalam sesebuah keluarga pula, dalam menangani
masalah inses ini dapat dibuat dengan menyediakan bilik untuk anak gadis dan
diasingkan bilik anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh. Sekurang-
kurangnya sebuah rumah itu mesti mempunyai tiga buah bilik atau lebih untuk
menyusun ahli keluarga mengikut syariat sebenar.

Kukuhkan Taraf ekonomi Keluarga

Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga
hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja
sendiri. Kebanyakkan kes-kes sumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan
ibu keluar mencari nafkah, sedangkan para suaminya tidak bekerja dan tinggal di
rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Maka
haruan makan anak akan berlaku semasa ketiadaan ibu di rumah.

KESIMPULAN

Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu jenayah yang serius yang perlu
ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual
sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingan-
kepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga
melarang hubungan sumbang mahram. Di dalam agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep
muhrim yang mengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih ahli keluarga.
Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkahwinan dengan ibu bapa,
datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa,
anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping mengenakan hukuman kepada
penceroboh, penekanan betapa pentingnya pencegahan dan pengawalan harus diambil kira. Bagi
menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya
harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta
bertamadun.

44
TAJUK : KECELARUAN KONVENSI

DEFINISI

Konvensi juga dikenali sebagai histeria. 'Konvensi' terjadi apabila seseorang individu hilang
kesedaran mengenai keadaan yang sebenar berlaku atas dirinya yang bukan disebabkan masalah
perubatan dan otak tetapi selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi

PUNCA-PUNCA

'Konvensi' adalah disebabkan oleh:

Stres
Selalu memendam perasaan
Kurang kemahiran menangani masalah dan suka mencari perhatian

BAGAIMANAKAH ANDA TAHU ANDA MENGALAMI MASALAH 'KONVENSI'?

Ciri-ciri 'konvensi' adalah:

Hilang fungsi badan


o Contoh, kelemahan anggota tangan/kaki, buta atau pekak
Tidak menghiraukan kehilangan fungsi badan
Sentiasa mencari perhatian
o Kehilangan fungsi badan bertambah menjadi-jadi apabila di hadapan orang

APAKAH AKAN TERJADI JIKA BANTUAN TIDAK DIBERI?

Individu akan bertambah teruk dan mengalami perkara seperti berikut:

Kurang keyakinan diri dan merasa rendah diri


Tidak mempunyai ramai kawan
Susah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru
Susah menyelesaikan masalah dalam hidup

45
DI MANAKAH SESEORANG BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN?

Sila dapatkan bantuan dan rawatan lanjut di hospital.

TAJUK : KECELARUAN MANIK-DEPRESIF

(KECELARUAN DWIKUTUB)

DEFINISI

Kecelaruan dwikutub adalah satu keadaan apabila seseorang itu mengalami perubahan pada
perasaan atau emosi yang bercelaru antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira
(manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

Fasa Depresif (kemurungan)

1. Gangguan perasaan
o Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2. Gangguan fungsi kognitif
o berasa putus asa, tidak ada harapan masa depan.
o berasa berdosa, diri tidak berguna, tidak dapat ditolong lagi
o fikiran ingin membunuh diri
o hilang perasaan seronok
o hilang penumpuan fikiran
o hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti
3. Tanda-tanda biologi / fizikal
o Hilang selera makan
o Turun berat badan
o Gangguan tidur
o Hilang nafsu seks
o Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita
o Mudah berasa letih dan tidak bertenaga

46
Fasa Manik

1. Gangguan perasaan
o Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
2. Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang lain dan tinggi harga diri.
3. Mudah berasa marah
4. Kurang keperluan untuk tidur
5. Lebih banyak bercakap dari biasa.
6. Perhatian mudah berubah-ubah.
7. Meningkat nafsu seks
8. Boros dalam berbelanja

RAWATAN

Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya.

