You are on page 1of 84

NAMA :………………………………………………………………

TINGKATAN :………………………………………………………………

GURU :………………………………………………………………

PENGAJIAN AM ALIH BENTUK KOMUNIKASI


BAHAGIAN B PERINCIAN SKEMA PEMARKAHAN
PA KT KI KJ JUMLAH
Markah Penuh 5 5 5 5 20 markah
A Salah Media : Rujuk Jadual - - - - 1/20
B Maklumat salah :
1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada 2 2 2 2 8/20
tahun pada tajuk/tiada tempat
2. Tiada petunjuk/petunjuk pada
muka surat lain 2 2 2 2 8/20
3. Tiada peratus/salah nilai atau
unit di paksi/jumlah besar/tiada 2 2 2 2 8/20
label
C 1. Sumber tidak lengkap 4½ 4½ 4½ 4½ 18/20

2. Tiada sumber 4½ 4½ 3½ 3½ 16/20

3. Salah unit/nilai pada paksi 4½ 4½ 4½ 4½ 18/20


tetapi skala betul
D 1. Jika jawapan hanya jadual - - - - 5/20
sahaja
Butiran- 3 markah
Tajuk - 1 markah
Sumber- 1 markah
5 markah
2. Jadual tanpa tajuk/unit/nilai - - - -
yang lengkap tidak diterima 4 /20
3. Ada tajuk, tetapi salah
E Graf Bar Memesong

1. Semua data positif/negatif 2 2 2 2 8/20

2. Data terbalik (%), calon - - - - 1/20


menggunakan angka mutlak

3.Data terbalik, +ve jadi -ve, atau 2 2 2 2 8/20


Sebaliknya

4. Skala + ve dan -ve tidak 2 2 2 2 8/20


seragam
4½ 5 5 3½ 18/20
5. Sekiranya lebih bar
 Skema ini berdasarkan penilaian sendiri bagi memudahkan pemeriksaan …

MEDIA - i) Graf Bar


ii) Graf Garis
iii) Carta Pai

JENIS MEDIA : GRAF BAR GRAF GARIS

2
i) Graf Bar Kompaun i) Graf Garis Kompaun
ii) Graf Bar Komponen ii) Graf Garis Komponen
iii) Graf Bar Memesong iii) Graf Garis Memesong
iv) Graf Bar Piramid Kompaun
v) Graf Bar Piramid Komponen

CARTA PAI
i) Carta Pai Bertingkat
ii) Carta Pai Perbandingan
MENGENAL PASTI MEDIA

JENIS MEDIA KATA KUNCI CONTOH SOALAN


Graf Bar Semua soalan yang meminta untuk menyediakan graf yang sesuai, media yang paling
sesuai adalah GRAF BAR kecuali bagi soalan yang mempunyai kata kunci untuk media
graf garis.
Graf Garis Arah aliran, perubahan, pola, pergerakan, turun naik, pasang surut, kadar, indeks, tred
aliran, kadar perubahan, pertumbuhan, imbangan dagangan
Graf bar Menunjukkan bilangan,  Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
kompaun membandingkan, pengelasan, petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
kuantiti untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran,
eksport, dan import Malaysia dari tahun 2001
hingga tahun 2006. – GRAF BAR KOMPAUN
 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan
ekonomi negeri yang terplih bagi tempoh 2001
hingga 2004. – GRAF GARIS KOMPAUN
Graf Kategori, klasifikasi,  Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf
Bar/Garis terkumpul, dikumpulkan, yang sesuai bagi menunjukkan jumlah keluaran
komponen diterapkan, komposisi, jumlah, Dalam Negara Kasar mengikut punca kegiatan
amaun, dari tahun 2005 hingga 2007. – GRAF BAR
KOMPONEN
 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran jumlah perbelanjaan
pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi
perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun-
tahun yang dinyatakan – GRAF GARIS KOMPONEN
Graf Menunjukkan 2 elemen  Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan
gabungan dengan nilai yang berbeza graf yang sesuai untuk menunjukkan tangkapan
Jumlah isi rumah (ribu orang) bagi kesalahan imigresen warganegara asing
dan kadar kemiskinan (%) dari negara-negara terpilih bagi setiap
warganegara yang ditangkap pada tahun 1995,
2000 dan 2005, dan jumlah keseluruhan
kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang
dilaporkan.
 Tangkapan – bar, kompaun – garis (1 garis sahaja)

3
Graf Menunjukkan adanya  Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,
bar/garis perubahan positf dan negative sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
memesong kadar perubahan ketibaan pelancong mengikut
beberapa negara asal ke Semenanjung Malaysia
bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.
Graf bar Terdapat 3 elemen dalam  Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan
piramid soalan dan 1 elemen mesti graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan
berpasangan jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang kuasa
Menunjukkan bilangan pada tahun 2002 hingga 2004
kelahiran, jantina atau
kumpulan etnik
Carta Pai Menunjukkan  Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam
Bertingkat perbezaan/perbandingan petikan di bawah, bina carta yang sesuai untuk
misalnya tahun yang berbeza, menunjukkan eksport komoditi terpilih Malaysia
Negara yang berbeza, pada tahun 2000 dan 2002.
Carta Pai Menunjukkan pembolehubah  Berdasarkan maklumat yang diberikan, bina carta
Perbandingan berbeza bagi satu carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penagih
(jumlah besar sama) dadah mengikut etnik dan pekerjaan pada tahun
i) jumlah eksport Malaysia 2010.
mengikut jenis komoditi &
Negara pengimport
ii) Jumlah pengambilan
pelajar mengikut jurusan
dan negeri

Checklist/ Mnemonik Untuk Graf Sebelum Hantar .

T Tajuk Tajuk- Tempat T


Perkara P
Masa / Tahun / Tempoh M
Ditulis dengan HURUF BESAR
O Titik Asas Titik Asas 0 untuk Garis Garis , G.Bar dan Carta

4
0 pai
P Petunjuk Petunjuk –Tidak lebih 2 baris
Jangan lupa petunjuk garis untuk graf gabung
S Sumber Sumber disalin sepenuhnya dari soalan
N Nilai - Nilai –Nilai Peratus bukan nilai sudut dilabel
dalam Carta Pai
Peratus carta pai - 2 titik perpuluhan
A Anggaran Pastikan perkataan anggaran / jangkaan ditulis
pada tahun jika angka adalah nilai anggaran
sahaja.
I Isi Semak semula isi/ bar
L Label Pastikan label x dan y dilabel dengan tajuk
Pastikan unit untuk label x dalam kurungan dan
bukan sebaliknya.
Cth : Jumlah pengeluaran (tan metrik)
Pastikan 2 label paksi y dilabel dan dibuat skala

S Skala Garis Garis , G.Bar


I cm : X unit yg ditanya (1000 orang / RM 10
juta )
Carta Pai
Nisbah jejari 1: n (tiada unit )
Formula
Punca kuasa dua Jumlah Carta Kanan
Punca kuasa dua Jumlah Carta Kanan

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan


carta yang sesuai untuk menunjukkan kes kemalangan maut jalan raya di Malaysia
antara tahun 2004 dengan 2005.

5
Berdasarkan rekod, penunggang motosikal mencatat bilangan kematian yang
paling tinggi. Pada tahun 2004 sebanyak 3286 kes kematian telah dicatatkan. Angka
ini telah bertambah sebanyak 695 kes pada tahun berikutnya. Sementara
pembonceng motosikal sebanyak 474 kes kematian dicatatkan pada tanun 2005,
iaitu kurang 18 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pejalan kaki juga tidak ketinggalan daripada menghadapi maut kerana terlibat
dalam kecelakaan di jalan raya. Jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada
tahun 2004 sebanyak 807 kes, tetapi tahun berikutnya kematian pejalan kaki
direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan banyak melibatkan
golongan kanak-kanak dan warga emas.

Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalan raya. Begitu juga pemandu
lori, teksi dan bas. Walau bagaimanapun bilangan pemandu kereta yang maut dalam
kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu lori, teksi dan
bas. Pada tahun 2004, bilangan kematian yang dicatatkan ialah sebanyak 409 kes,
iaitu melebihi sebanyak 166 kes berbanding dengan pemandu lori, bas dan teksi.
Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes, sedangkan bilangan kematian
pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.

Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa


kemalangan jalan raya. Pada tahun 2004, sebanyak 631 kes kematian telah
dicatatkan. Angka ini merosot kepada 251 kes pada tahun 2005. Sebaliknya dalam
tempoh yang sama lain-lain pengguna jalan raya yang dinyatakan di atas
menunjukkan perkembangan yang mendukacitakan. Pada tahun 2004, sebanyak
746 kes kematian direkodkan berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatat
sebanyak 864 kes.

( Dipetik dan diubahsuai daripada PolisDiraja Malaysia. Buletin


Perangkaan Sosial Malaysia Jabatan Perdana Menteri Mac –
Ogos 2008)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan


sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran bilangan kakitangan pendidik di
Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan.

Bilangan kakitangan pendidik di Malaysia meningkat setiap tahun serentak


dengan keperluan negara. Namun bilangan mereka masih belum mencukupi

6
berbanding bilangan penduduk negara ini. Kakitangan pendidik ini terdiri daripada
guru matematik, guru bahasa inggeris, guru sains, guru bahasa melayu dan guru
agama.

Bilangan guru matematik terus meningkat dari setahun ke setahun, walaupun


peningkatan tidak selari dengan keperluan negara. Pada tahun 2009 bilangan guru
matematik berjumlah 15619 orang meningkat sebanyak 2572 orang pada tahun
2012. Pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah 16146 orang dan 17442
orang.

Guru bahasa Inggeris sangat kecil bilangan berbanding dengan guru matematik.
Pada tahun 2009 bilangannya hanya 2144 orang, bertambah sebanyak 81 orang
pada tahun 2010. Pada tahun 2011 terus meningkat menjadi 2297 orang. Dengan
dasar dan sokongan kerajaan bilangan ini dijangka meningkat lagi kepada 2418
orang pada tahun 2012.

Kakitangan pendidik yang agak ramai diperlukan oleh negara ialah guru sains.
Pada tahun 2009 bilangannya ialah 23256 orang daripada seluruh kakitangan
pendidik tahun berkenaan yang berjumlah 54585 orang. Bilangan ini telah
meningkat sebanyak 5.5% pada tahun berikutnya. Bilangannya terus meningkat
pada tahun 2011 dan 2012 masing-masing menjadi 35280 orang dan 36784 orang.

Guru bahasa Melayu adalah kakitangan yang sedikit pada tahun 2012 ialah
seramai 7033 orang daripada seluruh kakitangan pendidik yang seramai 76036
orang pada tahun tersebut. Pada tahun 2009 bilangannya hanya 5819 orang
berkurang menjadi 5325 orang pada tahun 2010. Namun pada tahun 2011,
bilangannya meningkat kepada 7319 orang.

Kakitangan yang berikutnya ialah guru agama yang tidak kurang pentingnya
kepada masyarakat terutamanya di bandar. Pada tahun 2010 bilangannya
meningkat sebanyak 1000 orang dari tahun 2009 menjadi 8747 orang manakala
pada tahun 2011, bilangannya ialah 9360 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan


Perangkaan Malaysia 2010)

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai bagi menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan mengikut
jenis stesen di Semenanjung Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik. Negara
melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah menemukan

7
beberapa cara yang sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah
kaedah wap, diesel, hidro, gas, dan lain-lain.

Pada tahun 2006, stesen diesel telah menjana sebanyak 500.5 juta kilowatt
(kw) berbanding dengan hanya 416.5 juta kilowatt yang dihasilkan oleh stesen hidro
atau 12.1 peratus. Turbin gas pula menjanakan tenaga elektrik paling banyak, iaitu 2
142.7 juta kilowatt atau lebih 60 peratus daripada jumlah tenaga elektrik yang telah
dijanakan. Jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun 2006 ialah 3 454.7 juta
kilowatt.

Pada tahun 2007 pula, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan telah meningkat
sebanyak 198.5 juta kilowatt berbanding dengan tahun sebelumnya. Stesen diesel
menjanakan sebanyak 284.3 juta kilowatt lebih rendah sebanyak 219.3 juta kilowatt
berbanding dengan stesen hidro yang menjanakan tenaga elektrik sebanyak 503.6
juta kilowatt atau 13.8 peratus. Stesen turbin gas menjanakan sebanyak 2 384.6 juta
kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik pada tahun tersebut.

Penjanaan tenaga elektrik semakin meningkat dengan penambahan jumlah


stesen eletrik yang dibina. Sebanyak 357.9 juta kilowatt dihasilkan oleh stesen
diesel, manakala stesen hidro dan turbin gas masing-masing sebanyak 417.4 juta
kilowatt dan 2 669.6 juta kilowatt pada tahun 2008. Stesen-stesen lain
menghasilkan 503.1 juta kilowatt sahaja.

Pada tahun 2009, penjanaan kuasa melalui stesen hidro meningkat kepada 683
juta kilowatt berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber
kuasa terbesar terus bertambah kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 4 000 juta
kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun
ini iaitu sebanyak 5817 juta kilowatt. Penggunaan sumber-sumber lain bertambah
ketara menjadi 667 juta kilowatt pada tahun 2009 berbanding 395 juta kilowatt dan
480.7 juta kilowatt pada tahun 2006 dan 2007.

( Dipetik dan diubahsuai daripada


Tenaga Nasional Berhad 2010 )

4. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan


jumlah penagih dadah di negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan
pengurusan Pusat Serenti pada tahun-tahun yang dilaporkan

Golongan masyarakat yang paling ramai terlibat dengan masalah dadah


ialah golongan belia iaitu kira-kira 65 % .Dari peratusan tersebut kaum Melayu
merupakan penyumbang yang terbesar.

8
Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan
daripada jumlah tersebut 1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada
tahun 2010 jumlah penagih dadah di Johor didapati menurun sebanyak 671 orang.
Pada dua tahun yang berikutnya bilangan penagih dadah di negeri tersebut semakin
menurun iaitu masing-masing berkurang sebanyak 27 orang dan 372 orang
berbanding jumlah penagih pada tahun 2010.

Pada tahun 2009 bilangan penagih di Kelantan berkurang sebanyak 650


orang berbanding negeri Johor pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan
tersebut merosot sebanyak 33 orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun
2012, bilangannya terus meningkat sebanyak 395 berbanding tahun 2011 yang
berjumlah 1645 orang penagih.

Kawalan ketat di Perlis menjadikan jumlah penagih di negeri ini paling


kecil, hanya terdapat 142 orang penagih pada tahun 2010 dan jumlah itu meningkat
sebanyak 30 orang berbanding tahun sebelumnya. Jumlah penagih di Perlis
menurun sebanyak 109 orang menjadi 179 orang pada tahun 2012 berbanding
tahun sebelumnya.

Pada tahun 2009, bilangan penagih dadah di Sabah berjumlah 1242


orang. Bilangan ini bertambah sebanyak 366 orang pada tahun berikutnya. Pada
tahun 2012, diunjurkan bilangan penagih di Sabah adalah seramai 1478 orang, iaitu
berkurang sebanyak 421 orang daripada tahun sebelumnya.

Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengurus pusat-pusat


Serenti.Pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38 170 billion
untuk tujuan tersebut dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM11 199
billion daripada tahun sebelumnya. Berbanding tahun 2010, jumlah tanggungan
kerajaan untuk mengurus pusat serenti telah berkurangan menjadi RM32 525
billion pada tahun berikutnya namun meningkat kepada RM35 421 billion pada
tahun 2012.

( Sumber : Di petik dan diubahsuaikan daripada :


Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri ,2011 )

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf


yang sesuai untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada
sektor negara dan peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.

Kerajaan terus menyediakan peruntukan kewangan kepada pelbagai sektor


negara untuk memastikan pembangunan negara dapat dipacu berdasarkan pola

9
perancangan yang telah disusun. Perkhidmatan melibatkan sektor ekonomi, sosial,
keselamatan dan pentadbiran am.
Sektor perkhidmatan ekonomi pada tahun 2008 sebanyak RM21 353 juta meningkat
kepada RM27 863 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sektor ini mengalami
pengurangan sebanyak RM2481 juta akibat kemelesetan ekonomi dunia.
Peruntukan ini bagi membiayai pembinaan, penyelenggaraan untuk menaik taraf
jalan dan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta
infrastruktur luar bandar.

Sektor perkhidmatan sosial pada tahun 2008 menyumbang sebanyak RM13


717 juta dan meningkat sebanyak RM5246 juta pada tahun 2009. Peruntukan diberi
untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan serta menyelenggarakan
peralatan universiti, politeknik, pusat latihan kemahiran, kolej komuniti, dan latihan
perguruan. Sektor ini terus mengalami peningkatan kepada RM20 308 juta pada
tahun 2010.

Keselamatan negara dan ketenteraman awam terus diberi keutamaan.


Penambahan kapasiti dan keupayaan kakitangan beruniform diberi tumpuan
dengan menaik taraf peralatan serta meningkatkan pengawasan juga kemahiran.
Sektor keselamatan pada tahun 2009 pula berjumlah RM4547 juta, iaitu berkurang
sebanyak RM1232 juta berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, jumlah sektor ini
terus menurun sebanyak RM2051 juta dari tahun 2008.

Pada tahun 2010, sektor pentadbiran am berjumlah RM1802 juta, iaitu


berkurang sebanyak RM389 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2008, jumlah sektor
pentadbiran am berjumlah RM1998 juta. Usaha ini melibatkan peningkatan
produktiviti dan kecekapan sistem penyampaian awam. Pembangunan aplikasi baru
ICT dan penggunaan yang lebih meluas dalam sektor awam akan ditingkatkan
berterusan. Peruntukan juga disediakan untuk pengubahsuaian, pembaharuan dan
penyelenggaraan kemudahan kerajaan seperti kuarters, mahkamah dan institut
latihan.

Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu
kurang sebanyak RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak
RM8373 juta pada tahun 2010. Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun
2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan
meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.

10
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kementerian Kewanga Malaysia, Laporan
Ekonomi, 2011)

11
6. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri
terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.

Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada
tahun 2007 di negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak
dan Kelantan. Keadaan ini menggambarkan bahawa masalah penagihan dadah
terutama dalam kalangan remaja hari ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di
lima buah negeri berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau
29.53% penagih telah dapat dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur
merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia, namun jumlah penagihnya
hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Bilangan penagih
dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling sedikit
berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603
orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding
dengan tahun 2009.

Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri
Johor seramai 3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding
dengan negeri Johor, tetapi bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang
sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan negeri Johor. Pengurangan bilangan
penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini menunjukkan satu kejayaan
yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah
dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang
masih lagi menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri
lain. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang
atau 6.8% berbanding tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat
dikesan berjumlah 3250 orang. Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan. Kesemua negeri ini mencatatkan
bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun 2007.

Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760
orang penagih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 796 orang atau 16.03% berbanding dengan tahun 2007.
Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan warga asing yang ramai untuk
mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor yang merupakan

12
pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah penagih
dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.
Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Tahunan


Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM),
2007-2009)

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan


carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan
Persekutuan mengikut objek bagi tempoh yang diliputi

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek.


Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 dijangka meningkat
sebanyak RM 20546 juta daripada tahun 2012 yang berjumlah RM 181434 juta.

Pada tahun 2012, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek
emolumen, iaitu merangkumi 32.62% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan,
manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah bagi objek pemberian dan
serahan kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM 5846 juta atau 3.22%. Objek
subsidi menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh
kerajaan pada tahun 2012, iaitu sebanyak RM 42401 juta atau 23.37% daripada
perbelanjaan keseluruhan.

Perbelanjaan mengurus objek bayaran khidmat hutang ialah sebanyak RM


20453 juta manakala bayaran bekalan dan perkhidmatan lebih sebanyak RM 17772
juta daripada bayaran pencen dan ganjaran yang berjumlah RM 14188
juta.Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM 7402 juta atau 4.07%

Pada tahun 2013, perbelanjaan mengurus emolumen dijangka masih


merupakan perbelanjaan mengurus yang terbesar, iaitu 29.02% daripada jumlah
keseluruhan perbelanjaan , diikuti oleh perbelanjaan mengurus subsidi yang
berjumlah RM 37612 juta atau 18.62%. Perbelanjaan mengurus pencen dan
ganjaran dijangka menurun sebanyak RM 591 juta berbanding tahun 2012,
manakala perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan dijangka mengambil
tempat yang ketiga terbesar dalam perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM
33659 juta atau 16.66%

13
Objek bayaran khidmat hutang diramalkan meningkat sebanyak 8.76%
berbanding tahun 2012. Di samping itu objek bayaran pemberian dan serahan
kepada kerajaan negeri dijangka meningkat sebanyak RM 430 juta berbanding
tahun 2012. Selebihnya ialah bayaran objek lain-lain.

Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan


Persekutuan dijangka meningkat. Hal ini selaras dengan program tranformasi yang
diperkenalkan oleh kerajaan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia,


Laporan Ekonomi 2012/2013, Kuala Lumpur)

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan


sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak
langsung Kerajaan Persekutuan bagi tempoh yang dinyatakan.

Pemulihan awal sektor luar walaupun mengalami tanda-tanda kelembapan


pada pertengahan tahun 2002 telah mendorong kerajaan untuk melaksanakan
belanjawan mengembang secara sederhana di samping mengekalkan teras
konsolidasi.

Prestasi hasil cukai tidak langsung dijangka meningkat berikutan kutipan


cukai jualan yang bertambah baik disebabkan kenaikan harga produk-produk dan
cukai jualan yang lebih tinggi berasaskan petroleum. Jumlah hasil cukai jualan pada
tahun 2001 sebanyak RM7356 juta meningkat sebanyak RM1660 juta pada tahun
2002. Pada tahun 2003, jumlah cukai jualan dijangka berjumlah RM 9286 juta.

Sementara itu, jualan kenderaan bermotor yang memberangsangkan juga


dijangka menyebabkan peningkatan dalam kutipan duti eksais. Duti eksport pada
tahun 2001 sebanyak RM867 juta berbanding dengan duti import sebanyak
RM3193 juta. Duti eksais dan import yang menggalakkan juga berpunca daripada
kutipan duti eksais ke atas tembakau dan kenderaan bermotor. Jumlah kutipan
eksais pada tahun 2002 meningkat menjadi RM4272 juta berbanding dengan
RM4129 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2003, duti eksais meningkat lagi
menjadi RM4349 juta.

Kutipan ke atas duti import juga dijangka meningkat kepada RM3513 juta
pada tahun2003 berbanding dengan RM3385 juta pada tahun 2002. Begitu juga
dengan duti eksport

14
yang meningkat kepada RM863 juta pada tahun 2003 berbanding dengan RM821
juta pada tahun 2002.

Kutipan cukai perkhidmatan dijangka lebih tinggi berikutan “thresholds”


yang lebih rendah bagi setiap syarikat yang dikehendaki membayar cukai
perkhidmatan serta liputan yang lebih luas terhadap jenis-jenis perkhidmatan yang
dikenakan cukai. Kutipan cukai perkhidmatan pada tahun 2001 berjumlah RM1926
juta meningkat kepada RM2167 juta dan RM2450 juta masing-masing pada tahun
2002 dan 2003.

Kutipan hasil cukai Tidak Langsung secara keseluruhannya meningkat


sebanyak RM1954 juta pada tahun 2002 menjadi RM21,347 juta. Namun jumlah
hasil cukai tidak langsung meningkat kepada RM22,527 juta pada tahun 2003.
Selebihnya ialah lain-lain cukai tidak langsung iaitu masing-masing sebanyak
RM1686 juta dan RM2066 juta bagi tahun 2002 dan 2003.
( Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2002 )

9. Berdasarkan petikan di bawah , lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan


aliran jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia mengikut sektor bagi tahun 2002
hingga 2005.

Perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia bertambah setiap tahun selepas


keperluan penduduk yang semakin meningkat. Namun, kerana langkah penjimatan
perbelanjaan mengurus pada tahun 2005, perbelanjaan ini telah menurun
berbanding tahun sebelumnya. Walaupun perbelanjaan tersebut berjumlah RM 89
141 juta meningkat sebanyak RM 20 442 juta berbanding tahun 2002.

Perbelanjaan untuk keselamatan meningkat setiap tahun dengan


peningkatan yang paling ketara pada tahun 2005 berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Keselamatan merupakan suatu sektor yang tidak boleh dipandang
ringan. Ini menyebabkan kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak RM 3171 juta
pada tahun 2005 menjadi RM 12 200 juta berbanding dengan tahun 2002. Tahun
2003 dan 2004 juga turut meningkat masing-masing mencapai ke angka RM 10 407
juta dan RM 11 827 juta.

Sektor yang menjaga kebajikan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan
iaitu sektor perkhidmatan sosial. Pada tahun 2002, perbelanjaan sektor ini ialah RM
24 799 juta meningkat kepada RM 28 707 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun
2005, jumlahnya meningkat sebanyak RM 3029 juta berbanding tahun 2003. Pada
tahun 2004, jumlahnya mencecah RM 31 226 juta berbanding jumlah perbelanjaan
mengurus tahun tersebut yang bernilai RM 91 524 juta.

15
Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi mengalami perubahan yang
tidak stabil dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2003, jumlah perbelanjaan
sebanyak RM 6467 juta daripada keseluruhan perbelanjaan tahun berkenaan yang
berjumlah
RM 75 224 juta . Pada tahun 2004 meningkat sedikit kepada RM 7419 juta namun
menurun sebanyak RM 114 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan pada tahun
2002 ialah RM 6015 juta.

Bagi memantapkan pentadbiran am , perbelanjaan sektor berkenaan juga


turut meningkat dari tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, jumlah
perbelanjaan sebanyak RM 8275 juta dan meningkat sebanyak RM 178 juta pada
tahun berikutnya. Keperluan pemodenan dan kecekapan dalam pentadbiran pada
tahun 2004 ditambah lagi menjadi RM 8146 juta . Namun pada tahun 2005,
perbelanjaan ini menurun sedikit kepada RM 7383 juta.

Perbelanjaan dalam sektor-sektor lain juga menunjukkan keadaan tidak


stabil kerana telah berlaku peningkatan pada tahun 2003 dan 2004 , namun
menurun pada tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun 2005 meningkat sebanyak RM
9936 juta berbanding RM 20 581 juta pada tahun 2002.
( Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )

10. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
eksport barangan Malaysia dan arah perdagangan ke Negara-negara Asia terpilih
pada tahun 2009.

Pada tahun 2009, Malaysia mengeksport barang-barang bernilai RM72.9


bilion ke negara-negara Asia terpilih . Daripada jumlah ini, 43.9 % ialah eksport
barang-barang keluaran kilang. Perkembangan pesat eksport barang perkilangan
banyak dibantu oleh perkembangan pesat Indsutri kecil dan sederhana ( IKS).

Petroleum dan gas asli pula menduduki tangga kedua dengan nilai eksport
sebanyak RM8.31 bilion. Getah pada suatu ketika dahulu merupakan eksport
utama tetapi kini hanya menyumbang kira-kira 14.4 % sahaja daripada keseluruhan
jumlah eksport pada tahun 2009.Eksport minyak sawit pula hanya mencatatkan
RM3.79 bilion sahaja pada tahun 2009 dan bakinya adalah eksport barangan
keluaran tekstil.

Singapura merupakan pembeli utama barangan Malaysia pada tahun 2009.


Daripada keseluruhan eksport Malaysia yang bernilai RM72.9 bilion, RM 23.83
bilion adalah diimport oleh Singapura. Jumlah eksport kedua tertinggi adalah ke
negara China Taipeh yang mengimport sebanyak RM19.28 bilion barangan dari

16
Malaysia. Eksport Malaysia ke Jepun pula mencatat sebanyak 13.9 % iaitu lebih 1.57
% berbanding dengan eksport ke Korea Selatan. Manakala eksport Malaysia ke India
pula hanya berjumlah 13.56% daripada keseluruhan import pada tahun 2009.

Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu mungkin menjejaskan pasaran


eksport Malaysia ke luar negara pada masa akan datang. Bagaimanapun kerjasama
dan usaha gigih oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI) ,
mampu meningkatkan permintaan barangan Malaysia ke peringkat global.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia,Tahun 2010)

11. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan satu
graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perubahan nilai eksport setiap barang
pembuatan bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2011.

Sumber utama pendapatan kerajaan Malaysia yang paling penting ialah


eksport barangan pembuatan perkilangan yang kebanyakannya berasaskan bahan-
bahan tempatan. Pada tahun 2008 daripada keseluruhan eksport barangan yang
berjumlah RM18286 juta, RM5966 juta adalah nilai eksport barang makanan,
RM3285 juta barangan petroleum, RM2468 juta barang kimia, RM2354 juta barang
getah, RM2247 juta barang kayu, RM1271 juta galian bukan logam dan selebihnya
adalah eksport minuman.

Pada tahun 2009, eksport barang getah menunjukkan peningkatan yang


ketara, iaitu sebanyak RM2803 juta, pada tahun berikutnya eksport barang getah
meningkat sebanyak RM296 juta, manakala pada tahun 2011 eksport barangan ini
terus meningkat lagi menjadi RM3638 juta. Permintaan yang tinggi terhadap
barangan kayu menyebabkan nilai eksport barangan ini terus meningkat. Pada
tahun 2009 eksport barang kayu meningkat sebanyak RM440 juta, pada tahun
berikutnya eksport barangan ini mencecah RM3273 juta, dan meningkat lagi
sebanyak RM1249 juta pada tahun 2011.

