You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Pada 21hb September (Khamis) yang lalu, pelajar 3PISMP Pendidikan Muzik telah

mengadakan resital mini di Muzium Tokoh Johor. Aktiviti ini merupakan salah satu tugasan

MUZK3101P. Saya telah ditugaskan untuk menulis ulasan kritis mengenai persembahan

piano saudari Evelyn Hii Cheng Li. Lagu yang dipilih ialah “Sealed with a Kiss” dan “Mariage

d’amour”. Kedua-dua lagu ini berunsur romantic dan bertempo lambat.

2.0 LATAR BELAKANG LAGU

Lagu “Sealed with a Kiss” merupakan ciptaan Peter Udell dan Gary Geld. Lagu ini

dipersembahkan oleh The Four Voices pada tahun 1960. Lagu “Sealed with a Kiss” berkaitan

dengan kisah cinta dalam kalangan remaja-remaja muda. Lirik lagu mencerita tentang

perasaan rindu dan keinginan untuk berjumpa lagi dengan orang yang tercinta. Perkataan

“Summer” bermaksud musim panas dan mereka tidak dapat berjumpa sepanjang musim ini

disebabkan oleh cuti musim panas (Summer holiday). Namun begitu, mereka beryakinan

bahawa mereka akan berjumpa lagi selepas musim panas. (Let us make a pledge to meet in

September).

Lagu “Mariage d’amour” merupakan sebuah lagu piano dari negara Perancis yang

digubah oleh Paul de Senneville pada tahun 1978. Lagu ini menjadi terkenal selepas

dipersembahkan oleh Richard Clayderman dalam album "Lettre À Ma Mère" pada tahun 1994.

Perkataan “Mariage d’amour” membawa maksud cinta perkahwinan. Namun begitu, lagu ini

digubah dalam nada minor yang biasanya digunakan untuk lagu mud sedih. Tambahan pula,

lagu ini telah diberi nama《梦中的婚礼》dalam bahasa mandarin yang membawa maksud

majlis perkahwinan dalam mimpi. Justeru, lagu ini boleh menyampaikan dua mud yang

berbeza iaitu mud riang atau mud sedih bergantung kepada intepritasi serta perasaan pemain

piano.
3.0 TEKNIK PERMAINAN DAN KEKUATAN

Pada pendapat saya, kadar kesukaran kedua-dua lagu ini adalah sederhana tinggi.

Namun begitu, saya percaya bahawa Evelyn Hii boleh memainkan lagu yang lebih mencabar

lagi. Bagi lagu “Sealed With a Kiss”, aspek yang sukar dalam lagu ini ialah teknik slur, teknik

pertukaran pedal dan perubahan dinamik yang ketara. Bagi lagu “Mariage D’amour” pula,

pertukaran tanda masa yang ketara telah menambah lagi kadar kesukaran lagu ini. Secara

keseluruhan, Evelyn Hii membuat persembahan piano solonya dengan baik terutamanya dari

segi kelancaran lagu. Kedua-dua lagu pilihannya memerlukan teknik legato dan saya

berpendapat bahawa Evelyn Hii boleh menguasai teknik pertukaran pedal dan permainan slur

dengan sangat baik. Selain itu, saya juga kagum dengan gaya dan keyakinan saudari Evelyn

Hii semasa dia memainkan piano. Gerakan badan dan posturnya yang natural berjaya

menarik pemerhatian para penonton.

4.0 KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa perasaan gemetar telah

mempengaruh hasil persembahan Evelyn Hii. Pertama sekali, saya berasa bahawa Evelyn

Hii tidak dapat menyampaikan mesej lagu dan kekurangan perasaan semasa memainkan

lagu ini. Saya juga berpendapat bahawa tempo bagi lagu Mariage D’amour boleh

diperlahankan lagi untuk mendapat perasaan tenang dan sedih yang sesuai dengan mud lagu.

Selain itu, saya berasa bahawa kawalan dinamik yang kurang baik juga merupakan

kelemahan persembahan Evelyn Hii. Pertukaran dinamik tidak dapat dikesan oleh para

pendengar dan hal ini telah menyebabkan persembahan Evelyn tidak mempunyai klimaks.
5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Evelyn Hii telah melaksanakan persembahan piano solo

recital mini dengan sempurna dan berjaya. Saya juga berasa kagum dengan usaha Evelyn

sepanjang masa latihan. Dia telah menggunakan masa yang agar panjang untuk menguasai

detail lagu seperti dinamik, tempo dan legato. Saya berharap bahawa Evelyn boleh memilih

lagu yang lebih mencabar pada masa akan datang.


RUJUKAN

Kennedy, M. & Kennedy, J. (2007) Oxford concise dictionary of music. New York:
Oxford University Press Inc.

Music Theory: Italian musical terms. Dipetik pada 23 September 2017, dari
http://www.musictheory.org.uk/res-musical-terms/italian-musical-terms.php

Ng, L. (1991). Theory of music made easy: grade 5. Penang: Rhythm MP Sdn. Bhd.

ThePiano SG: What is the meaning of Richard Clayderan’s Mariage d’Amour?. Dipetik
pada 23 September 2017, dari

https://www.thepiano.sg/piano/read/what-meaning-richard-claydermans-
mariage-damour

You might also like