Rawatan ubat-ubatan :
o Ubat antidepression digunakan semasa fasa depresif dan diberhentikan semasa
fasa manik.
o Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan dikedua-dua fasa penyakit.
o Sejenis ubat yang dipanggil "mood stabilizer" digunakan untuk mencegah perubahan
perasaan yang terlalu cepat.

Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan pesakit perlu mengambilnya
sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor.

Terapi psikologikal:

Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali dan
memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan teknik
terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu.

Kaunseling individu
o Akan membantu individu memahami akan hal penyakit dan untuk membolehkan
individu lebih bersedia untuk menangani penyakit. Ia juga membantu meningkatkan
keyakinan dan jati diri.

47
Terapi Berkelompok
o Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama
contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi Kaunseling bersama-sama
membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan
cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan
galakan.
Pendidikan kesihatan
o Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkah-
langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
Terapi Keluarga
o Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif
menangani stress.

PEMULIHAN

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan
rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di
dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar
seluruh negara mempunyai unit pemulihan cara kerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu
pesakit pulih sepenuhnya dari penyakit. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah
dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari
penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

KUMPULAN SOKONGAN

KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)


MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga disetiap negeri

48
TAJUK : KEMURUNGAN

DEFINISI

Kemurungan iaalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang


individu menjadi semakin menurun. Hal ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut,
termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani
secara efektif, situasi ini boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

PUNCA-PUNCA KEMURUNGAN

Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:

Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga


Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
o Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
Penyakit kronik
o Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
Ciri-ciri peribadi
Penyalahgunaan dadah
Penggunaan ubat-ubatan tertentu
o Contoh: Steroid, ubat cegah kanser

CIRI-CIRI INDIVIDU MENGALAMI KEMURUNGAN

Ciri-ciri kemurungan termasuklah:

Sentiasa sedih dan menangis


Mudah tersinggung
Tidak bermaya dan sakit - sakit badan
Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
Rasa bersalah yang tidak menentu
Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
o Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri

49
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:

Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti
o Ibu bapa
o Ahli keluarga yang dipercayai
o Kaunselor sekolah
o Guru agama

Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan


o Mendengar
o Menghibur hati
o Menasihati

ATAU
Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

Doktor
Ahli Psikologi
Pakar Psikiatri

"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

KESAN JANGKA PANJANG JIKA TIDAK MENDAPAT BANTUAN

Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:

Kesan ke atas fizikal. Contoh:


o Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
o Gangguan kitaran haid
o Anemia

Kesan ke atas Psikologi. Contoh:


o Perasaan rendah diri
o Risiko untuk bunuh diri

50
Kesan ke atas sosial. Contoh :
o Pencapaian sekolah yang lemah
o Ponteng
o Penyalahgunaan dadah atau minuman keras

DI MANAKAH SESEORANG BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN?

Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

51
TAJUK : BUNUH DIRI

DEFINISI

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan
kematian. Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

Konflik keluarga
Kegagalan personaliti dan kehilangan sesuatu
Kesukaran berkomunikasi
Penyalahgunaan bahan terlarang
Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

PUNCA-PUNCA

Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri


termasuklah:

Kemurungan
Salah faham dengan ibu bapa
Gagal dalam perhubungan atau gagal dalam peperiksaan
Didera atau dibuli

Di tinggal sendirian

GEJALA AWAL

Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

Berperasaan
o Sedih dan marah
o Gelisah dan mudah rasa bersalah
Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
Tidak boleh tidur dan hilang selera makan
Sentiasa memikirkan tentang kematian dan tidak boleh melakukan aktiviti harian

52
Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
o Minum arak dan merokok
o Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
o Memberi barang yang disayangi
o Meminta maaf dan lebih bercakap tentang kematian

CARA PENCEGAHAN

Minta bantuan segera:

Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai


Hubungi talian bantuan
o Seperti: BEFRIENDERS
Dapatkan nasihat keagamaan
Jumpa doktor

AKIBAT TIDAK MENDAPAT BANTUAN AWAL

Akan berakhir dengan KEMATIAN!!!

