You are on page 1of 2

Laporan Refleksi

Antara sumber kewangan Persatuan Xiang Qi Negeri Sembilan yang utama ialah dari segi
sumbangan daripada pengerusi kelab dan juga daripada sumbangan pihak ibu bapa. Oleh
itu, sumber kewangan persatuan ini amat terhad dan tidak konsisten dari masa ke semasa.
Selain itu, presiden kelab yang merupakan seorang usahawan juga mempromosikan
persatuan ini kepada usahawan-usahawan lain bagi mendapatkan sumbangan untuk
menampung keperluan persatuan. Contohnya, Yang Berhormat Dato Tan Suan Ching akan
mengeluarkan peruntukan bagi menampung kekurangan dari segi kewangan persatuan ini
untuk menjalankan aktiviti dan program tahunan seperti Kejohanan Catur. Dengan cara ini,
sumber kewangan persatuan ini bertambah dan tidak terlalu terhad.

Selain itu, kelab juga menganjurkan kelas Xiang Qi kepada murid-murid dan juga orang
dewasa bagi menjana pendapatan dan sumber kewangan. Bayaran yuran untuk kelas
tersebut juga merupakan sumber kewangan kelab. Jamuan Qian Ren Yan turut diadakan
bagi mengumpul dana daripada pelbagai pihak kepada Persatuan catur. Pihak persatuan
terutamanya jawatankuasa persatuan turut mencari penaja yang sudi untuk menyumbang
kepada kelab tersebut. Dengan ini, dapat dikonklusikan bahawa kebanyakan sumber
kewangan Persatuan Xiang Qi adalah daripada sumbangan jawatankuasa dan juga ibu
bapa.

Sumber kewangan ini amat penting bagi menampung keperluan persatuan. Antaranya ialah
untuk menganjurkan pertandingan. Persatuan Xiang Yi amat aktif dan sering menganjurkan
pertandingan dan juga mengambil bahagian dalam pertandingan sehingga ke peringkat
antarabangsa. Dengan ini, sumber kewangan yang diperolehi dapat menampung keperluan
seperti membayar yuran pertandingan dan juga kewangan yang diperlukan untuk kenderaan
dan makanan. Selain pertandingan, Persatuan Xiang Yi juga mempunyai jurulatih yang
berkemahiran untuk melatih pelajar. Setiap pelatih mempunyai kelas tersendiri dan sumber
kewangan yang diperolehi juga adalah untuk membantu pelatih mengendalikan kelas.
Antara bantuan yang diberikan oleh persatuan kepada pelatih ialah membayar sewa
bangunan kelas, membeli bahan keperluan kelas dan juga menyokong jurulatih dari segi
kewangan untuk membawa pelajar menyertai pertandingan.

Semasa memulakan persatuan, pihak jawatankuasa mempunyai kekangan kewangan


kerana ketidakberkesanan jawatankuasa dan juga kurang bantuan dari segi kewangan.
Namun, jawatankuasa persatuan dapat mengatasi masalah ini dengan jayanya dengan
usaha berterusan. Antara cara yang digunakan untuk menjana sumber kewangan ialah
mempromosikan kelab kepada ahli perniagaan untuk mendapatkan penaja, mempromosikan
pertandingan yang akan diadakan di sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan untuk
mendapatkan sokongan pelajar dan juga mempromosikan kelab di kalangan ibu bapa untuk
mendapatkan sokongan kewangan. Selain itu, persatuan juga meningkatkan prestasi dan
kelayakan mereka dengan mengubah suai sistem pengurusan. Pada permulaan,
jawatankuasa persatuan hanya terdiri daripada pengasas kelab da juga beberapa ahli
perniagaan dan penaja. Namun, bagi menjadikan Persatuan Xiang Yi aktif, pihak
jawatankuasa telah mengalakkan ibu bapa pelajar untuk menjadi ahli jawatankuasa
persatuan. Dengan ini, ibu bapa dapat terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti pelajar
melalui persatuan. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan lebih ramai pelajar,
tetapi juga dapat membantu menjana sumber kewangan persatuan kerana prestasi kelab
yang semakin baik. Dengan ini, dapat dibuktikan bahawa pengurusan persatuan yang
proaktif adalah amat penting bagi meningkatkan sumber kewangan persatuan.

Pengurusan yang berkesan dan kewangan memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan Persatuan Xiang Yi. Antara kepentingan pengurusan kewangan ialah untuk
memastikan matlamat persatuan tercapai, memastikan kelancaran perjalanan persatuan
dan aktiviti persatuan, memastikan segala sumber iaitu faktor pengeluaran di dalam
organisasi digunakan secara berkesan, memastikan sumber organisasi diselaras dan
diagihkan dengan baik dan teratur, serta memastikan tiada pembaziran sumber dalam
organisasi.

Pada pendapat saya, antara kekuatan Persatuan Xiang Yi ialah keberkesanan pengurusan
jawatankuasa dan juga sumber dana. Namun, terdapat juga kelemahan persatuan dari segi
kewangan, pengurusan dan aktiviti. Antaranya ialah penganjuran aktivti yang terhad dan
kurang menarik perhatian. Persatuan Xiang Yi hanya menganjurkan aktiviti seperti
pertandingan dan bengkel latihan dan tidak menunjukkan kepelbagaian atau keunikan
dalam aktiviti tersebut. Selain itu, sumber kewangan persatuan juga adalah terhad iaitu
hanya daripada sumbangan dan penaja. Hal ini adalah kerana kekurangan promosi
persatuan. Bagi menambaihkan akiviti dan kewangan, kelab boleh menganjurkan aktiviti
yang berlainan seperti permainan catur computer bagi menunjukkan keunikan daripada
Persatuan Xiang Yi di negeri-negeri lain. Selain itu, persatuan juga boleh menjana sumber
kewangan daripada mengadakan pameran dan juga jualan.

Konklusinya, pengurusan sesuatu persatuan perlu sistematik dan aktif bagi meningkatkan
sumber kewangan persatuan yang dapat membantu menganjurkan aktivti-aktiviti persatuan.

You might also like