You are on page 1of 2

Misi, Visi, dan Objektif Ummi Agro Industry Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Ummi Agro Industry


Hj. Kamarudzaman Hj. Mustafa

MIM diwujudkan untuk menyahut cabaran didalam industri pengeluaran air minuman bertapis
dan R.O. Air minuman MIM dikeluarkan oleh golongan bumiputera dan dikendalikan sendiri oleh
UMMI AGRO INDUSTRY Sdn. Bhd. yang lokasinya terletak di Kawasan Perindustrian KEDA,
Kg. Wang Tok Rendong, Langkawi, Kedah Darul Aman manakala pengasasnya merupakan
orang Melayu yang dahulunya berasal dari kampung akan tetapi beliau mempunyai semangat
keusahawanan yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi produktivi
perniagaan bagi memastikan kaum bumiputera juga mampu berdaya saing dengan kaum-kaum
lain.

Misi Syarikat

Menghasilkan dan mengeluarkan barangan siap dengan memenuhi piawaian mutu dan kualiti
sepertimana yang dikehendaki oleh pelanggan

Visi Syarikat

Menjadi syarikat pengeluar dan pemasar air minuman bumiputera yang terkenal di Malaysia
secara amnya dan di Langkawi khususnya yang mementingkan kualiti air yang bersih serta
halal lagi selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Objektif Syarikat

Menjadi syarikat pengeluar dan pemasar air minuman yang sentiasa berdaya saing dengan
syarikat-syarikat pesaing yang lain serta akan menjadi syarikat pengeksport air minuman
bumiputera yang terkenal dikalangan negara-negara Islam didunia.
Ummi Agro Industry Sdn. Bhd.

View Full Size

On Blogger since May 2010


Profile views - 906

My blogs
Air MIM

About me

Langkawi, Kedah, Malaysia


Location

Ummi Agro Industri Sdn. Bhd. yang mula beroperasi pada November 2009 telah
Introduction
mengambil langkah berani untuk menceburkan diri dalam perniagaan Air
Minuman R.O yang berskala besar dengan harapan untuk memenuhi kemudahan
dan keperluan masyarakat setempat amnya. Disamping itu dengan galakkan dan
peluang yang diberikan oleh kerajaan, syarikat ini berharap dapat membuka
peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan juga membuka
peluang-peluang perniagaan kepada peniaga Bumiputera untuk menjadi
pengedar di setiap negeri serta daerah di seluruh Malaysia amnya dan di setiap
mukim di Langkawi terutamanya.

You might also like