TEMPAT MENDAPAT RUJUKAN

Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

Ibu bapa atau rakan karib


Guru kaunseling atau guru agama

Cari seseorang yang boleh:

Mendengar, memujuk dan mampu memberi nasihat

ATAU
Minta nasihat daripada:

Doktor perubatan, pakar psikologi dan pakar psikiatri

53
KOMPLIKASI

Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga
dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan
kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan
penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

RAWATAN

Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin
membunuh diri?

Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.


Simpan ubatan di tempat yang susah dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos
yang berlebihan.
Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
Elakkan daripada mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan
hilang pertimbangan anda.
Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon.
Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk rawatan yang selanjutnya

CARA MEMBANTU

Ambil berat/serius luahan/aduan


Jangan mengkritik dan jangan berjanji tentang kerahsiaan
Dapatkan bantuan profesional dan pelajari tanda-tanda awal
Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri tetapi berikan alternatif lain untuk mengatasi
masalah
Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

REHABILITASI
Belajar teknik menangani stres

KUMPULAN SOKONGAN
THE BEFRIENDERS

54
55
RUJUKAN

Ab. Alim Abd Rahman (1988). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abd. Rahman Ahmad (1992). Bimbingan Dan Kaunseling Dari Perspektif Islam. Serdang: Human
Resource Enterprise.

Abd. Rahman Abd Majeed (2005). Penawar Gelisah & Murung. Serdang: Darul Numan.

Chiam (1983). Adolescents And His Family: Some Aspects Of Their Relationship. Dalam Laporan
Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja di Malaysia, 23-37 Kuala Lumpur: Jabatan
Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Chiam dan Nik Azis (1983). Prosiding of the 4th ASEAN Forum On Child and Adolescent In
Malaysia: Their Problems And Mental Health Adolescent Psychistry. Kuala Lumpur.
Hairunnaja Najmuddin (2003). Psikologi Ketenangan Hati. Bentong: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Hairunnaja Najmuddin (2004). Psikologi Ketenangan Hati (Edisi Kedua). Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Hajjah Umi Kaltum Abd. Karim (1993). Pendekatan Dalam Menangani Masalah Juvana,
Persidangan Pada 11-13 Mei Di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.
Halimi Abd. Manaf (1982). Masalah-masalah pelajar dan kepentingan pusat perkhidmatan pelajar:
Satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Alfian Harris and Mustaffa, Mohamed Sharif (2006) Tahap kestabilan emosi pelajar di
sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In: National Student
Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

Zainudin Abu Bakar (2000). Kajian Terhadap Penyesuaian Akademik, Sosial Dan Emosional
Pelajar Tingkatan Satu Di Sekolah-Sekolah Menengah Felda Daerah Kota Tinggi, Johor.
Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zakiah Daradjat (1970). Peranan Agama Dalam Kesihatan Mental. Jakarta: Penerbit P.T Gunung
Agung.

56
When I change my thinking

I change my beliefs

When I change my beliefs

I change my expectations

When I change my
expectations

I change my attitude

When I change my attitude

I change my behavior

When I change my behavior

I change my performance

When I change my performance

I CHANGE MY LIFE

Petikan daripada:

Buku Guru Sebagai Fasilitator

57
Unit Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Unit Pengurusan Sekolah (Rendah),


Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Jawatan Kuasa Penyedia Modul


Sayangi Diri Anda Sekolah Rendah Dan Menengah

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor


Cawangan Pasir Gudang
(Sekolah Menengah)

Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Johor


Pasir Gudang
(Sekolah Rendah)

Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah


Menengah Dan Rendah
Daerah Pasir Gudang

Semua Pihak Yang Terlibat


Secara Langsung Atau Tidak Langsung

58
59

You might also like