Pertambahan nilai eksport barang makanan agak mendatar iaitu kepada


RM6173 juta pada tahun 2009, RM6241 juta pada tahun 2010 dan bertambah
sebanyak RM443 juta pada tahun 2011. Nilai eksport barang kimia juga
menunjukkan peningkatan pada tahun 2009 ke paras RM2880 juta. Pemulihan
ekonomi juga mendorong permintaan barangan kimia terus meningkat sebanyak
RM425 juta pada tahun 2010 dan meningkat lagi kepada RM3470 juta pada tahun
berikutnya. Keadaan ini didorong faktor pemulihan ekonomi.

17
Nilai eksport barangan petroleum adalah sederhana iaitu meningkat
sebanyak RM241 juta pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya. Nilai eksport
barang petroleum terus meningkat menjadi RM3851 juta pada tahun 2010. Pada
tahun 2011, eksport barangan petroleum terus bertambah sebanyak RM500 juta
berbanding tahun sebelumnya. Eksport minuman pula menunjukkan nilai yang
tidak stabil. Pada tahun 2009 eksport minuman menunjukkan peningkatan
sebanyak RM70 juta dan meningkat lagi sebanyak RM38 juta menjadi RM803 juta
pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011, disebabkan masalah teknikal,
menyebabkan eksport minuman merosot sebanyak RM 17 juta berbanding tahun
sebelumnya.

Sementera itu, eksport galian bukan logam telah meningkat sebanyak RM252
juta pada tahun 2009 tetapi merosot sedikit ke paras RM1498 juta pada tahun 2010.
Pemulihan ekonomi menyebabkan berlaku peningkatan semula permintaan
barangan galian bukan logam kepada RM1645 juta pada tahun 2011.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,Tahun 2012)

12. Berdasarkan maklumat di bawah,sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan


perbezaan jumlah aduan awam terhadap kakitangan awam di pejabat kerajaan
Persekutuan mengikut jenis aduan antara tahun 2010 dengan tahun 2011.

Elemen penting dalam urus tadbir baik dalam sektor adalah integriti dan
akauntibiliti kakitangan dan organisasi dan imej sesebuah organisasi bergantung
kepada kualiti kerja.

Dalam usaha kerajaan “bekerja keras” untuk mencapai status negara maju
menjelang 2020,terdapat beberapa kakitangan awam yang masih mengamalkan
budaya kerja yang tidak berkualiti.Pada tahun 2010,lewat mengambil tindakan
masih rendah dengan jumlah aduan lambat mengambil tindakan sebanyak 1134
kes.Pelbagai kempen perkhidmatan cemerlang dan penerapan kualiti kerja telah
menunjukkan berlaku penurunan jumlah aduan yang sama pada tahun 2011 kepada
814 kes.

Integriti amat penting untuk membina imej sektor awam sesuai dengan
slogan dan visi kerajaan.Masih terdapat kakitangan yang mengamalkan sikap pilih
kasih dalam tadbir urus awam.Berlaku peningkatan juga meningkat sebanyak 167
kes kepada 987 kes pada tahun 2011 berbanding tahun 2010.Salah laku kakitangan
juga meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 kes aduan pada tahun
2010.Kebanyakan kes salah laku kakitangan melibatkan perlakuan dan tindakan
yang kurang professional dilakukan semasa bekerja.

18
Dalam usaha meningkatkan kualiti sektor awam sering menerima aduan
daripada pelanggan yang tidak berpuashati. Pada tahun 2010 sebanyak 653 kes
yang melibatkan aduan hasil kerja yang tidak berkualiti.Walau bagaimanapun
inisiatif kerajaan untuk menghasilkan kakitangan awam yang cekap dan berkualiti
melalui kempen-kempen perkhidmatan menyebabkan jumlah kes telah berkurang
kepada 491 kes pada tahun 2011.

Kebanyakan kakitangan yang bermasalah seperti keberhutangan yang tinggi


atau masalah keluarga kurang ceria semasa di pejabat.Kakitangan kurang mesra
apabila melayan pelanggan dan keadaan ini telah memberi kesan negatif kepada
imej sektor awam apabila sebanyak 335 kes dilaporkan pada tahun 2010 namun
merosot sebanyak 33.13% pada tahun 2011.Lain-lain kelemahan pada tahun 2011
mencatatkan peningkatan sebanyak 232 kes berbanding aduan pada tahun 2010
sebanyak 423 kes.

(Sumber: Dipetik daripada MAMPU, Jabatan Perdana


Menteri, 2011)

13. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes kebakaran yang terpilih mengikut
punca dan nilai kerugian yang ditanggung pada tahun 2002 hingga tahun 2005.

Beberapa bentuk kebakaran sentiasa berlaku dari semasa ke semasa, sama


ada disebabkan oleh kelemahan manusia mahupun kegagalan suatu sistem
beroperasi. Terdapat tiga punca kebakaran yang disenaraikan iaitu berpunca
daripada kuasa elektrik, puntung rokok dan percikan api kesan daripada
melaksanakan suatu kerja.

Pada tahun 2002, terdapat sebanyak 2274 kes kebakaran yang berpunca daripada
kuasa elektrik dan kemudiannya meningkat menjadi RM 2614 kes dan meningkat
berterusan menjadi RM3418 pada tahun 2005. Data yang dicatat pada tahun 2005
itu merupakan kenaikan sebanyak 235 kes.

Bagi kebakaran yang disebabkan oleh puntung rokok pula menunjukkan


dapatan yang tidak konsisten, Pada tahun 2003 kes kebakaran yang disebabkan
pembuangan puntung rokok adalah sebanyak 1677 kes sahaja. Kes ini menunjukkan
kejayaan mengurangkan kebakaran kerana angka ini menunjukkan penurunan
sebanyak 1360 kes berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun pada tahun-
tahun berikutnya data tersebut menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2005,
terdapat sebanyak 3349 kes. Jumlah kes kebakaran yang berpunca daripada
masalah ini adalah merupakan yang tertinggi dalam tempoh 2002 -2005 yang
disenaraikan yang berjumlah 10 052 kes.

19
Kebakaran yang berpunca daripada percikan api terjadi disebabkan oleh
kerja-kerja kimpalan yang banyak berlaku dalam kerja besi. Pada tahun 2002
bilangan kebakaran yang berpunca daripada masalah ini adalah sebanyak 959 kes.
Pada tahun 2004, kebakaran yang berpunca daripada masalah ini adalah berjumlah
625 kes iaitu peningkatan sebanyak 49 kes berbanding tahun sebelumnya, tetapi
angka tahun 2005 menunjukkan pertambahan kepada 773 kes.

Kebakaran melibatkan kerugian yang besar kepada pihak yang terbabit dan juga
pihak yang lain pula.Pada tahun 2004, nilai kerugian adalah yang paling ketara
berbanding tahun-tahun yang lain. Daripada jumlah kerugian yang dicatatkan
sepanjang tempoh tersebut yang berjumlah RM 23.8 juta, jumlah kerugian pada
tahun 2004 adalah sebanyak RM 7 juta. Jumlah ini adalah lebih tinggi sebanyak RM
500 ribu berbanding tahun selepasnya. Jumlah nilai kerugian pada tahun 2002
hanyakah sebanyak RM5.0 juta tetapi meningkat kepada RM5.3 juta pada tahun
berikutnya.

(Dipetik dan diseseuaikan daripada Buku


Tahunan Perangkaan Malaysia, 2007, Jabatan Perangkaaan Malaysia.)

14. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan
gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang dinyatakan.

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan
diteruskan ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesannya, sektor perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat
dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang
terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370
orang berbanding tahun 2001.

Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan


minuman merupakan yang terpenting dengan mewakili seramai 129107 orang
pekerja pada tahun 2002. Jumlah ini meningkat sebanyak 6472 orang berbanding
tahun sebelumnya. Tahun 2003 pula mencatatkan bilangan pekerja seramai 131881
orang. Peningkatan ini berlaku disebabkan permintaan terhadap barangan
pengguna terutama barangan makanan dan minuman.

Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan
minuman ialah RM 1321 sebulan. daripada jumlah keseluruhan pembayaran gaji
pada tahun berkenaan iaitu RM 5246 juta Walaupun berlaku kemerosotan bilangan
pekerja, tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada

20
tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya
upah pekerja terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada tahun berikutnya.

Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola
yang berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai
112766 orang pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak
13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484 orang pada tahun
2003.

Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding
industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001, gaji yang dibayar kepada pekerja
industri tekstil dan pakaian pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga
tahun yang dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak
10.89% daripada tahun sebelumnya. Namun, jumlah ini, merosot kepada RM 1647
juta pada tahun 2003
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)

15. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan
gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang dinyatakan.

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan
diteruskan ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesannya, sektor perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat
dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang
terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370
orang berbanding tahun 2001.

Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan


minuman merupakan yang terpenting dengan mewakili seramai 129107 orang
pekerja pada tahun 2002. Jumlah ini meningkat sebanyak 6472 orang berbanding
tahun sebelumnya. Tahun 2003 pula mencatatkan bilangan pekerja seramai 131881
orang. Peningkatan ini berlaku disebabkan permintaan terhadap barangan
pengguna terutama barangan makanan dan minuman.

Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan
minuman ialah RM 1321 juta. Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja,

21
tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2002,
jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya upah pekerja
terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada tahun berikutnya.
Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola
yang berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai
112766 orang pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak
13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484 orang pada tahun
2003.

Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding
industri makanan dan minuman. Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil
dan pakaian pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga tahun yang
dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak 10.89%
daripada tahun sebelumnya. Jumlah ini meningkat kepada RM 1647 juta pada
tahun 2003.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)

16. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut
sektor tahun 2006 dan tahun 2007.

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007


berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan. Teras dasar fiskal negara terus
memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang
lebih memberi nilai.

Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk
sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476
juta berbanding pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus
daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut.
Sektor perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan
perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan
meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak
34.6 peratus. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan
ekonomi, iaitu mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan
modal insan dan menjamin kemakmuran rakyat.

Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta
atau 17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada

22
tahun 2007. Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan
diperuntukkan sebanyak RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus
ditingkatkan peruntukan perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau
17.6 peratus. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk prasekolah, RM3.0 bilion
untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion untuk pendidikan
tinggi.

Sementara itu, sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan


pembangunan sebanyak RM1 297 juta atau 3.6 peratus pada tahun 2006,
berbanding sebanyak RM1 629 juta pada tahun 2007. Kerajaan Persekutuan
juga membelanjakan sebanyak RM1 895 juta untuk sektor perumahan pada tahun
2006. Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM10 194 juta
untuk perbelanjaan pembangunan dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006
dan perbelanjaan untuk sektor ini meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39.5
peratus pada tahun 2007.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar


menjelang tahun 2010, hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan
masyarakat. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006
dan 2007 masing-masing berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang


Ekonomi, 2007)

17. Dengan berpandukan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah
graf bar yangsesuai untuk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara
tahun 1989 hingga tahun1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah
pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan, dengan
menggunakan graf garis.

Eksport lada hitam Malaysia berkurang 3.2 peratus menjadi 28 500 tan metrik
pada tahun 1990 berbanding dengan 29 440 tan metrik pada tahun 1989.
Kemerosotan ini disebabkan oleh permintaan luar negeri yang lemah akibat
pertambahan pengeluaran lada hitam dunia sebanyak 12.0 peratus. Selaras dengan
kejatuhan harga lada hitam, nilai eksportnya merosot sebanyak 29.4 peratus
daripada RM163 juta pada tahun 1989 kepada RMl15 juta pada tahun 1990.
Walaupun harga eksport lada hitam merosot dengan ketara (16.8 peratus), eksport
lada hitam Malaysia pada tahun 1991 masih menurun sebanyak 5.3 peratus
menjadi 27 000 tan metrik berbanding dengan tahun 1990. Ini disebabkan negara-
negara pengimport utama mengurangkan import lada hitam dari Malaysia kerana
negara-negara itu kini mengimport lada hitam dari negara-negara lain pada kos

23
yang lebih rendah. Dengan ini, pendapatan daripada eksport lada hitam
berkurang dengan ketara sebanyak 13.0 peratus menjadi RM100 juta. Selaras
dengan peningkatan pengeluaran dan penggunaan tempatan, eksport lada hitam
meningkat sebanyak 7.4 peratus menjadi 29 000 tan metrik pada tahun 1992
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pendapatan eksport pula meningkat
sebanyak 10.0 peratus menjadi R M 1 1 0 juta selaras dengan peningkatan kecil
harga eksport lada hitam.

Eksport timah pada tahun 1990 merosot sebanyak 2.0 peratus menjadi 48
500 tan metrik berbanding dengan eksport pada tahun 1989 sebanyak 49 500 tan
metrik. Begitu juga pendapatan eksport daripada timah berkurang sebanyak 31.1
peratus menjadi RM800 juta berbanding dengan RM1161.4 juta pada tahun 1989.
Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh kemerosotan harga timah di
pasaran dunia. Ini menyebabkan sumbangan pendapatan eksport timah kepada
jumlah pendapatan eksport pada tahun 1990 berkurang sebanyak 0.6 peratus
berbanding dengan sumbangannya pada tahun 1989. Eksport timah pada tahun
1991 merosot sebanyak 5.0 peratus menjadi 46 075 tan metrik berbanding dengan
tahun 1990. Ini berikutan keadaan permintaan yang kurang menggalakkan dari
negara-negara pengguna akibat keadaan pertumbuhan ekonomi yang lebih
perlahan. Nilai eksport berkurang dengan ketara, iaitu sebanyak 3.1 peratus
menjadi RM775 juta berbanding dengan RM800 juta yang dicatatkan pada tahun
1990. Ini disebabkan oleh kejatuhan jumlah dagangan dan harga eksport timah.
Kejatuhan harga sebanyak 5.8 peratus menjadi RM15.50 sekilogram disebabkan
oleh lebihan bekalan dan kedudukan stok timah dunia yang terus tinggi di
samping permintaan timah yang rendah. Kedudukan stok timah yang tinggi
dalam pasaran terus mempengaruhi dan melemahkan harga timah pada t a h u n
1992. Kedudukan harga timah yang rendah menyebabkan pengurangan pengeluaran
atau penutupan lombong-lombong kecil. Kekurangan bekalan ini menyebabkan harga
timah meningkat sedikit. Justeru , harga purata timah meningkat sebanyak 3.2
peratus pada tahun 1992 menjadi R M 1 6 sekilogram, dan pendapatan eksport
timah meningkat sebanyak 3.2 peratus menjadi RM800 juta hasil eksport 50 000
tan metrik.

