You are on page 1of 3

Pandangan Friedrich Welheim Froebel

Friedrich Froebel (1782-1852) merupakan seorang tokoh pendidikan awal kanak-kanak yang
terkenal di Jerman. Beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang mempercayai bahawa
manusia dengan alam semula jadi saling berhubung kait. Pada tahun 1837, beliau telah
mendirikan tadika pertama yang bernama “Kindergarden” di Jerman. “Kinder” membawa maksud
kanak-kanak manakala garten bermakna taman. Tujuan beliau mengasaskan tadika ini adalah
untuk membulat hasratnya yang ingin membentuk kaedah pembelajaran awal kanak-kanak dan
mengaplikasikan idea-ideanya dalam kindergarten beliau. Beliau berpendapat kanak-kanak patut
menerima penghormatan walaupun umur mereka masih kecil.

Konsep pendidikan awal Froebel berasaskan “bermain sambil belajar” melalui praktikal.
Beliau yakin bahawa proses pembelajaran yang seronok dan menggembirakan amat berkesan
bagi kanak-kanak berkembang dan belajar melalui permainan. Aktivti bermain dianggap asas
kepada pembelajaran kerana membolehkan kanak-kanak berfikir hubungan antara aktiviti kendiri
dan soal hidup, perbuatan dan pemikiran, perwakilan dan pengetahuan serta permahaman dan
kebolehan. Melalui permainan-permainan yang dilaksanakan, kanak-kanak akan mendapat
pengalaman dan kemahiran yang banyak dan seterusnya lahirlah kanak-kanak yang unik.
Pengenalan konsep ini merupakan sumbangan terbesar Froebel dalam pendidikan awal kanak-
kanak.

Selain itu, Froebel sangat menegaskan pembentukan kurikulum awal kanak-kanak


berasaskan dua ciri yakni, kebebasan dan kreativiti. Froebel berpendapat setiap kanak-kanak
adalah unik dan mempunyai potensi tersendiri. Mereka patut diberikan kebebasan untuk memilih
kegiatan pembelajaran yang diminati dan sesuai untuk tahap perkembangan mereka. Contohnya,
beliau menggunakan bahan permainan “hadiah” dalam pembelajaran untuk menghasilkan kanak-
kanak yang sihat dari segi fizikal, mental, sosioemosi dan berkreativiti. Lebih-lebih lagi, konsep
“hadiah” ini diperkukuhkan dengan konsep “pekerjaan” untuk membolehkan kanak-kanak
memahami prinsip universal seperti menggunting kertas, menenun kain, membuat sulaman dan
melukis.

Pada pendapat beliau, taman kanak-kanak harus dibentuk dan dihiaskan dengan cantik,
ceria dan menarik. Langkah ini dapat menarik perhatian kanak-kanak semasa belajar. Sebagai
contoh, kindergarten dicatkan dengan warna-warni dan dihiaskan dengan lukisan-lukisan
pemandangan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Selain itu, sesbuah kindergarten juga haruslah
memberikan keselesaan kepada kanak-kanak dari segi persekitaran. Tempat ini harus dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti meja, kerusi, dan taman permainan agar memudahkan
aktiviti-aktiviti dijalankan.Di samping itu, taman kanak-kanak juga menyediakan alat-alat
permainan yang selamat digunakan oleh kanak-kanak. Semua alat-alat yang digunakan haruslah
terdiri daripada bentuk yang mudah dan pelbagai saiz serta warna. Secara kesimpulannya, inilah
pandangan Froebel tentang pendidikan awal kanak-kanak menekankan konsep “bermain sambil
belajar”. Froebel juga menekankan persekitaran yang selesa dan ceria untuk kanak-kanak
belajar.
Pandangan Imam Al-Ghazali

Nama sebenar Imam al-Ghazali (1058M- 1111M) ialah Abu Muhamad bin Muhamad bin
Muhamad bin Ahmad Ghazali. Beliau merupakan seorang tokoh falsafah yang tersohor dalam
bidang agama Islam dan beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Nizamiah Baghdad pada
484H.

Pada pandangan beliau, pendidkan awal sangat signifikan kepada kanak-kanak


untuk belajar menulis dan membaca sejak kecil. Dalam hal ini, ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk mendidik anak sejak lahir. Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak
memberikan anak kepada orang lain kecuali yang beragama. Selain itu, beliau menasihati ibu
bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama untuk belajar pendidikan agama berteraskan al-
Quran dan Hadis agar membentuk personaliti anak yang baik. Beliau amat mementingkan
pengasuhan tabiat-tabiat yang baik dan pengamalan budi pekerti dalam kalangan kanak-kanak
sejak kecil. Tabiat-tabiat seperti meludah, bercakap dengan suara yang besar semasa makan
dan menguap di hadapan orang ramai amat ditentang oleh beliau. Beliau menasihati ibu bapa
agar mendidik anak supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, bersopan semasa makan, soal-
soal agama serta menjauhi diri daripada kejahatan. Beliau juga menekankan penanaman nilai-
nilai murni dalam sanubari anak. Tamsilnya, nilai berani, sopan, berbudi bahasa, kasih sayang,
rendah diri, tidak bangga dan hormat-menghormati patut diajar dalam kehidupan harian anak.

