You are on page 1of 7

TARIKH TUTUP

PENYERTAAN
29 Julai 2008 (Selasa)
5:00 Petang

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PRESIDEN


PERBADANAN PUTRAJAYA 2008

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)
KATEGORI : TERBUKA / REMAJA

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.
PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju


mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual
yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak
akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan
agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum,
semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________ Tarikh


:_________________________
(Pengurus pasukan)

PENGESAHAN PEMAIN

Saya__________________________selaku Ketua Jabatan / Pengerusi


Jawatankuasa Penduduk mengesahkan bahawa semua pemain yang
berdaftar adalah sah bekerja / Komuniti Putrajaya mengikut syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

_________________________

Nama :
Jabatan / J/K Penduduk :
Tarikh :
No.Telefon :

COP
RASMI

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (KATEGORI REMAJA)


Pengakuan : Saya_________________________________Ibu Bapa/ Penjaga
kepada penama bersetuju untuk memberi kebenaran dan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mengakui
bahawa jika berlaku apa-apa kehilangan / kecederaan atas sebab-sebab
tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah
tanggungjawab saya sendiri.

________________________

Nama :
No.Telefon :
Alamat Rumah :
Tarikh :

Ruangan ini wajib diisi untuk pemain yang menyertai KATEGORI


REMAJA BAWAH 18 TAHUN sebagai bukti kebenaran.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya
perakuan Kebenaran Ibubapa / Penjaga tidak disertakan.
Borang kebenaran boleh di fotokopi mengikut jumlah pemain
yang didaftarkan.

PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH PIALA


PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

1. KELAYAKAN DAN PENYERTAAN


1.1. Pertandingan ini adalah TERTUTUP kepada komuniti yang bekerja
ATAU menetap di Putrajaya sahaja.

1.2 Pertandingan ini terbuka kepada DUA (2) kategori iaitu :

1.2.1 Kategori Terbuka (18 tahun ke atas)


1.2.2 Kategori Remaja (Bawah 18 tahun)

1.3 PERTANDINGAN INI ADALAH TERHAD KEPADA 32 PASUKAN


SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI DAN BERDASARKAN KEPADA
KONSEP SIAPA CEPAT YANG MELALUI KRITERIA BERIKUT :

1.3.1 Mendaftar sebelum tarikh tutup DAN;

1.3.2 Yuran telah dijelaskan beserta borang lengkap kepada


pihak urusetia.

1.4 Tempahan penyertaan melalui talian telefon tidak digalakkan


bagi mengelakkan pertindihan kuota yang ditetapkan.

1.5 Keutamaan akan diberi kepada pasukan yang menjelaskan


yuran penyertaan sebelum tarikh tutup.

1.6 Pasukan yang menyertai KATEGORI TERBUKA melalui agensi


hendaklah mengemukakan sesalinan PAS PEKERJA untuk
semakan urusetia.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran penyertaan adalah seperti berikut :

2.1.1 Kategori Terbuka - RM50 sepasukan


2.1.2 Kategori Remaja - RM30 sepasukan

2.2 Borang dan yuran penyertaan HANYA boleh dibuat kepada pihak
urusetia di lokasi berikut sahaja :

2.2.1 Unit Sukan dan Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan


Bandar Blok B Tingkat 3,Kompleks Perbadanan
Putrajaya, Presint 3. ATAU;

2.2.2 Dewan Serbaguna Presint 8,Kompleks Kejiranan


Presint 9 dan Presint 16, Putrajaya.

3. TARIKH, MASA DAN LOKASI PERTANDINGAN

3.1 Tarikh pertandingan ialah pada 2 dan 3 Ogos 2008 (Sabtu dan
Ahad).
3.2 Pertandingan ini akan dijalankan Kompleks Sukan Taman Pancarona
Presint 18, Putrajaya.

3.3 Masa pertandingan ialah 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

4. TARIKH TUTUP, TAKLIMAT DAN UNDIAN

4.1 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 Julai 2008 (Selasa) berakhir
jam 5.00 petang.

4.2 Taklimat dan undian perlawanan akan dijalankan pada 31 Julai 2008
(Khamis) di Bilik Mesyuarat Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
jam 8.30 malam.

4.3 Pengurus pasukan atau wakil dijemput hadir untuk sesi taklimat dan
juga undian.

4.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada
wakil dan sebarang keputusan adalah muktamad.

5. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain


dan seorang pengurus pasukan;

5.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan


seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

5.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang


penjaga garisan.

6. PENGADIL

6.1 Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang bertauliah dan berdaftar
dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

7. PERATURAN PERTANDINGAN

7.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak


Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta
peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

7.2 Pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI.

7.3HANYA DUA (2) ORANG PEMAIN SAHAJA YANG PERNAH


MEWAKILI NEGARA DAN NEGERI BAGI KEJOHANAN
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2002 HINGGA KINI YANG
BOLEH DIDAFTARKAN DALAM SETIAP PASUKAN.
7.4 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya
mendapati mana-mana pasukan yang melanggar syarat yang
ditetapkan.

8. TEMPOH PERLAWANAN

8.1 Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk


setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

8.2 Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di peruntukan masa
perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10)
dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

9. BANTAHAN

9.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-


lewatnya 30 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

9.2 Setiap bantahan mestilah secara bertulis dengan disertakan wang


cagaran bantahan sebanyak RM400.00.

9.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan.

9.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

10. PAKAIAN PEMAIN

10.1 Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 SET JERSI bernombor


yang berlainan warna;

10.3 Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,pasukan


pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan) dikehendaki
menukar jersi dengan segera.

10.4 Pemain adalah diwajibkan memakai SHINPAD semasa perlawanan.

11. KECEDERAAN

11.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat


sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangsung.

12. HADIAH PERTANDINGAN

12.1 Hadiah akan disediakan mengikut kategori seperti berikut :


12.1.1 Kategori Terbuka Johan RM1800.00 + Medal
N/Johan RM1300.00 + Medal
Ketiga RM900.00 + Medal
Keempat RM600.00 + Medal

12.1.2 Kategori Remaja Johan RM1000.00 + Medal


N/Johan RM700.00 + Medal
Ketiga RM400.00 + Medal
Keempat RM300.00 + Medal

13. AM

13.1 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi secara terus pihak


URUSETIA pertandingan di talian 03-88877547/7092/7439/7063
ATAU no fax. 03-8887 5022.

13.2 Borang juga boleh diperolehi di laman web Perbadanan Putrajaya iaitu:
www.ppj.gov.my

You might also like