Pada tahun 1990, eksport koko merosot akibat kelembapan prestasi eksport
komoditi pertanian secara keseluruhan. Eksport koko dari Malaysia meningkat
menjadi 170 000 tan metrik pada tahun itu berbanding dengan 169 200 tan metrik
pada tahun 1989. Walaupun jumlah eksport meningkat sebanyak 0.5 peratus,
pendapatan daripada eksport koko merosot sebanyak 13.3 peratus menjadi RM451
juta berbanding dengan RM520 juta pada tahun 1989. Bersesuaian dengan asas-
asas pasaran koko yang lemah, eksport koko dari Malaysia merosot dengan ketara
menjadi RM155 000 tan metrik pada tahun 1991. Pendapatan daripada eksport

24
koko pula merosot menjadi RM403 juta pada tahun itu berbanding dengan tahun
1990.Ini berpunca daripada kejatuhan jumlah eksport sebanyak 8.8 peratus, dan
kejatuhan harga eksport sebanyak 5.7peratus.Eksport koko pada tahun 1992
merosot dengan ketara kerana harga koko yang rendah.Eksport komoditi ini
merosot sebanyak 39.2 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Pendapatan
eksport juga dengan ini merosot sebanyak 39.9 peratus menjadi RM242.1 juta
berbanding dengan tahun 1991.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi:


1989/90,1990/91,dan1992/93)

18. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi
tahun 2008 hingga 2009

Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi
utama telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat
sebanyak RM55 161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah
dicapai hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi
negara.

Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan


eksport Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak
35.8% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun tersebut. Pendapatan
eksport sektor ini meningkat sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009. Pada tahun
2009, barangan kilang menyumbang pendapatan sebanyak RM152 647.57 juta, iaitu
meningkat sebanyak RM19 200.57 juta berbanding tahun 2008. Perkembangan ini
membuktikan bahawa sektor perkilangan terus menyumbang lebih daripada 50
peratus daripada jumlah pendapatan eksport bagi tahun berkenaan.

Petroleum mentah merupakan komoditi eksport keempat terbesar mewakili


sebanyak RM65 122.62 juta daripada jumlah eksport negara pada tahun 2008 dan
meningkat sebanyak RM9 084.96 juta pada tahun 2009. Pertambahan ini adalah
disebabkan oleh peningkatan harga purata eksportnya sebanyak 17.6 peratus atau
RM284.30 setong dalam tempoh tersebut. Peningkatan eksport sektor ini dijangka
terus kukuh untuk tahun-tahun berikutnya.
Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009.
Angka ini menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan
menjadikan peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008.

25
Perkembangan positif ini hasil kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang
baru dalam sektor perladangan.

Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang
kepada pendapatan eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada
tahun 2008. Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2
206.44 juta atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya.
Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang
terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,


2010/2011, Kementerian Kewangan Negara)

19. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih
mengikut tempoh yang dinyatakan.

Pengeluaran kelapa sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan yang


berterusan dari tahun 2007 hingga tahun 2010 berikutan pelbagai usaha yang
dilaksanakan oleh pihak FELDA dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun
2007, kelapa sawit mencatat pengeluaran sebanyak 12 909 ribu tan metrik, iaitu
pengurangan sebanyak 2446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2008.
Pengeluaran kelapa sawit terus meningkat kepada 16 976 ribu tan metrik pada
tahun 2009 dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak 2324 ribu tan metrik setahun
kemudian. Walau bagaimana pun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin
peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport Malaysia kerana pada
tahun 2009, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM564 juta
berbanding dengan RM21 411 juta pada tahun 2008. Pada tahun 2007, perolehan
eksport minyak kelapa sawit ialah RM15 838 juta dan dianggarkan mencapai RM22
550 juta pada tahun 2010.

Pengeluaran getah pula meningkat peningkatan yang berterusan hingga


tahun 2009, tetapi dianggarkan merosot pada tahun 2010 kerana ladang ditukar
dengan tanaman lain. Pada tahun 2007, pengeluaran getah adalah sebanyak 10908
ribu tan metrik dan terus meningkat sebanyak 106 ribu tan metrik pada tahun
2008. Pada tahun 2009, pengeluraran getah meningkat lagi sebanyak 282 ribu tan
metrik berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi diramalkan merosot sebanyak
53 ribu tan metrik pada tahun 2010. Perolehan eksport getah negara mengalami
situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2010 setelah mencatat
peningkatan dari tahun 2007 hingga 2009. Pada tahun 2008, perolehan eksport
getah adalah sebanyak RM15582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1290 juta

26
berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, perolehan eksport getah adalah
sebanyak RM17197 juta tetapi dianggarkan berkurangan sebanyak RM297 juta
pada tahun 2010.

Koko pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan


pertambahan kawasan tanaman baru. Pada tahun 2007 sahaja, pengeluarannya
adalah sebanyak 17 007 ribu tan metrik dan meningkat kepada 22 729 ribu tan
metrik pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 4418 ribu tan metrik
berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2008. Pengeluaran ini dijangka
meningkat lagi kepada 22 936 ribu tan metrik pada tahun 2010, manakala
perolehan eksport hasil koko pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak RM5470
juta berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat perolehan sebanyak RM10888
juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009 dan
dijangka meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding
dengan tahun 2009.
(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan
daripada
Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,
2010/2011)

20. Berdasarkan petikan diberi, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan import kasar pelbagai barangan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh
Januari hingga Jun 2006 dan Januari hingga Jun 2007

Amalan ekonomi terbuka telah menggalakkan aktiviti eksport dan import


Malaysia dengan negara-negara rakan dagang seperti Amerika Syarikat, Jepun dan
sebagainya. Pada enam bulan pertama Januari hingga Jun 2007, import kasar
meningkat sebanyak 3.5% menjadi RM239 393 juta. Manakala import kasar bagi
tempoh Januari hinga Jun 2006, kurang sebanyak RM8157 juta berbanding tempoh
yang sama pada tahun 2007

Import barang modal merangkumi sebanyak RM32 448 juta atau kira-
kira14.03% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2006. Barang modal yang
diimport terdiri daripada kapal, kapal terbang, lokomotif, dan sebagainya untuk
tujuan meningkatkan mutu pengangkutan negara. Nilai import barangan ini
merosot sebanyak RM923 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2007. Walaupun
merosot, tetapi nilai import barangan modal kekal kedua tertinggi selaras dengan
aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mapan.

27
Dalam tempoh enam bulan pertama 2006, import barangan pengantara telah
mencatat sebanyak 68.82% atau RM159 134 juta. Bagi memenuhi permintaan
tempatan berikutan aktiviti pelaburan dan pengeluaran, nilai import barangan
pengantara telah meningkat kepada RM171 235 juta bagi tempoh yang sama pada
tahun 2007.

Peningkatan pendapatan boleh guna rakyat dan jumlah ketibaan pelancong


luar negara yang besar telah mendorong pertumbuhan import barangan pengguna
pada tempoh yang sama tahun 2007. Import barangan ini telah meningkat sebanyak
RM600 juta berbanding tempoh yang sama tahun 2006. Permintaan barangan
pengguna seperti daging beku, sayur-sayuran, susu dan krim bagi tempoh yang
sama tahun 2006 telah mencatat sebanyak RM131 64 juta. Musim perayaan dan cuti
akhir tahun telah merangsang pertumbuhan import barangan pengguna sehingga
mencecah kira-kira 71.53% pada tahun berikutnya.
Kerajaan juga telah mengurangkan barangan import untuk eksport semula
sebanyak RM3832 juta pada tempoh Januari hingga Jun 2007. Komponen utama
import untuk eksport semula meliputi alat ganti dan aksesori untuk peralatan
mesin. Pada tempoh yang sama tahun 2006, nilai barangan import ini telah
menyumbang sebanyak RM163 84 juta atau kira-kira 7.09%. Manakala selebihnya
pula adalah untuk import barangan lain bagi tempoh Januari hingga Jun bagi kedua-
dua tahun
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)

21. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan
bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjaan pembangunan disediakan dengan tujuan meningkatkan


kecekapan serta kebolehan memperbaiki tahap sosial dan ekonomi di samping
menyediakan persekitaran yang dapat menggalakkan daya saing dan kecemerlangan
sektor swasta

Pada tahun 2001, sejumlah RM4830 juta telah diperuntukkan bagi


perkhidmatan perdagangan dan perindustrian. Pada tahun 2002, peruntukan ini
telah meningkat kepada RM5546 juta, tetapi berkurang sebanyak RM29 juta pada
tahun 2003

28
Peningkatan perbelanjaan bagi sektor pertanian dan pembangunan luar
bandar adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk menjalankan semula sektor
tersebut sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Jumlah yang diperuntukkan pada
tahun 2001 adalah sebanyak RM1394 juta, tetapi peruntukkan bagi tahun 2002
telah ditingkatkan sebanyak 11.8%. Seterusnya jumlah inii telah berkurang
sebanyak RM153 juta pada tahun 2003

Bidang keselamatan merupakan bidang yang sentiasa diberi tumpuan utama


oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang besar sentiasa diberikan
kepada bidang ini. Pada tahun 2001, sebanyak RM3286 juta telah diperuntukkan
kepada bidang keselamatan. Walau bagaimanapun, peruntukkan ini telah
dikurangkan sebanyak RM206 juta pada tahun 2002 dan dikurangkan lagi sebanyak
RM17 juta pada tahun berikutnya.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk pendidikan kekal besar


sungguhpun pada tahun 2002 perbelanjaan ini berkurang sebanyak 10.5% daripada
jumlah perbelanjaan sebanyak RM10 363 juta pada tahun 2001. Tahun 2003
menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan
sebanyak RM520 juta

Perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan pada tahun 2003 ialah RM1790


juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.0% berbanding dengan
tahun 2002. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2002 ini pula telah berkurang
sebanyak RM254 juta berbanding dengan jumlah perbelanjaan pada tahun 2001
(Dipetik dan diubahsuai daripada, Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan
Ekonomi 2002/2003, Kuala Lumpur, hlm 85-86)

22. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada
sektor negara dan peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.

Kerajaan terus menyediakan peruntukan kewangan kepada pelbagai sektor


negara untuk memastikan pembangunan negara dapat dipacu berdasarkan pola
perancangan yang telah disusun. Perkhidmatan melibatkan sektor ekonomi, sosial,
keselamatan dan pentadbiran am.

Sektor perkhidmatan ekonomi pada tahun 2008 sebanyak RM21 353 juta
meningkat kepada RM27 863 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sektor ini
mengalami pengurangan sebanyak RM2481 juta akibat kemelesetan ekonomi dunia.
Peruntukan ini bagi membiayai pembinaan, penyelenggaraan untuk menaik taraf

29
jalan dan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta
infrastruktur luar bandar.

Sektor perkhidmatan sosial pada tahun 2008 menyumbang sebanyak RM13


717 juta dan meningkat sebanyak RM5246 juta pada tahun 2009. Peruntukan diberi
untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan serta menyelenggarakan
peralatan universiti, politeknik, pusat latihan kemahiran, kolej komuniti, dan latihan
perguruan. Sektor ini terus mengalami peningkatan kepada RM20 308 juta pada
tahun 2010.

Keselamatan negara dan ketenteraman awam terus diberi keutamaan.


Penambahan kapasiti dan keupayaan kakitangan beruniform diberi tumpuan
dengan menaik taraf peralatan serta meningkatkan pengawasan juga kemahiran.
Sektor keselamatan pada tahun 2009 pula berjumlah RM4547 juta, iaitu berkurang
sebanyak RM1232 juta berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, jumlah sektor ini
terus menurun sebanyak RM2051 juta dari tahun 2008.

Pada tahun 2010, sektor pentadbiran am berjumlah RM1802 juta, iaitu


berkurang sebanyak RM389 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2008, jumlah sektor
pentadbiran am berjumlah RM1998 juta. Usaha ini melibatkan peningkatan
produktiviti dan kecekapan sistem penyampaian awam. Pembangunan aplikasi baru
ICT dan penggunaan yang lebih meluas dalam sektor awam akan ditingkatkan
berterusan. Peruntukan juga disediakan untuk pengubahsuaian, pembaharuan dan
penyelenggaraan kemudahan kerajaan seperti kuarters, mahkamah dan institut
latihan.

Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu
kurang sebanyak RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak
RM8373 juta pada tahun 2010. Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun
2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan
meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan
Ekonomi, 2011) 900/2 4 STPM

30
23. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-
negeri terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.

Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada
tahun 2007 di negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak
dan Kelantan. Keadaan ini menggambarkan bahawa masalah penagihan dadah
terutama dalam kalangan remaja hari ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di
lima buah negeri berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau
29.53% penagih telah dapat dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur
merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia, namun jumlah penagihnya
hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Bilangan penagih
dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling sedikit
berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603
orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding
dengan tahun 2009.

Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri
Johor seramai 3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding
dengan negeri Johor, tetapi bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang
sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan negeri Johor. Pengurangan bilangan
penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini menunjukkan satu kejayaan
yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah
dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang
masih lagi menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri
lain. Walau bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang
atau 6.8% berbanding tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat
dikesan berjumlah 3250 orang. Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan. Kesemua negeri ini mencatatkan
bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun 2007.

Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760
orang penagih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 796 orang atau 16.03% berbanding dengan tahun 2007.
Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan warga asing yang ramai untuk
mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor yang merupakan

31
pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah penagih
dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.
Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.
(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan
Tahunan Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia
(PEMADAM), 2007-2009)

SKEMA JAWAPAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk


menunjukkan jumlah pola aduan kes pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam
Sekitar Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005.

Aktiviti manusia dalam sektor pembuatan, pembangunan dan perindustrian


menyebabkan ketidakstabilan ekologi alam sekitar dan mengancam hidupan.
Jumlah aduan pencemaran pada tahun 2001 adalah sebanyak 2 411 kes dan
meningkat sebanyak 1 472 kes pada tahun berikutnya. Manakala pada tahun 2005
jumlah pencemaran telah mencecah kepada 9 999 kes berbanding 8 826 kes pada
tahun 2004. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding tahun 2003 yang hanya
mencatatkan 6 209 kes.

Pembakaran terbuka dan kepesatan sektor perindustrian meningkatkan gas


kimia beracun di udara, terutama pada tahun 1997. Aduan yang dilaporkan pada
tahun 2002 meningkat sebanyak 140 kes berbanding 668 kes pada tahun
sebelumnya.

Pada tahun 2005, jumlah aduan yang diterima ialah 3053 kes, meningkat
sebanyak 62 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003 aduan kes ini
meningkat kepada 1 102 kes.

Pertambahan jumlah kenderaan dan pembangunan hartanah meningkatkan


kes pencemaran bunyi. Kes pencemaran yang dilaporkan pada tahun 2001
berjumlah 102 kes dan pada tahun 2002 serta tahun berikutnya masing-masing
mencatatkan aduan sebanyak 179 kes dan 206 kes. Manakala pada tahun 2005 pula
jumlah aduan yang dilaporkan adalah 267 kes telah merosot sebanyak 36 kes
berbanding tahun sebelumnya.

32
Pada tahun 2003, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melonjakkan
sektor pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 2990 kes yang telah dilaporkan yang
melibatkan pencemaran air dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 882 kes pada
tahun 2004. Pencemaran air yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa
cecair dan pepejal terus mencatatkan peningkatan jumlah aduan. Pada tahun 2001
jumlah aduan adalah sebanyak 866 kes dan meningkat sebanyak 86.95% atau 753
kes kepada 1619 kes pada tahun berikutnya. Sebanyak 4625 kes yang dilaporkan
pada tahun 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes
pencemaran lain-lain pada tahun yang sama.

Aduan kes pencemaran lain-lain mencatatkan jumlah aduan yang tidak


konsisten dari tahun 2001 hingga 2005. Pada tahun 2001 jumlah aduan sebanyak
775 kes dan menokok sebanyak 501 kes, pada tahun berikutnya. Walau
bagaimanapun jumlah aduan merosot sebanyak 251 kes pada tahun 2004
berbanding 1911 kes yang dilaporkan pada tahun 2003.

Akta Kualiti Alam Sekitar ( EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar
(EIA) mengandungi terma dan seksyen yang berkaitan dengan pencemaran udara,
bunyi , air dan lain-lain yang boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa jika
bersabit kesalahan. Terma ini secara langsung dapat mengurang risiko dan ancaman
pencemaran kepada kehidupan dan alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)

33
2. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
membandingkan kemasukan warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia
antara tahun 2002 dengan 2003.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai
jenis pas dan visa telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas
pengajian, pas lawatan kerja sementara, pas tanggungan dan sebagainya.

Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6 691 332 orang pelawat asing, warga
Singapura merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia,
sama ada untuk tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutamanya di Johor
Bahru). Jumlahnya ialah 3 925 598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003,
jumlahnya terus meningkat lagi menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah
keseluruhan sebanyak 8 341 393 orang. Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan
mereka mengambil pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada
tahun 2002, data yang direkodkan ialah seramai 1 247 003 orang dan meningkat
sebanyak 24.88% pada tahun 2003 kepada 1 557 240 orang.

Sementara itu, kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan


penurunan. Pada tahun 2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah
239151 orang, iaitu sebanyak 3.57% berbanding warga China sebanyak 537 400
orang, iaitu 8.03%. Walaupun penurunan kemasukan warga Australia sebanyak
41746 orang, penurunan kemasukan warga China lebih ketara, iaitu sebanyak
12.58% kepada 469 772 orang untuk tempoh selepas tahun 2002. Pengurangan
kemasukan pelancong China dikaitkan dengan terdapatnya gambaran yang kurang
tepat tentang agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab terhadap
kemasukan warga China ke Malaysia.

Dalam kalangan pelawat asing warga Bangladesh, sebahagian besarnya


memiliki pas lawatan kerja sementara atau pas tanggungan. Pada tahun 2003,
jumlahnya ialah 36 438 orang, iaitu pertambahan sebanyak 13003 orang
berbanding tempoh sebelumnya. Pertambahan sebanyak 26 215 orang warga India
yang memasuki Malaysia pada tahun 2003, ternyata menunjukan angka lebih tujuh
kali ganda berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut
pelawat warga India ke Malaysia berjumlah 270 074 orang.

Kemasukan pelawat asing warga Jepun turut membantu sektor pelancongan.


Kebanyakan mereka masuk ke Malaysia pada musim sejuk di Jepun. Selain itu,
penganjuran pelancongan berasaskan sukan seperti Formula 1 dan GP Jepun di Litar
Sepang turut mempengaruhi kehadiran mereka. Pada tahun 2002, jumlah

34
kemasukan mereka adalah seramai 474886 orang berbanding seramai 346912
orang pada tahun 2003.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelawat asing di Malaysia daripada


pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran
yang semakin ramai ini boleh membantu peningkatan ekonomi negara sama ada
dengan kemasukan pertukaran mata wang asing atau sumbangan mereka dalam
pelbagai bidang pekerjaan sama ada kolar biru atau kolar putih.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada

Jabatan Imigresen, 2005)

Malaysia : Jumlah Aduan Kes Pencemaran yang Diterima oleh Jabatan


Alam

Sekitar pada Tahun 2001 hingga 2005

Jumlah aduan pencemaran (kes)

Tahun
2001 2002 2003 2004 2005
Jenis Aduan

Udara 668 808 1102 2991 3053

Bunyi 102 179 206 303 267

Air 866 1619 2990 3872 4625

Kes-kes lain 775 1276 1911 1660 2054

Jumlah 2411 3883 6209 8826 9999

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)

35
Skala : 1cm mewakili 1000 kes
Petunjuk:

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan


Alam Sekitar, 2005 )

36
6691332 orang
Nisbah jejari 8341393 orang

1:1.2

37
SET 2

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. (20 markah)

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan


media yang sesuai untuk menunjukkan bilangan murid di sekolah bantuan kerajaan
mengikut negeri pada tahun 2000, 2003 dan 2005 antara sekolah rendah dan
sekolah menengah.

Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan


kerajaan di Pahang pada tahun 2000 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah
menengah. Bilangan sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan
penduduk yang tinggi di Perak telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai.
Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah murid sekolah menengah manakala yang
selebihnya ialah murid sekolah rendah. Bilangan penduduk negeri Melaka yang
sedikit berbanding negeri-negeri lain mempengaruhi bilangan murid di negeri
tersebut. Pada tahun 2000, bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah
kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid
yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah
murid sekolah menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah
mempengaruhi bilangan murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri
itu. Daripada 254.8 ribu murid yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah
manakala yang selebihnya ialah murid sekolah menengah.

Pada tahun 2003, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah
bertambah sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000. Murid di sekolah
menengah pula turut menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2000.
Dua tahun berikutnya, bilangan murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah
kepada 171.0 ribu murid. Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah
berkurangan sebanyak 400 orang berbanding tahun 2003.

Di Perak pula, bilangan murid turut bertambah menjadi 487.8 ribu murid
pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah
dan selebihnya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada

38
tahun 2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah
menengah pula menurun kepada hanya 218.1 ribu murid.

Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah
bertambah kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah
berkurangan sebanyak 4.07 % berbanding tahun 2000. Pada tahun 2005, bilangan
murid telah bertambah menjadi 154.7 ribu murid. 43.05% daripada jumlah tersebut
ialah murid sekolah menengah manakala selebihnya ialah murid sekolah rendah.

Pada tahun 2005, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak
8,200 murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah
tersebut, 152.9 ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah
murid sekolah menengah. Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah
dan selebihnya ialah murid sekolah rendah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2005)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan


carta pai yang sesuai untuk menunjukkan eksport dan import barangan utama di
Malaysia bagi tahun 2004.

Pertumbuhan ekonomi yang agak memberansangkan di negara ini telah


menyebabkan perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 23.9% pada tahun
2004. Eksport kasar barangan utama Malaysia telah meningkat kepada RM480.6
bilion pada tahun 2004 manakala import kasar Malaysia berjumlah RM250 bilion.
Keadaan ini disebabkan oleh penguncupan permintaan barangan import dalam
negeri.

Rakan dagang utama bagi eksport jentera dan kelengkapan Malaysia ialah
Singapura. Nilai eksport jentera dan kelengkapan Malaysia telah meningkat
sebanyak 21.6% kepada RM262.3 bilion iaitu 54.58% daripada jumlah eksport pada
tahun 2004. Namun begitu, import jentera dan kelengkapan Malaysia pada tahun
tersebut telah berkurangan kepada hanya RM 109.6 bilion.

Malaysia terus aktif mengeksport bahanapi galian seperti petroleum ke luar


negara. Eksport bahanapi galian terus meningkat sebanyak RM19.8 bilion kepada
RM 65.6 bilion pada tahun 2004. Namun begitu, import Malaysia bagi barangan ini
tidak berubah dari tahun sebelumnya iaitu hanya 9.88% daripada jumlah import
pada tahun tersebut.

39
Barangan keluaran kilang merupakan eksport yang ketiga pentingnya bagi
Malaysia pada tahun 2004. Malaysia mengeksport barangan kilangnya ke negara-
negara ASEAN yang lain. Eksport Malaysia bagi barangan kilang mencecah RM47.2
bilion. Malaysia banyak mengimport barangan kilang kerana permintaan tempatan
yang tinggi. Nilai import barangan keluaran kilang telah meningkat sebanyak 17.9%
kepada RM29.3 bilion.

Bahan-bahan kimia masih menjadi eksport penting Malaysia pada tahun


2004. Malaysia telah mengeksport bahan-bahan kimia ke negara jiran serta rakan
dagang seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Nilai eksport bahan kimia telah
meningkat sebanyak RM1.89 bilion berbanding hanya RM35.01 bilion pada tahun
2003. Nilai import bahan-bahan kimia Malaysia pada tahun tersebut telah kekal
sebanyak RM20.7 bilion iaitu 8.28% dari nilai import pada tahun 2004.

Bahan-bahan mentah bukan makanan pula masih kekal menjadi eksport


utama Malaysia walaupun nilainya semakin merosot. Pada tahun 2004, eksport
bahan-bahan mentah telah menyumbang sebanyak 4.68% daripada jumlah eksport
kasar manakala nilai import barangan tersebut telah meningkat sebanyak 3.22%
kepada RM16.9 bilion. Dagangan dengan Negara-Negara Perindustrian Baru Asia
(NIE) telah menyebabkan import Malaysia bagi barangan tersebut semakin
meningkat.

Eksport makanan Malaysia telah berkembang dengan pesat sebanyak 32.9%


kepada RM18.0 bilion pada tahun 2004 manakala import makanan pula merosot
sebanyak 3.2% kepada RM12.3 bilion sahaja. Amerika Syarikat merupakan rakan
dagangan utama Malaysia. Perdagangan barang-barang lain telah berkembang
dengan nilai eksport RM28.1 bilion dan nilai import pula ialah sebanyak RM36.5
bilion.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,
2005)

40
1.

Malaysia: Bilangan Murid di Sekolah Bantuan Kerajaan Mengikut Negeri Pada Tahun
2000, 2003 dan 2005 Antara Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Negeri Sekolah Rendah Sekolah Menengah

2000 2003 2005 2000 2003 2005

(‘000 (‘000 (‘000 (‘000 (‘000 (‘000


orang) orang) orang) orang) orang) orang)

Pahang 152.1 159.3 171.0 128.3 131.0 130.6

Perak 218.8 267.9 275.3 211.1 219.9 218.1

Melaka 69.1 79.8 88.1 54.1 51.9 66.6

Pulau 154.8 152.1 152.9 100.0 103.9 111.3


Pinang

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2005)

41
42
43
No. 2

Malaysia: Eksport dan Import Barangan Utama, 2004

Jenis barangan Eksport (RM bilion) Import (RM bilion)

Jentera dan 262.3 54.58 196.48 109.6 43.84 157.8


kelengkapan

Bahanapi galian 65.6 13.65 49.14 24.7 9.88 35.57

Barangan keluaran 47.2 9.82 35.36 29.3 11.72 42.2


kilang

Bahan-bahan kimia 36.9 7.68 27.64 20.7 8.28 29.8

Bahan-bahan mentah 22.5 4.68 16.85 16.9 6.76 24.34

Makanan 18.0 3.75 13.5 12.3 4.92 17.7

Lain-lain 28.1 5.85 21.05 36.5 14.6 52.6

Jumlah 480.6 100 360 250.0 100 360

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi,

Kementerian Kewangan Malaysia, 2005)

Nisbah jejari : 1 : 0.72 (eksport / import)

Atau 1: 1.32 (import/eksport)

44
45
SET 3
Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
(20
markah)

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada
tahun-tahun yang dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun
2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka
meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah
disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti
eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan
nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun
2005 kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan
tembakau juga telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun
2010.

Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji


menyebabkan hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100
juta dan RM4051 juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan
keluaran perabut yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang
berkualiti tinggi. Hal ini telah menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan
perabut. Hasil eksport industri keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada
RM13,909 juta pada tahun 2010. Sementara hasil eksport industri perabut pula
menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun 2005 dan mengalami peningkatan
sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun 2010.

Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah
meningkat daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan
kepada hasil eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156
juta pada tahun 2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan
pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan
mentah tempatan. Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak
RM781 juta kepada RM2,799 juta pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri
berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di
negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 – 2010)
Jadual:

Malaysia: Hasil Eksport Industri Berasaskan Pertanian pada Tahun 2005 dan
Jangkaan Tahun 2010

Bil Jenis industry 2005 *2010

(RMjuta) (RMjuta)

1 Makanan 8627 15803

2 Minuman dan tembakau 1755 2446

3 Keluaran kayu 9665 13909

4 Perabut 8454 14335

5 Keluaran getah 6923 11368

6 Kertas 2018 2799

* jangkaan/anggaran

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Rancangan Malaysia ke 9, 2006 – 2010)

Jawapan tepat graf bar kompaun – 15 markah

47
MALAYSIA: HASIL EKSPORT INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN PADA TAHUN 2005
DAN JANGKAAN TAHUN 2010

Hasil Eksport
(RMjuta)

Tahun

Dipetik dan diubahsuaikan


daripada: Rancangan
Malaysia ke Sembilan, 2006 –
2. Berdasarkan
2010
petikan yang
diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kutipan cukai tak langsung
mengikut kategori di Malaysia pada tahun 2005 dan 2007.
48
Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai
yang dikenakan tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak
langsung.

Dalam kategori cukai langsung, kerajaan telah berjaya mengutip RM 24 543 juta
manakala cukai tak langsung pula memperoleh kutipan hasil sebanyak RM 32 510 juta pada
tahun 2005 dan jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 38
897 juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2005. Kategori duti eksport berjaya
mengutip hasil pada tahun 2005 sebanyak RM 4 669 juta atau 14.4% dan bagi duti import
pula hasil yang diperoleh pada tahun 2007 adalah sebanyak RM 5 486 juta atau 14.1%.

