You are on page 1of 2

Soalan 1

Bagi pendapat saya, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan bagi
seseorang ketua yang telah ditugaskan untuk mengetuai dan melaksanakan
program komuniti luar. Antara proses yang perlu dilaksanakan sebelum
melaksanakan program tersebut ialah menetapkan objektif dan matlamat
program tersebut. Sebagai contohnya objektif dan matlamat utama program
yang akan dijalankan ialah membangunkan sebuah makmal computer kepada
komuniti di tempat tersebut. Apabila ahli jelas dengan objektif program tersebut
maka ahli-ahli akan lebih jelas dan faham untuk melakukan tugasan. Seterusnya
ialah pengenalan dan bahagian-bahagian kerja. Individu di dalam orgranisasi
tersebut mestilah diberikan satu tugasan kerja sahaja. Pembahagian kerja
kepada kumpulan-kumpulan kecil akan tertumpu kepada kepakaran seseorang
individu. Ini kerana seseorang ketua mestilah memberikan tugasan kerja
mengikut kebolehan dan kepakaran ahli-ahlinya. Pembahagian kerja yang betul
akan menghasilkan kerja yang sistematik. Sebagai contohnya situasi di bank.
Setiap pekerja bank ditugaskan melakukan satu tugas kerja sahaja. Seorang
pekerja bank hanya melakukan kerja menerima pembayaran sahaja, seorang
pekerja bank hanya mengeluarkan cek sahaja. Dengan ini proses kerja akan
berlaku dalam keadaan yang lancar. Proses yang seterusnya ialah memberikan
tugasan kepada ahli. Tugasan yang diberikan mestilah mengikut kebolehan dan
kepakaran ahli. Ahli akan diberikan dokumen keterangan mengenai kerja yang
akan dilakukan. Dokumen keterangan kerja ini mengandungi skop tugasan kerja
yang perlu dilakukan.

Halangan yang mungkin dihadapi dalam melaksanakan program ini ialah


ketua berasa takut dan bimbang ahli-ahlinya tidak dapat melaksanakan
tugasan dengan baik dan betul. Selain daripada itu, ahli-ahli dalam kumpulan ini
mungkin tidak mahu melakukan tugasan yang diberikan kerana terdapat ahli
yang tidak rapat dengan anda, ahli yang baru di dalam kumpulan ini dan ahli
yang kurang pengalaman. Selain daripada itu, terdapat juga ahli-ahli yang
berasa tidak adil di dalam pembahagian tugas yang diberikan kepada mereka.
Mereka mungkin beranggapan anda memberikan tugasan secara tidak adil.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, anda sebagai seorang ketua mestilah
mengetahui apakah kebolehan dan kepakaran ahli anda sebelum memberikan
tugasan. Ini untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalagan ahli-ahli.
Tambahan daripada itu, bagi mengatasi masalah tidak dapat melaksanakan
tugasan dengan baik pula dapat diatasi dengan memberi bimbingan kepada
ahli untuk melakukan tugasan dengan baik dan betul.

You might also like