You are on page 1of 8

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 1

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk (susu ibu perahan)

2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah

3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan

4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan).

TEMPOH HAYAT

1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan

2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana
air liur telah bercampur dgn susu

3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak
untuk sekali sesi penyusuan sahaja. Elakkan dari memanaskan EBM dlm kuantiti yg banyak kerana ia tidak tahan
lama dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.

1. PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU

1.1 BREASTPUMP :Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)Jika menggunakan built in
bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan
jalan..Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir

1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :Pastikan dalam keadaan bersih dan keringPilih botol / liner yg
bebas BPA (Bisphenol-A)

Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada
kemudahan peti sejuk..

2. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?

2.1 Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-

* Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi
pertama)

*Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh dan terdapat bayi
lain yg juga dibekalkn dgn ebm oleh ibu mereka)

2.2 Jika berada di pejabat :-

*Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian
dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.

*Hasil perahan kanan dan kiri boleh terus dicampur ke dalam botol yg sama.
*Jika anda mengejar masa corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh
terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan tertutup dan simpan di dalam
freezer.

*Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah. Jika anda tidak mengejar masa
bolehlah alirkan alatan pam dengan air paip sebelum disimpan.

2.3 Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-

*Anda boleh terus letakkan sebentar di dalam chiller untuk disejukkan dan apabila sejuk terus simpan stok ke dalam
freezer untuk dibekukan

*Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat

*Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi
bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.

NOTA PENTING :-

# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan
antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda
membawa stok ebm balik ke rumah nanti..

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana
cuaca di Malaysia agak panas..

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan
aircond sentiasa di pasang..

# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya
mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi
icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah
sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik.
Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?

3.1 Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg
hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan
esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam
freezer.

3.2 Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan
contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga
penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.

3.3 Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.

3.4 Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok


4. BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH? (Rujuk Gambar)

4.1 Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan
FRESH/CHILLED EBM juga..

4.2 Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN
EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan
botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller..

Botol 1 : CHILLED / FRESH EBM

Botol 2 : FROZEN EBM

Botol 3 : FROZEN EBM

Botol 4 : CHILLED / FRESH EBM


CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 2

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)


MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak
dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :


1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan
mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman. Bagaimana? Dengam merendam botol susu perahan
di dalam mangkuk berisi air paip dan letak di bahagian chiller.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah
masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per
feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg
diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.
1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.5

NOTA PENTING :
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula
2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)
2.1 Setelah mengikuti langkah 1.5, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer
(40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu
yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang
diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air
rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle
swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :
#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam.
#Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam
susu ibu supaya tidak musnah.
#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave TEMPOH HAYAT EBM
Seperti dalam jadual di bawah.
TEMPOH HAYAT SUSU IBU

FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULAN


FROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULAN

FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJA
CHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER
UNTUK DIJADIKAN STOK BEKU

You might also like