Duti eksais juga menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan apabila


berlaku peningkatan bilangan barangan dari luar negara seperti kenderaan dan peralatan
mewah. Pada tahun 2005, duti eksais menyumbangkan sebanyak RM 6 750 juta, manakala
cukai jualan pula mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 4 375 juta, suatu
pertambahan nilai yang begitu ketara pada tahun 2007 berbanding tahun 2005 yang hanya
mencatatkan kutipan sebanyak RM 9 241 juta.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan di pejabat kerajaan dan swasta
menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2005 kutipan daripada cukai ini adalah
sebanyak RM 2 016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai tak langsung mencatatkan
perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2005 jumlah yang dikutip adalah sebanyak
RM 2 796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada RM 4
802 juta pada tahun 2007.

Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan


kepada kutipan cukai perkhidmatan dan pada tahun 2007 jumlah yang dikutip adalah
sebanyak RM 3 723 juta, manakala bagi cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada
RM 8 002 juta pada tahun yang sama. Cukai eksport pada tahun 2007 mencatatkan
penurunan disebabkan berlaku imbangan pembayaran positif dan jumlah yang dikutip
adalah berkurangan sebanyak RM 1 401 juta.

Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperolehi daripada pelbagai jenis


cukai. Cukai pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan
negara dan rakyat harus memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan
ekonomi negara.

( sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan


Kementerian kewangan Malaysia, 2005,2007 )

MALAYSIA : KUTIPAN CUKAI TAK LANGSUNG MENGIKUT KATEGORI PADA TAHUN


2005 DAN 2007

49
Tahun 2005 ( RM/Juta ) 2007 ( RM/Juta )

Kategori Jumlah Peratus Sektor Jumlah Peratus Sektor

Duti Eksport 4 669 14.4 51.70 3 268 8.4 30.25


MALAYSIA : KUTIPAN CUKAI TAK LANGSUNG MENGIKUT
Duti Import 7 038 21.6 77.94 5 486 14.1 50.77
KATEGORI PADA TAHUN 2005 DAN 2007.
Duti Eksais 6 750 20.8 74.75 8 002 20.6 74.06

Cukai Jualan 9 241 28.4 102.23 13 616 35.0 126.02


2005 2007
Cukai Perkhidmatan 2 016 6.2 22.32 3 723 9.6 34.46

Cukai Tak Langsung 2 796 8.6 30.96 4 802 12.3 44.44


Lain-lain

JUMLAH 32 510 100 360 38 897 100 360

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai


daripada

Laporan Kementerian Kewangan Malaysia, 2005, 2007 )

Jumlah Besar : RM 32510 juta Jumlah Besar : RM 38897 juta

Nisbah Jejari : √ 32 510 : √38 897


Nisbah jejari : 1: 1.09
180.305 : 197.223

1 : 1.09

Skala Jejari :
Petunjuk 4.0 cm : 4.37 cm

50

( Sumber: dipetik dan diubahsuai daripada Laporan


Kementerian Kewangan Malaysia, 2005, 2007)
SET4
Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

[20]

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,


sediakan carta yang sesuai bagi membandingkan
haluan import dan eksport negara pada tahun
2006.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jabatan


Perangkaan Malaysia 2007, haluan perdagangan
negara dalam kalangan negara ASEAN banyak
tertumpu kepada negara Singapura dan Thailand. Malaysia banyak mengeksport barangan
berupa produk makanan dan barangan elektrik berjumlah RM 45 201 juta pada tahun
2006. Perdagangan dengan Singapura membolehkan negara untung bersih sebanyak RM 19

51
290 juta. Dengan kurang mengimport barangan negara berkenaan, imbangan perdagangan
negara menunjukkan positif.

Antara barangan yang banyak dieksport dan diimport oleh negara-negara ASEAN
ialah minyak atau lemak haiwan atau sayuran, bahan kimia, semikonduktor atau
kelengkapan elekronik, jentera atau barang pembuatan dan kelengkapan pengangkutan.
Import negara untuk barangan semikonduktor ialah sebanyak RM 173 329 juta dari
negara-negara di seluruh dunia.

Eksport negara juga menunjukkan nilai positif apabila imbangan pembayaran


berjumlah RM 2 512 juta dengan negara Thailand. Malaysia telah mengimport produk
dari negara Thailand seperti beras dan kelengkapan jentera dan sebagainya berjumlah RM
12 715 juta. Negara juga mengeksport barangan ke Brunei dengan nilai RM 627 juta atau
0.8% daripada jumlah eksport negara.

Jumlah eksport negara mengatasi jumlah import dengan kelebihan RM 19 674 juta.
Jumlah import negara ialah RM 55 991 juta.

Eksport negara dengan Filipina ialah sebanyak RM 3 920 juta atau 5.2%. Dagangan
negara dengan Filipina mencatat nilai negatif sebanyak RM 1 458 juta. Negara juga
mengimport barangan daripada Indonesia berjumlah RM 9 289 juta berbanding hanya
mengeksport sebanyak RM 6 441 juta. Nilai eksport negara mengatasi nilai import ke Laos
dan Kemboja masing-masing sebanyak RM 190 juta dan RM 140 juta. Sementara itu, nilai
eksport negara ke Myanmar ialah sebanyak RM 313 juta dan Vietnam sebanyak RM 3 746
juta. Pengimport barangan Myanmar dan Vietnam masing-masing ialah RM 266 juta atau
0.5% dan RM 2 198 juta atau 3.9%.

Haluan import dan eksport negara banyak dipengaruhi permintaan barangan dan
kadar tukaran asing. Negara perlu memastikan imbangan pembayaran yang positif bagi
mengelakkan berlaku terlalu banyak mata wang negara mengalir keluar dan seterusnya
menjejaskan nilai ringgit di pasaran dunia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Perangkaan Tahunan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)

2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah. Sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan panjang jalan raya mengikut jenis dan bidang kuasa bagi tahun 2002 hingga
2004.

Di Malaysia, terdapat tiga jenis jalan raya yang utama iaitu berturap, kerikil dan
tanah merah yang dibina di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri.

52
Kerajaan Persekutuan telah membina jalan daripada pelbagai jenis bahan yang
mencatatkan jarak terpanjang sejauh 20 274 kilometer iaitu pada tahun 2004 manakala di
bawah Kerajaan Negeri keseluruhan panjang jalan raya yang dibina ialah 63 421 kilometer
iaitu juga pada tahun 2004.

Pada tahun 2002, pembinaan jalan raya daripada jenis berturap bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri adalah sepanjang 41 457 kilometer berbanding hanya 11 659 kilometer
daripada jenis batu kerikil manakala bagi jalan jenis tanah merah pula mencatatkan jarak
sepanjang 5 303 kilometer.

Pembinaan jalan daripada pelbagai jenis oleh Kerajaan Persekutuan menunjukkan


pengurangan berbanding Kerajaan Negeri dan keadaan ini dapat dibuktikan apabila jalan
jenis berturap mencatatkan jarak 15 228 kilometer berbanding 44 285 kilometer bawah
kuasa Kerajaan Negeri pada tahun 2003. Bagi jalan daripada jenis batu kerikil pula jarak
yang dibina di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan ialah 2 371 kilometer berbanding 13 411
kilometer di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan jalan yang diperbuat daripada tanah
merah pula mencatatkan jarak yang kurang sebanyak 2 831 kilometer di bawah kuasa
Kerajaan Persekutuan berbanding 5 368 kilometer yang dibina di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri.

Panjang keseluruhan jalan yang dibina di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan pada
tahun 2002 kurang iaitu sejauh 19 746 kilometer berbanding 58 419 kilometer oleh
Kerajaan Negeri dan daripada jumlah tersebut, jalan jenis berturap adalah sepanjan 14 891
kilometer yang di bawah Kerajaan Persekutuan dan daripada jenis kerikil pula sejauh 2 352
kilometer manakala jalan daripada jenis tanah merah pula hanya mencatatkan 2 503
kilometer. Hal ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan banyak membina jalan jenis
berturap yang menjadi penghubung antara bandar-bandar utama dan sebagai pemangkin
pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan dalam projek pembinaan jalan dan


memberi tumpuan kepada projek ekonomi dan infrastruktur lain dan pada tahun 2004
jalan jenis tanah merah berkurangan sebanyak 308 kilometer berbanding jenis yang sama
pada tahun 2003, manakala bagi jenis batu kerikil mencatatkan peningkatan dari tahun
2003 kepada 15 024 kilometer pada tahun berikutnya dan jalan jenis berturap pula
berkurangan sebanyak 948 kilometer menjadi 43 337 kilometer pada tahun yang sama.

Pada tahun 2004, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan peruntukan yang banyak


untuk membina jalan jenis berturap dan berlaku pertambahan jarak dari tahun 2003
kepada 15 917 kilometer pada tahun 2004, manakala jalan jenis kerikil pula mencatatkan
jarak jalan sepanjang 2 114 kilometer dan jenis jalan yang dibina daripada tanah merah
lebih sedikit sebanyak 129 kilometer berbanding jalan jenis batu kerikil pada tahun yang
sama.

53
( Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan
Perangkaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia )

SOALAN 1

MALAYSIA: HALUAN IMPORT DAN EKSPORT NEGARA PADA TAHUN 2006

Negara Eksport Import

RM Juta Peratus Sudut RM Juta Peratus Sudut

Singapura 45201 59.7 215 25911 46.3 166

Brunei 627 0.8 3 94 0.2 1

Thailand 15227 20.1 72 12715 22.7 82

Filipina 3920 5.2 19 5378 9.6 35

Indonesia 6441 8.5 31 9289 16.6 60

Laos & Kemboja 190 0.3 1 140 0.2 1

Myanmar 313 0.4 1 266 0.5 1

Vietnam 3746 5.0 18 2198 3.9 14

54
Jumlah 75665 100 360 55991 100 360

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)

Skala : = 55 991

√ 75 665

= 0.86

Nisbah Jejari = 1: 0.86

SOALAN 2

MALAYSIA : PANJANG JALAN RAYA MENGIKUT JENIS BUATAN DAN KUASA ANTARA
KERAJAAN BAGI TAHUN 2002 HINGGA 2004

Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri

Jenis Jalan ( Kilometer) ( Kilometer )

2002 2003 2004 2002 2003 2004

Berturap 14 891 15 228 15 917 41 457 44 285 43 337

Kerikil 2 352 2 371 2 114 11 659 13 411 15 024

Tanah 2 503 2 537 2 243 5 303 5 368 5 060


Merah

JUMLAH 19 746 20 136 20 274 58 419 63 064 63 421

(Sumber; Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan


Tahunan, 2005 Jabatan Perangkaan Malaysia)
Skala = 44285

11

55
= 4025.90

1 cm = 5000 km

SET 5
Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

1. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi
tahun 1998 hingga jangkaan tahun 2001.

Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998
hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini
dijangka meningkat kepada RM18, 300 juta pada tahun 2001.

Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM623 juta dan meningkat secara
konsisten pada tahun 1999, 2000, dan 2001, iaitu masing-masing kepada RM670 juta, RM1032 juta
dan dijangka menjadi RM1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan
negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten.
Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM3868 juta dan hasil ini meningkat
kepada RM4720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import
ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM3599 juta pada tahun 2000 dan dijangka
sebanyak RM3318 juta pada tahun 2001.

56
Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM4723 juta berbanding dengan
tahun RM3586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan duti eksais
dijangka sebanyak RM3916juta berbanding dengan RM3803 juta pada tahun 2000.

Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara. Pada
tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM6269 juta berbanding dengan RM5968 juta
pada tahun 2000. Jumlah kuipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat tahun
berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM4488 juta, manakala pada tahun
1998, sumbangan cukai ini cuma RM3845 juta.

Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM1447 juta pada tahun 1998,
dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999,
sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM1459 juta, meningkat kepada RM1701 juta pada tahun
2000 dan dijangka bertambah lagi kepada RM1734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak
langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM1951 juta dan meningkat kepada RM2040 juta
pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM1914 juta dan dijangka meningkat
pada tahun 2001 kepada RM2011 juta.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001)
2. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan hasil eksport utama Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan
2005.

Pada tahun 2004, hasil eksport utama negara adalah sebanyak RM390 000 juta. Jumlah ini telah
bertambah sebanyak RM25 000 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan ini berlaku disebabkan
program-program untuk meningkatkan hasil eksport telah berjaya dilaksanakan oleh pihak
kerajaan. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah berusaha
menambahkan hasil pendapatan negara melalui perdagangan.

Hasil eksport utama yang paling besar pada tahun 2004 adalah keluaran elektrik dan
elektronik, iaitu sebanyak RM241 483 juta atau sebanyak 61.92% daripada jumlah keseluruhan
eksport. Manakala, hasil eksport yang paling kecil sumbangannya adalah getah, iaitu sebanyak
RM5197 juta. Hasil eksport getah tidak berubah bagi tahun berikutnya.

Meskipun minyak kelapa sawit masih mendapat sambutan yang baik dalam kalangan negara-
negara pengimport, tetapi jumlah eksport pada tahun 2004 adalah sebanyak RM29 116 juta.
Manakala pada tahun 2005 pula, eksport minyak kelapa sawit telah menurun sebanyak RM2919
juta berbanding tahun sebelumnya.

Mutu petroleum mentah negara kita antara yang terbaik di dunia. Negara kita telah
memperoleh hasil eksport petroleum sebanyak RM21 762 juta pada tahun 2004 dan RM26 461 juta
pada tahun 2005. Gas asli cecair pula telah menyumbang sebanyak 4.38% daripada jumlah
keseluruhan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak RM1493 juta pada tahun 2005.
57
Negara-negara maju telah menyalahkan Negara-negara Dunia Ketiga memusnahkan alam
sekitar melalui kegiatan pembalakan. Ekoran daripada itu, negara kita telah mengawal pengeluaran
kayu balak selaras dengan kehendak global supaya alam sekitar terpelihara. Justeru, pada tahun
2005, pengeluaran kayu balak telah merosot kepada RM19 441 juta berbanding tahun 2004
sebanyak RM19 778 juta.

Permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik telah menurun sebanyak RM1456 juta
pada tahun 2005. Penurunan ini mungkin disebabkan saingan yang hebat antara negara-negara
pengeksport yang lain. Selebihnya adalah untuk eksport lain-lain. Hasrat kerajaan untuk
menambahkan hasil eksport negara hanya tercapai dengan kerjasama yang padu antara agensi-
agensi kerajaan dan pihak swasta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia, 1005)

Soalan 1 : Jawapan Graf Garis Komponen

JADUAL : MALAYSIA : JUMLAH KUTIPAN HASIL CUKAI TIDAK LANGSUNG KERAJAAN PERSEKUTUAN
BAGI TAHUN 1998 HINGGA JANGKAAN TAHUN 2001

Jumlah Kutipan Hasil Cukai Tidak Langsung ( RMjuta )


Bil. Jenis Cukai Tidak Langsung
1998 1999 2000 2001

623 670 1032 1052


1. Duti eksport
(623) (670) (1032) (1052)

3868 4720 3599 3318


2. Duti import
(4491) (5390) (4631) (4370)

3586 4723 3803 3916


3. Duti eksais
(8077) (10113) (8483) (8286)

3845 4488 5968 6269


4. Cukai jualan
(11922) (14601) (14402) (14555)

1447 1459 1701 1734


5. Cukai perkhidmatan
(13369) (16060) (16103) (16289)

58
1951 2040 1914 2011
6. Cukai tidak langsung lain
(15320) (18100) (18017) (18300)

Jumlah 15320 18100 18017 18300

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001 )

*nota : ( ) = nilai tokokan

Soalan 2 : Jawapan Carta Pai Bandingan

JADUAL : MALAYSIA : PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI


TAHUN 2004 DAN 2005

2004 2005

Bil. Komponen eksport Hasil eksport Peratus Sudut Hasil eksport Peratus Sudut

(RMjuta) (%) (º) ( RMjuta ) (%) (º)

1 Keluaran elektrik dan elektronik 241 483 61.92 222.90 240 027 57.84 208.22

2 Getah 5 197 1.33 4.79 5 197 1.25 4.49

3 Minyak kelapa sawit 29 116 7.47 26.88 26 197 6.31 22.73

4 Petroleum 21 762 5.58 20.09 26 461 6.38 22.95

5 Gas asli cecair 17 082 4.38 5.77 18 575 4.48 16.11

6 Kayu balak 19 778 5.07 18.26 19 441 4.68 16.86

7 Eksport lain-lain 55 582 14.25 51.31 79 102 19.06 68.64

Jumlah 390 000 100 360 415 000 100 360

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005 )

Nisbah jejari = 1 : 415 000


59
390 000

1: 1.03

SET 6
Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]

1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor tahun
2006 dan tahun 2007.

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007


berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan. Teras dasar fiskal negara terus
memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang lebih
memberi nilai.

Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk
sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476 juta
berbanding pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut. Sektor
perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan
pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM1
311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak 34.6 peratus. Negara telah
mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan ekonomi, iaitu mempertingkatkan daya
saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kemakmuran rakyat.

Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198


juta atau 17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun
2007. Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan
sebanyak RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan peruntukan
perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17.6 peratus. Sebanyak RM700

60
juta diperuntukkan untuk prasekolah, RM3.0 bilion untuk pendidikan rendah dan
menengah sementara RM6.0 bilion untuk pendidikan tinggi.

Sementara itu, sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan


pembangunan sebanyak RM1 297 juta atau 3.6 peratus pada tahun 2006, berbanding
sebanyak RM1 629 juta pada tahun 2007. Kerajaan Persekutuan juga membelanjakan
sebanyak RM1 895 juta untuk sektor perumahan pada tahun 2006. Kerajaan Persekutuan
juga telah memperuntukkan sebanyak RM10 194 juta untuk perbelanjaan pembangunan
dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006 dan perbelanjaan untuk sektor ini
meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39.5 peratus pada tahun 2007.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar


menjelang tahun 2010, hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan
masyarakat. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006 dan 2007
masing-masing berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi, 2007)

2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang sesuai
untuk menunjukkan pola pelbagai jenis perbelanjaan kerajaan sebagai komposisi jumlah
perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

Perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk


mengurus sektor awam yang menjadi tulang belakang kerajaan. Perbelanjaan mengurus
terdiri daripada gaji, pencen dan ganjaran, perkhidmatan bayaran hutang, pemberian
kepada Kerajaan Negeri, bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan mengurus
yang lain.

Bagi kategori gaji, jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan.


Peruntukan bagi tahun 2001 adalah sebanyak RM12,084 juta. Pada tahun 2002, jumlahnya
adalah sebanyak RM12,488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2004, angka ini meningkat sebanyak RM2,024 juta berbanding dengan tahun
sebelumnya. Pada tahun 2005, perbelanjaan pembangunan dalam gaji adalah sebanyak
RM14,807 juta. Kategori pencen dan ganjaran pula menerima peruntukan sebanyak
RM2,127 juta pada tahun 2001 dan pertukaran ini meningkat kepada RM2,355 juta dan
RM2,413 juta pada tahun-tahun yang berikutnya. Pada tahun 2004 dan tahun 2005,
jumlahnya adalah sebanyak RM3,864 juta dan RM3,515 juta masing-masing.

Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula, jumlahnya adalah sebanyak RM7,248
juta pada tahun 2001. Pada tahun 2002, peruntukannya adalah sebanyak RM7,136 juta dan
meningkat sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan berkurang sebanyak RM720
juta pada tahun 2004 berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, jumlah
perbelanjaan pembangunan dalam khidmat bayaran hutang adalah sebanyak RM6,463 juta.
Kategori pemberian kepada Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1,334
61
juta, RM1,378 juta dan RM1,406 juta bagi tahun 2001 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004
dan tahun 2005, jumlahnya adalah RM1,683 juta dan RM1,525 juta.

Bagi tahun 2001, peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan
perbelanjaan mengurus yang lain ialah RM4,367 juta, RM576 juta, dan RM4,579 juta
masing-masing. Seterusnya, pada tahun-tahun 2002, 2003, 2004, dan 2005, jumlah
perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan meningkat kepada RM5,047 juta, RM5,241 juta,
RM5,975 juta, dan RM6,309 juta. Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak RM548 juta,
RM660 juta, RM708 juta dan RM934 juta. Manakala perbelanjaan mengurus yang lain
menerima peruntukan sebanyak RM4,801 juta, RM4,974 juta, RM8,730 juta, dan RM10,456
juta bagi keempat-empat tahun tersebut.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2001-2005)

Soalan 1

MALAYSIA : PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN MENGIKUT SEKTOR TAHUN


2006 DAN TAHUN 2007

Tahun 2006 2007

Nilai Nilai
Mutlak Mutlak
Sektor % Sudut % Sudut
(RM juta ) (RM juta )

Pertanian dan 3 681 10.3 37 4 157 9.2 33


pembangunan luar
Bandar

Perkhidmatan, 3 791 10.6 38 5 102 11.3 41


perdagangan dan
perindustrian

Pengangkutan 6 198 17.3 62 7 298 16.2 58

Pendidikan dan latihan 8 731 24.4 88 7 941 17.6 63

Kesihatan 1 297 3.6 13 1 629 3.6 13

Perumahan 1 895 5.3 19 4 801 10.6 38

Lain-lain 10 194 28.5 103 14 218 31.5 114

Jumlah 35 787 100 360 45 146 100 360


62
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi, 2007)

63
Jawapan soalan 2 : Graf Garisan Komponen

Jadual:

MALAYSIA : KOMPOSISI JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN


DARI TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2005

Tahun
Kategori 2001 2002 2003 2004 2005
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM Juta) (RM Juta)
Gaji 12 084 12 488 12 470 14 494 14 807

Pencen dan ganjaran 2 127 2 355 2 413 3 864 3 515

Khidmat bayaran & hutang 7 248 7 136 7 231 6 511 6 463

Pemberian kepada 1 334 1 378 1 406 1 683 1 525


Kerajaan Negeri
Bekalan dan perkhidmatan 4 367 5 047 5 241 5 975 6 309

Subsidi 576 548 660 708 934

Perbelanjaan mengurus 4 579 4 801 4 974 8 730 10 456


yang lain
Jumlah perbelanjaan 32 315 33 753 34 395 41 965 44 009
mengurus

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2001-2005)

Skala : 1cm = RM5,000 juta

64
MALAYSIA: KOMPOSISI JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN
DARI TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2005

Jumlah perbelanjaan mengurus


(RM juta)

50,000

45,000

40,000

35,000

30,000

25,000

20,000

15,000

10,000

5,000

0
2001 2002 2003 2004 2005
Tahun

Skala: 1 cm = RM5000 juta

Petunjuk:
Gaji
Khidmat bayaran hutang
Bekalan dan perkhidmatan
Perbelanjaan mengurus yang lain

Pencen dan ganjaran


Pemberian kepada Kerajaan Negeri
Subsidi

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi 2001-2005)

SET 7
65
Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]

2.. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran
perubahan dalam penggunaan minyak dan lemak beberapa negara terpilih dalam tempoh
yang dinyatakan.

Penggunaan minyak dan lemak dunia semakin bertambah selaras dengan


perkembangan dalam industri pembuatan. Perkara ini dapat dibuktikan penggunaan oleh
negara India, Brazil, China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat serta Malaysia
semakin berkembang dari tahun 2001 hingga 2005.

Pengguna minyak dan lemak kedua terbanyak adalah negara China yang mencatat
nilai penggunaan sebanyak 17 528 ribu tan bagi tahun 2001. Kesatuan Eropah (EU)
merupakan negara terbanyak yang menggunakan minyak dan lemak sehingga tahun 2003,
sebelum dipintas oleh negara China mulai tahun 2004 dengan nilai penggunaan sebanyak
22 321 ribu tan dan mengatasi negara EU sebanyak 887 ribu tan. Bagi tahun 2005,
penggunaan minyak dan lemak negara China dan EU meningkat masing-masing sebanyak
1951 ribu tan dan 483 ribu tan berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2002 dan 2003,
negara China menggunakan minyak dan lemak sebanyak 19 090 ribu tan dan 20 430 ribu
tan dan dikuti oleh EU sebanyak 20 464 ribu tan dan 20 845 ribu tan.

Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga dalam penggunaan minyak dan lemak
dunia dengan jumlah penggunaan sebanyak 14 412 000 tan, 14 336 000 tan, 14 282 000
tan dan 14 535 000 tan sepanjang tempoh 2002 hingga 2005. Penggunaan bagi tahun 2001
oleh negara berkenaan adalah sebanyak 14 239 000 tan, nilai ini berkurangan sebanyak
5440 ribu tan berbanding dengan penggunaan oleh negara-negara EU.

Negara India, mencatat penggunaan minyak dan lemak hampir sama dengan
Amerika Syarikat. Pada tahun 2002, negara India telah menggunakan minyak dan lemak
sebanyak 12 092 ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 360 ribu tan berbanding tahun
sebelumnya, dan merosot sebanyak 159 ribu tan untuk tahun 2003. Penggunaan minyak
dan lemak merosot lagi sebanyak 241 ribu tan kepada 12 010 ribu tan untuk tahun 2004
sebelum meningkat semula sebanyak 3.74 peratus untuk tahun 2005.

Catatan penggunaan di negara Brazil sebanyak 4485 ribu tan bagi tahun 2001
sebelum merosot untuk dua tahun bertutut-turut. Jumlah penggunaan untuk tahun 2003
adalah sebanyak 4 365 ribu tan iaitu peningkatan sebanyak 13 000 tan berbanding dengan

66
tahun sebelumnya. Penggunaan terus meningkat sehingga tahun 2005 dengan peningkatan
sebanyak 34 ribu tan kepada 4567 ribu tan pada tahun 2005, berbanding tahun 2004.

Malaysia merupakan negara membangun yang paling maju menunjukkan


penggunaan minyak dan lemak semakin bertambah. Penggunaan bagi tahun 2001 adalah
sebanyak 2475 ribu tan meningkat kepada 2590 ribu tan dan 2669 ribu tan bagi tahun
2002 dan 2003. Pada tahun 2005, penggunaan sebanyak 2989 ribu tan yang merupakan
kadar peningkatan 6.75 peratus berbanding dengan penggunaan bagi tahun 2004.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April


2008, Kuala Lumpur)

2.. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak
mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan
memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada
tahun 2004 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong
sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2005. Namun,
pada tahun 2006, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300
ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling
besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong
sehari. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti
import sepanjang tempoh 2004 -2008. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2004
ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami
pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92
ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar
daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di
pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2005 apabila kuantiti eksport petroleum
mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu
tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88
setong. Begitu juga pada tahun 2006, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah
bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih
rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$
75 setong.

67
Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2006
hingga tahun 2008 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini
di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2007
ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2008
kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan
penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi 2007/2008)

1. Cadangan jadual:

PENGGUNAAN MINYAK SAWIT OLEH BEBERAPA

68
NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2001, 2002, 2003, 2004 DAN 2005 (Ribu tan)

2001 2002 2003 2004 2005

China 17528 19090 20430 22321 24272

EU 19679 20464 20845 21434 21917

USA 14239 14412 14336 14282 14535

India 11732 12092 12251 12010 12459

Brazil 4485 4352 4365 4533 4567

Malaysia 2475 2590 2669 2800 2989

Jumlah 51445

(Dipetik dan disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2008, Kuala Lumpur)

Cadangan graf:

PENGGUNAAN MINYAK DAN LEMAK OLEH BEBERAPA NEGARA TERPILIH PADA


TAHUN 2001, 2002, 2003, 2004 DAN 2005

Penggunaan minyak & 69


lemak (ribu tan)
2001 2002 2003 2004 2005

Tahun

China

EU

A Syarikat

India

Brazil

Malaysia

Nota tambahan:

1. Label paksi menegak – mesti ditulis lengkap seperti dlm skema. Tiada perkataan
”minyak dan lemak” – rujuk B(3)
2. Dalam tajuk mesti ada perkataan ‘terpilih’, sekiranya tiada – salah tajuk B(1)

70
2. CADANGAN JAWAPAN (JADUAL )

MALAYSIA : KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA HARGA MINYAK


MENTAH PADA TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2008

Butiran 2004 2005 2006 2007 2008

Kauntiti pengeluaran 255 233 300 452 421

(Ribu tong sehari)

Kuantiti eksport 202 212 239 390 353

(Ribu tong sehari)

Kuantiti import 92 73 48 48 48

( Ribu tong sehari)

Harga pasaran (US$ setong) 75 88 75 69 67

Pengiraan :

Nilai kuantiti pengeluaran (2005) : 255 – 22 = 233 ribu tong sehari.

Nilai kuantiti eksport (2008) : 390-37 = 353 ribu tong sehari

71
72

CADANGAN JAWAPAN (GRAF)

MALAYSIA:KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA


HARGA MINYAK MENTAH PADA TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2008

Kuantiti pengeluaran,
eksport dan import Harga pasaran
(ribu tong sehari ) (US$ setong)

100
500
450
400

80
350
300

60
250
200

40
150
100

20
50
0
2004 2005 2006 2007 2008 Tahun

0
Skala 1cm : 50 ribu tong sehari Skala 1 cm : US$ 10 setong
Petunjuk :
Kauntiti pengeluaran
Kuantiti eksport
Kuantiti import ( Sumber dipetik dan diubahsuaikan
Harga pasaran (US$ setong) Laporan Ekonomi 2007/2008)

nya seramai 59.232 juta orang.

Xdaripada
73

SET 8
Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. [20]

1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, bina carta pai yang
sesuai bagi menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut bidang utama bagi tahun 2004
dan 2005 di Malaysia.

