You are on page 1of 8

PEMERHATIAN PROSES PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN

KUCHING DISTRICT VOLLEYBALL ASSOCIATION (KDVA):

SATU KAJIAN KES DI SARAWAK

ZECHRIST ANAK ZECHARIAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan, kaedah dan proses
penubuhan dan strategi sumber kewangan Kuching District Volleyball Association
(KDVA). Saya telah mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan menemu ramah
pegawai yang berkenaan di pejabat cawangan Kuching District Volleyball Association
(KDVA) di Kuching, Sarawak. Kajian kes tentang persatuan ini telah dijalankan satu
hari untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan tepat. Kajian ini juga
menerangkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh persatuan ini dan aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang setahun ini.

1
PENGENALAN

Kuching District Volleyball Association (KDVA) adalah sebuah pertubuhan yang


bergerak di bidang sukan bola tampar yang bukan untuk mengaut keuntungan tetapi
untuk mencari bakat-bakat yang hebat bagi mewakili negeri Sarawak dalam
pertandingan bola tampar.. Aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun
ialah aktiviti pertandingan peringkat negeri, latihan, kursus asas bola tampar,
pertandingan dalaman dan banyak lagi. Pusat utama bagi Persatuan Bola Tampar
Sarawak adalah terletak di Sibu, Sarawak. Tempat kajian kes ini dijalankan adalah di
bahagian Kuching yang merupakan anak kepada Persatuan Bola Tampar Sarawak.
Kuching District Volleyball Association (KDVA) ditubuhkan setelah berlakunya
pencarian atlit-atlit yang berbakat untuk Sukan Malaysia (SUKMA) untuk bertanding.

i. SEJARAH PENUBUHAN

Bola tampar merupakan sejenis permainan yang diperkenalkan oleh William


G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke dan mula dimainkan di Sukan Olimpik pada
tahun 1964. Ia merupakan permainan berpasukan dan ini menambahkan
keseronokannya. Kuching District Volleyball Association (KDVA) mula dibentuk pada
tahun 2001.

Ahli-ahli Kuching District Volleyball Association (KDVA) sering mewakili dalam


pertandingan bola tampar di peringkat daerah, bahagian dan negeri. Mereka
mendapat sedikit bantuan kewangan untuk pertandingan melalui sumbangan dan
penaja luar.

Selain itu, penasihat kelab bola tampar ini merupakan jurulatih bola tampar
yang bertauliah. Beliau memiliki sijil Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 2 dan
mempunyai banyak pengalaman dalam pertandingan bola tampar. Pencapaian
tertinggi beliau adalah mewakili Malaysia dalam Sukan ASEAN dengan mendapat
pingat gangsa. Beliau sering mengadakan latihan bola tampar untuk pelajar dari
sekolah lain dengan mengenakan bayaran.

Di samping itu, jurulatih juga sering menerima jemputan untuk memberi


taklimat motivasi untuk pemain-pemain bola tampar di sekolah-sekolah negeri
Sarawak. Pemberian taklimat juga merupakan sebahagian daripada aktivti yang
menjana kewangan untuk kelab ini.

2
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan Kuching District Volleyball


Association (KDVA) terhadap kebajikan pemain bola tampar. Pelbagai kaedah yang
digunakan dalam mengkaji tajuk ini.

i. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalah pendekatan
deskriptif yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul
data dan maklumat (Azizi, 2007). Menurut Finik (2005), tinjauan adalah satu sistem
mengumpul data untuk menghurai,membandingkan atau menjelaskan pengetahuan,
sikap dan amalan serta tingkah laku.

ii. Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak dan mudah iaitu
melibatkan 1 pegawai daripada Kuching District Volleyball Association (KDVA). Temu
bual dengan pegawai Kuching District Volleyball Association (KDVA) di Kuching
merupakan kajian kuanlitatif. Ia memberikan kita akses yang mudah kepada maklumat
tentang Kuching District Volleyball Association (KDVA) yang diketahui oleh pegawai
tersebut.

iii. Instrumen Kajian

Soal Selidik Temu Bual

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik temu bual. Penggunaan soal selidik
temu bual dapat sampel yang sedikit tanpa sebarang kos dan juga dapat memberikan
maklumat yang tepat. Instrumen ini hanya memerlukan kita untuk berjumpa dengan
seorang pegawai yang berkaitan yang menjimatkan masa untuk mengumpul data.
Kebaikan utama menggunakan soal selidik temu bual ialah jika soalan disediakan
dengan baik. Soalan temu bual yang dibina haruslah menggunakan prinsip KISS
(Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah
difahami.

3
iv. Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, dan soal selidik.

Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti jurnal, tesis, akhbar dan sumber daripada internet bagi
mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh
Kuching District Volleyball Association (KDVA)

Soal Selidik Temu Bual

Soal selidik temu bual dilakukan kepada seorang responden yang sudi bekerjasama
daripada KDVA. Sesi ini dijalankan masa yang singkat sahaja. Responden diajukan
soalan berkenaan dengan persatuan mereka. Responden juga diberi peluang untuk
bertanya sekiranya terdapat soalan yang kurang jelas atau tidak difahami. Setelah
selesai mengadakan soal selidik temu bual, saya mengucapkan terima kasih dan
diberitahu supaya mencadangkan orang-orang untuk menyertai mereka jika ada bakat.

4
HASIL KAJIAN

Berdasarkan data yang dikumpul, Kuching District Volleyball Association (KDVA) telah
banyak melakukan sumbangan terutamanya dalam bidang sukan negeri Sarawak.
Seperti persatuan-persatuan sukan yang lainnya, mereka memberikan latihan-latihan
yang secukupnya kepada semua orang yang ada di persatuan mereka. Sebelum
mengadakan pertandingan, mereka pasti akan memberikan latihan yang lebih intensif
untuk menyediakan atlit pada tahap prestasi yang tertinggi. Pengurusan persatuan ini
juga dilakukan dengan baik kerana setiap aspek kesihatan atlit dijaga dengan baik dari
segi pemakanan dan rehat yang sering dipantau oleh jurulatih yang ada disitu.

i. AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

KEBAJIKAN

Walaupun Kuching District Volleyball Association (KDVA) merupakan sebuah


persatuan sukan, mereka telah memberi sumbangan kepada yang memerlukan
kepada organisasi anak yatim, rumah orang tua dan pusat kebajikan. Apabila berlaku
kejadian seperti banjir dan sebagainya, Kuching District Volleyball Association (KDVA)
turut datang untuk membantu orang yang memerlukan.

PENDIDIKAN

Dalam bidang pendidikan pula, Kuching District Volleyball Association (KDVA) akan
datang ke sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Kuching dan Kota
Samarahan untuk mengajar asas-asas bola tampar bagi sekolah yang tidak
menjalankan aktiviti bola tampar. Tujuan Kuching District Volleyball Association
(KDVA) membuat ini adalah untuk menanamkan minat dalam kalangan pelajar-pelajar
di Sarawak dan menambah banyak lagi bakat-bakat yang terpendam.

ii. PERBANDINGAN PERKHIDMATAN

Kuching District Volleyball Association (KDVA) adalah persatuan yang


menawarkan latihan-latihan bola tampar kepada mereka yang memiliki bakat dalam
bidang sukan ini. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti membuat
pertandingan di kawasan Kuching dan Kota Samarahan yang merupakan kawasan
yang besar, Melalui pertandingan ini mereka dapat menjalankan misi pencarian bakat
yang terpendam. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti kebajikan dengan
menggunakan wang yang mereka perolehi daripada sumbangan dan sebagainya.

5
Mereka juga tidak ketinggalan untuk menawarkan kejurulatihan bola tampar bagi
mana-mana institusi yang memerlukan perkhidmatan mereka.

iii. STRATEGI BAGI MENJANA SUMBER KEWANGAN

KUTIPAN DARI AHLI KUCHING DISTRICT VOLLEYBALL ASSOCIATION (KDVA)

Setiap tahun, ahli KDVA akan memberi bayaran keahlian kepada Kuching District
Volleyball Association (KDVA). Ahli akan membayar yuran mengikut tempoh keahlian
yang mereka inginkan. Wang ini akan digunakan untuk meneruskan operasi Kuching
District Volleyball Association (KDVA) dan menjalankan aktiviti mereka.

JUALAN AMAL

Jualan amal merupakan aktiviti yang menjana sumber kewangan untuk membantu
masyarakat yang miskin. Pelbagai makanan, sayur-sayuran, minuman, peralatan
elektrik, barangan kitar semula, buah-buahan, pakaian dan sebagainya telah dijual
bagi mempelbagaikan jualan. Bahan yang dijual dalam program jualan amal diderma
daripada masyarakat yang murah hati. Hasil kewangan daripada jualan amal dan
kebajikan ini akan digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kelak.

DERMA DARI ORANG LUAR

Kuching District Volleyball Association (KDVA) menerima sumbangan daripada


orang-orang luar yang sering memberinya setelah berakhir sebuah pertandingan dan
sebagainya. Mereka juga menerima sumbangan daripada kerajaan.

6
RUMUSAN

Kaedah soal selidik adalah sangat sesuai untuk kajian kes seperti ini kerana
terdapat banyak maklumat di luar sana yang mungkin tidak menunjukkan semua
benda yang dijalankan oleh sebuah persatuan. Untuk mendapatkan maklumat yang
tepat, kita haruslah mendapatkan maklumat tersebut secara terus daripada ahli atau
pengerusi persatuan tersebut. Dengan ini kesilapan maklumat dapat dielakkan dengan
sebaik-baiknya dan tidak memburukkan reputasi sesebuah persatuan.

Kesimpulannya, kajian kes yang dijalankan terhadap Kuching District Volleyball


Association (KDVA) ini didapati dapat menjana sumber kewangan melalui saluran
yang sah. Oleh itu, persatuan ini adalah sesuai untuk ditubuhkan di sekolah bagi
pelajar-pelajar kerana dapat mendatangkan pelbagai manfaat positif terhadap pelajar
dan juga dapat memberi peluang kepada sekolah untuk mengambil tempat dalam
pertandingan bagi gaya hidup yang sihat.

RUJUKAN
Arabi, B. U. (1998). Kaedah Soal Selidik. Diakses daripada
https://docs.google.com/document/d/1lbgo7_byGbJGI-FAcla-IanB-
iWY7TNV2-mlmQSrU0o/edit

Azizi, Y. M. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur :


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Finik, J. K. (2005). Analisis statistik deskriptif. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara


Malaysia.

7
Likert, S. A. (1932). Statistik Parametrik: Teknik Analisis Korelasi. Diakses daripada
http://www.academia.edu/4768831/Statistik_Parametrik_TEKNIK_ANALISIS_
KORELASI

Kho, D. (2014, Julai 29). Teknik Elektronika Pengertian dan Analisis Korelasi
Sederhana dengan Rumus Pearson. Diakses daripada
http://teknikelektronika.com/pengertian-analisis-korelasi-sederhana-rumus-
pearson/

Openheim, S. Y. (2003) Pengertian Korelasi: Apa itu Korelasi? Satistik Asas, 19-25.

Rajeswari, E. J. (2010). Statistik permulaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Taher, D. S. (2014). Persatuan Tzu Chi Malaysia: Misi kebajikan. My Health, 5, 15-
21.

Tythamas, D. (2012). Laporan Data Kerja Amal Persatuan Tzu Chi. Kuala Lumpur:
Greenland Sdn. Bhd.

Zaain, U. O. (2008). Apakan perkhidmatan Persatuan Tzu Chi terhadap masyarakat?


Cara Hidup Berkualiti, 1, 16-21.

You might also like