Sementelahan itu, Al-Ghazali juga sangat menyokong konsep bermain. Menurut


beliau, bermain itu sifat semula jadi kanak-kanak. Beliau berpandangan kanak-kanak patut
diberikan latihan jasmani atau permainan agar mencerdaskan minda, menyihatkan tubuh badan
serta dapat memberikan keseronokan kepada mereka setelah penat belajar. Beliau juga
menekankan konsep ganjaran kepda kanak-kanak. Beliau berpendapat ibu bapa harus memberi
hadiah kepada anak jika mereka telah melakukan sesuatu yang baik sebagai ganjaran. Hal ini
demikian, ganjaran tersebut dapat menggembirakan anak-anak di samping menggalakkan
mereka untuk berkelakuan mulia. Namun, jika anak-anak telah melakukan sesuatu kesalahan,
ibu bapa patut menegur mereka secara tersembunyi dan tidak memarahi mereka di depan orang
lain agar tidak memalukan mereka. Ibu bapa juga dicadangkan agar tidak mendenda anak-anak
secara melampau kerana ini akan menjejaskan emosi mereka.

Al-Ghazali telah memberikan beberapa nasihat tentang peranan guru dalam


proses pembelajaran dan pengajaran. Salah satunya ialah guru-guru patut mengajar anak-anak
mengikut kemampuan mereka dan tidak terlalu susah kerana kanak-kanak memang susah untuk
menerima ilmu yang banyak dalam satu masa. Selain itu, guru memainkan peranan penting
untuk memperbaiki kelakuan-kelakuan negatif kanak-kanak dengan cara yang sesuai dan mesra.
Bahkan, guru juga mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjadi teladan kepada anak-
anak kerana kanak-kanak memang suka meniru gerak-geri orang dewasa. Terakhir sekali,
sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mengajar patut diamalkan dan tidak perlulah
mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran. Secara keseluruhannya, pandangan Al-Ghazali
terhadap pendidikan awal kanak-kanak lebih berunsur kepada nilai murni dan moral. Selain itu,
beliau juga menekankan konsep bermain dan jasmani dalam pembelajaran kanak-kanak.
Pengaplikasikan Pandangan Tokoh-tokoh Dalam Sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak di

Malaysia.

Dalam membentukkan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang sistematik, kerajaan Malaysia
banyak menggunakan pandangan-pandangan tokoh seperti Froebel dan Al-Ghazali.

Mengikut sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, Pendidikan prasekolah


merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep pembelajaran yang digunakan ialah konsep "bermain sambil
belajar" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Konsep pembelajaran ini merangkumi
aktiviti kelas, kumpulan dan individu. Perkara ini amat bersesuaian dengan pandangan Friedrich
Froebel dan Imam Al-Ghazali yang menekankan konsep ‘bermain sambil belajar’. Melalui konsep
ini, kanak-kanak dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda, membolehkan mereka
mempelajari ilmu serta dapat menyenorokkan mereka. Selain itu, konsep ini juga akan
menanamkan sifat kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Prasekolah Malaysia juga
membenarkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan
ceria seiring dengan minat dan keinginan semula jadi dengan menggunakan pendekatan ini.
Oleh itu, konsep yang ditegaskan oleh Froebel dan Al-Ghazali ini diaplikasikan dalam sistem
pendidikan awal kanak-kanak Malaysia.

Selain itu, pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia juga mementingkan


pembelajaran nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kanak-kanak berasaskan ajaran agama
serta membentuk keperibadian anak-anak yang mulia agar melahirkan modal insan yang
berkualiti. Pembelajaran ini diambil dari pandangan Imam Al-Ghazali yang menekankan
pengamalan nilai moral dalam sanubari anak. Dalam hal ini, guru-guru tadika di Malaysia patut
mengajar nilai dan pengajaran kepada kanak-kanak agar mereka mengetahui apa yang baik dan
apa yang buruk. Sebagai contoh, guru prasekolah mendedahkan nilai-nilai melalui nyanyian,
cerita dan permainan.

Di Malaysia, satu program pendidikan awal kanak-kanak dilakasanakan dengan


menggunakan konsep “pekerjaan” yang diperkenalkan oleh Froebel. Progam tersebut dinamakan
“KidZania” dan program ini menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak untuk menikmati alam
pekerjaan yang hampir sama dengan dunia sebenar. Program ini memang memberikan banyak
faedah kepada kanak-kanak. Pendekatan ini dijadikan sebagai langkah untuk memperkenalkan
jenis-jenis pekerjaan seperti polis,guru, juruterbang dan bomba kepada kanak-kanak agar
mereka dapat menentukan hala tuju mereka pada masa hadapan. KidZania menawarkan
pembelajaran interaktif, pengalaman hiburan dan meningkatkan inspirasi kepada anak-anak
untuk mengejar impian hidup mereka dengan meneroka .

Secara Kesimpulannya, sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia banyak


merujuk kepada pandangan-pandangan tokoh bagi membentuk satu sistem pendidikan yang
sistematik dan efektif.

You might also like