Setelah pulih daripada kegawatan ekonomi, jumlah guna tenaga dalam pelbagai
bidang di negara ini telah menunjukkan perkembangan yang positif. Pada tahun 2005,
jumlah guna tenaga telah bertambah sebanyak 1783.06 ribu orang berbanding dengan
tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan jumlah sebanyak 9704.2 ribu orang.
Pertambahan ini telah memberi petanda yang baik kepada kumpulan pencari kerja yang
aktif.

Pertumbuhan ekonomi yang semakin mantap telah meluaskan bidang pengeluaran


di Malaysia terutamanya dalam bidang pengeluaran makanan halal. Guna tenaga dalam
bidang pengeluaran ini telah mencatatkan bilangan yang paling tinggi, iaitu sebanyak
2911.50 orang pada tahun 2004 dan angka ini telah bertambah sebanyak 854.93 ribu
orang lagi pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2004, sebanyak 766.70 ribu orang guna tenaga telah berkhidmat dalam
bidang profesional dan teknikal. Kepentingan bidang ini dalam menjana pembangunan
negara dapat dibuktikan melalui pertambahan bilangan siswazah dalam bidang ini pada
setiap tahun. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2005 bilangan guna tenaga dalam
bidang ini telah bertambah sebanyak 210.19 ribu orang lagi berbanding dengan tahun
sebelumnya.

Bidang pentadbiran dan pengurusan pula semakin diminati selaras dengan


perkembangan semasa negara. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan yang tinggi pada
tahun 2005, iaitu sebanyak 621.29 ribu orang berbanding dengan tahun 2004 yang
hanya mencatatkan angka sebanyak 271.70 ribu orang.

Bidang perkeranian pula telah menyumbang sebanyak 9.80 peratus daripada jumlah
keseluruhan guna tenaga pada tahun 2004 itu. Bilangan ini telah meningkat kepada
1251.11 ribu orang, iaitu bertambah sebanyak 300.01 ribu orang guna tenaga lagi pada
tahun 2005. Pertambahan premis jualan dan kegiatan jualan langsung juga telah
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia. Pada tahun 2004, bidang ini
telah mencatat bilangan guna tenaga sebanyak 1504.20 ribu orang atau sebanyak 15.50
74

peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun
2005 bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah meningkat kepada 1745.89 ribu
orang.

Sektor swasta pula lebih cenderung untuk mengaplikasikan teknologi komunikasi


dan maklumat dalam semua urusan harian. Justeru, bidang perkhidmatan telah
menunjukkan penurunan sebanyak 29.71 ribu orang pada tahun 2005 berbanding
dengan tahun 2004 yang mencatatkan bilangan sebanyak 1261.0 ribu orang. Bidang
pertanian juga mengalami perubahan yang besar selaras dengan Dasar Pertanian
Negara Ketiga yang bermatlamat untuk memodenkan sektor pertanian. Keadaan ini
telah menggalakkan penggunaan jentera moden bagi menggantikan guna tenaga
manusia. Sehubungan dengan itu, bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah
menyusut kepada 1622.66 ribu orang pada tahun 2005, manakala bilangan guna tenaga
bidang ini pada tahun 2004 ialah 2038.0 ribu orang, iaitu kira-kira 21.0 peratus
daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun tersebut.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar
yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan pengeluaran sektor pembuatan
mengikut produk utama terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.

Dalam tempoh Reancangan Malaysia Kelapan, sektor pembuatan terus memberi


sumbangan yang besar kepada pertumbuhan pengeluaran, eksport dan pewujudan
peluang pekerjaan. Penambahbaikan dasar dan inisiatif yang berterusan telah
memperkukuh lagi sektor tersebut bagi menghadapi persaingan dan integrasi yang
lebih hebat dalam ekonomi dunia. Inisiatif tersebut telah meningkatkan pengeluaran
produk biskut sebanyak 17,951 tan metrik kepada 151,434 tan metrik pada tahun 2005
berbanding tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, inisiatif tersebut tidak dapat meningkatkan pengeluaran


kesemua produk sektor pembuatan kerana terdapat juga produk yang merosot
pengeluarannya seperti nanas tin dan beras campur. Pengeluaran nanas tin telah
menyusut sebanyak 2,363 tan metrik pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004
yang mencatatkan pengeluaran sebanyak 21,383 tan metrik.

Pengeluaran beras campur pula adalah sebanyak 50,110 tan metrik pada tahun
2004 dan berkurang kepada 46,200 tan metrik iaitu merosot sebanyak 3,910 tan metrik
pada tahun 2005. Penurunan itu berlaku kerana kitaran permintaan global yang
menurun bagi produk-produk tersebut sehingga para pengilang terpaksa membuat
penyesuaian terhadap pengeluran dan inventori.
75

Permintaan domestik yang semakin baik, peningkatan sentimen pengguna dan


pendapatan boleh guna pula telah menyumbang kepada prestasi positif bagi
pengeluaran produk susu tepung. Pengeluaran produk ini adalah sebanyak 34,573 tan
metrik pada tahun 2004 dan bertambah sebanyak 9,361 tan metrik pada tahun 2005.
Minyak masak yang menjadi pilihan suri rumah juga memperlihatkan peningkatan
dalam pengeluarannya apabila menokok sebanyak 44,633 tan metrik pada tahun 2005
berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2004 yang berjumlah 66,253 tan metrik.
Situasi ini juga boleh dilihat pada produk sabun serbuk yang mengalami pertambahan
pengeluaran iaitu daripada 88,281 tan metrik pada tahun 2004 kepada 101,185 tan
metrik pada tahun berikutnya. Pola ini bagaimanapun berbeza bagi pengeluaran sabun
mandi yang menyusut sebanyak 2,503 tan metrik pada tahun 2005 berbanding dengan
pengeluaran tahun 2004 yang berjumlah 28,527 tan metrik.

Pelbagai usaha dan kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan tentang bahaya
merokok telah mempengaruhi pengeluaran produk ini di pasaran. Pengeluaran rokok
pada tahun 2004 adalah sebanyak 24,669 tan metrik tetapi merosot kepada 21,635 tan
metrik pada tahun berikutnya. Bagi produk benang kapas, pengeluarannya pada tahun
2005 adalah sebanyak 40,409 tan metrik iaitu lebihan sebanyak 9,813 tan metrik
berbanding dengan tahun 2004. Pola pengeluaran yang sama juga boleh dilihat pada
produk dawai besi yang mencatatkan pengeluaran sebanyak 62,397 tan metrik pada
tahun 2004 dan meningkat kepada 75,790 tan metrik setahun kemudian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006,


Jabatan Perangkaan Malaysia, November 2006)
76

2 Media: Carta pai berbanding

MALAYSIA: GUNA TENAGA MENGIKUT PELBAGAI BIDANG BAGI TAHUN 2004 DAN
2005

Tahun

Bidang Pekerjaan 2004 (Ribu orang) 2005 (Ribu orang)

Nilai Peratus Sudut Nilai Peratus Sudut

Pengeluaran 2911.5 30.00 108.0 3766.43 32.79 118.04

Profesional dan 766.7 7.90 28.44 976.89 8.50 30.61


Teknikal

Pentadbiran dan 271.7 2.80 10.08 892.99 7.77 27.99


Pengurusan

Perkeranian 951.1 9.80 35.28 1251.11 10.89 39.21

Jualan 1504.2 15.50 55.80 1745.89 15.20 54.71

Perkhidmatan 1261.0 13.00 46.80 1231.29 10.72 38.59

Pertanian 2038.0 21.00 75.60 1622.66 14.13 50.85

Jumlah 9704.2 100 360 11487.26 100 360

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006)

Jumlah 2004: 9704.20 orang

Jumlah 2005: 11487.26 orang

Nisbah jejari: 1 : 1.09


2.

MALAYSIA : KADAR PERUBAHAN PENGELUARAN SEKTOR PEMBUATAN


MENGIKUT PRODUK UTAMA TERPILIH BAGI TAHUN 2004 DAN 2005

Pengeluran Sektor Pembuatan (tan metrik) Peratus Perubahan

Produk Utama 2004 2005 (%)

Biskut 133,438 151,434 +13.45

Nanas Tin 21,383 19,020 - 11.05

Beras Campur 50,110 46,200 - 7.80

Susu Tepung 34,573 43,934 +27.08

Minyak Masak 66,253 110,875 +67.35

Sabun Serbuk 88,281 101,185 +14.62

Sabun Mandi 28,527 26,024 - 8.77

Rokok 24,669 21,635 -12.30

Benang Kapas 30,596 40,409 +32.07

Dawai Besi 62,397 75,790 +21.46

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006,
Jabatan Perangkaan Malaysia, November 2006)

77
Perhatian:

Bar bagi Sabun mandi sepatutnya ialah nilai negatif (tersalah plot). Harap Maklum.

SET 9

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20]

2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk membandingkan kemasukan
warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

“Daripada sejumlah 6691332 orang pelawat asing pada tahun 2002, warga Singapura
merupakan pelawat paling ramai berkunjung ke Malaysia iaitu kira-kira 58.67% atau kira-kira
3925598 orang. Pada tahun berikutnya, jumlah ini terus meningkat lagi menjadi 5463552 orang
berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 8341393 orang. Warga Indonesia pula, kebanyakannya
mengambil Pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang

78
direkodkan seramai 1247003 orang dan meningkat sebanyak 24.88% pada tahun 2003 kepada
1557240 orang.

Kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada tahun 2002,
kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239151 orang iaitu sebanyak 3.57% berbanding
warga China sebanyak 537400 orang, iaitu 8.03%. Walaupun penurunan warga Australia sebanyak
41746 orang, penurunan kemasukan warga China lebih ketara iaitu sebanyak 12.58% kepada
469772 orang untuk tempoh selepas tahun 2002.

Manakala kemasukan warga Bangladesh pula, sebahagian besarnya memiliki Pas tanggungan
dan Pas lawatan kerja sementara. Pada tahun 2003, jumlahnya mencecah 36438 orang iaitu
pertambahan sebanyak 13003 orang berbanding tempoh sebelumnya. Pertambahan sebanyak
26215 orang warga India pada tahun 2003 menunjukkan angka lebih tujuh kali ganda berbanding
warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut, pelawat warga India ke Malaysia
berjumlah 270074 orang.

Kemasukan warga Jepun pula turut membantu sektor pelancongan. Kebanyakan mereka
menyertai aktiviti pelancongan terutama pelancongan kesihatan. Pada tahun 2002, jumlah
kemasukan mereka adalah seramai 474886 orang berbanding 346912 orang pada tahun 2003.
Secara keseluruhan kemasukan warga asing ini turut membantu peningkatan ekonomi iaitu melalui
pertukaran wang asing dan juga sumbangan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Pertanian, 2006)

2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
kelahiran dan kematian secara kasar di beberapa buah negara terpilih dari tahun-tahun yang
diliputi.

Antara tahun 2000 hingga 2002, terdapat peningkatan dalam jumlah penduduk di beberapa
buah negara. Jepun umpamanya mempunyai jumlah penduduk yang menunjukkan pertambahan
daripada seramai 126.926 juta orang pada tahun 2000 kepada 127.435 juta orang pada tahun
2002. Pertumbuhan penduduk di Amerika Syarikat (AS) pula merupakan yang terbesar. Manakala
Republik Korea mencatat pertumbuhan penduduk sebanyak 1.35%. United Kingdom (UK) juga
mencatat pertambahan jumlah penduduk daripada 58.817 juta orang pada tahun 2000 kepada
59.232 juta orang pada tahun 2002.

Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar penduduk Jepun yang dicatat ialah 9.5% dan turun
tahun demi tahun. Pada tahun 2002, kadar kelahiran kasarnya adalah sebanyak 9.2% iaitu
penurunan 0.1% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar penduduk
AS pula ialah sebanyak 14.4% iaitu lebih 1.0% berbanding pertumbuhan kelahiran kasar penduduk
Republik korea. Pertumbuhan kelahiran kasar di UK hanyalah sebanyak 11.5% pada tahun 2000.

79
Dalam tahun 2000, kadar kematian kasar UK menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu
sebanyak 10.3% berbanding AS hanya 8.7% sahaja. Kadar kematian di UK ini ialah 5.1% lebih
tinggi berbanding Republik Korea. Kadar kematian kasar di Jepun pula berjumlah 7.8% sahaja.
Kadar kematian kasar di Jepun terus kekal sebanyak 7.7% dalam tahun 2001 dan 2002. Hal
tersebut menunjukkan bahawa kadar kelahiran kasar penduduk di semua negara adalah lebih tinggi
daripada kadar kematiannya.

Kadar kelahiran kasar di Republik Korea menurun sebanyak 1.8% pada tahun 2001 tetapi
masih berada dalam kedudukan kedua selepas AS. Pada tahun tersebut, penduduk Republik Korea
berjumlah 47.343 juta orang. Walaupun kadar kelahiran kasar penduduk di Republik Korea
menurun lagi menjadi 10.3% pada tahun 2002, namun kadar kematian kasarnya pula menunjukkan
sedikit penurunan kepada 5.1% pada tahun 2001 dan terus kekal pada tahun 2002.

Pada tahun 2001, jumlah penduduk AS berjumlah 285.318 juta orang iaitu pertambahan
sebanyak 3.896 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Meskipun berlaku pertambahan jumlah
penduduk, namun kadar kelahiran kasarnya telah menurun berbanding tahun 2000 kepada hanya
14.1%. Akan tetapi, kadar kelahiran kasar penduduk AS menunjukkan peningkatan 0.1% pada
tahun 2002. Sementara itu, kadar kematian kasar di negara ini merosot kepada 8.5%, iaitu
kemerosotan 0.2% berbanding tahun 2000. Pada tahun 2002 pula, kadar kematian kasarnya
meningkat menjadi 8.6%. Pada penghujung tahun 2002, jumlah penduduk AS berjumlah 288.369
juta orang.

Pada tahun 2001, penduduk UK berjumlah 59.051 juta orang. Kadar kelahiran dan
kematian kasar adalah berbeza sebanyak 1.1%. Kedua-dua kadar tersebut menunjukkan
penurunan, kadar kelahiran kasar menurun sebanyak 0.2% manakala kadar kematian kasar juga
menurun, iaitu pada kadar 0.1%. Pada tahun 2002 pula, terdapat pertambahan kadar kelahiran
kasar penduduk UK kepada 11.7% tetapi diiringi dengan kadar kematian kasar yang turut
meningkat menjadi 10.3% pada tahun 2002 dan menjadikan jumlah penduduknya seramai 59.232
juta orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2004)

LAMPIRAN
80
Jawapan no.1

81
LAMPIRAN

Jawapan no 2

82
83
Sila catat Label Paksi dan unit nilai:
Kadar Penduduk / Kadar
Kelahiran / kadar kematian kasar
penduduk (%) [Jika kadar @ % saja
akan mendapat markah
maksimum 06/15]

84

You might also like