Professional Documents
Culture Documents
Teks Aluan PRB
Teks Aluan PRB
Yang Berusaha
MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN
PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah
rahmat-Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan yang
diadakan pada pagi yang bersejarah ini.
Bagi pihak seluruh warga SMK KIARAMAS, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan
dan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan kerana telah menganjurkan program yang
membawa makna yang amat besar kepada seluruh warga sekolah ini. Kami berasa sungguh bertuah
kerana dalam ribuan sekolah di seluruh negara, sekolah ini telah terpilih untuk untuk menjayakan
program Remaja Berwawasan ini.
Kami bagi pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan serta seluruh warga SMK KIARAMAS,
berazam akan memberikan seluruh komitmen kepada pihak jurulatih agar objektif untuk menghasilkan
murid yang mempunyai disiplin yang tinggi serta berupaya menjadi insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara akan tercapai.
Untuk mencapai matlamat tersebut, kokurikulum merupakan satu wadah yang dilihat sebagai
satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti
pasukan badan beruniform dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan bahawa syarat merit 10
peratus markah kokurikulum diwajibkan semula dalam pengambilan pelajar ke IPTA mulai sesi
2006/2007. Penilaian kegiatan kokurikulum ini akan menyemarakkan lagi dan akan merangsang
murid-murid untuk bergiat dengan lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai
peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi
murid yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang
cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah
berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:-
A Kehadiran 50%
B Penglibatan 20%
C Pencapaian 20%
D Jawatan disandang 10%
Oleh yang demikan, kami memohon kepada pihak pengelola Program Remaja Berwawasan
ini, agar dapat memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk meraih markah kokurikulum
yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
Akhir kata, sebelum mengundur diri,saya yakin dan percaya bahawa program sebegini akan
menjadi dorongan dan perangsang kepada murid-murid untuk terus meningkatkan sahsiah dan
keterampilan diri masing-masing. Saya ingin menyeru kepada semua semua murid agar terus
mempamerkan kecemerlangan dan potensi yang ada pada diri untuk membina masa depan negara
kita yang merdeka.
Sekain,terima kasih.
Wabillah hitaufik wal hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh